Ainul Mardhiah: Bahagian III
Entah mengapa, ada ketenangan pada kata-kata itu. Entah bagaimana, Muzammil seolah-olah tertarik dengan setiap butir kata yang diucapkan.
Halus. Manis. Teratur.
Jika sebentar tadi, rasa sesal menebal di hati apabila melihat sosok itu, kini Muzammil tidak pasti lagi. Ada sesuatu yang benar-benar istimewa pada suara itu. Ada sesuatu yang memukau lagi mempesona pada diri itu.
Yang pasti bukan pada rupanya. Yang pasti bukan juga pada luarannya.
Tapi ada sesuatu pada perwatakannya. Ada sesuatu yang cukup kuat, cukup menarik dan cukup memukul jiwa Muzammil pada... Entah, Muzammil gagal untuk menafsirkannya.
Chenta dengar pertama, mungkin...?
Muzammil masih teringat ketika pertama kali membaca borang si ukht. Dia terus tertarik apabila pada ruangan 'Nyatakan ciri-ciri idaman suami anda', si ukht dengan penuh ringkas menulis,
"Sederhana. Boleh menerima diri ini dengan seadanya."
Muzammil tidak pasti sama ada dia boleh dikategorikan sebagai sederhana atau bagaimana. Bukankah sederhana itu subjektif, bergantung kepada mata yang menilai dan melihatnya? Bagaimana dia mahu tahu sama ada dirinya itu sederhana atau tidak?
Tetapi bahagian kedua itu yang lebih mencabar. Boleh menerima ini dengan seadanya.
Ketika pertama kali membacanya, Muzammil sudah dapat merasakan ada sesuatu pada frasa itu. Seseorang tidak akan menulis sedemikian jika tiada apa-apa yang lain daripada yang lain bukan?
Bunyinya seperti... Tidak yakin. Segan. Seperti ada sesuatu yang mahu disorokkan.
Hanya selepas melihat si ukht dengan mata kepala sendiri, baharulah Muzammil lebih faham mengapa frasa itu ditulis.
Boleh menerima diri ini dengan seadanya.
"Akhi... Err.. Boleh saya tanya sesuatu...?"
Haadza min fadhli rabbi.

***
Proses taaruf itu berjalan lancar. Muzammil keluar tersenyum lebar. Terasa mahu terbang, melayang keluar!
Pilihan Harith memang tepat! Ukht Halizah dirasakannya cukup sempurna serba-serbi. Semuanya menepati syarat-syarat keluarga. Yang lebih utama, ukht Halizah memenuhi syarat-syarat peribadi Muzammil.
Seorang yang qawiyyah di atas jalan dakwah dan sangat komited dengan tarbiyah. Dan yang lebih penting, ukht Halizah cukup menyejukkan mata Muzammil yang memandangnya. Ukht Halizah mungkinlah tidak secantik model tudung Fareeda atau pelakon cerita cinta Islamik yang semakin hangat di televisyen, namun bagi Muzammil, ukht Halizah punya rupa yang sedap matanya memandang. Itu yang utama.
Qurratul 'ain. Cukuplah.
Muzammil benar-benar gembira hari itu. Tidak putus-putus dia mengucapkan syukur kepada Allah kerana akhirnya memakbulkan doanya. Tidak habis-habis dia mengucapkan terima kasih kepada Harith kerana telah membukakan pintu keluar untuk dirinya.
Yabedabedu! Tak lama lagi aku kawennn! Yoohooo! Alhamdulillah!
"Akhi, ana belanja anta teh tarik nanti. Kalau jadi, InshaAllah, ana belanja sepuluh teh tarik gelas besar! Kehkehkeh."
Penuh mesej Whatsapp Muzammil itu dengan emotikon beraneka rupa. Semuanya bagi menggambarkan betapa riangnya rasa hati, betapa berbunga-bunganya sanubari.
"Hahaha. Ish jangan eksaited sangat akhi. Belum jadi tu. Apa-apa boleh terjadi. Banyakkan doa. Banyakkan bersabar. InshaAllah, ada rezeki, takkan ke mana-mana. Moga Allah permudahkan segala urusan akhi. Ana doakan yang terbaik untuk anta. Jangan lupa sujud syukur!"
Tersenyum lebar Muzammil membaca mesej balas Harith. Muzammil terlalu banyak tersenyum hari itu, sehingga naik kejang otot-otot pipinya.
Apatah lagi apabila memikirkan proses taaruf tadi yang berjalan lancar dan sempurna. Majlis kecil-kecilan yang diadakan di sebuah rumah kedai yang menempatkan pejabat sebuah NGO itu, dihadiri oleh Abang Sofwan, murabbi Muzammil dan isterinya sebagai orang tengah kepada proses itu.
Sebelum proses itu bermula, Muzammil sudah diingatkan bahawa dia bebas untuk bertanyakan apa jua soalan kepada ukht Halizah, asalkan ia dalam konteks untuk mengenali lebih lanjut diri ukht Halizah dan tidak bertanyakan soalan-soalan sensitif yang mungkin memalukan atau menjejaskan kehormatan kedua-dua belah pihak. Begitu juga dengan ukht Halizah; dia berhak untuk bertanyakan apa-apa sahaja soalan kepada Muzammil.
"Alah akhi, anta tanya je apa-apa yang anta nak tahu. Serius. Kalau tak, nanti anta menyesal lepas taaruf. Dan benda tu akan menghantui anta dan akan mempengaruhi anta bila nak buat keputusan nanti."
Nasihat Harith itu dipegang erat Muzammil. Mula-mula, gementar jugalah Muzammil dibuatnya. Yalah, itulah proses taaruf yang pertama sekali buat Muzammil. Borang sudah banyak yang diterimanya, tapi itu taaruf yang pertama.
Namun lama-kelamaan, apabila suasana sudah semakin tenang, apabila kedua-dua belah pihak tampaknya sudah selesa dan boleh membiasakan diri, Muzammil memberanikan diri untuk bertanyakan soalan-soalan yang terbuku di hati.
"Saya selalu sibuk dengan pelbagai aktiviti dan program. Jadi akan selalu tiada di rumah. Ukhti ok ke?"
"Boleh saya tahu apa pelan tarbiyah dan dakwah ukhti untuk lima ke sepuluh tahun akan datang?"
"Mak ayah saya bukan dari latar belakang agama. Orang biasa-biasa je. Boleh ke nanti?"
"Nanti saya ada perancangan untuk sambung belajar inshaAllah. Ukhti sanggup ke ikut saya nanti?"
"Apa perancangan ukhti untuk seimbangkan kehidupan sebagai seorang dai'yah yang berkeluarga?"
Dan beberapa lagi soalan yang dijawab satu-persatu oleh ukht Halizah dengan sabar dan penuh sopan-santun.
Ukhti Halizah juga bertanyakan beberapa soalan kepada Muzammil. Tetapi kebanyakannya sudah boleh diagak oleh Muzammil. Malah Muzammil sudah pon bersiap-sedia dengan jawapan kepada soalan-soalan yang bakal ditanya. Soalan bocor.
Keseluruhannya, Muzammil amat berpuas-hati dengan proses taarufnya itu. Hatinya berbunga-bunga. Bukan bunga biasa-biasa tapi bunga dandelion yang mekar segar. Meskipon dia dan ukht Halizah diberi tempoh dua minggu untuk membuat keputusan, Muzammil sudah pon membuat keputusan saat pandangannya jatuh pada ukht Halizah. Dan entah mengapa, dia yakin, ukht Halizah juga akan membuat keputusan yang sama.
Chenta pandang pertama.
Muzammil mula memasang angan-angan. Dia mula berfikir tentang perbelanjaan perkahwinan. Tergaru-garu jugalah kepalanya memikirkan kos yang bakal ditanggung nanti. Berdasarkan borak-boraknya dengan ikhwah yang sudah pon mendirikan baitul Muslim, paling-paling tidak, dia memerlukan RM20 ribu untuk perbelanjaan hantaran dan walimatul urusnya nanti. Itu paling tidak. Boleh jadi dia memerlukan sepuluh ke dua puluh ribu lagi. Waduh...!
Ah takpe. Konfem Papa dan Mama akan bantu nanti. InshaAllah. Anak lelaki kesayangan katanya.
Muzammil malah berangan-angan nama apa yang akan berikan kepada anak-anaknya nanti. Kalau boleh dia mahu anak pertamanya lelaki. Nama anak-anaknya nanti tidak perlu panjang-panjang. Tidak perlu canggih-canggih. Cukuplah satu patah perkataan dengan dua ke tiga suku kata.
Luqman. Hmmm... Salman pon sedap jugak. Tak pon Hanbal. Pergh. Memang comel la anak aku nanti!
Macam-macam yang difikirkan Muzammil. Tetapi yang lebih dikhuatiri Muzammil adalah fitnah dan mehnah yang bakal dihadapinya sebaik sahaja dia mengucapkan lafaz nikah nanti. Dia risau andai dia tidak mampu bertahan dengan cubaan dan ujian berumah tangga. Sudah bermacam-macam legenda urban yang didengarinya tentang perkahwinan antara ikhwah dan akhawat ini.
Ada yang bagus. Malah melajukan lagi ikhwah dan akhawat yang bernikah di atas jalan dakwah ini. Namun tidak kurang juga yang berentakan. Tidak kurang kisah-kisah pahit dan masin yang didengarinya tentang realiti pembinaan baitul Muslim. Meskipon setiap al-akh yang bernikah dengan seorang ukht itu sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam perkahwinannya, namun laut yang dibelah bahtera perkahwinan yang dilayari pasti akan bergelora.
Ikhwah dan akhawat juga manusia, tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, tidak dapat bersembunyi daripada kelemahan.
Selepas seminggu, Muzammil masih belum menerima jawapan daripada ukht Halizah. Dia tahu yang tempoh yang diberikan adalah dua minggu. Maka tidak menjadi masalahlah sepatutnya untuk ukht Halizah memberikan jawapannya dalam sedikit masa lagi.
Namun dek keterujaan yang amat sangat, Muzammil tidak dapat menyembunyikan rasa gusar dan gelisahnya. Bermacam soalan dan bisikan yang bermain di kepalanya.
Eh aku ada salah cakap ke hari tu..? Mungkin ada benda yang dia tak senang kot pasal family aku. Atau mungkin dia tak sanggup nak hidup dengan aku yang sibuk tahap Perdana Menteri Argentina ni. Adeh.
Masuk hari yang kesembilan, ukht Halizah masih belum lagi memberikan apa-apa maklum balas. Muzammil yang tidak dapat duduk senang akhirnya memberanikan diri untuk bertanyakan hal tersebut terus kepada murabbinya, Abang Sofwan.
"Akhi... Err... Takde apa-apa berita ke dari ukhti Halizah...?"
Seperti yang sudah boleh diagak, Abang Sofwan mengingatkan Muzammil bahawa ukht Halizah masih punya lima hari lagi untuk membuat keputusan. Dia meminta Muzammil untuk bersabar sedikit sahaja lagi.
"Akhi, benda-benda macam ni tak boleh nak rushing. Dan tak boleh nak push ukhti tu. Nanti dia rasa macam terpaksa pula. Sabar ye akhi...? Kalau dah jodoh anta, yakinlah, tak akan ke mena-mana jodoh tu."
Tak lari bukit yang dikejar. Tak kering lautan yang direnangi.
Hari kesepuluh, tiada jawapan. Berkali-kali Muzammil menggaru kepalanya hari itu.
Hari kesebelas, masih tiada jawapan. Xperia Z milik Muzammil sentiasa berada di sisi, setiap masa dan ketika.
Hari kedua belas, ukht Halizah masih belum membuat keputusan. Hampir gila Muzammil dibuatnya.
Akhirnya, Muzammil menerima jawapan yang ditunggu-tunggunya pada hari ketiga belas. Abang Sofwan menelefonnya terus dari pejabat. Jelas terpancar suara kegembiraan dalam suara Abang Sofwan.
Ukht Halizah menyatakan persetujuannya untuk meneruskan proses baitul Muslimnya bersama-sama dengan Muzammil.
Subhanallah! Alhamdulillah! Allahu akbar!
Mardhiah sedang qailulah ketika telefonnya berbunyi dan bergetar. Nasyid Ainul Mardhiah oleh UNIC berjaya mengejutkannya. Dicapainya telefonnya yang diletakkan di sebelah katil itu.
Dengan pandangan yang masih berpinar-pinar, dilihatnya nama pemanggil pada skrin telefon. Salwa. Kak Salwa.
"Hal...lo 'assalamu..."
"MAAAARRR.....!!! Alhamdulillah Mar....!!! Akak dah jumpa calon untuk awaaakkkk!!!"
Hah? Calon...? Calon apa ni...?
bersambung...
DAFTAR KATA
Qurratul 'ain - Penyejuk mata
Proses taaruf - Proses yang memperkenalkan seorang akh dan ukht yang bakal berkahwin
Qailulah - Tidur sebentar (power nap) sebelum waktu Zuhur atau antara waktu Zuhur dan 'Asr
-gabbana-
Agak pendek sedikit kali ni. InshaAllah sebagai persediaan untuk episod akan datang yang lebih mendebarkan, mencemaskan dan penuh keterujaan. Eheh.
Senyum.
>> Ainul Mardhiah Bahagian I
>> Ainul Mardhiah Bahagian II
>> Ainul Mardhiah Bahagian IV

26 Caci Maki Puji Muji:
reminded me of my own taaruf.hehe
Ok. Kena tunggu lg~~~~
alahai gantung la pulakk ,, apa pun mantop =D
Curious. Kenapa kalau BM ikhwah yg pilih akhawat? If akhawat yabg pilih ikhqah tu tak boleh eh? Pls answer I'm just curious. Jzkk.
Enonimes di atas:
Saya rasa dalam BM, pilihan dua2 pihak diambil kira.hehe. Akhawat juga boleh pilih nak berBM dengan ikhwah mana. Diorang pon akan baca borang yang dihantar oleh ikhwah, seperti juga ikhwah akan baca borang diorang. Dan taaruf akan dijalankan bila dua-dua pihak setuju untuk taaruf.
Kot :3
kena tunggu lagi D:
Ingatkan muzammil berBM dgn mardiah..sbb ciri2 idaman sama
Ades , kena tunggu lagi la ni .
Inche orang IKRAM Malaysia kan ?
Apa-apa pon , Tahniah !
Brr.. Bersambung?! Tak sabar. Dah berdebar-debar baca tadi.. Hahaha. Sengih sensorang :3
saya rasa, part yang last tu, yang mardhiah dapat call dari kak salwa tu adalah flash back sebelum proses taaruf tu. cerpen bersiri inche kali ni byk elemen flash back kan?
Saya rasa, halizah dan mardhiah tu org yg sama. maybe nama dia halizah mardhiah ke ape ke..wahahaha assumption sendiri.!!
haih..ni cerita je pun tp berdebar2 rasa mcm saya plk yg bertaaruf.hahaha
saya harap entry ni bukan hanya biasa2, tapi boleh memahamkan lagi perihal BM. Biiznillah
next entry :)
-.-
sabo je ler.
Pandai main emosi dgn flash back haha. Jangan lama sgt nnti resah gelisah sume org. Bangunan NGO lol
dlm realiti ade ke borg BM cmtu?
Salam inche gabbana. Saya dah lama jadi peminat cerpen2 inche. Harap selalu ada peni gkatan dari segi unexpected twist. Anda sememangnya berbakat. Bravo!
janganlah buat cerpen lama2 wat suspens jaaa....klu lma2 takut jadi tak smngat nk mmbca...huhu..skdar pndgn....
Halizah... eerrrmmmm bukan Mardhiah ke.... alaahhh tak sabarnya nak tunggu sambungan...
...and now the trilogy turns into a cycle?
Lol.
I should be studying.
Thanks for the light reading between trucking through medical notes, akh. (Y)
x
- A.
ish sambung lagi .. xpe2 tarik nafas dalam2 tahan2 dan bersabar btw inche gabana ni dr madmie chanel kan?.
SALAM. kalau taaruf, memang ihkwah tak bertemu dengan keluarga akhowat dulu ye?
mohon pencerahan :)
i thot this is the lasssssssttt.argh.tapi ni bahagian paling best.kot? haha cepat la sambong IG - wink wink:P
haisy,dah 4 kali aku bukak blog ni. IG!!! update please...
kiranya halizah tu mardhiyah ke? x fhm la
cinta dengar pertama, ada eh?
teringin nak tahu kata-kata yang halus, manis dan teratur tu..
Post a Comment