29 April 2013

Zilal: Epilog

[Kredit]

"Ukhti.. Uhmmm.. Jap, saya rasa saya perlu beritahu anda sesuatu."

Junaidi membetulkan tempat duduknya. Dia gementar. Gugup. Masakan tidak, ini adalah sesi taaruf yang pertama buat dirinya. Dan mungkin juga yang terakhir.

Bersama-samanya adalah Ustaz Faizal, murabbinya. Di pihak akhawat, ada Sarah Alia dan Ustazah Jamilah, isteri kepada Ustaz Faizal. 

Junaidi menghela nafas. Dia tidak pasti sama ada dia perlu menceritakan segalanya kepada Sarah. Jika diceritakan, ada kemungkinan yang Sarah tidak mahu bersuamikan dirinya. Tetapi jika tidak diceritakan dan andai Sarah menerima dirinya, Junaidi akan menyimpan satu rahsia besar, satu beban berat yang akan dibawa ke kuburnya nanti. Sampai mati. 

Sebelum itu, dia terlebih dahulu sudah berbincang dengan Ustaz Faizal. Ustaz Faizal tidak menggalakkan, tidak pula melarang. Dia menyerahkan keputusan akhir kepada Junaidi, di samping menyuruhnya untuk perbanyakkan doa dan solawat, agar urusannya dipermudahkan pada hari itu. 

Tempatnya di sebuah rumah kedai dua tingkat. Selepas Isyak. Junaidi bertemu dengan Ustaz Faizal di bahagian bawah bangunan, sebelum mereka berdua naik ke atas. Ustazah Jamilah dan Sarah sudah setia menanti di atas. 

Itulah pertama kali Junaidi bertemu mata dengan Sarah. Jujur, Sarah cantik orangnya. Berketerampilan. Pakaiannya kemas dan bersih. Wajahnya redup. Kulitnya hitam manis. Matanya bundar, hidungnya mancung. Mulutnya mulus. Dagunya sedikit berlekuk. Ada tahi lalat di bawah bibirnya. Manis. Tidak tinggi dan tidak pula pendek orangnya. Tidak gemuk dan tidak pula terlalu kurus. Sedang. Molek. 

Kalaulah bukan kerana Junaidi adalah Junaidi, sudah pasti dia akan jatuh chenta pandang pertama pada Sarah. Namun Junaidi hanya memandang Sarah sebagai seorang perempuan Melayu, seorang Muslimah, seorang ukhti yang dianugerahkan oleh Allah dengan kecantikan dan keindahan rupa. Tidak lebih daripada itu. Moga akhlaknya juga mulia.

Sesi taaruf berjalan dengan lancar. Soalan-soalan lazim ditanyakan dan dijawab balas oleh kedua-dua pihak. Tiada apa yang luar biasa. Tiada apa yang membeliakkan mata atau buatkan mulut ternganga. Dan semuanya menjangkakan sesi taaruf itu akan berakhir dengan baik dan berjaya.

Sehinggalah Junaidi mengubah fikirannya.

Aku mesti berlaku jujur. Aku mesti beritahu kepadanya segalanya. It's now or never. 

"Sebenarnya.. Uhmmm.. Saya berkira-kira juga nak beritahu enti pasal ni. Tapi... Saya rasa lebih baik saya beritahu. Sekurang-kurangnya, saya tak merasakan diri saya menipu enti nanti. Tidak berahsia atau menyimpan apa-apa yang saya khuatir...akan menyebabkan saya menyesal di kemudian hari."

Sarah cuba menyembunyikan perasaan curiga dan ragu-ragunya. Namun keningnya telah mengkhianatinya; sedikit terangkat, memberi isyarat dia tidak menjangkakan kejutan itu. 

Ini adalah sesi taaruf yang kedua buat Sarah. Akh yang pertama dahulu telah terpaksa ditolak Sarah atas sebab-sebab tertentu. Dan akh itu juga seperti Junaidi, membuka cerita ketika sesi taaruf yang menyebabkan Sarah tidak dapat menerimanya.

Maka permintaan Junaidi itu membuatkan hatinya berdebar. Dia tidak mahu jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. 

"Saya harap enti bersedia dan berlapang dada dengan apa yang bakal saya ceritakan ni. Dan andai enti tak dapat menerimanya sekalipon, harapnya ia berakhir di sini. Minta tolong sangat-sangat agar tidak dihebahkan kepada sesiapa. Biarlah empat dinding ini menjadi saksi. Boleh kan..?"

Sarah terdiam. Ustazah Jamilah memandangnya, mengharapkan maklum balas daripadanya. Sarah akhirnya menggangguk perlahan, tanda setuju.

Junaidi menarik nafas. Mulutnya terkumat-kamit, berselang-seli dengan zikrullah dan solawat. 

"Baiklah. Begini ukhti.. Saya.. Saya tidak senormal seperti orang lain. Seperti lelaki lain.."

Maka bermulalah pengkisahan hidup Junaidi kepada Sarah. Dia bercerita bagaimana zaman kanak-kanaknya terpalit dengan memori hitam yang amat pahit untuk ditelannya. Ia gelap. Kotor. Jijik. Namun itulah takdir Allah buat dirinya.

Rentetan peristiwa itu, ia telah mengubah orientasi seksualnya. Dia mula berminat terhadap lelaki. Ia berlaku secara semulajadi. Tiada apa yang dapat dilakukannya untuk mengubahnya. Itu sangkaannya dahulu. 

Junaidi tidak sanggup untuk menceritakan perbuatan dan jahiliyyahnya yang terkutuk semasa di sekolah menengah. Cukuplah dia hanya membayangkannya sahaja, dengan harapan Sarah boleh faham-faham sendiri. Apatah lagi dia tidak mahu membuka aibnya sendiri, dengan harapan Allah akan menutupnya di akhirat nanti. 

Junaidi juga bercerita tentang Farid; bagaimana bekas murabbinya itulah yang menariknya masuk ke dalam gerabak tarbiyah dan dakwah ini. Bagaimana dia jatuh hati dengan Farid. Bagaimana hubungan 'chenta' mereka berakhir dan bagaimana pertemuan mereka yang terakhir telah memukul dan menyedarkan Junaidi. 

"Ukhti.. Berat untuk saya cakap benda ni. Dan saya pon tak pasti kenapa saya nak cerita ni pada enti. Tapi inshaAllah saya yakin ini yang terbaik, andai kita nak melayari bahtera bersama-sama nanti.

Uhmm.. Jujurnya, perasaan saya masih pada lelaki. Dan saya tak tahu sama ada boleh ubah perasaan ini sampai bila-bila atau tidak."

Terbeliak sedikit mata Sarah mendengarnya. Ustazah Jamilah juga tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejutnya. Mujurlah kedua-duanya merenung lantai, sepanjang sesi 'pengakuan' Junaidi. 

"Cuma... Saya tak mahu enti fikir, keputusan saya untuk mendirikan baitul muslim ni adalah sebagai jalan pintas untuk menguburkan masalah saya ni. Tidak. Bukan eskapisme. Bukan. 

Tetapi ia adalah sebahagian daripada usaha saya untuk mengubah diri saya. Untuk mentarbiyah diri saya. Untuk cuba menyelesaikan masalah ini. 

Dan... Dan.. Murabbi saya pernah sebut dulu.. Chenta itu adalah  kata kerja. Kita kena berusaha untuk mendapatkannya. Chenta itu boleh jadi datang sendiri. Beruntunglah mereka yang jatuh chenta tanpa perlu berusaha.

Namun lebih beruntung mereka yang meraih chenta selepas penat dan puas berusaha. Kerana chenta ketika itu, lebih lazat dan nikmat rasanya. Dan saya benar-benar mahu merasakannya...

Ini adalah sebahagian daripada usaha saya untuk menchentai manusia yang bernama perempuan. Saya teringin untuk merasakan perasaan fitrah itu. Saya mahu menjadi seorang manusia normal.. Seorang al-akh yang dapat memenuhi muwasofat tarbiyahnya. Yang dapat menaiki tangga amalnya..

Saya harap.. Saya harap ukhti dapat pertimbangkan.. Harap.. Tidak gopoh dalam membuat keputusan. Berdoalah padaNya, berbincanglah dengan mana-mana pihak yang enti percaya dan akhirnya, bertawakkallah kepadaNya...

Apa-apa pon keputusan enti nanti, saya redha inshaAllah. Saya redha. Moga Allah permudahkan. 

Dan moga enti sentiasa berada di bawah zilalNya..."

***

"Papa, papa! Sapa Farid..?'

Junaidi berkerut. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu. Farid. Tiba-tiba memori lama menerjah dirinya. Bertalu-talu. Farid.

"Mana.. Mana Fiya jumpa nama tu..?"

Junaidi berjalan mendekati Safiyah, anak sulung kesayangannya itu. Baru berusia empat tahun tetapi sudah petah bercakap. Bijak.

"Ni hah, kat buku ni..!"

Dia mengusap rambut Safiyah. Diambilnya senaskah buku tebal pada tangan anaknya itu.

Fi Zilalil Quran. Di bawah bayangan al-Quran. 

Dihadiahkan oleh Farid sewaktu hari lahirnya yang ke-duapuluh.

Dia membelek-belek buku itu. Sudah lama tidak disentuhnya. Naskhah Zilal yang ada padanya kini adalah versi elektronik, yang disimpan dalam tabletnya. 

"Kat mana Fiya jumpa nama Farid tu..?"

Safiyah menyelak kulit buku berwarna kehijauan itu. Kusam. Dia membuka helaian yang pertama. 

"Ni hah, F.A.R.I.D. Farid. Kan..? Sapa dia Papa..?"

Pada helaian yang terkandung tajuk buku, kelihatan tulisan tangan Farid dengan pen basah berwarna biru. Tulisannya pendek sahaja, tapi cukup bermakna.

"Selamat mendekati mati! Moga sentiasa berada dalam zilal chenta dan kasihNya. ;)"

Kemudian ditandatangani dengan namanya. Farid. Terabadi selamanya. 

"Oh. Uncle Farid. Dia..."

Tidak semena-mena gugur air mata panas di pipi Junaidi.

"Eh? Kenapa Papa nanges..?"

Junaidi tertawa kecil. Cepat-cepat dia menyeka air matanya.

"Takde apa Fiya. Teringat kat Uncle Farid ni. Dia best friend Papa dulu. Baik orangnya. Sangat baik.. Dah lama Papa tak jumpa dia.."

"Oohh. Jomlah kita jumpa dia! Nak..?"

Safiyah tersenyum lebar. Ikhlas. Jujur. Beriya-iya.

Junaidi hanya mampu tersenyum. Diusapnya rambut anaknya sebelum diangkatnya dan dikucup pipi tembam Safiyah.

"InshaAllah Fiya, inshaAllah."

Air mata Junaidi mengalir lagi.

Farid, jangan lupa janji kita. Kita akan bertemu semula di sorga. Di bawah zilalNya. Di bawah zilal kasih dan chentaNya. 

Dan kita akan berchenta semula. Di sana. Buat selamanya...

- TAMAT -

-gabbana-

Alhamdulillah, Allah ijinkan saya untuk menghabiskan karya Zilal ini. Dari segi menyusun jalan cerita, menata kata dan mereka gaya, jujur, tidaklah sukar untuk menghabiskannya. Namun yang sedikit sukar adalah memastikan jalan ceritanya terus kekal segar, sejajar dengan niat asal penulisan ini; tidak lain untuk mengajak anda semua kembali kepadaNya. Juga untuk memastikan ia tidak terlalu bermain dengan emosi. Dengan nafsu diri. 

Tema yang diketengahkan di dalam Zilal mungin kontroversi. Namun ia adalah realiti, walau  ia pahit dan tidak enak untuk ditelan. Komen-komen pada Zilal bahagian-bahagian yang sebelum ini menjadi manifestasi betapa tema yang cuba digarap bukannya suatu fantasi, tetapi hakikat yang perlu dihadapi kita semua. Dan saya juga pernah menulis tentang hal ini dalam 'Ikhwah Songsang' meski ia tidaklah sejujur Zilal. 

Persoalannya kini, bagaimana kita membantu golongan ini? Dengan mengasingkan mereka? Dengan mencela orientasi mereka ini? Dengan buat-buat biskut, seolah-olah mereka ini tidak ada dan tidak pernah wujud..? 

Ketahuilah, mereka ini tidak meminta untuk dijadikan sedemikian rupa (Kecualilah mereka yang sememangnnya memilih untuk menjadi sebegitu. Pilihan dalam keadaan sedar dan atas kerelaan sendiri. Na'udzubillah.) Saban hari, mereka terpaksa bertarung, bergaduh dan bermujahadah melawan nafsu yang membuak di dalam diri. Belum lagi dikira serangan dan bisikan syaitan yang bertali arus, tanpa belas kasihan atau penat lelah. 

Ada yang menang. Tapi ada juga yang tewas. Dalam keadaan sebegini, adilkah kita untuk terus menuding jari, meletakkan bebas kesalahan kepada bahu mereka semata..? 

Di dalam Zilal, saya tidak menawarkan apa-apa solusi yang konkrit. Saya tidak juga menjanjikan pengakhiran yang berbahagia buat selamanya (Baca: Happily ever after). Kerana walau ia indah dan enak dibaca, saya tidak mahu memberikan harapan palsu kepada golongan ini.

Realiti tetap realiti. Ia tetap perlu dipijak, walau keras, meski menyakitkan. 

Kisah yang digarap dalam Zilal adalah kisah rekaan semata-mata. Meskipon saya tidak dapat untuk mengelak daripada mengaitkannya dengan beberapa kejadian atau peristiwa yang pernah berlaku atau dalam pengetahuan saya.

Mohon maaf andai ada yang terasa dan terguris dengan penulisan ini. Jujur, tiada yang lain yang saya dambakan melainkan penulisan ini akan memberi manfaat yang melimpah-ruah kepada anda yang membacanya. Tiada yang lain yang saya rindukan melainkan keredhaanNya semata.

Kepada golongan yang mungkin merasakan tulisan ini ditujukan kepada anda, doa saya bersama anda. Walau saya cuba untuk memahami penderitaan dan sengsara yang sedang anda alami, anda lebih mengetahui betapa peritnya ujian Allah yang satu ini.

Bersabarlah. Bersabarlah. Bersabarlah. Pasti akan ada sinar bahagia di hujung anda, andai anda terus sabar dan percaya.

Sabar. Istiqamah. Ikhlas. Dan mujahadah.

Moga Allah redha.

"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"

Zilal. Hakcipta terpelihara (C) 2013.


27 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 29/04/2013, 13:22  

Subhanallah akhi.. penuh dgn ibrahnya... maka nikmat tuhan yg mana kamu ingin dustakan... subhanallaj

Anonymous 29/04/2013, 13:30  

setiap hari berjuang, bermujahadah melawan nafsu yang membuak2.... *headshot*
Ana salah seorang yg senasib seperti junaidi, syukur masih lagi mampu mengawal diri dari terjebak ke lembah hitam, minta doa semua kepada insan2 seperti kami,
to the writer, thank u so much, u really opened my eyes, terasa kurang beban dibahu lepas tahu yang ada org lain yang ambil tahu pasal masalah kami ini,

enonimes 29/04/2013, 13:37  

ending tak happy... tapi banyak ibrahnya. seyes. jay zack kay kay inche Gabbana!

Hamba Allah 29/04/2013, 13:49  

Allah TT.TT
*potong bawang seguni laju laju*
Dan selama ini saya merasakan saya keseorangan dalam mengharungi ujian Allah yang berbentuk sedemikian rupa, namun setelah mengikuti zilal sebenarnya ramai hamba hamba Allah yang teruji dengan ujian yang sama, Allahuakbar.Seringkali terlintas difikiran bagaimanakah rasanya untuk menjadi insan yang normal,yang mencintai wanita secara fitrahnya dan bukan terpautnya hati kepada ar rijal.
Walaupun dibesarkan dengan keluarga yang mementingkan pendidikan agama, seorang yang sering juga dijadikan tempat rujukan mengenai perihal agama, namun masih tidak terlepas dari ujian Allah yang buat diri saya maha berat ini. Allah TT.TT
Semoga kita semua mendapat manfaat dan pengajaran dari penulisan inche gabbana ini. Insya Allah. Jzkk inche gabbana :)
* currently berusaha menuju ke arah cahaya di hujung terowong yang maha gelap ini.Insya Allah. Doakan saya :') *

Anonymous 29/04/2013, 14:55  

Alhamdulillah, terbaik!! Jazakallahu khair !

Anonymous 29/04/2013, 15:44  

Alhamdulillah......
:)

Unknown 29/04/2013, 16:13  

salam, cantik gambar gambar yang digunakan kat blog ini.

Anonymous 29/04/2013, 16:22  

entry terakhir "zilal" ini berjaya bina empangan mata. ada manfaat dalam cerita ini. moga permata bersinar di sebalik hitamnya arang.

sabar. istiqamah. ikhlas. mujahadah.

moga berchenta di sorga nanti...

Anonymous 29/04/2013, 16:43  

soalan jujur..

xpe ke kalau kita mengharap untuk bercinta di syurga? which means, everything we do, every day kita mujahadah melawan nafsu; tapi deep down we still hope for the 'haram' thing to happen.

minta penjelasan..

Unknown 29/04/2013, 17:26  

pergh..mantop! Mabruk!

Anonymous 29/04/2013, 18:03  

You make me addicted to read your blog!

Anonymous 29/04/2013, 19:35  

teringin nak tahu mcmn junaidi boleh jadi normal..sekelip mata slps kawen ataupun banyak mujahadah yg perlu dilalui sblm itu..

lkjhgfdsa 29/04/2013, 20:20  

Disebabkan cerita Junaidi ni lah baru saya tahu yg masalah ni sebenarnya betul2 ade di kalangan lelaki di luar sana. Saya fikir masalah ini cumalah sekadar pelaris filem atau drama tivi sahaja, rupanya tidak.

Semoga kalian yg diuji terus berjuang, kerana Allah.

Fakhrul Ezam 29/04/2013, 21:12  

Jazakallah khayran khatsiro Inche Gabbana atas penulisannya. ia banyak memberi idea dan kaedah untuk ana mendekati mutarabbi ana sendiri walaupun masalahnya tidak lah sama.

Ia benar2 bermanfaat.

Ada dua soalan, harap Inche Gabbana sudi menjawabnya walaupun ana ni hanyalah silent reader kat sini, ade ke naskhah zilal versi elektronik?

Then dalam usrah ana, kami pernah berbincang tentang peranan media dalam dakwah. Ana berikan dua contoh yakni Inche Gabbana dan Muharikah. Mereka walaupun sibuk dgn program tarbiyah, kerjaya, famili, namun masih mampu menghasilkan penulisan2 yg membekas jiwa. Bagaimana nak balance 3 perkara ni akh?

Moga bertemu di surgaNya.

Leen Princess... 30/04/2013, 02:24  

alhamdulillah hbis jga akhirnya crta ni! syukran atas perkongsian crta! byk pngjran yg dpt dri crta ini!.. jarang2 org buat crta ttg ukhuwah antara ikhwah,besenya dgr akhwat..
apapun teruskan berusaha di jlan dakwah ini!

Jejaka Nirman 30/04/2013, 02:49  

Terbaekk !!

Anonymous 30/04/2013, 06:01  

Assalamualaikum

Jzkk akhi, its really mmbuka mata

They need helps, insyaAllah

ciksitifatimah 30/04/2013, 10:36  

ah menangis lagi.

Anonymous 30/04/2013, 10:59  

jzkk

Anonymous 30/04/2013, 15:26  

u make me reading this during office hour, IG. Balik lambat la gamaknye arini... Kalo bukan kat opis, sure pecah empangan. Haha~ Anyway, nice one bro! Keep it up.

Anonymous 01/05/2013, 06:47  

Alhamdulillah. akhirnya, ada jugak yang ambil approach sebegini daripada menghukum. mereka tidak diminta dilahirkan sebegini, perasaan itu muncul sebegitu, bukan dibuat-dibuat bukan disengajakan. Setiap hari, merupakan satu medan perang yang baru, dan ya, medan perang yang hanya ada seorang bala tenteranya. Kalau diluah pada sesiapa, mati ! Dikeji, dihina, diberikan frasa "wajib mati dihempap bumi". Aduhhhh. setiap hari memikirkan masa depan. bukan kerja. bukan rumah. bukan kereta. tapi kehidupan berkeluarga. mampukah? ada suatu hari nanti perkahwinan paksa-rela akan dilaksanakan jugak dek kerana desakan sekeliling, rahsia hitam dalam diri. macam mana kalau akad nikah itu hanya satu simbolik yang hanya mampu menjadi cubaan menipu diri sendiri? macam mana dengan tenggungjawab dan nafkah isteri itu nanti? perkahwinan yang akan menyakitkan pasangannya? dan berpuluh-puluh masalah dan persoalan yang singgah bersimpuh dalam minda.

Hah... Kalau diberi peluang untuk keluar dari belenggu masalah ini. dah lama dah kami lari. kalau ianya boleh hilang macam basuh baju yang kotor dalam washing machine dah lama basuh. kenapa perlu kami sengsara setiap hari, membingungkan kepala otak, membekukan hati dan nafsu.

Unknown 01/05/2013, 11:36  

thumbs up ! :)

Zulfadli Hakim 02/05/2013, 07:42  

Wah!
Seronok membacanya.
banyak ibrah yang boleh diambil.
dulu tertnya gak apa itu zilal.
seronok jalan critanya.
mmng realiti bgitu.
semoga yg hdapi masalh bgini sntiasa tabah dan semoga Allah bersama mereka.^^

akita 04/05/2013, 00:59  

subhanallah.

alhamdulillah, Allah akhirnya menggerakkan saya untuk membaca zilal.

kali pertama saya tahu tentang zilal adalah ketika sesi usrah saya yang lepas. namun, bukan impression yang baik saya terima dari seorang usrahmate saya yang mungkin padanya, cerita2 sebegini susah untuk dikaitkan dengan kehidupan semasa, lebih2 lagi zilal bahagian ii yang agak terbuka, dan bukan senang untuk kami para akhwat khususnya mampu membaca juga dengan pemikiran yang terbuka.

but i did it anyway. i read from the first letter to the last. and im glad i read this.

situasi yang diketengahkan, mungkin sukar untuk dikaitkan dengan kehidupan kebanyakan kita. namun, somehow mungkin cara halus Allah mahu menegur saya melalui anda, setiap apa yang anda tulis tidak pernah gagal untuk menyentuh hati saya. as if anda memerhati kehidupan saya dan kemudian anda menegur melalui karya2 anda, post2 dan tweet2 anda dan setiap kali itu juga saya terasa. (i read baihaqi after zilal, and was surprised again on how Mariah felt towards Saudagar Sorga's writings, because thats exactly what i felt)

jazakallah khairan katheera. segala puji bagi Allah kerana mengurniakan ilham ke atas anda, dan melalui anda, berjaya menyentuh hati pembaca2 seperti saya.

indah, cara anda menyampaikan rasa cinta junaidi kepada farid. indah yang jika saya biarkan diri saya terus hanyut menyelami perasaan watak junaidi, saya sendiri mengharapkan sesuatu yang indah untuk junaidi. namun, sudah tercatat dalam al-Quran yang syaitan itu akan menjadikan setiap perbuatan maksiat kita itu kelihatan indah di pandangan mata. dan redha Allah itu bukan sekadar boleh dimiliki dengan kemahuan semata2, tapi perlu mujahadah yang berterusan.

oh. dan saya suka bila anda kaitkan sedikit tentang Umar al-Khattab di awal penceritaan, ketika Farid membawa usrah. as if, simboliknya, jahiliyyah kita tidaklah sebesar jahiliyyah yang pernah Umar ra ada, namun beliau berjaya menanggalkan jahiliyyah beliau, mengapa tidak kita?

sorry for this super long comment but saya tergerak untuk berkongsi sedikit idea berkenaan komen seorang anonymous di atas, walaupun belum tentu komen ini akan dibaca:

" Anonymous said...
soalan jujur..

xpe ke kalau kita mengharap untuk bercinta di syurga? which means, everything we do, every day kita mujahadah melawan nafsu; tapi deep down we still hope for the 'haram' thing to happen.

minta penjelasan.."

saya rasa saudara/i salah faham akan maksud mengharap cinta di syurga. tidaklah ia bermaksud junaidi mengharapkan untuk bercinta (in that kind of way) di syurga kelak, tetapi satu pengharapan tinggi untuk ke syurga bersama-sama dengan farid. dan insyaAllah, di syurga kelak tidak ada perasaan2 sebegini (songsang, if i may say). Allah akan mengurniakan kepada ahli2 syurga perasaan berkasih sayang sesama mereka semata-mata kerana-Nya.

-akita-

Anonymous 18/06/2013, 12:06  

:')
penuh dengan pengajaran
thanks for the great story

Selendang Hitam 01/12/2013, 13:34  

aku nh baru gak r bejinak2 ngan blog APG nh.. kisah nh mmg wujud di alam realiti.. berlaku pada kawan aku sndri (satu geng berjimba-jimba, geng kita orang ade lelaki dan p'puan, so aku p'puan).. .. kawan aku 2 pernah bermesra-mesraan sesama jantina lelaki dengan cara yang kurang normal dengan depan aku.. so aku pown cakap je direct "kalau ko nak buat maksiat jangan buat depan aku, sakit mata" pas 2.. due2 sentap. ye cara aku mmg kasar memandangkan waku 2, 2.. aku sendri belum ditarbiyah.. jadi aku nak tanye la bg pendapat enche gabbana atau siapa2 yang bergelar seorang lelaki.. bagaimana seorang p'puan yang hanya seorang kawan biasa nak membawa balik kawan-kawan nya itu ke pangkal jalan? maaf la..
p/s: maaf la aku x reti nak guna bahasa ana, enta enti nh.. aku pown masih baru gak dalam dunia usrah nh..

Anonymous 31/12/2013, 15:45  

Jazakallahu khair. Moga Allah sentiasa redha dengan penulisan APG :) dapat mengajar supaya lebih memahami dan bukan terlalu cepat untuk menghakimi.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP