Ikhwah Songsang
[Kredit] |
(Amaran keras sekeras kepala lutut: Hanya untuk bacaan anda yang berumur dua puluh tahun satu ke atas sahaja. Juga untuk anda yang sudah berbulatan gembira. Tulah siapa suruh taknak berbulatan, kan dah tak boleh baca! Ahah!)
Bukan, ini bukan post tentang ikhwah memakai baju dengan kolar-V atau ikhwah bertubuh sasa. Bukan juga berkaitan ikhwah yang gemar membawa beg besar ke sana ke mari sambil memakai baju tidak berlengan. Bukan. (Saya gagal untuk mengawal mulut saya daripada mengukir senyuman keji ketika menulis ayat ini.)
Sudah lama saya ingin menulis post ini, tetapi sedikit ragu-ragu dan resah dengan prospek penerimaan anda semua dengan post ini. Tajuknya sahaja sudah bisa menyebabkan Pak Lebai Majid Tukiman menggaru kopiahnya dan Ostajah Maria Brando menarik-narik tudung labuhnya; cukup panas lagi sensasi!
Tetapi saya kira, isu ini mesti diketengahkan. Lambat-laun saya pasti akan menulisnya juga. Dan nah, inilah harinya di mana anda dapat membaca apa yang bermain-main teng teng dan baling selipar di dalam kepala saya selama ini.
Begini.
Dahulu mungkin ada antara kita yang pernah mempunyai gelpren. Ala, waktu jahiliyyah dolu-dolu. Espeseli kepada anda yang sebaka dengan saya, yang belum lagi ikhwah sewaktu dalam kandungan Puan Mama. Atau sekurang-kurangnya kalau bukan gelpren sekalipon, kawan-kawan perempuan yang memang rapat dengan kita. Boleh jadi mereka inilah BFF kita. Eceh.
Dengan mereka inilah kita bertepuk-tampar, ketawa gembira. Kalau yang ada gelpren itu, dengan si dialah kita mencurahkan segala isi hati, rindu dendam dan tawa tangis kita. Dari luar sampai isi hati paling dalam, dari hujung rambut yang terbelah akibat sudah lama tidak disyampu sehinggalah ke hujung kuku kaki yang belum dipotong, semua-semuanyalah kita ceritakan kepada si dia..!
Yang konon-konon ''Alah kami kawan baik sahaja.." atau "Aish aku mana ada apa-apa dengan si Leha tu, kami kawan sejak sekolah dulu kottt!" atau "Ya Rabbi, aku dengan dia..?? Hahaha.. Dia tu macam adik aku je lah!" Walhal dalam hati ada taman, dalam jiwa ada harapan! Senyum, geleng kepala. Wahai, anda tahu anda sedang menipu diri anda sendiri!
Maka datanglah sekonyong-konyong tarbiyah datang menyelamatkan anda. Setelah hati anda disentuh dengan tarbiyah, setelah seluruh tubuh badan dan jiwa anda digerakkan dengan himmah untuk berdakwah, kini anda mula mengenali jahiliyyah. Anda tahu dan faham yang jahiliyyah itu amat berbahaya. Anda kini sudah nampak dengan terang trang tang tang bahawasanya jahiliyyah-jahiliyyah yang berkarat dalam hati anda itu hanya akan melambatkan anda di atas jalan dakwah ini. Anda juga sedar yang jahiliyyah yang menebal di jiwa itu hanya akan menjadi fitnah kepada perjuangan yang mulia ini.
Tsk tsk.
Arakian dengan linangan air mata, dengan tekad di jiwa, dengan iltizam yang tiada kata dua, anda mengucapkan oktengsbai kepada jahiliyyah. Anda putuskan perhubungan anda dengan gelpren yang kononnya telah anda janjikan untuk sehidup dan semati dahulu. Anda katakan kepadanya, "Sorry Leha, tiada rejeki nampaknya. Tapi kalau ada jodoh apa salahnya. Eh." Anda bertekad yang anda mahu bersungguh-sungguh dalam tarbiyah dan dakwah, tidak mahu lagi bergelumang dengan dosa dan noda jahiliyyah. Anda juga mula menjauhkan diri daripada rakan-rakan perempuan anda kerana anda tahu, soal ikhtilat ini bukan soal mainan. Terutamanya kerana anda seorang lelaki.
Noktah.
Anda fikirkan semuanya berjalan baik. Anda rasakan anda kini sedang meniti jalanan ke sorga. Dan anda yakin anda kini bebas jahiliyyah yang suatu ketika dahulu pernah membelenggu jiwa dan pemikiran anda.
Rupa-rupanya anda kini terperangkap dengan suatu bentuk jahiliyyah yang baru. Nama jahiliyah ni...
Betulkan kolar. Tarik nafas. Sisir rambut.
Anda sudah bersedia..?
Nama jahiliyyah ni..
Ukhuwwah fi jahiliyyah.
Gulp.
Ya, ukhuwwah yang tidak didasari dengan keimanan kepadaNya. Ukhuwwah yang terjalin atas dasar nafsu dan kepentingan diri. Kasih-sayang dan persahabatan yang dibentuk bukan dalam rangka mencari redhaNya.
