17 November 2012

Konflik Israel-Palestin Untuk Dummies

[Kredit]

Sekarang ni sedang kecoh dan meriah hapdet-hadpet di MukaBuku, Pengicau, belog-belog dan pelbagai lagi saluran media elektronik tentang konflik yang sedang berlaku di Palestin. Di Gaza, jika mahu lebih spesifik.

Jujur kata, berdasarkan pemerhatian saya, ramai yang tidak benar-benar faham krisis yang sedang berlaku ini. Malah tidak hairan kalau ada yang pertama kali mendengar perkataan 'Gaza', 'Hamas' dan sebagainya.

"Hamas..? Pekebenda tu..? Jenama susu tepung ke..?" 

Tersedak.

Untuk memahami krisis antara Israel haram dan Palestin, amat penting untuk anda mengetahui sejarah di sebalik konflik ini. Anda perlu faham yang konflik ini sudah berusia ribuan tahun ("Hah?? Ye ke Inche gabbana? Gua ingat baru start tahun baru Hijrah hari tu!" Lap Peluh.), sejak zaman para Anbiya' dahulu kala. Maka ia adalah suatu konflik yang cukup kompleks, yang tidak mungkin dapat diselesaikan dalam masa satu hari atau di meja rundingan sambil menikmati jus oren dan kudapan muruku kacang semata-mata. Eh. 

Sayugia amat penting untuk anda membuat sedikit kerja rumah, membuat bacaan-bacaan ekstra, sama ada di Wikipedia, laman-laman sesawang yang relevan, buku-buku ilmiah yang berkaitan dan sebagainya. Tapi... Sebab saya tahu anda ni malas, gemok dan hanya mengharapkan ilmu disuapkan terus ke mulut anda (matilaaah lepas ni APG kena boikot!), ijinkan saya untuk berkongsi secebis ilmu yang saya ada dengan anda semua.

Tapi saya memberi amaran awal-awal ni. Yang ingin saya kongsikan memang secoet je daripada apa yang patut anda tahu tentang konflik Israel-Palestin ni. Jika anda benar-benar mahu faham, jelas, nampak dengan kaca mata Rayban yang lebih bergaya, seriyesli anda wajib buat bacaan tambahan sendiri. 

Nah, beberapa fakta sejarah yang perlu anda tahu untuk lebih memahami konflik Israel-Palestin yang sedang berlaku:

Fakta #1
Bangsa Israel bersusur galur daripada Nabi Ishak AS, anak kepada Nabi Ibrahim AS. Perkataan Israel itu sendiri merujuk kepada Nabi Yaakub AS, anak kepada Nabi Ishak. 

Sebab itu sebenarnya umat Islam adalah saudara jauh kepada bangsa Yahudi, kerana Nabi Ismail AS, tok moyang kepada Nabi Muhammad SAW adalah adik beradik tiri kepada Nabi Ishak. 

Perkataan 'Palestin' itu pula dicipta oleh orang Yunani yang membawa maksud 'tanah air orang Philistina' atau Filastin dalam bahasa Arab. [Sumber

Fakta #2
Banyak kerajaan atau negara yang berebut-rebut untuk menduduki Palestin atas faktor tanahnya yang subur dan kedudukannya yang strategik. 

Antara kerajaan atau bangsa yang pernah menguasai/menakluki tanah Palestin termasuklah kerajaan Mesir purba, Roman, Greek purba, Byzantin, Kanaan, Parsi, khulafa' ar-Rasyidin, Mamluk, Ayyubi, tentera Salib, kerajaan Uthmaniyah dan pihak British. 

Sudah lebih 30 kali tanah Palestin bertukar tangan. 

Fakta #3
Palestin merupakan tempat lahirnya agama Judaisme (Yahudi) dan juga Kristian. Tempat berdirinya Masjidil Aqsa sekarang ini didakwa sebagai tempat terbinanya Kuil Haiqal Nabi Sulaiman, sebuah kuil tersuci dalam sejarah Yahudi suatu ketika dahulu, sebelum dihancurkan oleh serangan Nebuchadnezzar II pada tahun 587 sebelum Masihi. 

Walaupon tiada bukti kukuh untuk menyokong dakwaan itu, hal ini telah dijadikan alasan oleh kaum Yahudi untuk memiliki Tanah Palestin dan berhujah bahawa mereka lebih berhak terhadap Palestin. Biasalah, Yahudi. Eh.

Palestin juga merupakan tempat suci buat penganut Kristian. Dipercayai Nabi Isa AS menikmati 'Makan Malam Terakhir' (Baca: The Last Supper) dan disalib di Baitulmaqdis.

Fakta #4
Dalam sejarah umat Islam, Baitulmaqdis yang terletak di Palestin diabadikan dalam kisah Isra' wal Mikraj apabila Nabi Muhammad SAW diisra'kan (diperjalankan) ke Masjidil Aqsa dari Mekah sebelum baginda naik ke langit bertemu dengan Allah. Baginda sempat bersolat jemaah, menjadi imam kepada para anbiya' di sana. Hal ini memberi isyarat kepentingan Masjidil Aqsa dan betapa signifikannya ia di sisi umat Islam. Tidak hairanlah anda yang bersolat di sini akan mendapat ganjaran 500 kali ganda berbanding solat di tempat lain.

Kawasan Masjidil Aqsa. Keseluruhan kawasan ini adalah hak umat Islam! [Kredit]

Kisah ini direkodkan di dalam al-Quran di dalam surah al-Isra', ayat pertama:

"Maha Suci (Allah) yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkai sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat."

Selain itu, sebelum umat Islam solat menghadap Kaabah, mereka terlebih dahulu menjadikan Masjidil Aqsa sebagai kiblat mereka yang pertama. Hal ini juga direkodkan di dalam al-Quran, di dalam surah al-Baqarah ayat 143.

Fakta #5
Tanah Palestin mula-mula dikuasai oleh umat Islam di zaman pemerintahan Saidina 'Umar al-Khattab r.a.. Di dalam kisah yang amat popular di kalangan umat Islam, diceritakan bagaimana 'Umar datang ke Palestin untuk membuka Baitulmaqdis dengan berpakaian serba sederhana, tanpa ditemani oleh hulubalang, pengawal peribadi mahupon rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel. Eh. 

Diceritakan juga bagaimana antara perkara pertama yang dilakukan oleh 'Umar setelah memasuki kota suci Baitulmaqdis adalah membersihkan tempat ibadat kaum Yahudi, yang sebelum ini dijadikan tempat pembuangan sampah dan penghinaan oleh orang-orang Nasrani. Ini.. Ini.. Ini sumpah mengagumkan!

Anda lihat. Hanya dengan pemerintahan Islam yang adil sahaja semua bangsa dan agama dapat tinggal dalam harmoni dan aman damai, penuh dengan bunga dafodil tumbuh segar di taman sambil arnab-arnab gemok berlari riang. 

Fakta #6
Semenjak itu, Palestin kerap kali bertukar tangan antara tentera Salib (Crusaders) dengan umat Islam. Beberapa siri perang Salib telah dilancarkan dan peperangan ini berlangsung sehingga hampir dua abad lamanya.

Perang Salib. [Kredit]

Antara peperangan Salib yang paling epik pernah dirakamkan di dalam filem Kingdom of Heaven di mana tokoh Islam yang amat terkenal, Salahuddin al-Ayyubi berjaya membebaskan Baitulmaqdis daripada cengkaman tentera Salib ketika itu. 

Peperangan Salib telah juga telah membuka pintu dan memberi peluang kepada tentera Salib mengenali Islam dengan lebih dekat, sehinggakan Raja Louis IX, salah seorang pemimpin peperangan Salib pernah mewasiatkan kepada rakyatnya bahawa mereka selamanya tidak akan menang dengan tentera Islam selagi mereka berpegang teguh dengan al-Quran dan semangat jihad.

Fakta #7
Idea penubuhan negara Israel merdeka dipopularkan oleh Theodor Herzl, bapa Zionis moden. Melalui makalah yang dihasilkannya, Der Judenstaat (The Jewish State) dan Altneuland (The Old New Land), dia telah berhujah bahawa pentingnya untuk bangsa Yahudi mempunyai negara mereka yang tersendiri untuk bebas daripada penganiayaan bangsa dunia terhadap mereka. 

Herzl juga bertanggungjawab menubuhkan Pertubuhan Zionis Sedunia (World Zionist Organisation) dan bersama-sama dengan Nathan Birnbaum, telah mengajurkan kongres mereka yang pertama di Basel, Switzerland pada tahun 1897, yang antara lainnya telah membuat keputusan bahawa Palestin adalah satu-satunya pilihan mereka untuk menubuhkan negara Israel merdeka. 

Dia juga pernah bertemu secara peribadi dengan Sultan Abdul Hamid II, khalifah Turki Uthmaniyyah ketika itu untuk membeli tanah Palestin daripada kekuasaan khilafah Uthmaniyyah. Namun Sultan Abdul Hamid II menolaknya dengan keras dan sehingga kini, jawapan baginda yang lejen akan terus diingati: 

"Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), karena ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka.''

Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Jika suatu saat kekhilafahan Turki Uthmaniyah runtuh, kemungkinan besar mereka akan bisa mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup.''

Allahu Akbar!

Sultan Abdul Hamid II; benteng terakhir umat Islam mempertahankan Palestin! [Kredit]

Fakta #8
Pertubuhan Zionis Sedunia pernah ditawarkan dengan tanah di Uganda untuk mendirikan negara Israel yang pertama oleh pihak British. Namun mereka menolaknya dengan sebulat suara pada kongres yang ketujuh. 

Semenjak itu, mereka secara terancang telah menggalakkan dan membiayai penghijrahan orang Yahudi beramai-ramai dari seluruh dunia ke Palestin. Polisi Nazi di bawah pimpinan Hitler yang anti-semitik juga menyebabkan penghijrahan lebih ramai orang-orang Yahudi ke Palestin.

Fakta #9
Impian Zionis untuk memiliki negaranya yang sendiri makin menjadi kenyataan apabila Lord Balfour, Setiausaha Luar Negara bagi kerajaan British pada tahun 1917 membuat deklarasi bahawa kerajaan British menyokong penuh sebarang usaha Zionis untuk membentuk negara Israel merdeka di Tanah Palestin. Malah kerajaan British akan melakukan apa sahaja yang termampu untuk memastikan negara Israel menjadi kenyataan. Nota kaki: Hallo hang ingat tanah Palestin tu negara tok hang ka nak buat suka-suki hati...??

(British mempunyai peranan yang cukup besar dan signifikan ke arah penubuhan negara Israel. Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu yang mati dibunuh oleh komunis pada 1951, merupakan Ketua Setiausaha kepada Kerajaan Mandat Palestin (wakil British) sehingga tertubuhnya Israel pada 1948. Diceritakan bagaimana rakyat Palestin bergembira mendengar berita kematiannya pada 1951)

Ehem.

Akhirnya, setelah perancangan yang licik dan teliti dan pengkhianatan demi pengkhianatan, negara Israel haram akhirnya tertubuh pada tahun 1948, apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bingung (PBB) meluluskan resolusi untuk penubuhan negara Israel haram di tanah Palestin. David Ben-Gurion telah dilantik menjadi Perdana Menteri Israel haram yang pertama. 


David Ben Gurion, Perdana Menteri Israel yang pertama. Kelihatan di atas kepalanya potret Thedor Herzl, orang yang bertanggungjawab membawa idea negara Israel menjadi realiti. [Kredit]

Fakta #10
Sejak penubuhan negara haram Israel, konflik antara umat Islam dan Zionis berterusan sehingga kini. Banyak peperangan telah dilancarkan antara kedua-dua belah pihak dan antara yang paling meninggalkan kesan kepada sosio-politik wilayah yang bergolak itu adalah peperangan 1948, peperangan 6 hari pada 1967 dan pelancaran intifadah oleh rakyat Palestin (siri pertama pada 1987 dan siri kedua pada 2000). 

Hamas telah ditubuhkan oleh Syaikh Ahmed Yassin, Abdul Aziz al-Rantissi dan Mahmoud Zahhar ketika Intifadah pertama memuncak pada tahun 1987, sebagai reaksi kepada kegagalan Fatah memperjuangkan nasib rakyat Palestin. Pada tahun 2006, buat pertama kalinya Hamas telah memenangi pilihanraya di Gaza dan sehingga kini, Hamas merupakan kerajaan tempatan di Gaza.

Sehingga kini, lebih banyak nyawa rakyat Palestin yang terkorban berbanding dengan jumlah kematian di pihak Israel. Israel, yang didokong oleh Amerika Syarikat dan sebahagian besar negara-negara Eropah telah melancarkan serangan demi serangan ke atas Palestin, tanpa sebarang bantahan dan tindakan susulan oleh dunia yang hanya memerhatikan apa yang berlaku. Perjanjian-perjanjian damai hanya tinggal anekdot di atas kertas semata, berulang-ulang kali dikhianati oleh Israel laknatullah.

Fakta Tambahan (Penting!)
Usaha memboikot MekDogol, Stabak, Koka-Kola dan produk-produk yang sudah terbukti dengan jelas memberi bantuan dan sokongan sama ada secara langsung atau tidak kepada negara haram Israel adalah salah satu usaha penting dalam menunjukkan solidariti kita kepada Palestin.  

Tak mati pon en kalau tak makan, minum dan guna semua tu..?

Nah, sekarang anda sudah tahu sedikit-sebanyak tentang konflik yang berlaku antara Israel dan Palestin. Seperti yang saya katakan di awal-awal tadi, perkongsian yang ringkas ini tidak mungkin akan memahamkan anda secara holistik tentang konflik yang berlaku. Tetapi sekurang-kurangnya kini, bolehlah anda dengan sedikit bangga dan hidung kembang bercerita tentang apa yang berlaku apabila ada rakan atau sepupu belah mak saudara anda bertanya. Eheh. 

Di sini saya sertakan link ke bacaan tambahan yang saya rasakan cukup bermanfaat untuk anda mengetahui sejarah konflik Israel-Palestin ini. Sila klik di sini. 

Jangan lupa tanggungjawab kita sebagai saudara seIslam orang Palestin; selain menderma dan menghulurkan bantuan, juga menyebarluaskan kebenaran dan fakta tentang apa yang berlaku, perbanyakkan juga doa, bacaan al-Quran dan solat malam untuk mereka. Konon mahu berjuang untuk Gaza, tapi kalau solat entah ke mana, halal haram tak reti beza, doa macam mana pon tak akan naik ke langit bang oi!

Dan sekiranya kita benar-benar mahu mengembalikan pemerintahan Islam yang adil dan makmur di atas muka bumi ini, tidak boleh tidak ia bermula dengan diri kita sendiri. Sebarkan kebenaran dan bina individu-individu Muslim yang sanggup menjualkan harta dan jiwa mereka, yang akan menjadi asas pondasi kepada negara Islam yang bakal terbentuk nanti. Dengar belon pecah pon dah nak terkencing, inikan pula nak angkat senjata berperang dengan musuh-musuh Islam..? Ceh. Ceh untuk diri sendiri juga.

Biar perjuangan ini bersenjatakan batu-batu kerikil, asal lontarannya sampai ke langit sana! Allahu Akbar! [Kredit]

Maka tegakkan Islam dalam dirimu terlebih dahulu, nescaya Islam akan tertegak dengan benarnya di muka bumi ini!

"Akan sentiasa ada satu golongan dari umatku yang menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan tergugat oleh sesiapa pun yang menentang mereka sehingga datanglah hari qiamat dan mereka tetap di dalam keadaan mereka."

 [Hadith Riwayat Muslim]

Allah, moga kami tergolong dalam kalangan mereka yang akan terus memperjuangkan agamaMu ini dan menegakkan kebenaran dengan istiqamah sehingga ke titisan darah kami yang terakhir! Amiin, ya robbal a'lamin!

Senyum mata bersinar-sinar, sambil buat tanda aman.



-gabbana-

43 Caci Maki Puji Muji:

Le` Samseng Qowiy 17/11/2012, 21:08  

Saya Baru nak menhapdet tentang Isu palestine .

Syukran atas maklumat tambahan yang baru dapat :D Keep it up .

Anonymous 17/11/2012, 21:23  

MekDogol, Stabak, Koka-Kola

Anonymous 17/11/2012, 22:15  

Mari ramei2 kita boikot mekdogol.setabak.koka kola.danone.loreal dan seangkatan dengannya.yuhuuuuu !

limaumaniss 17/11/2012, 22:44  

even its for dummies i could say this is very informative....

Unknown 17/11/2012, 23:48  

Sekadar perkongsian, sekarang ni femes air tea dlm botol dan tin keluaran coca cola. Mungkin sbb air coke dh xlaku.

Nomad Melayu 18/11/2012, 04:02  

Assalamualaikum,

Terima kasih atas perkongsian :)

Anonymous 18/11/2012, 06:42  

Mantap sheikh..tp ana ade soalan.is it ok kite condemn semua jews?ke patut specific kpd zionist?sbb ade je tgk org2 jews yg declare diorg pn with palestine n against serangan dr israel.mintk pencerahan.jzkk

Hawthoscarne 18/11/2012, 13:30  

inche gabbana. betulkah hamas sekarang ni dipelopori oleh orang syiah? terima kasih.

Anonymous 18/11/2012, 15:19  

terima kasih atas perkongsian. really helpful for dummies. like me -___-

Anonymous 18/11/2012, 21:58  

jzzk akh ats pencerahan
mohon share pic n link post

Inche gabbana 18/11/2012, 22:12  

Enonimus: Tak btol ntok kita kondem sume yahudi. Yahudi dan Zionis adalah 2 benda yg berbeza. Yahudi yg disebut dalam Quran, yg degil, yg ingkar, yg khianat, tu sume merujuk pada Zionis hari ini.

Hakikatnya mereka juga manusia. Ada masa hati mereka juga akan diketuk dgn hidayah. Jgn lupa, salah seorg sahabt besar, Abdullah bin Salam adalah seorang Yahudi.

Allahu a'lam.

Inche gabbana 18/11/2012, 22:12  

Hawthoscame: Sgt tak btol. hamas adalah cawangan Ikhwanul Muslimin di Palestin. Dan iA kita yakin pegangan IM ni sahih dan benar. ;)

Anonymous 19/11/2012, 08:37  

Mengikut sejarah sepintas lalu, orang boleh berkata ketiga-tiga agama: Islam, Kristianiti & Judaism mempunyai hak ke atas tanah Palestin. Anda sendiri berkata Yahudi & Zionism adalah berbeza. Jd napakah Yahudi tak boleh dibenarkan negara mereka sendiri? Apakah benar Allah tlh melaknati Yahudi krn dosa-dosa mrk terhadap nabi-nabi pd ms silam hingga tidak dibenarkan mempunyai negara sendiri?

Saya kira banyak negara-negara Islam telah menerima hak org2 Yahudi mempunyai negara mrka sendiri. Yang menjadi masalah adalah keluasan negara Israel, iaitu sama ada ia terletak di atas tanah asal org-org Yahudi atau tlh merangkumi sebhgn dr tanah org-org Palestin. Dlm pada itu, sering sj kita mndgr Israel membangunkan penempatan2 baru di Gaza dan Tebing Barat selain drp melancarkan serangan2 ke atas Palestin yg menunjukkn sudah mnjd dasar mereka untuk memperluaskan negara mrk d memusuhi orang2 Palestin atas nm keselamatan. Dan British dan Barat menyokong Israel pertama, kerna berterimakasih di atas pertolongan dan bantuan Yahudi dlm Perang Dunia Kedua dan kedua, itu menguntungkn mrka dr segi kawalan ke atas sumber terbsr myk dunia, perkembangan Islam di dunia, dan Laut Mediterranean dan Terusan Suez yang menjadi penghubung di antara berbagai benua serta pengekalan hegemoni mrk ke atas dunia. Mrk tahu di akhir zmn, mrk akn terpaksa berhdpn dgn Islam dan Islam akn menamatkan hegemoni mrka ke atas dunia. Ini yang harus kita tentang!

Anonymous 19/11/2012, 12:56  

terima kasih atas info nya..

nzmy dzul 19/11/2012, 13:06  

KENAPA YAHUDI DIHALAU DARI TANAH SUCI?

Punca sebenar pergolakan tanah di palestin berkait rapat dengan misi dan visi dajjal. Apa yg sy faham, misi dajal ialah menyebarkan fitnah akhir zaman dan visinya ialah meyakinkan bani israel bahawa dialah Al masih.

Satu ketika dahulu, tanah suci palestin sememangnya milik mereka. Org israel ialah bangsa yang riak kerana byk nabi yg hebat seperti daud, (terkenal kerana kegagahan dan menubuhkan negara israel) sulaiman telah mengangkat negara israel sebagai satu kuasa besar dan membina masjid/haikal sulaiman. Bangsa israel sudah merasai zaman kegemilangan mereka. Kerana riak,sombong dan byk melakukan dosa, Allah telah menghalau mereka dari tanah suci.

Kerajaan israel ketika itu dimusnahkan oleh tentera babylon (iraq) dan mengambil kaum israel utk dijadikan hamba di babylon. Maka habislah zmn keagungan bangsa israel dan di babylon, mereka meratapi nasib mereka. Di babylon, Allah sekali lg mengutuskan nabi daniel, yg membawa berita bahawa Allah sekali lagi akan memberi nabi yg akan membawa zaman kegemilangan bangsa mereka sekali lagi. Maka mereka gembira dan menunggu nabi yg dijanjikan Allah itu. Nabi yg akan dtg dari jurusalem dan digelar al masih. Jadi fungsi al masih ini ialah membawa kembali zaman kegemilangan seperti mana yg mereka penah kecapi masa pemerintahan nabi sulaiman.

Kini langkah mereka mudah.
1) merdekakan tanah suci dari pemerintah yg bukan dari kaum israel.
2) bangsa israel yg dibawa keluar dan dijadikan hamba di israel perlulah kembali ketanah air mereka.
3) kemudian, meraka perlu bangunkan kembali negara israel.
4) lastly, negara israel akan menjadi kuasa dunia seperti zaman pemerintahan sulaiman.

allah kemudian mengotakan janji mereka dengan mengutuskan al masih dari jurusalem dan nabi isa ialah orgnya. Tapi mereka kemudiannya menolak dan enggan mengaku nabi isa sebagai nabi. Kenapa? 'allah mengutuskan kami nabi yg hebat seperti daud dan sulaiman, mana mungkin nabi kami yg dijanjikan Allah ialah seorang lelaki yg dilahirkan tanpa bapa'. (Mungkin itu dialog mereka). Sebahagian dr mereka menerima nabi isa sebagai nabi dan sebahagian mendakwa nabi isa sebagai anak luar nikah. Nauzubillah.

Mereka melihat sendiri nabi isa mati disalib. (Kita islam dan percaya, nabi isa diangkat kelangit dan sahabatnya ditukarganti dengan wajah mirip nabi isa) jadi mereka kira bahawa al masih yg dijanjikan allah masih belum diturunkan. (Keengganan mereka menerima nabi isa sebagai almasih) dan mereka masih lagi menunggu kehadiran nabi mereka.

Selepas mereka memlihat utusan allah dibunuh, maka allah sekali lagi mengutuskan seorang nabi yang merupakan nabi terakhir yang diturunkan bukan dlm keturunan mereka tapi diturunkan dalam keturunan nabi ismail di tanah arab.

Maka 'jawatan' al masih telah kosong. Jadi, dajal yg akan mengisi kekosongan itu dan mendakwa dirinya al maish dan mereka akan sama melakukan kegemilangan.

Jadi kita tahu mengapa israel nak sgt tanah palestin. Mereka sedang melakukan kesemua 4 langkah itu secara berperingkat sambil menunggu (atau sudah ada) 'al masih' mereka untuk mencapai kegemilanagn bangsa mereka.

miechudde 19/11/2012, 15:16  

subhanallah..thanks sgt2 for this little bits.but just enough for me to strengthen my faith.keep on updating anything.sangat membantu,god bless you :)

Hafizah Mohamad 19/11/2012, 19:30  

alhamdulillah...terima kasih sbb share info yg berguna ni...kalau x kak pun x tau...tang APG kata "anda ni malas, gemok dan hanya mengharapkan ilmu disuapkan terus ke mulut anda " akak setuju sgt....mmg akak lah tu...sbb akak mmg malaih nak kaji selidik....kalau akak rajin mungkin x jd s/rmh sepenuh masa....ha ha ha...syabas APG....

Anonymous 19/11/2012, 21:44  

Anonymous:
Sebelum orang2 Israel datang secara haram ke Palestin, sememangnya dah ada penganut Yahudi dan Nasrani asal Palestin yang tinggal dengan aman di sana.

Tak ada isu orang Islam halau @ tak benarkan penganut agama lain tinggal di situ. Allahua'lam

Muaz Faris 20/11/2012, 03:15  

hebat.. gambar tu tak nak kasi kredit ke Inche Gabbana?

battrique^sya' 20/11/2012, 03:46  

salam tuan.. nk pinjam gambar qunut utk dibuat flyers boleh?

Tika 20/11/2012, 05:48  

Sangat bagus..penuh berisi. Banyak rupanya yg saya tak tahu dr tahu. alhamdulillahh...

Anonymous 20/11/2012, 09:44  

Assalam, Great info! awesome..

Neutronboy 20/11/2012, 12:15  

Dalam ilmu sains politik, terdapat sisi yang berbeza untuk diperlihatkan.

Pertamanya, apabila wujudnya satu deklarasi iaitu Deklarasi Balfour, Negara Israel telah diperakukan sebagai sebuah bentuk kerajaan dan negara di Palestine.

Isu pada hari ini yang mendorong kepada konflik antara 2buah negara ini ialah SEMPADAN NEGARA. Akibat masih tiada persetujuan antara kedua-dua belah pihak ini lah yang menyebabkan konflik SEMPADAN ini tidak kungjung tiba jalan penyelesaian.

Bagi pihak Israel, mereka sememangnya menyukai perkara ini, sebagaimana yang telah diterangkan dalam komen2 di atas, Pembentukan Israel RAya adalah perlu untuk menyambut kedatangan Dajjal The False Messiah.

#PrayForGaza

alifnaim 20/11/2012, 18:20  

nzmy dzul, mohon saya betulkan fakta ini:
"Kita islam dan percaya, nabi isa diangkat kelangit dan sahabatnya ditukarganti dengan wajah mirip nabi isa)"

Bukan SAHABATNYA, tetapi orang yang dimiripkan wajahnya menyerupai Nabi Isa a.s. adalah orang yang mengadukan hal Nabi Isa a.s. kpd kerajaan dgn kata-kata fitnah. Mengatakan bahawa Nabi Isa a.s. dan pengikutnya sedang merangka suatu rancangan untuk merampas kuasa pemerintahan kerajaan.
Maka dengan serta merta pemerintah ketika itu mengepung tempat ibadah Nabi Isa a.s. dan pengikutnya (yg ketika itu sedang berada dalam majlis ilmu), dan menjatuhkan hukuman bunuh keatas nabi Isa a.s.
Ketika inilah Allah s.w.t. mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit dan menjadikan wajah si pengadu yang mahukan balasan harta & kekayaan kpd Nabi Isa, lalu disalib.

Menurut kitab himpunan kisah Para Nabi lagi, Nabi Isa a.s. sendiri tidak mengetahui yg agama Kristian menyembah salib yg dikatakan dirinya disalib.

Wallahu rasulun bil a'lam.

Anonymous 20/11/2012, 19:53  

Aku ada study sikit pasal ni.Memang aku akui fakta yang penduduk asal bumi Palestin sememangnya kaum Yahudi.

Mengikut fahaman kita sebagai Muslim,kita tahu bahawa mereka tidak lagi layak menduduki Palestin selepas mendustai ajaran Nabi Isa, seperti yang diterangkan dalam komen di atas.

Namun bagi yang bukan beragama Islam, mereka tak mahu faham konsep ini.MEreka percaya pada konsep first come first serve.Dan sememang kenyataannya Yahudi yang menguasai tanah Palestin terlebih dahulu. Apatah lagi kaum Yahudi, yang cukup berpegang pada "redemption of the Promised Land" daripada Tuhan mereka, iaitu sekadar menuntut sesuatu yang memang milik mereka kononnya.

1) Bolehkah saudara terangkan dengan lebih detail, apakah nasib kaum Yahudi selepas peristiwa Nabi Isa (palsu) disalib? Bagaimana peristiwa itu dpt meyakinkan saya dan orang lain tentang kaum Yahudi yang telah hilang hak ke atas tanah Palestin?

2) Dari manakah asal-usul penduduk Palestin sekarang? Apakah mereka lebih awal menduduki tanah PAlestin? Bilakah mereka mula menduduki Palestin?


Saya minta maaf sekiranya soalan saya seakan mempersoalkan kebenaran dari fahaman Islam. Tapi saya cuba memahami konflik ini, dari sudut mata dunia yang tidak semuanya berada di sebelah kita.

Soalan-soalan saya tadi, adalah antara soalan yang sering dilontarkan oleh golongan pro-Israel. Saya harap saudara dapat tolong clarify dengan jawapan yang solid. Jika saya sendiri jahil ilmu dan tidak dapat meyakinkan diri saya, bagaimana saya mahu meyakinkan orang lain, apatah lagi musuh Islam?

Terima kasih

-Roronoa-

Anonymous 20/11/2012, 19:53  

Aku ada study sikit pasal ni.Memang aku akui fakta yang penduduk asal bumi Palestin sememangnya kaum Yahudi.

Mengikut fahaman kita sebagai Muslim,kita tahu bahawa mereka tidak lagi layak menduduki Palestin selepas mendustai ajaran Nabi Isa, seperti yang diterangkan dalam komen di atas.

Namun bagi yang bukan beragama Islam, mereka tak mahu faham konsep ini.MEreka percaya pada konsep first come first serve.Dan sememang kenyataannya Yahudi yang menguasai tanah Palestin terlebih dahulu. Apatah lagi kaum Yahudi, yang cukup berpegang pada "redemption of the Promised Land" daripada Tuhan mereka, iaitu sekadar menuntut sesuatu yang memang milik mereka kononnya.

1) Bolehkah saudara terangkan dengan lebih detail, apakah nasib kaum Yahudi selepas peristiwa Nabi Isa (palsu) disalib? Bagaimana peristiwa itu dpt meyakinkan saya dan orang lain tentang kaum Yahudi yang telah hilang hak ke atas tanah Palestin?

2) Dari manakah asal-usul penduduk Palestin sekarang? Apakah mereka lebih awal menduduki tanah PAlestin? Bilakah mereka mula menduduki Palestin?


Saya minta maaf sekiranya soalan saya seakan mempersoalkan kebenaran dari fahaman Islam. Tapi saya cuba memahami konflik ini, dari sudut mata dunia yang tidak semuanya berada di sebelah kita.

Soalan-soalan saya tadi, adalah antara soalan yang sering dilontarkan oleh golongan pro-Israel. Saya harap saudara dapat tolong clarify dengan jawapan yang solid. Jika saya sendiri jahil ilmu dan tidak dapat meyakinkan diri saya, bagaimana saya mahu meyakinkan orang lain, apatah lagi musuh Islam?

Terima kasih

-Roronoa-

Neutronboy 21/11/2012, 00:09  

Roronoa, awak kene faham beza antara zionis dengan Yahudi...

Betapa Zionis pada hari ini x sama dengan Yahudi... Keturunan Yahudi asal yang telah dihalau keluar dari Palestin tu kekal sebagai Yahudi Ortidhoks bahkan mereka sendiri x menuntut Tanah Yang Diharamkan terhadap mereka.

Namun berbeza dengan Zionis ini yang mana, telah berlaku asimilasi keturunan Yahudi ini dengan bangsa-bangsa lain, bahkan ciri2 asas Yahudi pun, mereka dah hilang.

Jadi mcm mana, Yahudi asal ni yang kononnya dikatakan berhak untuk menuntut (sbb katanya 1st come 1st serve) tetapi tidak menuntut bahkan melarag ramapasan tanah ini, berbanding dengan Zionis (Yahudi Hybrid) ni xd?

Maknanya dalam perkataan yang lebih mudah, berdasarkan kepada keturunan dalam masyarakat Zionis ini, mereka telah kehilangan keabsahan untuk menuntut Palestine ni.

Allahu a'lam.

Anonymous 22/11/2012, 03:41  

british,freemason,hitler,nazi,yahudi,pope,queen elizebeth,PM U.S . SEMUA NI MEMPUNYAI KAITAN . Sedangkan kristian asal juga terpesong akibat pope mereka.
-Pope mereka salah satu tentera hitler .
-anda tahu fahaman hitler?
-kenapa hitler tak bunuh kesemua yahudi ?
-kesemua pm US ada hubungan persaudaraan.
-anda tahu kenapa british sokong israel?
-datuk bush antara yg pelajari ilmu sihir@freemason@dajjal
-pernah trpikir sebilangan yahudi berkahwin dengan golongan diraja british?
-bendara british sama tak dengan piramid?
-masih kebetulan ?
-upaca yahudi di hadapan white house?
Terlampau bnyak yang ingin diberitahu.assalamualaikum.

Anonymous 27/11/2012, 02:06  

Assalamualaikum .. nmpknya masih ramai yg keliru dgn fakta pemilikan Tanah Palestine ini disbbkn masih ramai yg myangka bahawa 'YAHUDI' adalah bangsa! Yahudi sebenarnya adalah satu agama spt agama Islam, Nasrani (Kristian), Hindu, etc .. byk ayat2 Al-Quran yg menyebut "Orang-orang Yahudi dan Nasrani .." bmakna Allah swt sebenarnya bmaksud 'agama' Yahudi & Nasrani .. maka disbbkn itulah kita dpt melihat adanya Yahudi bwajah Arab, Inggeris, Negro, Russia, etc .. maka di sini tidak timbul lagi persoalan siapa yg berhak & terpilih mduduki Tanah Palestine krn isu 'first come first serve' yg tlh mjadi pokok utama pertikaian & perebutan Tanah Palestine adalah sebenarnya UMAT ISLAM & bukannya Yahudi atau Nasrani! Ini adalah krn Nabi Ibrahim, Nabi Ishak & Nabi Yaakub (asal-usul kturunan Bani Israel) adalah Islam! Bani Israel inilah yg kita panggil 'bangsa' & agama asal mereka adalah Islam & bukannya Yahudi .. & Allah swt tlh menganugerahkan Tanah Palestine ini kepada Bani Israel yg beragama Islam .. bmakna 'the promised land' ini sebenarnya tlh dijanjikan kpd org2 Islam .. walau bgmnpun, kekeliruan & kesalahan fakta ttg 'the promised land' di klgn org2 Yahudi & Nasrani ini tetap akn blaku mgkin shingga ke hari kiamat nnti krn mrk bpendapat Nabi Ibrahim, Ishak & Yaakub adalah keturunan Bani Israel yg beragama Yahudi & Nasrani ... wallahu aklam!

DaieRider 26/02/2013, 18:56  

Assalamualaikum.

Ni apa yang hamba baca dari sumber luar.

Israel pernah menjadi penyokong Hamas, di ketika Israel-Fatah(PLO) amat tegang ketika 1970an. Dari sini, Israel bina hospital2, sekolah2, masjid2 dengan hasrat me"lemah"kan orang-orang Palestin dengan agama.

Nampak pelik kan? Israel ingat orang2 yang belajar agama takdelah nak kacau2, lebih tumpu ibadat etc. bukan pada jihad.

Sekali, pang! Hamas lancar intifadha, hasil berkat usaha, sabar dan doa ketika process "buffering" di bawah "kasih sayang" Israel.

Then, padan muka Israel! Senjata makan tuan!

Selepas itu, Israel berjuang bersama PLO/Fatah dalam menyingkirkan Hamas.
*The enemy of my enemy is my friend*

Hamas pulak lebih mementingkan tarbiyyah, jadi takdelah tergesa-gesa nak attack Israel tanpa persiapan yang rapi dalam diri. Tapi, ada sekolompok golongan dalam Hamas ni yang tak sabar kerana percaya Israel perlu dihapuskan secepat mungkin. Dari sini tertubuhlah serpihan Hamas yang dinamakan Palestinian Islamic Jihad.

*pjg pulak*

TERBAIK.my 27/02/2013, 03:03  

Persatuan Bangsa-bangsa Bingung (PBB)

Anonymous 27/09/2013, 18:04  

thanks en gabbana!
may Allah bless u.

Anonymous 26/12/2013, 09:13  

Salam.. hitler berpihak pada yahudi atau tidak?

Teacher Basariah 09/07/2014, 13:00  

Memang info yang bagus..santai walaupun sebenarnya isu ni berat. Jom hadiahkan doa kepada saudara Islam kita yang sedang ditindas di seluruh dunia. SEmoga denga berkat Ramadhan ini, Allah ringankan penderitaan mereka. (^_^)

Anonymous 11/07/2014, 03:30  

Pada pandangan saya, daripada kita memboikot mereka, lebih baik kita bantu mereka agar hak mereka terpelihara dan keperluan harian lebih terjamin. Kalau boikot pun, ekonomi kita akan terjejas. Jika ekonomi kita sendiri pun tidak dapat nak jaga, macam mana kita nak terus bantu mereka?

Anonymous 11/07/2014, 06:34  

Betul.. bantu tetap bantu... tpi boikot tetap boikot! X kn kita nk ade share dlm stiap butir peluru zionis yg menembus jantung2 ummat islam di sana?? Jgn kita takut dlm memperjuangkn dan membela agama kita! Tidak yakin kh kita pd janji2 Allah?

raihanah 11/07/2014, 09:47  

Good info and writing dear. TQ

Anonymous 11/07/2014, 22:52  

Everyone need to cool down. Jom pekena air zamzam sebelum kita dig in lagi maklumat yg lompong.

Puteramuda Mahamiru 12/07/2014, 16:55  

Allahuakbar !!!

Anonymous 13/07/2014, 07:37  

member aku kata, Fatah tue perumpaan dia sama mcm UMNO kat Malaysia nie.. Hamas memperjuangkan Islam.. Fatah diam seribu bahasa.. hanya memerhati..

SentiasaPanas 15/07/2014, 11:07  

Mari kita berjuang bersama-sama rakyat Palestin hatta dengan melupakan keenakan kfc. Insyaallah bantuan Allah pasti akan tiba.

Anonymous 14/08/2014, 12:03  

Informasi yg amat amat berguana utk dummies spt aku

Anonymous 13/03/2016, 18:08  

Many thank youss

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP