24 December 2011

Tunaikan Kewajipan Anda Sekarang Juga!

[Kredit]

Lagu tema: "Mari lah mari.. Mari Mengundi.. Tunaikan kewajipan anda segera..."

Dengan ini saya umumkan peti undi untuk Pertandingan Video Osem APG '11 dibuka dengan rasminya. Peti undi anda boleh didapati di sebelah kanan belog, di bahagian atas tak berapa nak atas. Saya yakin amat sukar untuk anda tidak perasan akannya.

Cara mengundi adalah mudah. Pilih sahaja mana-mana video yang mengujakan anda dan berjaya membuatkan anda berkata seorang diri, "Ini sumpah osemness...!!" Mudah bukan..?

Of kos, saya tiada hak untuk menghalang mana-mana daripada anda untuk mengundi mana-mana video yang anda suka mahupon gemari. Malah saya tidak boleh juga menghalang mana-mana peserta pertandingan ini untuk mempromosikan videonya kepada kawan-kawannya, ahli keluarganya baik ahli keluarga dekat atau bau-bau bacang, rakan-rakan tadika dahulu kala mahupon jiran sebelah rumah untuk mengundi mereka. Dan saya juga tiada kuasa untuk menghalang para peserta memngundi diri mereka sendiri. (Tapi macam loser la jugak en..? Hohoho..)

Tetapi dalam membuang undi, saya meminta anda untuk mengambil kira kriteria-kriteria berikut:
  • kreativiti
  • keaslian
  • kepatuhan kepada tema
  • kepatuhan kepada syarat-syarat pertandingan
  • kepatuhan kepada Raja dan negara
  • unsur-unsur tarbawiyy dan menyentuh jiwa raga
  • mesej yang disampaikan
  • unsur-unsur artistik
Anda mempunyai masa empat hari untuk mengundi, bermula pada malam ini sehinggalah jam 11.59 malam pada 28 haribulan doblas dua ribu sebelas. 

Sebarang rayuan atau bantahan selepas habis tempoh mengundi tidak akan dilayan sama sekali. Pengundi-pengundi hantu atau kaki merosakkan undi, err, sila jawab dengan Tuhan di akhirat nanti. Hohoho..

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, lima penyertaan yang mendapat undian tertinggi akan mara ke pusingan seterusnya, di mana mereka akan diadili pula secara professional (Errr.. Setakat professional mana kita tunggu dan lihat..) oleh dua orang hakim yang professional lagi bergaya dan seorang hakim yang amatur lagi marhaen yakni Puan Wardina Safiyyah, Inche Hadi Pahmi dan err, saya sendiri. Tunduk malu sambil menggaru-garu kepala. 

Keputusan akhir akan diumumkan pada 31 haribulan doblas dua ribu sebelas Insha-Allah sekiranya tiada aral melintang, angin kencang mahu pon ombak besar yang mendatang. Hadiah akan disampaikan dalam masa terdekat selepas keputusan diumumkan. Jangan risau, saya tidak korup lagi suka lari berganti-ganti. Wahahaha.. *koff koff*

Kepada anda semua, selamat mengundi dengan telus, ikhlas lagi bergaya. Dan kepada semua para peserta, selamat maju jaya! Moga Allah rahmati anda dan redha dengan usaha-usaha murni anda semua!

Oh, jangan lupa baca basmalah sebelum mengundi dan hamdalah seusai mengundi! Hoyeeaahh!

Sekian.

"Marilah lah mari.. Mari Mengundi.. Tunaikan kewajipan, anda segera..."

-gabbana-

Anda berdebar-debar..? Neves..? Tak senang duduk..? Anda tidak keseorangan.

13 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 25/12/2011, 04:57  

salam...inche gabbana...
selepas sy meneliti semua video2 osem...sy rasa mcm ada termiss 1 video "Fight that worth" kt ruang vote....if im not mistake...V(^^)

cahayalembut 25/12/2011, 07:04  

Anonymous : Yup, setuju dengan anda.

Cidak 25/12/2011, 08:32  

jaga2 dengan pengundi hantu..

haha!

Inche gabbana 25/12/2011, 08:59  

alamak.. TT..TT nak edit poll tu dah tak boleh.... -___-" tepaksa la buat satu poll khas ntok video tu sahaja... aduhai mak minah syg...

trima kasih btw sbb gtau..

Anonymous 25/12/2011, 14:50  

welcome...

nk tau x mcm mana sy boleh perasan..smlm sy download semua video2 ni...pas2 sy ltak dlm 1 folder n rename nama dia kt depan tu sy letak no 1-40 mengikut susunan dlm poll ni..2 yg boleh perasan tu..kalau x...x perasan pon...ok..sja nk gtau...hehe

rarizzar 26/12/2011, 09:55  

byk video yg sgt OSEM menjentik hati. tq semua

Anonymous 27/12/2011, 01:54  

inche xnak tmbah tempoh ngundi??bnyak lg sy blom tgok=(

Anonymous 27/12/2011, 08:43  

saje je nak face to face borak2 buat keje dgn wardina

Anonymous 27/12/2011, 18:03  

maaf agak tak tahu, nak klik apa ya untuk mengundi?

azuni 27/12/2011, 22:03  

Salam APG,

saya sangat suka tgk video-video ni. memang bagus sgt2...ramai yg kreatif. saya sgt2 menyokong supaya pertandingan ni diteruskan. di sini saya ingin mengemukakan beberapa cadangan:

1) rasanya nk tunggu setahun skali mcm lama jugak tu. so apa kata kalau APG buat pertandingan ni 3 bulan skali ke. pastu top 5 (or terpulang pada APG la nk top berapa pun) setiap suku tahunan dikumpul utk mencari juara tahunan (pada hujung tahun). yg menang juara (+ tempat ke-2 n ke-3 pada hujung tahun je baru dapat hadiah).

2) setiap 3 bulan tu ada tema tertentu. contohnya utk bulan 1-3 boleh buat tajuk zikir fikir. so tajuk-tajuk video boleh berkisar kepada tema-tema seperti:
i- kebesaran n keagungan Allah.
ii- Rasullullah SAW
iii- kematian
iv- dsu.. (dan seumpamanya) =)

then, bulan 4-6 boleh buat tajuk hukum hakam dengan tema-tema seperti:
i- jaga aurat
ii- jauhi kapel/zina
iii- jauhi dosa-dosa di fb
iv- jangan tinggal solat
v- puasa (mungkin boleh buat dkt2 ngan bulan puasa)
vi- dsu...

then utk seterusnya apa-apa tema yg sesuai la. mgkin APG boleh buat vote di fb utk mintak pendapat rakan-rakan tentang tajuk n tema apa utk suku tahunan seterusnya.

so ini sahajala sedikit sebanyak pendapat saya yg baru saja 1st day menjenguk blog ni (hasil promosi video osem yg sgt menarik ni =) ).
jika ada cadangan yg baik boleh la dimanfaatkan.
sekian, wassalam =)

al-fateh 28/12/2011, 01:43  

Salam. Macam mana nak mengundi? Tgk video tu thru utube, then tekan like, cmtu ke?

Maii 28/12/2011, 04:50  

waahh, setelah 2hari ulang alik pi sini hoho dah vote! ;DD

Kuliyyah To Death ! 02/08/2012, 17:29  

Apa kata nnti untuk tahun 2012 buat jugak? mana tau lebih osem!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP