23 April 2013

Zilal: Bahagian III

Nota: Maklum balas yang saya terima daripada Zilal: Bahagian II, saya kira sedikit luar biasa. Saya amat-amat menghargai komen, teguran dan nasihat yang diberikan. Tetapi saya telah mengambil keputusan untuk mengekalkan Zilal: Bahagian II seperti asalnya. Izinkan saya menghabiskan kisah ini dahulu. InshaAllah ada cahaya di hujung terowong. Eh. Moga bermanfaat, biidznillah. 

***

[Kredit]
Junaidi merenung mata Farid dalam-dalam. TImbul rasa belas pada murabbinya itu. Belas. Malu. Serba salah.

"Ok.. Saya ok.."

Junaidi tersenyum. Tersipu.

Usrah hari itu diselesaikan sedikit awal daripada biasa. Habis berbicara tentang Muqaddimah Zilal karya Sayyid Qutb, Farid bercerita pula tentang kisah salah seorang sahabat yang dijanjikan masuk sorga; 'Umar al-Khattab r.a. Lama juga dia berkongsi tentang sahabat agung yang satu itu. Idola hatinya. Habis kisah 'Umar, dikongsikan pula berita-berita terbaru tentang dunia Islam hari ini. Kemudian, Farid bertanyakan masalah peribadi jika ada, pada setiap ahli-ahli usrahnya. Usrah itu ditamatkan dengan kafaratul majlis, yang diserikan lagi dengan kerepek ubi pedas, kacang goreng dan air kordial oren. 

Seperti biasa, sebelum berpisah, mereka bersalaman, berpelukan dan berlaga pipi penuh kemesraan.

"Err.. Abang Farid..."

Farid menoleh kepada Junaidi. Tersenyum.

"Abang Farid ada masa sikit..? Ju.. Ju ada benda nak cakap dengan Abang Farid."

Kening kiri Farid sedikit terangkat. Terserlah bulu matanya yang melentik itu. 

"Mestilah adaaa. Demi Ju yang saya sayangi ni, saya akan pastikan saya ada masa! Hehe.."

Berderau darah Junaidi mendengar perkataan sayang. Tekaknya sukar menelan air liur ketika itu.

"Tunggu jap eh, Ju. Nak hantar diorang ke kereta jap."

Junaidi hanya memerhatikan teletah Farid dan ahli-ahli usrahnya yang lain. Dia cemburu melihat kemesraan Farid dengan yang lain. Cepat-cepat dia beristighfar apabila perasaan itu semakin meluap, membuak. 

"Haaa Ju. Ok saya dah percuma! Hehe.. Ju ok ke..? Nampak lama mengelamun dalam usrah tadi..?"

"Oh... Uhmm.. Tu yang nak cakap tu..."

Wajah Farid senang. Walaupon hatinya sedikit berdebar. 

"Bang, kita cari tempat yang tak ramai orang boleh..? Seganlah.."

Farid memandang sekeliling. Mencari-cari andai ada tempat yang sesuai. 

"Uhhmm.. Kalau macam tu, dalam kereta saya je lah. Boleh..?"

Mata Junaidi membundar. Dia teragak-agak. Macam mana nak lari nanti..?

"Takde tempat lain ke..? Uhmm.. Uhmmmm. Ok la kot..."

Farid tersenyum. Mereka kemudiannya berjalan ke arah kereta Farid. Proton Saga FLX. Biru kehijauan. Farid membuka pintu bahagian pemandu. Junaidi pula, membuka pintu penumpang di bahagian belakang.

"Laaah. Kenapa duduk belakang..? Duduklah depan ni, sebelah saya!" 

"Tak maulah. Lagi selesa macam ni. Seganlah. Benda yang saya nak cakap ni... Sumpah segan.."

Farid membuat muka pelik. Namun senyumannya masih tidak lekang di wajahnya. Hatinya semakin berombak. Semakin berkurang ketenangannya.

"Ok Ju. Ju nak cerita apa dengan saya..? Macam penting je.."

Junaidi memandang ke arah cermin pandang belakang untuk pemandu. Jelas, mata Farid sedang memandang tepat ke arahnya. Mungkin Farid juga segan untuk memandang wajahnya secara terus. 

Bahu Junaidi terangkat tinggi, tanda dia menarik nafas yang dalam. Jelas kedengaran hembusan nafas keluarnya. 

"Bang... Sebelum apa-apa, saya nak minta maaf pada abang. Selama ni.. Saya tak berlaku jujur pada abang..."

Dahi Farid sedikit berkerut. Kemudian dia cepat-cepat menegangkannya kembali, risau andai Junaidi terperasan.

"Saya harap.. Apa yang bakal beritahu abang nanti.. Ehhmm.... Takkan merubah persepsi abang terhadap saya... Ok tipu.. Mestilah akan berubah punya.. Cuma.. Cumaaa. Saya harap sangat yang kita akan kekal bersahabat.. Macam biasa. Boleh ke bang..?"

"Macam mana saya nak tahu, kalau Ju tak beritahu saya..?"

Farid tersenyum, cuba meyakinkan Junaidi. Kali ini dia beralih ke belakang, mahu melihat wajah mutarabbi kesayangannya itu. Namun senyumannya kali ini sedikit tawar, memberi isyarat yang hatinya masih berdebar. 

Junaidi mengetap bibirnya. Tidak pasti sama ada dia mahu berlaku jujur, menerangkan segala-galanya kepada Farid atau tidak. Dia khuatir dia akan menyesal nanti. Sudah tiada jalan kembali. Dia memandang keluar. Menandang surau usang beratapkan zink dan pohon kelapa tua yang menjadi peneman setia.

Tidak semena-mena air matanya mengalir. Panas. Cepat-cepat dia menyekanya.

"Eh Ju menangis..? Aihh kenapa ni Ju...? Ju ok tak ni...?"

Farid sedikit cemas. Dadanya semakin berombak. Perasaannya seperti mahu meletup, tidak tertahan lagi mahu mendengar apakah yang bakal diberitahu Junaidi. 

"Bang... Saya... Saya chen..takan aa..bang...'

Sebak. Sukar untuk Junaidi menghabiskan ayatnya. 

Mulut Farid sedikit ternganga. Kemudian dia tersenyum. Lebar. Wajahnya tampak lega dan senang.

Laaah. Tu je ke..?

"Ju.. Saya pon chentakan Ju juga. Sepenuh hati. Lillah. Fillah. Kita saling menchentai keranaNya, InshaAllah." 

Junaidi mengangkat wajahnya. Dia memandang wajah insan kesayangan hatinya itu. Matanya merah. Air matanya tidak tertahan-tahan lagi. Kemudian dia menundukkan pandangannya.

"Abang tak faham bang.. Saya tahu abang sayangkan saya.. Saya tahu tu... Tapi baang.. Adoiii..."

Junaidi menelekup wajahnya. Lama dia begitu. Farid hanya menanti. Takut dia berbuat sesuatu yang akan mengganggu emosi Junaidi.

Tiba-tiba dia mengangkat wajahnya kembali. Farid sedikit kaget.

"Muhammad Farid Azhar. Saya chentakan anda sepenuh hati, seindah rasa, sesakit jiwa, bukan keranaNya. Bukan. Tapi saya chentakan anda semacam Juli menchentai Rumi. Saya menyayangi anda ibarat seorang perempuan yang menyayangi buah hatinya. Dan saya tergila-gilakan anda, seperti Majnun yang gilakan Laila! Fahaaaamm...??"

Junaidi segera membuka pintu kereta. Dalam esakan tangisnya, dia segera keluar daripada kereta. Dia malu. Dia benar-benar malu. Tapi sekurang-kurangnya dia sudah meluahkannya. Hatinya lega. Bahunya ringan. Jiwanya puas. 

Farid terkesima. Matanya sedikit terbeliak. Dia tidak pasti apa yang dia dengari tadi, adalah realiti atau mimpi. Tidak terpercaya rasanya. Dan dia tidak tahu, ketika itu, apa yang perlu dilakukannya.  Keliru.

Mengikut gerak hatinya, sedikit gopoh dia membuka pintu keretanya. Bergegas dia cuba mengejar Junaidi.

"Ju.. Juu..! Tunggu kejap Ju..! Tunggguuuu!"

Junaidi sempat menoleh ke belakang. Ah apa yang kau nak dari aku lelaki?? Tapi kakinya longlai. Lututnya gemalai. Dia tidak mampu berlari dari suara itu. Junaidi terduduk. Masih teresak-esak menahan sebak. 

Farid datang mendekatinya. Mengah. Dia menghulurkan tangan. Lama dia menunggu, sebelum Junaidi menyambutnya. Dengan perlahan dan dengan sedikit kudrat, dia mengangkat Junaidi. Kemudian dipeluknya Junaidi dengan pelukan kejap serasa hati. Junaidi kaget. Langsung tidak disangkanya Farid akan berbuat demikian. Dia membiarkan sahaja Farid memeluknya.

Farid berbisik perlahan. 

"Ju... Saya.. Saya benar-benar chentakan anda kerana Allah. Tiada yang lain. Bukan untuk apa-apa atau siapa-siapa, Ju..."

Dada Farid berombak. Kini air matanya pula yang mengalir.

"Ju... Ini berat. Berat Ju... Beri saya masa untuk berfikir.. Sehingga itu, kuatkan semangat Ju.. Cari Allah.. Dekatkan diri padaNya... Luahkan padaNya. Adukan padaNya. Beri.. Beri saya masa untuk berfikir.. Wallahi, uhibbuka fillah.."

Kedua-dua mereka teresak. Air mata mereka bersatu. Farid melepaskan pelukannya. Pipinya basah. Hidungnya comot. Segera dia mengelap tangis dan hingusnya dengan jari-jemarinya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tertunduk ke bawah. Kemudian dia tertawa kecil.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan..?

Dia memandang Junaidi dengan penuh kasih. Dengan penuh belas. Dipegangnya pipi Junaidi dengan penuh kelembutan.

"Jaga diri ya...?"

bersambung...

-gabbana-

Zilal. Hakcipta terpelihara (C) 2013.


26 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 23/04/2013, 12:38  

rasa nak nagis pulak baca kisah ni.. seriusly junaidi benar2 terseksa. mampukah dia berubah? nantikan Zilal IIII!

Anonymous 23/04/2013, 12:39  

Assalammualaikum.... plz.. jgn diremove kisah2 begini..kerana saya juga mengalaminya.... plz... habiskan cerita....saya ingin tahu.... insyaALLAH...ada ibrah yang boleh diambil... :)

Anonymous 23/04/2013, 12:44  

now it is making sense! maaf sebab tergopoh gabah dalam mengomen semalam! jzkk ya akhi..

Anonymous 23/04/2013, 13:12  

serius,mahu gugur jugak air mata saat membaca cerita ini...lagi2 part cinta fillah...termenung sejenak,melihat farid yg benar2 menyayangi mutarabbinya fillah...apakah cintaku pd shbt2 ku adalah krn fillah, pd mutarabbiku,pd merka yg bersama2 dlm gerabak ini bersamaku :'(

Anonymous 23/04/2013, 13:29  

subhanallah.. dahsyatnya ukhwahfillah tu.. x berubah walau anything happen.. sbb ukhwah kerana Allah, bkn sbb laen.. huuu.. harap sgt dpt embed bnda tu dlm diri.. insyaAllah..

Riza 23/04/2013, 13:35  

puitisnya ayat Junaidi waktu dalam kereta tu? huhu.. ;P

tak ramai yang berusaha utk menyedarkan golongan2 yang diuji seperti ni.. yang ada hanya suka menghina & menghukum.

tapi memang seronok baca kisah realiti kehidupan macam ni. teruskan sambungannya secepat mungkin.

Anonymous 23/04/2013, 13:53  

cepat la sambung part 4 .. huh

hambaNya 23/04/2013, 14:06  

kesabaran teruji ==

may Allah bless

Anonymous 23/04/2013, 14:07  

Salam Inche Gabbana. Boleh tak ana nk request something??

Boleh tak Inche Gabbana buat sambungan cerita ni cepat2? Huhu.

Jzkk Inche Gabbana. Moga cerita ni membuka byk hati dan membetulkan persepsi manusia mengenai situasi ini. Allahumma amiin

lkjhgfdsa 23/04/2013, 15:40  

Ape??? Bersambung lagiiii?? Haishhh sabar sabar..

Anonymous 23/04/2013, 17:11  

seriously, rasa nak nagis,,, i wish i can get the same feeling like farid... menchentai murabbi dan mutarabbi fillah,, susahnya

Anonymous 23/04/2013, 17:51  

teruskan cerita ini , semoga mendapat ibrah daripadanya insyaALLAH .

Anonymous 23/04/2013, 19:19  

majority pengomen bertopengkn anonymous..mcm inche yg bertopeng.haha

Anonymous 23/04/2013, 19:59  

hahaha, mestilah kena anonymous, sebab kalau ade nama, espeseli nama wanita, xselesa pulak inche gabbana nak bace. ye ke? haha. spekulasi sendiri.

terbeliak 23/04/2013, 23:13  

cpt akhi, can't wait for the 4th!
1st to 3rd stories really made my eyes opened.
keep on writing, biiznillah, till death.

ah 23/04/2013, 23:14  

Potomg bawang laju2!
Xsabar nk tunggu part IV

hambayanglemah 24/04/2013, 00:36  

potong bawang laju2... tidak disangka-sangka cerita ini begini. well, this thing happens in my life too. tapi takdelah smpai meluahkan perasaan mcm tu sekali. tapi serious nak cakap cerita ni hampir sama dengan cerita diri ana. betapa sayangnya pada seorang sahabat. smpai merajuk gila2 bila gaduh dan cemburu nak mati bila tengok dia mesra ngan orang lain. Alahai. Allah bantulah hamba-hambaMu yang diuji seperti ini. Alhamdulillah, sekarang masih kuat mencuba untuk membantu diri membuang jahiliyyah itu.
JZKK inche gabbana... :)

Anonymous 24/04/2013, 01:20  

Salam inche gabbana, sila bg ada cahaya di hujung terowong tu ek. Semua org dok tgu cahaya tu. ^^"

Anonymous 24/04/2013, 09:38  

it was like the story of my life, cuma watak saja mungkin berbeza. i've been through this story apg, i have lived it....but for me, the light at the end of my tunnel is a flickering, dimming at times...i have no one to turn to, no one but Him..but sometimes, no matter how hard i try, i keep falling back again..ya Allah..berdosanya aku....but i know deep within my heart He is planning something better, something bigger...

Anonymous 24/04/2013, 12:39  

cerita yg mmg lain dari lain,tak sabar untuk part 4!

Anonymous 24/04/2013, 12:42  

cepat2 lah sambik inchek...saya banyak suka sama cerita inchek... :p

Anonymous 24/04/2013, 14:45  

okay... part akhir tu jiwang sikit. tak boleh bayang ikhwah buat macam tu..

Anonymous 24/04/2013, 15:39  

adakah ianya realistic atau idealistic semata2? ramai y ckp kt ana, ini adalah idealistic.
mcm kebanyakan novel Hilal Ashraf yg menekankan ttg ukhuwah fillah. sy cuba utk meng'applykn dlm dunia realiti, tp dilabel sbg seorg idealistic dan tidak realistic. :'(

Anonymous 24/04/2013, 20:12  

takut~
tapi nak tau seterusnya~

Anonymous 24/04/2013, 22:37  

true.how to apply ukhuwwah fillah semua tu?i've read a lot tp it tak sounds kinda weird ke kalau masuk alam realiti ni?i wanna feel those things too,berukhwah fillah,mahabbah lillah.and this story is good,especially buat org mcm sy yg kdg2 lebih cpt menghukum drpd berfikir.terima kasih

Anonymous 22/06/2013, 05:27  

no wonder la sorang kwan sya nie nk sngat sya bca citer nie..
dya = ju, sya = err, farid? (although nk kta physical sya mcm farid cudnt be any farther from th truth.. hehe)

fakta#2: 'Ju' konfes ngan sya.. although kt alam maya dlu, before sya corner dya >:)

auta#2: sya sayang dya mcm farid sayang ju..

mr gabbana, suspense plak rsanya nk bca bnda nie.. takut ending dya buatkan saya fikir dua kali.. oh, well.. ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP