4 May 2009

Marah

Keletuk keletang!!


"Oooppss.
Sorry..."

Aku terlanggar bekas berisi senduk dan sudip, lalu jatuh dan mengeluarkan bunyi bising ketika aku sedang mengemas-ngemas dapur.

"Ko ok tak ni? Macam marah je..."

Marah?

"Haha.. Kau suka
assume kan? Tak baik tau assume-assume nie..."

"Aku boleh rasa
vibe dia. Kau macam marah je..."

Aku terdiam sahaja. Tak tahu nak cakap apa.

Tiada apa yang hendak aku mara
hkan. Cuaca cerah. Tidur cukup. Makan sedap. Mungkin marah kepada diri sendiri sebab study yang tidak seproduktif yang diharapkan. Sekadar itu, tidak lebih dan tidak kurang. Maaflah sekiranya aku terzahirkan kemarahan yang itu. Tetapi setahu aku, semuanya ok, alhamdulillah.

Atau mungkinkah memang jelas aku sedang marah?

Marah? Apa tu?
Marah adalah suatu gejala emosi yang selalunya ditonjolkan melalui perbuatan atau perubahan raut wajah; mengetap gigi, mengepal tangan, muka bertukar merah, berjalan lebih laju daripada biasa atau terasa seperti hendak melempang seseorang. Ada juga mereka yang tidak menunjukkan perasaan marah mereka secara terbuka - memendam perasaan pada diri sendiri , menunggu sama ada marah itu akan reda dengan sendirinya atau meletup seperti gunung berapi Mauna Loa.

Marah merupakan suatu sifat yang normal bagi seseorang manusia. Siapa yang tidak pernah marah dan berasa geram? Malah Rasulullah S.A.W., qudwah hasanah kepada seluruh umat manusia juga pernah marah dan melahirkan perasaan marahnya. Namun marah mempunyai had, batasan tertentu yang apabila dilanggar, pasti akan membuka pintu kepada bencana.

Pada masa yang sama, perasaan marah yang membuak, sekiranya berjaya dikawal pasti akan memberikan kekuatan yang luar biasa nikmatnya.

Dalam suatu hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, sabda Nabi S.A.W.:

"Orang yang kuat bukanlah mereka yang melemparkan musuhnya ke tanah. Orang yang kuat adalah orang yang boleh menahan marahnya."

Simptom
Antara tanda-tanda fizikal yang dapat dirasai apabila seseorang itu marah adalah peluh yang dirembeskan secara mendadak, kep
ala yang tidak gatal dirasakan gatal, darah memancut deras ke seluruh tubuh dan hati yang berdebar-debar.

Bertukar menjadi hijau? Boleh jadi, sekiranya ada mempunyai bau-bau bacang dengan Bruce Banner.

Tanda-tanda yang ditunjukkan oleh emosi pula, anda akan menjadi tidak keruan dan tidak senang duduk, perasaan yang meluap-luap, g
eram dan emosional.

Dengan kata lainnya, anda sedang melalui suatu fasa yang amat tidak menyenangkan.

Bahana marah
Apabila marah yang tidak terkawal disalurkan dengan cara yang tidak rasional, akibatnya amat buruk sekali. Bukan setakat bangunan-bangunan roboh berkecai, harta benda awam yang bukan anda, mak bapak dan tok nenek anda sahaja yang membiayainya malah semua orang awam yang membayar cukai turut sama menjadi mangs
a.

Err..., kalaulah anda the Incredible H
ulk...



Sekiranya bukan, akibatnya masih sangat menakutkan. Manusia pertama yang dibunuh, Habil oleh saudaranya, Qabil, juga berpunca daripada perasaan marah. Dicampur aduk dengan hasad dan cemburu, dikacau sebati dan dibakar di dalam ketuhar selama satu jam; terhasilkah kek emosi yang tidak terbendung lagi
padahnya.

Begitu banyak kes pembunuhan yang terjadi di dunia ini selalunya adalah kerana didorong oleh perasaan marah. Marah kepada pasangan yang curang. Marah kepada kawan yang menipu dalam perniagaan. Marah kepada ibu bapa kerana tidak mengizinkan perkahwinan. Marah kepada diri sendiri. Asasnya adalah marah!

Malah bencana marah tidak berhenti sekadar pada pembunuhan. Serangan Amerika terhadap Iraq dan Afghanistan didor
ong oleh perasaan marah. Keganasan yang berlaku di seluruh dunia juga berpunca daripada perasaan marah dan tidak puas hati yang tidak dapat dibendung lagi. Penceraian, penindasan dan banyak lagi krisis kemanusiaan dan masalah harian yang sebenarnya bertitik tolak daripada perasaan marah.

Yang rugi siapa? Kucing Mak Cik Rosnah yang dicabut bulunya akibat marahkan suaminya yang tidak pulang malam? Anjing kurap yang disepak tendang akibat marahkan pegawai JPJ yang menyaman kereta yang diletakkan di kawasan
larangan? Atau pokok mangga yang baru hendak berbuah, yang ditebang dan ditoreh-toreh kerana putus cinta?

Tidak. Yang rugi adalah diri sendiri.

Marahkan nyamuk seekor, seluruh kelambu yang dibakar!

Bagaimana nak kawal?

Setiap penyakit ada ubatnya. Dan sekiranya anda melihat marah sebagai suatu penyakit yang perlu dikawal, maka marah juga ada ubatnya.

Di Barat, pelbagai kajian telah dilakukan bagi memahami dengan lebih mendalam apakah itu marah. Pelbagai penawar juga telah disyorkan oleh ahli psikologi Barat bagi merawati penyakit ini. Anda pernah menonton filem 'Anger Management'? Ya, itu juga merupakan antara cara atau wadah yang dilakukan oleh mereka yang kononnya maju dan advance ke hadapan untuk merawat penyakit emosi ini; dengan mengadakan kumpulan sokongan (support group), perbincangan dan perkongsian sambil dikawal oleh seorang mentor yang mempunyai kelayakan dalam bidang marah ini. Ada juga yang mengambil pil sedatif atau ubat-ubat tertentu bagi menyekat kemarahan daripada terus bergelojak.

Namun adakah cara mereka ini berkesan?

Mari kita kaji syor yang telah dicadangkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam mengawal perasaan marah ini.

"Marah itu datangnya daripada Syaitan, dan Syaitan diciptakan daripada api, dan api hanya boleh dipadamkan oleh air. Maka apabila salah seorang daripada kamu marah, maka pergilah mengambil wudhu'." [Riwayat Abu Daud]

Dari Abu Dzar, "Rasulullah S.A.W. berkata kepada kami: 'Apabila salah seorang daripada kamu marah ketika sedang berdiri, maka duduklah. Sekiranya marahnya masih bleum reda, maka berbaringlah.'" [Riwayat Abu Daud]

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Aku tahu suatu perkataan yang apabila diulang, pasti dapat menghilangkan perasaan marah seseorang." Mereka bertanya, "Apakah itu, hai utusan Allah?" Rasulullah S.A.W. menjawab, "Katakanlah: Aku berlindung kepada Allah daripada Syaitan yang direjam." [Riwayat Abu Daud]

Perasaan marah itu datangnya daripada Allah. Maka mintalah kepada Allah untuk menghilangkannya kerana Dialah yang Maha Berkuasa atas sesuatu. Pasti berkesan!

Boleh ke marah?




"We have to start our prayer one minute early today because we have market back there."

Sheikh Ahmed Saad melahirkan perasaan geramnya sejurus sebelum solat Asar berjemaah ditunaikan.

"I don't know what those brothers were talking about. But they distracted many other brothers who wanted to pray, they distracted me during my sunnah. Wallahi brother, we have talked about this for so many times! This is masjid, if you want to talk, go outside! You don't deserve to be in in this masjid!"

Para jemaah yang lain terpaku. Aku percaya, selain aku, pasti ramai jemaah lain yang tidak pernah melihat Sheikh Ahhmad Saad melenting sebegitu rupa!

Dalam situasi apa sekali pun, menahan marah adalah pilihan yang terbaik. Hal ini adalah berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari apabila seorang lelaki datang bertemu Rasulullah S.A.W. dan meminta nasihat daripada baginda.

"Nasihatilah diriku!"
"Janganlah kau marah," kata Rasulullah S.A.W..

Dan lelaki itu bertanyakan perkara yang sama sebanyak dua kali lagi dan pada setiap kali, Rasulullah S.A.W. memberikan jawapan yang sama.

Nah! Pasti ada hikmahnya bukan mengapa Rasulullah S.A.W. menasihati lelaki tersebut untuk tidak marah sebanyak tiga kali?

Namun, terdapat juga situasi yang anda dibenarkan marah, malah marah dilihat sebagai suatu tindakan yang betul dan tepat. Contohnya, apabila agama Islam dicaci dan dihina oleh mereka yang tidak faham tentang ajaran ini. Rasulullah S.A.W. sendiri pernah marah apabila ayat-ayat al-Quran ditempelak dan diperlakukan dengan buruk.

Begitu juga apabila saudara seIslam kita ditindas dan diseksa. Kedahsyatan yang dilakukan oleh laknat Zionis terhadap warga Palestin misalnya, amat wajar disusuli dengan perasaan marah oleh umat Islam yang lain. Namun perlu diingatkan sekali lagi, perasaan marah ini wajar disalurkan dengan cara yang rasional dan terkawal. Setiap perkara, apabila batasnya dilampaui pasti akan mendatangkan kesan yang buruk. Menyerang kedutaan, membakar bendera dan harta benda awam dan mencederakan orang lain bukanlah suatu tindakan yang bijak dan tidak melambangkan kemuliaan Islam itu sendiri.

Marah dalam berdakwah atau menyampaikan risalah juga dilihat perlu sekiranya cara tersebut adalah yang paling efektif dalam menyampaikan mesej. Aku percaya, selepas ini pasti tidak ada orang yang berani buat bising lagi di Masjid Finsbury Park setelah insiden yang berlaku semalam. Kadangkala kita perlu bertindak tegas dan menunjukkan kepada orang ramai bahawa kita benar-benar serius dalam sesuatu perkara, terutamanya dalam menangani kemungkaran. Hanya dengan menzahirkan perasaan marahlah hal tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, sekiranya marah tersebut dipandu dan dihalakaan dengan kaedah yang tepat dan bijak.

Moral: Jangan marah... Nanti kena jual!!

Allahu 'alam.

-gabbana-

3 Caci Maki Puji Muji:

Musafir Kelana 04/05/2009, 18:12  

Tak sangka para ulama' seisi London skang ni ngah pakat dok marah2 no...hehehehe...

Inche gabbana 04/05/2009, 19:10  

eh, pe maksud ko...? expalin sket voleyy tak...? nie singgah blog org bwat statement pulak... ;p

Anonymous 03/08/2011, 13:02  

"Marah itu datangnya daripada Syaitan, dan Syaitan diciptakan daripada api, dan api hanya boleh dipadamkan oleh air. Maka apabila salah seorang daripada kamu marah, maka pergilah mengambil wudhu'." [Riwayat Abu Daud]

*********************

Perasaan marah itu datangnya daripada Allah. Maka mintalah kepada Allah untuk menghilangkannya kerana Dialah yang Maha Berkuasa atas sesuatu. Pasti berkesan!

--> rasa ye blh rephrase kan ayat ni kot.. b4 ada org yg tersalah phm.

wallahu'alam.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP