Akhbar 'Alam Islami
[Kredit] |
Menjadi
umat Islam dalam abad ke dua puluh satu ini, saya kira merupakan
sesuatu yang amat mencabar dan amat mudah untuk mengalirkan peluh besar.
Kita berada di tengah-tengah masyarakat dunia yang memandang Islam
dengan sebelah mata. Mungkin juga dengan mata yang tertutup.
Islam
dipandang dengan gelak tawa. Islam dipijak, dihinjak dan ditempelak
sesuka hati mereka, seolah-olahnya tiada lagi nilai dan harga padanya.
Malah ramai umat Islam hari ini yang tidak lagi berasa 'izzah (bangga)
dengan Islam yang dianutinya.
Yalah,
apalah yang mahu dibanggakan sangat? Jika dilihat pada dunia hari ini,
negara mana yang paling miskin dan menderita? Negara yang paling ramai
umat Islam. Negara mana yang paling korup dan paling tinggi amalan
rasuahnya? Negara yang dipimpin oleh umat Islam. Negara mana yang
terkebelakang dari segi teknologi dan tamadun lahiriahnya? Negara umat
Islam.
Tiada
satu pon negara 'Islam' di dunia ini yang boleh dikategorikan sebagai
negara yang benar-benar Islam. Arab Saudi? Antara sekutu paling rapat
dengan Amerika Syarikat. Iran? Mazhab utamanya adalah Syiah Imamiyah.
Malaysia? Err tiada komen.
Terbaru apabila kita dikejutkan dengan berita di luar otak, apabila Angola mengharamkan Islam. Meski berita itu dikatakan tidak sahih, masakan pokok bergoyang tanpa angin bukan? Ia menggambarkan kebencian meluap orang-orang bukan Islam terhadap umat Islam.
Hakikatnya, Islam itu tinggi dan meninggikan. Islam itu mulia dan memuliakan. Rendahnya umat Islam hari ini bukanlah kerana rendahnya Islam. Dan hinanya umat Islam pada hari ini bukanlah kerana Islam itu hina. Jauh sekali. Tidak sama sekali.

Kebejatan
umat Islam dasawarsa ini adalah tidak lain melainkan kerana jauhnya
umat Islam daripada Islam itu sendiri. Umat Islam tidak lagi berpegang
pada hukum Allah. Umat Islam tidak lagi menjadikan al-Quran dan
as-Sunnah sebagai panduan mereka yang terutama. Umat Islam dan Islam
seolah-olahnya adalah dua entiti yang berbeza.
Tunduk. Air mata mengalir perlahan.
Nah,
cuba kita tanya diri kita sendiri. Adakah kita benar-benar cakna dengan
keadaan ummah hari ini? Adakah kita tahu apa yang sedang berlaku kepada
umat Islam di seluruh dunia..? Adakah kita peduli dengan kesengsaraan
dan penderitaan yang dialami oleh saudara-saudara kita di tempat lain..?
Angkat
tangan. Err, Inche gabbana... Perlu ke kita ambil tahu pasal semua itu?
Umat Islam di Malaysia ni pon ramai yang susah, masih ramai yang tidak
terbela. Mengapa perlu kita sibuk-sibuk pasal orang lain yang duduknya
ribuan batu itu..?
Aduhai.
Tidak
pernahkah anda mendengar sepotong hadith yang umat Islam itu ibaratnya
seperti satu badan? Sakit satu anggota maka sakitlah seluruh badan?
Atau hadith tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak menchentai saudaranya seperti mana dia menchentai dirinya sendiri?
Ummah ini terbina dengan ukhuwwah Islamiyyah yang terjalin antara kita. Sakitnya ummah di mana-mana, kita wajar terasa sakit yang sama. Kerana kita dihubungkan dengan aqidah, bukan dengan darah. Boleh jadi, apa yang berlaku kepada ummah hari ini adalah kerana sikap kita yang tidak lagi peduli.
Pelempang sakti di pipi.
Oleh sebab itu, pada hari ini, saya mahu berkongsikan sedikit-sebanyak realiti ummah di seluruh dunia, seringkas dan sepadat yang mungkin. Senarai negara-negara yang terlibat di sini adalah tidak eksklusif; ada kemungkinan yang masih terdapat negara-negara lain yang relevan untuk dibincangkan. Namun apa yang disenaraikan sini adalah negara-negara 'glamor' yang sering dibincangkan, dan apa yang mampu untuk saya kongsikan.
Betulkan kolar. Duduk tegak. Buat muka kacak.
Baiklah.

Palestin
Rasanya Palestin paling 'senior' dalam isu ummah ini. Pertelingkahan untuk mendapatkan tanah suci Palestin sejak zaman azali lagi. Pelbagai peperangan dan perbalahan berlaku, semata-mata untuk menguasai tanah yang menjadi tempat suci bagi tiga buah agama samawi; Islam, Kristian dan Yahudi.
Menelusuri sejarah moden, semua neraka terlepas sudah apabila negara haram Israel ditubuhkan pada tahun 1948, dengan cara merampas tanah milik orang Palestin dengan restu PertubuhanKera-Kera Bangsa-Bangsa Bersatu. Intifadah pertama yang dilancarkan oleh rakyat Palestin pada tahun 1987 bertujuan untuk mengembalikan semula hak umat Islam terhadap tanah Palestin.
Sejak itu umat Islam terus-menerus dizalimi oleh kaum pendatang Yahudi Zionis yang berlagak seperti pemilik tanah yang sah. Mereka menggunakan segala sarana yang ada; senjata, politik, undang-undang, media dan sebagainya, untuk menindas umat Islam. Terbaru, kerajaan zionis haram Israel meluluskan lebih 800 penempatan haram di atas tanah milik umat Islam.
Sehingga ke hari ini, konflik Palestin masih lagi jauh daripada penyelesaian. Penggulingan Presiden Mesir, Dr. Mursi oleh as-Sisi memburukkan lagi keadaan apabila as-Sisi menutup sempadan Rafah (yang buat pertama kalinya dibuka oleh Mursi) dan menyebabkan penderitaan rakyat Palestin menjadi semakin raksasa.
Kalau mahu tahu lebih lanjut tentang konflik antara Palestin dan Israel, anda boleh baca di sini: Konflik Israel-Palestin Untuk Dummies
Rasanya Palestin paling 'senior' dalam isu ummah ini. Pertelingkahan untuk mendapatkan tanah suci Palestin sejak zaman azali lagi. Pelbagai peperangan dan perbalahan berlaku, semata-mata untuk menguasai tanah yang menjadi tempat suci bagi tiga buah agama samawi; Islam, Kristian dan Yahudi.
Menelusuri sejarah moden, semua neraka terlepas sudah apabila negara haram Israel ditubuhkan pada tahun 1948, dengan cara merampas tanah milik orang Palestin dengan restu Pertubuhan
Sejak itu umat Islam terus-menerus dizalimi oleh kaum pendatang Yahudi Zionis yang berlagak seperti pemilik tanah yang sah. Mereka menggunakan segala sarana yang ada; senjata, politik, undang-undang, media dan sebagainya, untuk menindas umat Islam. Terbaru, kerajaan zionis haram Israel meluluskan lebih 800 penempatan haram di atas tanah milik umat Islam.
Sehingga ke hari ini, konflik Palestin masih lagi jauh daripada penyelesaian. Penggulingan Presiden Mesir, Dr. Mursi oleh as-Sisi memburukkan lagi keadaan apabila as-Sisi menutup sempadan Rafah (yang buat pertama kalinya dibuka oleh Mursi) dan menyebabkan penderitaan rakyat Palestin menjadi semakin raksasa.
Kalau mahu tahu lebih lanjut tentang konflik antara Palestin dan Israel, anda boleh baca di sini: Konflik Israel-Palestin Untuk Dummies
Mesir
Konflik yang berlaku di Mesir seperti yang kita tahu pada hari ini bermula apabila Presiden Mesir yang sah, Muhammad Mursi digulingkan oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Abdul Fatah as-Sisi. Penggulingan itu dilakukan kononnya demi memenuhi permintaan rakyat yang mahukan Mursi meletak jawatan, atas kegagalannya menguruskan Mesir dengan baik.
Ironinya, pemerintahan kuku besi oleh as-Sisi telah mencampakkan Mesir ke dalam kemelut ekonomi, politik dan sosial yang jauh lebih teruk lagi. As-Sisi dan konco-konconya pula terus-menerus menindas dan menangkap para penentang rejimnya untuk memastikan mereka terus berkuasa.
Medan Raba'ah menjadi saksi kekejaman As-Sisi apabila tentera tanpa kompromi dan diskriminasi telah membunuh seramai-ramainya para penunjuk perasaan yang mahu Presiden Mursi dikembalikan.
Si pejuang demokrasi (pfffttt) telah menamatkan riwayat demokrasi itu sendiri di tanah Mesir.
Sehingga artikel ini ditulis, krisis yang berlaku di Mesir belum lagi kelihatan sinar di hujung terowong.
Baca 'Konflik Mesir Untuk Dummies' untuk mengetahui sedikit-sebanyak latar belakang di sebalik krisis yang berlaku di Mesir.

Syria
Apabila domino kebangkitan rakyat (Baca: Arab spring) mula mengganas di seluruh Timur Tengah, Syria tidak terkecuali.
Rejim Bashar Assad, yang diwarisi daripada bapanya, Hafez Assad, mula tergugat apabila rakyat buat pertama kalinya berani untuk bangkit menentang kekejaman Bashar. Konflik yang berlaku menjadi lebih meruncing apabila ia dilihat sebagai pertembungan antara para pengikut Sunni dengan Syiah kerana Bashar adalah seorang penganut Syiah Alawi.
Bashar menggunakan kedudukannya sebagai Presiden Syria untuk membantai habis-habisan para pengikutnya. Tanah yang pernah menyaksikan kegemilangan tamadun Umayyah kini menjadi saksi pertumpahan darah secara massa, yang dilakukan tanpa segan-silu oleh Bashar dan para pengikutnya.
Sehingga ke hari ini, sudah lebih 115,000 nyawa sudah terkorban rentetan konflik yang berlaku di Syria. Keadaan menjadi lebih busuk dan teruk, apabila Hezbollah dan Iran campur tangan dengan memberikan sokongan ketenteraan kepada Bashar. Puiiii.
Baca tentang konflik Syria di 'Cerita-Ceriti Tentang Syria.'

Sudan
Perang Darfur yang tercetus sejak 2003 telah menyebabkan jutaan rakyat Sudan menderita dan menjadi pelarian. Perebutan kuasa yang berlaku antara kerajaan dan puak penentang yang mendakwa kononnya kerajaan pimpinan Omar al-Bashir telah mendiskriminasi penduduk yang bukan berbangsa Arab.
Krisis yang berlaku semakin buruk apabila Sudan berpecah menjadi dua; Sudan Selatan yang majoritinya adalah penduduk beragama Kristian dan Sudan yang sedia ada yang majoritinya beragama Islam.

Somalia
Perang saudara yang tercetus di Somalia sejak 1991 masih belum menemukan titik noktahnya. Kesannya, sama seperti Sudan, jutaan rakyatnya merempat kebuluran di kem-kem pelarian.
Di tengah-tengah kemelut yang melanda, muncul pula kumpulan pengganas seperti al-Shabaab, yang memburukkan lagi keadaan. Kejadian lanun yang bermaharajalela di perairan Somalia menggambarkan betapa terdesaknya masyarakt di sana.
Foto-foto yang mempamerkan kebuluran melampau di Somalia, pasti akan menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya.
Masih berselerakah kita untuk melahap ayam golek berempah, tatkala saudara-saudara kita di Somalia tidak punya secubit roti pon untuk dijamah..? Nanges.

Tak rasa nak potong bawang laju-laju ke melihat realiti sebegini..? Nanges. [Kredit] |
Afghanistan
Afghanistan pernah berada di bawah pengaruh kekuasaan Soviet. Dengan bantuan Amerika Syarikat, para mujahidin berjuang bagi menghalau Soviet keluar dari Afghanistan. Mereka berjaya menjadikan Afghanistan kepada Soviet, seperti Vietnam kepada Amerika Syarikat.
Namun semua neraka terlepas sudah selepas itu. Para mujahidin berpecah dalam menentukan siapakah yang patut memegang tampuk kekuasaan di Afghanistan. Akhirnya muncullah Taliban, memerintah Afghanistan mengikut undang-undang Islam menerusi tafsiran dan kaca mata mereka sendiri.
Sepanjang tempoh Taliban memerintah, perang saudara terus berlaku antara Taliban dan saki-baki pejuang Mujahidin yang ada. Amerika Syarikat menggunakan alasan untuk memburu pengganas selepas peristiwa 11 September untuk campur tangan di Afghanistan.
Kini, Afghanistan diperintah oleh boneka Amerika Syarikat. Keamanan dan Afghanistan adalah dua perkataan antonim dalam kamus dunia hari ini.

Uzbekistan dan -tan -tan yang lainnya
Chechnya
Sejak bertahun lamanya pejuang pemisah Chechnya berperang dengan Soviet (dan kemudiannya Russia) untuk mendapatkan pemerintahan autonomi sendiri. Chechnya yang mendapat cahaya Islam di bawah pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah, adalah sebuah negara yang kaya dengan minyak. Hal ini merupakan antara faktor mengapa Russia sukar untuk melepaskan Chechnya daripada cengkamannya.
Seperti krisis di negara-negara lain, rakyat biasa yang sering menjadi mangsa. Pengeboman dan serangan bersenjata oleh dua-dua belah pihak telah mengorbankan ribuan nyawa tidak berdosa.

Iraq
Umum mengetahui Iraq menjadi tunggang-terbalik semenjak Saddam Hussain ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati. Meskipon Iraq sewaktu pemerintahan Saddam tidaklah sebagus mana dan Saddam sendiri merupakan seorang diktator yang kejam, namun kehidupan rakyat Iraq jauh lebih baik ketika itu jika hendak dibandingkan dengan sekarang ini.
Di bawah pemerintahan Nouri Maliki, seorang Syiah, Iraq kini berhadapan dengan peperangan antara mazhab yang meragut nyawa saban hari. Hampir setiap hari kita pasti akan mendengar berita tentang letupan maut yang berlaku di Iraq.
Iraq yang kaya dengan minyak kini menempatkan syarikat-syarkat gergasi minyak bertaraf multinasional, yang tidak berpeluang menerokai emas hitam itu di zaman Saddam. Nah, anda dah nampak permainannya di di situ..?

Pakistan (Kashmir)
Konflik Kahsmir, yang berusia hampir 60 tahun, bermula dengan perpisahan antara India dan Pakistan. Kashmir yang terletak di sempadan Pakistan dan India, menjadi rebutan antara kedua-dua buah negara.
Perang Kashmir yang pertama berlaku pada tahun 1947-48. Sejak itu, India dan Pakistan sentiasa berada di dalam kancah peperangan kerana Kashmir. Pertukaran Perdana Menteri yang acapkali berlaku di kedua-dua India dan Pakistan banyak mempengaruhi keadaan di Kashmir.
Situasi Kahsmir dapatlah disimpulkan dengan peribahasa, "Dua orang tok syaikh sumo berlawan, budak Taekwondo tali pinggang putih tersepit di tengah-tengah."

Kashmir adalah sorga dunia; kecantikan dan keindahannya sememangnya tiada tandingan. Malangnya ia dicemari dengan sengketa dan peperangan dek ketamakan manusia. [Kredit] |
Perang Kashmir yang pertama berlaku pada tahun 1947-48. Sejak itu, India dan Pakistan sentiasa berada di dalam kancah peperangan kerana Kashmir. Pertukaran Perdana Menteri yang acapkali berlaku di kedua-dua India dan Pakistan banyak mempengaruhi keadaan di Kashmir.
Situasi Kahsmir dapatlah disimpulkan dengan peribahasa, "Dua orang tok syaikh sumo berlawan, budak Taekwondo tali pinggang putih tersepit di tengah-tengah."
Bangladesh
Bangladesh asalnya merupakan Pakistan Timur, sebelum berpisah daripada Pakistan. Di dalam peperangan perpisahan tersebut, rakyat Bangladesh berpecah kepada dua; mereka yang menyokong perpisahan (disokong oleh India) dan mereka yang menentangnya (disokong Pakistan). Akhirnya, kumpulan yang mahu berpisah menang dan Bangladesh secara rasminya ditubuhkan pada 1971.
Terbaru, Presiden Sheikh Haseena memulakan perburuan ahli sihir meroyan (Baca: Witch hunting) ke atas ahli-ahli Jamaat Islami cawangan Bangladesh, kerana didakwanya terlibat sama dalam kekejaman tentera Pakistan sewaktu peperangan perpisahan dahulu.
Ramai para pemimpin JI telah dijatuhkan dengan hukuman mati. Tindakan Sheikh Haseena ini telah menimbulkan ketegangan di Bangladesh dan keadaan di sana sememangya kurang selamat buat masa ini sekiranya anda bercadang mahu membeli-belah kain di sana.

China
Mungkin ramai yang tidak tahu, umat Islam di China berjumlah lebih daripada 30 juta; lebih ramai daripada keseluruhan rakyat Malaysia! Jadi, jangan nak berlagak dan rasis sangat ok..? Eh.
Malangnya, sejak zaman-berzaman, umat Islam telah didiskriminasi oleh pihak pemerintah di China, terutamanya apabila China dikuasai oleh fahaman komunis. Kaum Ughur di Xinjiang terutamanya, dikawal ketat oleh pihak pemerintah kerana disyaki mahu menubuhkan kerajaan autonomi sendiri.
Myanmar
Hmmmm. Ini sangat menyedihkan. Umat Islam Rohingya tidak pernah dianggap sebagai rakyat Myanmar yang sah, meskipon mereka sudah tinggal di sana ratusan tahun lamanya. Meskipon mereka berasal dari tanah Bengal (Bangladesh sekarang), mereka sebenarnya lebih Myanmar daripada Bangladesh sendiri.
Konflik yang berlaku antara umat Islam Rohingya dan masyarakat Buddha di Myanmar seperti yang kita tahu pada hari ini, merupakan ledakan daripada ketidakpuasan hati masyarakat Buddha kepada umat Islam di sana. Pihak pemerintah dan tentera yang beragama Buddha, menutup mata terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam Rohingya. Malah terdapat kes yang direkodkan, pihak tentera sendiri terlibat dengan kezaliman terhadap umat Islam di sana.
Untuk mengetahui penderitaan masyarakat Rohingya dengan lebih lanjut, anda boleh membacanya di 'Rohingya, Erdogan dan Dot Dot Dot.'

Thailand
Umat Islam di Thailand kebanyakan berpusat di bahagian selatan Thailand terutamanya Pattani, Yala dan Naratiwat. Kesultanan Melayu Pattani telah ditewaskan dan dikuasai oleh kerajaan Siam sejak berabad lamanya.
Namun umat Islam terus berjuang untuk mendapatkan kerajaan mereka sendiri. Perbalahan antara umat Islam dengan kerajaan Thailand semakin buruk pada tahun 2004, di mana Thailand ketika itu diperintah oleh Thaksin Shinawatra. Thaksin, melalui jeneralnya, Sonthi Boonyaratkalin, menggunakan kekerasan untuk menamatkan pemberontakan umat Islam. Peristiwa Thak Bai pada tahun 2004 menyaksikan 78 orang pemuda Islam mati di dalam trak tentera apabila mereka ditahan atas tuduhan keganasan.
Sehingga kini, keadaan di selatan Thailand masih lagi bergolak. Sering terjadi kejadian tembak curi di kedua-dua belah pihak, sama ada pihak tentera atau umat Islam. Ribuan nyawa umat Islam telah terkorban sehingga hari ini.
Nasihat saya, jangan pergi Hat Yai. Eh.

Tak Bai: Noktah hitam bukan sahaja untuk umat Islam di Thailand, tapi seluruh dunia! |
Sehingga kini, keadaan di selatan Thailand masih lagi bergolak. Sering terjadi kejadian tembak curi di kedua-dua belah pihak, sama ada pihak tentera atau umat Islam. Ribuan nyawa umat Islam telah terkorban sehingga hari ini.
Nasihat saya, jangan pergi Hat Yai. Eh.
Filipina
Islam telah mula bertapak di Filipina sejak ratusan tahun yang lampau. Malah ibukota Filipina sekarang ini, Manila, berasal daripada frasa 'fi amanillah' yang bermaksud 'dalam lindungan Allah.' Hah, terkujat kau Mak Kiah.
Nasib umat Islam di Filipina mula mengalami kemerosotan apabila Sepanyol memulakan ekspedisi penjajahannya ke atas Filipina. Sedikit demi sedikit, Filipina ditukarkan menjadi negara Kristian. Umat Islam yang masih tinggal, berundur ke selatan Filipina, kini dikenali sebagai Mindanau.
Sejak itu, berlaku peperangan untuk menuntut negara sendiri antara bangsa Moro dengan pihak pemerintah Filipina. Bangsa Moro mahu menubuhkan negara Islam sendiri yang bebas daripada cengkaman Filipina, yang mahu dinamakan sebagai Bangsamoro.
Abu Sayyaf, kumpulan puak pemisah yang jauh lebih radikal berbanding kumpulan-kumpulan yang lain telah ditubuhkan pada tahun 1991. Abu Sayyaf terkenal dengan aktiviti penculikan pelancong asing di perairan Sabah, bagi membiayai kegiatan mereka.
Ribuan nyawa telah terkorban sejak krisis antara puak pemisah Moro dengan pihak pemerintah Filipina. Keadaan umat Islam di Mindanau yang dhaif dan miskin tegar, menjadikan nasib umat Islam bertambah teruk dan menyedihkan.

Malaysia
Ok kenapa Malaysia diletakkan di dalam senarai ini pula..? Bukankah Malaysia masih aman maka kita semua wajib bersyukur? Ehem.
Malaysia mungkin tampak aman dan makmur dari luarannya, walhal sebenarnya ia sedang sakit tenat dan nazak dalamannya. Beberapa tahun kebelakangan ini menyaksikan peningkatan kadar jenayah yang amat mengerikan. Malaysia terus merudum dalam senarai negara yang paling teruk mengamalkan rasuah. Bangunan runtuh di sana sini, walhal seingat saya Otromen hanya ada di Jepun dan tidak di sini. Eh. Zina, buang anak, dadah, anda namakan sahaja, sudah begitu biasa terpampang di dada-dada akhbar sehingga kita tidak lagi peduli.
Masyarakat semakin tidak peduli dengan keadaan di sekeliling. Hedonisme dan materialisme menjadi neraca kehidupan sehari-hari. Apa yang penting, perut sendiri terisi, kereta baru mampu dibeli dan rumah besar macam Raja Sri Menanti.
Label-melabel menjadi hobi di masa lapang. Asal ada orang yang tidak sama pemikiran dengan kita, orang itu Wahhabi. Asal ada sahaja yang berkelakuan pelik sedikit, orang itu liberal. Meski kita tiada perang saudara, nau'dzubillah, namun saban hari kita berperang hati, bertelagah pemikiran dan berbalah fikrah. Semuanya adalah perkara-perkara furu' (cabang) yang tidak sewajarnya menjadi punce persengketaan.
Ini adalah bala bencana buat umat Islam di Malaysia. Malah, pada pendapat saya, bencana ini lebih teruk lagi daripada bencana alam, kesusahan dan kemiskinan yang dialami oleh sesetengah negara yang lain.
Geleng kepala.
Begitulah. Sedikit-sebanyak keadaan semasa umat Islam di seluruh dunia. Mengerikan bukan? Dan mengalirkan air mata bukan...?
Sekiranya anda tidak berpuas hati, merasakan saya meringkaskan cerita dan ada fakta-fakta penting yang saya tinggalkan, dan membuatkan anda berasa lebih teruja untuk meneroka lebih lanjut keadaan sebenar ummah pada hari ini, maka alhamdulillah objektif saya menulis artikel ini telah berjaya. Senyum.
Seperti yang saya katakan di awalan artikel ini, mustahil untuk saya menulis tentang semua krisis umat Islam yang berlaku di seluruh dunia. Kemungkinan besar masih ada konflik-konflik umat Islam yang tidak berjaya saya masukkan di sini.
Untuk kita, umat Islam di Malaysia, sewajarnya kita berasa 'cemburu' dengan kesusahan dan penderitaan umat Islam di tempat lain. Kesengsaraan yang mereka alami telah menjadikan mereka lebih kuat, tabah dan lebih memahami erti sebuah syukur. Dan ketika itu, ketika mana mereka ikhlas berjuang dalam menuntut sebuah kebebasan dan bersungguh dalam menegakkan kebenaran, ketika itu, kemenangan sudah tidak jauh lagi untuk digapai.
Imam Hassan al-Banna, di dalam risalah Wahai Pemuda, menulis:
"Di samping itu ada pula pemuda yang lahir membesar di tengah-tengah umat yang terpaksa berjuang dan bertindak kerana mereka dijajah dan dikuasai oleh musuh; oleh itu umat tersebut terpaksa berjuang sedaya upaya untuk mengembalikan hak mereka yang dirampas, harta kekayaan yang disamun. Begitu juga segala kebebasan juga telah hilang. Pada ketika itulah kewajipan utama lagi pertama bagi pemuda tersebut supaya menumpukan segala perhatian demi untuk kepentingan umat lebih banyak dari faedah dirinya sendiri. Ketika bertindak sedemikian itu, pemuda tersebut akan memperolehi kemenangan dan pelbagai kebaikan serta mencapai ganjaran dari Allah dalam bentuk kebajikan dan pahaladi akhirat kelak."
Uhm uhm.
Umat Islam Palestin sebenarnya tidak mengharapkan wang ringgit kita. Umat Islam Syria tidaklah teringinkan bantuan makanan dan pakaian kita. Umat Islam Kashmir tidak memerlukan belas kasihan dan simpati kita. Umat Islam Sudan tidak membutuhkan liputan media dan akhbar kita. Umat Islam Rohingya tidak mendambakan bantuan ketenteraan kita.
Anda tahu apa yang mereka perlukan...? Anda tahu apa yang mereka mahukan...?
Mereka mahu kita yakin, ikhlas, penuh semangat dan sanggup berkorban untuk membina rijal-rijal Muslim, yang seterusnya akan menegakkan kembali al-haq di muka bumi ini, agar khilafah Islamiyyah dapat dikembalikan. Mengapa? Justeru umat Islam dan tanah-tanah di mana kalimah 'la ilaha illallah' berpasak dapat dibela dan dibebaskan daripada penjajahan taghut dan jahiliyyah!
Harapan masih ada untuk ummah ini. Dan harapan itu terletak pada bahu kita!
Wahai!
*Akhbar 'Alam Islami bermaksud berita dunia Islam.
-gabbana-
Antara doa yang sering saya titipkan setiap kali selepas solat:
"Ya Allah, Kau menangkanlah Islam. Kau satukanlah umat Islam di seluruh dunia dan Kau menangkanlah kami ke atas musuh-musuh kami!"
Sungguh, kemenangan itu adalah hak milik mutlak Allah, dan Dia akan kurniakan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, bila-bila masa yang Dia sukai!
Dan oh, doa saya juga untuk saudara-saudara yang sedang dalam kesusahan di Pantai Timur tanah air, berhadapan dengan bencana banjir di sana. Moga anda semua kuat dan sabar menempuh ujian ini!

6 Caci Maki Puji Muji:
APG nak tanya smthng. orang kata kalau darah dah bercampur dgn benda haram, doa susah nak diterima Allah. and darah tersebut akan mengalir kat anak cucu kita. macam mana pula untuk orang yang nak bertaubat? boleh buat post untuk soalan ni tak?
lepas 2 3 minit menung bau boleh relat,
semua neraka terlepas sudah = all hell breaks loose.
jem jem jem..
Mekasih Inche Gabbana di ats nukilan neh. Kadang2 takde idea nak bentang ape utk Akhbar Islami. So boley korek idea dari penulisan Inche. Teehee. Jzkk! :)
_M
Banyak betoi ilmu APG nih
salam.
satu penulisan yang benar-benar hebat. Menyentuh isu umat deep down to its core.
Sekadar satu saranan, bolehkah encik gabbana buat satu penulisan tentang isu comango? Saya merasakan bahawa masyarakat kuarang cakna tentang isu ini dan ia perlu diberi pendedahan yang sewajarnya.
terima kasih
salam alaik . gugur jantung baca post kali ni T^T . in sha Allah fasa kebangkitan islam akan tiba dan post kali ini alhamdulillah menjentik hati saya untuk terus maju dengan gagah perkasa .
Post a Comment