MERDEKA...!!!
Malaysia merdeka daripada jajahan British dengan rasminya pada 31 Ogos 1957.
Singapura, jiran Malaysia, menyambut kemerdekaan mereka apabila menyertai Malaysia pada bulan Ogos, 1963. Singapura memperoleh kerajaannya yang sendiri secara rasmi pada 9 Ogos 1965.
India pula, yang sejak sekian lama dikenali sebagai 'Jewel of the Empire,' kerana berharganya negara itu di sisi British sebagai tanah jajahan, merdeka pada 15 Ogos 1947.
Amerika, sebuah negara yang begitu gah dan hebat pada masa ini juga pernah merdeka; merdeka daripada daripada jajahan British pada 1783, selepas tercetusnya Perang Kemerdekaan Amerika (American War of Independence) yang akhirnya membawa kepada pembentukan negara tersebut.
Indonesia merdeka daripada jajahan Belanda dan Jepun pada Ogos 1945.
(Perasan tak bulan kemerdekaan banyak jatuh pada bulan 8..? Hhhmmm..)
Ada juga negara yang tidak menyambut hari kemerdekaan, tetapi sudah merdeka sejak sekian lama dalam erti kata sebenar, kerana tidak pernah dijajah oleh mana-mana negara dan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip dan rukun negara mereka. Contohnya, Thailand dan Jepun.
Ada juga penjajah, yang pernah dijajah! Haha.. Contohnya, Perancis yang pernah dijajah Jerman. Atau Jerman yang pernah dijajah Russia.
Ada juga negara yang tidak pernah merdeka sehingga ke hari ini. Baik dijajah secara langsung, atau 'dijajah' pemikiran, politik dan ekonominya.
Aku pula merdeka semalam, dua puluh sembilan hari bulan lima, tahun dua ribu sembilan. Yeaayyy!! Hehe... ;p Alhamdulillah... Just for now. And just from the exams. Next year nak kena struggle balik.. Haih...
Hakikatnya, manusia tidak pernah merdeka, kerana kita adalah HAMBA. Sama ada hamba kepada harta, perempuan, anak, kereta, kerja, status, pemikiran mahu pun Tuhan yang Esa, kita adalah seorang hamba pada setiap masa dan ketika.
Marilah kita membebaskan diri ini daripada perhambaan kepada material dunia dan menghambakan diri yang hina dan daif ini kepada TUAN yang sebenar, Allahu 'Azza Wajalla!
Ayuh!
-gabbana-
1 Caci Maki Puji Muji:
Selamat berehat, love~
Post a Comment