30 April 2013

Haiya 'Alassalah!

[Kredit]

Ini adalah peringatan yang mungkin sudah basi. Ini adalah tazkirah ringkas yang saya pasti sudah anda dengari berkali-kali. Ini adalah nasihat yang saya fikir, pasti ada sudah bosan dan lali.

Tapi itulah. Manusia perlu sentiasa diingatkan. Kerana manusia itu sifatnya pelupa. Dan peringatan itu bermanfaat, baik untuk orang-orang mukmin.

Hari ini saya ingin mengingatkan diri sendiri dan anda semua tentang solat. Ya, ritual sehari-hari yang kita lakukan etlis lima kali sehari itu. Oleh sebab kita sudah terlalu terbiasa dengannya, terlalu rutin, kadangkala kita terlupa, terlalai dan terleka dengan ruh solat itu. Kita lupa akan kelazatannya. Kita alpa dengan kenikmatan mengangkat takbir dan melaungkan kebesaranNya serta sujud merendahkan diri kepadaNya. 

Seagung mana solat itu? Rasulullah SAW terpaksa menghadap Allah di Sidratul Muntaha sana untuk diberi watikah solat.

Seutama mana solat itu? Amalan pertama yang akan dihisab di Mahsyar kelak adalah solat.

Sepenting mana solat itu? Walau dalam keadaan apa sekalipon; lumpuh, sakit gigi, gempa bumi, tsunami, solat wajib ditunaikan tanpa sebarang kompromi. 

Senikmat mana solat itu? Rasulullah SAW akan menyuruh Bilal bin Rabah untuk merehatkannya dengan laungan azan, kerana rehat itu hanya pada solat. 

Sehebat mana solat itu? Ia diletakkan sebagai rukun Islam yang kedua selepas melafazkan syahadah.

Ya, solat adalah manifestasi keIslaman seseorang itu. Solat adalah terjemahan kepada berimannya seseorang mukmin itu. Dan solat adalah ilustrasi kepada kechentaan seorang hamba kepada Tuannya.

Apakah rahsia keagungan pada solat?

Ia adalah tiang, asas kepada kehidupan seorang mukmin. Sehinggakan seseorang yang menjaga solatnya dengan sempurna, pasti akan terhindar daripada menjadi hamba yang ingkar dan bermaksiat.

"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada fahsya' dan mungkar."
[al-Ankabut, 29:45]

Fahsya'. Perbuatan keji. Mungkar. Keingkaran.

Nah, kehidupan bagaimana lagi yang kita inginkan, daripada kehidupan aman dan bahagia, bebas daripada perbuatan yang keji dan keingkaran kepadaNya..? Tak mencuri, tak berzina, tidak berjudi, tidak makan rasuah, tidak pecah amanah, tak minum arak, tidak mengkeji sesama sendiri, tidak mengumpat, tidak marah penuh emosi, tak korek hidung. Eh.

Ibaratnya, berlari-lari riang penuh kegembiraan di tengah-tengah taman bunga-bunga dafodil yang dipenuhi dengan arnab-arnab gemok berlari riang. Indah bukan? 

Tapi lihatlah sekeliling! Maksiat berleluasa! Fahsya' bermaharajalela! Mungkar berkuasa! Syaitonirojim dipuja..! Dan yang banyak sekali menyokong semua ini adalah mereka yang mengaku dirinya Muslim!

Pengsan. Berbuih mulut. 

Oh tidak perlu pergi jauh-jauh. Tidak perlu pantas menuduh. Cuba tengok diri sendiri dahulu.

Ehem. Sudah bersedia untuk dilempang dua ratus tujuh puluh lima darjah dengan kekuatan lapan perpuluhan tiga skala richter..? 

Berapa kali dalam sehari kita sibuk mengumpat dan mengata orang? Mata, telinga dan hati kita terjaga daripada zina? Duit kita habis diboroskan ke mana? Nafsu makan kita ingat dunia? Masa kita dihabiskan untuk apa? Maksiat di depan mata kita buat apa? Otak dan fikiran kita melayang ke mana? Kaki kita banyaknya melangkah ke mana..?

Adeh. 

Sedangkan kita bersolat. Bukan hanya bersolat, siap solat jemaah lagi. Bukan setakat solat berjemaah, siap solat berjemaah di awal waktu lagi. Tidak cukup dengan itu, kita tambah lagi dengan solat-solat sunat. 

Tapi diri kita masih bermaksiat. Jiwa kita masih berkarat. Hati kita dan kemungkaran masih bersahabat. 

Bukankah solat itu mencegah fahsya' dan mungkar..? Lalu bagaimana solat kita..? Adakah kita bersolat atau kita 

"Maka celakalah orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya..."
[al-Ma'un, 107:4-5]

Adoiii dah dah la tu Inche gabbana oiii! Sakit kot lempangan bertubi-tubi anda ni..!

Err.. Hati dan jiwa saya pon tengah parah, tengah dibelasah ni tahu...?? 

Ya, solat kita tidak berjaya menjadi benteng kepada perbuatan keji dan kemungkaran adalah disebabkan oleh kelalaian kita dalam melaksanakannya. Ketidak-seriyesan kita dalam memenuhi tuntutannya. Sikap sambil lewa kita dalam memastikan kita melakukannya dengan prestasi yang paling sempurna. 

Takbir kita dipenuhi dengan ingatan tengan kari kepala ikan yang baharu kita bedal siang tadi.

Al-Fatihah kita diselang-seli dengan lirik Gwiyomi yang kia tonton di TiubAnda.

Rukuk kita sibuk merenung kuku kaki yang tidak dipotong lagi.

I'tidal kita dicemari dengan berangan nak kahwin dengan akhawat mana.

Sujud kita mahu tak mahu, haru-biru.

Tahiyyat kita pantas dan laju, tak sabar nak sambung hapdet MukaBuku.

Sudah, kalau begitu, apa nilai solat kita? Agak-agaknya jika begitu, solat kita akan diangkat hingga bertemuNya di langit petala, atau akan dicampak semula ke muka kita dengan penuh murka..? 

Nanges laju-laju.

Lalu, bagaimana solat yang sebenarnya..? Solat bagaimana yang dapat mencegah fahsya' dan mungkar? Solat yang macam mana dikira berjaya lagi bergaya?

Solat yang menggementarkan hati si hamba.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementar hatinya dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) keimanannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal."
[al-Anfal, 8:2]


Solat yang difahami segala makna bicara dan maksud kata-kata.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dekati (mengerjakan) solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengetahui apa yang kamu katakan..."
[an-Nisa', 4:43]

Solat yang akan menyebabkan kita jatuh chenta padaNya. 

"Sungguh, Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan laksanakanlah solat untuk mengingat Aku."
[Thaaha, 20:14]

Pendek kata, solat yang khusyu', penuh dengan tawadhu'.

"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya.."
[al-Mu'minun, 23:1-2]

Baharulah betul, selepas salah, adanya falah. Selepas solat, datangnya kejayaan!

Tidak hairanlah, kita dituntut untuk memohon kemenangan dengan solat dan sabar!

"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'."
[al-Baqarah, 2:45]

 
Pergh. Dah nampak dah permainannya kat situ..? 

Nak solat tak boleh main-main. Nak solat kena khusyu'. Nak khusyu' bukannya mudah, dengan beraneka tok nenek raksasa gorgon dan syaitonirojim yang sentiasa mencari peluang untuk membuatkan kita alpa dan terleka. Oleh sebab itu kena bersabar. Sabar dalam melaksanakan solat. Sabar dalam mencari ruh dan kelazatan solat. Sabar dalam memburu keredhaanNya. 

Selepas itu baharulah kita dapat merasakan nikmatnya dan indahnya solat; bebas daripada perbuatan keji dan mungkar. Terasa begitu dekat denganNya. Dapat berchenta, berdua-dua denganNya, hanya kita dan Dia, meski di tengah lautan manusia yang lainnya.

Mata berkaca-kaca, bersinar-sinar.

Arakian selepas ini, jika ada yang bertanya kepada saya, apa solusi kepada permasalahan itu dan ini, pasti solat akan menjadi jawapan saya.

"Inche gabbana, saya ada masalah ukhuwwah dengan ikhwah tempat saya belajar. Diorang tu semua pentingkan diri. Asyik-asyik saya sorang je yang buat kerja. Macam mana saya nak tegur mereka ye..?"

Uhm. Solat anda bagaimana..? Di awal waktu tak? Berjemaah tak?

"IG, saya selalu rasa tak tenang. Rasa macam.. Semua orang kat dunia ni tak suka kat saya. Semua benda tak kena. Ada apa-apa tips..?"

Aaah. Wudhu' anda bagaimana..? Sudah sempurna? Sebelum solat fardhu, ada buat solat sunat rawatib dulu? Waktu solat rasa tenang atau makin runsing..? 

"Ana.. Ana malu nak mengaku la akhi. Tapi.. Tapi ana rasa kes ana sebijik macam Junaidi dalam Zilal. Ikhwah songsang. Guane eh..?"

Waktu anda baca al-Fatihah, apa yang bermain dalam kepala? Allah atau ikhwah? Anda ingat Tuhan atau keseronokan?

"Akhi, hadek-hadek saya susah betul nak buang jahiliyyah! Gamenya, PESnya, DOTAnya, kapelnya.. Dah macam-macam saya buat! Semua tak jadi! How now brown cow?"

