21 January 2011

Kadangkala Pisang Boleh Juga Berbuah Dua, Tiga Dan Empat Kali

Bukan, ini bukan sambungan kepada 'Bukan, Ini Bukan Kisah Seram.' Jadi jangan rasa kecewa atau mahu terus terjun daripada tingkat tiga puluh tiga pejabat anda. Wahahaha..

Anda masih ingat tragedi yang berlaku pada saya dalam kisah 'Sudah Jatuh Ditimpa Pula Lelaki Obese 128 Kilogram'? Di mana saya telah tertinggal beg duit di rumah sehingga hampir-hampir menyebabkan Inche Papa bertukar menjadi raksasa gorgon...? 

Semalam saya melakukannya lagi. Peluh besar. Kali ini lebih ganas lagi. Ikuti kisah yang menyayat hati berikut...

Saya dalam perjalanan ke Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan untuk sesi Syahadatul Haq  (SH) ketika makhluk-makhluk lain sedang sibuk mencucuk diri bervel-vel di kuil-kuil di seluruh negara. Sungguh ironik. Saya berhenti di kawasan Rehat & Rawat Rawang untuk menikmati juadah sarapan pagi untuk diri saya dan juga Inche kereta. Ketika berada di dalam Kedai Mesra, hadek H menelefon dan meminta tolong untuk membelikan beberapa banyak helai sampul surat. Memandangkan di kedai Mesra tiada sampul surat, saya meneruskan perjalanan dan bercadang untuk berhenti di Bukit Beruntung mencari kedai yang menjual sampul surat. 

Setibanya di Bukit Beruntung, saya mencari-cari kedai yang berpotensi menjual sampul surat. Akhirnya berjumpa dengan sebuah kedai yang kelihatannya agak bergaya daripada luarnya dan disebabkan itulah saya memilihnya. Hohoho.. Dan pilihan saya tepat memandangkan kedai tersebut memang ada menjual sampul surat.

Saya mengambil beberapa ikat sampul surat berwarna cokelat dan ke kaunter untuk membuat pembayaran. Ketika tangan kanan menyeluk saku belakang untuk mengambil beg duit, tiba-tiba muka saya bertukar menjadi putih, seputih salju. Beg duit tiada di dalam saku. 

[Kredit Gambar]

Saya buat-buat kool di hadapan juruwang padahal menggelabah puyuh. Seriyes cuak. Kemudian saya berpatah balik ke bahagian sampul surat, kot-kot tercicir di situ.

Tiada. Satu badan saya kejang. Dalam kepala macam-macam yang saya fikirkan. Antara yang melintas di kepala termasuklah persediaan untuk menyiapkan sistem pertahanan daripada serangan bom atom Puan Mama dan sub-mesingan Inche Papa. Juga sudah berkira-kira untuk mengambil cuti setengah hari keesokannya (hari ini) untuk pergi membuat kad pengenalan dan lesen memandu yang baru. 

"Ane, sorry ah.."

Saya terus keluar daripada kedai tersebut dan kembali ke kereta. Saya mencari-cari beg duit di dalam kereta, kot-kot tercicir di mana-mana. Hampagas. Malah dek tekanan perasaan yang sangat hebat, saya turut mencari di tempat yang mustahil beg duit saya boleh berada di situ. Lantas saya memutuskan untuk meneruskan perjalanan sahaja. Terfikir juga untuk berpatah balik ke Rawang, manalah tahu tercicir di situ.

Akhirnya saya memutuskan untuk terus ke Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan sahaja. Tambahan pula saya sudah agak terlewat ketika itu. Walau apa pon yang terjadi, SH mesti diteruskan. Sungguh ketika itu kuat betul syaitan berbisik untuk saya membatalkan sahaja sesi SH pada hari itu. 

"Beg duit lebih penting oyy! Ada IC, lesen sume dalam tu..! Kau sanggup ke kena marah nanti..?? Nak kena bayar denda lagi. Kau tu dah dua kali dah hilang IC..! Patah balik, patah balik..!"

Tergugat juga iman ketika itu. Tetapi alhamdulillah, saya kuatkan semangat dan amat yakin yang ini adalah ujian yang mikro-kecil buat saya. Terlintas di kepala ketika itu:

"Am hasibtum antadkhulul jannah... Apakah kamu kira kamu akan masuk syurga...??"
[al-Baqarah, 2:208]

Terlintas juga di hati:

"Ya Allah.. Ujian apakah ini..? Beratnya ujianMu.."

Astaghfirullah.. Apabila saya bermuhasabah balik, terasa amat malu yang saya boleh terfikir sebegitu. Padahal takde apa pon ujian tu. Secoet jah. Kata nak masuk syurga.. Baru kena jentik sikit, dah menggelupur..! Astaghfirullah... Astaghfirullah..

Arakian saya teruskan juga perjalanan ke Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan. Amanah tetap perlu dilaksanakan. Beg duit boleh diganti. Kad pengenalan boleh dibuat semula; berapa sangatlah pon dendanya. Duit yang hilang boleh dicari. Namun peluang untuk buat SH tidak datang selalu.

Setibanya saya di Kolej Yang-Namanya-Dirahsiakan, saya disambut oleh Pak Cik M yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal dakwah dan tarbiyyah di kolej tersebut. Entah mengapa, saya terus menceritakan kepadanya apa yang berlaku kepada saya. Mukanya sedikit terkejut dan menunjukkan tanda simpati.

Entah bagaimana, selepas meluahkan apa yang terjadi kepadanya, saya teringat yang pada resit Petronas yang saya simpan, kalau tak silap saya tertulis nombor telepon stesen minyak tersebut. Lantas saya bergegas ke kereta dan mendapatkan resit tersebut. Dan betullah sangkaan saya, memang ada tertulis nombor telepon stesen minyak tersebut. Apa lagi, saya pon segera mendail nombor yang tertera.

"Hallo, stesen Petronas R&R Rawang."

"Hallo assalamu a'laikum. Saya... Saya.. Err, ada wallet tertinggal tak..?"

"Wallet..? Ha ada ada."

Allahu akbar..! 

"Oh boleh tolong periksa tak tu wallet saya ke tak..?"

"Sebentar ye cik."

Kedengaran suara-suara latar di belakang.

"Hallo..."

"Ha hallo. Wallet tu wallet XXX (nama Inche gabbana) ke..?"

"Ni ada kad LSE.."

Kompem la tu...! xD

"Alhamdulillah, betullah tu. Nanti saya datang amik, tengah hari camtu. Boleh ke..?"

"Boleh boleh. Nanti encik datang, minta jumpa Puan Erma ye..? Wallet ni dalam pejabat."

"Ok ok. Jumpa kat mana wallet tu..?"

"Atas kaunter."

Peluh besar.

"Oooh.. Ok ok. Terima kasih banyak-banyak ye? Assalamu a'laikum."

"Sama-sama."

Lega sangat rasa hati. Alhamdulillah.. Pada masa yang sama, berasa sedikit kecewa dengan diri kerana tidak mahu belajar lagi daripada kesilapan yang lalu! Dahla tinggal atas kaunter pulak tu.. Kalau tercicir tu lain cerita, ni TERTINGGAL atas kaunter. Betapa cuainya dan lalainya diri....

Namun selepas mengkompemkan yang beg duit saya telah dijumpai, saya lebih bersemangat untuk menyampaikan SH. Kalau tidak memang agak down la jugak. Dipendekkan cerita, selepas selesai SH, saya bergegas untuk pulang kerana pada pukul tiga petang hari yang sama, saya ada temu janji yang lain pula.

Saya terpaksa membuat pusingan di plaza tol Rawang untuk menghala semula ke arah Utara. Mujurlah saya tidak terlepas R&R Rawang, jika tidak terpaksa berpusing sekali lagi. Seusai memparkir kereta, saya terus bergegas masuk ke dalam kedai Mesra dan minta untuk berjumpa dengan Puan Erma. Dan Puan Erma hanya tersenyum melihat saya. 

Dia menyerahkan beg duit saya. Alhamdulillah tiada apa yang hilang. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepadanya, sambil berborak-borak juga bagaimana beg duit itu boleh ditinggalkan di atas kaunter. Dan anda tahu apa yang terjadi sebelum saya keluar daripada tempat itu..? Saya sempat menambah nilai kad Sentuh dan Pergi (Baca: Touch 'n' Go) saya di kaunter pembayaran dan selepas membuat pembayaran, saya lupa pula untuk mengambilnya semula. Ya Rabbi....  Mujurlah Puan Erma sempat mengingatkan saya sambil mengusik,

"Ni dah memang habit dah ni.."

Zaaaasssss. Hati saya terkoyak sebelas bahagian ketika itu juga.

Adakah saya sudah nyanyuk...? TT__TT [Kredit Gambar]
Tetapi memang betul. Saya sejak dahulu lagi memang amat terkenal dengan sifat kecuaian dan acuh tak acuh saya. Sehinggakan Puan Mama tidak lagi hairan setiap kali berlaku sesuatu kejadian yang disebabkan oleh kecuaian saya. -___-" Dah jadi macam darah daging pula. Uih.

Selepas membuat pusingan di Bukit Beruntung, saya memecut pulang. Dan sepanjang perjalanan, saya memikirkan apakah yang boleh saya lakukan untuk memperbaiki sifat saya yang amat merugikan ini. Banyak juga kaedah yang telah saya cuba. Tetapi setelah beberapa lama, kealpaan dan kelalaian saya datang semula. Mungkin bukan dalam hal yang sama, tetapi pada hal yang lain pula. 

"Sesungguhnya manusia itu tergesa-gesa.."
[al-Isra', 17:11]

Apa pendapat anda..? Anda mungkin ada cara atau resipi untuk mengubat 'penyakit' saya ini..? Jika ada silalah berkongsi..! Oh saya amat memerlukannya...!

-gabbana-

Pape pon, amat bersyukur dan gembira kerana tidak perlu bercerita kepada Inche Papa dan Puan Mama tentang insiden yang berlaku! Wahahaha.. ^__^" Sssshhhh.

38 Caci Maki Puji Muji:

itachi 21/01/2011, 17:22  

parah ni inche gabbana.em,kenapa setiap kali yg t'tinggal mesti wallet shj?mksdnye, handphone blh plk x tinggal..huhu

i mean kena treat wallet tu mcm mana u treat hp kot..

mgkn kena biasakan diri setiap kali keluar dr kedai/rmh/pjbt/kereta/etc, cari wallet n hp dlu n make sure ada di bawa b'sama.ini yg sy buat la sbb dulu2 mcm ni jgk..semua brg tinggal.doa byk2 spy x cuai lagi :D

- abdul hadi abdul muti - 21/01/2011, 17:36  

selalu terbayang ade manusie yang akan ciptekan satu cip pelekat yang saiz besar coin seposen dibelah empat.lepas tu lekat kat barang barang kite.pastu, kite pegang remote control die. kire, remote control tu macam radar. lepas tu, cip tu akan bagi signal kat remote control tu kat mane barang yang kite lekatkan tu ade.ha..kan senang?haha

Inche gabbana 21/01/2011, 17:38  

itachi: Sebenarnya... errr... phone pon penah tertinggal gak.....! Wahahahaha.. ^__^"

dah penah try dah metod itu. tp lama2 mcm dah tak buat dah... hohoho..

pape pon, mekaseh ye..! ;)

Inche gabbana 21/01/2011, 17:38  

hadi: menarik idea tu. tp cmne kalau remote kontrol tu pon nanti terlupa....? -_____-"

parah kan...? Hehehe..

The President 21/01/2011, 18:25  

huh..sungguh tragik enche gabbana pnyer criter..xper2..sy pasti bdak2 yg kene basuh ngn SH tu cmfrm lebey xkan sia2 kan ke-"cuak" kan enche gabbana...semangat SH la katerkan..he3

Anonymous 21/01/2011, 18:43  

sungguh lawak...dan lebih terkesan bila ia terjadi ktk nak buat dakwah..mmg tarbiyyah!

cdgn: mungkin gantung kat leher kot haha.....

N 21/01/2011, 19:02  

sebenarnya selalu jugak mengalami hal-hal kecuaian mcm ni. lps tu muhasabah diri sndiri, cakap yg apa2 hal yg berlaku pun mesti ada jalan penyelesaiannya (dan masa tu la tetiba teringat doraemon utk mintak tolong selesaikan masalah...haha mengarut!)

kalau nak cerita bab cuak, memang cuak gila la. lps tu bila dah dapat selesaikan masalah tu, janji pada diri sendiri tak buat lagi. tapi buat jugak...hehe

Clarky Afif 21/01/2011, 19:47  

astagfirullah...

tapi masih doa orang yang curik wallet, gelang, henpon canggeh dan lappy i ditangkap polisi!takpe la tak jumpa kat dunia...

kite jumpa masa merangkak di neraka hoccay!

itachi 21/01/2011, 19:52  

buat wallet yg berantai dgn baju je la en. gabbana..haha :p

Kenangan Lalu 21/01/2011, 20:10  

Haiya, lalai lagi! Next time ape2 jadi, abes bwk keluar duit dr wallet, simpan balik wallet tu dlm poket! Pot pet pot pet pot pet...

Anonymous 21/01/2011, 21:40  

salam inche gabbana..

keno pasang rantai kut kat wallet n sangkut kat seluar inche (mcm bdak2 mude pakai tuh)..

tp jgn le panjang sgt sampai mcm rantai kapal.. sempoi2 sudeyy

Inche gabbana 21/01/2011, 22:24  

imran: alhamdulillah.. seronoknya dgr...!! kia berbaloi la tertinggal wallet tu ye...?? ;)

allahu akbar..!

Inche gabbana 21/01/2011, 22:25  

enonimus I: haah. mmg rasa lebih bermakna. seolah-olah Allah nak cakap, "Aku nak tgk budak ni still nak buat dakwah ke tak bila Aku uji dia.." Huhu..

uish. tu dah kritikal sgt dah tu.. -___-"

Inche gabbana 21/01/2011, 22:25  

N: Huhu.. Sebijik macam saya..! Selalu je muhasabah dan marah diri sendiri. Alih2 bwat jugak..! Mmg frust..! =S

Inche gabbana 21/01/2011, 22:26  

clarky afif: erk... -____-" sungguh brutal anda ini.

apa kata anda maafkan dan halalkan aje. besaaaarrr wooo pahala... ;)))

Inche gabbana 21/01/2011, 22:27  

itachi: hahahaha.. tu seriyes last resort ah, kalau sume cara dah tak menjadi. hehehe.. tengss..! ^^

Inche gabbana 21/01/2011, 22:27  

nyamouq: hahahaha.. eleh, sila amik cermin dah tgk wajah diri sendiri di dalam cermin itu... ;p

Inche gabbana 21/01/2011, 22:28  

enonimus II: dulu2 penah bwat, tp stop sbb nampak mcm gengster. huhuhu..

mungkin kena start balik, atau pakai puch bag yg lilit kat pinggang tu kan..?

haih tak tau la...

Anonymous 22/01/2011, 03:59  

oh!
sy pon same jgak slalu lupe barang..
dulu tiap2 kali mak anta balik asrama, 2-3 jam pastu sy akn kol blk..
then mak akn tros cakap,'ha,tinggal ape plak kali nh?!'
huhu (--,")

apa kate en gabana pakai beg tangan?
bende2 besar nh ssh sket nk trlupe..
hehe

Mohammad Aiman 22/01/2011, 07:26  

haha... banyakkan makan kismis!
aiyo..

nasib baik masih wujud manusia yang jujur kat dunia nih.. :)



(siyes x bagitau parents?)

bro 22/01/2011, 17:51  

org kata, golongan perempuan ni lebih cermat dan tak mudah lupa..
apa kata, sy cadangkan cpt2 kawin?ada org tlg jagakan wallet.~
(^_^)

incik neng 22/01/2011, 18:07  

kau apsal? umur lebih kurang ak je ik3
(patut la dulu kat skolah siap ngan rantai ik lagik)

litleumbrella 22/01/2011, 22:19  

saya sangat suka baca blog inche gabbana..sila la tulis banyak2 lagi ye :)
pengisian die sentiasa....urmm..unik?hohoho
sbb banyak analogi2 yang menarik ^___^

Inche gabbana 23/01/2011, 00:59  

enonimus III: hahahaha.. bunyi lebih kurang saya je tu..! hehehe.. ;p

beg tgn...?? eerrr... anda tahu tak saya ni jantan....?

Inche gabbana 23/01/2011, 00:59  

aiman: hahaha.. rasanya, kalau makan kismis 4-5 guni pon tak boleh nak bwat pape dah... hohoh..

haah, tak bgtau pon.. hehehe..

Inche gabbana 23/01/2011, 01:00  

bro: -____-" takde cara lain ke nak bg hint....?

Inche gabbana 23/01/2011, 01:01  

neng: setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan memasing. contohnya, ada manusia yang hensem, ada yg berbibir tebal... eh.

wahahahaha.. xp

Inche gabbana 23/01/2011, 01:02  

payung kecil: terima kasih. itu satu penghormatan buat saya.

segala puji2an itu milik Allah. ;)

harapnya belog dan penulisan saya ini akan terus memberikan manfaat kepada anda! ^^

Anonymous 23/01/2011, 18:54  

kena train otak tu. seriously. gerak je dari satu tempat, tgk balik tempat tu. ada barang tinggal tak? ada tercicir apa2 tak. lama2 iA boleh ingat dah. saya pun selalu je hilang barang. skrg dah kurang dah. hphone je selalu hilang. tsk
-masuk muwassofat jugak ni...tersusun urusan-

Anonymous 23/01/2011, 22:18  

you're so Popular Sanguine!

Inche gabbana 24/01/2011, 11:06  

enonimus IV; TT__TT part muwosofat yg tak tahan tu...

jzkk. doakan agar saya dikurniakan kekuatan untuk menjadi hambaNya yg lebih tersusun urusan..!

Inche gabbana 24/01/2011, 11:07  

enonimus V: saya tak pasti komen anda ni spam atau apa... ^__^"

PendekarTanpaNama 25/01/2011, 16:25  

kalau habit pelupa ni kena top up dengan habit mengingat jugak.
cuba try 2 langkah ni..
1. do a checklist e.g. every keluar masuk mana2 check 3 things, wallet/purse, handphones n cermin mata. selalu tinggal cermin mata waktu ambil wudhu'..ni kes power spec x byk sgt la...
2. mintak org lain ingatkan, e.g. mak abah or anak2, selalunya sebelum sy pulang, anak2 akan ingatkan,"dah bwk semua? xde tinggal? handphone ke, buku ke, quran ke.."

cubalah.moga2 berjaya!

Inche gabbana 25/01/2011, 16:37  

miss sheikh: maksudnya buat checklist dalam kepala la eh? sbb kalau nak tulis dah jadi satu hal pulak.. huhu.. kena practise nih!

saya takde anak... ^__^"

tapi mekaseh atas tips2 yg menarik! ;)

otromen 08/07/2011, 16:27  

Haha saye gelak sendiri bile bace post ni saye pun same tapi tak serupa je ngan inche..pelupa dan lalai..
Dlm case saye kalau byr barang di kaunter saye slalu lupe ambil duit baki..
Kalau saye ambil duit baki, saye akn terlupa ambil barang yg saye beli..haha haishh
Mari sama2 memperbaiki muwasofat..menjadi orang yg lebih tersusun..insyaAllah..

p/s : mode membaca post2 lame kat APG ^^

Inche gabbana 12/07/2011, 15:18  

otromen: boleh tahan kronik jugak anda nih.. hohoho..

jom jom! penting sgt2 kita ni dahulu yg tersusun sebelum nak susun org lain..! ;)

p/s: sila sila. sila baca sampai lebam! wahahaha..

antarakipassusahmatiblogni 16/07/2011, 23:35  

i'm not alone then..
selalu kena marah sebab careless n a bit clumsy..
moga sama2 bole improve!
so it wont be a burden to our D nT(who knows?,=))

mood :same spt otromen, marathon baca post2 AWG..honestly, manyak post IG mnjadi kupasan dlm usrah..agak cool di situ..btw, nak ckp, belog ni sgt femes, like sooo femes(p/s:baik bwk istghfar,..^-^)

Inche gabbana 19/07/2011, 09:04  

antarakipassusahmatiblogni: tersusun urusan. salah satu daripda muwasofat tarbiyyah yg saya masih blom dapat kuasai. TT__TT mesti ada sebab ISHAB letak dalam 10 muwasofat kan..?

erk. kalau anda tak beritahu sudah pasti saya tak tahu! haish.

ini satu cobaan besar buat saya. moga allah lindungi saya daripada penyakit-penyakit hati yg ada..!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP