7 December 2013

Ainul Mardhiah: Bahagian IV

[Kredit]

Hati Muzammil berdegup kencang. Wajah ukhti itu tampak serius.

"Akhi... Err.. Boleh saya tanya sesuatu...?"

Sudah. 

Muzammil tidak pasti bagaimana mahu memberikan reaksi kepada soalan itu. Dia hanya mengangguk perlahan, sambil tersenyum simpul. 

Dupdap. Dupdap.

"Maaf ye kalau soalan ni jujur sangat... Tapi... Uhm... Kenapa... Kenapa akhi tak berkahwin lagi ye, sampai sekarang...?"

Oii itu memang jujur!

SI ukht mungkin terperasan yang soalannya itu terlalu lurus dan jujur. Kerana riak wajahnya tiba-tiba berubah, merah. Malu. 

"Aaseef... No offense. Tapi.. Tu la... Orang macam akhi ni, uhm... Rasanya patut senang je kalau nak berkahwin."

Terbeliak mata Muzammil dibuatnya. Harith yang berada di sebelahnya juga separa terlopong. 

Berani mati gila makcik ni! 

"Ehemmm. Errr.. Ukhti nak...nak saya jawab ke soalan tu..?"

Si ukhti mengangguk. Serius. Namun wajahnya tidak kelihatan, menunduk ke bawah.  

Muzammil mendengus. Langsung tidak disangka-sangkanya dia akan berhadapan dengan situasi sebegitu kali ini.

Muzammil menarik nafas yang panjang. Matanya panas. Bergenang. 

Bismillah.

"Uhmmm. Begini..."

Haadza min fadhli rabbi.

***

Seperti mahu pengsan Muzammil dibuatnya apabila mendapat khabar itu. Dia seperti tidak mahu percaya panggilan yang baharu sahaja diterimanya sebentar tadi. 

Dia mencari kerusi untuk duduk. Dia perlu menenangkan dirinya. Terngiang-ngiang kata-kata Abang Sofwan sebentar tadi. Setiap butir kata dapat diingati Muzammil dengan jelas.

"Muzammil... Ana harap anta dapat bersabar ye dengan berita ni... Tenang. Uhmmm.. Gini. Ukhti Halizah.. Uhmm. Dia ada masalah sikit dengan keluarga dia..."

Seperti berhenti berdegup jantung Muzammil ketika itu. Tidak tahu apa yang patut dijangkakan yang akan keluar dari mulut Abang Safwan. Tangannya berpeluh. Gugup.

"Jadi... Dia... Uhmm... Dia minta untuk tangguhkan dulu proses BM antum. Dan... Dia kata, untuk tidak menzalimi anta... Dia minta batalkan apa-apa persetujuan yang sudah dibuat sebelum ni, supaya anta boleh mulakan semula proses BM yang baru. Dia minta maaf sangat-sangat. Dia... Dia memang rasa betul-betul bersalah."

Berputih mata Muzammil mendengarnya. Dia seperti tidak percaya. Terasa seolah-olah dia sedang berlakon menjadi watak utama dalam drama Melayu minggu ini.    

"Mil..? Mil...? Hallo..? Anta ada tak ni...? Anta ok...?"

"Hah...? Ada ada. Ok bang, ok. InshaAllah ok. Jazakallah bang. Aaaahh... Kalau boleh sampaikan, tolong beritahu Ukhti Halizah, jazakillah khair sebab consider. InshaAllah ada hikmahnya ni..." 

"Ok Mil, InshaAllah. Jaga diri ye Mil. Banyakkan bersabar. Tenang. Redha dengan ketentuan Allah ye..? Ok Mil, assalamu a'laikum."

Kaku. Terkedu. Lama dia berdiri begitu, memegang telefonnya di tangan. Kemudian dia duduk, cuba untuk menenangkan dirinya.

Ya Allah, beratnya ujian Kau kali ini... Apa dosa aku ya Allah...? Kenapa Kau uji aku sebegini rupa...? Aduuhhhh...

Tidak pasal-pasal basah pipi Muzammil, dek matanya yang tidak mampu lagi menahan air yang bertakung.  

Sudah bermacam perancangan yang diatur Muzammil, untuk menguruskan pernikahannya dengan ukhti Halizah kelak. Dia sudah mula mencari-cari dewan yang sesuai untuk mengadakan walimatul 'urus nanti. Dia sudah mula bertanya-tanya kepada rakan-rakan dan saudara-mara, syarikat perkhidmatan katering mana yang terbaik berdasarkan kemampuannya. Dia juga sudah merisik-risik sama ada mahu menempah kad jemputan di Indonesia atau dalam negara sahaja.

Muzammil juga sudah memaklumkan kepada kedua orang tuanya akan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga. Ibunya adalah antara orang yang paling gembira mendengar berita itu. Sebagai anak lelaki yang sulung, Muzammil menjadi harapan ibunya untuk mendirikan rumah tangga dahulu sebelum adik-beradik yang lain. 

Mujurlah Muzammil tidak mendedahkan terlalu banyak tentang calon bakal isterinya. Muzammil hanya memberitahu ibunya, bakal menantunya itu berasal dari Terengganu dan seorang bakal doktor. Apabila ibunya cuba untuk mengorek maklumat, Muzammil hanya tersenyum manja dan memujuk ibunya untuk bersabar. Andai Muzammil bercerita panjang lebar tentang ukhti Halizah, pasti ibunya kecewa dan tertanya-tanya mengapa ukhti Halizah membatalkan hasrat untuk bernikah dengan Muzammil.

Ya Allah... Mengapa begini...? Mengapa begitu berat ujian Kau... Apa salah aku??

Lama Muzammil duduk begitu, melayan perasaannya. Memikirkan betapa susahnya proses yang terpaksa dia lalui sebelum bertemu dengan ukhti Halizah, menjadikan Muzammil bertambah gundah gulana. Tidak keruan dibuatnya!

Ketika itu, nafsu amarah Muzammil mula mahu menguasai dirinya. Bisikan-bisikan syaitan menusuk tajam dan laju, tepat ke dalam hatinya.

"Tu lah kau! Dok tangguh tangguh. Patut kau push je dulu ukhti Halizah tu kahwin cepat!"

"Mana boleh ukhti Halizah buat kau macam ni doh. Dulu masa taaruf, semua ok. Semua setuju. Dah pilih dapon tarikh untuk jumpa mak ayah, untuk bertunang. Tiba-tiba jadi macam ni. Mana aci!"

"Kau tahu...?? Ukhti Halizah tu sebenarnya dah jumpa akh lain! Dia dah terpikat dengan lelaki lain, sebab tu dia tolak kau!"

Panas. Geram. Bengkak.

Entah mengapa, meluap-luap perasaannya ketika itu, mahu menghubungi ukhti Halizah terus. Mahu sahaja dia menelefon terus ukhti Halizah dan bertanyakan apakah alasan sebenar dia mahu membatalkan proses BM mereka. 

Mana boleh buat begini. Ini tidak adil! Ini zalim namanya! 

Muzammil sudah pon memegang telefonnya, sudah pon memasukkan kod laluan skrin Sony Xperia Z-nya, ketika lidahnya tiba-tiba sahaja mengucapkan istighfar. Kalimah yang satu itu seolah-olahnya melakukan keajaiban ke atas diri Muzammil, apabila tiba-tiba sahaja dia menjadi lebih tenang. Rasional.

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.  

Air matanya tidak tertahan-tahan lagi. Perasaan bersalah tidak terbendung lagi, seperti mahu memecahkan dadanya sahaja. Perasaan berdosa dengan Allah, dek sangkaan yang bukan-bukannya terhadap Allah, membuatkan dirinya terasa begitu kotor dan busuk.

Ampunkan aku ya Allah. Maafkan aku ya Ghafur. Astaghfirullahal adzim...

Segera dia bangkit dan bergegas ke bilik air untuk berwudhu'. Perlahan-lahan dia memusingkan pili air, agar air yang keluar halus dan perlahan.

Bismillah.

Dia menikmati setiap titik air yang membasahi tubuh badannya.

La ilaha illallah. 

Dia merasakan dosa-dosanya seperti gugur, larut bersama dengan titisan air yang jatuh ke lantai.

Astaghfirullah.

Dia berasa lebih tenang. Lebih dekat dengan Allah. Hatinya semakin lega. Selesa.

Alhamdulillah.

Usai berwudhu', dia mengambil Quran zipnya yang diletakkan di atas meja di sebelah katilnya. Dia memegang Quran itu buat seketika, tidak pasti mahu membaca surah yang mana. At-Taubah? Ali-Imraan? Al-Anfal? Atau Yusuf? 

Dia memejamkan matanya. Rapat. Ditariknya senafas yang dalam, dihembusnya keluar dan dibuka matanya semula. Segera dia membuka Qurannya, dan memilih satu surah secara rawak. 

Al-Baqarah.

Matanya terus melirih ke aras ayat paling atas sebelah kiri muka Qurannya itu.

Al-Baqarah, ayat dua ratus enam belas.  

"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, walhal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, walhal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Allah...

Muzammil terasa seperti ditampar-tampar. Dia terasa seperti hatinya sedang terbakar, hangus. Bahunya terasa begitu berat sekali.

Ini bukan kebetulan. Tiada kebetulan dalam hidup ini. Allah sedang menghantar surat chenta kepada aku. 

Matanya panas. Dadanya berombak. Bahunya naik dan jatuh, naik dan jatuh. 

Muzammil mungkin kehilangan ukhti Halizah. Tetapi dia sudah ketemu chenta; dengan Allah.

***

"Ye wakkkk! Kita dah jumpa calon untuk awaakkk! Alhamdulillah wak!"

"Apa ni kak Sal...? Tak faham lah."

"Ish awak ni! Kan awak hantar borang awak hari tu? Sebulan lepas ke bila entah."

Borang? Borang BM...??

"Borang apa kak...? Saya takde minta kerja baru pon. Saya suka dengan kerja saya sekarang ni."

Mardhiah melawak, dalam mamainya itu. Mardhiah duduk, supaya lebih jelas dan terang perbualannya dengan Salwa.

"Awak ni sempat lagi tu buat kelakar. Orang tengah serius ni!"

"Ok ok, aaseef. Borang apa ni kak? Calon apa ni..? Akak ni kacau je la, orang tengah mimpi syok-syok tadi."

Terdengar bunyi dengusan pada talian di sebelah sana. Geram agaknya.   

"Mar, awak kan hantar borang BM awak dulu tu. Ni ha, akak nak bagitau awak, dah ada ikhwah yang setuju untuk taaruf dengan awak!"

Mardhiah seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Ikhwah? Nak taaruf? Hampir-hampir sahaja dia mahu menyuruh Salwa mengulang semula kenyataannya itu.

"Akak.. Kasar sangat lawak akak ni. Jangan main-main kak. Kecik hati saya nanti, akak kena belanja saya Root Beer gelas besar kat A&W tu!"

"Ya Allah ya Rabbi ya Raheem. Kita pulak yang main-main. Awak tu yang tak serius! Hishhh!"

Dari nada suara Salwa, Mardhiah tahu yang Salwa tidak bergurau. Ini betul-betul, bukan cobaan! 

Mardhiah menelan air liur. Dia tidak tahu bagaimana mahu merespon kepada Salwa. Jantungnya tidak semena-mena berdegup kencang. Peluh sejuk mengalir perlahan di tepi dahinya. 

"Ok ok. Let me get this straight. Akak cakap, ada ikhwah nak taaruf...? Boleh tak akak tolong periksakan untuk saya, ikhwah tu gila ke apa. Sebab kalau gila, saya tak mahu kahwin dengan dia!"

Spontan Salwa tertawa. 

"Mengarut la awak ni! Ni ha, awak nak ke tak taaruf ni..? Dia serius tu."

Mardhiah masih tidak mahu percaya dengan apa yang didengarinya.

Ikhwah nak taaruf..? Dengan aku...? Allah. Dunia nak kiamat ke apa ni.

"Err.. Akak rasa macam mana...?" 

"Eh akak pulak. Dia nak taaruf dengan awak, bukan dengan akak. Awaklah decide!"

Mardhiah sedikit kecewa dengan jawapan Salwa itu. Dia mengharapkan sesuatu yang lebih positif daripada Salwa. 

"Alah kak, saya mana reti benda-benda macam ni. First time kot orang nak taaruf dengan saya. Terasa macam Alice in Wonderland pon ada... Nebes la kak nak buat keputusan."

Salwa tertawa lagi. Manja.

"Macam ni la wak. Awak tengok dulu borang akh tu, nanti akak forwardkan. Awak tengoklah, awak suka ke tak. Lepas tu awak istikharah. Kalau nampak tahi bintang jatuh ke, pokok sujud ke, air tiba-tiba beku ke, ha tu tanda istikharah awak terjawab la tu! Kekeke."

Mardhiah tersenyum. 

"Ok ke macam tu wak?"

"Ok InshaAllah. Nanti akak forward la, saya tengok. Teringin jugak nak kenal, ikhwah mana yang gila sangat nak taaruf dengan saya ni!"

"Ish awak ni. Patut awak bersyukur la ada ikhwah yang sudi untuk bertaaruf dengan awak. Bukannya dok kutuk ikhwah tu! Semua benda Allah dah rancang wak, termasuklah keputusan akh tu untuk bertaaruf dengan awak!"

Sentap. 

"Ok kak, ok. Aaseef. Saya bergurau je..."

Selepas berborak untuk seketika lagi, Mardhiah meletakkan telefon. Dia tidak sangka, seumur hidupnya dia akan melalui fasa ini. Malah selepas bersama-sama dengan gerabak tarbiyah sekali pon, tidak pernah terlintas pada pemikiran warasnya yang suatu hari nanti akan ada ikhwah yang mahu bertaaruf dengan dirinya. 

Aku ni mimpi tak. Atau dunia benar-benar sudah mahu kiamat?

***

"Anta serius ke ni akhi...? Ana macam tak percaya pulak." 

"Eh serius lah. Kenapa pulak anta tak percaya...?"

"Entah. Macam drastik sangat. Anta bukan seperti yang ana kenali."

"Hahaha. Hmmmm. Ana rasa, Allah nak tarbiyah ana. Ana kena tegur direct dengan Allah!"

Talian senyap sebentar, sebelum Harith menyambung bicara. 

"Ok, kalau betul, baguslah. Tapi... Tak salah kalau anta nak memilih. Itu hak anta."

"Ana faham tu akhi. Tapi ana dah tekad. Dan ana yakin, ini yang terbaik untuk ana, InshaAllah."

"Ok alhamdulillah. Ana bersyukur sangat dengan perubahan anta ni.. Uhmmm, nanti ana minta tolong zaujah untuk tengok-tengokkan."

"Tayyib. Jazakallah kher akhi. Anta dah baaannyaaakk sangat tolong ana. Dan ana pulak, dah baaannyaaaakkk kali susahkan anta. Huhu. Doakan yang terbaik untuk ana."

Harith tertawa kecil.

"Tadehal la akhi. Anta kan best friend till jannah ana? Ana sentiasa doakan kebahagian anta akhi. Anta bahagia, ana lagi bahagia! Hehe. Allahu rabbuna yusahhil."

Muzammil tersenyum sendiri. Dia tahu yang dia boleh harapkan Harith. 

Namun dia sendiri seakan-akan tidak percaya dengan keputusannya itu. Keputusan berani mati. Tetapi entah mengapa, dia yakin itulah keputusan yang terbaik untuk dirinya. Dan dia benar-benar yakin, yang Allah mahu mentarbiyah dirinya.

Setelah berbelas borang BM yang diterimanya dan akhirnya dia memilih ukhti Halizah, mengapa Allah mentakdirkan yang ia terpaksa dibatalkan di minit akhir? Sukar untuk Muzammil menerimanya, tapi dia yakin pasti ada hikmah yang besar di sebaliknya. 

Allah mahu mentarbiyah aku untuk yakin dengan suratan dan ketentuanNya.

Allah mahu mendidik aku, bahawa rupa bukanlah segala-galanya dalam menjamin kebahagiaan yang abadi.

Allah mahu menunjukkan kepada aku, chenta dan kasih itu milikNya, dan kegembiraan yang hakiki itu akan diberikanNya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. 

Allah mahu membimbing aku untuk yakin dengan hadith Nabi SAW, betapa pilihlah seorang wanita itu kerana agamaNya, nescaya aku akan bahagia. 

Dan Allah mahu menerangkan jalan yang sedang aku selusuri ini, bahawa kehidupan dunia hanya sementara, sedangkan kehidupan akhirat itu yang perlu aku damba. 

Itulah yang tersemai, berakar dalam hatinya kini. Itulah mantera saktinya, yang cuba untuk dia yakini dan imani setiap hari. Dan dia amat bersyukur, hidayah dan taufiq itu datang membimbingnya, sebelum dia tersesat jauh. Sebelum dia terjatuh, dan tidak bangkit-bangkit kembali.

Dia tekad, untuk tidak lagi memilih-milih calon isterinya. Memilih itu tidak mengapa, memilih-milih itu mengada.

Maka itulah yang diberitahukannya kepada Harith. Tolong pilihkan mana-mana ukht yang diyakini Harith dapat membahagiakan Muzammil dunia dan akhirat. Pilihlah mana-mana borang untuknya dan terus aturkan untuk satu sesi taaruf.

Dan yang paling utama, Muzammil tidak mahu melihat wajah ukht itu, sehinggalah tibanya waktu taaruf nanti. Kerana dia mahu menguji dirinya; adakah dia benar-benar ikhlas dengan keyakinannya yang baru ini.

Haadza min fadhli rabbi.

***

Mardhiah turun dari katilnya dan menuju ke bilik air. Dia mengambil wudhu' dan segera menunaikan solat sunat dua rakaat. 

Lama dia berdoa dalam sujudnya yang terakhir. Dalam doanya, dia meminta agar Allah membimbingnya dalam setiap perkara di dalam kehidupannya. Tidak lupa untuk dia berdoa, sekiranya akh yang dimaksudkan Salwa itu adalah bakal suaminya kelak, dia mohon agar Allah tunjukkan tanda-tandanya. Dan sekiranya benar akh itu adalah suaminya nanti, agar rumah tangga yang mereka bina, akan berkekalan hingga ke sorgaNya. 

Tidak lama selepas itu, Mardhiah menerima emel daripada Salwa, dengan lampiran borang BM akh yang dimaksudkan. Berdebar-debar Mardhiah mahu membukanya. 

Dengan lafaz basmalah dan istighfar, dan berkali-kali ditarik dan dihembus nafas yang separa dalam, Mardhiah menekan pada pautan lampiran. Selang beberapa saat, muncullah borang BM akh tersebut memenuhi skrin komputernya dalam format Excel

Perkara pertama yang mencuit perhatian Mardhiah adalah wajah akh tersebut. 

Subhanallah. Hensem! 

Dengan kulit yang putih kemerahan-merahan, hidung yang mancung, bibir yang merah, lesung pipit yang dalam, kening yang tebal, mata yang sedikit sepet dan rambut yang hitam lebat, akh itu memang mudah dikategorikan sebagai lelaki yang kacak. Sungguh. 

Astaghfirullah.

Mardhiah tertawa dengan telatah dirinya. Macam budak-budak! Gedik.

Kemudian baharulah Mardhiah terperasan nama akh tersebut. 

Muzammil. Ahmad Muzammil bin Ahmad Rafi'e.

***

Bersambung lagi...

DAFTAR KATA
Antum - Anda orang
Jazakallah - Semoga Allah membalas
Jazakillah khair - Semoga Allah membalas dengan kebaikan (untuk perempuan)
Tayyib - Baiklah/bereh
Allahu rabbuna yusahhil - Wahai Allah Tuhan kami, permudahkanlah

-gabbana- 

InshaAllah akan cuba habiskan siri Ainul Mardhiah ini secepat yang mungkin. Paling hebat pon dua je lagi episod. Hihihi.

Moga Allah redha dengan penulisan yang marhaen ini. Moga bermanfaat untuk ummah, biidznillah.

InshaAllah akan berjaulah hari ini bersama hadek-hadek bulatan gembira. Doakan agar perjalanan kami diberkati dan dirahmatiNya, dan agar ukhuwwah yang terjalin antara kami berkekalan hingga ke sorga! Hoyeah. 

>> Ainul Mardhiah Bahagian I
>> Ainul Mardhiah Bahagian II
>> Ainul Mardhiah Bahagian III

21 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 07/12/2013, 12:11  

APG bile lagi nk berBM.. =)

Anonymous 07/12/2013, 12:39  

Alah buat lagi panjang panjang. Terutama highlightkan perjuangan nak jaga pergaulan dalam pada masa yang sama nak bertaaruf dengan keluarga dalam tempoh tunang.

Saya kerja atas Bangi Kopitiam. Hari hari tengok tapi xnampak pula si Mardhiah ni. Lol.

Ala kulli hal, doakan juga!

Anonymous 07/12/2013, 13:22  

die da part2 punchline baru bersambung . pandai inche gabana ni ..haishhh . tapi macam hensem sgt je akhi muzammil ni ahahhah .

Anonymous 07/12/2013, 13:23  

nebes sendiri kot nak tunggu next cerita. ehe.

Anonymous 07/12/2013, 22:17  

sokong anonimes-II tu. ^^
mabruk.
LTY[I

Anonymous 07/12/2013, 22:23  

Macm best je . X sabo den nk tunggu ainul mardhiah part V .

nurains 08/12/2013, 06:55  

sambunglah lagi :D tak sabar nak tau ni

Unknown 08/12/2013, 07:44  

subhanallah,BM??.. cm sweet je gne cara ni,pena juga dgr kwan gne cara :)

Anonymous 08/12/2013, 10:28  

cerpen ni sangat menginspirasikan saya dalam ikhtilat. perghh, betapa dia menjaga! teringin nak jadi mardhiah ^_^V

Anonymous 08/12/2013, 10:42  

bes nye...gi jaulah.IG,nanti update gambar boleh?bawak kerete lek lok.ke naik train lagi.:P

Anonymous 08/12/2013, 10:43  

haa,betul tu.ingat pesan puan mama.Xp

pengsan 09/12/2013, 08:22  

terasa kot dengan kisah inche gabbana kali ni, cemana nak redha ni >.< dari kecik macam kena tarbiyyah dengan kepentingan paras rupa...istighfar T_T

Anonymous 09/12/2013, 14:38  

ehem.

saya bukan nak ganggu mood cerita. dan jauh sekali nak kacau pencerita.

rupa paras sbnrnya penting. serius.

Anonymous 09/12/2013, 16:52  

rasa nak nanges baca T..T , kipidap , tak sabar nak baca kesah seterusnya .

Anonymous 11/12/2013, 07:58  

Na thu cte seterusnya :-D

Anonymous 21/12/2013, 01:02  

Subhanallah.. semoga Allah mengilhamkan yg terbaik untuk akhi.. Dan dipermudahkan.. biiznillah..

Hamba Allah 02/01/2014, 16:23  

eheh..
selamanie dok tgok ja akhi APG post pasal cerita ni..baru terlintas nak baca..

part III tu...
psst..
mmg kene kat kepala hidung sndiri..
itu yg ana alami 2mggu lepas..hoho.

and...
macam yg dalam watak ni cakap..
allah hantar surat chenta kat ana..hoho..

direct tarbiyyah woo..
berderai air mata bila baca al-quran..surah An-Nahl yg ana baca time tu..skadar tadarus ja sbnanya..tapi smpai terburai ayaq mata..haha..

apa2pon..keepidap..
ana nantikan episod seterusnya..

jeng3..

Inche gabbana 02/01/2014, 16:36  

Hamba Allah: Dah habis pon cerpen ni.. ^^"

Anonymous 23/02/2014, 11:54  

Salam. Mana ni nk cr smbungan crpen ,v. Cr link xjmpe2..tlg post linknye..makasih!

Unknown 10/10/2015, 01:38  

Mumtaz. Terang gelapnya jelas. Teruskan usaha encik

Elvroseth 24/02/2018, 19:53  

APG! IM SO EXCTED FOR THIS STORYYY

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP