27 May 2011

Cemburu Celik Itu Kachak

[Kredit]

Ok sumpah malu nak mengaku, tapi.. Err..  Sayaadalahseorangyangkuatcemburu. Apa..? Tak jelas..? Err. Baiklah.. *tarik nafas dalam-dalam* Saya. Adalah. Seorang. Yang. Kuat. Cemburu. *menutup muka tersipu-sipu* Ya, benar. 

Semalam dapat berita baik yang pasukan bahas Bahasa Melayu Sekolah Bintang berjaya melangkah ke peringkat akhir, setelah lima belas tahun, saya ulangi, LIMA BELAS TAHUN kemarau akhir. Saya memang teramat paling teruja dan gembira mendengar berita itu. Tetapi pada masa yang sama, err, cemburu.

Ya, kerana selama lima tahun saya berbahas di Sekolah Bintang dahulu, tidak pernah berpeluang melangkah ke peringkat akhir. Jangan kan kata akhir, peringkat separuh akhir dan suku akhir pon tak pernah! Adohai. Kalau anda masih ingat post saya 'Bila Saya Cakap Hey, Anda Cakap Hoy!', saya ada mengatakan yang menjulang Piala Perdana Menteri adalah salah satu impian saya sepanjang berada di Sekolah Bintang. Impian yang tidak pernah dan tak mungkin saya penuhi. Kerana itu saya cemburu. Sumpah cemburu. 

Saya juga mudah cemburu apabila melihat kelebihan yang ada pada orang lain. Kelebihan-kelebihan yang menjadikan mereka lebih dekat dengan Allah. Contohnya banyak menghafal al-Quran. Atau petah berbahasa Arab ketika memberi penyampaian di konferens riang. Atau kepandaian untuk bergaul mesra dengan sesiapa sahaja, menyebabkan orang berasa amat selesa dengan mereka ini. Atau lembutnya hati mereka. Atau rendahnya ego mereka. Atau mudahnya untuk mereka bangun malam, bermunajat mengadu kepada Allah. Atau senangnya untuk mereka mengalirkan air mata menginsafi dosa dan noda yang ada pada diri. Ya Allah.. Memang cemburu pada mereka ini!

Tetapi sebagai manusia biasa yang normal lagi kachak bergaya (Errr...), saya juga tidak dapat lari daripada berasa cemburu melihatkan perkara-perkara duniawi. Contohnya, err, *pandang kiri, pandang kanan*, err, apabila melihat lelaki yang kachak *koff koff*. Atau melihat orang yang 'berjaya' di dalam hidup, punya kerjaya yang hebat di usia muda atau memiliki singgahsana yang besar dan mewah. Atau melihat orang muda memandu kereta Volkswagen Kumbang. Saya tahu. Pasti anda akan mengatakan, "Ekele Inche gabbana ni. Benda-benda macam tu pon nak rasa cemburu..?? Tak bergaya langsung!"

Maafkan saya, saya juga manusia biasa dan kadangkala memang susah untuk mengelakkan diri daripada berasa cemburu terhadap perkara-perkara sedemikian. Tetapi of koz la saya dalam usaha untuk mentarbiyyah diri supaya mengurangkan perasaan cemburu terhadap perkara-perkara duniawi dan remeh seperti itu. 


Ok, bila saya cemburu takdela sehodoh ni. Tapi.. Mungkin kalau cemburu yang didasari dengan hati yang busuk, boleh jadi sebegini kan..? [Kredit]

Kuat betul cemburu saya ni kan..? Macam perempuan. Eh pembaca perempuan sila jangan marah-marah. Kalau rasa nak marah pergi rendam kepala dalam kolah air sejuk. Hihihi..

Kenapa jangan marah..? Sebab cemburu tu tak semestinya sesuatu yang buruk dan tidak berakhlak bukan..? Malah kalau cemburu tu kena pada tempatnya, cemburu tu akan jadi sesuatu yang amat kool dan kachak. Dalam keadaan ini cemburu bukan lagi buta tetapi sudah menjadi celik. 

Contohnya perasaan cemburu seorang suami terhadap isterinya. Cemburu ini disebut sebagai ghirah. Perasaan ini amat penting bagi memastikan si suami sentiasa menjaga dan melindungi isterinya daripada terjatuh ke dalam kancah maksiat. Malah Rasulullah SAW sendiri pernah berasa cemburu terhadap Mariah al-Qibti, yang mengandungkan anak lelakinya Ibrahim kerana seorang kerabat lelakinya sering datang melawatnya.  

Kalau takde perasaan ghirah ni, dikhuatiri nanti si suami boleh menjadi dayus; membiarkan si isteri bebas melakukan dosa dan noda. Perlu diingatkan yang dosa dan noda yang dilakukan oleh si isteri tanpa pedoman dan teguran daripada si suami, maka si suami itulah yang menanggung segala tok nenek dosa si isteri! Padan muka. Siapa suruh tak jaga isteri baik-baik..? Bukankah suami itu perisai dan pelindung bagi si isteri..?

Arakian di dalam hal sebegini, cemburu atau ghirah dibenarkan, malah amat digalakkan. Malah, di dalam salah satu muwasofat tarbiyyah (saya rasa di bawah akhlak yang mantap), memang disuruh untuk menyemai sifat ghirah ini di dalam setiap individu Muslim, espeseli yang sudah mendirikan rumah tangga. 


Cemburu juga ada dalam muwasofat tarbiyyah tahu..? Aman. [Kredit]

Tetapi awas..! Ghirah dan cemburu buta adalah dua perkara yang amat jauh bezanya..! Ghirah didasari dengan perasaan penuh kasih sayang kerana Allah, kerana takutnya seseorang itu melihat pasangannya jatuh dan tersungkur di lembah dosa nan hina. Sedangkan cemburu buta itu adalah perasaan jeles yang melulu dan tergopoh-gapah, didasari dengan perasaan amarah dan ego yang bukan sahaja marabahaya kepada hubungan suami isteri tadi, tetapi juga boleh menjerumuskan si pencemburu (Eh..? Boleh ke..? Wahaha..) ke dalam mata rantai dosa yang berpanjangan. Nau'dzubillah..

Perlu juga dikongsi di sini ada perbezaan yang besar antara cemburu dan hasad. Hasad ni perasaan dengki yang meluap-luap yang mendorong seseorang ni berniat untuk menghilangkan nikmat atau kelebihan yang ada pada orang lain. Contohnya, Mak Cik Rosnah Mansir berasa hasad apabila melihat Puan Juana Abdallah memiliki gelang emas sehingga ke siku lantas terlintas di hatinya alangkah baiknya sekiranya seeokor buaya jantan lapan meter panjang menggigit tangan si Juana itu sehingga terputus! Ha, itulah hasad namanya.

Atau pon tidak senang melihat orang lain memiliki kelebihan yang tiada pada kita lantas berniat atau terfikir kan bagus kalau kelebihan tu dapat kat aku dan bukannya dia. Itu juga hasad. 

Hanya dua perkara yang dibenarkan hasad, berdasarkan hadith sahih Nabi SAW:

"Tidak boleh hasad melainkan dua macam perkara, iaitu: seseorang yang dikurniakan oleh Allah kepandaian dalam al-Quran, mengertikan dan lain-lain, kemudian ia suka bersolat dengan membaca al-Quran itu pada waktu malam dan siang, juga seseorang yang dikurnia oleh Allah akan harta lalu ia menafkahkannya pada waktu malam dan siang."
[Mutafaqun 'Alaih]


Tetapi hasad ini pon tidaklah bererti kita berasa seronok dan gembira sekiranya kedua-dua kelebihan ini hilang daripada pemiliknya. Tetapi kita berasa cemburu kerana kita juga teramat ingin memilikinya. Lebih kurang macam "Alangkah bagusnya sekiranya aku juga pandai membaca al-Quran seperti itu dan boleh mengajarkannya pula!" atau "Alangkah bagusnya sekiranya aku berharta seperti dia dan boleh menginfakkanya pula di jalan Allah!" Ok skema. Tetapi begitulah. 

Di sinilah konsep fastabiqul khairat atau berlumba-lumba membuat kebaikan perlu dipraktikkan secara menyeluruh. Kita jeles melihat sahabat kita lebih banyak hafalannya, maka kita juga mahu berusah bersungguh-sungguh menghafal. Kita cemburu melihat hadek-hadek bulatan gembira kawan kita semuanya menjadi, sayugia kita pon berazam untuk menDF dan mentajmik dengan lebih gigih lagi. Kita tak senang duduk melihat rakan kita begitu khusyuk dalam solatnya, begitu fokus dalam tadaburnya, begitu teruja dalam mencari bahan tarbiyyahnya, maka kita beriltizam untuk menjadi lebih baik dan lebih qawiyy daripada itu.

Itulah cemburu yang dibenarkan. Itulah cemburu yang kachak namanya. Itulah cemburu celik yang memakai cermin mata dakwah dan tarbiyyah yang sungguh bergaya. Wah!

Dan lebih cemburu apabila hadek bulatan gembira sendiri sudah mampu menghantar mesej berbunyi sebegini:

"Salam [Inche gabbana], dlm bnyk2 uni kt uk, mna yg bole senang access utk [bulatan gembira]?"

Terasa mahu mengalirkan air mata sujud pembebasan bukan..? Dalam kes ini bagaimana mahu berfastabiqul khairat dengan hadek bulatan gembira sendiri ya..? Hmmmm..

"Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya.."
[al-Hadid, 57:21]


-gabbana-

Akan ke Kuantan pada esok untuk jaulah bersama ikhwah. Sedikit teruja. Tetapi risau juga memandangkan kesihatan diri yang belum pulih sepenuhnya.

Doakan keselamatan saya. Doakan yang terbaik untuk saya, biidznillah..

14 Caci Maki Puji Muji:

Bukan Enonimus 27/05/2011, 18:15  

Salam alayk, inche Gabbana.

Sudah lama saya tidak berkeliaran di sini kerana ketiadaan internet.

incha Gabbana sakit? Syafakallah ya akhi.. Saya tak tahu pun :(

Kuat cemburu? Nampaknya kita serupa. Saya juga agak kurang sabar + kuat merajuk (tp dgn org2 tertentu shj)

Btw, saya dah jumpa inche Waqi, bila plak eh saya nak jumpa anda?

Hehe~

Selamat berjaulah, hafizokumullah

^_^

MYT 27/05/2011, 18:16  

Ala bro, rupa x penting pun...yang penting akhlak...jgn cemburu2 tgok org hensem...hehe...*pdhl sendiri pun slalu jeles...=P*

nyway, semoga cepat sembuh dan selamat sepanjang perjalanan...;)
Sihat atau sakit, dakwah kena dteruskan...Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan...InsyaAllah...=D

Anonymous 28/05/2011, 03:43  

*sumpah cemburu dgn encik gabbana*

ada la orang dia. :) 29/05/2011, 10:38  

I suggest Cambridge. ;D

Anonymous 30/05/2011, 07:23  

klo bukan kerana cemburu,saya tak kan berasa pada posisi di mana saya berada sekarang.
care to share kisah jaulah ke kuantan?smg bermanfaat kpd semua.

Inche gabbana 31/05/2011, 09:15  

bukan enonimus: oooo.. patutlah dah lama tak 'jumpa' anda.. ;)

alhamdulillah, dah semakin sihat dah skang ni. batuk2 sket je.

oh, anda pergi juga prog dikuang itu..? IAllah ada rezeki kita akan berjumpa nnt.. ^^

Inche gabbana 31/05/2011, 09:21  

MYT: hahaha.. ni kes cakap tak serupa bikin ni! ;p

btol, mmg siapa kita di sisi Allah jauh lebih utama. tp susah nak yakinkan diri sendiri ngan hakikat tu. uhhmm..

Bersama kesulitan ada kemudahan, bersama kesulitan ada kemudahan. iAllah.. ;)

Inche gabbana 31/05/2011, 09:21  

enonimus I: aik..? kenapa..? takde apa yg nak dicemburukan pon... ^^

Inche gabbana 31/05/2011, 09:21  

ada la org dia. :) a.k.a. Isky: hahaha.. not a chance..! xp

Inche gabbana 31/05/2011, 09:22  

enonimus II: uish, mcm menarik je statement tu. apa maksud anda..?

uhm, takde apa sgt pon nak dikongsikan pasal jaulah ke kuantan. hohoho...

Anonymous 07/06/2011, 11:28  

Ada banner lagi dpn pintu pagar STAR ttg dapat masuk final bahas tu. Ingatkan every year dapat masuk final, rupanya setelah sekian lama baru dapat masuk. congrats STAR!

Inche gabbana 01/07/2011, 09:15  

sbg wakil budak2 sekolah bintag, saya ucapkan terima kasih. hihihi.. ;)

Anonymous 14/04/2012, 02:08  

assalamualaikum,
jazakallah atas peringatan yg diberikan,
ana ada satu persoalan, ana ada msalah yg begitu besar, ana ada sifat hasad, ana cuba nak buat ke'hasad'an ana, tp it seems to fail.. ana stress kenapa anak selalu hasad atas kelebihan org lain.. bantu ana..

n one more thing ana rasa jealous bila tgk org lain khusyuk beribadah sbb ana rasa macam Allah milik ana sorang.. ana tahu sifat ni tak elok. ana rasa masalah nih dah meruncing, bila dalam sitting, kami diminta memberikan ayat yg paling kami suka, subhanallah ayat2 yg menyentuh sahabat2 ana adalah ayat2 yg juga menyentuh ana.. menyedari perasaan ana terhadap Allah turut dirasai oleh sahabat lain, ana terdiam.. kenapa ana cemburu, padahal bukankah itu berita baik bila sahabat ana turut mencintai Allah.. ana stress dgn sikap ana..bantu ana

Inche gabbana 16/04/2012, 17:33  

enonimus: seriyes juga masalah anda ni. huhu..

cuba tanya diri anda, mengapa anda perlu hasad pada diri mereka..? Adakah mereka menyusahkan anda..? adakah apabila amalan mereka lbih daripada anda, itu bermakna amalan anda pula yg berkurangan..?

cuba tanya pula, adakah anda suka sekiranya anda mengetahui yg rakan-rakan anda hasad pada anda? rakan2 bulatan gembira anda sendiri dengki dan mahu menghilangkan nikmat yg ada pada diri anda..?

apa perasaan anda agaknya..?

ketahuilah, perasaan hasad dan dengki tu datangnya daripada syaitonirojim. kerana perasaan yg sama (tambah ego) lah yg menyebabkan dia dihalau dr sorga!

dan kini dia juga mahu melihat perkara yang sama berlaku pada manusia, kerana dia mahu ada teman di neraka nnt. na'udzubillah.. adakah anda mahu membiarkan syaitan menguasai diri anda..??

bykkan bermuhasabah dan beristighfar. setiap kali perasaan hasad tu dtg, tarik nafas dalam2 dan fikir, itu syaitan yg sdg menyerang anda. bykkan berwudhu' kerana wudhu' membersihkan hati dan menenangkan jiwa.

allahu a'lam. moga bermanfaat. sy benar2 mendoakan agar anda akan jumpa jalan keluar kpd permasalahan ini...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP