Zilal
Tiada kredit. Hoh.
|
Farid memandang wajah-wajah yang berada di sekelilingnya dengan penuh kasih.
"Uhmm Ju.. Ju rasa macam mana..? Apa pendapat Ju tentang kata-kata Sayyid Qutb tadi..?"
Junaidi yang sejak tadi tertunduk mengangkat wajahnya. Tersipu-sipu.
"Hah..? Sa.. Saya ke..?"
Farid tersenyum. Berpasang mata lain kini memandang tepat pada sosok mugil itu.
Junaidi menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tersenyum malu.
"Aaaahh.. Pendapat saya..."
Dia terdiam sebentar. Mencari ilham untuk memenuhi permintaan Farid, murabbi usrahnya. Bukan dia tidak fokus, cuma dia amat penyegan orangnya.
"Uhmm saya rasa.. Sayyid Qutb nak cakap yang manusia.. Manusia kebanyakannya tengah lena. Uhmm... Diorang sedang bermimpi yang indah-indah belaka. Belum bangun daripada tidur yang nyenyak, bangkit kepada realiti yang sebenarnya..."
Momentum semakin dibina. Farid tersenyum, khusyuk mendengar penerangan anak buahnya itu.
"...buruk dan mengerikan. Mereka terlalu asyik melayan mimpi yang fana, sehingga tidak mahu bangun kepada realiti yang menggugah jiwa... Jiwa-jiwa mereka berkarat dengan jahiliyyah dan maksiat, sehinggakan mereka tidak dapat lagi membezakan yang haq dan batil. Disebabkan ini juga, mereka jadi macam budak kecik. Nak seronok je.. Aaahh. Takde cita-cita besar. Rabun jauh. Yang mereka tahu, hanya nak puaskan nafsu dan.. Dan keinginan diri sendiri. Hatta benda-benda tu ibarat melumur diri sendiri dengan lumpur yang jijik dan kotor.
Jadi.. Err.. Tanggungjawab kitalah untuk mengejutkan mereka ni daripada lena yang panjang tadi... Suatu amanah yang kita pegang, yang kita dah berjanji depan Allah dulu, untuk bersihkan mereka ini daripada kekotoran dan kekaratan yang menyelaputi jiwa dan hati mereka.. "
Junaidi kembali tertunduk. Merah padam pipinya. Ada kening-kening yang terangkat, tanda kagum dengan penjelasan yang baharu sahaja didengari mereka. Ada yang tersenyum, tanda puas dan bersetuju dengan perkongsian ringkas Junaidi. Farid pula, tersenyum lebar hingga menampakkan giginya yang sedikit kuning.
"Alhamdulillah.. Memang itulah yang saya nak dengar. Dan saya yakin, memang itulah yang ingin disampaikan oleh Sayyid Qutd dalam petikan tadi. Syabas Ju, sebab berjaya menanggapi kata-kata as-Syaikh dengan baik sekali!"
Farid amat bangga dengan Junaidi. Meskipon dia agak baharu menyertai usrahnya, jika hendak dibandingkan dengan ahli-ahli seusrahnya yang lain, tapi dia menampakkan kefahaman yang bersih dan jelas. Sebersih dan sejelas pengalaman Sayyid Qutb sendiri dalam memahami al-Quran.
"Nikmat yang meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku..."
Tidak hairanlah Farid amat menyayangi Junaidi. Walau masih baru, dia agak terkedepan berbanding yang lain. Bukan Farid mahu pilih bulu atau pilih kasih, tapi dalam banyak-banyak anak usrahnya. Junaidi lah yang sering memberikan maklum balas yang baik dan memberansangkan. Dia juga tidak pernah mengecewakan Farid setiap kali Farid meminta pertolongan atau maklum balas daripada mereka semua.
Untuk Junaidi sendiri, dia adalah seorang insan yang punya karakter yang cukup unik. Misteri. Dia amat pendiam sebenarnya. Penyegan. Pemalu.
Awal permulaan dia menyertai usrah juga secara tidak dirancang olehnya. Seumur hidupnya, tidak pernah terfikir olehnya yang dia akan bersama dengan golongan yang selama ini tidak pernah dihiraukannya. Baginya, kehadiran geng-geng 'perasan alim', 'ana-anta', 'berpeluk-peluk macam Pak Arab' dan entah macam-macam lagi label yang pernah didengarinya, sedikit pon tidak mempengaruhi hidupnya.
Sehinggalah dia berkenalan dengan Farid di surau di asrama kediamannya. Entah macam mana Farid boleh tersesat ke situ, dia tidak tahu. Cuma dia masih ingat, usai solat Zuhur secara berjemaah, di ke belakang untuk membaca al-Quran. Ketika sedang asyik mengalunkan surah Ar-Rahman, surah kegemarannya, dia sempat menangkap ada mata yang sedang memerhatikannya. Dia jadi tidak selesa.
Lantas dia menutup mushaf di hadapannya, dan bersedia untuk meninggalkan surau. Ketika itulah Farid datang kepadanya dan memperkenalkan dirinya.
"Assalamu 'alaikum."
Junaidi masih ingat senyuman itu. Senyuman yang tidak mungkin akan dilupakannya sampai bila-bila. Memukau.
"Err.. Wassalaam."
Farid menghulurkan tangannya. Junaidi teragak-agak menyambutnya.
"Saya Farid."
Ok.. Mamat ni nak apa...
Hati Junaidi mula memberontak. Tidak dapat tidak, dia mengesyaki sesuatu.
"Err.. Sini ada gerai makan tak..? Uhm, kalau tak keberatan, boleh tunjukkan saya kedai makan yang terdekat..?"
Eh eh. Takkan lalu sini tadi tak nampak kedai makan sekonyong-konyong besar kat sebelah asrama ni..?
"Ada.. Ada.."
Farid masih dengan senyumannya. Junaidi sedikit keberatan.
"Uhm.. Jom ikut saya.."
Suatu keputusan yang apabila difikirkan kembali, benarlah datangnya dari atas langit sana. Dan Junaidi tidak mungkin menyesali keputusannya yang satu itu.
Tidak disangka-sangkanya, Farid mengajaknya makan sama. Dan entah mengapa, Junaidi tidak mampu untuk menolaknya, walaupon dia hanya memesan teh o' ais limau. Segan.
Farid berjaya memecahkan ais antara mereka. Keramahannya benar-benar memikat Junaidi. Dia yang sukar bermesra dengan orang-orang yang baru yang tidak dikenalinya, tewas di tangan Farid. Walaupon sepanjang perbualan mereka, Junaidi lebih banyak berdiam, khusyuk mendengar celoteh Farid.
Junaidi sempat memerhatikan fizikal Farid yang baru dikenalinya itu. Wajahnya putih, berbentuk segi empat. Bulu matanya lentik. Pipinya sedikit tembam, dengan lesung pipit manis yang menghiasinya. Hidungnya sedikit mancung dengan bibir berwarna merah terang. Ada tahi lalat hitam di bahagian kiri bawah hidung di atas bibir, yang menambahkan seri wajahnya. Rambutnya sedikit perang, ikal dan licin. Tubuh badannya tegap dan Farid boleh dikatakan tinggi orangnya.

Junaidi membuat kesimpulan pantas, dengan fizikal sebegitu rupa, pasti Farid punya ramai peminat yang memuja dirinya. Entah mengapa, tidak semena-mena timbul perasaan cemburu dalam diri Junaidi. Dia sendiri hairan dengan perasaan itu. Dan bukan sekali hatinya bergetar, darahnya berderau, ketika dia asyik memerhatikan sosok itu. Dia sudah jatuh chenta, pandang pertama.
Astaghfirullah..
"Eh sedaplah makan kat sini. Dia punya ayam masak merah, memang the best!!
Junaidi hanya tersenyum mendengar komen Farid. Farid segera mengelap mulutnya dengan tisu berwarna merah jambu.
"Tak minum..?"
Junaidi masih asyik memerhatikan teletah Farid.
"Ohh minum, minum. Tapi bukan sekarang. Lepas lima, sepuluh minit nanti baru minum. Jaga badan. Hehe.."
Patutlah..
Maka bermulalah episod baru dalam hidup Junaidi. Selepas itu mereka mula kerap berhubungan. Dia sangat selesa dengan perwatakan Farid. Dan entah mengapa, Farid semacam ada suatu tarikan yang amat sukar ditolaknya.
Akhirnya, entah bagaimana, Junaidi berjaya dijebakkan ke dalam usrah. Ia merupakan suatu kejayaan peribadi yang cukup bermakna buat Farid. Setelah lama berhubungan dan bergaul mesra dengan Junaidi, setelah benar-benar yakin akan perhubungan mereka, Farid akhirnya memberanikan diri mengajak Junaidi untuk menyertai usrah yang dibawanya.
Pada mulanya, Junaidi keberatan. Malah sesiapa sahaja yang mengenali Junaidi, pasti akan faham cara pemikirannya. Sememangnya dia seorang yang amat pemalu dan pendiam. Juga.. Dia punya sejarah hitam, yang kelam lagi penuh dendam, yang sering menghantui dan memburu dirinya. Hingga seringkali membuatkannya jatuh tersungkur. Tersembam.
Cuma apabila dia bersama Farid, dia jadi berbeza. Entah. Lelaki itu ibarat memberi sinar baru dalam hidupnya. Manusia bernama Farid itu memberikannya harapan, yang sudah lama dilupainya. Seindah bait-bait dalam surah ar-Rahman.
"Ar-Rahman. Yang telah mengajarkan al-Quran. Dia menciptakan manusia, mengajarnya pandai berbicara.."
Ya, lelaki bernama Farid itu amat bijak berbicara. Manis sekali rasanya. Maka apabila dipujuk dan dibujuk Farid, dia cair. Dia tunduk pada ajakan Farid.
Cuma dia meletakkan suatu syarat. Jangan meletakkan harapan yang tinggi pada dirinya. Sekiranya dia tidak dapat membiasakan diri dengan ahli-ahli usrah yang lain, dia perlukan masa. Dia hanya mahu ruang yang lebih, agar dia dapat bernafas dengan lebih segar dan bergerak dengan lebih bebas. Dan jangan sesekali mengharapkan perubahan yang drastik pada dirinya. Biarlah dia terus menjadi Junaidi yang asli, sepertimana yang Farid kenali.
Farid bersetuju. Seperti biasa, dengan senyumannya yang menggegarkan iman.
Dalam banyak-banyak agenda di dalam usrah, tilawah dan tadabbur lah yang paling digemari Junaidi. Kerana ia memberinya peluang untuk mengekpresikan dirinya. Seperti hari ini, apabila dia diberikan ruang oleh Farid untuk menyatakan pendapatnya. Peluang seperti itu selalunya akan dimanfaatkan sebaiknya oleh Junaidi, untuk memberitahu dunia dirinya yang sebenar. Untuk melukiskan setiap nafas hidupnya, pada ruang-ruang kosong kanvas putih dunia yang masih bersisa. Dan kerana itu, dia seringkali berterima kasih kepada Farid.
Ah, andai kau tahu betapa chentanya aku pada dirimu, hai sayang...
"Ju..?"
bersambung...
-gabbana-
Sabar itu sebahagian daripada iiimaaaaann. Kehkehkeh. Jumpa lagi di masa akan datang! Jelir lidah.
Selamat memanfaatkan hujung minggu anda untuk mengejar chenta dan redhaNya yang mulia! Aiwah!
Zilal. Hakcipta terpelihara (C) 2013.

11 Caci Maki Puji Muji:
Tak boleh sabar dah niiii.. huwaaaa.. cepatlah encik gabbana!!!
Chantek. Senyum meleret.
Aman.
you are good in msking a story!
Inche.....
Ade ramai orang sasau kat sini...haha don't let your imagination run wild
Wajahnya putih, berbentuk segi empat. Bulu matanya lentik. Pipinya sedikit tembam, dengan lesung pipit manis yang menghiasinya. Hidungnya sedikit mancung dengan bibir berwarna merah terang. Ada tahi lalat hitam di bahagian kiri bawah hidung di atas bibir, yang menambahkan seri wajahnya. Rambutnya sedikit perang, ikal dan licin. Tubuh badannya tegap dan Farid boleh dikatakan tinggi orangnya
Haha inche gabanna, character tu bulat2 mcm saya....
Anonymous di atas: adakah anda farid? Mungkinkah inche gabbana berada di persekitaran anda? Haha
majoriti tak nak tunjuk identiti sebenar macam inche..anonymous menjadi pilhan! ngee
Wahai Ju..kamu tak bersendirian..huhu..menangis bila baca..merobek-robek jantung saya.. :'(
Jap2 Ju ni lelaki ke prmpuan sbb ayat last tu mcm die cinta kt Farid je?
Apa pndpt i.g bila glgn ulama ASWJ yg mngtakn syed qutb sesat? Ustzh pondok dn syeikh yg ckp, bkn ana.
Post a Comment