27 December 2010

Sudah Jatuh Ditimpa Pula Lelaki Obes 128 Kilogram

Post ini adalah sambungan kepada post 'Ini.. Ini.. Sungguh Mencabar Sehiggakan Indiana Jones Pasti Cemburu!' Maka sekiranya anda belum membaca post tersebut, sila baca dahulu kerana hidup anda sungguh tidak bermakna sekiranya anda membaca post ini dahulu sebelum membaca post tersebut. Huh.

Baiklah.

Pagi Sabtu saya telah dikejutkan oleh Puan Mama pada pukul lima pagi, memandangkan kami akan bertolak ke LCCT pada pukul lima setengah pagi. Agak pening-pening lalat memandangkan malam sebelum itu saya tidur kurang lebih jam satu pagi. Ditambah pula dengan kepenatan akibat pengembaraan yang penuh mencabar, bangun pada pukul lima pagi bukanlah sesuatu yang saya akan pertimbangkan untuk menjadi hobi kegemaran saya sepanjang masa.

Inche Hatta, kenalan Inche papa yang menjalankan bisnes teksi persendirian tiba lima minit sebelum pukul lima setengah. Sungguh cekap dan selangkah ke hadapan (Baca: One step ahead). Maka setelah bersiap-siap dan yakin pada kali ini tiada lagi masalah yang akan timbul, kami pun bertolak ke LCCT dan saya pasti anda pon sudah dapat menjangkakan apakah aktiviti feveret saya sepanjang perjalanan ke sana. Hihihi..

Setibanya kami di LCCT kurang lebih jam 6.30 pagi, kami terus bergegas untuk mencari kaunter periksa masuk. Penerbangan kami ke Kota Bahru adalah pada jam 7.35 pagi. Akibat papan paparan maklumat gagal memaparkan maklumat yang diperlukan (cis...), kami terus bertanya kepada Mak Cik kaunter pertanyaan. Dan anda tahu apakah maklumat tambahan yang diberitahu kepada kami..?

"Dah lambat dah ni!"

Maka apa lagi, sekali lagi acara lari berganti-ganti disaksikan secara langsung dibawakan khas kepada anda oleh Milo: Minum Milo anda jadi sihat dan kuat! Eh. Kali ini lebih teruk lagi kerana manusia yang ingin berterbangan gembira jauh lebih ramai daripada malam semalam. Saya sangkakan kami sudah cukup awal dan lapangan terbang akan sedikit kosong pada pagi itu... -___-"

Setibanya kami di kaunter, penumpang lain yang ingin memeriksa masuk sudah pun membentuk beberapa garisan beratur yang panjang. Mujurlah kami tidak perlu menunggu terlalu lama.

Setelah sampai giliran kami, hakak (Baca: Kakak) yang menjaga kaunter memberitahu yang kami sebenarnya diletakkan pada kumpulan berdiri tepi (Baca: Stand-by). Sudah. Setelah bertekak dan melontarkan hujah yang kami tidak pun diberitahu oleh anak muda kaunter X daripada perisitiwa semalam itu yang kami telah diletakkan di dalam kumpulan berdiri tepi, akhirnya kami dirujuk kepada kaunter yang lain pula.

Namun sebelum itu hakak tersebut meminta kad pengenalan masing-masing untuk membuat proses pengesahan identiti. Ketika inilah gunung berapi Krakatau meletus dengan hebatnya lantas segala jenis mergastua dan fauna berlari-lari anak menyelamatkan diri. Eh. Ketika saya menyeluk saku belakang tempat saya selalunya menyimpan beg duit saya, saya dapati saku itu kosong. Jantung berdegup kencang. Saya meraba-raba lagi dengan harapan beg duit saya akan muncul secara ajaibnya. Peluh besar sedikit.

Saya lantas membuat muka cuak di hadapan Puan Mama dan hakak itu dan mengatakan beg duit saya telah menghilangkan diri. Ketika ini raut wajah Puan Mama bertukar menjadi sedikit simpati. Wajah Inche papa pula sudah bertukar menjadi ungu. Mujurlah dia tiada pertalian darah dengan Bruce Banner. Jika tidak sudah pasti dia sudah bertukar menjadi raksasa ungu yang mengerikan. Oooohhhh.

(Untuk pengetahuan anda semua saya memang amat terkenal di kalangan ahli keluarga sebagai seorang yang amat cuai dan pelupa. Sering sahaja menumpahkan makanan, tertinggal telefon bimbit, tercicir barang, terlupa ini dan itu.. Hihihi.. Mungkin boleh juga tulis post khas untuk ini... Wah!)

Akhirnya Inche Papa menahan sahaja kemarahannya yang hampir sahaja hendak meledak itu. Dan mujurlah hakak kaunter itu menerima pas pejabat saya sebagai alternatif.

Beginilah kurang lebih reaksi Inche Papa setelah mendapat tahu yang saya lupa membaca IC. Hohoho.. [Kredit Gambar]
Namun ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya tersalah baca ramalan cuaca. Ketika kami ke kaunter satu lagi yang telah dirujukkan oleh hakak tadi, havang (Baca: Abang) yang menjaga kaunter tersebut menuntut juga agar saya tunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah. Walaupun pas penerbangan sudah dicetak, menurutnya saya tidak boleh terbang tanpa pengenaln diri yang sah.

Ketika ini saya sudah berasa sangat bawah (Baca: Down). Juga cuak dengan reaksi Puan Mama dan Inche Papa yang mungkin akan membaham saya bila-bila masa sahaja. Havang itu menyarankan agar saya membuat laporan polis supaya pihak polis boleh membekalkan saya dengan doumen pengenalan diri sementara.

Saya akur. Taat dan patuh. Saya menyarankan agar Puan Mama, Inche Papa dan Cik Adik Perempuan (Wah! Pertama kali watak Cik Adik Perempuan ditampilkan!) masuk dahulu ke dalam terminal pelepasan dan Insha-Allah saya akan menyusul. Saya sempat meminta sedikit wang saku daripada Puan Mama, takut-takut saya tidak sempat mengejar penerbangan ke Kota Bahru tersebut. Malah dalam hati sebenarnya saya sudah berasa ragu-ragu sama ada saya akan ke Kota Bahru pada hari itu.

Maka saya pun pergilah mencari-cari Balai Polis. Di dalam hati sebenarnya mencari surau kerana masih belum menunaikan solat Subuh di dalam kekalutan mendaftar masuk sebentar tadi. Gulp. Di dalam hati berkata-kata, Ya Allah, jika Kau takdirkan aku ke Kelantan juga pada hari ini, ketemukanlah aku dengan balai polis. Dan voila! Sejurus selepas itu saya bertemu dengan balai polis LCCT. Satu petanda mungkin..? Hhhmmm..

Saya pon masuklah ke dalam balai polis tersebut, hati berbunga riang kerana menyangkakan masalah saya sudah selesai. Namun tunggu dulu, kalau sudah selesai masalah maka tidak seronoklah hikayat pengembaraan Inche gabbana ini. Wahahaha..

Inche Polis tidak mahu membuat laporan sehinggalah saya benar-benar dapat mengkompemkan yang beg duit saya hilang. Saya serba salah. Saya sudah pon meminta Inche Papa mengekol Inche Hatta, si pemandu teksi pagi tadi, manalah tahu beg duit saya tercicir di dalamnya. Saya juga telah pon mengesms Inche Abang yang tidak ikut sama, memintanya untuk memeriksa beg duit saya jika ada di dalam almari di bilik saya. Namun kedua-duanya masih belum memberikan respons.

Akhirnya dek fedap dengan sikap acuh tak acuh Inche polis, saya keluar daripada balai polis tanpa laporan yang saya perlukan untuk berlepas pergi. Jam ketika itu sudah pon menunjukkan pukul 6.55 pagi lebih kurang. Dan saya betul-betul kechiwa ketika itu. Juga berputus asa. Tinggal kurang 40 minit sebelum kapal terbang berlepas. Dah tak sempat dah ni..

Inilah adalah antara gambar yang keluar ketika saya search 'down.' DOWN dowwhh.. Wahahaha.. Ok lame. [Kredit Gambar]

Akhirnya saya pasrah dan terus mencari surau untuk solat. Saya tahu. Kelihatannya amat tidak senonoh dan keji di situ. Seolah-olah solat bukanlah prioriti utama buat saya. TT__TT Percayalah, situasinya bukan begitu. Ketika itu suasana amat terdesak dan menekan, sehingga saya gagal membuat pertimbangan yang rasional. *koff koff alasan koff koff*

Selepas solat, dek perasaan berkecamuk dan kechiwa yang amat sangat, saya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sahaja. Di dalam kepala sudah terbayang-bayang apakah yang akan saya lakukan di rumah sepanjang hujung minggu ini. Maka saya pon terus berjalan ke arah tempat menunggu bas untuk menaiki bas, kemungkinan besar bas langit sekali lagi untuk ke LCCT. 

Ketika sudah hampir separuh jalan, saya meraba-raba saku untuk mengambil wang saku yang telah diberi oleh Puan Mama. Dan anda tahu apa yang jumpa..? Bukan, bukan beg duit saya itu. Itu mustahil, hanya dalam cerita-cerita dongeng sahaja perkara sedemikian boleh berlaku. Saya jumpa... Tiada apa-apa. Ya, tiada apa-apa. Itu maknanya wang saku yang diberi oleh Puan Mama telah hilang. WANG ITU TELAH HILANG....!!!! Waaaaaa.....!!

Gedebup batu besar jatuh menghempap kepala dengan gembira sekali. TTT__TTT

Ujian apakah ini.....?

Saya terus berpatah balik ke arah surau, melihat-lihat di sepanjang perjalanan sekiranya wang saya ada tercicir di mana-mana. Hampa. Saya masuk semula ke dalam surau, menguis-nguis sejadah tempat saya solat dengan harapan wang saya ada di situ. Hampagas.

Akhirnya saya pasrah. Saya tahu ini ujian daripadaNya. Lantas saya tertawa pula. Tidak menyangka akan ditimpa ujian bertalu-talu. Saya terus menghubungi rakan sepejabat saya, Inche Lan Siduk yang saya agak rapat dengannya. Saya menceritakan masalah dan kejadian yang berlaku kepada saya sambil tergelak gembira. Gila. Harapannya agar dia dapat mengambil saya di LCCT. Yalah, sudahlah tiada wang, takkan nak berjogging gigih sehingga sampai ke rumah..??

Ketika saya masih sedang atas talian dengannya, Puan Mama pula yang mengekol saya. Saya biarkan sahaja kerana tidak sanggup untuk bercakap dengan Puan Mama. Tidak lama selepas itu, dia kol lagi. Ini mesti penting kerana jika tidak, dia tidak akan kol dua kali berturut-turut. Maka saya lepaskan talian saya bersama Inche Lan Siduk, dan terima pula panggilan Puan Mama. Puan Mama menyarankan agar saya masuk sahaja ke dalam terminal pelepasan kerana menurutnya, tiada siapa yang memeriksa dokumen perjalanan pon.

Ketika itu jam sudah pun menunjukkan pukul 7.10-15 lebih kurang. Saya sedikit ragu-ragu. Namun hati saya kuat mengatakan, apa salahnya mencuba? I've got nothing to lose. Eceh speaking omputih pulak hati saya ini. Eh. Maka saya pon menyertai barisan yang alhamdulillah, tidak terlalu panjang untuk masuk ke dalam terminal pelepasan.

Ok saya lepas. Woohhhooo..! Eh alhamdulillah.. ;p Cukup mudah sebenarnya. Saya agak serprais. Kemudian saya terus bergegas ke arah pintu perlepasan untuk penerbangan Udara Asia ke Kota Bahru. Havang II yang menjaga kaunter di pintu perlepasan terus sahaja melepaskan saya, mungkin saya sudah terlalu lewat gamaknya.

Maka saya pon berjalan pantas, hati berbunga riang, ke arah kapal terbang yang akan berlepas ke Kota Bahru dalam sedikit masa sahaja lagi. Tidak sehingga saya sudah masuk ke dalam pesawat barulah hati saya berasa betul-betul lega. Subhanalllah.. Walhamdulillah.. Allahu Akbar..!

Ketika sudah berada di dalam pesawat, wajah Inche Papalah yang pertama sekali saya cari. dan sejurus selepas melihat kelibatnya, saya hanya tersengih-sengih hensem. Wahahaha.. Dan Puan Mama amat jelas gembira melihatkan kelibat saya. Alhamdulillah..

At last I can fly...! Walaupon dengan Udara Asia.. Alhamdulillah.. ;) [Kredit Gambar]

Jadi mari kita susun mengikut kronologi apa yang berlaku kepada saya pada hari Jumaat dan Sabtu yang lepas..

  1. Mula-mula terpaksa menunggu lama di dalam bas langit sebelum ia bertolak ke LCCT
  2. Tiba lewat di LCCT. Terpaksa berlari pecut ala-ala Watson Nyambek mencari-cari kaunter daftar masuk
  3. Terlepas penerbangan buat pertama kali dalam sejarah hidup
  4. Bangun seawal 5 pagi pada keesokan harinya untuk ke LCCT
  5. Tertinggal beg duit, maka tidak ada dokumen pengenalan diri
  6. Dilayan dengan sungguh mengechiwakan oleh pihak polis hey!
  7. Hilang wang saku yang diberi oleh Puan Mama
  8. Menggelabah masuk ke dalam terminal penerbangan bagi mengejar pesawat
  9. Alhamdulillah sempat menaiki pesawat dan tiba di Kota Bahru kurang lebih jam 9 pagi (penerbangan terlewat)
Sebenarnya begitu banyak pengajaran dan pelajaran yang dapat saya ambil daripada kejadian yang berlaku kepada diri saya. Terlalu banyak sehinggakan kalau nak sebut di sini, terpaksalah saya menulis satu post khas untuk tujuan itu pula. Hohohoho..

Tetapi di dalam banyak-banyak pengajaran dan ibrah yang ada, saya paling suka dengan fakta dan hakikat yang lebih banyak ujian dan mehnah yang diterima oleh seseorang itu, maka itu tandanya Allah sayang dan ingat padanya.

Harapnya itulah hakikatnya pada apa yang berlaku kepada saya.

Kerana sekiranya itulah hakikatnya, maka saya redha dengan segala mehnah dan tribulasi yang melanda. Senyum riang.

Oh satu lagi. Jangan sesekali melengah-lengahkan solat. No no. Bencana besar akibatnya nanti! Hoh.

-gabbana-

Alhamdulillah beg duit saya ada di rumah setelah disahkan oleh Inche Abang. Mujurlah ia bukan hilang dicopet. ;)

19 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 28/12/2010, 00:14  

(O_O)

N 28/12/2010, 00:45  

salam inche gabbana. saya suka entri kali ni! betul2 suka! sebabnya saya pernah mengalami keadaan yg serupa. maksudnya bukanlah pengalaman sebijik seketul mcm inche ni, tapi ujian yg bertalu-talu menimpa. ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, lepas tu terpijak tahi kucing pula, heh!

dulu, mmg saya geram, frust, marah, sakit hati bila saya dipilih utk terima ujian yg bertalu2 mcm ni. tapi, sejak berlakunya 1 peristiwa bersejarah (yg tak perlu diceritakan), ia seolah-olah menyedarkan saya.

kalau perasan kan, lps kita berjaya mengharungi segala ujian tu, rasa seronok dan syukur tu bertambah-tambah.

terima kasih utk entri ni. saya suka sebab entri ni memang saya boleh relate kan dgn kehidupan sehari-hari saya :)

Mohammad Aiman 28/12/2010, 01:15  

airasia best oh!

sebab kaler merah2.. hehe..

Anonymous 28/12/2010, 03:58  

inche gabbana,sy juge melalui perkara yg sama di LCCT..huhu..sy ingin ke Medan tapi lewat 5 minit dari check-in time...havang kaunter ckp :"dah terlambat encik" dgn selamba tanpa mendengar rayuan sy lansung..ape yg saya bwat??redah masuk je ke dlm balai pelepasan(gne teknik lakonan ala2 filem Ada Apa Dgn Cinta..hua3) dan jumpe mamat yg jage pintu utk ke Medan...ada aku kesah??akhirnya mamat tu sendiri yg mengarahkan havang kaunter selamba tu utk print tikat utk sy..Alhamdulillah..God bless us =)

Inche gabbana 28/12/2010, 08:41  

safuan: =D

Inche gabbana 28/12/2010, 08:43  

N! Anda pon sudah lama tak nampak batang idong..! hehehe..

oohhh.. btol btol. kalau kita tengok sirah Nabi SAW pon, walaupun baginda adalah kekasih Allah, tapi baginda jugalah yg paling byk diuji.

maknanya, lagi byk kena uji, laaaagggiiiiilah allah syg. ;)

so sepatutnya kena rasa gembira dan bersyukur bila kena uji! ^^

terima kasih kepada anda juga!

Inche gabbana 28/12/2010, 08:44  

aiman: erk.... sebab kaler merah je dah suka..? pelik btol preference anda nih... -___-"

Inche gabbana 28/12/2010, 08:44  

enonimus: wahahaha.. suka..! anda memang bergaya..! ;)

celi =) 28/12/2010, 12:30  

Starian mmg bergaya =)
p/s: nsb baek inche gabbana sempat bersolat subuh..hehehe

buruh kasar 28/12/2010, 14:16  

owh rupa2nya encik la antara org terakhir keluar surau waktu nak abis subuh tuh....huhuhu...

pastu sibuk berpusu-pusu dengan makcik2 nak naik kapal terbang..en gabbana,en gabbana...

xpe,ini pengajaran utk semua, supaya beringat sebelum kena, walaupun Allah dah tentukan setiap belahan saat hidup kita...

Inche gabbana 28/12/2010, 15:23  

CELI..!!! Wah, what an honour..! Hehehe

Oh kau ke yg enonimus tu..? Cis. Hehehe..

tula.. Kalau tak sempat, mmg berdosa besar abes ah.. TT__TT

Inche gabbana 28/12/2010, 15:23  

buruh kasar: TT__TT terima kasih.. TT__TT

SN 29/12/2010, 23:21  

wah!!
sy pon slalu gak lupe2~~hehehe
sampai handphone mak pon sy pernah hilang kn...heheeh

Inche gabbana 30/12/2010, 17:27  

SN: ok tu mcm over sket. dah ganti baru ke belom..?? hehehe.. ;p

SN 03/01/2011, 16:04  

nasib baik jumpe blk handphone mak yg hilang tuh...x yah ganti blk
hehehe

cahayalembut 10/07/2011, 20:41  

agak lewat membaca post ini (tapi tak lewat sangat kan sbb still post tahun ini =p )

Nak tahu juga, apa jadi dengan wang saku yang hilang itu? tercicir kah?

cahayalembut 11/07/2011, 02:02  

Ohh, rupanya ini khazanah lama inche gabbana, ingatkan sudah ditahun 2011.hehe (makanya, statement diatas itu perlu dibersihkan)

Inche gabbana 12/07/2011, 15:17  

cahaya lembut: takdela lewat sgt. post ni pon ditulis pada penghujunga tahun 2010.

entah, saya pon tak tahu apa jadi nganduit tu. ilang tros la tu. halal je la.. ^^"

Anonymous 08/10/2013, 17:20  

Saya juga pernah mengalami pengalaman yang sama tapi bukan di lcct la but Kat tbs... Sy terlepas bas pkul 9am dsebabkan lrt yg dah terlalu ramai membuatkan sy terpaksa amik train ke 2.. Dsebabkan x familiar lagi sy dah ternaik train keampang sedangkqn laluan yg sy pergi adalah petaling.. So terpakselah. Trun Kat Chan sow
Lin kerana train itu adalah ke ampang... Ok.. Kat ctue mmg dah lmbat.. Smpai Kat tbs dah pkul 9.30 .. Admit, dah terlalu lmbat sgt2.. So terpakselah membeli tiket lain... Dan tiket semuanya full utk hri ini.. Dupdap2... Ok.. Esk tiket ade utk pkul 6.30 pm.. Walaupun tnggal 1 seat jer... Telifon mak.. Jelaskan kenapa x boleh balik hari ini.. Lpas penat kene ceramah dalam phone.. Mak suggest kan pegi rumah sedara Kat kajang... Maka bermulalah cerita agak spesies sme dgn enche gabana... Sbelum trun utk naik Train ke kajang.. Adelah membeli sdikit mkanan... So.. Mkn je lah... Entah mcm mane bile train dah berhenti sy pon tergopoh gapah untuk memasuki kedalam gerabak itu... X semena2, ternampak my lovely purse ade Kat tmpat sy tnggu train td... Pintu sudah dtutup, train sudah mula berjalan... tnpa berputus asa... Sy Cuba trun ke stesen pertama Kat serdang untuk membuat laporan... Dan ape yang mgecewakan,, phak ktm mgambil Hal itu smbil lewa... Shingga sy sndiri bgitahu nak pergi balik ke tbs utk tgok sndri.. So dia ckp pergilah... Sentap Sgt... Last2 nanges jer la... But bile tpkir balik... Allah sedabg menguji aq... Sy ttp juga berusaha mencari jln,,, walaupun air Mata x henti2 mengalir deras dpipi... So sy decide nak bgi tahu sedara tentang kejadian tersebut;.. Dgn baik hatinya sepupy nak dtg untuk mnyelamatkan sy... Fuhh... Lega sikit n msg dri unknown msuk ke peti inbox.. Berbunyi begini.. " Adik, dompet Adik yang hilang 2 Kami dah jumpa, minta datang d'tbs counter untuk mengambilnya semula"
Alhamdulillah, segalanya telah diatur oleh Allah dengan sangat rapi.. Walaupun Wang dlm dompet itu sudah pon melarikan dri.. Tetapi kad2 bank n yang lain masih lagi berada ddalamnya wlaupun sdikit berselerak..
Hri yang Sgt pnjang utk dtempuhi.. Dan pling bestnyer Allah byar cash ganti duit yg sudah lari itu dalam gandaan dua.. Alhamdulillah.. Selagi mana kita percaya Allah itu ada untuk membantu kita.. Dia akan membantu kita dalam cara apa sekali pun....

Buat pngetahuan inche gabana.. Sy juga adalah salau seorang yang Sgt cemerkap Dan pelupa.. Boleh katekan spesies la.. Slalu kne mrh gan parent akibat kecuaian yang berkali2.

"Hamba Allah"

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP