Rohingya, Erdogan dan Dot Dot Dot
[Kredit] |
Ketika ini saya kira sudah ramai yang sudah pulang daripada beraya sakan melantak ketupat palas berendangkan ayam dan daging masak hitam beserta wajik dan dodol juga lemang dan kuih semperit. Err. Namun masih ada saki-baki yang berdegil tidak mahu pulang lagi dan masih mahu beraya di kampung halaman. Tidak mengapalah, raya kan sekali setahun? (Tapi di Malaysia walaupon sekali setahun, sekali tu kena darab tiga puluh kali. Hohoho..)
Setiap kali raya sebegini, pasti telinga anda sudah biasa dengan ayat cliche sebegini:
"Dalam kemeriahan kita menyambut Hari Raya dan bergembira bersama sanak-saudara, jangan kita lupa dengan saudara-saudara seagama di tempat lain yang tidak dapat merayakan hari raya seperti mana kita merayakannya."
Ya, cliche. Tapi itulah hakikatnya. Ketika kita sedang sibuk memilih kuih raya mana yang mahu disumbat ke dalam esofagus, kawan-kawan kita di Palestin sedang memilih batu kerikil mana yang mahu dilontarkan kepada tentera rejim zionis Israel hari ini. Ketika kita sedang sibuk menggayakan baju raya baru kita yang berwarna ungu muda itu *ehem*, sahabat-sahabat kita di Syria tiada baju untuk dipakai dek dibakar semuanya oleh tentera-tentera rejim Bashar al-Assad. Dan ketika kita riang gembira menyembelih ayam, kambing dan lembu untuk dijadikan juadah raya, saudara-saudara Rohingya kita disembelih untuk dijadikan 'juadah raya' oleh pelampau Buddha Rakhine.
Dan anda tahu apa yang lebih menarik dan mengujakan tentang semua ini..? Semangatnya kita untuk memperjuangkan nasib saudara kita seagama ini adalah semangat hangat-hangat tahi ayam serama sahaja. Ketika isu ini sedang panas dan hangat dibicarakan, kitalah yang paling lantang sekali bersuara. Ketika krisis ini rancak didedahkan oleh pihak media, kitalah yang paling rajin sekali menghapdet kicauan dan status-status di MukaBuku. Ketika semua orang bising dan menuntut agar tindakan yang segera diambil, kita juga turut terjun ke dalam gerabak keretapi yang sama.
Nah, sekarang ke mana semua itu...? Semuanya hanyut, ditenggelamkan oleh dentuman mercun dan lagu-lagu raya. Semuanya larut, dihadamkan bersama-sama kuih tat nenas dan lemang Pak Ali. Smaaaccckkkk suatu tamparan ke muka sendiri.
Itulah masalahnya kita ini. Kita ini 'issue-oriented.' Perjuangan kita adalah berdasarkan isu dan bukannya perjuangan agung membela ummah dan agama. Sayugia apabila tiada isu atau isu berjaya diselesaikan, maka kembalilah kita ke kerusi-kerusi dan sofa empuk kita, kembali menonton telebisen sambil mengunyah popkon panas yang rangup itu. Sedangkan perjuangan membela ummah ini adalah suatu perjuangan yang berterusan, sehinggalah khilafah kembali ditegakkan. Haih.
Apa-apa jalan, sudah lama saya ingin menulis sesuatu tentang nasib umat Islam Rohingya yang diperlakukan dengan begitu jijik sekali oleh etnik Rakhine yang rata-ratanya beragama Buddha. Semoga perkongsian marhaen ini akan menjadi pencetus untuk kita lebih cakna dengan isu ummah di masa-masa hadapan dan tidaklah berbasa-basi dan acuh tak acuh sahaja. Semoga selepas ini kita lebih konsisten dan persisten dalam memperjuangkan nasib saudara-saudara seaqidah kita.
Latar Belakang
Secara ringkasnya, etnik Rohingya sudah sejak sekian lama teraniaya dan hidup dalam penderitaan. Cuma tahun ini, telah berlaku suatu krisis yang membawa kesengsaraan mereka ini ke pentas dunia.
Tragedi yang bermula pada awal Jun tahun ini tercetus apabila seorang wanita etnik Rakhine dirogol dan dibunuh, dipercayai dilakukan oleh beberapa lelaki daripada etnik Rohingya. Sebagai tindak balas dendam, suatu hari puak Rakhine ini telah mengepung dan menyerang sebuah bas dan membelasah lantas membunuh sepuluh orang lelaki Rohingya, kerana menyangkakan mereka yang bertanggungjawab membunuh wanita itu berada di dalam bas tersebut.
Selepas kejadian itu, semua neraka terlepas sudah (Baca: All hell breaks loose) bak kata omputih. Bermula dengan kejadian membakar rumah sebagai tindakan tindak-balas, krisis ini menjadi semakin parah dan berlarutan apabila ia bertukar menjadi lebih ganas dan brutal dengan pembunuhan etnik Rohingya secara berjemaah dan bersepadu oleh puak Rakhine. Etnik Rakhine mengambil kesempatan ini untuk melunaskan dendam mereka terhadap bangsa Rohingya ini yang telah disimpan sejak sekian lama. Lebih memburukkan keadaan adalah apabila diberitakan bagaimana pihak tentera dan polis yang rata-ratanya juga beragama Buddha turut bekerjasama dalam pembersihan etnik Rohingya ini.
Laporan rasmi daripada pihak junta tentera yang memerintah Myanmar mengatakan tidak lebih daripada seratus orang yang terkorban daripada krisis ini. Penipu besar! Laporan daripada Amnesty International dan beberapa badan lain yang boleh dipercayai, juga daripada kenyataan mangsa yang terselamat mengatakan bagaimana ratusan, malah mungkin ribuan umat Islam Rohingya disembelih dengan riang gembiranya oleh puak pelampau Rakhine.
Pelarian Rohingya ke Bangladesh mendakwa bagaimana pihak polis, tentera dan etnik Rakhine menembak penduduk kampung dengan begitu selamba tanpa rasa bersalah mahupon sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Gambar-gambar dan video yang berjaya ditangkap dan disebarkan juga menjadi bukti kekejaman dan kezaliman etnik Rakhine yang beragama Buddha terhadap umat Islam Rohingya.
Rohingya? Apa tu..?
Sejarah etnik Rohingya panjang dan rumit untuk diceriterakan di sini. Disebabkan ini adalah belog dan bukannya jurnal sejarah, maka izinkan saya untuk meringkaskan susur-galur mereka.
Menurut sejarah, etnik Rohingya sudah lama menetap di Burma (nama lama bagi Myanmar) yang berjiran dengan tanah Bengal ketika itu (Bangladesh belum lagi tertubuh). Mereka ini sudah lama menetap di Arakan, sehinggalah penaklukan oleh orang-orang Burma yang menyebabkan mereka terpaksa melarikan diri ke Chittagong, daerah di bawah kekuasaan British yang berjiran dengan Arakan. Untuk rekod, Arakan adalah wilayah yang sedang bergolak sekarang ini. Dan secara mudahnya, etnik Rohingya merujuk kepada golongan Muslim yang pernah menetap di Arakan, dan kemudian berhijrah ke Chittagong sebelum kembali semula ke Arakan.
Semasa penjajahan British di India, pihak British telah menggalakkan orang-orang Bengal, terutamanya dari Chittagong untuk berhijrah ke Arakan untuk menguruskan dan bercucuk-tanam di sana. Disebabkan British memerlukan tenaga buruh murah untuk menguruskan tanaman padi di Burma, kemasukan imigran dari Bengal ke Burma meningkat dengan mendadaknya. Untuk rekod, penghijrahan yang berlaku ini melibatkan seluruh wilayah di Burma dan tidak hanya terhad di Arakan sahaja. Akibat penghijrahan secara berjemaah ini, orang Bengal menguasai ekonomi dan sosio-politik di Burma. Hal ini telah menyemai rasa inferior dan rasisme di kalangan penduduk peribumi Burma.
Kebencian orang Burma terhadap orang-orang Rohingya bertambah parah ketika penaklukan Jepun di Asia. Orang-orang Rohingya majoritinya menyokong pihak pakatan (bukan Pakatan Rakyat) yang antara lainnya terdiri daripada pihak British, manakala etnik Rakhine menyokong penuh penjajahan Jepun ke atas Burma. Akibat daripada perbezaan ideologi ini, ribuan etnik Rohingya dibunuh dengan kejamnya oleh kedua-dua pihak Rakhine dan tentera Jepun. Ramai orang-orang Rohingya melarikan diri ke Chittagong.
Semasa pemerintahan junta tentera pula, nasib orang-orang Rohingya bertambah buruk. Di bawah pemerintahan kuku harimau besi Jeneral Ne-Win, operasi tentera berskala besar dan bersistematik dilancarkan terhadap golongan minoriti di Burma. Antara operasi yang paling ganas adalah Operasi Raja Naga. Untuk rekod, bukan orang-orang Rohingya di Burma sahaja yang menjadi mangsa diskriminasi ini, tetapi golongan minoriti yang lain juga seperti orang Kokang dan Cina Muslim.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, etnik Rohingya adalah salah puak atau bangsa minoriti yang teraniaya sekali di dunia ini. Mereka tidak punya negara atau pemerintahan sendiri. Tiada negara yang mahukan mereka. Malah di Myanmar sendiri, mereka perlu meminta ijin setiap kali mahu berkahwin atau keluar daripada kampung halaman mereka! Kehidupan mereka sehari-hari amat sinonim dengan kedhaifan, penderitaan dan kesengsaraan.
Dunia yang bisu, tuli dan buta
Hal ini sewajarnya dibahaskan dengan panjang lebar. Tetapi kerana saya khuatir anda tidak akan membaca artikel ini sehingga habis lantas tersengguk-sengguk menghasilkan air liur basi nanti.. Err. Maka izinkan saya meringkaskan cerita.
Seperti yang boleh diduga, apabila sesuatu tragedi atau krisis yang melibatkan umat Islam, pastilah reaksi yang diberikan masyarakat antarabangsa lembap dan berkelajuan kura-kura Pulau Galapagos lagaknya. Yang lebih menyedihkan, reaksi dan tindak-balas daripada masyarakat Islam di seluruh dunia juga di tahap itik pulang petang.
Seperti biasa, Pertubuhan Saya Nampak Sahaja (Baca: Oooohh I See..) ada-lah mengeluarkan kecaman ini, amaran itu. Ada juga beberapa pemimpin Islam yang lantang mengeluarkan kenyataan keras mengecam tindakan kerajaan Myanmar di bawah pimpinan Jeneral Thein Sein sekarang ini, yang seakan-akannya redha dengan tindakan ganas etnik Rakhine terhadap umat Islam Rohingya.
Tetapi err.. Setakat kecaman dan amaran sahajalah. Peluh besar.
Tambah memalukan adalah respon dan reaksi yang diberikan jiran tetangga Myanmar yang majoritinya beragama Islam.
Bangladesh selaku jiran yang terdekat menolak dengan tegas pelarian Rohingya yang mahu menyelamatkan diri mereka dan berlindung di negara itu. Malah, mereka tidak mengaku yang etnik Rohingya ini ada apa-apa pertalian dengan mereka. Sheikh Hasina, Perdana Menteri Bangladesh ketika diwawancara oleh Al-Jazeera berkaitan isu pelarian Rohingya ini dengan selamba badak air menyatakan yang bukan menjadi tanggungjawab mereka untuk membantu atau menyelesaikan krisis ini. Untuk rekod, Bangladesh sudah pon menampung lebih 300,000 pelarian Rohingya sedia ada.
Anggota ASEAN yang sepatutnya menjadi abang dan kakak kepada etnik Rohingya ini - Malaysia, Indonesia dan Brunei - juga tuli dan buta dengan apa yang berlaku di Myanmar. Indonesia, dengan jumlah penduduk Islam yang teramai di dunia, juga tidak mampu berbuat apa-apa bagi menyelamatkan saudara-saudara seaqidah yang saban hari disembelih di Myanmar. Malaysia juga apa kurangnya. Terlalu sibuk dengan isu pilihanraya agaknya, sehinggakan isu yang lebih besar sebegini ditolak tepi dan tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Pejuang demokrasi tulen konon! Brunei dengan segala tok nenek kekayaan dan kemewahan yang dimilikinya, juga tampak tidak sensitif dan tidak mempedulikan nasib etnik Rohingya ini. Seolah-olahnya negara Myanmar yang kecil, miskin dan tidak punya pengaruh yang besar itu kebal dan langsung tidak boleh disentuh!
Sudah, apa alasan yang mahu kita berikan kepada Tuhan ketika menghadap-Nya di mahkamah agung Mahsyar nanti..? Gulp. Air mata menitik laju.
Selain reaksi umat Islam seantero dunia yang lembap dan ibaratnya tidak seriyes dalam membela nasib etnik Rohingya, perlu juga dikongsikan di sini reaksi di dalam Myanmar sendiri. Entah mengapa, seolah-olahnya seluruh rakyat Myanmar yang beragama Buddha merestui upacara pembersihan etnik ini. Hal ini adalah antara kesan dendam kesumat puak Rakhine terhadap Rohingya sejak sekian lama, rentetan dasar dan polisi pihak British yang melebihkan kaum pendatang. Juga pendekatan yang diambil oleh pihak junta tentera yang menjadikan Buddha dan perkauman sebagai senjata untuk mereka terus berkuasa.
Kenyataan Jeneral Then Sein dalam menjelaskan pendirian kerajaan Myanmar terhadap isu Rohingya ini sedikit sebanyak merumuskan persepsi masyarakat awam di Myanmar terhadap umat Islam Rohingya. Ujarnya:
"Kita mahu menghantar semua orang Rohingya ke mana-mana negara yang sudi mengambil mereka."
Lebih mengejutkan dan menyedihkan adalah bagaimana Aung San Suu Kyii, yang selama ini dilihat sebagai jaguh demokrasi dan penchenta keamanan turut diam membisu dalam isu ini. Beliau yang pernah memenangi Anugerah Nobel Keamanan ini, apabila diasak tentang isu Rohingya dan ditanya apakah wajar mereka ini diberi taraf kerakyatan, hanya mampu untuk menyatakan, "Saya tidak tahu." Pilihanraya tahun 2015 dilihat sebagai punca utama kepada kebisuan, kebutaan dan ketulian ini. Parti yang dianggotai oleh Puan Suu Kyii amat bergantung kepada sokongan orang-orang Buddha untuk menang pada pilihanraya kali ini.
Ceh.
Puan Suu Kyii, sila kembalikan Anugerah Nobel anda itu boleh...? Tindakan dan reaksi anda tidak bertepatan dengan gelaran dan status yang telah anda nikmati. Cukup memalukan!
Dia datang, jeng jeng jeng!
Di sebalik kekelam-kelibutan wilayah Arakan yang sedang bergolak dan reaksi dunia Islam yang amat menghampehkan, tiba-tiba muncul Turki sebagai wira pembela umat Islam Rohingya. Turki secara konsisten dan keras sekali mengecam kerajaan Myanmar atas layanan buruk mereka terhadap umat Islam Rohingya.
Terbaru, isteri kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan, Emine Erdoğan, bersama-sama dengan Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu, telah mengadakan lawatan kemanusiaan ke Myanmar, bersama-sama dengan bantuan kemanusiaan dan kebajikan untuk umat Islam Rohingya. Walaupon dari segi geografinya, kedudukan Turki di Eropah seolah-olahnya tiada kena-mengena dengan umat Islam di Myanmar, hal ini jelas telah membuktikan betapa persaudaraan sesama Islam itu merentasi sempadan dan negara.
Tindakan kerajaan Turki ini dilihat amat bijak, signifikan dan menyebelahi kerajaan pimpinan Erdogan, bukan sahaja di mata umat Islam malah di mata dunia. Semenjak misi Flotilla ke Gaza dua tahun lepas, Turki sudah mula menunjukkan taringnya di pentas politik antarabangsa. Turki kini tidak lagi dilihat sebagai sebuah negara lemah yang terkinja-kinja mahu menjadi ahli Kesatuan Eropah. Tetapi kini ia dilihat sebagai sebuah negara yang berotot tegap dan boleh diharap dalam membela nasib umat Islam. Dunia kini sedang memerhatikan Turki dengan begitu berhati-hati sekali.
Ya, negara-negara lain seperti Arab Saudi, Indonesia malah Malaysia sendiri telah menyatakan pendirian tegas mereka terhadap isu Rohingya ini. Pelbagai jenis tabung kemanusiaan juga dilancarkan oleh entah macam-macam badan bukan kerajaan dan kebajikan. Namun tiada satu pon yang dapat menandingi aura dan kesan jangka panjang seperti yang telah dilakukan oleh Turki.
Syabas Turki! Adakah ini antara petanda awal yang khilafah Islamiyah akan ditegakkan semula..? Di bawah panji-panji kerajaan Turki, pewaris takhta Khilafah Uthmaniyyah..?
Dan malulah kita selaku jiran yang dekat dengan Maynmar pon lebih selesa goyang kaki dan hanya tahu mengutuk dan mengecam sahaja! Shame on us!
Err.. Apa peranan kita? Garu kepala.
Seperti biasa, artikel ini tidak ditulis sesuka-suki 'Nini Cokelat Celup! Celup celup!' Err. Sekiranya itulah tujuan saya menulis artikel ini, hanya untuk memuntahkan fakta-fakta tentang apa yang berlaku di Myanmar, saya rasa lebih berfaedah sekiranya saya melakukan terjunan banji sahaja. Eh.
Kita mungkin tidak berupaya dan sehebat Erdogan, tetapi Insha-Allah, saya amat yakin yang kita punya peranan untuk dimainkan dalam membantu umat Islam Rohingya, saudara-saudara seaqidah kita. Kalau bukan kita, siapa lagi..?
Apa-apa jalan, sudah lama saya ingin menulis sesuatu tentang nasib umat Islam Rohingya yang diperlakukan dengan begitu jijik sekali oleh etnik Rakhine yang rata-ratanya beragama Buddha. Semoga perkongsian marhaen ini akan menjadi pencetus untuk kita lebih cakna dengan isu ummah di masa-masa hadapan dan tidaklah berbasa-basi dan acuh tak acuh sahaja. Semoga selepas ini kita lebih konsisten dan persisten dalam memperjuangkan nasib saudara-saudara seaqidah kita.
Latar Belakang
Secara ringkasnya, etnik Rohingya sudah sejak sekian lama teraniaya dan hidup dalam penderitaan. Cuma tahun ini, telah berlaku suatu krisis yang membawa kesengsaraan mereka ini ke pentas dunia.
Tragedi yang bermula pada awal Jun tahun ini tercetus apabila seorang wanita etnik Rakhine dirogol dan dibunuh, dipercayai dilakukan oleh beberapa lelaki daripada etnik Rohingya. Sebagai tindak balas dendam, suatu hari puak Rakhine ini telah mengepung dan menyerang sebuah bas dan membelasah lantas membunuh sepuluh orang lelaki Rohingya, kerana menyangkakan mereka yang bertanggungjawab membunuh wanita itu berada di dalam bas tersebut.
[Kredit] |
[Kredit] |
Pelarian Rohingya ke Bangladesh mendakwa bagaimana pihak polis, tentera dan etnik Rakhine menembak penduduk kampung dengan begitu selamba tanpa rasa bersalah mahupon sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Gambar-gambar dan video yang berjaya ditangkap dan disebarkan juga menjadi bukti kekejaman dan kezaliman etnik Rakhine yang beragama Buddha terhadap umat Islam Rohingya.
Rohingya? Apa tu..?
Sejarah etnik Rohingya panjang dan rumit untuk diceriterakan di sini. Disebabkan ini adalah belog dan bukannya jurnal sejarah, maka izinkan saya untuk meringkaskan susur-galur mereka.
Menurut sejarah, etnik Rohingya sudah lama menetap di Burma (nama lama bagi Myanmar) yang berjiran dengan tanah Bengal ketika itu (Bangladesh belum lagi tertubuh). Mereka ini sudah lama menetap di Arakan, sehinggalah penaklukan oleh orang-orang Burma yang menyebabkan mereka terpaksa melarikan diri ke Chittagong, daerah di bawah kekuasaan British yang berjiran dengan Arakan. Untuk rekod, Arakan adalah wilayah yang sedang bergolak sekarang ini. Dan secara mudahnya, etnik Rohingya merujuk kepada golongan Muslim yang pernah menetap di Arakan, dan kemudian berhijrah ke Chittagong sebelum kembali semula ke Arakan.
Kawasan yang diwarnakan dengan merah adalah Arakan, wilayah yang sedang bergolak. [Kredit] |
Semasa penjajahan British di India, pihak British telah menggalakkan orang-orang Bengal, terutamanya dari Chittagong untuk berhijrah ke Arakan untuk menguruskan dan bercucuk-tanam di sana. Disebabkan British memerlukan tenaga buruh murah untuk menguruskan tanaman padi di Burma, kemasukan imigran dari Bengal ke Burma meningkat dengan mendadaknya. Untuk rekod, penghijrahan yang berlaku ini melibatkan seluruh wilayah di Burma dan tidak hanya terhad di Arakan sahaja. Akibat penghijrahan secara berjemaah ini, orang Bengal menguasai ekonomi dan sosio-politik di Burma. Hal ini telah menyemai rasa inferior dan rasisme di kalangan penduduk peribumi Burma.
Kebencian orang Burma terhadap orang-orang Rohingya bertambah parah ketika penaklukan Jepun di Asia. Orang-orang Rohingya majoritinya menyokong pihak pakatan (bukan Pakatan Rakyat) yang antara lainnya terdiri daripada pihak British, manakala etnik Rakhine menyokong penuh penjajahan Jepun ke atas Burma. Akibat daripada perbezaan ideologi ini, ribuan etnik Rohingya dibunuh dengan kejamnya oleh kedua-dua pihak Rakhine dan tentera Jepun. Ramai orang-orang Rohingya melarikan diri ke Chittagong.
Semasa pemerintahan junta tentera pula, nasib orang-orang Rohingya bertambah buruk. Di bawah pemerintahan kuku harimau besi Jeneral Ne-Win, operasi tentera berskala besar dan bersistematik dilancarkan terhadap golongan minoriti di Burma. Antara operasi yang paling ganas adalah Operasi Raja Naga. Untuk rekod, bukan orang-orang Rohingya di Burma sahaja yang menjadi mangsa diskriminasi ini, tetapi golongan minoriti yang lain juga seperti orang Kokang dan Cina Muslim.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, etnik Rohingya adalah salah puak atau bangsa minoriti yang teraniaya sekali di dunia ini. Mereka tidak punya negara atau pemerintahan sendiri. Tiada negara yang mahukan mereka. Malah di Myanmar sendiri, mereka perlu meminta ijin setiap kali mahu berkahwin atau keluar daripada kampung halaman mereka! Kehidupan mereka sehari-hari amat sinonim dengan kedhaifan, penderitaan dan kesengsaraan.
Dunia yang bisu, tuli dan buta
Hal ini sewajarnya dibahaskan dengan panjang lebar. Tetapi kerana saya khuatir anda tidak akan membaca artikel ini sehingga habis lantas tersengguk-sengguk menghasilkan air liur basi nanti.. Err. Maka izinkan saya meringkaskan cerita.
Seperti yang boleh diduga, apabila sesuatu tragedi atau krisis yang melibatkan umat Islam, pastilah reaksi yang diberikan masyarakat antarabangsa lembap dan berkelajuan kura-kura Pulau Galapagos lagaknya. Yang lebih menyedihkan, reaksi dan tindak-balas daripada masyarakat Islam di seluruh dunia juga di tahap itik pulang petang.
Seperti biasa, Pertubuhan Saya Nampak Sahaja (Baca: Oooohh I See..) ada-lah mengeluarkan kecaman ini, amaran itu. Ada juga beberapa pemimpin Islam yang lantang mengeluarkan kenyataan keras mengecam tindakan kerajaan Myanmar di bawah pimpinan Jeneral Thein Sein sekarang ini, yang seakan-akannya redha dengan tindakan ganas etnik Rakhine terhadap umat Islam Rohingya.
Tetapi err.. Setakat kecaman dan amaran sahajalah. Peluh besar.
Tambah memalukan adalah respon dan reaksi yang diberikan jiran tetangga Myanmar yang majoritinya beragama Islam.
Bangladesh selaku jiran yang terdekat menolak dengan tegas pelarian Rohingya yang mahu menyelamatkan diri mereka dan berlindung di negara itu. Malah, mereka tidak mengaku yang etnik Rohingya ini ada apa-apa pertalian dengan mereka. Sheikh Hasina, Perdana Menteri Bangladesh ketika diwawancara oleh Al-Jazeera berkaitan isu pelarian Rohingya ini dengan selamba badak air menyatakan yang bukan menjadi tanggungjawab mereka untuk membantu atau menyelesaikan krisis ini. Untuk rekod, Bangladesh sudah pon menampung lebih 300,000 pelarian Rohingya sedia ada.
Anggota ASEAN yang sepatutnya menjadi abang dan kakak kepada etnik Rohingya ini - Malaysia, Indonesia dan Brunei - juga tuli dan buta dengan apa yang berlaku di Myanmar. Indonesia, dengan jumlah penduduk Islam yang teramai di dunia, juga tidak mampu berbuat apa-apa bagi menyelamatkan saudara-saudara seaqidah yang saban hari disembelih di Myanmar. Malaysia juga apa kurangnya. Terlalu sibuk dengan isu pilihanraya agaknya, sehinggakan isu yang lebih besar sebegini ditolak tepi dan tidak diberikan perhatian yang sewajarnya. Pejuang demokrasi tulen konon! Brunei dengan segala tok nenek kekayaan dan kemewahan yang dimilikinya, juga tampak tidak sensitif dan tidak mempedulikan nasib etnik Rohingya ini. Seolah-olahnya negara Myanmar yang kecil, miskin dan tidak punya pengaruh yang besar itu kebal dan langsung tidak boleh disentuh!
Sudah, apa alasan yang mahu kita berikan kepada Tuhan ketika menghadap-Nya di mahkamah agung Mahsyar nanti..? Gulp. Air mata menitik laju.
Selain reaksi umat Islam seantero dunia yang lembap dan ibaratnya tidak seriyes dalam membela nasib etnik Rohingya, perlu juga dikongsikan di sini reaksi di dalam Myanmar sendiri. Entah mengapa, seolah-olahnya seluruh rakyat Myanmar yang beragama Buddha merestui upacara pembersihan etnik ini. Hal ini adalah antara kesan dendam kesumat puak Rakhine terhadap Rohingya sejak sekian lama, rentetan dasar dan polisi pihak British yang melebihkan kaum pendatang. Juga pendekatan yang diambil oleh pihak junta tentera yang menjadikan Buddha dan perkauman sebagai senjata untuk mereka terus berkuasa.
Kenyataan Jeneral Then Sein dalam menjelaskan pendirian kerajaan Myanmar terhadap isu Rohingya ini sedikit sebanyak merumuskan persepsi masyarakat awam di Myanmar terhadap umat Islam Rohingya. Ujarnya:
"Kita mahu menghantar semua orang Rohingya ke mana-mana negara yang sudi mengambil mereka."
Lebih mengejutkan dan menyedihkan adalah bagaimana Aung San Suu Kyii, yang selama ini dilihat sebagai jaguh demokrasi dan penchenta keamanan turut diam membisu dalam isu ini. Beliau yang pernah memenangi Anugerah Nobel Keamanan ini, apabila diasak tentang isu Rohingya dan ditanya apakah wajar mereka ini diberi taraf kerakyatan, hanya mampu untuk menyatakan, "Saya tidak tahu." Pilihanraya tahun 2015 dilihat sebagai punca utama kepada kebisuan, kebutaan dan ketulian ini. Parti yang dianggotai oleh Puan Suu Kyii amat bergantung kepada sokongan orang-orang Buddha untuk menang pada pilihanraya kali ini.
Ceh.
Fighter..?? Pfffttt! [Kredit] |
Puan Suu Kyii, sila kembalikan Anugerah Nobel anda itu boleh...? Tindakan dan reaksi anda tidak bertepatan dengan gelaran dan status yang telah anda nikmati. Cukup memalukan!
Dia datang, jeng jeng jeng!
Di sebalik kekelam-kelibutan wilayah Arakan yang sedang bergolak dan reaksi dunia Islam yang amat menghampehkan, tiba-tiba muncul Turki sebagai wira pembela umat Islam Rohingya. Turki secara konsisten dan keras sekali mengecam kerajaan Myanmar atas layanan buruk mereka terhadap umat Islam Rohingya.
Terbaru, isteri kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan, Emine Erdoğan, bersama-sama dengan Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu, telah mengadakan lawatan kemanusiaan ke Myanmar, bersama-sama dengan bantuan kemanusiaan dan kebajikan untuk umat Islam Rohingya. Walaupon dari segi geografinya, kedudukan Turki di Eropah seolah-olahnya tiada kena-mengena dengan umat Islam di Myanmar, hal ini jelas telah membuktikan betapa persaudaraan sesama Islam itu merentasi sempadan dan negara.
Imej yang telah menyentuh jutaan manusia di luar sana. [Kredit] |
Tindakan kerajaan Turki ini dilihat amat bijak, signifikan dan menyebelahi kerajaan pimpinan Erdogan, bukan sahaja di mata umat Islam malah di mata dunia. Semenjak misi Flotilla ke Gaza dua tahun lepas, Turki sudah mula menunjukkan taringnya di pentas politik antarabangsa. Turki kini tidak lagi dilihat sebagai sebuah negara lemah yang terkinja-kinja mahu menjadi ahli Kesatuan Eropah. Tetapi kini ia dilihat sebagai sebuah negara yang berotot tegap dan boleh diharap dalam membela nasib umat Islam. Dunia kini sedang memerhatikan Turki dengan begitu berhati-hati sekali.
Ya, negara-negara lain seperti Arab Saudi, Indonesia malah Malaysia sendiri telah menyatakan pendirian tegas mereka terhadap isu Rohingya ini. Pelbagai jenis tabung kemanusiaan juga dilancarkan oleh entah macam-macam badan bukan kerajaan dan kebajikan. Namun tiada satu pon yang dapat menandingi aura dan kesan jangka panjang seperti yang telah dilakukan oleh Turki.
Syabas Turki! Adakah ini antara petanda awal yang khilafah Islamiyah akan ditegakkan semula..? Di bawah panji-panji kerajaan Turki, pewaris takhta Khilafah Uthmaniyyah..?
Dan malulah kita selaku jiran yang dekat dengan Maynmar pon lebih selesa goyang kaki dan hanya tahu mengutuk dan mengecam sahaja! Shame on us!
Err.. Apa peranan kita? Garu kepala.
Seperti biasa, artikel ini tidak ditulis sesuka-suki 'Nini Cokelat Celup! Celup celup!' Err. Sekiranya itulah tujuan saya menulis artikel ini, hanya untuk memuntahkan fakta-fakta tentang apa yang berlaku di Myanmar, saya rasa lebih berfaedah sekiranya saya melakukan terjunan banji sahaja. Eh.
Kita mungkin tidak berupaya dan sehebat Erdogan, tetapi Insha-Allah, saya amat yakin yang kita punya peranan untuk dimainkan dalam membantu umat Islam Rohingya, saudara-saudara seaqidah kita. Kalau bukan kita, siapa lagi..?
Selamatkan Rohingya. [Kredit] |
Saya kongsikan di sini beberapa tindakan yang boleh kita ambil Insha-Allah. Semuanya saya kira praktikal dan berada di dalam ruang lingkup kemampuan kita.
Siapa tahu, dengan libasan sayap rama-rama yang tidak seberapa di pihak kita ini, bakal menghasilkan ribut taufan yang akan menggegarkan dunia suatu hari nanti..? Senyum kenyit mata.
Umat Islam Rohingya adalah bangsa yang telah lama dilupakan. They are the forgotten people. Sudah tiba masanya untuk kita mengangkat panji dan obor, berlari ke hadapan memperjuangkan nasib mereka ini.
O my brothers and sisters, you will no longer be forgotten!
Allahu musta'an!
Alhamdulillah, siap juga akhirnya artikel untuk umat Islam Rohingya ini. Agak lama juga idea di kepala ini tidak mahu keluar, terperap sahaja di dalam kepala. Bahana kolestrol daripada daging rendang dan minyak lemang gamaknya. Peluh kecil.
- Ambil cakna tentang isu ini. Pastikan anda sentiasa terhapdet dengan isu-isu dan perkembangan terkini. Luaskan pembacaan dan sumber rujukan anda. Err.. Kalaulah Utusan Meloya dan Harakah adalah sumber informasi anda semata-mata, saya syorkan untuk anda melakukan sedikit anjakan paradigma. Lakukan carian di internet untuk mengetahui perkembangan yang terkini. Antara laman sesawang yang menyediakan hapdet terkini tentang nasib umat Islam Rohingya adalah rohingya.org.
- Sumbangan ikhlas untuk umat Islam Rohingya. Saya pasti sudah banyak tabung-tabung khas dilancarkan untuk tujuan ini. Tetapi, di pihak anda, pastikan anda lakukan sedikit kajian tentang badan-badan kebajikan yang ingin anda salurkan sumbangan itu. Pastikan mereka adalah badan yang terpercaya dan ada kredibiliti. Anda tidak mahu sumbangan anda itu digunakan untuk tujuan atau kepentingan yang lain.
- Sebarkan maklumat terkini dan hapdet-hapdet terbaru tentang Rohingya. Percayalah, masih ramai sepupu-sepapat dan sahabat-handai kita di luar sana yang tidak tahu-menahu tentang nasib umat Islam Rohingya ini. Tetapi pastikan maklumat yang bakal anda kongsikan dan sebarkan adalah maklumat yang boleh dipercayai dan disokong oleh fakta dan realiti. Jangan semborono tekan butang 'SUKA' dan 'KONGSI' di laman MukaBuku anda tanpa mengesahkan dulu fakta dan berita yang dipaparkan.
- Ramai orang Islam etnik Rohingya yang sudah menetap dan bekerja di Malaysia. Sekiranya anda berpeluang berjumpa dengan mereka, santunilah mereka. Berborak mesra dengan mereka dan tunjukkan kepada mereka, sebagai saudara seaqidah sedarah agama dengan mereka ini, anda sebenarnya cakna dan peduli dengan nasib umat Islam Rohingya di Myanmar yang sedang menderita. Mungkin anda boleh juga menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka ini, untuk disampaikan kepada keluarga mereka di Myanmar, sekiranya anda benar-benar percaya kepada mereka ini.
- Ajukan aduan dan protes terhadap kerajaan Myanmar atau mana-mana saluran media yang boleh anda akses. (Teringin juga nak hantar emel secara terus kepada Aung San Suu Kyii itu! Hohoho..) Sertai protes atau demonstrasi aman yang ada bagi membantah polisi Ada-Aku-Kisah? kerajaan Myanmar pimpinan Jeneral Then Sein.
- Doa. Jangan sombong dan malas untuk titipkan doa bukan sahaja untuk umat Islam Rohingya, tetapi juga saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Somalia, Sudan, Afghanistan, Chechnya, Kashmir dan seluruh dunia. Doa adalah senjata orang-orang mukmin. Yakinlah padanya, Insha-Allah suatu hari nanti pasti nasib umat Islam seantero dunia akan terbela juga.
- Dakwah dan tarbiyah. Tiada cara lain untuk mengembalikan kegemilangan Islam kepada tempatnya yang hak, melainkan dengan kita sendiri bersungguh-sungguh mahu menyebarkan kebenaran dan mahu menegakkan keadilan di muka bumi ini. Hanya dengan tarbiyah sahaja kita dapat menyedarkan dan mendidik masyarakat tentang peri pentingnya pemerintahan Islam selaku khalifah yang selayaknya. Jangan sesekali tinggalkan bulatan gembira, kerana di dalam bulatan-bulatan sorga inilah individu-individu Muslim yang akan mengembalikan semula Ustadziyatul Alam dibentuk. Hanya apabila Islam sudah tertegak di muka bumi ini penderitaan umat Islam akan berakhir!
Siapa tahu, dengan libasan sayap rama-rama yang tidak seberapa di pihak kita ini, bakal menghasilkan ribut taufan yang akan menggegarkan dunia suatu hari nanti..? Senyum kenyit mata.
Umat Islam Rohingya adalah bangsa yang telah lama dilupakan. They are the forgotten people. Sudah tiba masanya untuk kita mengangkat panji dan obor, berlari ke hadapan memperjuangkan nasib mereka ini.
O my brothers and sisters, you will no longer be forgotten!
Allahu musta'an!
-gabbana-
Alhamdulillah, siap juga akhirnya artikel untuk umat Islam Rohingya ini. Agak lama juga idea di kepala ini tidak mahu keluar, terperap sahaja di dalam kepala. Bahana kolestrol daripada daging rendang dan minyak lemang gamaknya. Peluh kecil.
Moga menjadi pencetus untuk kita lebih sensitif dengan isu ummah biidznillah. Moga menjadi salah satu alasan buat saya di Mahsyar nanti!
"Wahai saudara-saudara Rohingya seIslamku. Telah aku sampaikan, telah aku sampaikan! Saksikanlah. Saksikanlah!"
17 Caci Maki Puji Muji:
So habis tu kita tak leh lah sambut raya? Kena duk diam2 je bersedih. Xleh la dgr lagu raya sume?
Syukran atas artikel ini inche Banana.Memang tak tahu langsung pasal Rohingya.Just tahu pasal isu dorg kena aniaya je.Insya-allah,akan kami sebarkan maklumat ini .
Semoga ALLAH redha.
artikel ini sudah berada di tweetjer.com
teringin nak tau apa tindakan Pihak Turkey terutama bini Erdogan selepas dia lawat pihak Rohingya.. kalau dapat jumpa org update apa2 pasal usaha kerajaan Turki pula, sila share ye ;)
Mngkin Malaysia mnggu Turki lancar serangan kepada Myanmar mungkin? *kesat peluh*
terima kasih atas maklumat sgt beguna. tambah dengan perkaitan dgn dunia tarbiyah, tmbah hidup.
nk berkongsi, saya dimaklumkan walaupun Suu Kyii tak tunjuk sgt support, tp masy rohingya memahami keadaan tu, sbb mereka masih yakin suu kyii akan bertindak apa yg sepatutnya lepas menang pilihanraya. jadi mereka minta kita tidak terlalu mencemuh beliau, dan mereka sanggup bersabar hingga ke pilihnraya nnt.
wallahualam
Oh anomymous . Bukanlah bmaksud kite takleh nak beraye bagai . Bersederhanalah dalam beraye . Tak bmaksud kite kne duduk bsedih je . Tapi , fikirkanlah . Bayangkan perasaan kite apabila kite dlm kesusahan tapi takde yg nk ingat kat kite wlaupun sedare mare kite .
inche gabbana , ade byk salah eja .
hehe, byk snggtt nk tuliss eh ?
# tkpe, paham paham .
thanks for this post !
inche gabbana,,
thanks 4 this post..
Thanks 4 sharing da info yup..
Jzkk for sharing. series sblm nie xtahu pasal nie. Allahu :(
pening kepala pasal politik ni sedih pun ada tapi inilah hakikat dunia kan
sedih dgn nasib maktom ibu tua yg tak berdosa menjadi bahan politik anak2 puaka
semoga kita menjadikan kisah politik sbg pengajaran hidup utk menjadi insan yg lebih baik dunia akhirat
Jzkk.Dah lama sebenarnya saya natikan artikel yang berkaitan dengan Rohingnya ni..
Semoga Islam terus bangkit di bawah pemerintahan Erdogan..insyaallah
masih kurang sedar tentang ini...
thnx inche gabbana...
da lama tggu en3 rohingya...
baru tahu m'dalam pasal kes ni..
smoga tndknn turki ni sdrkn kita smua n negara2 islam lain..
Hidup sistem khilafah!!
smoga Islam di dunia dapat membuka mata dan mambantu bukan sekedar ucapan tetapi perbuatan
gelak aku baca yang akhir akhir
erdogan? hahahaha skrg tgk siapa erdogan yg sebenar
xlebih dari oportunis islam yg lain.
seperti yg dijangka
lu kne faham Turki tu siapa
turki tu sebahagian NATO
so pandai pandaila analisis
tiada jalan keluar dari NATO. teknologi persenjataan turki skrg ni pun hasil Hibah kafir kafir dalam NATO
Post a Comment