30 December 2011

Berubah Itu Susah, Tetapi Tidaklah Sesusah Membajak Sawah

[Kredit]

Hari ini, sempena dua hari lagi sebelum melangkah ke tahun baharu, belog ini ingin mengajak anda semua untuk berubah. Ya, berubah. Bukan berubah menjadi Gaban atau Suria Perkasa Hitam, bukan. Tetapi berubah ke arah yang lebih baik dan positif.

Perubahan itu tidak semestinya besar. Perubahan itu tidak semestinya lompatan kepercayaan (Baca: Leap of faith). Cukuplah suatu perubahan minor yang positif. Cukuplah suatu perubahan yang kecil dan tampaknya seperti insignifikan, tetapi perubahan yang baik.

Asalkan berubah.

Sekiranya anda sekarang ini merokok tujuh batang rokok setiap lapan jam, mungkin anda boleh kurangkannya kepada lima batang. Itu satu perubahan yang baik. 

Sekiranya anda selama ini bersolat di hujung-hujung waktu, mungkin kini anda boleh cuba pula untuk solat di tengah-tengah waktu. Itu juga satu perubahan. 

Jika sekarang ini anda susah betul nak buka dan baca al-Quran, mungkin kini anda boleh mulakan dengan membaca tiga Qul atau ayat-ayat pendak dahulu. Ya, itu juga satu perubahan.

Kalau kini anda gemar pakai baju yang ketat-ketat sehingga menampakkan satu pack itu (untuk lelaki) atau tudung yang singkat lagi mini sehingga tiada bezanya anda dengan orang yang tidak bertudung (untuk perempuan), mungkin sudah tiba masanya untuk anda melonggarkan pakaian anda dan melabuhkan tudung anda. Ya, itu pon perubahan juga.

Pokoknya, berubah. Dan istiqamah dengan perubahan itu. 

Nabi SAW bersabda:

"Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Benar, idealnya kita mahu berubah secara drastik. Satu perubahan total yang menjadikan diri kita daripada seekor cipan raksasa menjadi Yazirobel yang memakan kacang ajaib. Err. Perubahan 'Umar al-Khattab daripada seorang penentang Islam yang tegar kepada pembela Islam yang Super Saiya pula. Atau perubahan Mus'ab daripada seorang anak manja yang dipenuhi hidupnya dengan kemewahan dan kesenangan dunia kepada seorang pemuda zuhud yang syahid dengan hanya kain gamis sebagai pakaiannya. Subhanallah.

Tetapi hakikatnya setiap manusia punya kekuatan yang berbeza untuk berubah. Ada yang perlukan lebih masa dan tenaga untuk melakukan sesuatu perubahan. Dan yang lebih dikhuatiri adalah apabila seseorang itu berubah secara terlalu drastik, suatu hari apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, dia akan kembali kepada jurang dalam yang lama, malah jatuh lebih dalam lagi. Kita tidak mahu itu berlaku. Biarlah perubahan yang terjadi adalah perubahan yang berasaskan kefahaman dan perubahan yang konsisten. Asalkan berubah!

Mengapa perlu berubah Inche gabbana..? Apa salahnya kami kekal dengan siapa diri kami sekarang ini..? Tanya anda separuh tidak puas hati.

Kerana berubah itu adalah sifat semulajadi manusia. Perubahan itu adalah dinamism yang Allah ciptakan pada setiap makhluk yang bernama manusia. Manusia dan perubahan adalah ibarat roti pau dan intinya. Manusia yang tidak percaya pada perubahan pula adalah ibarat memakan kueh tat nenas tetapi tanpa jem nenas itu sendiri. Mustahil. Eh.

Setiap hari kita melalui fasa perubahan. Sama ada kita sedar atau tidak sahaja.

Setiap hari umur kita bertambah. Itu satu perubahan.

Wajah dan kulit kita akan berkedut dan mengerepot, tanda usia kita semakin meningkat. Itu satu perubahan.

Hari ini kita makan nasi lemak sebagai sarapan dan esok kita pekena capati cecah kuah dal pula. Itu juga satu perubahan.

Semalam kita pakai baju pink ke opis dan hari ini kita pakai baju hijau epal. Bukankah itu satu perubahan..?

Pokoknya, setiap saat dan ketika, kita tidak boleh lari daripada berubah. Kerana perubahan itu berkadar terus dengan masa, makanya, tidak berubah adalah sesuatu yang amat mustahil dilakukan.

Perubahan itu akan sentiasa berlaku. Adakah kita sudah bersedia..? [Kredit]

Cuma persoalan yang lebih utama kini adalah, perubahan yang bagaimana yang kita mahukan..? Perubahan jenis apa yang mahu kita semaikan..?

Sudah tentulah perubahan yang positif. Perubahan yang baik lagi membaikkan. Dan perubahan yang mendekatkan lagi diri kita kepadaNya dan bukan semakin jauh daripada kasih sayangNya.

Malangnya, ramai di kalangan kita yang begitu liat untuk melakukan perubahan jenis yang ini. Begitu ramai daripada kita yang mendapat terlalu amat sukar untu berubah ke arah yang lebih baik; lebih mudah pula untuk melakukan sesuatu perubahan yang keji lagi mengejikan.

Lebih mudah bukan untuk tidak solat berjemaah daripada menapak berkain pelikat ke surau atau masjid yang terdekat?

Lebih mudah bukan untuk menuruti hawa nafsu sama ada dalam bidang merokok, bidang berzina, bidang mengumpat, bidang membazirkan duit dan bidang melakukan perbuatan-perbuatan keji yang lain daripada terpaksa menahan dan bertarung dengan diri sendiri daripada melakukannya?

Dan lebih mudah bukan, untuk kekal dengan siapa diri anda sekarang ni, berasa selesa dan puas dengan apa yang anda capai dan ada berbanding melakukan perubahan walaupon perubahan itu sedikit dan perlu?

Mengapa..?

Ya, mengapakah Inche gabbana..? Tanya anda pula buat-buat sudah gaharu cendana pula.

Kerana kita menjadikan pandangan manusia sebagai neraca amalan kita. Kita begitu risau dan susah hati apa yang orang katakan dan fikirkan sekiranya kita berubah. Kita begitu khuatir dan panas punggung sekiranya orang mengejek, mencaci-maki dan makan ketupat di belakang kita sambil ketawa terkekeh-kekeh dengan perubahan baru kita.

"Haish ni kalau aku pakai tudung labuh ni nanti kena cop ustazah pilihan harusss dah tak glamor dah aku nih..!"

"Alamak, kalau aku berhenti merokok nanti, geng-geng aku sure kata aku dah tak kool dah. Awek pon nanti ramai yang lari!"

"Buat apa aku nak berubah..? Sekarang ni dah ok apa. Aku tak susahkan orang dan orang pon senang dengan aku. Satigi aku berubah, orang kata aku skema la pulak.. Baik toksah!"

Anda biasa dengan dialog-dialog di atas..? Ya, itulah hakikatnya. Malasnya kita untuk berubah bukan kerana kita tidak mampu, tetapi kerana kita risaukan dengan pandangan makhluk yang bernama manusia. Culasnya kita untuk membuat suatu anjakan paradigma yang positif bukan kerana kita tidak punya kekuatan, tetapi kerana kita lemah dengan lontaran komen dan pandangan orang ramai. Dan degilnya kita untuk berubah bukanlah kerana kita tidak nampak yang kita perlu untuk berubah, tetapi malangnya kita dibutakan dengan panahan-panahan tajam caci-maki orang di sekitar kita.

Bukan begitu..?

Maka perubahan altimet dan yang paling fundamental untuk kita laksanakan sebagai langkah pertama untuk berubah adalah dengan mengubah neraca amalan kita; daripada neraca pandangan manusia kepada pandangan Allah yang abadi. Kerana sia-sialah sesuatu amalan atau perubahan itu sekiranya ia tidak disandarkan kepada si Pencipta Yang Berkuasa. Dan yang lebih utama, apabila kita berjaya menghalakan perubahan kita hanya semata-mata untukNya, kita tidak perlu lagi risau dan khuatir apa yang orang fikri dan bercakap tentang kita.

"Ish, ni kalau akau keluar pakai tudung singkat ni, apalah agaknya yang Allah akan fikir pasal aku..."

"Alamak, kalau aku degil sangat, tak nak berhenti daripada merokok, macam manalah pandangan Allah pada aku kat akhirat nanti!"

"Aku mesti berubah! Aku tak peduli orang kata aku tak kool atau awek lari daripada aku. Yang penting aku kool di mata Allah dan bidadari-bidadari sorga berlari-lari ke arah aku!"

Walaweh. Bukankah lebih osem dan bergaya begitu..?

Dan jangan lupa, setelah anda berjaya mensucikan niat untuk berubah dan anda berjaya pula untuk persetankan apa yang orang kata dan fikir pasal anda asalkan anda osem dan kool di mata Allah, istiqamahlah dengan perubahan anda itu. Dan berazamlah untuk menjadi lebih baik dan baik dan baik dari semasa ke semasa.

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikian, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk."
[ali-Imraan, 3:103]

Allah berkali-kali telah menyelamatkan kita daripada jurang neraka. Kini sudah tiba masanya untuk kita menyelamatkan diri kita dengan berpegang-teguh pada taliNya yang sepanjang zaman, sudah trang tang tang berada di depan mata. Kerana dikhuatiri, mungkin suatu hari nanti Allah sudah bosan dan merajuk dengan kita dan tidak mahu lagi menyelamatkan kita! Allahu Allah.. Air mata bercucuran laju.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."
[ar-Ra'ad, 13:11]

Mengapa kita perlu berubah..?

Kerana sorga itu hanya untuk orang-orang yang mengorbankan jiwa dan raganya demi agama yang terchenta. Kerana redha Allah itu hanya untuk orang yang bersungguh-sungguh mendambakan chentaNya. Dan kerana keselamatan dari azab neraka itu hanyalah untuk mereka yang benar-benar taat pada suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Bagaimana mungkin kita mengecapi semua itu seandainya kita tidak mahu berubah..?

Iya, berubah itu susah. Tetapi perubahan itu perlu, dan perubahan itu perlu dilakukan sekarang. Jangan tunggu lama-lama, nanti anda akan mula berasa malas dan selesa untuk tidak berubah.

Mana lagi susah? Berubah atua membajak sawah...? [Kredit]

Ambillah langkah yang pertama dengan berubah perkara-perkara yang kecil dahulu. Insha-Allah, apabila sudah dikumpul momentumnya, perubahan anda akan menjadi laju dan mudah, selaju dan semudah memasak ayam masak merah menggunakan perencah segera Brahim. Err. 

Iya, berubah itu susah. Tetapi tidak mungkin sesusah membajak sawah! Ayuh kita berubah..?

-gabbana-

Ada sesiapa yang ke Himpunan 1000 Jiwa 1 hati esok di Masjid Negara..? Mungkin boleh bersua muka, beramah mesra di sana..? Hanya untuk ikhwah sahaja of kos. Senyum.
 

29 December 2011

Secangkir Kopi Ukhuwwah

[Kredit]

Anda suka pada kopi..? Kepada anda yang gilakan kopi, pastilah faham perasaan meminum kopi di waktu pagi, espeseli ketika mata ala-ala sepet dek malam sebelumnya masuk tidur jam tiga pagi. Aromanya sahaja sudah mampu membangkitkan keterujaan. Perasaan seusai menghirup kopi panas yang menyegarkan.. Aaahhh.. Sukar hendak ditafsirkan dengan kata-kata manusia marhaen seperti saya.

Saya kira begitulah sebanyak sedikit perasaan saya berjaulah bersama ikhwah tempoh hari. Teruja. Menyegarkan. Jatuh chenta. Perasaan menghirup secangkir kopi ukhuwwah tidak dapat digambarkan hanya dengan kata-kata. Anda hanya boleh memahaminya apabila anda sudah merasai dan melaluinya sendiri.

Tetapi izinkan saya untuk berkongsi sedikit pengalaman saya bersama mereka, sebagai penghargaan kecil buat ikhwah terchenta. Juga memenuhi permintaan beberapa ikhwah untuk membuat post yang terbaru.

Keputusan saya untuk menyertai jaulah (jalan-jalan mencari redha Ilahi) ini agak lewat juga. Itu pon untuk menjadi supir dan bukannya peserta. Saya diajak oleh Dr. Yue Qiu Wai untuk menyertai jaulah tersebut untuk membawa ikhwah Botswana berjalan-jalan ke Terengganu. Memandangkan cuti tahunan masih berbaki dan belum pernah lagi berjaulah di Malaysia bersama ikhwah, tanpa berfikir panjang saya terus menyambar peluang itu ibarat kucing kelaparan yang menyerbu biskut ikan Friskies. Eh.

Ditakdirkan pula, sehari dua sebelum hari kejadian, tubuh badan saya tidak sihat dan lemah. Ditambah pula dengan berita-berita semasa yang melaporkan keadaan di Pahang dan Terengganu yang sedang teruk dilanda banjir. Agak bergoyah jugalah iman ketika itu. Tetapi alhamdulillah, saya kuatkan diri dan cekalkan hati dan membuat keputusan untuk sertai juga jaulah itu. (Juga berasa amat segan lagi malu-malu tikus Belanda kepada Dr. Yue Qiu Wai sekiranya saya membatalkan hasrat saya untuk menyertai jaulah itu)

Satu keputusan yang tidak akan saya sesali seumur hidup.

Pagi Isnin, kami memulakan perjalanan. Perhentian pertama kami adalah Kuantan. Di sana, sempatlah kami menziarahi seorang Pak Cik Super Saiya yang berjaya menggoreng garing dan membakar hangus hati-hati kami (saya espeseli) melalui perkongsian ringkas tetapi hazabnya itu. Juga dapat bertemu dengan Inche T yang sudah lama tidak ketemu. Waduh waduh, rindu sekali sih! 

Selepas merasa segar dan terbangkit semangat dengan pengisian menyiram jiwa dan kemanisan ukhuwwah, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Saya selaku supir tetap sepenuh masa berasa risau juga dengan prestasi diri. Itulah pertama kali saya memandu sebegitu jauh sepanjang pengalaman saya memandu kereta. Dan pengalaman sedikit hitam saya sewaktu di Kerajaan Bersatu dulu kerap terngiang-ngiang di kepala.

Tetapi alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami. Di hujung-hujung perjalanan, saya dan Inche J, pembantu supir yang setia, seorang akh Botswana yang cukup riang dan khalakar orangnya, berbual rancak tentang pelbagai isu-isu dakwah yang sangat menarik, menyebabkan saya begitu segar dan langsung tidak mengantuk.

Dan walaupon hujan dan ada kesesakan di beberapa tempat, juga beberapa kali berhenti kerana adalah seorang itu yang tidak mempunyai tangki air yang besar *koff koff*, kami akhirnya selamat sampai di Kuala Terengganu dalam jam sembilan kurang lebih, setelah hampir dua belas jam perjalanan (termasuk beberapa jam berehat di Kuantan itu). Ketika itu terasa mahu patah jugalah tulang belakang dan tercabut lutut dan kaki. Mujurlah kereta yang dipandu bertransmisi automatik. Kalaulah Humaira' yang dipandu, sudah tentu lumpuh dibuatnya! Hohoho..

Nak dijadikan cerita, saya dan Inche J terpaksa pula ke tempat lain setelah berhenti di sebuah pejabat Badan Bukan Kerajaan di tengah-tengah Kuala Terengganu. Makanya, saya dan Inche J agak lewatlah bertemu dengan ikhwah Terengganu yang sudah setia menantikan ketibaan kami. Dan apabila masa untuk bersalam dan berlaga-laga pipi dengan mereka tiba, beberapa orang ikhwah mengeluarkan kata-kata..

"Oh ini ke [Inche gabbana]..."

Peluh besar menitik-nitik. Terasa sedikit bawah dan seperti mahu pulang ke Kolompo ketika itu juga! Tidak kurang yang sempat mengusik..

"Eh bila nak buat post baru..?"

"Ni nanti masuk dalam post ke..?"

"Uish dia ni peminat besar anta ni!"

Hadoilamak. Bagaimana perkara ini berlaku masih menjadi misteri. Benar, saya ada mewar-warkan keberangkatan saya ke Terengganu. Tetapi bagaimana mereka boleh mengetahui identiti saya..? Ini.. Ini.. Ini sumpah tidak kool..! Sekarang ini pastilah anda telah kechiwa kerana telah mengenali diri saya ini kan..? Padan muka! Wahahaha. Eh. Sila berkelakuan senonoh sedikit.

Tetapi demi menyambut kemesraan dan layanan kesopansantunan mereka, haruslah saya terpaksa senyum dan buat-buat kool sahaja. Ok senyuman itu ikhlas dan bukan terpaksa. Jujurnya, terasa sedikit resah gelisah lah juga. Masalah-masalah hati yang datang menyerang belum lagi diambil kira. Memang satu cobaan buat saya..!

Malam itu, selepas bertaaruf dan mengurus diri, saya terus kepengsanan dek kepenatan tahap gaban. Esok paginya, seusai sahaja solat Subuh, kami ke rumah Dr. Yue Qiu Wai untuk bersarapan pula...

Ok sekejap sekejap. Macam tak seronok pula bercerita begini. Anda tak nak tahu sangat pon kan apa yang saya buat di sana..? Dah rasa macam tulis diari lah pulak. Peluh kecil. Penat juga kalau mahu setiap apa yang berlaku lengkap dengan butirannya!

Baiklah.

Diringkaskan cerita, perkara yang paling saya hargai sepanjang berjaulah adalah ukhuwwah yang terjalin mesra. Kalau nak diikutkan, tidaklah semenarik mana pon tempat-tempat yang kami singgah dan lalui. Malah kalau itulah tujuan kami, yakni mahu melancong dan pergi ke tempat-tempat yang mnearik lagi melaghokan, sudah tentulah kami sudah ke Universal Studios di Singapura itu atau kalau banyak wang untuk dibazirkan, ke Gold Coast sana nun. 

But it's not about where you are going, but rather, who is your company. Tidak penting ke mana destinasi yang dituju, tetapi yang lebih utama, dengan siapa kita mengembara.

Dan benarlah, begitu banyak mutiara-mutiara berharga yang telah saya kutip dan simpan sepanjang perjalanan ini. Terasa diri ini begitu kerdil, lemah dan hina apabila bersama-sama tok-tok syaikh dan ikhwah yang begitu hebat, mantap dan super saiya. Ya, mereka mungkin tidak menyedarinya apatah lagi mengakuinya, tetapi mata yang memerhatikan ini dapat merasakannya.

Ikhwah yang tidak pernah lekang dengan senyuman. Ustaz-ustaz yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi memberi taujihat (panduan) yang berguna buat kami dan melayan kami dengan penuh kasih mesra. Ikhwah yang melayan kami dengan layanan kelas pertama (kalau ada nombor yang lebih gran dari pertama, sudah tentu saya menggunakannya) walaupon sedang sibuk mahu menghadapi peperiksaan. Ikhwah yang tidak lokek membelanjakan wang ringgit semata-mata mahu melihat kami selesa. Dan senarainya berterusan.

Oh perlu disebut di sini, bagaimana layanan super ekstravaganza yang diberikan kepada saya dan Inche I yang turun padang menziarahi salah seorang daripada hadek bulatan gembira saya, Inche Z yang bermastautin di Kuala Terengganu. Punyalah hebat layanan yang diberikan kepada kami, sehinggakan segan dan malu saya dibuatnya! Dan perut Inche I hampir sahaja hendak meletup kerana disumbat dengan aneka jenis makanan, pencuci mulut dan minuman! Wahaha.. Memang thorbaaeekkk! (Inche Z sila kirim salam sayang kepada mak anda dan keluarga! Senyum besar.)

Juga layanan tanpa kompromi dan diskriminasi oleh ikhwah Botswana kepada saya yang serba aneh dan pelik ini. Gelak tawa dan kemesraan yang mereka tunjukkan belum tentu anda tandingnya. Walaupon berlainan bahasa dan budaya, perkenalan yang sedikit tetapi diasaskan dengan chenta dan kasih sayang itu dirasakan seperti sudah bertahun-tahun lamanya!

Belum tentu saya dapat memberikan layanan yang sama sekiranya mereka bertandang ke Kolompo dan saya pula menjadi tuan rumah nanti. Allah. Tunduk malu, kaki menguis tanah.

Walaupon jaulah ini hanya mengambil masa tiga hari sahaja, tetapi keseronokan, keterujaan dan pengalaman yang ditimba sepanjang perjalanan cukup amat paling berharga. Benarlah bak kata Inche I, kemungkinan ini adalah jaulah yang paling seronok dan riang gembira yang pernah kami lalui...! Sumpah!

Dan benarlah, ukhuwwah itu adalah antara nikmat yang paling besar yang didapati di atas jalan yang sumpah panjang ini. Anda yang pernah merasainya sahajalah yang dapat memahami kata-kata saya ini.

Di sini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan gazilionan terima kasih kepada ikhwah yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam jaulah ini; Samseng Filipino, Tukang Kaki Usik, Si Diam Ubi, Abang Matang, Iman, Kaya, 'Ubadah, Ikhsan, Fahmi, Idris, Irfan, Abdillah, Ubaidillah, Yusof, Ridhuan, Azmi, Izhar, Hanafi, Wan Hisham, Hartono dan lain-lain lagi yang tidak ingat untuk saya sebutkan nama anda satu-persatu. Harapnya tidaklah berkecil hati pula. Hohoho..

Tidak puas rasanya bertaaruf dan bermuayasyah dengan anda semua (Ok kecuali dengan Iman, Kaya, Wan Hisham dan Fahmi. Jelir lidah). Rasa membuak-buak diri ini untuk mengenali anda semua dengan lebih mendalam! Sehingga saya kenal siapa mak cik sebelah abang ipar anda, siapa nama kucing peliharaan anda, apa hobi adik bongsu anda di waktu lapang juga sehinggalah masakan kegemaran nenek anda..! Wahahaha.. Eh.

Tidak lupa juga kepada shuyukh dan qudama' yang melayan kami seolah-olahnya kami adalah anak anda sendiri. Dr. Yue Qiu Wai, Pak Cik Hosni, Ustaz Lokman dan Ustaz Zawawi yang tidak mungkin dapat kami bayar berlian dan permata yang telah anda berikan kepada kami secara percuma.

Jazakumullahu khairan katheera jaza'. Hanya Allah sahajalah yang berhak, layak dan berkemampuan untuk membalas segala pengorbanan dan kebaikan anda semua. Dan sudah tentunya, saya doakan agar kita menepati janjiNya, sebagai antara mereka yang akan dilindungi oleh ArasyNya di hari ketentuan kelak. Biidznillah.. 

Andalah biji kopi, gula, susu, cawan, sudu dan air panas yang menjadikan kopi saya begitu lazat dan harum untuk diminum. Andalah pelengkap hidup saya dalam meniti liku-liku jalan dakwah ini!

[Kredit]

"Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, maha bijaksana."
[al-Anfal, 8:63]


Terima kasih Allah, untuk secangkir kopi ukhuwwah ini!

-gabbana-

Walaupon baru sehari berpisah, hati ini sudah meronta-ronta, rindu teramat bangat pada ikhwah! Sambutlah kerinduan ini dengan kechentaan padaNya yang kekal abadi! Dan doakan diri ini terus tsabat dalam mendamba chentaNya yang hakiki!

Ana uhibbukum fillah! Sumpah..!

Lima Keajaiban Dunia Moden

Jantung anda berdegup kenchang sehinggakan terasa seperti hendak gugur rasanya..?

Atau pundi peluh anda merembeskan air kumbahan tanpa henti semenjak malam tadi..?

Atau kepala anda berdenyut nyut nyut, pening, resah dan gelisah menantikan keputusan undian juri awam untuk Pertandingan Video Osem APG '11..?

Anda tidak perlu risau lagi. Dan anda tidak perlu rasa seperti hendak terjun gaung lagi.

Kerana kini saya akan umumkan keputusannya. Lima video yang mendapat undian yang tertinggi daripada anda dan seterusnya akan diadili pula secara professional untuk menentukan tiga video yang terbaik. 

Anda sudah bersedia..?

Kelima-lima video tersebut adalah (mengikut urutan undian yang tertinggi):
 
Bulatan Gembira Di Bumi Sonata oleh Krun. R



Gergasi, Perwira dan Penduduk Kampung oleh Muhamad Faiz bin Pazanon 



Best Friend Till Jannah oleh creativeAUKY



Syahadatul Haq - Penyaksian Terhadap Kebenaran oleh Madmie



Bulatan Gembira Yang Sumpah OSEM!! oleh caramelpopcorn227



Bagaimana..? Menepati jangkaan dan sangkaan andakah..?

Tahniah dan syabas kepada kelima-lima penyertaan..! Tahniah dan syabas kepada SEMUA penyertaan juga, kerana walaupon anda tidak mendapat lima undian yang tertinggi, ketahuilah, sudah ratusan malah mungkin ribuan manusia di luar sana yang sudah amat terkesan dengan hasil karya kreatif anda. Dan saya yakin, para penonton mengalami masa-masa yang sukar untuk membuang undi kerana sesungguhnya, pertandingan ini amat sengit lagi menakjubkan. Hanya takdirNya sahajalah yang menentukan siapakah yang terpilih untuk mendapat lima undian yang tertinggi.

Walaupon anda tidak berpeluang untuk melangkah ke pusingan yang seterusnya, ketahuilah, saham-saham sorga anda sedang bertambah dengan banyaknya tanpa anda sedari! Walawehhh! Bukankah itu sumpah kool lagi bergaya...?? Senyum lebar kenyit mata.

Dan.. Err.. Cuba lagi tahun hadapan...! Wahahaha. Kacang pis.

Oh ya! Terima kasih kepada anda, para pengundi sekalian! Respon yang diterima sungguh tidak terpercaya lagi mengagumkan! Kurang lebih TUJUH RATUS daripada anda yang membuang undi. Ini.. Ini.. Ini sumpah osemness...!! Terima kasih daun keladi ada rezeki undilah lagi..! Wahahaha.. Eh.

Seperti yang disebut sebelum ini, Insha-Allah keputusan akhir akan diumumkan pada 31 Disember ini. Pastilah Puan Wardina dan Inche Hadi Pahmi (serta Inche gabbana juga.. *koff koff) akan mengalami satu tempoh masa yang amat sukar lagi mencabar untuk mengadili kelima-lima video yang hebat ini. Jadi sila bersabar dan berilah kami sedikit masa untuk berfikir secara waras dan berbincang sesama kami dalam membuat keputusan yang terbaik, biidznillah.

Baiklah.

Tibalah masa untuk kami memulakan kerja-kerja penghakiman kami. Sila doakan agar Allah menunjukkan kami jalan dan membimbing kami untuk membuat keputusan yang paling adil dan terbaik. Dan semoga keputusan yang dibuat nanti, adalah keputusan yang terbaik untuk Islam, untuk dakwah dan tarbiyyah! Insha-Allah...

Nantikan keputusannya...!

-gabbana-

Berdebar tetapi teruja pada masa yang sama.

24 December 2011

Tunaikan Kewajipan Anda Sekarang Juga!

[Kredit]

Lagu tema: "Mari lah mari.. Mari Mengundi.. Tunaikan kewajipan anda segera..."

Dengan ini saya umumkan peti undi untuk Pertandingan Video Osem APG '11 dibuka dengan rasminya. Peti undi anda boleh didapati di sebelah kanan belog, di bahagian atas tak berapa nak atas. Saya yakin amat sukar untuk anda tidak perasan akannya.

Cara mengundi adalah mudah. Pilih sahaja mana-mana video yang mengujakan anda dan berjaya membuatkan anda berkata seorang diri, "Ini sumpah osemness...!!" Mudah bukan..?

Of kos, saya tiada hak untuk menghalang mana-mana daripada anda untuk mengundi mana-mana video yang anda suka mahupon gemari. Malah saya tidak boleh juga menghalang mana-mana peserta pertandingan ini untuk mempromosikan videonya kepada kawan-kawannya, ahli keluarganya baik ahli keluarga dekat atau bau-bau bacang, rakan-rakan tadika dahulu kala mahupon jiran sebelah rumah untuk mengundi mereka. Dan saya juga tiada kuasa untuk menghalang para peserta memngundi diri mereka sendiri. (Tapi macam loser la jugak en..? Hohoho..)

Tetapi dalam membuang undi, saya meminta anda untuk mengambil kira kriteria-kriteria berikut:
  • kreativiti
  • keaslian
  • kepatuhan kepada tema
  • kepatuhan kepada syarat-syarat pertandingan
  • kepatuhan kepada Raja dan negara
  • unsur-unsur tarbawiyy dan menyentuh jiwa raga
  • mesej yang disampaikan
  • unsur-unsur artistik
Anda mempunyai masa empat hari untuk mengundi, bermula pada malam ini sehinggalah jam 11.59 malam pada 28 haribulan doblas dua ribu sebelas. 

Sebarang rayuan atau bantahan selepas habis tempoh mengundi tidak akan dilayan sama sekali. Pengundi-pengundi hantu atau kaki merosakkan undi, err, sila jawab dengan Tuhan di akhirat nanti. Hohoho..

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, lima penyertaan yang mendapat undian tertinggi akan mara ke pusingan seterusnya, di mana mereka akan diadili pula secara professional (Errr.. Setakat professional mana kita tunggu dan lihat..) oleh dua orang hakim yang professional lagi bergaya dan seorang hakim yang amatur lagi marhaen yakni Puan Wardina Safiyyah, Inche Hadi Pahmi dan err, saya sendiri. Tunduk malu sambil menggaru-garu kepala. 

Keputusan akhir akan diumumkan pada 31 haribulan doblas dua ribu sebelas Insha-Allah sekiranya tiada aral melintang, angin kencang mahu pon ombak besar yang mendatang. Hadiah akan disampaikan dalam masa terdekat selepas keputusan diumumkan. Jangan risau, saya tidak korup lagi suka lari berganti-ganti. Wahahaha.. *koff koff*

Kepada anda semua, selamat mengundi dengan telus, ikhlas lagi bergaya. Dan kepada semua para peserta, selamat maju jaya! Moga Allah rahmati anda dan redha dengan usaha-usaha murni anda semua!

Oh, jangan lupa baca basmalah sebelum mengundi dan hamdalah seusai mengundi! Hoyeeaahh!

Sekian.

"Marilah lah mari.. Mari Mengundi.. Tunaikan kewajipan, anda segera..."

-gabbana-

Anda berdebar-debar..? Neves..? Tak senang duduk..? Anda tidak keseorangan.

Pertandingan Video Osem APG '11: Hasil Titik Peluh Terakhir

Alhamdulillah, akhirnya kita sampai juga kepada sesi tayangan terakhir Pertandingan Video Osem APG '11. Esok, pusat-pusat mengundi akan mula dibuka. Pastikan anda membawa kad pengenalan yang sah dan tidak merosakkan undi apatah lagi menjadi pengundi hantu okayh..?? Wahahaha..

Semenjak pertandingan ini dilancarkan pada awal November yang lepas, telah banyak yang saya pelajari. Banyak respon-respon positf yang saya terima. Dan yang paling saya tidak jangkakan, adalah sambutan luar biasa yang saya terima daripada pertandingan ini! Masha-Allah.. Saya begitu terkesan dengan video-video yang dihantar. Saya yakin, ramai juga yang tersentuh dengan sentuhan-sentuhan ikhlas tarbiyah melalui video-video yang ditayangkan! Betul kan..?

Benarlah, hidayah itu milik Allah. Hidayah itu boleh didapati di mana-man sekiranya kita bersungguh-sungguh mencarinya. Dan yang paling penting, Allah akan kurniakan nikmat hidayah ini kepada sesiapa yang Dia kehendaki dengan cara-cara yang kadang-kadang paling tidak kita sangkakan!

Baiklah, sila jangan beri peluang saya untuk membebel panjang. Ini bukan platform untuk saya berpidato atau berbahas walaupon ini adalah kawasan persendirian. Ini adalah masa untuk anda menikmati hasil-hasil titik peluh terakhir para tukang video yang sumpah osemmness itu...!

Oh sebelum saya terlupa, saya akan sediakan satu tab khas nanti untuk anda menonton semua-semua video yang telah dihantar yang akan dikelaskan mengikut tema. Mudahlah nanti untuk anda memuat turun video-video untuk mula digunakan di dalam konferens-konferens riang anda nanti! Senyum lebar.

Selamat!

***

Tukang Buat Video: Ukhuwwah fillah
Nama Video: Nadhirah Mohd Khairudin & Nur Hidayah Mohd Faudzi
Tema: Ukhuwwah Fillah Mata Bersinar-sinar
Sinopsis: Ada 3 orang kawan yang OSEM, selalu bersama-sama. Kemudian, 2 orang kawan ni makin lama makin jauh dari sahabat dia yang lagi sorang. Lama kelamaan,yang sorang ni tertanya-tanya dan makin la jauh dari 2 orang ni. Rupa-rupanya kawan dia yang 2 orang ni nak buat suprise dekat dia.




Tukang Buat Video: Wan Izreen
Nama Video: Syahadatul Haq
Tema: Syahadatul Haq
Sinopsis: Agak-agak la kalau kawan kite TAK INGATKAN kite pasal 'EXAM AKHIRAT', kite marah x kat akhirat nanti? Masa tu depan Allah SWT. Kawan kite pass dengan bergayanya dalam EXAM AKHIRAT.. Tapi kite...? Dan ye! Video ini menganalogikan penyaksian terhadap syahadah KITA.



Tukang Buat Video: Abu Ubaidah Amir
Nama Video: Kekasih Halal
Tema: Babai Jahiliyyah (?)
Sinopsis: -

 *** 

Baiklah! Anda semua sedia untuk mengundi...??

Tuan-tuan dan Puan-Puan, sila hidupkan enjin anda sekarang juga! Yeeehhaaa!

-gabbana-

Ada mana-mana penyertaan yang saya tertinggal..? Jika ada, sila email kepada saya. Juga sebarang bantahan atau kritikan, sila hantar email atau komen di bawah ini. Mohon maaf untuk sebarang kekhilafan!

23 December 2011

Pertandingan Video Osem APG '11: Hasil Titik Peluh 7

Alhamdulillah. Sudah genap seminggu hasil-hasil titik peluh para peserta ditayangkan di belog ini. Insha-Allah ini adalah tayangan kedua terakhir. Maknanya, ada satu lagi sesi tayangan selepas ini, sebelum saya membuka kepada sesi undian.

Saya yakin, anda semua akan mengalami kesukaran dalam membuat keputusan. Kebanyakan video yang dihantar memang hebat-hebat belaka! Vavavum..!

Selamat menikmati vide-video yang osem ini di hari Jumaat nan mulia! Semoga meningkatkan iman dan semangat kita untuk terus gigih dan tabah di atas jalan dakwah dan tarbiyyah ini! Senyum nampak gigi.

***


Tukang Buat Video: Nor
Nama Video: Renungan
Tema:
Sinopsis: Video ini kebanyakannya berkisar mengenai realiti umat dan matlamat hidup.. Moga bermanfaat..!




Tukang Buat Video: supersaiya92
Nama Video: Random Story
Tema:
Sinopsis: Ini kisah aku.. Ini mungkin kisah kamu.. Aku bukan sasterawan yang pandai menulis, aku bukan pakar membuat video, I just move on to share with everyone.. Mara menuju Tuhanmu!




Tukang Buat Video: Ohio State Production
Nama Video: Bakat
Tema: Mari Bekerja Dalam Satu Pasukan Heyy!
Sinopsis: Video ini adalah berkonsepkan 'open-interpretation' video, terpulang bagaimana audience mahu interperet kisah disebalik video ini. Tapi, secara general, ia mengisahkan tentang seorang student yang nak join pertadingan video osem APG. Mula-mula dia nak buat video macam sesetengah video lain yang selalu koyak-koyak kertas tu, tapi sebab dia tak pandai melukis, dia hampir give up lah. Lepas tu, dia sedar yg dia boleh ambil gambar (yg merupakan kepakaran dia), so dia gunakan kamera dia utk ambil gambar dan video yang awesome. At the end of the story, bateri kamera dia habis, kemudian kawan dia datang membantu. Hadis yang terakhir tu nak bagitau yg setiap daripada kita adalah setiap bahagian daripada bangunan yg saling mengukuhkan. Setiap manusia ada bakat yang berbeza dan setiap dari kita saling melengkapkan antara satu sama lain.. Walau seawesome mana pun Keluangman, dia tetap perlukan Tiongman.




Tukang Buat Video: Muhammad Faiz bin Pazanon
Nama Video: Gergasi, Perwira dan Penduduk Kampung
Tema: Syahadatul Haq
Sinopsis: Allah dengan jelas menerangkan bahawa, manusia diciptakan sebagai khalifah di muka bumi. Dalam kehidupan hari ini, telah banyak kerosakan dan  kemusnahan dilakukan oleh manusia sendiri. Namun, tugas  sebagai khalifah diletakkan ke atas para ulama dan ahli-ahli agama sahaja, sedangkan tanggungjawab itu adalah peranan setiap manusia. Rujuk surah Al-Imran : 104. Sekian.




Tukang Buat Video: Tukang Teropong (Penyertaan kedua)
Nama Video: Fight That Worth
Tema: Babai Jahiliyyah
Sinopsis: Apakah yang kita perjuangkan? Adakah berbaloi? Jika berbaloi, adakah diri kita yang menyebabkan kita mengalah? Kiranya video ni nak cakap, dalam diri kita sentiasa ada jahiliyyah, dan saban hari kita bermain tarik tali dengannya. Mereka yang biasanya gaduh dengan jahiliyah diri akan sentiasa mempersiapkan diri, tapi dok siap, power up semua, tak guna kalau sengsorang dan jiwa kita kosong. So eventually dakwah tak jalan. Maka untuk survive, perlu juga support sistem. Kerana apa yang kita perjuangkan adalah worthwhile. ^^




Tukang Buat Video: Hafsah Kamil
Nama Video: Jalan Dakwah Itu, Sumpah Panjang!
Tema: Jalan Dakwah Ini Sumpah Panjang
Sinopsis: Semuanya terinspirasi dari penulisan APG bertajuk: Jalan Dakwah Ini Sumpah Panjang! 1.0 & 2.0.
***

Dah dah. Pergi main jauh-jauh. Pergi sebar-sebarkan video-video osem ni dan kutip saham sorga banyak-banyak..!

Gelak gembira ala-ala Action Kamen.

-gabbana- 

22 December 2011

O.S.E.M.

Mata bersinar-sinar. [Kredit]

Sudah lebih dua tahun Nur Taufiq Zamani merantau di negara orang demi mengejar cita-cita menggenggam segulung ijazah. Ijazah dalam bidang makanan ringan di bawah tajaan Twisties itu bakal dimilikinya dari Universiti Santiago Nachos Krispsto, Mexico dalam masa setahun lagi sekiranya semuanya berjalan lancar.

Sekiranya semuanya berjalan lancar.

Itulah masalah utama yang sedang dihadapi Nur Taufiq Zamani. Sejak dua menjak ini, prestasi pelajarannya kian merosot. Pada semester lepas sahaja, sudah dua kali dia dipanggil untuk menghadap dekan di pejabatnya akibat keputusan peperiksaan yang tidak mengujakan. Baru-baru ini, dalam eksperimen menghasilkan keropok rangup daripada bahan-bahan kitar semula, Nur Taufiq Zamani telah diberikan gred 'D-' oleh penyelianya. Keropok yang cuba dihasilkannya daripada sos Tobasco, kulit ayam terbuang dan pucuk daun bawang bertukar menjadi kerepek yang agak ngeri rupanya setelah dia tersilap meletakkan adunan keropok itu ke dalam ketuhar bersuhu lima ratus tujuh puluh empat darjah Fahrenheit.

Nur Taufiq Zamani buntu. Dia tidak boleh gagal dalam semester kali ini. Sekiranya dia gagal, dia terpaksa mengulang tahun dan pihak Twisties tidak mungkin mahu menajanya lagi. Belum lagi dikira kemungkinan untuk dia disaman oleh pihak Twisties arakian pastilah bapanya yang terpaksa menanggung akibat sebagai penjamin. Ala-ala macam kes Alif Alfian Rosli pula. Eh. 

Bukannya dia tak bijak. Nur Taufiq Zamani adalah bekas pelajar terbaik Sijil Pelajaran Memasak (SPM) tahun 2008. Malah di kolej persediaannya, Kolej Masterchef Branang (KMB) dahulu, dia adalah antara pelajar terbaik dan disebut-sebut akan menjadi pengganti Chef Ismail suatu hari nanti. Kiranya, dia itu prodigi lah juga. Semua orang meletakkan pengharapan yang tinggi kepadanya.

Di KMB juga di mengenali dakwah dan tarbiyah. Buat pertama kalinya dia benar-benar menghargai apa itu bulatan gembira. Buat pertama kalinya, dia benar-benar dapat merasai kemanisan dan kehoyeeaahhaan ukhuwwah fillah. Dan buat pertama kalinya juga, dia benar-benar faham akan tanggungjawab menyebarkan risalah Allah ke seluruh muka bumi tanpa sebarang kompromi.

Maka berbekalkan status pelajar cemerlang dan azam berdakwah yang berkobar-kobar, dia terbang ke Mexico dengan satu iltizam; dia mahu menjadi qudwah dalam jalan dakwah agar dia dapat mengarusperdanakan dakwah dan menjadikan dakwah itu lebih kool dan bergaya. Itu impiannya. Itu cita-citanya. Dan dia amat yakin dia dapat melaksanakannya!

Tetapi entah mengapa, di Universiti Santiago Nachos Kripsto itu, dia tidak secemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang dahulu. Nur Taufiq Zamani di Mexico adalah Nur Taufiq Zamani yang mediyoker sahaja, yang biasa-biasa sahaja. Bukannya dia tidak belajar. Bukan juga dia jenis yang malas, rilek-rilek chill dulu beb, isap rokok dulu! Err. Bukan. Malah dia adalah seorang yang super rajin; orang yang memerhatikannya pasti berpeluh-peluh dan duduk tak senang kerana melihatkannya begitu rajin dalam pelajarannya.

Meskipon begitu, hairan bin ajaib bin pelik benar, prestasinya di kelas dan kuliah seolah-olahnya tidak menggambarkan usaha dan keringat yang telah ditaburkan. Malah rakan-rakan yang mengenali Nur Taufiq Zamani juga sedikit terkejut dengan hal yang demikian. Mereka yang sempoi-sempoi dan tidaklah serajin Nur Taufiq Zamani pon boleh mencapai keputusan yang lebih cemerlang.

Bukan sekali Nur Taufiq Zamani berasa bawah dan tertekan dengan krisis yang sedang dialaminya itu. Dia menyedari hakikat tersebut. Dan dia juga sudah hilang akal bagaimana mahu mengatasi masalah itu. Dia sudah hilang idea bagaimana mahu mempelbagaikan caranya menelaah pelajaran. Belajar lewat malam sudah dicubanya. Belajar dalam kumpulan juga sudah dipraktikkannya. Makan habatus sauda', minum air zam-zam, solawat dan salam kepada junjungan mulia ar Rasul SAW setiap kali sebelum memulakan pelajaran pon sudah diamalkannya. Belum lagi dikira entah apa-apa teknik-teknik dan kaedah-kaedah pelik lagi khalakar yang dicadangkan oleh rakan-rakannya. Semuanya tak menjadi.

Setiap kali Nur Taufiq Zamani mengadu dan mencurahkan perasaan dan keresahannya kepada rakan baiknya, Alexandro Ziyad Gonzales, pastinya rakannya itu akan memberikan jawapan yang sama. 

"Takpe. Kau osem. Jangan risau..."

Itulah jawapan ringkas Alexandro Ziyad Gonzales, tidak kira masa, tempat dan ketika. Ditambah dengan senyuman manis yang dilengkapi pula dengan kumis tebal ala-ala David Villa.

Kadang-kadang geram juga dibuatnya. Mahu juga dihadiahkan sesikat penampar atau segugus penumbuk pada rakannya itu. Tidak membantu langsung! Mujurlah dia sudah mengikuti tarbiyah. Dia hanya menahan sabar dan cuba bersangka baik dengan ketidakpedulian rakannya itu.

Dan mujur juga apa yang berlaku tidak pernah mematahkan semangat Nur Taufiq Zamani dalam dakwah dan tarbiyah. Tidak pernah sekali terlintas di hatinya bahawa keaktifannya dalam dakwah dan tarbiyahlah yang menjadi penyebab atau punca kepada kemerosotan prestasinya di universiti. Tidak pernah. Ok, mungkinlah pernah sekali dua. Dia pon manusia biasa juga, yang sentiasa dicucuk-cucuk oleh syaitonirojim laknatullah itu.

Baginya, persoalan mana yang lebih penting; dakwah atau pelajaran, adalah tidak relevan. Baginya, itu soalan sekular. Mengapa perlu memisahkan pelajaran dengan dakwah? Bukankah dakwah itu satu proses pembelajaran? Dan bukankah seorang manusia itu adalah seorang dai'e untuk setiap masa dan ketika..?

Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap individu Muslim. Dengan kefahaman lain, menuntut ilmu itu adalah fardhu. Dan bukankah perkara-perkara fardhu ini sewajibnya mendekatkan lagi seseorang itu kepada Allah..? Dan bukankah apabila diri terasa semakin dekat dengan Allah, pastinya hati, jiwa, tenaga dan seluruh tubuh badan akan lebih bersemangat pom pomm pommm untuk bekerja demiNya..?

Ahh! Tidak relevan! Tiada pemisah antara dakwah dan pelajaran! Itulah bentakan dan protes hati Nur Taufiq Zamani apabila ada cobaan menyerang bertubi-tubi ketika mana dia sedang berada di jurang yang paling dalam. Dan syukur, berkat keteguhan hatinya dan keistiqamahannya dalam jalan dakwah, dia tidak pernah gugur dan luntur semangatnya untuk terus menjadi pemegang panji-panji agama Allah.

Sesibuk mana pon dia, bulatan gembiranya tidak pernah ditinggalkan. Seteruk mana pon keputusan hekzemnya, kehadirannya ke konferens-konferens riang tetap penuh dan cemerlang. Dan seberat mana pon ujian yang sedang dihadapinya, kasih dan chentanya pada rakan-rakan seperjuangan dan hadek-hadek tersayang tidak pernah luntur.

Itu belum lagi dilihat pada amalan-amalan fardhinya. Solat jemaahnya seboleh-bolehnya tidak akan ditinggalkannya, walaupon kadang-kadang sukar juga mencari jemaah solat di Mexico itu. Bangun malam sedaya-upaya dilaksanakannya. Bibirnya sentiasa basah dengan alunan merdu al-Quran dan bacaan doa-doa yang maa'thur. Banyak lagilah amalan-amalan yang dilakukannya yang tak boleh hendak disebut di sini; nanti riya' pulak dibuatnya. Eh. Pendek kata, kalau nak buat menantu, memang Nur Taufiq Zamanilah insan yang diburu oleh setiap bakal mak mertua! 

Tetapi itulah, Nur Taufiq Zamani juga adalah manusia biasa yang punya perasaan, emosi dan jiwa. Kadang-kadang lemah juga imannya, esepesli apabila melihat rakan-rakan lain yang terus maju ke hadapan, baik dalam dakwah mahupon pelajaran, sedangkan dia terkontang-kanting, terkapai-kapai dengan dirinya yang tidak stabil itu.

"Takpe Nur Taufiq Zamani. Kau tak perlu risau. Kau tu osem. Percayalah. Besar hikmahnya tu.."

Aduhai. Setiap kali mendengar kenyataan tersebut yang keluar daripada mulut Alexandro Ziyad Gonzales, dia tidak pasti sama ada melempang kawannya itu atau mengusap penuh kasih mesra belakang Alexandro. Dan selalunya dia hanya mengurut dada, mata pandang ke atas, menahan marah dan bersabar sahajalah dengannya.

Sehinggalah suatu hari, apabila Nur Taufiq Zamani dimarahi di depan orang ramai kerana gagal membezakan antara daun ketumbar dengan daun rosemary, dua bahan penting dalam pembuatan keropok berperisa tenggiling bakar. Hari itu bukan sahaja dia berasa teramat malu, juga berasa terlalu amat tertekan. Dia merasakan tidak adil dia dilayan sebegitu rupa. Dan ketika itulah Jeneral Iblis laknatullah dan tentera-tenteranya menyerang Nur Taufiq Zamani habis-habisan.

"Kau tengok tu Nur Taufiq Zamani. Selama ni kau buat dakwah, kau buat tarbiyah, kau korbankan masa kau untuk tajmik hadek-hadek. Kau belanja beribu-ribu peso untuk DF hadek-hadek bulatan gembira kau. Kau tak kisah pasal diri kau sendiri. Kau tengok apa yang kau dapat..?? Layak ke kau dilayan macam ni..??"

"Ala Nur Taufiq Zamani. Lek ah. Selalu lah orang gagal ni. Bukan ke kegagalan tu adalah guru yang terbaik untuk kejayaan ke..? Bukan susah pon. Lepas ni kau kurangkanlah sikit masa kau berbulatan gembira tu. Konferens-konferens riang pon, tak payahlah pergi semua. Ala, orang pon tak kisah kalau kau tak pergi semua. Diorang pon dah kenal sapa kau. Diorang faham. kau perlukan masa lebih sikit je untuk belajar. Tu je. Senang kan..?"

"Ya Allah Nur Taufiq Zamani. Kau dah berkorban macam-macam. Semuanya kau buat demi Allah. Kau buat untuk cari keredhaanNya. Tapi inikah balasanNya kat kau..?? Allah tak sayang kau dah tu Nur Taufiq Zamani.. Allah dah tak peduli dah pasal kau. Sudahlah. Berhentilah daripada menyusahkan diri kau dengan kerja-kerja dakwah tu.. Allah tak pandang pon!"

Adeh. Tergugah juga iman Nur Taufiq Zamani ketika itu. Lemah juga jiwa dan hatinya ketika itu. 

Ini tak boleh jadi! Aku tak boleh duduk sorang-sorang macam ni! Aku kena cari ikhwah!

Dan orang pertama yang dijumpainya adalah rakan baiknya, Alexandro Ziyad Gonzales. Walaupon dia sudah boleh menjangkakan jawapan yang akan keluar daripada mulut sahabtnya itu, tetapi dek tidak tertahan dengan badai perasaan dan ombak jiwa yang melanda dirinya, diluahkan juga kepada sahabat hoyeeaahhhnya itu.

"Ala Nur Taufiq Zamani. Kau kan osem. Kau jangan..."

"AAAAHHHH KAU NI...! Sikit-sikit osem! Sikit-sikit osem! Apa yang osemmmnnyaaa aku ni hah...?? Apa yang osemnyaaa..?!? Kau cubalah faham sikit dilema aku skang ni..! Ni tak..! Osem osem osem! Itu je yang kau tahu...?? Apalah punya ikhwah macam ni...!!"

Sunyi sepi. Tergamam sebentar Alexandro Ziyad Gonzales dengan reaksi Nur Taufiq Zamani. Terbeliak sedikit matanya. Kantoi. Tidak disangkanya Nur Taufiq Zamani akan meletup sebegitu.

"Sabar Nur Taufiq Zamani. Sabar. Meh duduk dulu. Sabaaarr..."

Mujurlah Nur Taufiq Zamani masih dapat berfikir secara rasional. Diikutinya nasihat sahabatnya itu. Tetapi dia masih berasa geram dengan Alexandro Ziyad Gonzales. Masakan di saat-saat genting ketika itu, sahabatnya itu boleh berkelakuan acah tak acah sahaja. Siapa yang tak menyirap..??

"Nur Taufiq Zamani. Kau tahu tak apa maksud osem..?"

Nur Taufiq Zamani mendongak, memandang sahabatnya itu. Dia ni biar betul. Ada jugak yang makan kasut aku ni nanti! Dijelingnya sahabatnya itu, sebelum menjawab...

"Apa dia..? Awesome la kan..? As in, menakjubkan. Bukan..?"

Alexandro Ziyad Gonzales hanya tersenyum. Manis.

"Betullah la tu. Tapi ada maksud yang lebih besar daripada tu. Dan setiap kali aku cakap kau osem, itulah yang aku maksudkan."

Sedikit demi sedikit mula reda kemarahan Nur Taufiq Zamani. Dan dia amat kuriyes dengan kenyataan Alexandro Ziyad Gonzales itu.

"Ada maksud lain..? Apa dia..?"

Mata Nur Taufiq Zamani sedikit bercahaya. Dan Alexandro Ziyad Gonzales berjaya menangkapnya. Senyuman lagi.

"O.S.E.M. Ordinary Student. Extra-ordinary Muslim. OSEM. Itulah kau. Nur Taufiq Zamani, kau sumpah OSEM tahu..??"

Nur Tufiq Zamani terkedu. Ada butir-butir kaca di hujung matanya.

 ***

Tidak kisahlah siapa kita di dunia ini; sama ada kita seorang pelajar yang ekselen, atau penyapu sampah di sekolah tadika, atau hanya seorang suri rumah biasa.

Setiap daripada kita ada peranan dan tujuan kita diciptakan. Dan di akhirat nanti, amanah kita dalam memenuhi peranan dan tujuan inilah yang akan ditanya, yang akan dipertanggungjawabkan, dan bukannya siapa kita atau apa yang kita ada atau dari mana kita datang. Bukan.

Maka gunakanlah setiap saat dan ketika yang ada di dunia yang fana ini untuk berusaha sebaiknya memenuhi tuntutan agung itu. Bekerjalah, bekerjalah dan teruskan bekerja. Jangan sesekali berputus-asa, kerana setia detik itu amat berharga.

 "Dan katakanlah, 'Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.'"
[at-Taubah, 9:105]

Biarlah kita loser, lame dan tiada apa-apa di mata pandangan manusia. Asalkan kita OSEM pada pandangan Allah, pemilik jiwa dan Tuhan kita. Itulah yang paling terutama. 


Iya, jalan ini sumpah panjang. Kadangkala gelap-gulita adanya juga. Tetapi yakinlah, ada pelangi yang sedang menunggu di hujung jalan, penuh setia. Senyum. [Kredit]

Anda mahu menjadi OSEM..?

-gabbana-

OSEM boleh juga membawa maksud 'Ordinary Self, Extra-ordinary Muslim.' Maknanya, ia boleh diaplikasikan untuk semua oranglah!

Ayuh kita jadi OSEM..? Aman.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP