Bukan, Ini Bukan Cerita Seram: Epilog
Aha! Akhirnya saya diberikan kekuatan olehNya untuk meyiapkan post ini. Alhamdulilah.. ;)
Jadi, apakah pengajaran yang anda perolehi daripada cerita ini..? (Kepada yang blur dan sesat (Baca: Lost), sila rujuk Muqaddimah dan Panduan sekian terima kasih)
Jadi, apakah pengajaran yang anda perolehi daripada cerita ini..? (Kepada yang blur dan sesat (Baca: Lost), sila rujuk Muqaddimah dan Panduan sekian terima kasih)
Daripada komen dan feedback yang diterima, tahniah! Anda semua adalah pelajar yang cemerlang dan pintar...! Hihihi..
Jadi tak perlulah saya meneruskan sesi memberi pengajaran ini bukan...? Sebab anda semua sudah pun tahu jawapannya...! Hohoho..
...
...
Kriikk. Kriikkkkk... (Bunyi cengkerik)
...
Fuuuuuuuhhhh... (Bunyi angin)
Wahahahaha..
Fine fine. Rasa bersalah pulak kalau tak cerita.
Betullah apa yang anda katakan itu. Manual kereta di dalam cerita ini adalah al-Quran, manual dan panduan altimet untuk hidup kita. Hanya dengan berpadukan manual altimet inilah kita dapat menyelesaikan sebarang masalah yang melanda hidup, jiwa dan hati kita. Juga masalah yang berlaku di sekeliling kita.
Masalahnya, kita sering melupakan hakikat yang al-Quran sewajarnya menjadi panduan utama di dalam hidup kita. Seperti dalam cerita ini, kita sering memandai-mandai untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi kerana kita merasakan kita tahu apakah sebenarnya masalah yang berlaku. Kadang-kadang kita mengisi tayar yang tidak pancit dengan angin, kadang-kadang kita menukar minyak hitam yang masih elok dan boleh digunakan dan kadang-kadang kita mengetuk-ngetuk enjin kerana dirasakan dengan tindakan tersebut akan memulihkan keadaan.
Walaupon sudah beribu tahun, tapi masih relevan dan akan terus relevan sampai bila-bila..! |
Masalahnya, kita sering melupakan hakikat yang al-Quran sewajarnya menjadi panduan utama di dalam hidup kita. Seperti dalam cerita ini, kita sering memandai-mandai untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi kerana kita merasakan kita tahu apakah sebenarnya masalah yang berlaku. Kadang-kadang kita mengisi tayar yang tidak pancit dengan angin, kadang-kadang kita menukar minyak hitam yang masih elok dan boleh digunakan dan kadang-kadang kita mengetuk-ngetuk enjin kerana dirasakan dengan tindakan tersebut akan memulihkan keadaan.
Akibatnya..? Masalah tidak selesai atau bertambah teruk atau masalah selesai, tetapi penyelesaiannya datang dengan kos yang sangat tinggi. Inilah akibat apabila kita tidak berhukum dengan hukum Allah; apabila kita tidak menjadikan sistem Allah sebagai panduan utama kita.
Arakian wujudlah perkara-perkara seperti Sekolah 1Hamil, gesaan supaya mengedarkan kondom dan syringe secara percuma, penghalalan dadah di sesetengah negara barat, penghalalan pelacuran even di negara-negara Arab, meminjam wang untuk membayar hutang dan pelbagai lagi 'solusi' pelik yang difikirkan boleh menyelesaikan masalah-masalah yang membelenggu umat manusia zaman ini. Tolol.
Pastinya al-Quran sebagai manual yang disediakan Allah itu jauh lebih sempurna dan superior daripada mana-mana panduan yang lain. Mengapa..? Kerana Allah Pencipta sekalian manusia; sudah tentu Dialah yang paling arif dengan segala mak nenek hal tentang manusia.
"...dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah...?"
[al-Baqarah, 2:138]
Segala jenis masalah atau krisis ada jalan penyelesaiannya di dalam al-Quran. Atau pun setidak-tidaknya memberi panduan kepada anda bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut. Daripada masalah yang besar-besar seperti masalah aqidah, masalah kenegaraan dan masalah ekonomi sehinggalah kepada perkara-perkara yang mungkin tidak berapa besar seperti masalah nikah cerai, adab dengan orang yang lebih tua dan bagaimanakah caranya mahu membesarkan dan mendidik anak-anak. Bak kata Astro, macam-macam ada..! Hatta cara-cara nak masak nasi lemak pon ada..! Haha, anda tak percaya bukan..? Bacalah al-Quran dahulu baru tahu..! ^^
Samalah seperti apabila anda merujuk kepada manual Volkswagen Golf GTI anda. Akhirnya anda menjumpai jalan penyelesaiannya. Mengapa? Bagaimana? Kerana anda merujuk kepada manual yang disediakan oleh Volksvawen, syarikat yang sama bertanggungjawab dalam menghasilkan kereta itu. Sudah pastinya mereka tahu dan amat arif dengan setiap inci kenderaan empat roda itu; berapa jumlah angin yang tepat untuk diisi di dalam tayar, petrol jenis apa yang paling sesuai untuk digunakan, pengelap cermin jenis apa, bla bla bla..
Samalah seperti apabila anda merujuk kepada manual Volkswagen Golf GTI anda. Akhirnya anda menjumpai jalan penyelesaiannya. Mengapa? Bagaimana? Kerana anda merujuk kepada manual yang disediakan oleh Volksvawen, syarikat yang sama bertanggungjawab dalam menghasilkan kereta itu. Sudah pastinya mereka tahu dan amat arif dengan setiap inci kenderaan empat roda itu; berapa jumlah angin yang tepat untuk diisi di dalam tayar, petrol jenis apa yang paling sesuai untuk digunakan, pengelap cermin jenis apa, bla bla bla..
Nah! Samalah dengan kehidupan kita sehari-hari! Manual altimet yang kompem sekompem-kompemnya boleh menyelesaikan masalah kita sudah berada di depan mata. Tetapi kita masih mencari-cari panduan yang lain, kita tidak yakin dengan nasihat-nasihat, amaran-amaran dan pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalam al-Quran.
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”
[Hadith riwayat Muslim]
Kemenangan akan datang hanya apabila umat Islam sudah kembali kepada al-Quran! [Kredit Gambar] |
Kadang-kadang dalam kita menjadikan al-Quran sebagai rujukan, kita masih tidak menjumpai penyelesaian kepada sesuatu masalah. Samalah seperti pertama kali kita merujuk kepada manual Volkswagen Golf GTI yang disediakan, belum tentu lagi kerosakan yang berlaku dapat diselesaikan. Mengapa? Mungkin kerana kita tidak melaksanakan syor-syor yang diberikan dengan tepat dan sempurna; masih ada teknik-teknik tertentu yang belum dipelajari, atau metod-metod unik yang perlu kita kuasai.
Atau mungkin sengaja perkara itu berlaku untuk menguji sama ada kita benar-benar yakin dan beriman dengan manual tersebut atau pun tidak. Dan selepas kita benar-benar yakin dan pasti, barulah masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan. Kadang-kadang Allah mahu menguji kita sama ada kita benar-benar beriman dengan tips-tips yang telah diberikanNya secara percuma melalui al-Quran. Dan setelah kita benar-benar yakin dan pasti bahawa al-Quran itu menyediakan solusi pada setiap masalah yang kita hadapai, barulah Dia akan tunjukkan jalan keluar kepada kita.
Of koz, selalunya kita tidak faham atau gagal untuk menterjemahkan 'jawapan bocor' yang disediakan di dalam al-Quran. Sayugia Allah menghantar 'mekanik' untuk membantu kita memahami manual tersebut. Mekaniknya? Nabi Muhammad SAW. =) Baginda telah menunjukkan jalan dan cara bagaimanakah kita dapat hidup beruhkan al-Quran. Baginda telah menjadi qudwah kepada kita bagaimanakah setiap masalah itu dapat diselesaikan apabila kita merujuk kepada al-Quran. Bukankah akhlak baginda itu adalah al-Quran..?
Mekanik yang membaiki hati dan jiwa manusia. =) [Kredit Gambar] |
Siapakah yang menyambung tugas-tugas mekanik ini selepas ketiadaan baginda SAW? Pastinya salafus-soleh dan orang-orang yang hidupnya benar-benar berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Juga para du'at yang sentiasa berusaha mahu menegakkan Islam di muka bumi ini. Maka apabila kita mengalami 'kerosakan kereta', dan kita tidak tahu bagaimana mahu membaca manual yang disediakan, rujuklah pada mereka ini.
Atau mungkin kita sendiri yang menjadi mekanik tersebut..? Mengapa tidak..? Senyum.
-gabbana-
14 Caci Maki Puji Muji:
bila Al-Quran didalam hati
maka ia menjadi amalan
bila Al-Quran didalam laci
maka ia menjadi tinggalan
like the way u deliver the great message =)
miss harti!!!! kenapa mahal sgt kata-katamu ini... wah!!! kena belajar nih =)
miss harti: like the way u berpantun.. ;)
jzkk sbb sudi ziarah.
miss sheikh: wah, sdap nama miss sheikh! hehe..
btol btol. kena blajar dari miss harti ni! ;)
terbaik! huhu..
suke2.. best tol analogi nya :)
salam adam, sori ak x sempat nak komen balik kat entri harituh..but neway i wud prefer to talk rather than write in comment sbb ppl can mislead comment)
cuma satu persoalan yeh adam, kita semua mahu sambung tugas nabi untuk berdakwah dan menegakkan islam di muka bumi apatah lagi di malaysia..
dan para ulama adalah watak yang paling sesuai untuk dirujuk kerana mereka lebih faqih dan faham..apatah lagi berwaqi'kan malaysia..dan kita semua boleh setuju dengan perkara ini..
cuma perkataan ulama tuh adakah ianya membawa banyak maksud yang berbeda di kalangan kumpulan-kumpulan islam?
p/s: anyway bila ko tukar onitsuka plak nih?..
aku lah pengikut terbaru ko dam. lama x dengar cite. aku nak abis dah degree law ni. mai la kedai nanti. tahun depan aku nak kahwin dah. =)
aiman: =) jgn suka je. sebar2kan..! ^^
cha: btol2 aku setuju, kalau nak berdoalog thru komen je, mmg susah. boleh menimbulkan salah faham dan dzan2 yg tak elok..!
haha.. tukar selera sket cha. edisi terhad je tu. nnt tukar ah balik.. ^^
shazli..!! hahaha.. what an honor..! ;) oh...??? alhamdulillah. cepat la balik wooii..!
ari tu aku gi kedai ko. bapak ko tak kenal aku.. =( seb baik mak ko knal.. hehe..
Assalamualaikum semua dan salam ziarah untuk tuan blog...
jom ziarah blog Al-faqir pula..semoga memperoleh manfaat..INSYAALLAHU TAALA
jamaluddin: jzkk kerana sudi melawat belog ini.
alhamdulillah saya pon dah pergi ziarah belog anda.. ;)
assalamualaikum wbt...
mohon share link...
semoga dapat terus berkarya dari hati untuk hati2 yang lain... biidznillah :)
silakan...! xD
lagi byk ramai org yg baca, harapannya lagi ramailah yg bermanfaat daripada tulisan saya yg marhaen ni. dan dgn itu, besar harapan saya bertambah byklah share sy ntok masuk syurgaNya nnt..! Hohoh..
jzkk!
Post a Comment