Sebelum tuding jari pada hadek-hadek, kita koreksi diri dulu. I'tidal anda ketika solat bagaimana? Ada tama'ninah? Waktu sujud, waktu yang paling dekat dengan Allah, anda perbanyakkan doa untuk hadek-hadek atau banyak menguap..?

"Aku ada masalah ikhtilat la bro. Senang sangat tewas dengan ajakan perempuan. Susah la nak jagaaa.. Adoi, macam mana ah..?"

Mudah. Waktu solat, fokuskan sepenuh perhatian pada Allah. Perbanyakkan ingat Allah dalam solat, dan bukannya perempuan. Bercurhat dan berbuallah dengan Allah. Anda pasti jatuh chenta padaNya!

"Anda, saya tak tahulah nak undi saya PRU ni. Tak nampak lagi sapa yang akan menguntungkan agama, negara dan bangsa! Waduh, bagaimana..??"

Err.. Dah solat belum..? Jangan sibuk berkempen sahaja tahu..??  

"Encik gaban boleh bagi nasihat sikit pada mereka yang malas belajar ni..? Asyik-asyik nak buat dakwah, tapi belajar malas. Boleh..?"

Boleh. Suruh berdiri tegak menghadap kiblat, luruskan saf, ikhlaskan niat dan tunaikan solat dengan khusyu' lagi tawadhu'!

Ohoiii!

Kerana solat itu mencegah fahsya' dan mungkar!

Kerana solat itu yang membedakan antara orang-orang yang beriman dengan mereka yang kufur!

Dan kerana lepas as-salah, baharu ada al-falah!

Senyum.

-gabbana-

Di sebalik kesibukan dan kehangatan pilihan raya, jangan abaikan dan lalaikan solat kita! Jangan sibuk berkempen, meraih undi bagai sampai solat ditinggalkan! 

Ingat! Kita ada kemenangan yang lebih besar dan agung untuk dikejar; kemenangan di akhirat sana! Ayuh kejar solat yang sempurna!
 

7 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 30/04/2013, 15:25  

slm wbt.

bercurhat dgn Allah dlm solat bagaimanakah? mungkin IG boleh lebih explain sikit? kita luahkan masalah kita kpd Allah dlm solat ke? benda tu mengingatkn kita ttg mslh dunia jgk la.

harap boleh diberi pencerahan.

Anonymous 30/04/2013, 15:39  

Allahuakbar!!
jzkk IG.
moga Allah rahmati dan menerima amal2 enta.

Anonymous 30/04/2013, 18:19  

terbaikkk!!!! jaga hati Inche

Anonymous 01/05/2013, 11:39  

headshot

Anonymous 01/05/2013, 21:19  

tepat pada masanya.


aku rasa gelisah sangat sebab aku walaupun solat kadang selalu on time dan berjemaah.aku tak rasa pun nikmat solat.mungkin sebab aku hanya melakukan sebab ia ''kewajipan''

entry ini sangat menyentuh hati.aku hamba tuhan tak baik.kiranya tak baik.banyak dosa,kadang aku rasa aku dibenci tuhan.sebab aku banyak kali buat dosa yang sama.berulang.bila aku bertaubat,aku cam konfius ohhh..kenapa aku duk ulang mende sama biar la aku dah solat taubat,aku baca quran setiap hari.

sekarang baru aku sedar.sebab aku terlupa key word sebuah falah : ikhlas..

aku tak ikhlas solat.sebab tu aku liat malas.bila solat aku tak ikhlas,biar la aku on time sekalipun,baca quran setiap hari pun,aku mesti ''jatuh'' balik.

thanks encik gabbana.

kau kiranya bagi aku,hidayah dari Allah.yang Allah lorongkan petunjuknya melalui orang macam kau.untung kau.doakan aku eh.aku nak ikhlas,solat,dan falah.lebih2 lagi aku nak final exam sekarang.fragile gile.sobsss.orang lain semua usaha keras study,tapi aku macam samar2.tak apa la.yang penting,masa masih ada,aku nak terus berusaha. siapa berusaha,dia berjaya!

maaf la aku komen panjang,aku suka.

salam.thanks again.Allah bless all of us.aamiin

Anonymous 01/05/2013, 23:19  

Pentingnya sebuah solat itu,
hingga diangkat darjat sebagai tiang agama...

Memang ramai yang tahu. Tak, malah semua muslim boleh dikatakan tahu. Tapi bukan benar-benar faham... Termasuk yang mengaku daie sekalipun. Padahalnya, hablu minallah wa hablu minannas. Mahu berhubungan dengan baik sesama manusia, mesti berhubungan baik dengan Penciptanya dahulu. Solat.

Tak tahu...tapi teramatlah suka post yang ini dan komen anonymous atas

incik neng 02/05/2013, 20:53  

Aku perati je dam blog kau ni aku perati jeee kakaka

pawer pawer

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP