Kebetulan..? Bahasa Argentinakah Itu?
[Artikel ini ditulis khas buat Saudara 'Bukan Enonimus.' Moga segala persoalan yang mengusut minda dapat dirungkaikan. ;)]
"Fulamaweh, kebetulan time aku lalu, semua traffic light hijau! Terbaekkk ah.."
"Fulamaweh, kebetulan time aku lalu, semua traffic light hijau! Terbaekkk ah.."
"Ya Allah Sarah..! Lamanya kita tak berjumpa...! Kebetulan la pulak kita bertemu kat sini..!"
"Boss, kebetulan pulak hari ni isteri saya demam la. So saya tak dapat nak join meeting tu.."
"Aiseh, hujan la pulak. Kebetulan hari ni aku teringat nak bawak baju hujan. Seb baik.."
Uhm. Uhm.
Kebetulan..? Coincident..? Ada ke konsep tu dalam hidup kita sebenarnya eh..?
Tiada. Fulsetop.
-gabbana-
Eh eh, belum habis lagi..! Wahahaha.. Seronok kan dapat usik orang camni..? Jelir lidah sambil buat muka comel.
Ok, kembali kepada tema asal post ini ditulis; ada ke konsep kebetulan di dalam hidup ni?
Jawapan mudahnya tiada. Fulsetop ok tengs bai. Tapi takkanlah Inche gabbana nak bagi anda semua terpinga-pinga dan garu kepala yang tak gatal tu kan..? Jangan risau, saya tidaklah sezalim itu..!
Jawapan mudahnya tiada. Fulsetop ok tengs bai. Tapi takkanlah Inche gabbana nak bagi anda semua terpinga-pinga dan garu kepala yang tak gatal tu kan..? Jangan risau, saya tidaklah sezalim itu..!
Baiklah. Begini. Jawapannya terletak pada aspek yang terpenting dalam keIslaman seseorang itu; aqidah. Sekiranya aqidah kita benar-benar sejahtera, pastinya kita tahu yang konsep kebetulan itu salah dan mengelirukan.
Di dalam al-Quran, terdapat begitu banyak firman Allah SWT yang menyatakan bahawa Dia adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui, Maha Halus dan Maha Bijaksana. Setiap perbendaharaan di dunia ini adalah di bawah kekuasaanNya yang Maha Esa. Setiap perkara yang terjadi adalah di bawah pengetahuanNya dan yang lebih utama, perancanganNya.
"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)."
[al-An'am, 6:59]
Takkanlah Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui itu membiarkan sesuatu itu berlaku tanpa izin dan pengetahuanNya..? Takkanlah kebetulan sahaja lampu isyarat tiba-tiba semuanya hijau ketika kita sudah lewat untuk ke tempat kerja? Takkanlah kebetulan kawan kita teringat untuk membayar hutangnya yang sudah lama tertunggak ketika kita sedang betul-betul sengkek? Takkanlah kebetulan pensyarah kita mengambil cuti sakit tatkala kita gagal menyiapkan esainmen yang telah diberikan..? Walaweh.
"Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
[al-Insaan, 76:30]
"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."
[al-Hadid, 57:22]
Pernah tak anda terfikir mengapa ayat Quran ada 6,236 ayat dan bukannya 6,150 ke, 6,432 ke...? (Perhatian. Al-Quran ada 6,666 ayat adalah suatu dongengan semata. Kalau tak percaya boleh amik kalkulator dan hitung sendiri. Wah!)
Pernah tak anda terfikir mengapa sehari ada dua puluh empat jam, tepat-tepat dua puluh empat jam. Mengapa tak dua puluh empat jam lima belas minit empat puluh satu saat..?
Pernah tak terfikir mengapa ada negara yang selalu ditimpa bencana dan ada negara yang aman sepanjang masa? Eh mengapa Malaysia tiada musim sejuk sekali sekala teringin juga untuk buat orang salji gemuk-gemuk itu!
Mengapa..? Mengapa..? Dan mengapa agaknya...?
Mengapa..? Mengapa..? Dan mengapa agaknya...?
"Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmuNya benar-benar meliputi segala sesuatu."
[at-Talaq, 65:12]
Pernah tak terlintas di hati kita yang mengapa aku dilahirkan dalam keluarga sebegini dan sebegitu? Mengapa orang lain senang dan aku susah? Aduhai malangnya nasibku. Pernah tak?
Pernah tak terdetik di dalam hati kita yang kita keliru, tidak faham dengan apa-apa yang berlaku kepada kita. Amat sukar untuk kita mencari hikmah di sebaliknya. Pernah tak..?
Pernah tak hati kita tergetus mengatakan yang kalaulah aku begini, jika aku begitu, sekiranya aku macam ni dan if only aku macam tu? Pernah tak..?
"Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmuNya."
[Thaha, 20:110]
Ketahuilah, tidak ada kebetulan pada setiap titisan hujan yang turun. Tidak ada kebetulan anda dilahirkan sebagai seorang Melayu Muslim di Malaysia. Bukan kebetulan anda dilahirkan sebagai seorang lelaki. Bukan kebetulan anda ke sekolah asrama yang semuanya kanak-kanak perempuan. Tiada kebetulan pada pagi ini anda ke mamak belakang rumah untuk menikmati roti canai walaupon anda tidak merancangnya. Malah tiada kebetulan pada setiap kelipan mata anda, setiap saat dan ketika..! Walaweh..!
Terbaru, adik-adik yang baru mengambil keputusan SPM, mungkin ada yang kecewa dengan keputusan yang diperoleh. Dirasakan usaha 148% telah diberikan sewaktu peperiksaan dahulu. Air zam-zam dah minum, kismis minda dah makan, air penerang hati Ustaz Fuh Kiri Fuh kanan dah minum.. Berjaga malam semata-mata untuk menelaah pelajaran. Semua soala-soalan latihan dan peperiksaan terdahulu telah dibuat. Kiranya anda rasakan anda sudah cukup bersedia. Tetapi mengapa keputusan masih tidak seperti yang dijangkakan..??
Terbaru, adik-adik yang baru mengambil keputusan SPM, mungkin ada yang kecewa dengan keputusan yang diperoleh. Dirasakan usaha 148% telah diberikan sewaktu peperiksaan dahulu. Air zam-zam dah minum, kismis minda dah makan, air penerang hati Ustaz Fuh Kiri Fuh kanan dah minum.. Berjaga malam semata-mata untuk menelaah pelajaran. Semua soala-soalan latihan dan peperiksaan terdahulu telah dibuat. Kiranya anda rasakan anda sudah cukup bersedia. Tetapi mengapa keputusan masih tidak seperti yang dijangkakan..??
Adik-adik saya, ketahuilah;
"Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal."
[at-Taubah, 9:51]
Betul betul. Saya amat faham. Amat senang untuk orang seperti saya berkata-kata, kerana berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Cewah nak berseloka sastera prosa klasik pula Inche gabbana ni! Bak kata omputih, easier said than done. Nak cakap senang la kan, nak buat, nak menanggungnya..? Susah susah.
Tapi itulah mujahadah namanya. Dan pastinya Allah meletakkan ujian itu sesuai dengan kemampuan dan kekuatan yang ada pada anda. Nak katanya, anda sebenarnya terpilih oleh Allah untuk menghadapi ujian tersebut kerana Dia tahu anda mampu menghadapinya...!
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
[al-Baqarah, 2:286]
(Ha ni satu lagi kes. Orang selalu salah faham dan salah konsep dengan ayat ni. Selalu guna alasan 'La yukallifullahu nafsan illa wusa'ha..' untuk memberi ekskius yang dia tak mampu nak tanggung sesuatu beban atau tugasan sebab Allah tu tak kejam so tak akan bebankan seseorang tu..! Hadoilamak. Bukan camtu la abang oii..!)
Apa-apa jalan, kembali kepada tema perbincangan kita yang tiada konsep kebetulan mahupun koinsiden di dalam kehidupan ini. Bagaimana..? Anda sudah mampu menghadamnya..?
Eh tapi awas..! Sila jangan salah konsep dan silap faham atau tidak saya akan cubit perut anda yang buncit itu..! Wahahaha..
Anda tidak bolehlah berkata atau berfahaman begini pula:
"Kalau macam tu, oklah aku berzina sebab tiada kebetulan dan pastinya itu yang terbaik untuk aku!"
Pengsan.
"La, kalau macam tu tak payahlah berusaha nak kerja belajar sume. Susah-susah nak buat apa..? Dah kalau semua tu berlaku dengan izin Allah, mestilah Allah nak aku hidup susah macam ni! Alhamdulillah.."
Pitam.
"Eh kalau macam tu Allah tu zalim la kan..? Sebab dia biarkan je orang Islam tu dilanyak dan ditindas oleh orang-orang kafir..? Dah la pulak, orang-orang kafir ni kaya, maju dan suskses..! How now brown cow..??"
Sawan mulut berbuih.
Eh eh! Jangan jadi jabbariyah tahu..?? Takdir Allah itu tidak menyalahi fitrah manusia yang perlu berusaha dan ada kuasa untuk menentukan hala tuju hidupnya!
Eh eh! Jangan jadi jabbariyah tahu..?? Takdir Allah itu tidak menyalahi fitrah manusia yang perlu berusaha dan ada kuasa untuk menentukan hala tuju hidupnya!
Kita wajib berusaha untuk mencari sesuap nasi, tetapi seandainya berlaku sesuatu di pertengahan jalan, itu maknanya Allah tidak mengizinkan! Contohnya, kita sudah mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk menjadi seorang pemandu yang berhemah di jalan raya, tetapi sekiranya kita ditakdirkan juga untuk kemalangan, nak buat macam mana..??
Mesej untuk anda bawa balik ke rumah; tiada konsep kebetulan di dalam hidup ini. Semuanya yang berlaku di sekeliling kita adalah di bawah perancangan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Mengapa ia berlaku? Mengapa begini dan begitu? Allahu ta'ala a'lam. Jangan pening-peningkan kepala hotak kita untuk memikirkan sesuatu yang tidak menambahkan amal mahupun iman. (Eh tetapi sekiranya perlu untuk kita fikir untuk memantopkan aqidah kita, maka wajib untuk kita faham sefaham-fahamnya tahu..??)
Dan Allah itu tidak zalim, tidak pernah zalim dan tidak akan berlaku zalim dengan kita. Setiap yang berlaku itu BUKAN KEBETULAN dan Insha-Allah, itulah yang terbaik untuk kita..! Yakinlah..!
Dan Allah itu tidak zalim, tidak pernah zalim dan tidak akan berlaku zalim dengan kita. Setiap yang berlaku itu BUKAN KEBETULAN dan Insha-Allah, itulah yang terbaik untuk kita..! Yakinlah..!
"Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri."
[Yunus, 10:44]
Teruskan berusaha dan bermujahadah! Kerana sekiranya kita yakin tiadanya konsep kebetulan di dalam hidup ini dan semua yang berlaku itu ada sebab musababnya (dan lebih penting, setiap perkara yang berlaku itu adalah yang terbaik untuk kita), kita pasti akan mengetuai hidup yang gembira (Baca: Lead a happy life)..! Hidup kita akan lebih bermakna dan penuh dengan keriangan..! Wahahaha.. Eh.
Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhamu, maka pasti kamu akan menemuiNya.
[al-Inshiqaq, 84:6]
[Kredit Gambar] |
Nah, Allah telah pun memberikan tips-tipsnya secara percuma bagaimana mahu berjaya dengan cemerlangnya di dalam hidup ini. Apa yang kita tunggu lagi...??
Ingat! Tiada kebetulan di dalam hidup ini tahu...?? Senyum sambil kenyit mata belah kiri.
-gabbana-
Secara jujurnya saya amat takut dan tidak gemar menulis tentang qada' dan qadar (atau takdir Allah) kerana isu ini boleh jadi amat kompleks dan mengelirukan, espeseli untuk mereka yang mungkin masih baru untuk belajar (Saya pon masih setahun jagung juga, takdelah lama mana belajar pon.. Hohoho..). Tapi tidak mengapalah, saya harap perkongsian ini akan memberi manfaat kepada anda yang membacanya, biidznillah. Kalau ada apa-apa yang tidak jelas dan kurang faham, jangan segan-segan untuk bertanya ya..?? ;)
Untuk rujukan dan bacaan lanjut, boleh baca di sini. Allahu a'lam...
29 Caci Maki Puji Muji:
terima kasih
Salam, Abg Adam..
Betul gak, kadang2 sy pun selalu gune istilah KEBETULAN ni..
Dah kire sebagai alasan bila sesuatu perkara tu berlaku..
:)
Salam,
terima kasih Inche Gabbana kerana bersusah-payah memerah otak untuk entry ni.
Tak tahu nak comment pe.
Al-Fahmu banyak lagi tak settle lagi nih.
TT__TT
Walaupun saya tak amik result SPM, tapi point tu kena jugak pada saya yg kecewa selepas keluar dari dewan peperiksaan tadi T__T
ps : awal-awal baca memang kecewa, sebab ingatkan dah habes. trick inche Gabbana memang menjadi ;P
haha saya pun ingatkan dah habis.pelik sekejap sebab jarang entry inche gabbana pendek hoho
jzzk :)
apsal rasa nk nanes jerk baca entry ni??? T.T
subhanallah~
trimas inche gabanna
btw, klo kita nk tnya pape soklan...kt mna nk anta?
tq :)
nicely written, with all the tips..
antara tawakkal dan tawakkul terhadap takdir-Nya..
baru2 ni saya ada cakap dgn kawan saya (juga ingatan diri sendiri) takde istilah kebetulan dalam hidup. (dan kemunculan entri ini pun bukan kebetulan). terima kasih inche gabbana :)
enonimus: sama-sama. =)
adol ihsan: maka mulai hari ini kena ubahlah habit tu! ;) sebab secara sedar atau tak, bila kita sebut kebetulan, kita telah menidakkan kekuasaan Allah! :O
moga allah jauhkan kita dari syirik2 kecil camni.. huhu..
bukan enonimus: barakallahu fik. =) my utmost pleasure pon.
setiap kali saya menulis dan berkongsi, sebenarnya sy yg dapat lagi byk manfaat. hohoho...
ahaha.. bese ah tu. kita ni mmg mudah terlupa. tp mmg kna tanam dalam kepala ah, setiap benda yg berlaku kat kita, itulah yg terbaik ntok kita, IAllah.. =)
payung kecil: erk.. saya tak sure tu compliment atau sarcasm. heheh..
barakallahu fik. moga bermanfaat biidznillah.. ;)
eiffel: sila sila nanges, takde sapa nampak... ;p
sama-sama, no worries.
uhm, boleh je komen kat mana2 post, atau kalau nak tanya secara personal, boleh email saya di:
dolcegabbana08@gmail.com
=)
SN: aik? pendeknya je komen kali ni..? hehe..
welcome! =)
Mar: semuanya tu dari Allah jua Alhamdulillah.. ^^
N: Walaweh...! Itu satu kebetulan tu..! ;p
Teringat satu scene dalam cite Kung Fu Panda, ada tok guru (x ingat nama character) tu cakap:
"There's no accident"
Betul jugak eh apa yg tok guru tu cakap :)
inche gabbana..x t'ingin tls buku ke? ;)
- O Allah, please let us beneficial to others with my deeds & words.ameen -
- O Allah, please let us beneficial to others with our deeds & words.ameen -
*typo..hoho
syariful bahri a.k.a. bukan enonimus a.k.a. shinichi: hahahaha.. tahukah anda dalam kungfu panda ada banyak unsur2 tarbiyyah..? saya syak mereka yg menghasilkan kartun itu adalah ikhwah akhawat..! hehehe..
itachi: teringin, teringin sgt..! tp tak taula ada kemampuan dan kekuatan ke tak..
oh jzkk atas doa itu..! ;)
p/s: sapa sasuke?
alamak, inche gabbana dah kantoikan identiti bukan enonimus..
(tak sangka plak jadi camni) =.="
erm, saya perasan pasal unsur tarbiyyah dalam kung fu panda tu, exspecially bab mencari master of dragon..
tapi tak terfikir plak kalau ikhwah au akhwat yg tulis..
oo..dah b'cita2 rupanya. all the best:)semoga Dia mudahkan
-abaikan sasuke itu.haha
syariful bahri: oooppps. sorry.... =/
err.. anda betul2 igt saya seriyes ke bila ckp ikhwah/akhawat yg tulis Kungfu Panda tu..?
itachi: biidznillah.. jzkk..! ;)
tentulah tak =.="
saya tahu anda bergurau
trimas kongsi info yang bermanfaat :)
mengenai SPM memang terasa sedikit..hehehe..masa dapat result terdetik dlam hati kalau usaha lebih sikit ni mesti dapat a lurus . tapi saya percaya ini yg terbaik untuk saya.Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba-Nya kan?
nushin: ya betoolll...!! ;)
yakinlah, dan allah akan tunjukkan jalan yg lurus lagi bercahaya. bukankah allah itu maha pengasih dan penyayang..?? yakinlah..! xD
i cry when i read this. now i know the answer and it's really help me to open my eyes. thanks to you :)
Post a Comment