Eh, ada ke Inche gabbana..?? Dah nama pon ikhwah, mestilah ukhuwwah yang terjalin ukhuwwah fillah! Suka hati je Inche gabbana ni buat fitnah Peah!
Hahaha.. Apa anda ingat ikhwah ni semuanya malaikatkah..?? Anda tidak percaya dengan saya bukan..? Mari, mari kita lihat simptom-simptomnya.
Pernahkah anda berasa cemburu teramat apabila melihat akh kesayangan anda berbaik-baik dan mesra dengan orang lain?
Pernahkah anda berasa sangat sayang, mahu peluk dan cium akh yang anda chentai itu?
Pernahkah anda tidak tidur malam, resah dan gelisah bila si akh tidak membalas mesej pesanan ringkas anda..?
Pernahkah anda terasa seperti mahu terjun gaung, mahu melompat di depan keretapi apabila bergaduh, berperang besar dengan akh chenta hati anda..?
Dan pernahkah anda terangsang apabila berada dekat dengan seorang akh yang amat anda rapat, terutamanya apabila menyentuh dan memeluk dan berlaga pipi dengannya..?
Gasp.
Nah, sekarang sudahkah anda percaya dengan saya..? Betapa wujudnya istilah ukhuwwah fi jahiliiyah..? Dan wujudnya insan-insan bernama ikhwah songsang..??
Semuanya gara-gara kekosongan dalam jiwa setelah berpisah dengan gelpren atau BFF anda itu tidak diisi dengan sentuhan kasih-sayang dan luahan rasa chentaNya. Lantas ukhuwwah 'kononnya' fillah yang terjalin lantas menjadi pengganti kepada ketandusan kasih-sayang yang sedang anda alami. Kasih-sayang dan rasa chenta yang dahulunya diluahkan kepada insan bernama perempuan kini dihalakan pula kepada makhluk bernama ikhwah..!
Astaghfirullah..
Itu belum lagi dibicarakan tentang suatu lagi spesis ikhwah yang, err, semenjak azalinya sudah punya minat terhadap kaum sejenisnya. Yang entah mengapa tidak pernah timbul rasa mahukan kepada spesis berlainan jantina tetapi lebih gemar akan spesis berjanggut dan berbulu kaki kerinting. Pengsan, berbuih mulut. Mujurlah tarbiyah datang menyelamatkannya. Sekurang-kurangnya dia sedar perasaan dan minatnya itu songsang dan terlarang. Tarbiyah telah menghalangnya untuk pergi lebih jauh daripada itu!
Hekele Inche gabbana, kalau macam tu senang je la solusinya! Tak perlulah putuskan hubungan dengan gelpren dulu tu! Tak perlulah jauhkan diri daripada teman-teman perempuan..! Kan senang..? Kan tak perlu jadi ikhwah pakai baju kolar-V..??
Pengsan.
Anda, itu bukan solusinya. Penyelesaian yang anda berikan itu samalah dengan saranan sesetegah pihak; kalau mahu mengatasi masalah buang anak maka berikan kondom secara percuma atau kalau mahu elakkan penyakit AIDS yang menular maka bekalkan para penagih tegar dengan jarum percuma. Mahu hapuskan gejala K-Pop yang semakin menular di kalangan remaja, galakkan pula M-Pop. Eh. Itu bukan solusi. Itu hukuman mati.
Saya tertarik dengan penulisan Akak Muharikah yang bertajuk 'Our life is not like story movie'. Rupa-rupanya masalah yang hampir serupa berlaku juga di kalangan akhawat. Saya paling tertarik dengan kata-katanya yang berbunyi:
Uhm uhm.
Saya kira perkara yang sama berlaku kepada ikhwah. Selepas mengenal tarbiyah dan mengetahui peri pentingnya tidak bersama dengan jahiliyyah, alhamdulillah ramai di kalangan kita yang bermujahadah habis-habisan untuk lari daripada ujian makhluk bergelar perempuan. Dan alhamdulillah, ramai juga daripada kita yang terlepas dengan jayanya daripada ujian ini.
Namun rupa-rupanya kita diuji dengan ujian sesama ikhwah pula. Bibit-bibit kasih-sayang mula timbul dek selalunya kita bergaul mesra sesama ikhwah. Perasaan chenta mula meresap masuk kerana selalunya kita berborak bantal dan mencurah rasa kepada ikhwah yang sudi meminjamkan bahunya. Dan kita mula semakin rapat dengan ikhwah tersayang kerana terlalu terhutang-budi dengan pengorbanan tahap Mahadewa Kaiou yang mereka lakukan terhadap kita, tanpa mengharap sebarang belas mahupon balas.
Tiada salahnya semua ini. Yang salah dan silapnya adalah apabila semua ini disandarkan kepada nafsu raksasa gorgon dan bukannya dalam usaha berlari-lari anak mencari redhaNya.
Allah... Air mata mengalir perlahan.
Akibatnya, timbullah simptom-simptom seperti yang saya sebutkan di awal tadi. Cemburu membabi-buta apabila melihatkan hadek kesayangan tersenyum mesra, bergaul dengan ikhwah lain. Menangis tidak tentu pasal apabila bergaduh dengan akh kesayangan anda. Tidak mahu makan, tidur tak lena, habis hapak satu badan dek tak mandi seminggu lamanya, semuanya gara-gara tidak dapat berhubungan dengan kekasih hati sehari lamanya. Adoii.. Dah macam laki bini dah!
Ehem.
Maka wajarlah kita kembali kepada asas kepada perhubungan suci ini. Dan anda tahu? Semuanya sudah termaktub di dalam kitabullah dan dirungkaikan dengan sepotong ayat yang cukup pendek dan mudah:
Ayat ini pendek sahaja. Maksudnya juga lurus ke depan. Maka tidak hairanlah ramai yang memandang enteng dan mengambil mudah ayat ini. Walhal ibrahnya cukup besar!
Pertamanya, orang-orang mu'min itu, tidak boleh tidak, pasti mereka bersaudara. Dan keduanya, yang lebih utama daripada itu, persaudaraan ini wajib berbatu-asaskan keimanan!
Inilah yang dikatakan sebagai ukhuwwah fillah!
Sayugia sekiranya kita mula mengesan bibit-bibit jahiliyyah di dalam perhubungan kita sesama ikhwah, sebelum kita memeriksa dan mengenalpasti sebab-musabab lain yang mungkin menjadi punca kepada kepelikan dalam perhubungan ini, maka periksalah terlebih dahulu keimanan kita kepadaNya. Solat kita bagaimana, tilawah dan tadabbur kita macam mana, doa-doa maathurat kita amalkan atau tidak, selalu atau tidak kita bangun malam dalam mencari chentaNya dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya.
Bukankah Allah yang memegang hati-hati kita..? Bukankah Allah yang menciptakan kita dari air mani yang hina..? Dan bukankah Allah yang memiliki jiwa raga kita, setiap inci dan daripadanya...??
Maka sekiranya benar kita mengimpikan ukhuwwah fillah dengan ikhwah kesayangan kita, burulah chentaNya dahulu. Seandainya benar perhubungan yang kita bina ini adalah demi mencari keredhaanNya, wajar kita mendambakan kasih-sayangNya terlebih dahulu. Jika benar kasih-sayang kita untuk ikhwah adalah untuk bertemunya di sorga nanti, maka tidak boleh tidak, kita mestilah jatuh chenta berguling-guling denganNya terlebih dahulu.
Khuatir nanti, ikhwah kesayangan kita berseronok gembira di dalam sorga sedangkan kita menderita terseksa di dalam neraka..!
Allahu allah. Baju basah kuyup.
Dan wahai ikhwah fillah sekalian, ketahuilah bahawasanya semuanya ini adalah sebahagian daripada asam garam dalam kehidupan kita sebagai seorang dai'e, sebaik sahaja kita berbaiah untuk mengorbankan seluruh jiwa dan harta kita demi Islam yang terchenta. Semuanya ini adalah sebahagian daripada ujian yang perlu kita tempuhi, dalam rangka mengejar sorgaNya. Tiada yang lain yang diperlukan daripada kita melainkan mujahadah sesungguh hati menentang nafsu serakah dan bisikan syaitan laknatullah!
Semakin lama kita di atas jalan penuh berduri dan berliku ini, maka semakin berdarah dan besar luka pada kaki. Dan ujian yang mehnah yang akan datang menyerang, lebih halus dan merbahaya. Manakan tidak! Syaitan akan berusaha sebaiknya untuk menyesatkan kita kerana dia tidak mungkin redha sekiranya kaki kita ini melangkah masuk ke dalam sorga! Hanya mu'min yang benar-benar sensitif jiwanya sahaja yang tidak akan jatuh masuk ke dalam perangkap syaitan dan konco-konconya!
Ukhuwwah itu indah, tapi jangan cemarinya dengan jahiliyyah!
Ukhuwwah itu gah, tapi jangan kotorinya dengan nafsu serakah!
Ayuh kita jalinkan perhubungan ini hanya dan demi untukNya sahaja! Ini perhubungan suci, maka ia wajib didasari dengan chenta rabbani!
Jadilah seorang akh yang akan sanggup bermati-matian demi mempertahankan chentanya yang suci kepadaNya! Jadilah seorang akh yang sanggup berkorban demi sahabatnya, kerana yakin mereka akan bertemu semula di sorga sana! Dan jadilah seorang akh yang kuat hatinya, mantap jiwanya, kerana apabila jahiliyyah datang menyerang perhubungan suci ini, dia tahu dan faham yang Allah sentiasa ada di sisi!
Jadilah seorang akh pejuang, bukannya akh yang songsang!
-gabbana-
Anda tahu apa solusi kepada masalah ini...? Kena kahwin. Eh?

"Syaitan takkan uji kita untuk melihat mereka yang bukan sejantina
dengan kita, kerana dia tahu, orang dakwah faham haramnya melihat
lelaki/wanita bukan muhrim dengan nafsu. Begitu juga dia sangat tahu
kita begitu terhad dalam pergaulan dengan rakan bukan sejantina
sehinggakan masa kita lebih banyak diluangkan dengan yang sejantina.
Sehinggalah…..
kita tidak menyedari, kita telah jatuh cinta pada sahabat kita….."
Uhm uhm.
Saya kira perkara yang sama berlaku kepada ikhwah. Selepas mengenal tarbiyah dan mengetahui peri pentingnya tidak bersama dengan jahiliyyah, alhamdulillah ramai di kalangan kita yang bermujahadah habis-habisan untuk lari daripada ujian makhluk bergelar perempuan. Dan alhamdulillah, ramai juga daripada kita yang terlepas dengan jayanya daripada ujian ini.
Namun rupa-rupanya kita diuji dengan ujian sesama ikhwah pula. Bibit-bibit kasih-sayang mula timbul dek selalunya kita bergaul mesra sesama ikhwah. Perasaan chenta mula meresap masuk kerana selalunya kita berborak bantal dan mencurah rasa kepada ikhwah yang sudi meminjamkan bahunya. Dan kita mula semakin rapat dengan ikhwah tersayang kerana terlalu terhutang-budi dengan pengorbanan tahap Mahadewa Kaiou yang mereka lakukan terhadap kita, tanpa mengharap sebarang belas mahupon balas.
Tiada salahnya semua ini. Yang salah dan silapnya adalah apabila semua ini disandarkan kepada nafsu raksasa gorgon dan bukannya dalam usaha berlari-lari anak mencari redhaNya.
Allah... Air mata mengalir perlahan.
Ukhuwwah fillah atau... Ukhuwwah fi jahiliyyah...?? Gasp. [Kredit] |
Akibatnya, timbullah simptom-simptom seperti yang saya sebutkan di awal tadi. Cemburu membabi-buta apabila melihatkan hadek kesayangan tersenyum mesra, bergaul dengan ikhwah lain. Menangis tidak tentu pasal apabila bergaduh dengan akh kesayangan anda. Tidak mahu makan, tidur tak lena, habis hapak satu badan dek tak mandi seminggu lamanya, semuanya gara-gara tidak dapat berhubungan dengan kekasih hati sehari lamanya. Adoii.. Dah macam laki bini dah!
Ehem.
Maka wajarlah kita kembali kepada asas kepada perhubungan suci ini. Dan anda tahu? Semuanya sudah termaktub di dalam kitabullah dan dirungkaikan dengan sepotong ayat yang cukup pendek dan mudah:
"Sesungguhnya orang-orang mu'min itu bersaudara.."
[al-Hujuraat, 49:10]
Ayat ini pendek sahaja. Maksudnya juga lurus ke depan. Maka tidak hairanlah ramai yang memandang enteng dan mengambil mudah ayat ini. Walhal ibrahnya cukup besar!
Pertamanya, orang-orang mu'min itu, tidak boleh tidak, pasti mereka bersaudara. Dan keduanya, yang lebih utama daripada itu, persaudaraan ini wajib berbatu-asaskan keimanan!
Inilah yang dikatakan sebagai ukhuwwah fillah!
Sayugia sekiranya kita mula mengesan bibit-bibit jahiliyyah di dalam perhubungan kita sesama ikhwah, sebelum kita memeriksa dan mengenalpasti sebab-musabab lain yang mungkin menjadi punca kepada kepelikan dalam perhubungan ini, maka periksalah terlebih dahulu keimanan kita kepadaNya. Solat kita bagaimana, tilawah dan tadabbur kita macam mana, doa-doa maathurat kita amalkan atau tidak, selalu atau tidak kita bangun malam dalam mencari chentaNya dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya.
Bukankah Allah yang memegang hati-hati kita..? Bukankah Allah yang menciptakan kita dari air mani yang hina..? Dan bukankah Allah yang memiliki jiwa raga kita, setiap inci dan daripadanya...??
Maka sekiranya benar kita mengimpikan ukhuwwah fillah dengan ikhwah kesayangan kita, burulah chentaNya dahulu. Seandainya benar perhubungan yang kita bina ini adalah demi mencari keredhaanNya, wajar kita mendambakan kasih-sayangNya terlebih dahulu. Jika benar kasih-sayang kita untuk ikhwah adalah untuk bertemunya di sorga nanti, maka tidak boleh tidak, kita mestilah jatuh chenta berguling-guling denganNya terlebih dahulu.
Khuatir nanti, ikhwah kesayangan kita berseronok gembira di dalam sorga sedangkan kita menderita terseksa di dalam neraka..!
Allahu allah. Baju basah kuyup.
Dan wahai ikhwah fillah sekalian, ketahuilah bahawasanya semuanya ini adalah sebahagian daripada asam garam dalam kehidupan kita sebagai seorang dai'e, sebaik sahaja kita berbaiah untuk mengorbankan seluruh jiwa dan harta kita demi Islam yang terchenta. Semuanya ini adalah sebahagian daripada ujian yang perlu kita tempuhi, dalam rangka mengejar sorgaNya. Tiada yang lain yang diperlukan daripada kita melainkan mujahadah sesungguh hati menentang nafsu serakah dan bisikan syaitan laknatullah!
Semakin lama kita di atas jalan penuh berduri dan berliku ini, maka semakin berdarah dan besar luka pada kaki. Dan ujian yang mehnah yang akan datang menyerang, lebih halus dan merbahaya. Manakan tidak! Syaitan akan berusaha sebaiknya untuk menyesatkan kita kerana dia tidak mungkin redha sekiranya kaki kita ini melangkah masuk ke dalam sorga! Hanya mu'min yang benar-benar sensitif jiwanya sahaja yang tidak akan jatuh masuk ke dalam perangkap syaitan dan konco-konconya!
Akhi fillah,
Ketahuilah,
Jalan ini panjang,
Jalan ini berliku,
Jalan ini berdarah,
Namun ia jalan yang pasti,
Ia jalan yang satu,
Ia jalan pejuang,
Menuju sorga yang abadi,
Jannah yang hakiki.
Akhi fillah,
Peganglah tanganku ini,
Ayuh kita tempuh jalan ini,
Bersama-sama,
Sehingga ke akhirnya,
Susah senang kita tanggung bersama,
Tangis tawa kita kongsi berdua,
Kerana ketahuilah,
Aku tidak ingin masuk sorga,
Tanpa dirimu, tanpa dirimu.
Ukhuwwah itu indah, tapi jangan cemarinya dengan jahiliyyah!
Ukhuwwah itu gah, tapi jangan kotorinya dengan nafsu serakah!
Ayuh kita jalinkan perhubungan ini hanya dan demi untukNya sahaja! Ini perhubungan suci, maka ia wajib didasari dengan chenta rabbani!
Jadilah seorang akh yang akan sanggup bermati-matian demi mempertahankan chentanya yang suci kepadaNya! Jadilah seorang akh yang sanggup berkorban demi sahabatnya, kerana yakin mereka akan bertemu semula di sorga sana! Dan jadilah seorang akh yang kuat hatinya, mantap jiwanya, kerana apabila jahiliyyah datang menyerang perhubungan suci ini, dia tahu dan faham yang Allah sentiasa ada di sisi!
Jadilah seorang akh pejuang, bukannya akh yang songsang!
-gabbana-
Anda tahu apa solusi kepada masalah ini...? Kena kahwin. Eh?
25 Caci Maki Puji Muji:
Gulp...
Tak mustahil kot ada Enchek Gabbana, sebab saya tengok, ramai yang ber'ukhwah fillah' sesama mereka, sampai yang lain tu dikira macam ukhwah biasa-biasa aje (tak fillah pun tak apa, boleh ke lagu tu?)...
Lagi suka kalau Enchek Gabbana cerita-ceriti apa itu ukhwah fillah...
Terbaik!
Can't stop thkng bout him.Bila baca bab cek iman tu......Allah :'(
salam inche gabbana.
kdg2 menurut apa yang sy perhatikan,
hal ni mudah terjadi pada mereka2 yang batu masuk ke dalam D&T ni.
mereka mula kenal term ukhuwah fillah,
mereka nk ber'ukhwah' fillah dan merasa kemanisan ukhuwah tu.
tapi berdasarkn pengalaman, sebenarnya kita tak faham sgt apa itu ukhuwah fillah..
bila tnya naqib/naqibah, mereka ckp sayang sahabat kerana Allah.
kadang2 buntu jgk, ukhuwah fillah y sebetul-betulnya macam mana.
mungkin setuju dgn cadangan CheArep, kalau Inche Gabbana cerita sikit macam mana kita nak betul2 berukhuwah fillah ni.
moga Alah redha.
Good article! keep up good work ;)
T_T dari ayat 1 smpai ke habbis, semue sy terase.. huhu..
IG ni, sume tak buleh..
astaghfirullahaldzim.. bermuhasarawak sket... ok, mind setting lepas ni.. ukhuwaah fillah... jap, tapi sy tak skronik itu. terima kasih atas peringatan.. nak request buleh?
lepas ni buat tajuk..
"WAhai Penchenta Inche GAbbana!, suatu hari nanti Inche GAbbana akan kawen!"
sebab sy tak tahu laa.. Peminat Inche Gabbana mencintai tulisan IG ke or mencintai IG!! hoho.. if they all admire you, IG, habeslah frust menunggiing bile akhi kawen nanti., jadi baik IG buat satu post khas untk peminat IG supaya dpt menyediakan atau mempersiapkan minda mereka untuk menerima kenyataan bahawa suatu hari nanti IG akan kahwin...serius ni akhi.. jangan jadi FITNAH T_T..please akhi.. dis is important.. terima kasih
tu dia..seyes seram baca masalah2 nih..takut juga terjebak dengan sejarah kaum nabi Luth.. yeay, setuju juga jika enche gabbana leh share kisah benar ukhwah fillah tu camne..kisah yg gado2 sebab nk wt DnT adik kwsn, kisah sakit2 ati sbb ikh/akh xdisiplin..but at de end, mudah utk feel free [berlapang dada] pas beberapa saat.. [sbb terkenang naqib kte sesama J xmolek kelahi.. hmm..
T_T
salam...
satu post kamikaze yg penah ditulis IG...kagum2...
realitinye, mmg ade tendency tinggi kot utk trjadinye ukhuwwah fi-J ni espesially pd mrk yg ade history oktengsbai pd gurl n boipren nie...n kdg2 kite sbgi org yg terlihat dis kind of symptoms pon xtau nk tegur dr arah mane...sbb da katenye ukhuwwah fillah kann...
semoga petunjuk Allah sentiase mengiringi kita semua...
salam kpd encik penulis~ sy setuju dgn hampir setiap ayat artikel nih, taaaapi, sampai ayat last tu, agak berkerut dahi.
inche gabbana, pendpt sy, macammana klw setelah kawin si isteri innocent yg tak terhidu kesongsangan itu akhirnya dizalimi dek ikhwah yg masih blm berjaya dgn pertarungan mengalahkan syaitan?
kawin bkn pil ajaib yg menyelesaikan & menyahkan sgl mslh sejurus slps akad nikah~tidak mgknkah, syaitan makin ganas berkempen pd hatisongsang itu, sbb target syaitan yg br ialah utk hancurlebur baitulmuslim tu pule? :(
so..kawin itu mungkin mempermudah mujahadah, atau sbhgn dr mujahadah, tapi lawan tetap kena lawan, dgn nafsu syaitan yg suka memporakperandakan jlm kembali kpd Tuhan
bg sy la (",)
Gila..! hehe
Hachum!
Mang terasa kot! Siries.
telan air liur baca. terkejut sebab baru tau benda macam ni ada dalam golongan tarbiyyah. gulp.
Kes cenggini pon ade dalam Ikhwah...berat ni..
belajarlah Tauhid-Fiqh-Tasawwuf bagi beres dahulu dari 'Ulama' sebelum terjun ke bidang dakwah full-time..
Sebab itu kita amat menentang keras gejala LGBT ini, kerana ia bukan saja songsang, tapi dasarnya menghalalkan atau menjustifikasi amalan ini dengan mengatakan ianya adalah naluri/tabi'i atau pengaruh 'genetik'.
Tahukah sdr pembaca, ada satu kumpulan di US, diketuai oleh seorang Imam, yang gay? Ada usrah sendiri...sori saya tak ingat but one of my FB friends pernah post satu masa dulu.
A while ago, one of my good brothers told me, this particular akh...di Australia yg telah terlanjur dlm gejala 'gay' practice - akhirnya beliau mengidap HIV (died a few years later)...sedangkan beliau - adalah seorang nakib, dan telah berkahwin!
Saya telah terlibat dlm menangani gejala ini apabila salah seorang anak usrah (actually the most committed member of my usrah then!) telah mengadu beliau rasa2 dah mengidap gejala 'songsang' nih...sampai takat melawat sebuah pusat hiburan gay di Eropah...luckily beliau tidak sempat melakukan aksi tersebut atas kehandak Allah. Kami telah bekerja keras untuk merawat beliau, membabitkan seorang Psiakiatrist Muslim, sampai ke takat mengaturkan perkahwinan beliau dgn calon (Muslimah) demi mengatasi masalah ini - berbagai rintangan dilalui...
Memang perlu dikesan dan ditangani awal, bukan dipandang ringan. Batas2 ukhuwah perlu dijelaskan supaya anak2 usrah benar2 faham. Mmg banyak hikmahnya apabila Rasulullah menggalakkan ummatnya (lelaki) memelihara janggut...sekarang kita dapat memahaminya kenapa - maybe kita promote atau wajibkan ikhwah berjanggut, lagipun sunnah kan...satu lagi of course tradisi kahwin awal, ada eloknya lagipun, selamat akhawat kita dari membujang lama
so true..... masalah d n t skrg nie.. 1. x jg ukhuwah 2. ukhuwah songsang mcm article di ats.
solusi: check blk usrah/memantapan iman.. wallahu 'alam.
personally ana pun pernah ada masalah nih
tapi bukan sesama ahli usrah
tapi pada murabbi ana
sampai kalau kalau murobbi ana solat kat sebelah ana, hati ana panats berdegup kencang
byk kali air mata ana jatuh sbb ana tak tahu kenapa perasaan ini muncul dan mewarnai hidup ana
cuma sahabat2 rapat ana yg tahu masalah ni
dan rupa2nya bukan ana jer ada masalah ni
sahabat baik ana turut menghadapi masalah yg sama
hanya Allah yg tahu betapa peritnya ujian ni
sampai lah pernah satu ketika tuh, waktu satu program..kami terpaksa bersempit2. jadi ana decide solat dhuha sambil duduk, tiba2 murobbi ana duduk betul2 depan tempat sujud ana sbb murobbi ana x perasan ana tgh solat. dan ketika bersujud, ana seolah2 bersujud kepadanya secara fizikal.
habis solat ana air mata ana pantas mengalir, merasakan ini adalah teguran dr Allah. seolah-olah Allah menegur ana 'sekarang siapa yg kau sembah, aku atau dia? '
ana hanya mampu menangis.. alhamdulillah Allah beri kekuatan ana akhurnya perasaan itu hilang.
hilang macam tuh jer, dan benarlah kata incik gahbana, ini adalah ujian dr Allah.
dugaan ni benar2 membersihkan niat ana, kenapa ana berukhuwwah
alhamdulillah ana dah takder perasaan pelik ni everytime berurusan atau berusrah dgn murobbi ana
dan saat dia melepaskan usrah ana, ana redho ini yg terbaik. dan ana syukur ana lepas ujian ni
mungkin Allah mengirimkan ujian ni untuk membersihkan niat mengapa kita berukhuwwah
allahualam
Heh, bukan di kalangan ikhwah je benda ni jadi. Di kalangan akhowat pun tak dapat dielak. Sampaikan, org2 yg tak join bulatan gembira ni pelik tengok pastu tertanya2 "kak jonah n kak vedah ni lain macam je. Dorg ada pape ke?" Uuuu, scary seh
cinta dan seks adalah dua perkara yg berbeza
tak salah saling mencintai lain atau sama jantina asalkan tau jaga batasan dan adat sopan ketimuran
yg jadi salah bila dlm pergaulan tu takde batasan dan kurang sifat malu maka terjadilah bermcm2 haram jadah aksi terlarang
sedangkan org yg beragama berkahwin dan beranak pinak pun kalah dgn godaan nafsu yg berlauk-pauk apatah lagi darah anak muda yg bergejolak penuh bara keseronokkan dunia
so urut dada tanya iman
sgt bantah kalau kata solusinya kahwin.
baru shj ada baitulmuslim yang berakhir, kerana si suami itu tak berminat pada perempuan, walaupun setelah setahun kahwin. dan sering bawa kawan2 lelaki pulang ke rumah tidur bersama di bilik lain.
walaupun mungkin kes bukan ikhwah kita, tapi pemegang panji islam juga.
yang dizalimi siapa? si ukhti tadi.
dan ini bukan kes terpencil. 3 kes lebih kurang dah jadi. minat songsang, kahwin, tak berjaya atasi.
masyarakat harus berhenti letak semua solusi pada kahwin.
emosi tak stabil, kahwin. pastu isteri jadi mangsa keganasan rumah tangga.juga ada bm yang berakhir begitu. walhal orang yang kencang menceritakan islam dan dakwah. tapi pukul isteri?
pliss tolong tukar tajuk artikel nie..... agak mencemari perkataan "ikhwah" itu......
jijik. noktah.
~peace~
(salam92)
semoga kite semua dijauhkan dari "itu" . . . . . . kena kawen awal2 ni, . . . . . hihi :D
terima kasih atas artikel ini. amat sesuai bagi mereka yg baru mengenal persahabatan. baru belajar apa itu bersahabat kerana Allah. baru tahu nk cari redha Allah dalam persahabatan.
ini ada sedikit cdgn. harap sgr mungkin ada cara2 bersahabat kerana allah ini dapat ditulis atau dihebahkan suapaya nanti mereka yg baru mengenal erti persahabatan ini tak pening mcm mana nak bersahabat kerana Allah.
terima kasih byk2, semoga Allah redha.
salam.saya tergerak hati utk mmberikan komen dlm blog sensasi ni.secara jujurnya.sya seorg wanita dan mengalami simptom2 yg dsebutkn sejak kecik lagi.mungkin ramai yg akn mnghukum glongongan2 sperti sya ni sebagai sesat,jijik dan ahli neraka.sedangkan x semua jadi begini kerana faktor sekeliling,terpengaruh dgn kawan @ bergaul bebas..sperti sya,adik beradik mostly prempuan,tpi sya sndiri pelik kenap sejak kecik sya seorg yg kasar.malah sejak kecik naluri tertarik sya kepada sejenis sgt kuat.kerana itu bagi sya,sesiapa yg tidak mengalami apa yg dalami oleh org2 sperti kami,tidak mampu memahami sepenuhnya perasaan insan2 sperti ini.
ada beza antara mecintai dan menzahirkan melalui perbuatan.x salah mencintai kerana cinta itu sndiri fitrah,tpi mnjadi salah bila tidak dletakkn pda tmptnya.mnjadi hina bila dzahirkn dgn cara yg salah.ramai sbenarnya sperti kami yg masih bersembunyi dcelah manusia,merahsiakan ksongsangan diri.sakitnya berperang dgn diri sndiri setiap hari.cuba utk kelihatan normal ddepan msyarakat sedangkn hati meraung menjerit dlm kesakitan.kerana isu ni sgt sensitif dan sgt sukar utk dfahami oleh semua org.malah lebih ramai yg lebih suka mgambil jalan menghukum drpd menolong.
sya melihat perkahwinan bukan jalan sepenuhnya penyelesaian,ia mungkin mampu membantu tpi tidak mampu menyelesaikn sepenuhnya.kerna ini berkaitan dgn hati,perasaan,nafsu dan jgak sifat.dan disini kita dberi akal dan iman tuk mengimbangi antara cinta nafsu dan segala2nya.menyuruh golongan2 sperti kami ni utk berkahwin sebagai jalan mnyelesaikan masalah ni, bkan jalan terbaik.kenapa?kerana apabila anda menjadi sorg yg songsang dlm erti kata menaruh perasaan pda sejenis(sya x maksudnya perbuatan)maka perasaan itu sgt sgt susah utk dbuang.ia boleh dkurangkan,boleh dkawal.tpi percayalah,tidak boleh dhilangkan.sperti mana perasaan seorg lelaki kepada perempaun,begitu jugalah perasaan ini.sekalipun mampu dkawal dan ia mungkin tidak sekuat dlu,tpi ia masih disitu,tidak mampu dbuang mcm tu.lagi2 utk org sperti sya yg memang sejak kecil mmpunyai perasaan sperti ini.
sya telah jatuh cinta kepada seorg classmate sejak 3 tahun yg lalu.dan sepanjang msa itu,tiada spa yg mampu mmbuat sya rasa sperti mana sya rasa pda dia.setiap kali tjumpa dia.sya rsa gembira,berdebar2,malu,dan semuanya yg drsa oleh seorg lelaki kepada perempuan.bezanya,sya tidak mampu mengungkapkn apa2 dan hanya mampu memendam perasaan itu selama bertahun2.smpai ketika kerana sakitnya dgn perasaan ni,sya berdoa smoga dpadamkn semua perasaan ni,agar sya bleh hidup dgn tenang.namun sya masih gagal melupakn dia.akhirnya,kerana terlalu mencintai dia,sya mengambil keputusan utk tidak lagi mahu melupakn dia.biar masa merawat segala2nya.biar masa yg akn melupakn sya pdanya.tpi sya tidak akn bputus asa,sya tetap bermohon agar djodohkn dgnnya dsana nnti..insyaAllah,kerana sya yakin,Allah maha adil.
kepada semua yg senasib dgn sya,teruskn bertahan..bertahan dan bertahan,kawal nafsumu,tahan setiap kesakitan itu.berrsabar dengan setiap ujian tuhanmu.jangan sedih andai tiada jodoh ddunia ini.andai tidak dtakdirkan bersatu dgn org yg anda cintai.kerana dsana nanti,insyaAllah,mintalah apa sja,pasti Allah akan bagi.dan dia telah menyediakn jodoh utk kita dsana nanti.spa pun dia..apa jantinanya.itu adalah rahsia Allah.kita cuma teruskan bertahan dan berdoa.yakinlah.setiap yg berlaku ni ada sebabnya..pasti ada ganjarannya yang kta tidak pernah bayangkan.kita terpilih oleh Allah utk melalui ujian yang tidak dia berikan pada semua org.bila ditarik sesuatu daripada kita,yakinlah pasti akn dberikan sesuatu jgak kepada kita selagi mana kita bertahan dan tidak melakukan apa2 yg menjuruskn kita kepada kehinaan.sya masih belajar utk redha dengan apa yg terjadi,dan sya mahu anda juga bersama2 sya memahami isu2 ni dengan baik,jgan menilai atau menghukum kerana kita adalah manusia dan kejadian Allah ini pelbagai.semua akan mati.saya akn mati,dan anda yg songsang sperti sya jugak akan mati.tapi jadikan mati kita ini,mati yg bererti.,bukan mati yang rugi.sudahlah tidak dapat ddunia.dakhirat pun x dpt jgak.tidakkah rugi?=)
bertahan wahai sahabatku.pasti ada ganjaran menanti org2 yg sabar.itu janji Allah dan Allah tidak memungkiri janji.
Allahhu rabbi,
saye ikhwah yang sudah beberapa tahun ikut usrah, tapi progress saye sangat perlahan, tatkala kawan2 lain sudah bawak usrah sendiri, saya masih lagi baru belajar ikut usrah, saya on and off ikut, naqib bersilih ganti.. ramai bertanya kenapa saya masih x bawak usrah sendiri, tapi tak siapa yang tahu saya ada masalah nafsu sonsang sejak dari kecik lagi, Alhamdulillah gerabak tarbiyah ni dah tarik saya, tapi bak kata anon diatas, nafsu ni, hanya mampu dikawal, tapi x boleh dibuang mcm tu saja, tanya la sesiapa pun, contohnya saya sendiri, walaupun dah setahun lebih berjaya kawal nafsu, x lagi naik syahwat bila cipika cipiki dengan ikhwah lain, tapi bila saya mimpi basah, saya masih termimpi kan berhubungan dengan lelaki.. Wallahi, saya amat membenci perasaan ini, tapi apakan daya, sedangkan waktu mimpi pun perasan ni masih menghantui saya
kepada mereka yang senasib, tabahkan lah hati, nafsu ini jahat, susah dikawal, tapi InsyaAllah kemanisan syurga di akhirat kelak sudah cukup untuk kita rasa kuat untuk melawan nafsu ini, kita sedang berperang untuk syurga Allah swt, mari teruskan, jangan mengalah!
artikle ni dah lama saya simpan tapi baru hari ni saya baca penuh...
Ehm...pengalaman seorang ikhwah--
pernah ada ikhwah salam berlaga pipi dan cium skali ~ thus,dia konfes rindu ana kerana Allah.
ana kaget...dan tanya dia balik. sungguh ke kerana Allah? dan dia kata ya.
ana x kisah lagi kalau kerana Allah tapi kalau kerana nafsu minta jangan buat lagi mcmni.
ikhwah tu pun diam...
-----
ehm, mari banyakkan berdoa pada Allah.
Post a Comment