Bukan, Ini Bukan Cerita Seram: Muqaddimah
Anda sedang memandu Volkswagen GTI Golf anda di sebuah jalan kampung yang gelap gulita. Mengapa anda memandu sebuah kereta yang begitu bergaya di jalan kampung pada malam yang hening gelap gulita tidak pula saya ketahui.
Wah anda memang sungguh bergaya..! [Kredit Gambar] |
Kebetulan ketika itu hanya anda sahaja yang berada di atas jalan. Jalan sunyi dan sepi. Anda mendengar siaran radio IKIM kerana itu satu-satunya siaran radio berunsur Islamik walaupun kadang-kadang terasa macam mendengar siaran Hot.fm pon ada juga. Et lis tidaklah rasa bersalah sangat. Hohoho.. Ketika itu siaran ulangan bual bicara bersama Professor Muhaya sedang dikeudarakan. Anda tergelak sorang-sorang mendengar celoteh Professor Muhaya, bagi memecahkan keheningan malam yang terlalu sunyi. Cuba menyedapkan hati padahal peluh jantan sudah mula mengalir di dahi.
Bukan, ini bukan cerita seram dan tiada mak cik berpakaian putih berambut hitam panjang mengurai sedang menjual apam balik di tepi jalan ketika itu. Anda memandu dengan agak laju kerana mahu keluar daripada jalanan kampung tersebut sesegera mungkin. Sudahlah lampu jalan pon tiada, jalan pula berbengkang-bengkok. Kiri-kanan pula beratur pokok-pokok kelapa sawit. Dalam kepala anda cuba mengulang-ngulang mana-mana doa dalam Maa'thurat yang anda hafal. Bukan, ini bukan cerita seram.
Anda, tiada jalan lainkah yang anda hendak ambil...?? [Kredit Gambar] |
Tiba-tiba kereta anda bergerak perlahan. Anda menekan pedal minyak, namun kereta semakin perlahan. Anda gerak-gerakkan tuil gear kereta anda, manalah tahu anda tertolak gear sebentar tadi namun kereta menjadi semakin perlahan. Akhirnya berhenti. Sudah. Anda menggelabah. Kenapa la kereta ni nak buat hal time-time macam ni...?? Bentak hati anda kerana kasihankan jantung anda yang sudah mula berdegup lebih kencang daripada biasa.
Oh bukan, ini bukan cerita seram.
Anda pasang lampu kecemasan dan biarkan lampu kereta menyala. Teragak-agak juga untuk keluar. Yalah, anda seorang sahaja di tengah-tengah jalan di waktu malam sebegini! Cuak juga. Tapi lebih baik periksa daripada terpaksa bermalam di dalam kereta! Maka anda buka tali pinggang keledar, tarik tuil hud kereta dan buka pintu kereta untuk keluar memeriksa. Bismillah...
Walaupun anda bukanlah seorang mekanik bertauliah, tetapi et lis anda tahulah sikit-sikit pasal enjin, tayar dan bateri kereta. Mujurlah anda bawa lampu suluh bersama, yang anda letak di dalam bonet kereta. Anda angkat hud kereta dan suluh lampu pada ruang yang kini ternganga luas di depan mata. Anda ketuk-ketuk enjin yang canggih itu (GTI kot..??), periksa air bateri, raba-raba wayar yang ada.. Anda tidak ketemu sebarang masalah. Anda garu kepala yang tidak gatal.
Anda pergi pula periksa keempat-empat tayar kereta. Manalah tahu ada yang pancit tertusuk paku. Sempat juga anda menjeling kepada pokok kelapa sawit di seberang jalan kerana anda seperti terlihat kelibat sesuatu di situ. Hish. Anda mendengus keseorangan.
Tayar juga tiada masalah. Semuanya okay dan sempurna. Anda kecewa. Apa ni Volkswagen! Kata warranty 5 tahun..! Anda mencaci-maki syarikat Jerman itu walaupon kompem tiada siapa yang bekerja dengan syarikat itu yang sedang mendengar cacian anda ketika itu.
Oh! Anda teringat. Macam manalah aku boleh lupa! AAM kan ada..! Anda terus mencapai Beri Hitam anda dan sebaik sahaja anda melihat pada skrin telefon percuma pemberian syarikat anda itu, anda terasa seperti hendak membaling jauh telefon pintar itu. Takde line.
Aaaarrrrgggghhhhhhhhhh....! Anda menjerit di dalam hati kerana tidak berani menjerit kuat-kuat, risau akan mengejutkan harimau di dalam hutan. Lebih teruk lagi kalau terbangunkan mambang tanah mambang pokok kepala sawit sekalian.
Anda buntu. Anda masuk semula ke dalam kereta. Anda kunci pintu dan anda padamkan lampu kereta. Nanti kalau bateri kereta pulak yang habis, mati la aku kat sini tersadai sampai pagi. Getus kepala otak anda yang masih mampu berfikir secara normal. Anda kemudian kebelakangkan kerusi anda dan anda sandarkan badan, sambil meletakkan tangan di atas kepala. Apalah nasib... Keluh anda panjang.
Tetapi anda masih tidak berputus asa. Jam baru menunjukkan pukul sebelas dua puluh lapan minit malam. Tak sanggup rasanya nak tunggu, tersadai sebegitu sampai sang suria mula bangkit menyinari alam semesta. Lantas anda berfikir panjang, memikirkan bagaimanakah caranya untuk anda sampai ke destinasi pada malam itu juga. Entah macam mana dalam anda berfikir-fikir itu, tergerak pula hati untuk memeriksa laci di bahagian penumpang hadapan sebelah kiri.
Anda meraba-raba dan... Aha...!!!
***
Apa yang anda jumpa...?? Adakah penemuan anda itu bakal menyelamatkan anda daripada krisis yang sedang anda hadapi..?? Berjayakah anda meloloskan diri daripada jalan kampung di tengah-tengah ladang kelapa sawit itu...?? Tunggguuuu....
Nantikan sambungannya..! Wahahahaha.. ;D
Dup dap dup dap jantungku berdegup, menantikan sambungan cerita ini... ^^
-gabbana-
Dup dap dup dap jantungku berdegup, menantikan sambungan cerita ini... ^^
8 Caci Maki Puji Muji:
makk...
adoi..
cepat skit sambung!
woii ini baik punya gantung , memang betul betul punya mukaddimah
ini adelah tidak cantik!sambun la panjang skek woii
aduihh,, punya la feel citer ni..tgok2 iklan fulak..hahhaa
apakahhh...? hahaa ok, sabar menanti
aiman: hah..? Nak suruh mak anda yg tolong sambungkan ke..? Hehehe.. xp
incik neng: innallaha ma'assobirin.. hehehe.. ;)
lama ko tak dtg melawat neng..! ^^
salsabila: hehe.. tu la teknik promosi namanya..! hihihi.. ;)
arissa myana: kesabaran anda akan terbayar, iAllah.. ^^
Post a Comment