Uswah

30 January 2011

Bertemu Hassan Marican Memang Mengujakan, Namun Berjumpa Ikhwah Lebih Menyeronokkan!

Salaam semua...! Anda semua pasti amat rindu dengan saya sekarang ini sehinggakan hampir-hampir sahaja dimasukkan ke dalam wad kecemasan akibat demam panas kan...?? Wahahaha..

Alhamdulillah, dapat juga saya bersiaran walaupun berada di bumi orang sekarang ini. Bumi orang..? Ooppps. Hihihi..

Saya di mana biarlah rahsia. Yang lebih utama adalah pengalaman menarik dan pengajaran berguna yang boleh saya kongsikan bersama anda semua. Senyum kacak.

Hari Khamis yang lalu, saya telah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk bertolak ke suatu negara rahsia. Hohoho.. Penerbangan saya dijadualkan akan berlepas pada pukul sepuluh empat puluh lima pagi. Alhamdulillah, perjalanan saya ke KLIA lancar dan tiada masalah. Malah, saya tiba di KLIA seawal jam lapan pagi.

Mungkin ada yang sudah tahu perkhidmatan keretapi terbang (Baca: Aerotrain. Kalau aeroplane diterjemahkan sebagai kapal terbang makanya aerotrain haruslah diterjemahkan sebagai keretapi terbang bukan..? Wahahaha) KLIA untuk ke balai berlepas diberhentikan buat sementara waktu untuk kerja-kerja penambahbaikan. Sayugia ia digantikan dengan perkhidmatan bas shuttle/feeder pula.

Anda tahu siapa yang menaiki bas bersama dengan saya. Tan Sri Hassan Marican. Bukan itu sahaja, malah dia berdiri betul-betul sebelah saya...! Walaweh...! Eh sebentar. Anda tidak kenal siapa Tan Sri Hassan Marican...?? *bedebopp* (Bunyi batu jatuh menghempap kepala*

Betul, inilah dia Tan Sri Hassan Marican yang menaiki Bas Feeder bersama saya itu. [Kredit Gambar]

Oh beliau dahulu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Petroliam Nasional Berhad aka Petronas. Beliau adalah antara figur yang bertanggungjawab menaikkan nama Petronas ke persada antarabangsa dan menjadikan Petronas sepertimana yang anda lihat pada hari ini. Pendek kata, beliau memang terlalu amat kool dan bergaya..!

Anyway, oleh kerana keterujaan melampau menguasai diri, saya gagal mengeluarkan sebarang kata-kata. Terfikir juga untuk bertegur sapa mesra atau menghulurkan kad nama yang sedikit bergaya. Namun apakan daya, akibat perasaan malu dan debaran tahap super saiya, saya hanya mampu mengagumi dan tersenyum-senyum macam kerang busuk di tepi. 

Akhirnya kami sampai ke balai berlepas dan Tan Sri keluar dari bas dengan penuh selamba dan tidak mempedulikan insan marhaen seperti saya. *air mata mengalir laju* Sedikit meyesal di situ. Siapa tahu saya mungkin dijemputnya untuk bekerja dengannya di Singapura...?? Hohoho..

Alhamdulillah, urusan untuk masuk ke dalam pesawat juga lancar dan tiada sebarang masalah. Oh ya, saya memilih perkhidmatan Syarikat Penerbangan Malaysia. Patriotik sangat. Saya duduk di sebelah seorang Mak Cik berbangsa India di sebelah kanan dan seorang wanita yang tidak dikenali asal-usulnya di sebelah kiri. Saya berbual mesra dengan Mak Cik tersebut yang merupakan warga Malaysia tetapi sudah bermastautin lama di negara orang. Adik perempuannya, juga seorang mak cik duduk di sebelah kanannya. Dan saya terus mengabaikan wanita asing yang duduk di sebelah kiri seolah-olah kewujudannya boleh dipersoalkan. Wahahaha.. 

Memang tak menyesal ah naik MAS. ;) [Kredit Gambar]

Hidangan makan tengah hari memang terbhoooeeekk. Nasi putih rendang ayam, dihidangkan bersama roti sedikit keras dimakan dengan mentega dan keju. Pencuci mulut? Kek keju lazat raksasa syaitan Pikor, aiskerim Magnum fulamakatak dan cokelat Ferrero Roche yang sungguh klasik. Disudahkan dengan jus oren yang sungguh melegakan anak tekak. Saya tersenyum puas tatkala hidangan habis dijamah, seperti seorang ayah yang bangga dengan anaknya yang mendapat sepuluh A tambah dalam peperiksaan SPM. Eh. Apa-apa pun, lima bintang setengah untuk MAS..! ;)

Saya tiba di destinasi kurang lebih jam empat lima belas petang waktu tempatan. Semuanya berjalan lancar sehinggalah saya terpaksa beratur panjang di kaunter imigresen. Dan anda bayangkan, dalam ramai-ramai orang macam tu, hanya ada seorang dua pegawai yang bertugas..?? Kadang-kadang tiga orang, tetapi lebih daripada kadang-kadang seorang sahaja yang bertugas dalam satu-satu masa..!! What the fish...???

Ada juga terasa seperti hendak berlari-lari gembira mengelilingi kaunter imigresen yang ada sambil terkinja-kinja menarik rambut dan menjerit-jerit bagi melahirkan rasa tidak puas hati. Imaginasi. Kata negara dunia pertama. Ceh.

Akhirnya berjaya keluar daripada kawasan yang amat menensenkan itu sepuluh minit selepas pukul lima petang. Hampir satu jam saya di situ! Selepas saya mengambil bagasi, saya keluar ke balai ketibaan dan menantikan dengan penuh keterjuaan K Bai untuk datang menjemput saya.

Oh untuk pengetahuan semua, saya telah mereka cerita tentang kedatangan supaya bagi memberi seprais tahap ayam serama kepada ikhwah di tempat ini. Antaranya, saya rahsiakan kedatangan saya; hanya seorang sahaja yang diberitahu kerana saya khuatir nanti terpaksa tidur di kaki lima pula...! Hohoho.. Saya juga memberitahu Bai K untuk datang ke lapangan terbang bagi menjemput rakan saya, Aedil, yang baru pertama kali ke negara itu. Kalau Bai K pernah membaca Akhi, pasti sudah terkantoi siapakah Aedil itu..! Wahahaha.. 

Tapi rupanya-rupanya pecah juga tembelang saya. Bai K sudah dapat mengagak kedatangan saya! Walaupun sebelum itu dia telah membeli cerita saya, namun dek kebijakan kepala hotaknya, dia dapat juga meneka saya dan bukan Aedil yang akan tiba. Haih... Apa-apa pon, paling seronok melihat reaksi ikhwah yang langsung tidak menjangkakan kedatangan saya. Ada antara mereka yang terjojol matanya dan muka menjadi hijau dek kerana terlalu teruja. Ok saya tipu di situ. Tetapi betullah, ada antara mereka yang betul-betul terkejut apabila melihat saya. Oh sungguh menghiburkan..!

Beginilah seronoknya mereka apabila berjumpa saya. xp [Kredit Gambar]

Perasaan berjumpa dengan ikhwah yang sudah berabad lamanya tidak berjumpa? Priceless. Rasanya kalau berlanggar bahu dengan Maher Zain di tepi kaki lima Masjid India pun tidak sehebat ini perasaannya. Sumpah tak bohong..! Terasa kepenatan menaiki kapal terbang berjam-jam lamanya hilang dalam sekelip mata apabila melihat wajah-wajah ikhwah yang dirindui banget. Peh.

Benarlah kata-kata, "Hiburan bagi seorang akh itu adalah apabila melihat wajah saudaranya." Senyum.

Oh teruja juga dapat berkenalan dengan seorang makhluk unik bernama Iski Ruski...! xD (Maaf nama-nama lain tidak boleh disebut sebab khuatir lokasi rahsia ini akan diketahui nanti. Jangan berkecil hati ya..? Hihihi..)

Insha-Allah saya akan berada di sini sehingga pagi Jumaat dan kemudian akan bertolak pulang dengan perkhidmatan Udara Asia pula. Harapnya semuanya akan berjalan baik dan semoga Udara Asia tidak akan mengecewakan saya. Sila doakan agar saya selamat kembali ke Malaysia nanti..! ;)

-gabbana-

27 January 2011

Maaf, Inche gabbana Juga Adalah Seorang Insan Biasa

Bukan, saya bukan hendak meminta maaf kerana telah melakukan suatu kesalahan besar yang membolehkan saya ditangkap dan seterusnya dihumban ke dalam penjara kemudian dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Eh.

Sungguh liar imaginasi di situ.

Saya cuma hendak memberitahu anda sesuatu yang saya kira amat penting dan signifikan, supaya anda semua tidak merusuh dan mencampakkan tomato dan telur busuk kepada Duta Besar Malaysia ke Republik Rakyat Congo. Wahaha..

Begini. Ada kemungkinan besar saya tidak dapat bersiaran selama satu minggu lamanya atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat saya kongsikan di sini kerana khuatir akan membocorkan rahsia kerajaan Papua New Guinea.

Tetapi ada juga kemungkinan yang saya masih dapat bersiaran, tetapi tidaklah pada frekuensi normal siaran saya yang biasa. Insha-Allah, selepas raya Cina Kong He Kong He Fatt Choi! saya akan dapat bersiaran seperti sedia kala.

Jadi sila maafkan saya sekiranya sepanjang ketiadaan saya nanti, anda dihidapi demam panas kus-kus atau pon insomnia tak boleh tidur berpeluh-peluh atau alergik gatal-gatal hidung dan kulit dek kerana tak dapat menatapi karya-karya terbaru Inche gabbana. Hihihih...

Apa-apa pon, janganlah merindui saya sehingga makan tak kenyang, mandi tak basah dan pakai kasut dua-dua belah yang sama..! Wahahaha.. ;)

Doakan agar semuanya berjalan lancar, biidznillah. Sehingga itu, teruskan setia membaca belog Angel Wears Gucci ini yea...?? Terima kasih semua!

Ciao cincau..!

Roger and Out..!

Cheers...!

(Bila nak abes ni daa.... -____-")

Wassalam...!

-gabbana- 
 

26 January 2011

Makhluk Tuhan Paling Comel 2

Dulu dah ada Makhluk Tuhan Paling Comel. Sekarang ni ada Makhluk Tuhan Paling Comel 2.

Beliau merupakan kucing peliharaan keluarga kami sejak tahun 2005. Beliau diculik oleh Cik Adik Perempuan daripada Puan Ibu Kucing. Semenjak itu, beliau dilayan seperti anak sendiri oleh Puan Mama dan Inche Papa, malah kadangkala layanan yang diterima adalah lebih penuh kasih sayang daripada layanan terhadap anak-anak sendiri. TTT__TTT

Semenjak beliau dipelihara oleh keluarga saya, Puan Mama menghidapi sejenis penyakit ganjil iaitu suka berdialog dengan beliau walaupon sepatah haram beliau tidak pernah membalasnya. Juga semenjak beliau menjadi ahli tetap keluarga kami, Puan Mama sudah berjinak-jinak dalam bidang mencipta lagu apabila sering menyanyikan lagu khas untuk beliau.

Of koz, nama pon kucing, beliau merupakan seekor makhluk yang amat spoil. Sumpah tak tipu. Mujurlah bulunya gebu-gebu dan tebal-tebal, tidaklah terasa seperti hendak memakannya setiap kali beliau mengada-ngada. Walaupon kadang-kadang ada juga rasa seperti hendak menggigitnya.

Kegemaran beliau termasuk menggaru rambut Puan Mama, tidur, menggangu Inche Papa yang sedang tidur, tidur, berehat di atas kerusi rotan ala-ala mat rempit menunggang motor, tidur, menggigit tangan atau apa-apa sahaja anggota badan yang boleh diterkam dan tidur. Makanan peberet beliau termasuklah ayam rebus, ayam tandoori dan ikan tongkol rebus. Dah kata dah, beliau memang spoil.

Kawasan larangan beliau yang pantang disentuh, apatah lagi dijajah termasuklah perutnya yang terlalu amat fluffy, ekornya yang tidak reti duduk diam dan dadanya yang lembut seperti karpet yang dijual pak cik Pakistan naik motor kapcai. Dan kawasan tumit Achilles (Baca: Achilles' heel) beliau yang apabila diusap dengan penuh kasih sayang sayugia matanya tertutup-tutup dek terlalu syok adalah telinga, hidung, kepala dan bawah dagu.  

Ok, saya tidak mahu membuat anda ternanti-nanti lagi. Memperkenalkan, Inche Snowy...

(AMARAN KERAS KERAJAAN: Jangan lihat gambar-gambar di bawah sekiranya anda mempunyai penyakit geram-geram atau pantang melihat sesuatu yang terlalu amat comel. Juga tidak sesuai untuk remaja bawah umur dan pakcik makcik yang mempunyai ukur lilit pinggang selebar empat pulu sentimeter dan ke atas.

Sebarang kerosakan harta atau jiwa dek kedegilan anda sama sekali tidak akan ditanggung oleh pihak AWG, apatah lagi kerajaan pimpinan Dato' Sri 1Malaysia sekian terima kasih.)

Sekali lagi. Memperkenalkan.. *clap clap clap* INCHE SNOWY...!!



Cukuplah dua gambar dahulu. Saya betul-betul risau anda meroyan penuh kegilaan nanti..! Wahahaha.. xD

-gabbana-

Pffftt...!! You gotta be kidding me Datin Seri!

Rosmah: Many Islamic nations look up to Malaysia

 

PUTRAJAYA: Malaysia has won the admiration of many Islamic countries due to its ability to achieve peace and stability in a multi-religious environment, said the Prime Minister’s wife Datin Seri Rosmah Mansor.

 

She added that the respect given to Malaysia was evident from the treatment given to her during her recent visit to Oman, in which she was given a “state visit” status by its government.





“When I met the Omani Deputy Prime Minister Sayyid Fahd Mahmoud Al-Said, he told me that many of the Middle Eastern countries held Malaysia in high regard.

“Malaysia is a multi-racial country but it also an Islamic country. However, we practise moderation at the same time,” she said during the launch of a National Service Training Programme called “The Catalyst To A 1Malaysia Generation” here yesterday.

Rosmah told the trainees to consider themselves fortunate for being chosen to participate as there were many others who had wanted to join but were not picked.

[Source: The Star]

***

Datin Seri, can you please kindly enlighten me, which part of Malaysia that you considered as Islamic..? The economic system? The judiciary? The political system..? Pfffttt!!

Or perhaps the way your beloved husband, Dato' Seri 1Malaysia governs the country? Oh no wonder Malaysia is so heavenly safe from all sort of natural disasters, crises and God knows whatever else He has cursed on other countries but Malaysia because God so bless this country!

And by the way, which 'Islamic nations' are you referring to again..? You mean, nations whose people are Muslims-majority right..?  Please get the fact straight Datin Seri! (Or should I call you Datuk Amar Rosmah Mansor..?) Because as far as I am concerned, there is no single, i repeat, NO SINGLE TRUE Islamic country exists in this whole universe and that's a fact.

Thank you.

Tak boleh belah..! Pppfffttt..!

-gabbana-

25 January 2011

English 101: It's Not That Simple

One, two, buckle my shoe,
Three, four, knock at the door,
Five, six, pick up sticks,
Seven, eight, lay them straight,
Nine, ten, a big fat hen..!

Hands up those who have never sang or even heard of this song. Bollocks. Haha.. You are such a big liar. How could you not...?? This is a must-sing song for everyone, anyone who has been a kid before. Unless your childhood was a deprived one, then you must have heard of or sang this song..!

Ok, to discuss about this song is definitely not my intention. Just reminiscing on the earlier years of me learning English. Yes, just recently Inche Papa was sorta complaining that I should write more in English. He said that's almost essential in order to avoid my English becomes rusty (I'm actually taken aback by the mere fact that he reads my blog!).

[Credit]
There's somewhat an element of truth in his statement. I myself am actually concerned that the quality of my English is deteriorating. Not that it was anywhere excellent before. But I think my English has become, well, from bad to worse now. -___-"

Inche Papa's English is beyond excellent. He reads in English a lot and his know-how of English in the family is well acknowledged. Although, Puan Mama's accent is better. Haha.. Even then, as a family, we do not speak English at home. I don't know why, but Malay has always been the lingua franca of the house.

As a result of that, my English is rather mediocre in the primary school. I started to catch-up when I went to Sekolah Bintang. There, my friend, Jo Jambul encouraged me to read more in English. He introduced me to Christopher Pike's and R.L Stine's. I had been reading Enid Blyton's hitherto. After Peqnas, a junior of one year, introduced me to Harry Potter then only I realised how rubbish Pike's and Stine's are..!  

One of my few encounters with Pike's. [Credit]

And from there, I started to read piles of books, fiction being my obvious favourite. Whenever a book manages to capture my utmost attention and dedication, haha, I would voluntarily delve into its world as if it's my own. I am so enthralled by the beautiful writings that I can almost imagine myself to be an important part of the story-line. I'd reckoned that's the very reason why some people can read and read and just read, for the inexplicable satisfaction  (euphoria?) they garner from it. Nerd? Haha, it's so awethome okayyy..? (Miss Morbids, 2010) xp

Writing in English is a different thing. Honestly, I would prefer to write in Malay. Partly because I know you, my readers, also prefer to read my Malay writings, no..? And I think I can convey better in Malay. Of course, with all the jokes and lame humours, my writings in Malay are somewhat more appealing. 

Whenever I write in English, it will take me longer to finish it up. Why? Because most of the time I think in Malay. So whenever I'm writing in English, the thoughts don't always come out easily. It'll to take longer for me to construct sentences, find the right words (oh how I love Microsoft Word's synonym function!) and choose the right phrases. And even longer to browse through my grammar. To write one article in English probably take 4-5 times longer than writing the same length article in Malay. 

My spoken English has also deteriorated, or so I think. For instance, whenever I call somebody and I know I have to speak in English, sometimes I'll just stutter. Words just refuse to come out of my brain. Or whenever I speak to someone in English, somehow or rather I would be using all the wrong words or my grammar can be very embarrassing. And the weirdest thing is, those things won't happen when I'm all alone. I can speak fluently, almost flawless when I'm alone. Pfffttt...!

Woah, why am I writing this then? To satisfy Inche Papa just in case he reads this..? Wahahaha.. Nah, just feel like writing in English. But seriously, I think we should put more emphasis on improving our English. Be it written or spoken. I've seen numerous times where people embarrass themselves by not being able to speak good English. No, I'm not belittling these people. But nowadays, whether you like it or not, mastering English is a must.

Even for a dai'e, English is a skill that he or she cannot afford to neglect. If we really want to spread the message of Islam, we need to go universal and it's a fact that English IS the preferred universal language. And I have met many Malays who prefer to read Islamic literatures in English because they can grasp and comprehend better in English. Please read Mawdudi's biography. He may not be able to speak good English, but his English is perfecto! He even corrected the author of his English works for failing to come out with more precise words and phrases! How cool is that..??

People could have easily mistaken Mawdudi as an English professor!

Ok I think I should stop here. I can't stand the thought of you, braggarts out there, scrutinizing every grammatical mistake you come across! Hohohoho.. Oh I surely hope you enjoy reading this post, as much as I enjoy writing it. It always gives me this crumb of satisfaction, whenever I managed to write in English. Cheers..! ;)


One, two, buckle my shoe,
Three, four, knock at the door,
Five, six, pick up sticks,
Seven, eight, lay them straight, 
Nine, ten, a big fat hen.

-gabbana- 

Oh yes, please comment. And please feel free to correct my English wherever applicable. Thanx!

24 January 2011

Bila Pula Giliran Kita?

Indonesia, jiran kita, sudah ditimpa pelbagai jenis musibah dan bencana. Gunung berapi, gempa bumi, tsunami.. You name it. Semua ada!

Thailand, jiran kita, juga mengalami pelbagai jenis musibah. Dahulu tsunami. Kini rusuhan rakyat yang tidak pernah surut. Selatannya pula terlalu sering bermandi darah.

Filipina, juga jiran kita, tidak kurang musibahnya. Ancaman gempa bumi dan gunung berapi sentiasa ada. Baru-baru ini banjir besar yang membunuh ribuan nyawa.

Australia, jiran jauh kita juga sudah ditimpa musibah yang tidak kurang beratnya. Banjir terburuk dalam 200 tahun menyebabkan negara tersebut tunggang langgang. Belum lagi kebakaran musim panas yang ganas dan brutal, meragut nyawa ratusan jika bukan ribuan nyawa saban tahun.

Malaysia..? Pernah la dulu dilanda tsunami kecil. Juga gempa bumi berskala junior. Itu pon sekali dalam seribu tahun mungkin. Tanah runtuh sekali sekala, tapi itu tidak dikira bencana alam kerana berlaku dek kelalaian manusia. Adalah banjir besar sekali setahun, tapi itu pon sudah boleh dijangka.

[Kredit Gambar]
Eh speselnya Malaysia ni! Sayang betul Allah pada Malaysia ya..? Entah macam mana Malaysia boleh terletak betul-betul elok-elok je di luar lingkaran gempa bumi dan gunung berapi. Sipi-sipi.

Mengagumkan bukan..? Apa istimewanya Malaysia ni sehinggakan boleh terlindung sebegitu..?? Ke Allah begitu sayang akan kekhalifahan Dato' Seri 1Malaysia..?

Tapi pelik, betulkah rakyat Malaysia ni lebih spesel dan disayangi Allah berbanding rakyat negara lain..? Bila tengok sekeliling, ish, musykil musykil. Jumlah 'muslimin muslimat' yang berzina tidak terhitung banyaknya. Jumlah anak yang tidak berbapa tidak beribu dicampak ke dalam longkang juga tidak terkira. Korupsi adalah perkara normal, malah anda luar biasa tidak normal sekiranya tidak korup.

Kronisme, nepotisme dan entah-apa-apa-isme lagi adalah wajib. Hedonisme menjadi pegangan hidup. Majalah-majalah sampah dijadikan rujukan harian. Arak itu air kosong, mesti minum selepas makan. Judi dan riba'; tidak koollah anda sekiranya anda tidak pernah mencubanya. Jenayah berleluasa. Polis suka minta sedekah sebab tak cukup nak minum kopi. Televisyen lebih gemar menayangkan rancangan-rancangan yang menggalakkan maksiat. Stesen-stesen radio suka hati mak bapak menyiarkan lagu-lagu lucah.

Alim ulama' sibuk berbalah dan bergaduh tentang perkara-perkara yang furuk dan tidak berfaedah, langsung tiada qudwah.   Para pemerintah lebih sibuk memikirkan bagaimanakah caranya mahu menukar kereta baru pada tahun hadapan. Atau pon bagaimanakah mahu menjatuhkan pihak lawan. Yang kaya bertambah gemok dan yang miskin bertambah teruk. Rakyat terus ditindas dan mereka merelakannya. Islam itu bukan cara hidup tetapi adat dan hobi di masa lapang sahaja.

Maksiat berleluasa. Jahiliyyah bermaharajalela. 

Inilah Malaysia. Selamat datang ke Malaysia, tanah tumpah darah kita.

Saya takut. Saya gelisah. Saya benar-benar tak senang duduk. Agak-agaknyalah, bila pula giliran Malaysia yang akan dibala..?

Tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuzh). 
[al-Isra', 17:58]

-gabbana-

Bukan meminta azab seksa, tetapi sila berpijak di bumi nyata. Itu adalah suatu sunnatullah ketetapanNya  sepanjang masa!

Bukan, Ini Bukan Cerita Seram: Epilog

Aha! Akhirnya saya diberikan kekuatan olehNya untuk meyiapkan post ini. Alhamdulilah.. ;)

Jadi, apakah pengajaran yang anda perolehi daripada cerita ini..? (Kepada yang blur dan sesat (Baca: Lost), sila rujuk Muqaddimah dan Panduan sekian terima kasih)

Daripada komen dan feedback yang diterima, tahniah! Anda semua adalah pelajar yang cemerlang dan pintar...! Hihihi..

Jadi tak perlulah saya meneruskan sesi memberi pengajaran ini bukan...? Sebab anda semua sudah pun tahu jawapannya...! Hohoho..

...

...

Kriikk. Kriikkkkk... (Bunyi cengkerik)

...

Fuuuuuuuhhhh... (Bunyi angin)

Wahahahaha..

Fine fine. Rasa bersalah pulak kalau tak cerita.

Betullah apa yang anda katakan itu. Manual kereta di dalam cerita ini adalah al-Quran, manual dan panduan altimet untuk hidup kita. Hanya dengan berpadukan manual altimet inilah kita dapat menyelesaikan sebarang masalah yang melanda hidup, jiwa dan hati kita. Juga masalah yang berlaku di sekeliling kita.

Walaupon sudah beribu tahun, tapi masih relevan dan akan terus relevan sampai bila-bila..!

Masalahnya, kita sering melupakan hakikat yang al-Quran sewajarnya menjadi panduan utama di dalam hidup kita. Seperti dalam cerita ini, kita sering memandai-mandai untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi kerana kita merasakan kita tahu apakah sebenarnya masalah yang berlaku. Kadang-kadang kita mengisi tayar yang tidak pancit dengan angin, kadang-kadang kita menukar minyak hitam yang masih elok dan boleh digunakan dan kadang-kadang kita mengetuk-ngetuk enjin kerana dirasakan dengan tindakan tersebut akan memulihkan keadaan.

Akibatnya..? Masalah tidak selesai atau bertambah teruk atau masalah selesai, tetapi penyelesaiannya datang dengan kos yang sangat tinggi. Inilah akibat apabila kita tidak berhukum dengan hukum Allah; apabila kita tidak menjadikan sistem Allah sebagai panduan utama kita.

Arakian wujudlah perkara-perkara seperti Sekolah 1Hamil, gesaan supaya mengedarkan kondom dan syringe secara percuma, penghalalan dadah di sesetengah negara barat, penghalalan pelacuran even di negara-negara Arab, meminjam wang untuk membayar hutang dan pelbagai lagi 'solusi' pelik yang difikirkan boleh menyelesaikan masalah-masalah yang membelenggu umat manusia zaman ini. Tolol. 

Pastinya al-Quran sebagai manual yang disediakan Allah itu jauh lebih sempurna dan superior daripada mana-mana panduan yang lain. Mengapa..? Kerana Allah Pencipta sekalian manusia; sudah tentu Dialah yang paling arif dengan segala mak nenek hal tentang manusia.

"...dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah...?" 
[al-Baqarah, 2:138]


Segala jenis masalah atau krisis ada jalan penyelesaiannya di dalam al-Quran. Atau pun setidak-tidaknya memberi panduan kepada anda bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut. Daripada masalah yang besar-besar seperti masalah aqidah, masalah kenegaraan dan masalah ekonomi sehinggalah kepada perkara-perkara yang mungkin tidak berapa besar seperti masalah nikah cerai, adab dengan orang yang lebih tua dan bagaimanakah caranya mahu membesarkan dan mendidik anak-anak. Bak kata Astro, macam-macam ada..! Hatta cara-cara nak masak nasi lemak pon ada..! Haha, anda tak percaya bukan..? Bacalah al-Quran dahulu baru tahu..! ^^

Samalah seperti apabila anda merujuk kepada manual Volkswagen Golf GTI anda. Akhirnya anda menjumpai jalan penyelesaiannya. Mengapa? Bagaimana? Kerana anda merujuk kepada manual yang disediakan oleh Volksvawen, syarikat yang sama bertanggungjawab dalam menghasilkan kereta itu. Sudah pastinya mereka tahu dan amat arif dengan setiap inci kenderaan empat roda itu; berapa jumlah angin yang tepat untuk diisi di dalam tayar, petrol jenis apa yang paling sesuai untuk digunakan, pengelap cermin jenis apa, bla bla bla..

Nah! Samalah dengan kehidupan kita sehari-hari! Manual altimet yang kompem sekompem-kompemnya boleh menyelesaikan masalah kita sudah berada di depan mata. Tetapi kita masih mencari-cari panduan yang lain, kita tidak yakin dengan nasihat-nasihat, amaran-amaran dan pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalam al-Quran. 

"Sesungguhnya  aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.” 
[Hadith riwayat Muslim]


Kemenangan akan datang hanya apabila umat Islam sudah kembali kepada al-Quran! [Kredit Gambar]

Kadang-kadang dalam kita menjadikan al-Quran sebagai rujukan, kita masih tidak menjumpai penyelesaian kepada sesuatu masalah. Samalah seperti pertama kali kita merujuk kepada manual Volkswagen Golf GTI yang disediakan, belum tentu lagi kerosakan yang berlaku dapat diselesaikan. Mengapa? Mungkin kerana kita tidak melaksanakan syor-syor yang diberikan dengan tepat dan sempurna; masih ada teknik-teknik tertentu yang belum dipelajari, atau metod-metod unik yang perlu kita kuasai.

Atau mungkin sengaja perkara itu berlaku untuk menguji sama ada kita benar-benar yakin dan beriman dengan manual tersebut atau pun tidak. Dan selepas kita benar-benar yakin dan pasti, barulah masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan. Kadang-kadang Allah mahu menguji kita sama ada kita benar-benar beriman dengan tips-tips yang telah diberikanNya secara percuma melalui al-Quran. Dan setelah kita benar-benar yakin dan pasti bahawa al-Quran itu menyediakan solusi pada setiap masalah yang kita hadapai, barulah Dia akan tunjukkan jalan keluar kepada kita.

Of koz, selalunya kita tidak faham atau gagal untuk menterjemahkan 'jawapan bocor' yang disediakan di dalam al-Quran. Sayugia Allah menghantar 'mekanik' untuk membantu kita memahami manual tersebut. Mekaniknya? Nabi Muhammad SAW. =) Baginda telah menunjukkan jalan dan cara bagaimanakah kita dapat hidup beruhkan al-Quran. Baginda telah menjadi qudwah kepada kita bagaimanakah setiap masalah itu dapat diselesaikan apabila kita merujuk kepada al-Quran. Bukankah akhlak baginda itu adalah al-Quran..? 

Mekanik yang membaiki hati dan jiwa manusia. =) [Kredit Gambar]
Siapakah yang menyambung tugas-tugas mekanik ini selepas ketiadaan baginda SAW? Pastinya salafus-soleh dan orang-orang yang hidupnya benar-benar berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Juga para du'at yang sentiasa berusaha mahu menegakkan Islam di muka bumi ini. Maka apabila kita mengalami 'kerosakan kereta', dan kita tidak tahu bagaimana mahu membaca manual yang disediakan, rujuklah pada mereka ini.   

Atau mungkin kita sendiri yang menjadi mekanik tersebut..? Mengapa tidak..? Senyum.

-gabbana-  

21 January 2011

Kadangkala Pisang Boleh Juga Berbuah Dua, Tiga Dan Empat Kali

Bukan, ini bukan sambungan kepada 'Bukan, Ini Bukan Kisah Seram.' Jadi jangan rasa kecewa atau mahu terus terjun daripada tingkat tiga puluh tiga pejabat anda. Wahahaha..

Anda masih ingat tragedi yang berlaku pada saya dalam kisah 'Sudah Jatuh Ditimpa Pula Lelaki Obese 128 Kilogram'? Di mana saya telah tertinggal beg duit di rumah sehingga hampir-hampir menyebabkan Inche Papa bertukar menjadi raksasa gorgon...? 

Semalam saya melakukannya lagi. Peluh besar. Kali ini lebih ganas lagi. Ikuti kisah yang menyayat hati berikut...

Saya dalam perjalanan ke Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan untuk sesi Syahadatul Haq  (SH) ketika makhluk-makhluk lain sedang sibuk mencucuk diri bervel-vel di kuil-kuil di seluruh negara. Sungguh ironik. Saya berhenti di kawasan Rehat & Rawat Rawang untuk menikmati juadah sarapan pagi untuk diri saya dan juga Inche kereta. Ketika berada di dalam Kedai Mesra, hadek H menelefon dan meminta tolong untuk membelikan beberapa banyak helai sampul surat. Memandangkan di kedai Mesra tiada sampul surat, saya meneruskan perjalanan dan bercadang untuk berhenti di Bukit Beruntung mencari kedai yang menjual sampul surat. 

Setibanya di Bukit Beruntung, saya mencari-cari kedai yang berpotensi menjual sampul surat. Akhirnya berjumpa dengan sebuah kedai yang kelihatannya agak bergaya daripada luarnya dan disebabkan itulah saya memilihnya. Hohoho.. Dan pilihan saya tepat memandangkan kedai tersebut memang ada menjual sampul surat.

Saya mengambil beberapa ikat sampul surat berwarna cokelat dan ke kaunter untuk membuat pembayaran. Ketika tangan kanan menyeluk saku belakang untuk mengambil beg duit, tiba-tiba muka saya bertukar menjadi putih, seputih salju. Beg duit tiada di dalam saku. 

[Kredit Gambar]

Saya buat-buat kool di hadapan juruwang padahal menggelabah puyuh. Seriyes cuak. Kemudian saya berpatah balik ke bahagian sampul surat, kot-kot tercicir di situ.

Tiada. Satu badan saya kejang. Dalam kepala macam-macam yang saya fikirkan. Antara yang melintas di kepala termasuklah persediaan untuk menyiapkan sistem pertahanan daripada serangan bom atom Puan Mama dan sub-mesingan Inche Papa. Juga sudah berkira-kira untuk mengambil cuti setengah hari keesokannya (hari ini) untuk pergi membuat kad pengenalan dan lesen memandu yang baru. 

"Ane, sorry ah.."

Saya terus keluar daripada kedai tersebut dan kembali ke kereta. Saya mencari-cari beg duit di dalam kereta, kot-kot tercicir di mana-mana. Hampagas. Malah dek tekanan perasaan yang sangat hebat, saya turut mencari di tempat yang mustahil beg duit saya boleh berada di situ. Lantas saya memutuskan untuk meneruskan perjalanan sahaja. Terfikir juga untuk berpatah balik ke Rawang, manalah tahu tercicir di situ.

Akhirnya saya memutuskan untuk terus ke Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan sahaja. Tambahan pula saya sudah agak terlewat ketika itu. Walau apa pon yang terjadi, SH mesti diteruskan. Sungguh ketika itu kuat betul syaitan berbisik untuk saya membatalkan sahaja sesi SH pada hari itu. 

"Beg duit lebih penting oyy! Ada IC, lesen sume dalam tu..! Kau sanggup ke kena marah nanti..?? Nak kena bayar denda lagi. Kau tu dah dua kali dah hilang IC..! Patah balik, patah balik..!"

Tergugat juga iman ketika itu. Tetapi alhamdulillah, saya kuatkan semangat dan amat yakin yang ini adalah ujian yang mikro-kecil buat saya. Terlintas di kepala ketika itu:

"Am hasibtum antadkhulul jannah... Apakah kamu kira kamu akan masuk syurga...??"
[al-Baqarah, 2:208]

Terlintas juga di hati:

"Ya Allah.. Ujian apakah ini..? Beratnya ujianMu.."

Astaghfirullah.. Apabila saya bermuhasabah balik, terasa amat malu yang saya boleh terfikir sebegitu. Padahal takde apa pon ujian tu. Secoet jah. Kata nak masuk syurga.. Baru kena jentik sikit, dah menggelupur..! Astaghfirullah... Astaghfirullah..

Arakian saya teruskan juga perjalanan ke Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan. Amanah tetap perlu dilaksanakan. Beg duit boleh diganti. Kad pengenalan boleh dibuat semula; berapa sangatlah pon dendanya. Duit yang hilang boleh dicari. Namun peluang untuk buat SH tidak datang selalu.

Setibanya saya di Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan, saya disambut oleh Pak Cik M yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal dakwah dan tarbiyyah di kolej tersebut. Entah mengapa, saya terus menceritakan kepadanya apa yang berlaku kepada saya. Mukanya sedikit terkejut dan menunjukkan tanda simpati.

Entah bagaimana, selepas meluahkan apa yang terjadi kepadanya, saya teringat yang pada resit Petronas yang saya simpan, kalau tak silap saya tertulis nombor telepon stesen minyak tersebut. Lantas saya bergegas ke kereta dan mendapatkan resit tersebut. Dan betullah sangkaan saya, memang ada tertulis nombor telepon stesen minyak tersebut. Apa lagi, saya pon segera mendail nombor yang tertera.

"Hallo, stesen Petronas R&R Rawang."

"Hallo assalamu a'laikum. Saya... Saya.. Err, ada wallet tertinggal tak..?"

"Wallet..? Ha ada ada."

Allahu akbar..! 

"Oh boleh tolong periksa tak tu wallet saya ke tak..?"

"Sebentar ye cik."

Kedengaran suara-suara latar di belakang.

"Hallo..."

"Ha hallo. Wallet tu wallet XXX (nama Inche gabbana) ke..?"

"Ni ada kad LSE.."

Kompem la tu...! xD

"Alhamdulillah, betullah tu. Nanti saya datang amik, tengah hari camtu. Boleh ke..?"

"Boleh boleh. Nanti encik datang, minta jumpa Puan Erma ye..? Wallet ni dalam pejabat."

"Ok ok. Jumpa kat mana wallet tu..?"

"Atas kaunter."

Peluh besar.

"Oooh.. Ok ok. Terima kasih banyak-banyak ye? Assalamu a'laikum."

"Sama-sama."

Lega sangat rasa hati. Alhamdulillah.. Pada masa yang sama, berasa sedikit kecewa dengan diri kerana tidak mahu belajar lagi daripada kesilapan yang lalu! Dahla tinggal atas kaunter pulak tu.. Kalau tercicir tu lain cerita, ni TERTINGGAL atas kaunter. Betapa cuainya dan lalainya diri....

Namun selepas mengkompemkan yang beg duit saya telah dijumpai, saya lebih bersemangat untuk menyampaikan SH. Kalau tidak memang agak down la jugak. Dipendekkan cerita, selepas selesai SH, saya bergegas untuk pulang kerana pada pukul tiga petang hari yang sama, saya ada temu janji yang lain pula.

Saya terpaksa membuat pusingan di plaza tol Rawang untuk menghala semula ke arah Utara. Mujurlah saya tidak terlepas R&R Rawang, jika tidak terpaksa berpusing sekali lagi. Seusai memparkir kereta, saya terus bergegas masuk ke dalam kedai Mesra dan minta untuk berjumpa dengan Puan Erma. Dan Puan Erma hanya tersenyum melihat saya. 

Dia menyerahkan beg duit saya. Alhamdulillah tiada apa yang hilang. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya, sambil berborak-borak juga bagaimana beg duit itu boleh ditinggalkan di atas kaunter. Dan anda tahu apa yang terjadi sebelum saya keluar daripada tempat itu..? Saya sempat menambah nilai kad Sentuh dan Pergi (Baca: Touch 'n' Go) saya di kaunter pembayaran dan selepas membuat pembayaran, saya lupa pula untuk mengambilnya semula. Ya Rabbi....  Mujurlah Puan Erma sempat mengingatkan saya sambil mengusik,

"Ni dah memang habit dah ni.."

Zaaaasssss. Hati saya terkoyak sebelas bahagian ketika itu juga.

Adakah saya sudah nyanyuk...? TT__TT [Kredit Gambar]
Tetapi memang betul. Saya sejak dahulu lagi memang amat terkenal dengan sifat kecuaian dan acuh tak acuh saya. Sehinggakan Puan Mama tidak lagi hairan setiap kali berlaku sesuatu kejadian yang disebabkan oleh kecuaian saya. -___-" Dah jadi macam darah daging pula. Uih.

Selepas membuat pusingan di Bukit Beruntung, saya memecut pulang. Dan sepanjang perjalanan, saya memikirkan apakah yang boleh saya lakukan untuk memperbaiki sifat saya yang amat merugikan ini. Banyak juga kaedah yang telah saya cuba. Tetapi setelah beberapa lama, kealpaan dan kelalaian saya datang semula. Mungkin bukan dalam hal yang sama, tetapi pada hal yang lain pula. 

"Sesungguhnya manusia itu tergesa-gesa.."
[al-Isra', 17:11]

Apa pendapat anda..? Anda mungkin ada cara atau resipi untuk mengubat 'penyakit' saya ini..? Jika ada silalah berkongsi..! Oh saya amat memerlukannya...!

-gabbana-

Pape pon, amat bersyukur dan gembira kerana tidak perlu bercerita kepada Inche Papa dan Puan Mama tentang insiden yang berlaku! Wahahaha.. ^__^" Sssshhhh.

19 January 2011

Bukan, Ini Bukan Cerita Seram: Panduan Altimet

Ini adalah sambungan kepada post sebelum ini, 'Bukan, Ini Buka Cerita Seram: Muqaddimah.' 

Kepada anda yang hampir diserang sakit jantung semalam atau terasa nak bunuh orang kerana cerita bersambung, hihihi, terimalah...

***

Anda meraba-raba dan... Aha...!!!

Anda mencapai sebuah buku manual untuk Volkswagen Golf GTI yang tersimpan kemas di dalam sarung kulit berwarna hitam. Manual tersebut cukup rapi dan bersih; kerana itu pertama kali anda menggunakannya..!

Anda memetik suis lampu di dalam kereta untuk membantu anda membaca manual tersebut dengan lebih jelas. Pada masa yang sama anda berasa tidak percaya mengapalah dari awal-awal tadi anda tidak terfikir untuk menggunakan manual tersebut. 

Ini manual lama maka kelihatannya kurang bergaya... [Kredit Gambar]
Anda belek dan belek. Belek dan belek. Belek lagi. Mencari-cari apakah punca kereta kesayangan anda itu tidak mahu bergerak. Akhirnya anda terjumpa satu seksyen pada mukasurat tujuh puluh tiga di bawah topik besar: Sayangilah Kereta Anda. Seksyen tersebut bertajuk: Belaian Manja. Anda membaca:

"Kadang-kadang kereta anda perlu juga dibelai dan dimanja. Selain daripada membawa kereta anda mandi dan ke spa, juga memasang minyak wangi 'One Drop Perfume' di dalam kereta, anda juga perlu membisikkan..."

Biar betul ni, fikir anda yang seperti tidak percaya. Mata anda kelihatannya sedikit terbeliak.

"...kata-kata penuh kasih sayang dan mesra. Usapan penuh manja pada bahagian depan dan..."

Anda menelan air liur. Menggaru-garu kepala yang tidak berapa gatal.

"...atas kereta juga amat digalakkan. Para jurutera Jerman telah membuktikan tindakan sedemikan boleh menambahkan prestasi kereta anda. 

Apabila kereta anda dilayan seperti mesin dan seolah-olah tidak berperasaan, jangan terkejut suatu hari nanti kereta anda akan merajuk! Antara rajukan yang boleh terjadi termasuklah pancutan minyak hitam secara tiba-tiba, lampu berkelip-kelip di lebuh raya tanpa anda mengawalnya menyebabkan orang di hadapan menyangkakan anda sedang memberi high-beam, kereta tidak mahu bergerak secara tiba-tiba, pengelap cer.."

Eh eh! Anda terperasan. Tolong ulang balik..!

"Part yang mana...?"

Part yang kereta tak mahu bergerak secara tiba-tiba tu..! Kata anda.

"Kereta tidak mahu bergerak secara tiba-tiba... Dah, puas hati..?"

Anda terus menutup buku manual dan menjerit Yahooooo...! Kali ini betul-betul kuat dan bukan di dalam hati. Anda terkejut dengan jeritan sendiri dan memandang kiri dan kanan, takut-takut mambang kelapa sawit bertanduk lima terbangun dengan jeritan anda itu. Bukan, ini bukan cerita seram.

Ceh takde kena mengena dengan enjin rupanya... [Kredit Gambar]
Anda membuka pintu dan terus keluar daripada kereta. Anda terus usap kereta anda, cium tingkap dan hud hadapan serta menggosok-gosok bahagian atas kereta seperti membelai kucing lagaknya. Anda masuk semula dan cuba menghidupkan enjin. Gagal. Anda garu kepala dan keluar semula. Kali ini anda seolah-olah memeluk kereta, mencium lagi dan mengusap-usapnya sambil membisikkan kata-kata manis penuh mesra.

(Tidak perlu disebut kata-kata menanam tebu di pinggir bibir itu, dikhuatiri anda semua akan muntah biru secara berjemaah nanti.)

Dan kali ini anda yakin anda telah berjaya membidik mata kerbau (Baca: Hit the bull's eye). Oleh kerana terlalu yakin, anda terus masuk ke dalam kereta, kunci pintu dan siap-siap memakai tali pinggang keledar. Senyuman anda melebar sehingga ke belakang telinga. Dan anda terus memutarkan kunci kereta untuk menghidupkan enjin..

Vrrrooommm...! Vvvvrrrroooommmmm....!!!

Yabedabedu...! Terima kasih Volkswagen..! Terima kasih untuk manual yang telah anda bekalkan itu...! Memang panduan yang altimet ah! Anda terus memecut laju. Tidak sanggup lagi untuk berada lama-lama di situ. Sementelah anda yakin anda ternampak seekor makhluk berkaki dua tinggi menggalah bertaring lapan berambut kerinting berbulu tebal ketika sedang mengedjas cermin pandang belakang sebentar tadi. Bukan, ini bukan cerita seram.

Vvvrrroooommmmm.....!

Volkswagen: Das Auto. Tibe.. [Kredit Gambar]
***

Uish, takkan habis kat sini kan..? Bukan karya Inche gabbana la kalau habis di sini sahaja, tiada pengajarannya..! Wahahaha..

Tapi sebelum saya bocorkan rahsia apakah pengajaran super best daripada cerita mengarut ini, hehe, apa kata saya uji anda dahulu..? Senyum comel. Anda rasa-rasalah, apakah pengajaran atau tema utama daripada kisah ini..?

Cepat cepat cepat..! Pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat..! Dapat apa..?? Dapat pengajaran yang best tu la..! Hihihi.. ;)

Selamat maju jaya kepada anda..! Jangan lupa baca doa hekzem sebelum menjawab..! Wahahaha.. xD

-gabbana-

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP