25 April 2013

Zilal: Bahagian IV

[Kredit]

"Aku tak boleh la Zack.. Dah rasa lain macam. Tak tau nak cakap macam mana. Tapi setiap kali fikir pasal benda tu..  Aihh.. Meremang bulu roma!"

Zakaria menggeleng kepala. Dia tersenyum. Sinis.

"Apa la kau ni Farid oi. Dia kan mutarabbi kau. Anak usrah kau. Kalau bukan kau yang nak bantu dia, siapa lagi..?"

Farid memandang wajah rakan serumahnya, merangkap rakan seusrah dan rakan satu universiti dengan pandangan tidak terpercaya. 

"Memang la aku nak bantu Zack. Tapi kau faham tak situasi dia sekarang ni..? Aku ni ha, THE centre of attraction! Kalau dia minat orang lain, senang la sikit. Dia jatuh chenta kat aku Zack! Adoilaaa.." 

Zakaria tergelak mendengar penjelasan Farid. Dia terdiam sebentar, mencari-cari hujah yang sesuai untuk meyakinkan sahabatnya tu.

"Rid.. Cuba kau letak diri kau dalam kasut si Junaidi tu. Apa perasaan kau kalau kau tahu murabbi kau sendiri cakap macam tu..? Dan.. Kita tak tahu lagi situasi sebenar Junaidi tu macam mana. Kenapa dia minat kau..? Dia tu memang, err, gay ke atau macam mana..? Apa yang menyebabkan dia jadi macam tu..?

Skang ni kita banyak sangat dzan, which is not good at all. Kita kena berlaku adil, Rid. For all we know, dia minat pada kau dan tak lebih daripada tu!"  

Farid menggaru kepalanya yang tidak gatal. Geram. Rimas.

"Kalau kau ada dengan aku hari tu Zack.. Kau mesti tak cakap macam tu.. Ye, aku setuju je, yang aku kena siasat dulu, kena tabayun sume tu. Tapi Zack.. Aku dapat rasakan aura dialah.. Memang aku rasa dia.. Allahu rabbi. Tak sanggup aku nak cakap.."

Zakaria mendengus. Jujur, dia amat mahu membantu sahabatnya dia tu. Dan dia juga mahu membantu Junaidi, seorang al-akh yang padanya cukup berpotensi untuk dikembangkan lagi. Tetapi dia sendiri buntu. Keliru.

"Dah tu.. Macam mana..? Apa plan kau..?"

Farid memandang Zakaria dengan wajah yang resah. Dia gundah. Dia benar-benar tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Hal sebegini tidak pernah lagi berlaku pada dirinya. Malah dia yakin, tidak ramai ikhwah yang pernah mengalami apa yang sedang dia alami. Satu dalam sejuta. Tidak, satu dalam satu bilion mungkin. 

"Entahlah Zack.. Aku rasa... Haihhh. Kena bagi tempoh bertenang dulu kot. For both of us. Aku. Dia. Aku rasa, dalam keadaan macam ni, tak perlu kot aku nak kontek dia ke apa. Entahlah.. Yang aku faham, kalau dengan keberadaan aku boleh menyebabkan dia naik syahwat, maka haram untuk dia berjumpa dengan aku.. Tapi Zack..."

Farid menjadi sebak. Tidak semena-mena. 

"...Aku tak sanggup Zack nak tinggalkan dia terkapai-kapai macam tu.. Aku.. Aku tahu aku perlu tolong dia.. Aku sayang diaaa... Tapi.. Tapi aku seriously tak tahu nak buat macam mana... Aku takut Zack.. Tolong aku Zack.. " 

Farid duduk di hujung katil. Lemah. Zakaria mendekatinya, lantas memeluk bahu sahabat baiknya itu. Lama dia membiarkan Farid melayan emosinya, sebelum kembali memulakan bicara. 

"Macam ni lah Rid.. Kita cuba apa yang termampu untuk bantu. InshaAllah aku yakin, kalau kita ikhlas dan bersungguh dalam mencari ikhtiar jalan keluar, Dia akan bantu kita. Apatah lagi kita nak bantu dia keluar dari kegelapan dan bimbing dia untuk berubah. InshaAllah Rid, yakinlah, Allah bersama-sama kita.. Ok Rid..?"

Farid mengganguk perlahan. Air matanya menitik tidak tertahan. 

***

Sudah lebih seminggu Farid tidak menghubungi Junaidi. Sebelum ini, paling lama pon Farid tidak menghubunginya, adalah dalam dua hari setengah. Sama ada melalui mesej pesanan ringkas, mesej Whatsapp, telefon atau sekadar berdinding di MukaBuku sahaja. Tapi kali ini tiada apa. Langsung tiada apa-apa.

Junaidi tertekan. Timbul rasa sesal pada dirinya kerana terburu-buru meluahkan rasa kepada Farid. Dia benar-benar gelisah. Resah. Setiap kali telefonnya berbunyi tanda ada mesej yang masuk, dia pasti akan mengharapkan ia adalah mesej dari Farid. Setiap kali ada notifikasi baru pada laman MukaBukunya, betapa dia mengharapkan Farid ada meninggalkan komen atau menghantar mesej peribadi. Tetapi setiap kali itu juga dia akan hampa. Kecewa. 

Bukan sekali dua dia terlintas untuk menghubungi Farid terus. Atau menghantar mesej kepadanya. Namun dia tahu yang Farid pasti tidak akan menyukainya. Belum tentu Farid akan mengangkat panggilannya. Belum pasti Farid akan membalas mesejnya. Dan dia tidak mahu dikecewakan lagi. Ia pasti menyakitkan. Aaaahhh ini benar-benar gilaaaa...! 

Pernah sekali, ketika dia tertekan yang amat, timbul fikiran gila dalam kepalanya untuk dia membunuh diri sahaja. Dia merasakan sudah tiada maknanya dia hidup di muka bumi ini. Jika Farid sendiri membenci dirinya, apalah lagi motivasi dan perangsang untuk dia terus kuat dan bersemangat..? Andai Farid sendiri sudah tidak mahu menerimanya, apalah lagi makna dan erti untuk dia terus bernafas meneruskan hidup sehari-hari..?

Mujur dia cepat-cepat membuang perasaan itu jauh-jauh. Mujur masih ada iman yang meronta-ronta di dada. Dia tahu, perasaan itu adalah bisikan syaitan. Dia tahu, pemikiran gila sebegitu datangnya daripada nafsu diri yang sedang bergejolak. Segera dia beristigfar. Segera dia membasahkan dirinya dengan wudhu'. Mujur masih ada taqwa yang bersisa di jiwa. Mujur.

Namun dia juga manusia. Manusia yang masih terkejar-kejar sinar di hujung terowong. Manusia yang masih termengah-mengah mengejar redhaNya. Manusia yang punya dosa dan noda silam yang melemaskan dirinya. Ah.

Untuk menenangkan dirinya, dia selalu mengingati semula kenangan-kenangan manis dirinya bersama Farid. Dan antara kenangan yang tidak mungkin akan dilupakannya, adalah pada suatu malam, Farid membawanya ke tepi pantai untuk melihat langit malam, terbentang luas menjadi kanvas untuk bintang-bintang bersinar cemerlang menghiasinya.

"Ju.. Ju nampak tak bintang yang paling cerah kat belah kanan hujung tu..?"

Junaidi mendekati Farid. Semerbak bau minyak attar yang dipakainya.

"Yang mana..?"

"Tu, yang hujung tu.. Ish, takkan tak nampak kot..? Yang paling cerah tu..?"

Farid menuding-nuding ke langit, macamlah di hujung jarinya ada cahaya laser yang dapat membidik tepat bintang yang dimaksudkannya tu. Junaidi terjingkit-jingkit, benar-benar mahu melihat bintang yang dimaksudkan Farid.

"Ohhh, nampak dah! Cantik! Tapi.. Kenapa dengan bintang tu..?"

Farid tersenyum. Lama dia tersenyum, sebelum dia memulakan bicara.

"Ada orang kata, itulah sorga. Di langit yang paling tinggi, pda lapisan yang paling mempesona. Menanti dengan setia, manusia-manusia yang bakal menjadi penghuninya."

Junaidi mendengar dengan penuh tekun. Berminat.

"Ada satu hadith Nabi ni, baginda bersabda, 'Demi diriku yang berada di dalam genggamannya! Kamu tidak akan masuk sorga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehingga kamu berkasih-sayang. Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya, maka akan lahirlah kasih-sayang? Sebarkan salam di antara kamu.'

So.. Syarat nak masuk sorga, kena saling berkasih-sayang..."

Farid memandang tepat wajah Junaidi. Keningnya sedikit terangkat dan senyumannya melebar. Lama dia merenung, sehingga muka Junaidi jadi merah padam.

"Ju nampak kan bintang tu..? Bintang sorga. InshaAllah, suatu hari nanti, saya nak masuk sorga tu. Dan saya nak masuk dengan Ju. Dan sebab syarat nak masuk sorga kena saling menchentai.."

Sekali lagi Farid memandang Junaidi. Tetapi kali ini tidak lama. Segera dia mengalihkan pandangannya ke langit hitam yang pekat, dihiasi dengan jutaan bintang ciptaan Tuhan.

Jantung Junaidi berdegup kencang.

"...saya menchentai Ju kerana Allah. Ya Ju, saya sangat-sangat sayang Ju keranaNya."

Meleleh air mata Junaidi mendengar pengakuan itu. Cepat-cepat dia menyekanya, sebelum Farid menyedarinya. Mujurlah di waktu malam, tindak-tanduknya tidak begitu kelihatan.

Farid menoleh dan menghadiahkan senyuman penggugah jiwanya kepada Junaidi.

Dan aku.. Aku sudah jatuh chenta padamu, Farid. 

***

Farid tidak boleh tidur. Sekejap dia mengiring ke kanan. Sekejap dia mengiring ke kiri. Matanya tidak boleh lelap. Entah mengapa.

Sudah hampir dua minggu dia tidak menghubungi Junaidi. Dia tidak berani. Dia tidak punya kekuatan untuk berbuat sedemikian. Ya, dia berasa bersalah. Dia gundah, resah Tapi dia amat takut akan tersilap langkah, hingga membuatkan keadaan akan menjadi bertambah buruk.

Untuk mengetahui perkembangan terbaru Junaidi, dia hanya membuka laman MukaBuku dan menziarahi laman Junaidi. Itu pon tidak banyak perkemabgan terbaru yang ada. Fikirnya, sudah pastilah Junaidi juga sedang berdukacita. Gundah gulana.

Ada juga dia terfikir untuk bertanyakan khabar Junaidi kepada rakan-rakan rapatnya. Namun dia khuatir nanti rakan-rakannya itu mencurigai sesuatu. Kasihan pula Junaidi nanti, terpaksa membuat sidang akhbar tergempar.

Selama hampir dua minggu itu juga, Farid terpaksa membatalkan usrahnya bersama anak-anak usrahnya. Alasan yang diberikannya, dia terlalu sibuk dengan kerja. Alasan. Helah. Kerja-kerja nak cari jalan keluar bagi menyelesaikan masalah antara dia dan Junaidi.

Ya, dia berasa amat zalim. Zalim terhadap anak-anak usrahnya yang lain. Mereka tidak sepatutnya menjadi mangsa dalam krisis ini. Juga zalim terhadap Junaidi, kerana memilih untuk berdiam diri. Jujur, dia benar-benar tidak tahu apakah yang patut dilakukannya dalam keadaan sebegitu.

Hanya Zakaria sahajalah tempat dia mengadu. Itu pon, sehingga kini, dia dan Zakaria masih tidak berjumpa dengan jalan keluar. Jalannya ada, namun Farid tidak senang hati dan tidak benar-benar kuat untuk melaluinya. Dan dia tidak sampai hati mahu berkongsi  masalah ini dengan ikhwah lain, kerana dia risau benar sekiranya dia berbuat demikian, aib Junaidi akan tersebar luas. Mulut paip bisa ditutup, mulut manusia, siapa yang sanggup..?

Astaghfirullahal adzim. Astaghfirullah...

Farid bangkit, terduduk di atas katilnya. Lama dia duduk dan berfikir, sebelum bangun dan menuju ke bilik air. Bismillah. Dibasahkan mukanya dengan air. Segar. Dengan cermat, dia membasuh setiap anggota wudhu'nya hingga selesai.

Ditukar baju tidurnya dengan kain pelikat dan t-shirt solatnya. Sejadah yang dihadiahkan ibunya sewaktu menunaikan umrah dua tahun lepas, dibentangkan dengan bersahaja.

Tegak berdiri. Matanya dipejam. Lama. Ditariknya nafas yang dalam, sebelum dia mengangkat takbir.

Lama dia bermunajat. Setiap rukun solatnya dipanjangkan. Inilah masanya untuk dia berdialog dengan Allah. Mengadu. Berkisah. Bercurhat. Dia yakin, hanya Allah sahajalah yang boleh menunjukkannya jalan keluar.

Pada sujudnya yang terakhir, dia berdoa, khusus untuk Junaidi.

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Engkaulah Pemegang hati-hati ini. Engkaulah Pemilik jiwa-jiwa ini.

Wahai Tuhan, Kau tahu apa yang terbuku di hati ini. Kau tahu betapa chentaku pada saudaraku, Junaidi. Dan Kau tahu, betapa aku benar-benar mahu menuntun tangannya, membimbingnya keluar daripada kegelapan yang sedang dia lalui.

Tapi wahai Tuhan, Kau juga pasti tahu, betapa lemahnya diri. Betapa hinanya diri ini. Betapa jahilnya manusia yang bernama Farid ini..."

Ketika ini, Farid tidak dapat tertahan lagi. Air matanya mengalir laju. Dia teresak.

"Bantulah aku...untuk membantu Junaidi. Tunjukkan aku...jalannya. Sinarkan aku...dengan cahayanya. Dan kurniakan aku dengan kekuatan...kemampuan...dan kemahuan untuk...untuk membantunya, ya Rabb.

Jauhkan hati aku ini daripada sangkaan-sangkaan jahat. Jauhkan bisikan-bisikan syaitan durjana daripada terus merosakkan jiwa diriku ini. Bersihkan hatiku, ikhlaskan niatku.

Ya Allah, aku benar-benar mengasihinya...keranaMu. Tiada sebab lain mengapa aku mahu membantunya, kalau bukan kerana chenta aku kepadanya demi menggapai redhaMu. Ya Allah, aku benar-benar mahu melangkah masuk ke dalam sorgaMu bersamanya...

Ya Allah, bantulah aku sepertimana yang Kau mahu. Ya mujibu da'wat, ya qadhiyal hajaat.."

Berlinangan air mata Farid ketika melafazkan bacaan tahiyat akhirnya. Dia memberikan salam dengan perasaan yang lebih lega. Dia menghabiskan salamnya dengan jiwa yang jauh lebih tenang. Dia yakin, pasti Allah akan membantunya. Menunjukkannya jalan keluar.

Di saat itu juga, entah bagaimana, dia terpandang risalah Muqaddimah Zilal di atas meja tulisnya. Dan entah mengapa, timbul rasa membuak-buak dalam dirinya untuk menelaah risalah itu.

Lantas perlahan dia bangkit, menuju ke mejanya. Dinyalakan lampu mejanya dan Farid duduk dan mula membaca risalah yang sudah berulang kali dibacanya itu. Dia merasakan seolah-olah pertama kali dia membaca tulisan agugn Sayiid Qutb itu. Malah, dia merasakan seolah-olah Sayyid Qutb sedang berbicara terus dengannya pada malam yang hening itu. Ajaib.

Ia adalah suatu kenikmatan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang... 

Sampai pada perenggan keenam, dia merasakan seperti ada orang yang menampar kuat pipinya. Memukul kuat dan merobek dahsyat hatinya. Terasa seperti dipanah petir. Dibakar sehingga hangus.

"Kemudian aku melihat keadaan simpang-siur yang dialami oleh umat manusia yang telah menyimpang dari undang-undang alam buana, juga melihat percanggahan di antara pengajaran-pengajaran yang merosak dan jahat yang diajarkan kepada mereka dengan fitrah semulajadi mereka, lalu aku berkata di dalam hatiku: 'Manakah syaitan jahat yang telah memimpin umat manusia ke neraka ini?

Alangkah ruginya manusia!" 

Farid memberhentikan bacaannya. Dia mendengus. Kuat. Dipejamkan matanya. Lama dia biarkan fikirannya kosong. Kemudian Junadi masuk ke dalam kepalanya. Ketika itu juga, air matanya mengalir lagi. 

Aku mesti tolong dia. Aku mesti..! Aku takkan biarkan syaitan membawanya lari, jauh daripada Allah! Takkan! 

***

iPhone 4S milik Junaidi mengeluarkan bunyi loceng dan bergetar pada masa yang sama. Ketika itu Junaidi sedang bermalas-malasan dengan komputer ribanya, membaca blog-blog yang sering dikunjunginya.

Dia hampir-hampir melompat melihat mesej yang keluar. Farid.

"Salaam Ju.. Uhm, maafkan saya sebab lama tak kontek Ju.. ;( Err, boleh tak saya nak jumpa Ju..? We need to talk. Ju pilih masa dan tempat. InshaAllah saya ok je bila-bila dan mana-mana. Do get back to me yeah..?" 

Bergetar hati Junaidi membacanya. Lemah lututnya, apabila memikirkan yang dia akan berjumpa dengan Farid semula. Namun entah mengapa, buat pertama kalinya sejak dia mengenali Farid, keterujaannya untuk berjumpa dengan Farid tidak sehebat dan selebat biasa.

Junaidi teragak-agak untuk menghantar mesej balas. Dia tidak pasti sama ada dengan bertemu Farid adalah jalan yang terbaik, setelah apa yang berlaku. Lama juga dia berfikir dan berkira-kira. Akhirnya  dia tekad.

"Wslm. It's ok. Ju minta maaf juga, sebab Ju pn x kontek abg. Ok sure. Uhm, tmpt bese? Esok lepas Asar. Boleh?"

Seboleh-boleh Junaidi cuba menyembunyikan rasa cemasnya. Gembira. Resah. Keliru. 

Bismillah. 

Send. 

bersambung... 

-gabbana-

InshaAllah, pengakhiran cerita ini sudah berada di dalam kepala. Doakan agar saya punya kekuatan untuk menghabiskannya. Yang lebih utama, doakan agar ia memberi manfaat kepada anda yang setia membacanya. Biidznillah..

Zilal. Hakcipta terpelihara (C) 2013.

>> Zilal Bahagian I 
>> Zilal Bahagian II

15 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 25/04/2013, 16:11  

fuh..saspen saspen

SOLUTION_ada_Pada_ALLAH 25/04/2013, 16:36  

May Allah grand u more beneficial wisdom to end this tarbiyah story...

Anonymous 25/04/2013, 16:37  

grrrrrrr..
gerammnyerrr, adoyyyaaaiii.
akh, ana rasa enta kalau tulis buku mmg boleh buat duit, serius. boleh jana ekonomi utk da'wah. seriyes x tipu.

Anonymous 25/04/2013, 16:38  

moga Allah redha...

Anonymous 25/04/2013, 16:48  

Assalamualaikum W.B.T

Pertama kali untuk komentar di blog ini. Sebelum ini tidak pernah terlintas sekalipun untuk membacanya, namun ada sedikit rasa untuk membelek blog ini. Aduh, tersentak dengan penulisan yang ada. Dari Zilal I sehinggalah IV, saya ikut sehingga kini. Perkongsian cerita yang sangat menginsafkan. Manusia mana yang tidak pernah lalaikan. Penulisan anda membuatkan pembaca terbuai dengan apa yang diceritakan, boleh ketawa, marah dan menangis. Teruskan usaha saudara. Semoga saya juga mendapat manfaat dari penulisan saudara . :)

Anonymous 25/04/2013, 17:14  

this, make me, hmm, thanks alot, it opens my mind :)

Anonymous 25/04/2013, 17:27  

Emmm..aseef kalau komentar ini terlalu mendadak n random..cume agak pelik knape lately nie bnyk post2 enta ttg ukhuwah....setiap post dlm blog mesti mengaitkan dgn ukhuwah.....bimbangg org lain hnye nmpk ukhuwah itu yg lebih utama berbanding asbab kpd terbinanye ukhuwah itu sendiri....keimanan....aseeeef jiddan..

Anonymous 25/04/2013, 18:26  

Seriously, tak sabar nak tahu ending dia. Is this a real story?

Anonymous 25/04/2013, 20:25  

aaaaaaaahhhh ... cepat la habis .

Leen Princess... 25/04/2013, 21:53  

cerita yg byk memberi manfaat.
menekankan nilai ukhuwah dlm crta ni.
crta yg menrik! :D
xsabar nak tgu endingnya..

insanprihatin 26/04/2013, 00:13  

Ma shaa Allah akh...sungguh akh terpilih oleh-Nya utk terus begiat dgn aktif dalam gerabak dnt ni.

sumpah, first time nanges secara tulus macam novel chenta jiwang yg laen. tapi ni lain, sgt menggugah jiwa.

akh mmg penglipur hebat! gunakan ilham dr-Nya dgn sebaek mungkin!
semoga kesah ni berjaya tarik akh2 luar sana yang nak menjebakkan diri mereka dlm gerabak dnt ni.

Moga Allah redha. iA kitorang support akh dr belakang! peace~

Anonymous 26/04/2013, 00:37  

nak nanges bace part yang farid doakan utk ju tu. Ya Allah, tak sanggup... really, ana pun selalu doakan supaya ana dapat berubah, menjadi seorang insan yang normal. Allahurabbi... T__T

Anonymous 26/04/2013, 11:40  

Ini kali pertama saya meninggalkan komen disini. Jujur cakap hati rasa terpanggil untuk membaca kisah Zilal ni, dr part pertama dan tak sabar menunggu endingnya.Perkongsian cerita yang sangat padat, dan menyentap hati yang leka dan lalai. Semoga sy sendiri mndapat manfaat dari penulisan ni. Moga Allah redha.

Anonymous 26/04/2013, 13:45  

saya tak sangka memang ada masalah ini yang melanda... titik ujian setiap manusia tu berbeza-beza.bguslah cerita ni.

Daya Rudy 15/06/2013, 01:03  

terjebak sudah..

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP