30 May 2009

MERDEKA...!!!

Malaysia merdeka daripada jajahan British dengan rasminya pada 31 Ogos 1957.

Singapura, jiran Malaysia, menyambut kemerdekaan mereka apabila menyertai Malaysia pada bulan Ogos, 1963. Singapura memperoleh kerajaannya yang sendiri secara rasmi pada 9 Ogos 1965.

India pula, yang sejak sekian lama dikenali sebagai 'Jewel of the Empire,' kerana berharganya negara itu di sisi British sebagai tanah jajahan, merdeka pada 15 Ogos 1947.

Amerika, sebuah negara yang begitu gah dan hebat pada masa ini juga pernah merdeka; merdeka daripada daripada jajahan British pada 1783, selepas tercetusnya Perang Kemerdekaan Amerika (
American War of Independence) yang akhirnya membawa kepada pembentukan negara tersebut.

Indonesia merdeka daripada jajahan Belanda dan Jepun pada Ogos 1945.

(Perasan tak bulan kemerdekaan banyak jatuh pada bulan 8..? Hhhmmm..)

Ada juga negara yang tidak menyambut hari kemerdekaan, tetapi sudah merdeka sejak sekian lama dalam erti kata sebenar, kerana tidak pernah dijajah oleh mana-mana negara dan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip dan rukun negara mereka. Contohnya, Thailand dan Jepun.

Ada juga penjajah, yang pernah dijajah! Haha.. Contohnya, Perancis yang pernah dijajah Jerman. Atau Jerman yang pernah dijajah Russia.

Ada juga negara yang tidak pernah merdeka sehingga ke hari ini. Baik dijajah secara langsung, atau 'dijajah' pemikiran, politik dan ekonominya.

Aku pula merdeka semalam, dua puluh sembilan hari bulan lima, tahun dua ribu sembilan. Yeaayyy!! Hehe... ;p Alhamdulillah... Just for now. And just from the exams. Next year nak kena struggle balik.. Haih...

Hakikatnya, manusia tidak pernah merdeka, kerana kita adalah HAMBA. Sama ada hamba kepada harta, perempuan, anak, kereta, kerja, status, pemikiran mahu pun Tuhan yang Esa, kita adalah seorang hamba pada setiap masa dan ketika.

Marilah kita membebaskan diri ini daripada perhambaan kepada material dunia dan menghambakan diri yang hina dan daif ini kepada TUAN yang sebenar, Allahu 'Azza Wajalla!

Ayuh!

-gabbana-

27 May 2009

Ada aku kisah...?

Korea Utara dilaporkan telah melancarkan ujian nuklearnya untuk kali kedua dalam tempoh yang terdekat ini, meskipun telah diberi amaran keras oleh ketua syerif dunia, Amerika Syarikat Sendirian Berhad. Ujian peluru berpandu berjarak sederhana itu telah dikesan oleh pihak berkuasa Korea Selatan dikatakan dilancarkan dari Pantai Timur Korea Utara. Pyongyang mengeluarkan kenyataan bahawa ujian nuklear itu merupakan reaksi kepada tindakan Amerika Syarikat yang terus menekan negara Komunis itu melalui sekatan ekonomi dan polisi politik yang meletakkan Korea Utara sebagai ancaman kepada keselamatan dunia.



Paksi Kesyaitanan

Korea Utara yang pernah dilabel sebagai 'Axis of Evil' bersama-sama Iran dan Iraq oleh mantan Presiden Amerika, George 'Bahalol' Bush, memang terkenal dengan aktiviti ketenteraan mereka. Negara jiran China, Jepun dan Korea Selatan itu sejak dahulu lagi sering mengadakan perarakan ketenteraan secara besar-besaran dan gah mempamerkan kekuatan ketenteraan mereka. Kebanyakan aktiviti harian penduduk Korea Utara juga berpaksikan kepada memperkasa negara tersebut daripada aspek k
etenteraan dan apa sahaja yang boleh menyumbang kepada 'kekuasaan' negara tersebut di mata dunia.



Pemimpin agung dan cukup kontroversi lagi
penuh misteri Korea Utara, Kom Jong Il, yang amat disayangi dan dipuja oleh kebanyakan rakyat negara itu, dilihat mengambil pendekatan 'Ada aku kisah...?' dalam polisi luar negaranya. Hal ini jelas sekali mengambil kira pendirian Korea Utara yang langsung tidak mengambil peduli amaran dan kecaman masyarakat antarabangsa berkaitan isu nuklear ini.

Justeru kita tertanya, mengapa, kenapa dan bagaimana Korea Utara boleh bertindak begitu berani lagak seorang anak jantan sejati Kampung Pinang Sebatang, sedangkan negara yang saiznya hanyalah satu pertiga daripada Malaysia itu tahu sekiranya dunia yang diketuai oleh Superman antarabangsa, Amerika menyerang mereka, pastilah habuk dan debu sahaja yang tinggal..? Kita hairan dan pelik, bagaimana Pyongyang terus berdegil lagak seorang anak kecil yang mahukan permainan Power Rangers meskipun bapanya sudah pun membelikannya Saidina, menafikan kecaman demi kecaman masyarakat antarabangsa sedangkan Korea Utara tidaklah sekuat mana? Kerana mereka tahu tiada apa yang perlu ditakutkan. Mereka sedar bahawa ancaman Amerika hanyalah api-api di mulut sahaja, tidak lebih daripada itu.

Negara Bukan Islam
Persoalannya, mengapa Amerika tidak menyerang Korea Utara sahaja sekiranya benar negara yang masih mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan China dan Russia itu memberi ancaman kepada keselamatan dunia? Bukankah itu alasan yang digunakan oleh George 'Bahalol' Bush untuk menyerang Iraq dan Afghanistan sewaktu ketika dahulu?

Jawapannya mudah. Anda tidak perlu minum Enfagrow 1-2-3, apatah lagi Anlene Gold untuk memahami situasi ini. Korea Utara bukan sebuah negara Islam (atau majoriti penduduknya Muslim) dan Korea Utara tidak mempunyai kepentingan strategik buat Amerika Syarikat Sendirian Berhad. Sebagai sebuah negara kepala kapitalis dunia, sudah pastinya sifat tamak dan haloba dijadikan rukun negara oleh Amerika. Maka Iraq diserang kerana kepentingan minyaknya dan Afghanistan dirempuh dek kedudukan strategiknya di Timur Tengah dan Asia Minor, di samping mahu menjatuhkan kerajaan pimpinan Taliban.

Sejarah telah mengajar kita bahawa sebaik sahaja Amerika Syarikat menukar dasar luar negaranya daripada berkecuali kepada campur tangan pada tahun 1941 setelah Pearl Habour diserang, setiap campur tangan dan kaki yang negara itu laksanakan pasti mempunyai kepentingan tersendiri, baik politik, ekonomi mahupun geografi. Mangsanya? Pertama, mereka yang mempunyai kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah, contohnya Iraq. Kedua, mereka yang boleh mengancam kedudukan Amerika secara terus, sebagaimana yang berlaku lewat tahun 70 dan 80-an, apabila banyak rampasan kuasa di negara-negara Latin didalangi oleh CIA, hanya kerana mereka memilih komunisme dan bukan demokrasi cara Amerika. Ketiga, negara yang mempunyai kepemimpinan berasaskan Islam. Suka atau tidak, itulah realitinya. Malah faktor pertama dan kedua juga tidak sekuat faktor ketiga, sekiranya kita mengambil kira Venezuela dan Korea Utara sendiri.

Venezuela merupakan antara sepuluh negara pengeluar minyak mentah terbesar di dunia dan dasar sosialis yang dicanangkan oleh Presiden Chavez terkenal dengan kutukan dan sindiran terhadap Amerika. Namun Amerika tidak pernah mengancam untuk mengambil tindakan terhadap Venezuela, apatah lagi menyerang negara tersebut. Korea Utara pula merupakan sebuah negara komunis sejak zaman Nabi Zakaria lagi dan sehingga kini, tiada tindakan efektif pernah diambil oleh Amerika untuk menghentikan kekuasaan nuklear mereka.

Namun apabila Iran contohnya, belum pun senjata berkemampuan nuklear dibangunkan, hanya reaktornya sahaja yang dibina, sudah bising satu dunia gendang dan kompang dipalu. Sedangkan Israel itu mempunyai kekuatan nuklear untuk menghancurkan seluruh dunia dan isinya, namun jangan dikata ancaman, teguran secara lemah lembut dan bersopan ala-ala anak dara 3 pingitan pun tidak pernah dianjurkan oleh Amerika.

"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu Muhammad sebelum engkau mengikuti agama mereka."
al-Baqarah:120


Kita tunggu dan lihat, apakah tindakan Amerika Syarikat Sendirian Berhad seterusnya dalam membendung Korea Utara daripada terus memperbodohkan negara koboi dunia itu. Harapan menggunung disandarkan kepada kenangan ke atas Presiden Barack Hussein Obama, sama ada beliau akan mengambil tindakan bijak dan sewajarnya, atau mahu meneruskan dasar luar negara Amerika, 'Campur bila perlu, atau kita buat tak tahu.'

-gabbana-

NHS

I called NHS Direct just now to ask for advices regarding my swelling gum. Their first response was they were exceptionally busy at that time and if my case is not urgent, they might get back to me up to 24 hours. I shuddered. My gum was literally killing me and how could they nonchalantly ask me to be patient...?



But then, less than 3 minutes after that, a lady picked my call and inquired about my case. She politely and patiently asked me question
s about my tooth, despite my insistence for her to repeat whatever she had just said. *Pekak badak* She first asked about my details, you know, my D.O.B., my phone number, my home address, bla bla bla.. At first I was annoyed by this. I mean, I really really urgently needed attention and the least she could do was to refer me to a dentist or something. Then she asked me a few questions about my gum, cross-checking with me whether it is an external injury as in somedody punched my face or something, or just a normal wisdom-tooth case.

She then told me, NHS would get back to me as she has to refer my case to the NHS Dental Practice. She said, it might take up to 2 hours before somebody would speak to me, but normally it would take half an hour. They were very busy, after all.

I said, ok, thank you so much. I sincerely meant it coz the lady was so nice and all. Barely 4-5 minutes after I hung up, my phone rang (vibrated actually...) and NHS's number appeared on the screen. I was plesantly surprised. I picked the phone and a lady on the other line introduced herself as a nurse from the Dental Practice. I could barely conceal my smile. Efficiency!

Before she cross-examined me, she first asked me, again, about my details. Just to confirm I guess. Then she started listening to my problem. I could sense she was listening intently. At the end, she recommended a few things which I can do to ease the pain and soothe the swelling. She also gave me 2 numbers to call first thing tomorrow morning; the nearest dental practice from where I live. She ended the conversation with a strikingly loving reminder that I should take care of myself and like many other typical Brits, "Have a nice day!"

Subhanallah. I mean... What else could I ask for right...? I was utterly impressed, and surprised at the same time by NHS's efficiency, in spite of all the grumbles and accusations I have heard before. I wonder what would be the case if I were to be back in Malaysia. Not to offend anyone but you tell me how is it like to be treated by the government's hospital.

Quoting Sheikh Hamza Yusuf, "I would rather live as a Muslim in the West than most in the Muslim countries, because I think the way the Muslims are allowed to live in the West is closer to the Muslim way."

You know where I am going with this. But no, not today. I have to continue with my revision. Last paper on Friday. Hopefully my dear beloved wisdom tooth has fully emerged and stopped torturing me by that time. Insha-Allah...

-gabbana-

25 May 2009

Geraham bijak

English: Wisdom tooth

Latin: Dens sapientiae

Dutch: Verstandskies - Far-standing molar

Turkish: 20 yaş dişi - 20th year tooth

Arabic:
ضرس العقل (Ders al-a'ql) - The tooth of the mind

Korean:
사랑니 (Sa-rang-nee) - Love tooth

Japanese:
親知らず (Oyashirazu) - Uknown to the parents

Indon - Gigi bungsu

Melayu - Geraham bongsu

Thai:
ฟันคุด (Fan-khut) - Huddling tooth

Farsi:
دندان عقل (Dandan-e aghl) - Wisdom tooth

Spanish: Muela de juicio - Molar of judgment

Italian: Dente del giudizio - Judgment tooth

Maltese:
darsa ta' l-għaqal - Wisdom tooth

Greek: φρονιμίτης (fronimitis) - Wisdom tooth


Tak kisah la pape pun nama kau, yang aku tahu, azabnya teramat sangat... T_T Tengah-tengah nak exam pulak tu. Pandai kau pilih masa ye..? Memang la sesuai dengan nama kau...

Kepada orang yang berada di sekeliling, mintak maaf awal-awal kalau aku bad mood ke, pendam perasaan ke, muncung panjang ke... Memang tak berniat begitu. Cuma peritnya hanya Allah yang tahu. Semoga Allah kurniakan kekuatan untuk menghadapi ujian yang tak seberapa ni. Allah, hinanya diri ni... *malu*

Alhamdulillah.

-gabbana-

24 May 2009

Truly Asia...!



Benarkah tuduhan yang dilemparkan ke atas rakyat Malaysia ini..?? Adakah anda tergolong dalam golongan yang telah menjatuhkan imej rakyat Malaysia yang selama ini terkenal dengan keperibadian dan ketatasusilaan yang murni ini...? Atau pernahkan anda menyaksikan perbuatan keji ini dengan mata kepala anda sendiri...?? Jika jawapan anda 'ya' untuk ketiga-tiga pertanyaan ini, sila dail talian bebas tol 1800-DIGDEEP-1234 dan laporkan kejadian yang terkini kepada kami.

Sekian, terima kasih.

-gabbana-

Yang dah nak pecah kepala study...

21 May 2009

Ngeri...! Ngee~

"Knock knock knock...!"

Peluh besar.

"Knock knock knock...! H*z*an...!!"

Habislah aku.

"Bam! Bam..!! BAM...!!"

Kedengaran pintu bilik dibuka. Papan lantai berkeriut, tanda ada kaki yang memijak.

"Tolong...! Ha, tekan tekan. Yes...!"

Senyum besar.

Haih, nasib baik Mountain Chicken tak tido lagi. Kalau tak, membuta la aku kat dalam bilik air semalam...!!

Hehe...

Tula pengalaman ngeri aku malam semalam - terkunci dalam bilik air..!! Kikiki.. Bunyi memang macam lawak antarabangsa, tapi korang sanggup ke esoknya nak exam, malamnya tu bersemayam kat mahligai jamban...? Heh.. Tak ke ngeri namanya tu...?

Tapi alhamdulillah, sekejap je aku terperangkap. Oh, lupa pulak. Kunci bilik air atas rumah aku rosak. So ketika sedang khusyuk memanggil panggilan alam di tengah-tengah malam, aku terperasan yang tombol kunci pintu belah dalam tercabut, dan besi yang menyambungkan kunci tu hanya boleh diakses dari luar.. Ketika tu la peluh jantan mengalir deras di dahi dan pipi... Hehe..

Pengalaman yang agak menarik sebenarnya. Malam tadi entah kenapa susah betul aku nak tidur. Pada hal esoknya (hari ni) ada paper penting pukul 10 pagi. Garu sana, cuit sini. Beralih ke kanan salah, mengiring ke kiri tak best. Semua la tak kena...! Tu yang pergi ke bilik air, kononnya nak membuang segala jin dan syaitan yang mengganggu! Alih-alih, terpenjara sekejap kat situ! Aduss.... Alhamdulillah, kurang lebih pukul satu akhirnya barulah aku dapat lelapkan mata. Pukul 4 bangun, then pukul 6 'terpaksa' menidurkan diri semula, sebab takut pengsan time exam nanti! ;p

Alhamdulillah, masuk yang tadi, dah 2 paper aku harungi. Dan kedua-duanya, alhamdulillah, Allah permudahkan. =) Tak senang pun, tapi at least, takde la macam tahun lepas, yang habis basah satu baju dengan peluh dingin sebab tak tahu nak jawab soalan. Habis-habis exam rasa macam nak meraung...! Hehe.. Tapi alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat Allah permudahkan 2 paper pertama. Jazakallah kepada Kalam Kalbu yang study bersama-sama at the last minute untuk paper EC220. Ala-ala final preparation gitu! It helped a lot...! Moga keputusan yang keluar kelak adalah yang terbaik untuk kita, Insha-Allah.

Harapnya, yang baki lagi 2 juga dipermudahkanNya! Insha-Allah..

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan..." al-Insyirah, 94:5-6

=)

-gabbana-

17 May 2009

From London with love...

Most of us in the UK are now going through probably the hardest, the most head-aching and possibly the most stressful period of the year - exam period... T_T

I am one of the many who are stressfully affected by it. And the best part is that, the preparation towards it seems endless. It doesn't matter how much you have prepared, at the end, you will still feel it is insufficient. Well, at least that's the case for me!


I really envy those who seem unaffected by exams. They are either the mentally-strongest people in the whole universe with the most amazing will power, or the most I-couldn't-careless-nor-I-give-a-damn-about-it human being ever lived.

And I also admire those bloggers, my comrades who seem to be unafflicted, by either the exams flu or the swine flu. They keep writing and sharing and they seem to be very passionate about it. Unlike me, who haven't updated this blog since I don't even remember when! My kudos to these people!

I'm not going to write long this time. Really need to revise a few things, immediately after I have written the last word and end it with the last dot. But just a quick reminder to all of us; that exams, be it formally or subtly, are simply inevitable. We will be constantly tested and examined.

Either by our employer-to-be. Or your in-law to be. Or your whatever-or-whoever to be, you will never be able to evade their judging eyes and critical minds.

Most importantly though, is that we will always, always and always be tested by Allah. And His tests could be the subtlest tests of all, or it can be as explicit and as obvious as possible. Whatever they are, we have to be alert. Look, listen and feel it with your heart; the test is everywhere. And why we are being tested...? 2:214 29:2-3 2:214. Just be prepared. Just do it!

"Fa aina tazhabun...?"

Where do you want to run...? Where do you want to hide...?

No where. NOWHERE.

Insha-Allah, I'll update again once the exams are over. And that's 10 days from now...! Make du'a for me!

Adios!

-gabbana-

p/s: To all my dearest friends out there, who have struggled, or are struggling or going to struggle for the exams, I wish all of you all the best! Strive, have faith and make du'a, and the rest? It's none of your business. Cheers~

7 May 2009

Reject Shop

How does it feel to be rejected, again and again...?

Alhamdulillah.

There must be good reasons behind everything that happened, ayte...?

Alhamdulillah.

After all, HE knows best. HE always does.

Alhamdulillah.

Cheers~

-gabbana-

4 May 2009

Marah

Keletuk keletang!!


"Oooppss.
Sorry..."

Aku terlanggar bekas berisi senduk dan sudip, lalu jatuh dan mengeluarkan bunyi bising ketika aku sedang mengemas-ngemas dapur.

"Ko ok tak ni? Macam marah je..."

Marah?

"Haha.. Kau suka
assume kan? Tak baik tau assume-assume nie..."

"Aku boleh rasa
vibe dia. Kau macam marah je..."

Aku terdiam sahaja. Tak tahu nak cakap apa.

Tiada apa yang hendak aku mara
hkan. Cuaca cerah. Tidur cukup. Makan sedap. Mungkin marah kepada diri sendiri sebab study yang tidak seproduktif yang diharapkan. Sekadar itu, tidak lebih dan tidak kurang. Maaflah sekiranya aku terzahirkan kemarahan yang itu. Tetapi setahu aku, semuanya ok, alhamdulillah.

Atau mungkinkah memang jelas aku sedang marah?

Marah? Apa tu?
Marah adalah suatu gejala emosi yang selalunya ditonjolkan melalui perbuatan atau perubahan raut wajah; mengetap gigi, mengepal tangan, muka bertukar merah, berjalan lebih laju daripada biasa atau terasa seperti hendak melempang seseorang. Ada juga mereka yang tidak menunjukkan perasaan marah mereka secara terbuka - memendam perasaan pada diri sendiri , menunggu sama ada marah itu akan reda dengan sendirinya atau meletup seperti gunung berapi Mauna Loa.

Marah merupakan suatu sifat yang normal bagi seseorang manusia. Siapa yang tidak pernah marah dan berasa geram? Malah Rasulullah S.A.W., qudwah hasanah kepada seluruh umat manusia juga pernah marah dan melahirkan perasaan marahnya. Namun marah mempunyai had, batasan tertentu yang apabila dilanggar, pasti akan membuka pintu kepada bencana.

Pada masa yang sama, perasaan marah yang membuak, sekiranya berjaya dikawal pasti akan memberikan kekuatan yang luar biasa nikmatnya.

Dalam suatu hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, sabda Nabi S.A.W.:

"Orang yang kuat bukanlah mereka yang melemparkan musuhnya ke tanah. Orang yang kuat adalah orang yang boleh menahan marahnya."

Simptom
Antara tanda-tanda fizikal yang dapat dirasai apabila seseorang itu marah adalah peluh yang dirembeskan secara mendadak, kep
ala yang tidak gatal dirasakan gatal, darah memancut deras ke seluruh tubuh dan hati yang berdebar-debar.

Bertukar menjadi hijau? Boleh jadi, sekiranya ada mempunyai bau-bau bacang dengan Bruce Banner.

Tanda-tanda yang ditunjukkan oleh emosi pula, anda akan menjadi tidak keruan dan tidak senang duduk, perasaan yang meluap-luap, g
eram dan emosional.

Dengan kata lainnya, anda sedang melalui suatu fasa yang amat tidak menyenangkan.

Bahana marah
Apabila marah yang tidak terkawal disalurkan dengan cara yang tidak rasional, akibatnya amat buruk sekali. Bukan setakat bangunan-bangunan roboh berkecai, harta benda awam yang bukan anda, mak bapak dan tok nenek anda sahaja yang membiayainya malah semua orang awam yang membayar cukai turut sama menjadi mangs
a.

Err..., kalaulah anda the Incredible H
ulk...



Sekiranya bukan, akibatnya masih sangat menakutkan. Manusia pertama yang dibunuh, Habil oleh saudaranya, Qabil, juga berpunca daripada perasaan marah. Dicampur aduk dengan hasad dan cemburu, dikacau sebati dan dibakar di dalam ketuhar selama satu jam; terhasilkah kek emosi yang tidak terbendung lagi
padahnya.

Begitu banyak kes pembunuhan yang terjadi di dunia ini selalunya adalah kerana didorong oleh perasaan marah. Marah kepada pasangan yang curang. Marah kepada kawan yang menipu dalam perniagaan. Marah kepada ibu bapa kerana tidak mengizinkan perkahwinan. Marah kepada diri sendiri. Asasnya adalah marah!

Malah bencana marah tidak berhenti sekadar pada pembunuhan. Serangan Amerika terhadap Iraq dan Afghanistan didor
ong oleh perasaan marah. Keganasan yang berlaku di seluruh dunia juga berpunca daripada perasaan marah dan tidak puas hati yang tidak dapat dibendung lagi. Penceraian, penindasan dan banyak lagi krisis kemanusiaan dan masalah harian yang sebenarnya bertitik tolak daripada perasaan marah.

Yang rugi siapa? Kucing Mak Cik Rosnah yang dicabut bulunya akibat marahkan suaminya yang tidak pulang malam? Anjing kurap yang disepak tendang akibat marahkan pegawai JPJ yang menyaman kereta yang diletakkan di kawasan
larangan? Atau pokok mangga yang baru hendak berbuah, yang ditebang dan ditoreh-toreh kerana putus cinta?

Tidak. Yang rugi adalah diri sendiri.

Marahkan nyamuk seekor, seluruh kelambu yang dibakar!

Bagaimana nak kawal?

Setiap penyakit ada ubatnya. Dan sekiranya anda melihat marah sebagai suatu penyakit yang perlu dikawal, maka marah juga ada ubatnya.

Di Barat, pelbagai kajian telah dilakukan bagi memahami dengan lebih mendalam apakah itu marah. Pelbagai penawar juga telah disyorkan oleh ahli psikologi Barat bagi merawati penyakit ini. Anda pernah menonton filem 'Anger Management'? Ya, itu juga merupakan antara cara atau wadah yang dilakukan oleh mereka yang kononnya maju dan advance ke hadapan untuk merawat penyakit emosi ini; dengan mengadakan kumpulan sokongan (support group), perbincangan dan perkongsian sambil dikawal oleh seorang mentor yang mempunyai kelayakan dalam bidang marah ini. Ada juga yang mengambil pil sedatif atau ubat-ubat tertentu bagi menyekat kemarahan daripada terus bergelojak.

Namun adakah cara mereka ini berkesan?

Mari kita kaji syor yang telah dicadangkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam mengawal perasaan marah ini.

"Marah itu datangnya daripada Syaitan, dan Syaitan diciptakan daripada api, dan api hanya boleh dipadamkan oleh air. Maka apabila salah seorang daripada kamu marah, maka pergilah mengambil wudhu'." [Riwayat Abu Daud]

Dari Abu Dzar, "Rasulullah S.A.W. berkata kepada kami: 'Apabila salah seorang daripada kamu marah ketika sedang berdiri, maka duduklah. Sekiranya marahnya masih bleum reda, maka berbaringlah.'" [Riwayat Abu Daud]

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Aku tahu suatu perkataan yang apabila diulang, pasti dapat menghilangkan perasaan marah seseorang." Mereka bertanya, "Apakah itu, hai utusan Allah?" Rasulullah S.A.W. menjawab, "Katakanlah: Aku berlindung kepada Allah daripada Syaitan yang direjam." [Riwayat Abu Daud]

Perasaan marah itu datangnya daripada Allah. Maka mintalah kepada Allah untuk menghilangkannya kerana Dialah yang Maha Berkuasa atas sesuatu. Pasti berkesan!

Boleh ke marah?




"We have to start our prayer one minute early today because we have market back there."

Sheikh Ahmed Saad melahirkan perasaan geramnya sejurus sebelum solat Asar berjemaah ditunaikan.

"I don't know what those brothers were talking about. But they distracted many other brothers who wanted to pray, they distracted me during my sunnah. Wallahi brother, we have talked about this for so many times! This is masjid, if you want to talk, go outside! You don't deserve to be in in this masjid!"

Para jemaah yang lain terpaku. Aku percaya, selain aku, pasti ramai jemaah lain yang tidak pernah melihat Sheikh Ahhmad Saad melenting sebegitu rupa!

Dalam situasi apa sekali pun, menahan marah adalah pilihan yang terbaik. Hal ini adalah berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari apabila seorang lelaki datang bertemu Rasulullah S.A.W. dan meminta nasihat daripada baginda.

"Nasihatilah diriku!"
"Janganlah kau marah," kata Rasulullah S.A.W..

Dan lelaki itu bertanyakan perkara yang sama sebanyak dua kali lagi dan pada setiap kali, Rasulullah S.A.W. memberikan jawapan yang sama.

Nah! Pasti ada hikmahnya bukan mengapa Rasulullah S.A.W. menasihati lelaki tersebut untuk tidak marah sebanyak tiga kali?

Namun, terdapat juga situasi yang anda dibenarkan marah, malah marah dilihat sebagai suatu tindakan yang betul dan tepat. Contohnya, apabila agama Islam dicaci dan dihina oleh mereka yang tidak faham tentang ajaran ini. Rasulullah S.A.W. sendiri pernah marah apabila ayat-ayat al-Quran ditempelak dan diperlakukan dengan buruk.

Begitu juga apabila saudara seIslam kita ditindas dan diseksa. Kedahsyatan yang dilakukan oleh laknat Zionis terhadap warga Palestin misalnya, amat wajar disusuli dengan perasaan marah oleh umat Islam yang lain. Namun perlu diingatkan sekali lagi, perasaan marah ini wajar disalurkan dengan cara yang rasional dan terkawal. Setiap perkara, apabila batasnya dilampaui pasti akan mendatangkan kesan yang buruk. Menyerang kedutaan, membakar bendera dan harta benda awam dan mencederakan orang lain bukanlah suatu tindakan yang bijak dan tidak melambangkan kemuliaan Islam itu sendiri.

Marah dalam berdakwah atau menyampaikan risalah juga dilihat perlu sekiranya cara tersebut adalah yang paling efektif dalam menyampaikan mesej. Aku percaya, selepas ini pasti tidak ada orang yang berani buat bising lagi di Masjid Finsbury Park setelah insiden yang berlaku semalam. Kadangkala kita perlu bertindak tegas dan menunjukkan kepada orang ramai bahawa kita benar-benar serius dalam sesuatu perkara, terutamanya dalam menangani kemungkaran. Hanya dengan menzahirkan perasaan marahlah hal tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, sekiranya marah tersebut dipandu dan dihalakaan dengan kaedah yang tepat dan bijak.

Moral: Jangan marah... Nanti kena jual!!

Allahu 'alam.

-gabbana-

3 May 2009

Baguih Dok Ado...!!!

Kadang-kadang bila membaca blog orang lain, hati ini terasa begitu kecil. Blog mereka bukan sahaja mempunyai layout yang sangat menarik, malah lebih penting daripada itu, artikel atau karya yang disiarkan dalam blog mereka cukup professional. Seolah-olah mereka mempunyai kebolehan dan kepakaran semulajadi untuk menyentuh hati orang yang membaca blog mereka.

Dan aku tidak merujuk kepada blog-blog seperti Saiful Islam, Kickdefella atau pun blog Faisal tehrani. Tidak. Mereka sememangnya sangat dikenali dalam dunia blogging ini. Justeru, bukan lagi satu pertikaian blog mereka ini sudah mencapai tahap moksya. Tetapi aku merujuk kepada blog-blog mereka yang seangkatan denganku; mereka yang berkecimpung dalam dunia blog ini sewaktu dan sezaman denganku. Ketika mana blog-blog muncul dengan begitu banyak sekali - bukan sekadar seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, malah seperti virus demam selsema babi a.k.a. virus Influenza A (H1N1) yang merebak dengan kepantasan yang begitu dahsyat sekali.

Bukan semua yang boleh bertahan dalam dunia blog ini. Ramai yang syahid berbanding yang bertahan. Malah ramai juga yang hanya mampu untuk menghasilkan 2-3 post sebelum terkorban dalam perjuangan ini. Aku sebenarnya kagum dan tabik kepada mereka yang bukan setakat bertahan dalam dunia blog ini, malah terus menghasilkan karya dan artikel yang bermutu untuk tatapan ramai. Besar pahala mereka seandainya artikel yang mereka paparkan di blog milik mereka mempunyai nilai-nilai murni, mengajak masyarakat untuk berfikir dan bertindak secara rasional. Apatah lagi artikel-artikel keagamaan, yang memuatkan ayat-ayat al-Quran dan hadith, nasihat-nasihat yang mempunyai ruhnya yang tersendiri, membacanya sahaja sudah pasti akan menambah nilai akaun pahala milik si penulis. Kalau diamalkan, ha, berlipatkali gandalah pahala yang akan didebitkan ke dalam akaun penulis. Kadar faedahnya bukan lagi tahunan, bukan juga bulanan, malah harian hatta minit dan saat! Amanah Saham Bumiputra pun tidak dapat nak menandingi pelaburan melalui penulisan blog ini! Subhanalllah...



Maka, setelah membicarakan soal penulisan yang berpengaruh, penulis blog sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang lebih daripada sekadar mengemaskini blog miliknya. Dia harus bertanggungjawab dalam menulis artikel dan sebarang karya yang hendak dipaparkan di dalam blognya. Dia perlu
sedar bahawa blognya dipasarkan di alam maya, sebuah alam tanpa sempadan mahupun batasan. Sesiapa sahaja boleh membaca dan menilai hasil penulisannya. Walaupun penulis blog boleh mengehadkan siapakah pembaca yang dibenarkan mengakses blognya, persoalan utama mash kekal tidak berubah - ada orang di luar sana yang membaca karya penulisan anda!

Penulis blog harus sedar dan faham bahawa penulisannya mungkin akan mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku para pembacanya. Terutamanya mereka yang setia mengikuti blognya. Di sinilah seorang penulis blog wajib memainkan peranannya sebagai seorang yang bermoral, yang berakhlak, untuk tidak mengambil kesempatan atas peluang ini. Bukan semua orang boleh menulis dengan berkesan, maka kepada mereka yang mempunyai kelebihan ini, gunakanlah anugerah ini sebaik mungkin.




Bayangkan sekiranya anda menulis tentang suatu isu dan secara berjenaka, mengesyorkan agar tindakan dan gerak kerja tertentu diaplikasikan. Bayangkan pula segelintir pembaca yang setia mengikuti blog anda terkesan apabila membaca penulisan tersebut dan terus bersetuju dengan syor yang dicadangkan lantas segera bertindak, tanpa menyedari anda sebenarnya tidak serius. Bukankah buruk akibatnya? Dan bercakap tentang soal berdakwah melalui blog, seorang penulis sewajarnya menulis berdasarkan sumber-sumber yang sahih lagi boleh dipercayai, tidak terburu-buru dalam berbahas tentang sesuatu isu. Jika tidak, bukan saham pahala yang berkembang biak, tetapi saham dosa...! Astaghfirullah... Jangan jadi seperti mereka ini, yang kononnya hendak berjenaka dan mempermainkan agama, tetapi akibatnya telah mencipta agama yang baru! Bertuhankan The Flying Spaghetti Monster... Ish ish ish, tak ke bahlul namanya tu...?

Kesimpulannya? Mudah. Teruskan menulis. Teruskan perjuangan melalui pena moden ini. Tetapi jadilah seorang penulis yang bijak dan penuh dengan rasa tanggungjawab kepada ummah ini. Jangan jadi penulis picisan; tidak bermoral dan hanya tahu mengambil kesempatan. Menulis, menulis juga, tetapi baguih dok ado...!

-gabbana-

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP