30 December 2011

Berubah Itu Susah, Tetapi Tidaklah Sesusah Membajak Sawah

[Kredit]

Hari ini, sempena dua hari lagi sebelum melangkah ke tahun baharu, belog ini ingin mengajak anda semua untuk berubah. Ya, berubah. Bukan berubah menjadi Gaban atau Suria Perkasa Hitam, bukan. Tetapi berubah ke arah yang lebih baik dan positif.

Perubahan itu tidak semestinya besar. Perubahan itu tidak semestinya lompatan kepercayaan (Baca: Leap of faith). Cukuplah suatu perubahan minor yang positif. Cukuplah suatu perubahan yang kecil dan tampaknya seperti insignifikan, tetapi perubahan yang baik.

Asalkan berubah.

Sekiranya anda sekarang ini merokok tujuh batang rokok setiap lapan jam, mungkin anda boleh kurangkannya kepada lima batang. Itu satu perubahan yang baik. 

Sekiranya anda selama ini bersolat di hujung-hujung waktu, mungkin kini anda boleh cuba pula untuk solat di tengah-tengah waktu. Itu juga satu perubahan. 

Jika sekarang ini anda susah betul nak buka dan baca al-Quran, mungkin kini anda boleh mulakan dengan membaca tiga Qul atau ayat-ayat pendak dahulu. Ya, itu juga satu perubahan.

Kalau kini anda gemar pakai baju yang ketat-ketat sehingga menampakkan satu pack itu (untuk lelaki) atau tudung yang singkat lagi mini sehingga tiada bezanya anda dengan orang yang tidak bertudung (untuk perempuan), mungkin sudah tiba masanya untuk anda melonggarkan pakaian anda dan melabuhkan tudung anda. Ya, itu pon perubahan juga.

Pokoknya, berubah. Dan istiqamah dengan perubahan itu. 

Nabi SAW bersabda:

"Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Benar, idealnya kita mahu berubah secara drastik. Satu perubahan total yang menjadikan diri kita daripada seekor cipan raksasa menjadi Yazirobel yang memakan kacang ajaib. Err. Perubahan 'Umar al-Khattab daripada seorang penentang Islam yang tegar kepada pembela Islam yang Super Saiya pula. Atau perubahan Mus'ab daripada seorang anak manja yang dipenuhi hidupnya dengan kemewahan dan kesenangan dunia kepada seorang pemuda zuhud yang syahid dengan hanya kain gamis sebagai pakaiannya. Subhanallah.

Tetapi hakikatnya setiap manusia punya kekuatan yang berbeza untuk berubah. Ada yang perlukan lebih masa dan tenaga untuk melakukan sesuatu perubahan. Dan yang lebih dikhuatiri adalah apabila seseorang itu berubah secara terlalu drastik, suatu hari apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, dia akan kembali kepada jurang dalam yang lama, malah jatuh lebih dalam lagi. Kita tidak mahu itu berlaku. Biarlah perubahan yang terjadi adalah perubahan yang berasaskan kefahaman dan perubahan yang konsisten. Asalkan berubah!

Mengapa perlu berubah Inche gabbana..? Apa salahnya kami kekal dengan siapa diri kami sekarang ini..? Tanya anda separuh tidak puas hati.

Kerana berubah itu adalah sifat semulajadi manusia. Perubahan itu adalah dinamism yang Allah ciptakan pada setiap makhluk yang bernama manusia. Manusia dan perubahan adalah ibarat roti pau dan intinya. Manusia yang tidak percaya pada perubahan pula adalah ibarat memakan kueh tat nenas tetapi tanpa jem nenas itu sendiri. Mustahil. Eh.

Setiap hari kita melalui fasa perubahan. Sama ada kita sedar atau tidak sahaja.

Setiap hari umur kita bertambah. Itu satu perubahan.

Wajah dan kulit kita akan berkedut dan mengerepot, tanda usia kita semakin meningkat. Itu satu perubahan.

Hari ini kita makan nasi lemak sebagai sarapan dan esok kita pekena capati cecah kuah dal pula. Itu juga satu perubahan.

Semalam kita pakai baju pink ke opis dan hari ini kita pakai baju hijau epal. Bukankah itu satu perubahan..?

Pokoknya, setiap saat dan ketika, kita tidak boleh lari daripada berubah. Kerana perubahan itu berkadar terus dengan masa, makanya, tidak berubah adalah sesuatu yang amat mustahil dilakukan.

Perubahan itu akan sentiasa berlaku. Adakah kita sudah bersedia..? [Kredit]

Cuma persoalan yang lebih utama kini adalah, perubahan yang bagaimana yang kita mahukan..? Perubahan jenis apa yang mahu kita semaikan..?

Sudah tentulah perubahan yang positif. Perubahan yang baik lagi membaikkan. Dan perubahan yang mendekatkan lagi diri kita kepadaNya dan bukan semakin jauh daripada kasih sayangNya.

Malangnya, ramai di kalangan kita yang begitu liat untuk melakukan perubahan jenis yang ini. Begitu ramai daripada kita yang mendapat terlalu amat sukar untu berubah ke arah yang lebih baik; lebih mudah pula untuk melakukan sesuatu perubahan yang keji lagi mengejikan.

Lebih mudah bukan untuk tidak solat berjemaah daripada menapak berkain pelikat ke surau atau masjid yang terdekat?

Lebih mudah bukan untuk menuruti hawa nafsu sama ada dalam bidang merokok, bidang berzina, bidang mengumpat, bidang membazirkan duit dan bidang melakukan perbuatan-perbuatan keji yang lain daripada terpaksa menahan dan bertarung dengan diri sendiri daripada melakukannya?

Dan lebih mudah bukan, untuk kekal dengan siapa diri anda sekarang ni, berasa selesa dan puas dengan apa yang anda capai dan ada berbanding melakukan perubahan walaupon perubahan itu sedikit dan perlu?

Mengapa..?

Ya, mengapakah Inche gabbana..? Tanya anda pula buat-buat sudah gaharu cendana pula.

Kerana kita menjadikan pandangan manusia sebagai neraca amalan kita. Kita begitu risau dan susah hati apa yang orang katakan dan fikirkan sekiranya kita berubah. Kita begitu khuatir dan panas punggung sekiranya orang mengejek, mencaci-maki dan makan ketupat di belakang kita sambil ketawa terkekeh-kekeh dengan perubahan baru kita.

"Haish ni kalau aku pakai tudung labuh ni nanti kena cop ustazah pilihan harusss dah tak glamor dah aku nih..!"

"Alamak, kalau aku berhenti merokok nanti, geng-geng aku sure kata aku dah tak kool dah. Awek pon nanti ramai yang lari!"

"Buat apa aku nak berubah..? Sekarang ni dah ok apa. Aku tak susahkan orang dan orang pon senang dengan aku. Satigi aku berubah, orang kata aku skema la pulak.. Baik toksah!"

Anda biasa dengan dialog-dialog di atas..? Ya, itulah hakikatnya. Malasnya kita untuk berubah bukan kerana kita tidak mampu, tetapi kerana kita risaukan dengan pandangan makhluk yang bernama manusia. Culasnya kita untuk membuat suatu anjakan paradigma yang positif bukan kerana kita tidak punya kekuatan, tetapi kerana kita lemah dengan lontaran komen dan pandangan orang ramai. Dan degilnya kita untuk berubah bukanlah kerana kita tidak nampak yang kita perlu untuk berubah, tetapi malangnya kita dibutakan dengan panahan-panahan tajam caci-maki orang di sekitar kita.

Bukan begitu..?

Maka perubahan altimet dan yang paling fundamental untuk kita laksanakan sebagai langkah pertama untuk berubah adalah dengan mengubah neraca amalan kita; daripada neraca pandangan manusia kepada pandangan Allah yang abadi. Kerana sia-sialah sesuatu amalan atau perubahan itu sekiranya ia tidak disandarkan kepada si Pencipta Yang Berkuasa. Dan yang lebih utama, apabila kita berjaya menghalakan perubahan kita hanya semata-mata untukNya, kita tidak perlu lagi risau dan khuatir apa yang orang fikri dan bercakap tentang kita.

"Ish, ni kalau akau keluar pakai tudung singkat ni, apalah agaknya yang Allah akan fikir pasal aku..."

"Alamak, kalau aku degil sangat, tak nak berhenti daripada merokok, macam manalah pandangan Allah pada aku kat akhirat nanti!"

"Aku mesti berubah! Aku tak peduli orang kata aku tak kool atau awek lari daripada aku. Yang penting aku kool di mata Allah dan bidadari-bidadari sorga berlari-lari ke arah aku!"

Walaweh. Bukankah lebih osem dan bergaya begitu..?

Dan jangan lupa, setelah anda berjaya mensucikan niat untuk berubah dan anda berjaya pula untuk persetankan apa yang orang kata dan fikir pasal anda asalkan anda osem dan kool di mata Allah, istiqamahlah dengan perubahan anda itu. Dan berazamlah untuk menjadi lebih baik dan baik dan baik dari semasa ke semasa.

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikian, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk."
[ali-Imraan, 3:103]

Allah berkali-kali telah menyelamatkan kita daripada jurang neraka. Kini sudah tiba masanya untuk kita menyelamatkan diri kita dengan berpegang-teguh pada taliNya yang sepanjang zaman, sudah trang tang tang berada di depan mata. Kerana dikhuatiri, mungkin suatu hari nanti Allah sudah bosan dan merajuk dengan kita dan tidak mahu lagi menyelamatkan kita! Allahu Allah.. Air mata bercucuran laju.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."
[ar-Ra'ad, 13:11]

Mengapa kita perlu berubah..?

Kerana sorga itu hanya untuk orang-orang yang mengorbankan jiwa dan raganya demi agama yang terchenta. Kerana redha Allah itu hanya untuk orang yang bersungguh-sungguh mendambakan chentaNya. Dan kerana keselamatan dari azab neraka itu hanyalah untuk mereka yang benar-benar taat pada suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Bagaimana mungkin kita mengecapi semua itu seandainya kita tidak mahu berubah..?

Iya, berubah itu susah. Tetapi perubahan itu perlu, dan perubahan itu perlu dilakukan sekarang. Jangan tunggu lama-lama, nanti anda akan mula berasa malas dan selesa untuk tidak berubah.

Mana lagi susah? Berubah atua membajak sawah...? [Kredit]

Ambillah langkah yang pertama dengan berubah perkara-perkara yang kecil dahulu. Insha-Allah, apabila sudah dikumpul momentumnya, perubahan anda akan menjadi laju dan mudah, selaju dan semudah memasak ayam masak merah menggunakan perencah segera Brahim. Err. 

Iya, berubah itu susah. Tetapi tidak mungkin sesusah membajak sawah! Ayuh kita berubah..?

-gabbana-

Ada sesiapa yang ke Himpunan 1000 Jiwa 1 hati esok di Masjid Negara..? Mungkin boleh bersua muka, beramah mesra di sana..? Hanya untuk ikhwah sahaja of kos. Senyum.
 

18 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 30/12/2011, 16:36  

itulah kita..sikit2 ..'nti orang kata apa..'

najwa mohd 30/12/2011, 20:36  

bulatan gembira tadi ada sebut pasal hadis yg 1st tu..musim2 exam ni..hehe

Anonymous 30/12/2011, 20:40  

erm..pasal komen manusia tu, mmg terkena btg hidung sendiri kot..da elok2 nk berubah jd muslimah kononnya, tp kwn2 tgk dgn pandagn slck, trus lemah...
nk turun surau, housemate pandg pelik n senyum2 sinis..
nk g kuliah ceramah agama, ajak mereka, "xpelah, g lah dulu"
arakian kalinya, semnagt pun kendur ibarat iman senipis kulit bawang..
astaghfirullah~~

marlboro victim 31/12/2011, 13:48  

trying so hard to quit smoking..

Mar 31/12/2011, 18:14  

Change is the only constant in life, so there'll be only either positive or negative changes. Muhasabah. Plan. Take your pick Muslims!

Anonymous 01/01/2012, 12:24  

Salam. Tumpang tanya- Inche Gabbana, masih guna email dolcegabbana08@gmail.com lagi ya?

MFR 01/01/2012, 13:05  

aiwah.. sah.. :)

Inche gabbana 01/01/2012, 15:54  

enonimus: iya, anda benar. ;)

Anonymous 01/01/2012, 18:36  

berjubah hitam dan berkacamata bingkai putih. adakah itu kamu inche gabbana? =,=

Inche gabbana 01/01/2012, 22:32  

enonimus: err... bila ni..? woah, malam semalamkah..?

sungguh yakin anda di situ. apa yg membuatkan anda sungguh super yakin..?

saya kan ikhwah pakai jeans. haruslah memakai jeans setiap masa..! wahahaha.. ;)

Anonymous 02/01/2012, 11:14  

Inche Gabbana,inbox email anda dolcegabbana08@gmail.com selalu ke anda check?

Inche gabbana 02/01/2012, 16:40  

enonimus: err.. slalu je. lima kali sehari setiap kali selepas solat. hehhee.

kalau saya tak reply, tu tandanya sama ada saya tak tahu nak reply apa, atau sy kena fikir pjg sebelum re.

maaf ye..? ;)

Anonymous 03/01/2012, 01:20  

Tidak mengapa.Jazakallahkhair..

Anonymous 12/01/2012, 05:41  

berubah lah atas dasar iman... islam bkn sahaja agama ia adalah soul of life... the way you think , the way you react and the way you do... it must islam... islam is ideology... not just a religion...

~cAhAyA kEmUL!aAn~ 12/01/2012, 09:59  

pelik bile lelaki selalu gne alasan perempuan bile xmo quit smoking..
hakikat nye, ssah kot nk jmpe perempuan yg suke bau rokok, perokok n seangkatan dgn nye..huhu

cahaya 06/03/2012, 23:44  

Sharing : "Ada yang lebih susah dari Susah iaitu Berubah!" - Ustaz Hasrizal

http://saifulislam.com/?p=1317
http://saifulislam.com/?p=7280

Hijrah tidak terputus atau berakhir selagi mana taubat terus diterima. Dan taubat itu terus diterima sehinggalah nanti terbitnya matahari dari Barat (Kiamat)” [Riwayat Ahmad]

Hanya dengan keberanian untuk berubah, keluar dari zon selesa kepada zon mencabar, kemenangan akan datang menyusul. Jangan diulang asbab kekalahan dan kegagalan yang kita sudah biasa itu, sebaliknya cabarlah diri dengan realiti kehidupan yang tidak semudah memilih kematian.

Saya mencari dan mengusahakan perubahan…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Anonymous 31/03/2014, 00:42  

love ur writting! menarik n bnyk input y dapat..

Anonymous 11/10/2015, 20:42  

Artikel ni mengingatkan sy pada arwah kwn baik sy yg merupakan ahli 'happy circle' (selalu sgt de pesan psl berubah ni)..lepas de dah x ade, rasa mcm Ada Satu lempangan padu yg ingatkan sy hidup ni sementara n ujian sahaja..sy pon sikit2 cuba utk berubah..betullah mcm inche ckp berubah ni ssh, tp x sesusah membajak sawah (sy pon x pernah nk membajak sawah) Doakan sy consistent^^

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP