31 May 2011

Bulan Mei Yang Sungguh Menghuru-Harakan

Sekiranya ada upacara untuk menamakan atau melabelkan bulan, sudah pasti saya dengan rasminya mengisytiharkan bulan Mei sebagai bulan yang penuh menguji kesabaran. Bulan yang penuh dengan ranjau dan duri, onak tajam yang membawa seribu satu mehnah dan ujian. Ewah bersastera sebentar di situ. 

Tetapi sumpah bulan ini penuh dengan dugaan dan cabaran yang cukup merembeskan titisan peluh besar di dahi. Maka moleklah di penghujung bulan ini saya berkongsi dengan anda apakah yang telah saya secara peribadinya lalui sepanjang bulan ini.


Bulan Mei yang sungguh menensikan. Hoh. [Kredit]

Semuanya bermula pada pertengahan bulan apabila saya terpaksa mengikuti kursus model kewangan. Bukan, bukan kursus menjadi model iklan bank dan sebagainya. Peluh kecil. Tetapi kursus belajar perisian lembut (Baca: SOFTware. Wahahaha..) Excel untuk menguasai asas membuat model kewangan. Ok sekiranya anda pening tidak mengapa. Kerana saya juga sudah mula berasa pening dalam usaha untuk cuba memberi penjelasan kepada anda semua. Tetapi disebabkan oleh kursus ini jugalah saya tidak dapat menghapdet belog saya selama tiga hari lamanya. Maka sila salahkan kursus tersebut sekiranya dalam masa tiga hari itu anda berasa sangat tertekan dan kechiwa. Hihihi..

Masuk hari ketiga berkursus, saya terpaksa pula ke bengkel kereta untuk menservis kereta. Dalam perjalanan pulang dari bengkel untuk ke tempat kursus (Kursus diadakan di Hotel Equatorial Kuala Lumpur. Seriyes menjadi wahan untuk seketika.. Hohoho..), jalan pula sesak. Sayugia saya terlambat lah masuk semula ke dalam kursus. Akibatnya saya sudah tidak faham lagi apa yang diajar di dalam kursus tersebut. Memang cukup hampas kelapa sekian terima kasih.

Hujung minggu pada minggu tersebut, badan saya sudah mula terasa tidak sedap. Sudah ada tanda-tanda untuk demam. Tapi saya kuatkan diri (Degil mungkin..?) kerana pada masa yang sama, saya sedang berkonferens riang. Rugi rasanya untuk meninggalkan konferens riang di pertengahan jalan. Petang Ahad singgah pula di Kolej Maha Busy untuk berbulatan gembira. Ketika itu suara saya sudah mula hilang dan kedengaran suara saya serak-serak basah ala-ala Jamal Abdillah tetapi lebih macho lagi. Wahahaha..

Mujurlah saya mengambil cuti pada hari Isnin kerana sememangnya pada Ahad malam Isnin itu saya sudah mula rasa lemah dan tidak bermaya. Dan hari Selasa pula cuti umum sempena Hari Wesak. Dapatlah saya berehat lebih lama di rumah. Tetapi ketika itu Inche Gusi sudah mula menunjukkan tanda-tanda akan berlaku demonstrasi secara besar-besaran. Sudah mula dirasakan cucukan-cucukan berdenyut-denyut pada diri Inche Gusi.

Esoknya ketika masuk kerja, Inche Gusi sudah mula mengamuk. Saya ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberikan antibiotik untuk menenangkan Inche Gusi. Esoknya saya terpaksa mengambil cuti sakit setengah hari kerana tidak lagi bermaya untuk berbuat apa-apa. Azabnya... Hanya Allah yang tahu. Sampai demam-demam jugalah. Jumaat juga saya terpaksa mengambil cuti sakit dek kesakitan yang berpanjangan. Dan buat pertama kalinya saya terpaksa meminta izin untuk tidak ke bulatan gembira dek tiada keupayaan untuk berbuat demikian. Aduhai lemahnya diri ini.

Cukup menyedihkan kerana pada malam itu saya sepatutnya bersama hadek-hadek Kolej Maha Busy untuk berkonferens riang bersama mereka sebelum mereka pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing. Bertambah sayu dan rasa bersalah apabila mengetahui perjalanan konferens riang tidak begitu riang gembira dan lancar dek kekurangan tenaga untuk menguruskannya. 

Esoknya, saya gagahkan juga diri untuk bersama mereka. Rasa rindu yang membuak-buak, ditambah pula dengan rasa bertanggungjawab yang hendak hampir meletup di dada, menyebabkan saya tekad untuk ke sana juga, walaupon Puan Mama tampak tidak senang dengan keputusan saya itu. Mujurlah saya sudah berasa lebih segar dan sihat, walaupon untuk makan masih merupakan suatu kesukaran buat saya. Bayangkan saya langsung tidak boleh mengunyah, hanya boleh menghisap makanan sahaja! Adeh. 

Malam itu pula saya terpaksa pulang ke rumah untuk berpolitik bersama keluarga; menghadiri kenduri kahwin sepupu saya. Ketika saya minta izin untuk ke konferens riang semula seusai majlis persandingan, Inche Papa jelas sekali tidak selesa dengan tindakan saya sehingga berseloroh (Seloroh atau seriyes..? Hhmm..) mahu menelefon 'ustaz' yang mengendalikan konferens riang itu. Saya dengan selamba dan penuh yakin menjawab: "Mana ada ustaz, ni program kitorang sendiri-sendiri je." Senyum sedikit bangga sambil gelak tutup mulut.

Alhamdulillah, saya tidak menyesal dengan keputusan saya untuk bersama-sama hadek-hadek di dalam konferens riang tersebut. Walaupon banyak perkara yang perlu dimuhasarawakkan dan yang boleh diperbaiki lagi, tetapi buat pertama kalinya saya sempat untuk bermuayasyah (Err.. Kurang lebih macam cakap bantal (Baca: Pillow talk) lah juga.) agak lama dengan beberapa orang hadek bulatan gembira saya. Cukup bermakna untuk saya..!

Tetapi tampaknya tubuh badan saya masih belum pulih sepenuhnya. Pada hari Rabu petang, saya pulang dari tempat kerja dengan tubuh badan yang cukup lemah dan tidak bermaya. Setibanya saya di rumah, saya terus baring kerana saya rasakan badan cukup lemah dan suhu badan mula naik. Agak bergayalah kerana saya berbaring dengan baju kerja, siap dengan jaket yang cukup kool juga stoking yang tidak sempat ditanggalkan. Wahahaha.. Ok sila berpeluh kecil sekarang.  

Malam itu suhu badan saya naik dengan mendadak. Apabila ke klinik, doktor mengesahkan yang saya demam dan memberi pula cuti sakit sehari. Dia menyuruh saya untuk datang semula sekiranya saya demam lagi dalam masa dua ke tiga hari kerana dikhuatiri saya mungkin menghidap demam denggi. Lega juga mendapat cuti sakit kerana dapatlah saya beristirehat di rumah. Tetapi pada masa yang sama, berasa segan juga kerana dalam masa dua minggu sahaja, saya sudah mengambil tiga hari cuti sakit. 


Ok haruslah saya lebih bergaya daripada ini ketika sakit, tetapi saya betul-betul tidak bermaya dan bertenaga ketika itu! [Kredit]

Sepanjang hari saya hanya terlantar dan berehat di rumah. Alhamdulillah, badan mula beransur pulih. Pada hujung minggu yang samalah saya akan berjaulah ke Kuantan. Terfikir juga untuk menarik diri dek tidak pasti dengan ketahanan badan. Tetapi rasa bersalah sekiranya menarik diri di saat akhir. Tambahan pula ada dua lagi ikhwah yang mahu menumpang saya ke sana. Dan saya juga sebenarnya memandang ke hadapan (Baca: Looking forward) untuk jaulah tersebut; pasti seronok dan penuh keterujaan dapat berjaulah dan bercuti bersama ikhwah! 

Saya sedikit lewat bertolak ke Kuantan kerana sekali lagi terpaksa berpolitik dengan keluara; satu lagi kenduri keluarga dekat yang perlu dihadiri. Akhirnya dengan izinNya saya dan dua orang lagi yang menemani saya tiba di De Rhu Beach Resort pada jam kurang lebih enam setengah petang. Secara jujurnya, tidak banyak yang dapat saya kongsikan sepanjang, err, tak sampai sehari pon berada di Kuantan. Cumanya seronoklah melihatkan ikhwah yang sudah lama berada di atas jalan ini rupa-rupanya adalah manusia biasa seperti kita semua juga. Hohoho..

Ada satu peristiwa yang berlaku, tetapi, uhm, tidak mahulah saya ceritakan secara penuh di sini. Tetapi cukuplah sekadar berkongsi dengan anda yang identiti Inche gabbana hampir-hampir sahaja terbongkar. Mujurlah ada seorang lagi yang berkongsi nama dengan Inche gabbana turut serta di dalam jaulah tersebut. Hihihi.. Anda yang hampir membongkarkan identiti saya, sekiranya anda membaca ini, saya kira anda sedang tersenyum sorang-sorang ibarat kerang tak berapa nak busuk bukan..? Wahahaha..

Alhamdulillah, selamat tiba di Kuala Lumpur jam empat setengah petang pada hari Ahad. Dan sekali lagi tubuh badan saya menunjukkan tanda-tanda mahu memberontak. Begitu penat agaknya. Tetapi alhamdulillah, walaupon terasa lemah, tetapi tidaklah sampai demam sekali lagi. Makanya saya mampu untuk ke opis pada hari Isnin (semalam) tanpa perlu berasa malu sekiranya terpaksa mengambil cuti sakit sekali lagi.

Buah tangan yang saya bawa pulang dari Kuantan..? Tapak kaki kanan yang sudah meletup gelembung airnya dan kini sudah bernanah. Ok sedikit geli di situ, tetapi untuk pengetahuan anda, saya adalah penghidap eczema sejak sekian lama. Eceli bercadang untuk menyambung jaulah bersama Inche sama-nama-dengan-saya ke Kuala Terengganu untuk menziarahi hadek-hadek yang sedang bercuti di sana, tetapi apakan daya, saya merancang tetapi perancangan Allah itu lebih kool dan bergaya.

Oh, saya sudah mereply email Puan A (sekiranya anda sudah lupa, sila baca post ini) dan saya telah memilih opsyen b) dengan sedikit tambahan. Begini jawapan saya:

"[Puan A],

Saya takde steady gf tapi hati saya sudah dimiliki. Hehe.. Plus, saya tak main la gf-gf ni. Terus kawen je nnt, sng..! Hihihi.. ;)"

Bagaimana..? Sungguh bergaya bukan..? Senyum bangga, kenyit mata sambil menyilang tangan di dada. Tidak perlulah saya kongsikan reply Puan A, kerana saya khuatir anda semua sama ada akan muntah hijau secara berjemaah atau tidak dapat tidur malam nanti. Hohoho..

Berpeluang juga untuk keluar minum-minum bersama Inche guru dan Inche Nik, setelah begitu lama tidak berjumpa dengan mereka. Banyak juga yang dibincangkan bersama mereka; of koz la paling banyak dibincangkan adalah masalah batch kami (Inche guru dan Inche Nik adalah rakan lama di Sekolah Bintang). Tetapi ada juga diborakkan tentang masalah anak muda zaman ini, masalah politik di Malaysia dan sebagainya. Harapnya tidak lebat dan kencang di kedai mamak sahajalah.

Ok, apa sebenarnya motif saya berkongsi pelbagai cerita dengan anda ini..? Sebab hari ini sudah tiga puluh satu haribulan Mei maka cukup cantik untuk mengkhatamkan peristiwa-peristiwa pada bulan ini..? Mungkin juga.

Tetapi yang saya nak tekankan, walaupon bulan Mei ini penuh dengan pelbagai ujian, peristiwa dan cabaran yang cukup menguji keimanan, sebenarnya terpulang juga kepada kita bagaimana kita melihatnya. Bukankah tiada istilah kebetulan di dalam hidup ini..?

Jatuh sakitnya saya beberapa kali; bukankah itu tandaNya Allah sayang kepada saya kerana memberi peluang kepada saya untuk menyucikan dan membersihkan diri yang penuh dengan dosa dan noda..? (Nampak sangat terlalu banyak dosa pada diri sampaikan demam dua tiga kali..! Air mata mengalir deras.)

Kucar-kacirnya hidup saya pada bulan ini, bukankah sudah tiba masanya untuk saya mermuhasabah, bagaimana saya dapat merancang masa dan hidup ini dengan lebih teratur dan efisien..?

Banyak juga mendapat kata-kata semangat, nasihat dan perkongsian berguna daripada para pembaca belog ini. Sungguh terharu dan menyentuh jiwa raga. Tiada kata yang dapat saya ungkapkan melainkan terima kasih banyak-banyak tahun depan datanglah rumah beraya ye! Eh. Maksud saya, moga Allah membalas budi baik anda semua dengan sebaik-baik balasan.  

Dan sudah tentunya, saya amat yakin yang dengan setiap kesusahan, pasti ada kesenangan bersamanya. Sekali lagi, dengan setiap kesusahan PASTI ada kesenangan bersamanya. Walaweh!

Jalan dakwah itu masih panjang. Dan saya masih merangkak, bertatih di atasnya. Apa yang saya lalui pada bulan ini tiada apa-apa sekiranya hendak dibandingkan dengan ujian sebenar yang menanti para pejuang agamaNya yang benar-benar ikhlas dan istiqamah dalam memperjuangkan risalahNya. Sekiranya awal-awal lagi saya sudah tewas, sudah rebah, bagaimana saya mahu menjadi rijalNya yang terpilih, syababNya yang mantap, yang akan bermati-matian mempertahankan agamaNya ini..?? Allah. 

Pasti bukan kebetulan bukan apa-apa yang saya dan anda lalui pada bulan ini..? Yakinlah, tiada istilah kebetulan di dalam hidup ini, kerana kebetulan itu hanyalah bahasa Argentina yang direka-direka untuk melemahkan hamasah kita..!

Ayuh! Kita bangkit semula dan perbaiki diri kita. Pastikan bulan Jun yang mendatang akan jadi jauh lebih baik dan bergaya daripada bulan Mei ini!


Masa untuk bangkit dari angan-angan dan keculasan! Ayuh! [Kredit]

Selamat tinggal Mei 2011! Saya pasti tidak akan ketemu anda semula, dan sudah tentunya saya tidak mahu bertemu dengan anda lagi. Tetapi terima kasih untuk segala pengajaran dan tarbiyyah berguna yang anda sudi tinggalkan buat saya..! Oktengsbai!

-gabbana-

Oh silalah ke Baskin Robins untuk menikmati aiskerim pada harga diskaun pada hari ini hoyeaahh..!
 

30 May 2011

Tersungkur Di Pintu Syurga

Bukan, ini bukan suatu lagi karya cerita pendek oleh Inche gabbana, maka sila jangan berasa hampa.

Ini adalah luahan rasa. Ini adalah luahan hati seorang lelaki yang kononnya sudah mengikuti dakwah dan tarbiyyah. Kononnya lah.


Mode muhasarawak. [Kredit]

Kononnya sudah buat dakwah, tapi mengapa diri ini masih penuh dengan karat-karat jahiliyyah..??

Kononnya sudah mengikuti bulatan gembira, tetapi kenapa masih berat untuk mentadabbur al-Quran, bila ada masa-masa yang percuma..??

Kononnya diri ini sudah biasa ditarbiyyah, tetapi mengapa masih begitu malas dan culas untuk bangun malam beruzlah..??

Kononnya diri ini benar-benar teringin melangkah masuk ke dalam syurga, tetapi mengapa masih suka dan mudah memandang rendah pada 'Muslim Biasa'..??

Kononnya diri ini begitu takut dan gerun pada seksa azab neraka, tetapi mengapa begitu mudah terjerumus ke dalam lembah dosa yang hina..??

Kononnya mahu mendapatkan redha Ilahi yang hakiki, tetapi mengapa begitu mudah berubah-rubah niat di hati..??

Dan kononnya mahu dicintai Rasulullah dan duduk bersamanya nanti di syurga yang abadi, tetapi mengapa sunnahnya tidak bersungguh-sungguh dijejaki..??

Aduhai.

Malangnya diri ini. Bodohnya diri ini. Ruginya diri ini...!

Wahai.

"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.”
[as-Sajdah, 32:12]

[Tee][Tee][Underscore][Underscore][Tee][Tee]

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
[as-Saff, 61:2-3]

[Tee][Tee][Tee][Underscore][Underscore][Underscore][Tee][Tee][Tee]

Switch-on mode muhasabah.

Aman.

-gabbana- 

27 May 2011

Cemburu Celik Itu Kachak

[Kredit]

Ok sumpah malu nak mengaku, tapi.. Err..  Sayaadalahseorangyangkuatcemburu. Apa..? Tak jelas..? Err. Baiklah.. *tarik nafas dalam-dalam* Saya. Adalah. Seorang. Yang. Kuat. Cemburu. *menutup muka tersipu-sipu* Ya, benar. 

Semalam dapat berita baik yang pasukan bahas Bahasa Melayu Sekolah Bintang berjaya melangkah ke peringkat akhir, setelah lima belas tahun, saya ulangi, LIMA BELAS TAHUN kemarau akhir. Saya memang teramat paling teruja dan gembira mendengar berita itu. Tetapi pada masa yang sama, err, cemburu.

Ya, kerana selama lima tahun saya berbahas di Sekolah Bintang dahulu, tidak pernah berpeluang melangkah ke peringkat akhir. Jangan kan kata akhir, peringkat separuh akhir dan suku akhir pon tak pernah! Adohai. Kalau anda masih ingat post saya 'Bila Saya Cakap Hey, Anda Cakap Hoy!', saya ada mengatakan yang menjulang Piala Perdana Menteri adalah salah satu impian saya sepanjang berada di Sekolah Bintang. Impian yang tidak pernah dan tak mungkin saya penuhi. Kerana itu saya cemburu. Sumpah cemburu. 

Saya juga mudah cemburu apabila melihat kelebihan yang ada pada orang lain. Kelebihan-kelebihan yang menjadikan mereka lebih dekat dengan Allah. Contohnya banyak menghafal al-Quran. Atau petah berbahasa Arab ketika memberi penyampaian di konferens riang. Atau kepandaian untuk bergaul mesra dengan sesiapa sahaja, menyebabkan orang berasa amat selesa dengan mereka ini. Atau lembutnya hati mereka. Atau rendahnya ego mereka. Atau mudahnya untuk mereka bangun malam, bermunajat mengadu kepada Allah. Atau senangnya untuk mereka mengalirkan air mata menginsafi dosa dan noda yang ada pada diri. Ya Allah.. Memang cemburu pada mereka ini!

Tetapi sebagai manusia biasa yang normal lagi kachak bergaya (Errr...), saya juga tidak dapat lari daripada berasa cemburu melihatkan perkara-perkara duniawi. Contohnya, err, *pandang kiri, pandang kanan*, err, apabila melihat lelaki yang kachak *koff koff*. Atau melihat orang yang 'berjaya' di dalam hidup, punya kerjaya yang hebat di usia muda atau memiliki singgahsana yang besar dan mewah. Atau melihat orang muda memandu kereta Volkswagen Kumbang. Saya tahu. Pasti anda akan mengatakan, "Ekele Inche gabbana ni. Benda-benda macam tu pon nak rasa cemburu..?? Tak bergaya langsung!"

Maafkan saya, saya juga manusia biasa dan kadangkala memang susah untuk mengelakkan diri daripada berasa cemburu terhadap perkara-perkara sedemikian. Tetapi of koz la saya dalam usaha untuk mentarbiyyah diri supaya mengurangkan perasaan cemburu terhadap perkara-perkara duniawi dan remeh seperti itu. 


Ok, bila saya cemburu takdela sehodoh ni. Tapi.. Mungkin kalau cemburu yang didasari dengan hati yang busuk, boleh jadi sebegini kan..? [Kredit]

Kuat betul cemburu saya ni kan..? Macam perempuan. Eh pembaca perempuan sila jangan marah-marah. Kalau rasa nak marah pergi rendam kepala dalam kolah air sejuk. Hihihi..

Kenapa jangan marah..? Sebab cemburu tu tak semestinya sesuatu yang buruk dan tidak berakhlak bukan..? Malah kalau cemburu tu kena pada tempatnya, cemburu tu akan jadi sesuatu yang amat kool dan kachak. Dalam keadaan ini cemburu bukan lagi buta tetapi sudah menjadi celik. 

Contohnya perasaan cemburu seorang suami terhadap isterinya. Cemburu ini disebut sebagai ghirah. Perasaan ini amat penting bagi memastikan si suami sentiasa menjaga dan melindungi isterinya daripada terjatuh ke dalam kancah maksiat. Malah Rasulullah SAW sendiri pernah berasa cemburu terhadap Mariah al-Qibti, yang mengandungkan anak lelakinya Ibrahim kerana seorang kerabat lelakinya sering datang melawatnya.  

Kalau takde perasaan ghirah ni, dikhuatiri nanti si suami boleh menjadi dayus; membiarkan si isteri bebas melakukan dosa dan noda. Perlu diingatkan yang dosa dan noda yang dilakukan oleh si isteri tanpa pedoman dan teguran daripada si suami, maka si suami itulah yang menanggung segala tok nenek dosa si isteri! Padan muka. Siapa suruh tak jaga isteri baik-baik..? Bukankah suami itu perisai dan pelindung bagi si isteri..?

Arakian di dalam hal sebegini, cemburu atau ghirah dibenarkan, malah amat digalakkan. Malah, di dalam salah satu muwasofat tarbiyyah (saya rasa di bawah akhlak yang mantap), memang disuruh untuk menyemai sifat ghirah ini di dalam setiap individu Muslim, espeseli yang sudah mendirikan rumah tangga. 


Cemburu juga ada dalam muwasofat tarbiyyah tahu..? Aman. [Kredit]

Tetapi awas..! Ghirah dan cemburu buta adalah dua perkara yang amat jauh bezanya..! Ghirah didasari dengan perasaan penuh kasih sayang kerana Allah, kerana takutnya seseorang itu melihat pasangannya jatuh dan tersungkur di lembah dosa nan hina. Sedangkan cemburu buta itu adalah perasaan jeles yang melulu dan tergopoh-gapah, didasari dengan perasaan amarah dan ego yang bukan sahaja marabahaya kepada hubungan suami isteri tadi, tetapi juga boleh menjerumuskan si pencemburu (Eh..? Boleh ke..? Wahaha..) ke dalam mata rantai dosa yang berpanjangan. Nau'dzubillah..

Perlu juga dikongsi di sini ada perbezaan yang besar antara cemburu dan hasad. Hasad ni perasaan dengki yang meluap-luap yang mendorong seseorang ni berniat untuk menghilangkan nikmat atau kelebihan yang ada pada orang lain. Contohnya, Mak Cik Rosnah Mansir berasa hasad apabila melihat Puan Juana Abdallah memiliki gelang emas sehingga ke siku lantas terlintas di hatinya alangkah baiknya sekiranya seeokor buaya jantan lapan meter panjang menggigit tangan si Juana itu sehingga terputus! Ha, itulah hasad namanya.

Atau pon tidak senang melihat orang lain memiliki kelebihan yang tiada pada kita lantas berniat atau terfikir kan bagus kalau kelebihan tu dapat kat aku dan bukannya dia. Itu juga hasad. 

Hanya dua perkara yang dibenarkan hasad, berdasarkan hadith sahih Nabi SAW:

"Tidak boleh hasad melainkan dua macam perkara, iaitu: seseorang yang dikurniakan oleh Allah kepandaian dalam al-Quran, mengertikan dan lain-lain, kemudian ia suka bersolat dengan membaca al-Quran itu pada waktu malam dan siang, juga seseorang yang dikurnia oleh Allah akan harta lalu ia menafkahkannya pada waktu malam dan siang."
[Mutafaqun 'Alaih]


Tetapi hasad ini pon tidaklah bererti kita berasa seronok dan gembira sekiranya kedua-dua kelebihan ini hilang daripada pemiliknya. Tetapi kita berasa cemburu kerana kita juga teramat ingin memilikinya. Lebih kurang macam "Alangkah bagusnya sekiranya aku juga pandai membaca al-Quran seperti itu dan boleh mengajarkannya pula!" atau "Alangkah bagusnya sekiranya aku berharta seperti dia dan boleh menginfakkanya pula di jalan Allah!" Ok skema. Tetapi begitulah. 

Di sinilah konsep fastabiqul khairat atau berlumba-lumba membuat kebaikan perlu dipraktikkan secara menyeluruh. Kita jeles melihat sahabat kita lebih banyak hafalannya, maka kita juga mahu berusah bersungguh-sungguh menghafal. Kita cemburu melihat hadek-hadek bulatan gembira kawan kita semuanya menjadi, sayugia kita pon berazam untuk menDF dan mentajmik dengan lebih gigih lagi. Kita tak senang duduk melihat rakan kita begitu khusyuk dalam solatnya, begitu fokus dalam tadaburnya, begitu teruja dalam mencari bahan tarbiyyahnya, maka kita beriltizam untuk menjadi lebih baik dan lebih qawiyy daripada itu.

Itulah cemburu yang dibenarkan. Itulah cemburu yang kachak namanya. Itulah cemburu celik yang memakai cermin mata dakwah dan tarbiyyah yang sungguh bergaya. Wah!

Dan lebih cemburu apabila hadek bulatan gembira sendiri sudah mampu menghantar mesej berbunyi sebegini:

"Salam [Inche gabbana], dlm bnyk2 uni kt uk, mna yg bole senang access utk [bulatan gembira]?"

Terasa mahu mengalirkan air mata sujud pembebasan bukan..? Dalam kes ini bagaimana mahu berfastabiqul khairat dengan hadek bulatan gembira sendiri ya..? Hmmmm..

"Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya.."
[al-Hadid, 57:21]


-gabbana-

Akan ke Kuantan pada esok untuk jaulah bersama ikhwah. Sedikit teruja. Tetapi risau juga memandangkan kesihatan diri yang belum pulih sepenuhnya.

Doakan keselamatan saya. Doakan yang terbaik untuk saya, biidznillah..

26 May 2011

Tanya Sama Pokok

[Kredit]

Tanya Sama Pokok Versi Lama

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.



Tanya Sama Pokok Versi Saintifik

Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Dey, pokok mana boleh cakaplah!
Tapi kalau dia boleh jawab pon,
Dia bergoyang sebab angin,
Yang merupakan pergerakan sekumpulan gas,
Secara skala besar.

Kalau nak tanya langit apa sebab hujan,
Bukan ada guna pon sebab samalah langit tak boleh bercakap, biol!
Tapi kejadian hujan adalah disebabkan proses kondensasi,
Wap-wap air yang tersejat dari permukaan bumi,
Bila sampai tempat sejuk, wap-wap air tu bertukar menjadi air semula.

Tengok dalam air bukan nampak bayang-bayang la pandai,
Tu refleksi, cahaya dari tubuh badan kita yang dipantulkan oleh permukaan air,
Bayang-bayang disebabkan oleh objek legap yang menyerap cahaya matahari,
Cahaya yang lalu yang tidak diserap tulah yang membentuk bayang-bayang!

Susah betul cakap dengan orang kolot ni...

Tanya Sama Pokok Versi Sains Sosial

Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Walaupun pokok tak boleh nak jawab secara literal,
Tapi rasanya tu metafora je tu,
Nak maksudkan setiap perkara yang berlaku tu ada sebab musababnya.

Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit, tanyalah awan,
Di sini kita nampak sikap langit yang tidak betanggungjawab,
Terus menghalakan si penanya kepada awan,
Tapi mungkin juga menggambarkan sikap rendah diri langit,
Yang merasakan awan lebih tahu daripada dirinya.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,

Mungkin awan nak kata sesiapa pon boleh berubah,
Kalau kena pada tempat dan keadaannya,
Sama ada perubahan yang baik atau pon tidak.

Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Di sini jelas konsep air yang tenang jangan disangka akan tenang selamanya,
Kerana bila ada faktor-faktor eksternal,
Pasti ketenangan itu akan diganggu-gugat.


Tanya Sama Pokok Versi Tauhid Zindani

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok, Allah yang goncang,
Semua perkara, Dia yang merancang,
Kita hanya hamba, yang lemah tempang.

"Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
[al-Insaan, 76:30]

"...dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar."
[al-Anfal, 8:17]

Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit itu kuasa Tuhan,
Tuhan pemilik alam setiap kejadian,
Sepertimana firmanNya di dalam al-Quran:

"Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab angin itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran."

[al-A'raf, 7:57]


Awan nanti kata, aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Semuanya itu ketetapan Allah,
Aku hambaNya yang menurut perintah!

"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira." 
[ar-Rum, 30:48]

Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang,
Dengan izin Allah sudah semestinya,
Dialah pentadbir alam seluruhNya. 

“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali dia sendiri, dan dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfudz).” 
[al-An'am, 6:59]

Allah bagi mata, telinga dan hati yang sama kepada semua orang. Tetapi terpulang kepada kita untuk melihat alam ciptaanNya ini menurut kaca mata hawa nafsu dan ego kita, atau melalui kaca mata Islam dan dakwah & tarbiyyah yang sungguh kool dan bergaya.

Pilihan di tangan kita. Aman.

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Meraka itulah orang-orang yang lalai." 
[al-A'raf, 7:179]

-gabbana-

Bulan Mei adalah bulan yang sungguh gila dan kelam-kelibut...


24 May 2011

Peluh Besar Menitik-Nitik

Semalam saya ke Bahagian Sumber Manusia opis saya untuk menguruskan sesuatu. Saya terus berjumpa dengan Puan A kerana memang dia yang bertanggungjawab menguruskan perkara yang hendak saya uruskan tu. Eh sedikit berbelit ayat di situ.

Ketika saya menyerahkan borang yang perlu saya isi kepadanya, dia senyum tersipu-sipu. Saya menjadi sedikit pelik. Kemudian dia bertanya kepada saya, 

"Dah dapat dah email akak tu..?"

Email yang mana ni..? Oh, email yang pasal cuti tu kot! 

"Haah, dapat dah."

Dia tersenyum-senyum lagi. Saya menjadi bertambah pelik. Saya mahu mengatakan sesuatu apabila dia membuat isyarat senyap dengan meletakkan jari telunjuknya di bibir. Dia tersenyum-senyum lagi, kali ini dengan tawa kecil. Err.... Email pasal cuti je pon, apa yang nak dirahsiakan sangat ni..?

Kemudian saya beredar pergi kerana urusan sudah selesai. Tapi masih berasa amat pelik dengan kejadian yang berlaku, lantas menggaru kepala saya yang tidak gatal itu. Setibanya saya di meja kerja saya, saya terus membuka email pejabat dan mendapati ada satu email yang belum dibaca yang dihantar oleh Puan A. Eh, bila masa pulak ada email ni..?

Tajuk email: Personal. Gulp. Ini cukup sesuatu. Saya lantas mengklik email tersebut untuk membacanya.

"Hi [Inche gabbana]. Sorry ye, I nak tanya benda personal sikit je. U dah ada steady gf ker? Coz one of my friend had a crush on you. Hehehe..."

Peluh berpeluh-peluh, walaupon tatkala penghawa dingin dipasang pada suhu Kutub Selatan.  


Woah. Saya mencubit-cubit pipi dan perut saya. Kemudian saya menampar-nampar pula pipi saya bagi memastikan saya tidak bermimpi ngeri. Tidak cukup dengan itu, saya menghentak-hentak pula kepala saya ke meja dan kemudiannya menjerit sekuat hati sehingga seluruh opis boleh mendengar jeritan nyaring saya.

Err.

Ok semua tu tak berlaku pon. Saja nak bagi gempaq sikit. Wahahaha.. Tapi memang betullah macam tak percaya dapat email tu. Dan saya tak reply pon. Sebab tak tahu nak reply apa. Antara reply yang terfikir untuk ditulis:

a) Err.. Biar betul kak..? Dia salah orang kot..? Lagi pon 'had' kan..? So kira past tense la kan..? Skang ni dah tak la kot...? Hehehe..

b) Saya takde steady gf ni kak. Tapi hati saya dah dimiliki. Senyum. [Dalam hati cakap "Dah dimiliki oleh Allah, Rasul, dakwah dan hadek-hadek bulatan gembira. Hihihi.."]

c) Uish kak, mana boleh gf-bf ni. Haram..! Bagitau je dia, saya tak berminat.

d) Err.. Sorry kak, saya gay la. Tak layan pompuan. 

Amacam..? Bergaya bukan..? Hohoho.. Secara peribadinya saya paling suka reply (b) sebab (a) macam sengal sikit dan (c) agak kasar di situ. Dan (d), *koff koff* perlu ke saya komen..? Wahahaha.. Entah. Tapi saya memang tak bercadang nak reply la. Cuma, lepas ni kalau ada urusan di Bahagian Sumber Manusia, sudah pasti saya akan berasa pelik, awkward dan tersipu-sipu malu. Weird moment.

Tapi kan, memang cabaran di tempat kerja ni lain. Dulu, sebelum mula bekerja, macam-macam yang sudah didengari. Tapi not until dah rasa sendiri persekitaran dan pengalaman bekerja ni, kita betul-betul boleh faham dan tahu apakah sebenarnya cabaran yang ada di tempat kerja yang boleh mengganggu-gugat core business kita yang sepatutnya yakni dakwah dan tarbiyyah. 

Ada seorang ustaz ni pernah berkata:

"Saya tak akan respek anda selagi mana anda tidak melalui dua jenis dugaan; dugaan bekerja dan dugaan perkahwinan. Kalau masih komited selepas melalui dua-dua dugaan ni, ha, barulah saya tabik spring pada anda!"

Kurang lebih lah. 

Cabaran di tempat kerja, memang halus dan amat marabahaya. Kita akan dipancing dan dicucuk dengan fatamorgana kenaikan pangkat, kenaikan gaji, bonus, pujian bos, pujian pelanggan, pujian rakan sekerja dan sebagainya. Dah kalau hari-hari dan setiap masa dicucuk, dicucuk dan dicucuk lagi, tak mustahillah sesiapa sahaja pon boleh termakan umpan. Once dah tercucuk kail, memang dah tak boleh lari mana dah. 

Belum kira lagi kerja seperti saya ni, yang terlalu amat selalu berjumpa dengan pegawai-pegawai bank yang sanggup menjils-jils (kalau tak faham sila buat-buat faham sekian terima kasih) anda semata-mata untuk mendapatkan projek. Belum lagi dikira pegawai bank berjantina perempuan yang pakaiannya, Masha-Allah, la hawla wala quwwata illa billah. Belum juga dikira soal ikhtilat, bersalaman dengan yang bukan muhrim, melewatkan solat disebabkan mesyuarat, rakan sekerja yang tidak solat dan .... Senarai dosa dan noda di tempat kerja ini terlalu panjang untuk dikatalogkan.

Tik. Tik. Eh, kenapa basah baju saya ni...?

Tidak hairan lah sekiranya ada ikhwah dan akhawat yang tewas, lumpuh dan mengalah dek tidak tertahan dengan mehnah dan dugaan di tempat kerja. Kerana cabaran dan dugaan di tempat kerja sememangnya cukup mengalirkan peluh besar sehari-hari..!


Cabaran di alam pekerjaan memang sungguh menensikan. [Kredit]

Saya kira, itulah caranya Allah menguji para pejuang agamaNya di zaman moden ini. Cara Allah menapis para dua't supaya yang tertinggal hanyalah mereka yang benar-benar serius dalam menjual harta dan nyawanya untuk Islam semata-mata. Yalah, untuk memenangkan dan memperjuangkan agama ini, pastinya Allah akan mempersiapkan tentera-tenteranya dengan persiapan yang benar-benar membina jiwa dan ruh bukan..? Pastinya Allah mahu tentera-tenteranya adalah di kalangan mereka yang benar-benar kuat semangatnya dan mapan jiwanya, tidak gentar menghadapi apa bentuk cabaran dan ujian sekali pon, bukan..?

Tatkala kita gagal menghadiri bulatan gembira kita dek kerja yang bertimbun-timbun, adakah tarbiyyah atau kerjaya yang lebih utama kepada kita ketika itu..?

Ketika kita lambat bersolat dek mesyuarat yang berjela-jela panjangnya, adakah Allah atau memuaskan hati pelanggan atau bos yang lebih utama ketika itu..?

Semasa kita sanggup mengorbankan integriti dan maruah diri dengan bercampur mesra lelaki perempuan atau mengunjungi tempat-tempat yang haram/syubhah semata-mata untuk menjalinkan hubungan erat dengan pelabur atau pelanggan, adakah keredhaan Allah atau kenaikan pangkat yang lebih utama ketika itu..?

Kita sering melaung-laungkan, mencanang-canangkan yang Allah itu ghayah kita, Rasul itu qudwah kita, al-Quran itu perlembagaan kita, jihad itu jalan kita dan mati di jalan Allah itu cita-cita tertinggi kita. Tetapi hakikatnya...? Ptuuuiiihhh. Terasa macam nak ludah pada diri sendiri. Astaghfirullahal adzim....

Semakin basah pulak baju saya ni.

Anda bekerja untuk apa..? Untuk duit? Untuk cabarannya? Untuk keseronokan bekerja? Mengapa tidak untuk Allah..? Kalau saya, at the moment, saya bekerja untuk menghabiskan bond selama lima tahun itu. Hohoho..

Firman Allah di dalam Surah ali-Imraan:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)."
[ali-Imraan, 3:14]

Kesukaan dan keterujaan kita kepada dunia dan seisinya adalah fitrah. Allah campakkan perasaan sedemikian ke dalam hati kita sebagai ujian dan halangan yang perlu dilalui manusia. Kerana hanya mereka yang berjaya melepasinya sahaja, yang tidak meletakkan segala tok nenek hiasan dunia ini di dalam hati mereka, berjaya membuktikan kechentaan dan pengorbanan mereka kepada Allah.

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?"
[ali-Imraan, 3:142]

Ujian perkahwinan..? Saya tidak berani dan tidak berhak untuk mengomen, kerana saya tiada pengalaman. Tetapi daripada apa yang saya dengar, memang amat mencabar keimanan. Kerana itu saya gusar dan gundah apabila berbicara soal perkahwinan. Ya, telinga ini sudah mahu bernanah diasak dengan soalan satu perpuluhan lapan juta itu. Hakikatnya, saya amat takut saya akan tewas tersungkur dengan ujian perkahwinan.

Apa-apa pon, saya amat bersyukur kerana sehingga ke saat ini, saya masih bersemangat dan teruja untuk berbulatan gembira, berkonferens riang dan melakukan aktiviti-aktiviti core business saya yang lain. Saya tidak mengatakan yang saya sudah berjaya melepasi ujian kerjaya, tidak. Sekiranya anda membuat andaian yang saya bermaksud sedemikian rupa, sila ketuk kepala anda sekuat hati sehingga otak anda kembali ke posisinya yang asal. Wihihihi..

Tidak. Tetapi saya amat bersyukur dan gembira, entah mengapa, Allah masih izinkan saya untuk bertatih di atas jalan ini. Sebagai seorang hambaNya yang marhaen, hina dan penuh dengan dosa dan noda, saya berasa amat malu kerana masih dibenarkannya untuk menabur bakti yang sedikit cuma di atas jalan ini. Semoga ini menjadi motivasi kepada saya untuk bekerja dengan lebih kuat dan bersungguh lagi. Semoga Dia menerima segala amalan saya, biidznillah.

Sekadar berkongsi doa yang saya selalu amalkan:

"Ya Allah, menangkanlah agamaMu ini, dan jadikanlah aku di kalangan hambaMu yang memenangkan agamaMu. Matikanlah aku dalam keadaan memenangkan agamaMu. Matikanlah aku dalam keadaan kau redha kepadaKu dan matikanlah aku ketika mati itu baik untukku."

Ameen, ya robbal a'lamin.

Dan sekiranya suatu hari nanti Dia izinkan saya untuk menaiki satu lagi anak tangga amal, saya berdoa agar Dia akan kurniakan saya dengan kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi mehnah dan ujian yang bakal tiba bersamanya. Memikirkannya sahaja hati sudah berdebar-debar. Semoga saya tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang tsabat dan istiqamah di atas jalan juang ini, biidznillahi ta'ala. 

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Rabb kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita."
[al-Ahqaf, 46:13]

-gabbana- 

23 May 2011

Seorang Itu Loser, Dua Itu Boleh Tahanlah, Tiga Lebih Baik Tapi Lebih Ramai Lebih Meriahlah!

[Kredit]

Satu perkara yang saya cukup pantang dan melemahkan diri saya adalah apabila saya ke surau-surau yang disediakan di pusat beli-belah berseorangan lewat daripada waktu solat yang sebenar. Mengapa? Kerana terlalu amat sukar untuk mencari orang yang sudi solat bersama-sama.

Saya pon tidak faham mengapa. Ramai je orang yang nak bersolat. Itu sudah bagus. Tetapi yang hampagas cap Dyson-nya adalah, mereka lebih gemar untuk bersolat berseorangan. Seusai berwudhu, tup-tup, mereka terus sahaja mendirikan solat mereka. Aduh, rugi-rugi. 

Kadang-kadang tu saya memberanikan diri, tunggu sebentar mencari orang yang dirasakan sesuai dan terus mengajaknya untuk solat berjemaah bersama-sama. Selalunya ok, tiada masalah. Cuma yang menghampakan saya adalah majoriti daripada mereka ini, sekiranya tidak diajak oleh saya, pasti mereka akan solat berseorangan. Spesis seperti saya ni sudah hampir pupus agaknya!

Sila jangan salah faham jika tidak saya cubit perut sampai lebam. Saya bukan hendak membanggakan diri. Malah tiada apa yang hendak dibanggakan pon kerana saya rasakan ini adalah perkara yang terlalu asas! Dua puluh tujuh kali ganda yang sudah kompem sekompem-kompemnya dapat, dengan sekali ganda yang belum tentu lagi kompem dapat markah penuh, anda mahu pilih yang mana..?

"Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)."
[Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]

Saya rasa kalau soalan itu ditanya kepada orang kafir pon mereka tahu nak pilih yang mana. Oooopppss. Kasar ke..? Maaf ya, kerana minda saya memang tak boleh terima hakikat yang lebih ramai yang memilih untuk solat berseorangan. 

Dan anda tahu apa yang lebih menensikan saya..? Apabila sudah ada jemaah yang sedang bersolat, masih ada yang mahu solat bersendirian..! La hawla quwwata illa billah... Spesis ini memang saya langsung tak boleh faham..! Yang lebih menakutkan, kelihatannya spesis ini semakin bercambah dan berkembang biak..! Apa jijik sangat ke nak solat berjemaah ni..?? Kalau solat berjemaah, anda kena serangan angin ahmar there and then ke...??

Tentang solat berjemaah, seorang rakan ada pengalaman yang lucu tetapi cukup membuatkan minda waras anda menjadi gila. Suatu ketika dia berhenti di salah sebuah R&R untuk solat. Seperti biasa, situasi yang sama saya ceritakan di awal post ini berlaku; ramai orang yang bersolat tetapi semuanya solat bersendirian. Jadi rakan ini mengajak la seorang pakcik untuk solat bersama. Anda tahu apa kata pakcik itu?

"Eh kita dua orang je ni, tak cukup ni nak solat berjemaah!"

Rakan saya tadi menjadi sedikit pelik dengan kenyataan pakcik itu. Lantas dia menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil memerhatikan sekelilingnya. Tak cukup..? Apa yang tak cukupnya? Tatkala matanya jatuh semula kepada pakcik tadi, dia menyaksikan satu peristiwa yang cukup Ripley's Believe It Or Not. Pakcik itu sedang solat bersendirian..! Fulamaweh. Ada kemungkinan besar pakcik itu pernah bekerja dengan racangan realiti Wakenabeb atau apa-apa yang seangkatan dengannya.

Bagaimana..? Cukup menggaru minda bukan..? Yang lebih menyadiskan, saya rasa pakcik itu tidak keseorangan. Saya yakin ramai lagi yang sebijik sebijon perangainya dengan pakcik itu. Salah pakcik itukah..? Saya tak rasa silapnya seratus peratus. Saya yakin dia adalah salah seorang daripada ribuan, mungkin jutaan mangsa keadaan.

Ketika di UK dahulu keadaannya cukup berbeza. Cukup mudah untuk solat berjemaah. Walaupon anda lambat daripada waktu masuk solat, tetapi tidak sukar untuk anda mencari geng untuk solat bersama-sama anda. Saya tidak risaulah kalau terlewat untuk menyertai jemaah pertama atau kedua, kerana pasti ada jemaah ketiga, keempat, kelima dan sila isi tempat kosong diri sendiri kerana saya tiada kuasa untuk menaipnya untuk anda! Wahahaha..

Kerana itu juga, sekiranya saya ke surau-surau di pusat beli-belah di Malaysia ini, selalunya mata saya akan meliar mencari pak-pak Arab atau Somalia atau yang serupa dengannya, kerana mengajak mereka untuk solat berjemaah jauh lebih mudah dan perasaannya juga tidaklah sepelik mengajak manusia sebangsa sendiri. Bila tiada golongan ini, kadang-kadang amat sukar untuk mencari orang untuk solat bersama. Tindakan terakhir yang sungguh desperado? Melantik seorang imam yang sedang solat bersendirian. Habis cerita. Hohoho..

Mungkin salah saya sendiri yang 'segan' dan malu-malu kucing, tidak bersungguh dalam mencari rakan regu solat. Malah terus membuat penghakiman yang mereka ini tidak gemar untuk solat berjemaah. Um um. Mungkin di lain kali saya perlu menebalkan muka yang sudah sedia tebal dengan Mak Cik Lubang dan Kakak Jururawat ini untuk mengajak mereka solat bersama, kerana tiada siapa yang rugi dalam hal ini bukan..??

Sebenarnya begitu banyak ibrah dan hikmah yang terkandung di dalam solat berjemaah. Jangan hanya berhenti pada ganjaran dua puluh tujuh kali ganda itu, tetapi lihatlah solat berjemaah dengan pandangan mata yang menaiki helikopter. Pasti anda akan melihat betapa besar, best, kool, bergaya dan kedabomnya hikmah yang terkandung di dalam solat berjemaah! Maka tidak hairanlah begitu banyak ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith yang menekankan peri pentingnya solat berjemaah ni. Takkanlah Allah dan ar-Rasul SAW saja-saja je nak cakap pasal solat berjemaah jika ia tidak penting bukan..??

Saya tidak berhajat untuk membincangkan dengan panjang lebar khasiat dan fadhilat solat berjemaah. Cuma ada satu aspek daripada solat berjemaah yang suka untuk saya sentuh dengan ringkas yakni amal jamai'e. Tahukah anda solat berjemaah itu sebenarnya melatih diri kita untuk beramal jamai'e di dalam urusan kehidupan yang lain? Apa..?? Anda tak tahu..? Ish ish ish. Geleng kepala sambil tertunduk dan senyum jahat. Hihihi..

Takpe takpe. Jangan khuatir. Kalau anda tak tahu, meh sini saya bagitahu! Ya, solat berjemaah itu memang platform yang sungguh kachak untuk melatih diri kita beramal jamai'e di dalam hal-hal yang lain juga..! Ha, sekarang dah tahu bukan..?? Wahahaha..

Ok, kepala saya masuk air. Tetapi betullah, solat berjemaah itu sememangnya cukup vital dalam melatih diri kita beramalan jamai'e. Dengan disiplin di dalam solatnya, kepatuhan kepada imam, berlapang dada, suci niat, berdiri tegak dan sebagainya, semua itu sebenarnya menyumbang ke arah mengamalkan amalan berjemaah di dalam konteks yang lebih besar.

Tetapi malangnya, kita hanya berdisiplin, bersungguh dan beriltizam di dalam berjemaah ketika solat sahaja (Itu pon kalau solat berjemaah la kan..? Dan itu pon kalau solat la kan..? Gelak Santa Klaus sambil mengalirkan air mata). Ketika di waktu-waktu lain, mana perginya semangat untuk berjemaah itu..??

Dan dalam memperkatakan tentang berjemaah dan beramal jamai'e, pastinya tidak lari daripada menyentuh soal dakwah dan tarbiyyah secara berjemaah. Ramai daripada kita (Insha-Allah.. Et lis pembaca tegar belog inilah..) yang sedar dan yakin kepentingan atau kewajipan untuk melaksanakan tugas dakwah. Kepada anda yang sudah sedar dan yakin, syabas dan tahniah diucapkan sila tepuk bahu anda diri sendiri hey! Kepada anda yang masih belum sedar dan yakin, meh sini sebaldi air saya nak curah di muka anda..! Wahahaha.. Eh.

Tetapi di kalangan anda yang sedar ini, berapa ramai pula yang benar-benar yakin dan faham bahawa dakwah dan tarbiyyah itu tidak boleh dilaksanakan secara solo dan bersendirian..? Hatta anda yang sudah yakin sekali pon, berapa ramai di kalangan anda yang beriltizam dan beriman dengannya...?? Sila tepuk dada anda kuat-kuat sekarang dan tanya iman anda, tapi kalau anda pengsan atau jatuh sakit sebab tepuk kuat sangat, Inche gabbana tidak bertanggungjawab.

Eh, kalau benarlah dakwah dan tarbiyyah itu boleh dilaksanakan secara berseorangan, sudah pasti Nabi SAW dahulu, sebaik sahaja dia selesai berdakwah kepada seorang-seorang sahabat, baginda akan berkata,

"Ok sekarang ni anda pergi duduk di masjid dan baca Quran dan berzikir sahaja ya..? Saya nak pergi berdakwah kat orang lain pulak. Eh takpe-takpe, takyah susah-susah, saya boleh buat sorang-sorang."

Ada ke..? Pernah baca ke sirah versi sebegitu..? Tidak pernah bukan..? Nabi SAW tahu, faham dan yakin yang sekiranya panji Islam itu dibebankan pada bahunya seorang sahaja, nescaya baginda tidak mampu untuk melakukannya. Kerana itulah dia berusaha untuk mengumpulkan para sahabatnya yang Super Saiya untuk membantunya menyebarkan risalah Allah! Kerana dakwah dan tarbiyyah itu tidak mungkin dapat dilaksanakan secara berseorangan. Tidak mungkin..!

Anda harus ingat, Islam itu bukan agama ajaib! Ramainya umat Islam pada hari ini tidak terjadi dengan tiba-tiba. Tertegaknya ustadziyatul a'lam suatu ketika dahulu bukan berlaku dalam sesaat cuma. Ia dimulakan oleh seorang, disambung oleh para sahabat dan kemudiannya diserahkan pula tanggungjawab dakwah ini kepada para pejuang dakwah, yang kemudiannya menyambung pula mata-mata rantai ini. Tergamakkah kita untuk menjadi mereka yang memutuskan mata-mata rantai suci dan agung ini, dengan melanggar sunnah berdakwah secara berjemaah...??

Betapa cintanya Allah kepada para pejuang dakwah yang bergerak di dalam suatu jemaah, sehingga dinukilkan dan diabadikan di dalam kitab suciNya, di dalam surah as-Saff:
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang di jalanNya di dalam saff yang tersusun; mereka seakan-akan sebuah bangunan yang tersusun kukuh!"
[as-Saff, 61:4]


Allahu Akbar!

Peliknya manusia ini, bilamana dia hendak belajar, atau bermain bola, atau bekerja, atau bermain DOTA, dia bisa berjemaah. Malah aktiviti tersebut tidak dapat dilakukan sekiranya korum tidak mencukupi. Tetapi untuk perkara yang jauh lebih utama hatta daripada nyawa sendiri sekalipon, ke mana perginya semangat dan iltizam untuk berjemaah itu..?? Mengapa kita begitu sukar untuk beramal jamai'e sedangkan kita tahu itu yang terbaik untuk kita? Mengapa kita begitu pentingkan diri dengan merasakan berjemaah itu menyusahkan kerana terlalu banyak pihak yang terlibat maka lebih baik kita bersendiri..?


Uik. Time nak main bola reti pulak nak berjemaah kan..? Tapi kenapa bila nak berdakwah tak reti-reti..? [Kredit]

Peliknya saya terhadap orang yang merasakan mereka boleh berdakwah dan mentarbiyah seorang diri samalah seperti peliknya saya kepada mereka yang memilih untuk solat bersendirian.

Dan lebih pelik apabila jahiliyyah, taghut dan musuh-musuh Islam sedang bekerja keras, penuh strategi dan juga bekerjasama sesama mereka untuk menjatuhkan Islam! Adeh. Saban hari mereka bekerja dan berkongsi kepakaran dan pengalaman demi satu niat yang keji lagi hina; jangan biarkan Islam kembali tertegak di muka bumi ini..! Mereka juga berjemaah dalam kerja-kerja mereka. Kita..?? Konon kita hendak mengembalikan semula nur Allah di muka bumi ini, tetapi tindakan kita, kerja-kerja kita dan keputusan yang kita ambil langsung tidak menggambarkan pendirian kita itu! Malu la weyy!

Jemaah mana yang perlu/patut dipilih, itu bukan persoalan yang utama ketika ini. Yang lebih utama, anda mesti mula bekerja untuk Islam di dalam satu organisasi yang bersistematik dan ada strategi dan hala tujunya. It takes two to tango. And no man is an island. Sila ingat tu dan simpan di dalam kepala anda masing-masing. 

Dan kalau anda alergik dengan perkataan jemaah, tiba-tiba kulit terasa gatal atau terasa loya tekak apabila mendengar perkataan itu, gunalah perkataan lain - kumpulan ke, geng ke, persatuan ke - asalkan anda bergerak di dalam satu pasukan. Anda amat zalim sekiranya anda ingat anda mampu berdakwah dan mentarbiyyah berseorangan. Kerana tenaga, usaha dan kepakaran anda itu sewajarnya dapat dimanfaatkan dengan lebih efisien dan efektif.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."
[Ali-Imraan, 3:110]


Ingat! Gerabak dakwah ini akan tetap sampai ke destinasinya, sama ada anda menaikinya atau pon tidak. Gerabak dakwah ini tidak akan menunggu anda yang lambat, culas, ragu-ragu dan mementingkan diri sendiri. Andalah yang rugi, kerana sekiranya anda tertinggal untuk mengejar gerabak dakwah ini, ia tidak akan berpatah kembali untuk anda. Kemenangan itu benar, kemenangan itu akan berlaku. Rugilah anda sekiranya anda tidak menyertai gerabak yang sedang menuju kemenangan ini..!


Shikansen dakwah sedang bergerak dengan lajunya menuju ke destinasi. Sempatkah kita menyertainya...? [Kredit]

Jadi apa yang anda tunggu lagi....?

-gabbana-

Alhamdulillah, feel so much better now, although I haven't fully recovered. Segala sesuatu itu milik Allah and Allah alone. Semoga saya dan anda menjadi hambaNya yang redha kepada segala ketentuanNya.

Ucapan takziah saya kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Hulu Langat. Semoga setiap yang berlaku menjadi tazkirah kepada kita semua, biidznillah. Moga mereka yang pergi buat selamanya ditempatkan bersama para kekasihNya, Insha-Allah.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP