24 January 2011

Bila Pula Giliran Kita?

Indonesia, jiran kita, sudah ditimpa pelbagai jenis musibah dan bencana. Gunung berapi, gempa bumi, tsunami.. You name it. Semua ada!

Thailand, jiran kita, juga mengalami pelbagai jenis musibah. Dahulu tsunami. Kini rusuhan rakyat yang tidak pernah surut. Selatannya pula terlalu sering bermandi darah.

Filipina, juga jiran kita, tidak kurang musibahnya. Ancaman gempa bumi dan gunung berapi sentiasa ada. Baru-baru ini banjir besar yang membunuh ribuan nyawa.

Australia, jiran jauh kita juga sudah ditimpa musibah yang tidak kurang beratnya. Banjir terburuk dalam 200 tahun menyebabkan negara tersebut tunggang langgang. Belum lagi kebakaran musim panas yang ganas dan brutal, meragut nyawa ratusan jika bukan ribuan nyawa saban tahun.

Malaysia..? Pernah la dulu dilanda tsunami kecil. Juga gempa bumi berskala junior. Itu pon sekali dalam seribu tahun mungkin. Tanah runtuh sekali sekala, tapi itu tidak dikira bencana alam kerana berlaku dek kelalaian manusia. Adalah banjir besar sekali setahun, tapi itu pon sudah boleh dijangka.

[Kredit Gambar]
Eh speselnya Malaysia ni! Sayang betul Allah pada Malaysia ya..? Entah macam mana Malaysia boleh terletak betul-betul elok-elok je di luar lingkaran gempa bumi dan gunung berapi. Sipi-sipi.

Mengagumkan bukan..? Apa istimewanya Malaysia ni sehinggakan boleh terlindung sebegitu..?? Ke Allah begitu sayang akan kekhalifahan Dato' Seri 1Malaysia..?

Tapi pelik, betulkah rakyat Malaysia ni lebih spesel dan disayangi Allah berbanding rakyat negara lain..? Bila tengok sekeliling, ish, musykil musykil. Jumlah 'muslimin muslimat' yang berzina tidak terhitung banyaknya. Jumlah anak yang tidak berbapa tidak beribu dicampak ke dalam longkang juga tidak terkira. Korupsi adalah perkara normal, malah anda luar biasa tidak normal sekiranya tidak korup.

Kronisme, nepotisme dan entah-apa-apa-isme lagi adalah wajib. Hedonisme menjadi pegangan hidup. Majalah-majalah sampah dijadikan rujukan harian. Arak itu air kosong, mesti minum selepas makan. Judi dan riba'; tidak koollah anda sekiranya anda tidak pernah mencubanya. Jenayah berleluasa. Polis suka minta sedekah sebab tak cukup nak minum kopi. Televisyen lebih gemar menayangkan rancangan-rancangan yang menggalakkan maksiat. Stesen-stesen radio suka hati mak bapak menyiarkan lagu-lagu lucah.

Alim ulama' sibuk berbalah dan bergaduh tentang perkara-perkara yang furuk dan tidak berfaedah, langsung tiada qudwah.   Para pemerintah lebih sibuk memikirkan bagaimanakah caranya mahu menukar kereta baru pada tahun hadapan. Atau pon bagaimanakah mahu menjatuhkan pihak lawan. Yang kaya bertambah gemok dan yang miskin bertambah teruk. Rakyat terus ditindas dan mereka merelakannya. Islam itu bukan cara hidup tetapi adat dan hobi di masa lapang sahaja.

Maksiat berleluasa. Jahiliyyah bermaharajalela. 

Inilah Malaysia. Selamat datang ke Malaysia, tanah tumpah darah kita.

Saya takut. Saya gelisah. Saya benar-benar tak senang duduk. Agak-agaknyalah, bila pula giliran Malaysia yang akan dibala..?

Tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuzh). 
[al-Isra', 17:58]

-gabbana-

Bukan meminta azab seksa, tetapi sila berpijak di bumi nyata. Itu adalah suatu sunnatullah ketetapanNya  sepanjang masa!

7 Caci Maki Puji Muji:

Encik MamaT 25/01/2011, 10:36  

bila terjadi bencana di negara lain sesetengah kita kata "padan muka..." banyak maksiat sangat.. sedngkan kat malaysia juga banyak.. mungkin akan tiba masanya juga..

Anonymous 25/01/2011, 12:32  

astaghfirullah
astaghfirullah
astaghfirullah
moga Allah ampuni dosa kita yang lalu dan akan datang. mereka dpt bencana, sekurang2 buat mereka realise yg Allah marah n insyAllah org yg sedar akan amik iktibar.tapi kita yg dok syok buat maksiat,dosa melambak2 lebih tinggi dari gunung everest x ingat2 nak kembali ke pangkal jalan. manusia bila dah terjatuh baru terngadah. atau memang sebenar2nya kita ni special sgt2 smpi Allah bagi peluang lama sgt nak smpi ke pangkal jln. diri yg berckp ni pun kena insaf jugak (-.-)... tahu ckp jer tapi x buat...or buat gak sket2 tapi x sungguh utk ubah dunia...
isk,isk,isk....

terima kasih en gabbana atas ke'tidaksenang'an anda dengan situasi ni,sekurang2nya anda adalah org yg sedar...

SN 25/01/2011, 13:15  

Ya Allah....

terbuka mata bile bace post nih...

p/s:dah berkurun x buka blog nih...name pon dah tukar~~~

SN 25/01/2011, 13:15  

Ya Allah....

terbuka mata bile bace post nih...

p/s:dah berkurun x buka blog nih...name pon dah tukar~~~

Inche gabbana 25/01/2011, 16:34  

encik mamat: entahnya. tak sedar diri btol rakyat malaysia ni.

kita ni mewah sgt. gomen korup, rakyat korup.

dan paling best? 'org2 baik' yg tgk je tak nak buat apa2, bila time Allah azab nanti, semuanya akan kena..! TT__TT

Inche gabbana 25/01/2011, 16:35  

enonimus: takut nanti Allah tak bagi masa pon nak sedar/bertaubat.

tahu2nya je dah kena azab.

astaghfirullah... TT__TT

Inche gabbana 25/01/2011, 16:36  

SN: tula. ramai yg tak prasan. ramai yg hanyut dgn 'keamanan' dan 'kemakmuran' 1Malaysia..

haih..

sekejap je pakai nama ni. nnt tukar balik.. ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP