23 May 2011

Seorang Itu Loser, Dua Itu Boleh Tahanlah, Tiga Lebih Baik Tapi Lebih Ramai Lebih Meriahlah!

[Kredit]

Satu perkara yang saya cukup pantang dan melemahkan diri saya adalah apabila saya ke surau-surau yang disediakan di pusat beli-belah berseorangan lewat daripada waktu solat yang sebenar. Mengapa? Kerana terlalu amat sukar untuk mencari orang yang sudi solat bersama-sama.

Saya pon tidak faham mengapa. Ramai je orang yang nak bersolat. Itu sudah bagus. Tetapi yang hampagas cap Dyson-nya adalah, mereka lebih gemar untuk bersolat berseorangan. Seusai berwudhu, tup-tup, mereka terus sahaja mendirikan solat mereka. Aduh, rugi-rugi. 

Kadang-kadang tu saya memberanikan diri, tunggu sebentar mencari orang yang dirasakan sesuai dan terus mengajaknya untuk solat berjemaah bersama-sama. Selalunya ok, tiada masalah. Cuma yang menghampakan saya adalah majoriti daripada mereka ini, sekiranya tidak diajak oleh saya, pasti mereka akan solat berseorangan. Spesis seperti saya ni sudah hampir pupus agaknya!

Sila jangan salah faham jika tidak saya cubit perut sampai lebam. Saya bukan hendak membanggakan diri. Malah tiada apa yang hendak dibanggakan pon kerana saya rasakan ini adalah perkara yang terlalu asas! Dua puluh tujuh kali ganda yang sudah kompem sekompem-kompemnya dapat, dengan sekali ganda yang belum tentu lagi kompem dapat markah penuh, anda mahu pilih yang mana..?

"Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)."
[Hadith riwayat Bukhari dan Muslim]

Saya rasa kalau soalan itu ditanya kepada orang kafir pon mereka tahu nak pilih yang mana. Oooopppss. Kasar ke..? Maaf ya, kerana minda saya memang tak boleh terima hakikat yang lebih ramai yang memilih untuk solat berseorangan. 

Dan anda tahu apa yang lebih menensikan saya..? Apabila sudah ada jemaah yang sedang bersolat, masih ada yang mahu solat bersendirian..! La hawla quwwata illa billah... Spesis ini memang saya langsung tak boleh faham..! Yang lebih menakutkan, kelihatannya spesis ini semakin bercambah dan berkembang biak..! Apa jijik sangat ke nak solat berjemaah ni..?? Kalau solat berjemaah, anda kena serangan angin ahmar there and then ke...??

Tentang solat berjemaah, seorang rakan ada pengalaman yang lucu tetapi cukup membuatkan minda waras anda menjadi gila. Suatu ketika dia berhenti di salah sebuah R&R untuk solat. Seperti biasa, situasi yang sama saya ceritakan di awal post ini berlaku; ramai orang yang bersolat tetapi semuanya solat bersendirian. Jadi rakan ini mengajak la seorang pakcik untuk solat bersama. Anda tahu apa kata pakcik itu?

"Eh kita dua orang je ni, tak cukup ni nak solat berjemaah!"

Rakan saya tadi menjadi sedikit pelik dengan kenyataan pakcik itu. Lantas dia menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil memerhatikan sekelilingnya. Tak cukup..? Apa yang tak cukupnya? Tatkala matanya jatuh semula kepada pakcik tadi, dia menyaksikan satu peristiwa yang cukup Ripley's Believe It Or Not. Pakcik itu sedang solat bersendirian..! Fulamaweh. Ada kemungkinan besar pakcik itu pernah bekerja dengan racangan realiti Wakenabeb atau apa-apa yang seangkatan dengannya.

Bagaimana..? Cukup menggaru minda bukan..? Yang lebih menyadiskan, saya rasa pakcik itu tidak keseorangan. Saya yakin ramai lagi yang sebijik sebijon perangainya dengan pakcik itu. Salah pakcik itukah..? Saya tak rasa silapnya seratus peratus. Saya yakin dia adalah salah seorang daripada ribuan, mungkin jutaan mangsa keadaan.

Ketika di UK dahulu keadaannya cukup berbeza. Cukup mudah untuk solat berjemaah. Walaupon anda lambat daripada waktu masuk solat, tetapi tidak sukar untuk anda mencari geng untuk solat bersama-sama anda. Saya tidak risaulah kalau terlewat untuk menyertai jemaah pertama atau kedua, kerana pasti ada jemaah ketiga, keempat, kelima dan sila isi tempat kosong diri sendiri kerana saya tiada kuasa untuk menaipnya untuk anda! Wahahaha..

Kerana itu juga, sekiranya saya ke surau-surau di pusat beli-belah di Malaysia ini, selalunya mata saya akan meliar mencari pak-pak Arab atau Somalia atau yang serupa dengannya, kerana mengajak mereka untuk solat berjemaah jauh lebih mudah dan perasaannya juga tidaklah sepelik mengajak manusia sebangsa sendiri. Bila tiada golongan ini, kadang-kadang amat sukar untuk mencari orang untuk solat bersama. Tindakan terakhir yang sungguh desperado? Melantik seorang imam yang sedang solat bersendirian. Habis cerita. Hohoho..

Mungkin salah saya sendiri yang 'segan' dan malu-malu kucing, tidak bersungguh dalam mencari rakan regu solat. Malah terus membuat penghakiman yang mereka ini tidak gemar untuk solat berjemaah. Um um. Mungkin di lain kali saya perlu menebalkan muka yang sudah sedia tebal dengan Mak Cik Lubang dan Kakak Jururawat ini untuk mengajak mereka solat bersama, kerana tiada siapa yang rugi dalam hal ini bukan..??

Sebenarnya begitu banyak ibrah dan hikmah yang terkandung di dalam solat berjemaah. Jangan hanya berhenti pada ganjaran dua puluh tujuh kali ganda itu, tetapi lihatlah solat berjemaah dengan pandangan mata yang menaiki helikopter. Pasti anda akan melihat betapa besar, best, kool, bergaya dan kedabomnya hikmah yang terkandung di dalam solat berjemaah! Maka tidak hairanlah begitu banyak ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith yang menekankan peri pentingnya solat berjemaah ni. Takkanlah Allah dan ar-Rasul SAW saja-saja je nak cakap pasal solat berjemaah jika ia tidak penting bukan..??

Saya tidak berhajat untuk membincangkan dengan panjang lebar khasiat dan fadhilat solat berjemaah. Cuma ada satu aspek daripada solat berjemaah yang suka untuk saya sentuh dengan ringkas yakni amal jamai'e. Tahukah anda solat berjemaah itu sebenarnya melatih diri kita untuk beramal jamai'e di dalam urusan kehidupan yang lain? Apa..?? Anda tak tahu..? Ish ish ish. Geleng kepala sambil tertunduk dan senyum jahat. Hihihi..

Takpe takpe. Jangan khuatir. Kalau anda tak tahu, meh sini saya bagitahu! Ya, solat berjemaah itu memang platform yang sungguh kachak untuk melatih diri kita beramal jamai'e di dalam hal-hal yang lain juga..! Ha, sekarang dah tahu bukan..?? Wahahaha..

Ok, kepala saya masuk air. Tetapi betullah, solat berjemaah itu sememangnya cukup vital dalam melatih diri kita beramalan jamai'e. Dengan disiplin di dalam solatnya, kepatuhan kepada imam, berlapang dada, suci niat, berdiri tegak dan sebagainya, semua itu sebenarnya menyumbang ke arah mengamalkan amalan berjemaah di dalam konteks yang lebih besar.

Tetapi malangnya, kita hanya berdisiplin, bersungguh dan beriltizam di dalam berjemaah ketika solat sahaja (Itu pon kalau solat berjemaah la kan..? Dan itu pon kalau solat la kan..? Gelak Santa Klaus sambil mengalirkan air mata). Ketika di waktu-waktu lain, mana perginya semangat untuk berjemaah itu..??

Dan dalam memperkatakan tentang berjemaah dan beramal jamai'e, pastinya tidak lari daripada menyentuh soal dakwah dan tarbiyyah secara berjemaah. Ramai daripada kita (Insha-Allah.. Et lis pembaca tegar belog inilah..) yang sedar dan yakin kepentingan atau kewajipan untuk melaksanakan tugas dakwah. Kepada anda yang sudah sedar dan yakin, syabas dan tahniah diucapkan sila tepuk bahu anda diri sendiri hey! Kepada anda yang masih belum sedar dan yakin, meh sini sebaldi air saya nak curah di muka anda..! Wahahaha.. Eh.

Tetapi di kalangan anda yang sedar ini, berapa ramai pula yang benar-benar yakin dan faham bahawa dakwah dan tarbiyyah itu tidak boleh dilaksanakan secara solo dan bersendirian..? Hatta anda yang sudah yakin sekali pon, berapa ramai di kalangan anda yang beriltizam dan beriman dengannya...?? Sila tepuk dada anda kuat-kuat sekarang dan tanya iman anda, tapi kalau anda pengsan atau jatuh sakit sebab tepuk kuat sangat, Inche gabbana tidak bertanggungjawab.

Eh, kalau benarlah dakwah dan tarbiyyah itu boleh dilaksanakan secara berseorangan, sudah pasti Nabi SAW dahulu, sebaik sahaja dia selesai berdakwah kepada seorang-seorang sahabat, baginda akan berkata,

"Ok sekarang ni anda pergi duduk di masjid dan baca Quran dan berzikir sahaja ya..? Saya nak pergi berdakwah kat orang lain pulak. Eh takpe-takpe, takyah susah-susah, saya boleh buat sorang-sorang."

Ada ke..? Pernah baca ke sirah versi sebegitu..? Tidak pernah bukan..? Nabi SAW tahu, faham dan yakin yang sekiranya panji Islam itu dibebankan pada bahunya seorang sahaja, nescaya baginda tidak mampu untuk melakukannya. Kerana itulah dia berusaha untuk mengumpulkan para sahabatnya yang Super Saiya untuk membantunya menyebarkan risalah Allah! Kerana dakwah dan tarbiyyah itu tidak mungkin dapat dilaksanakan secara berseorangan. Tidak mungkin..!

Anda harus ingat, Islam itu bukan agama ajaib! Ramainya umat Islam pada hari ini tidak terjadi dengan tiba-tiba. Tertegaknya ustadziyatul a'lam suatu ketika dahulu bukan berlaku dalam sesaat cuma. Ia dimulakan oleh seorang, disambung oleh para sahabat dan kemudiannya diserahkan pula tanggungjawab dakwah ini kepada para pejuang dakwah, yang kemudiannya menyambung pula mata-mata rantai ini. Tergamakkah kita untuk menjadi mereka yang memutuskan mata-mata rantai suci dan agung ini, dengan melanggar sunnah berdakwah secara berjemaah...??

Betapa cintanya Allah kepada para pejuang dakwah yang bergerak di dalam suatu jemaah, sehingga dinukilkan dan diabadikan di dalam kitab suciNya, di dalam surah as-Saff:
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang di jalanNya di dalam saff yang tersusun; mereka seakan-akan sebuah bangunan yang tersusun kukuh!"
[as-Saff, 61:4]


Allahu Akbar!

Peliknya manusia ini, bilamana dia hendak belajar, atau bermain bola, atau bekerja, atau bermain DOTA, dia bisa berjemaah. Malah aktiviti tersebut tidak dapat dilakukan sekiranya korum tidak mencukupi. Tetapi untuk perkara yang jauh lebih utama hatta daripada nyawa sendiri sekalipon, ke mana perginya semangat dan iltizam untuk berjemaah itu..?? Mengapa kita begitu sukar untuk beramal jamai'e sedangkan kita tahu itu yang terbaik untuk kita? Mengapa kita begitu pentingkan diri dengan merasakan berjemaah itu menyusahkan kerana terlalu banyak pihak yang terlibat maka lebih baik kita bersendiri..?


Uik. Time nak main bola reti pulak nak berjemaah kan..? Tapi kenapa bila nak berdakwah tak reti-reti..? [Kredit]

Peliknya saya terhadap orang yang merasakan mereka boleh berdakwah dan mentarbiyah seorang diri samalah seperti peliknya saya kepada mereka yang memilih untuk solat bersendirian.

Dan lebih pelik apabila jahiliyyah, taghut dan musuh-musuh Islam sedang bekerja keras, penuh strategi dan juga bekerjasama sesama mereka untuk menjatuhkan Islam! Adeh. Saban hari mereka bekerja dan berkongsi kepakaran dan pengalaman demi satu niat yang keji lagi hina; jangan biarkan Islam kembali tertegak di muka bumi ini..! Mereka juga berjemaah dalam kerja-kerja mereka. Kita..?? Konon kita hendak mengembalikan semula nur Allah di muka bumi ini, tetapi tindakan kita, kerja-kerja kita dan keputusan yang kita ambil langsung tidak menggambarkan pendirian kita itu! Malu la weyy!

Jemaah mana yang perlu/patut dipilih, itu bukan persoalan yang utama ketika ini. Yang lebih utama, anda mesti mula bekerja untuk Islam di dalam satu organisasi yang bersistematik dan ada strategi dan hala tujunya. It takes two to tango. And no man is an island. Sila ingat tu dan simpan di dalam kepala anda masing-masing. 

Dan kalau anda alergik dengan perkataan jemaah, tiba-tiba kulit terasa gatal atau terasa loya tekak apabila mendengar perkataan itu, gunalah perkataan lain - kumpulan ke, geng ke, persatuan ke - asalkan anda bergerak di dalam satu pasukan. Anda amat zalim sekiranya anda ingat anda mampu berdakwah dan mentarbiyyah berseorangan. Kerana tenaga, usaha dan kepakaran anda itu sewajarnya dapat dimanfaatkan dengan lebih efisien dan efektif.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."
[Ali-Imraan, 3:110]


Ingat! Gerabak dakwah ini akan tetap sampai ke destinasinya, sama ada anda menaikinya atau pon tidak. Gerabak dakwah ini tidak akan menunggu anda yang lambat, culas, ragu-ragu dan mementingkan diri sendiri. Andalah yang rugi, kerana sekiranya anda tertinggal untuk mengejar gerabak dakwah ini, ia tidak akan berpatah kembali untuk anda. Kemenangan itu benar, kemenangan itu akan berlaku. Rugilah anda sekiranya anda tidak menyertai gerabak yang sedang menuju kemenangan ini..!


Shikansen dakwah sedang bergerak dengan lajunya menuju ke destinasi. Sempatkah kita menyertainya...? [Kredit]

Jadi apa yang anda tunggu lagi....?

-gabbana-

Alhamdulillah, feel so much better now, although I haven't fully recovered. Segala sesuatu itu milik Allah and Allah alone. Semoga saya dan anda menjadi hambaNya yang redha kepada segala ketentuanNya.

Ucapan takziah saya kepada keluarga mangsa tanah runtuh di Hulu Langat. Semoga setiap yang berlaku menjadi tazkirah kepada kita semua, biidznillah. Moga mereka yang pergi buat selamanya ditempatkan bersama para kekasihNya, Insha-Allah.

18 Caci Maki Puji Muji:

[Dr Nu@r] 23/05/2011, 09:48  

Ye, memang itulah situasi dan fenomena yang berlaku di Malaysia sekarang. Saya plg geram bila dah ada jemaah, boleh pulak nak solat sendiri2.

Ramai pula yang buat tektik, bila dah berwuduk, pergi solat kat bucu belakang belah kanan. Supaya xde la org tepuk dia jadi imam. heh!

Apalah salahnya solat sama2. Bukan rugi apa2. Untung adalah. Bukannya suruh daki bukit or terjun bangunan :)

Ada juga yg bg alasan, eh, pak cik nak solat jama' ni. Awak solat penuh. Boleh ke? Nampaknya, tugas untuk melatih org solat berjemaah harus digiatkan lagi. Semoga Allah permudahkan usaha kita. Insya-Allah. :)

Unknown 23/05/2011, 17:27  

besrnya pahala berjemaah

almari kayu 23/05/2011, 18:37  

sometimes we use to condemn, or (baik sket) tertanya2 knp la derang x leh nk buat bende yg kte buat...
tp ekceli kte yg x approach n x nak usaha utk paham condition mereka.
based on my experience, (just nak share) i used to wonder kenapa la colleague2 semua x mo solat,dh ajak,dh tunjuk qudwah, x jalan jugak.tp x penah nk tanya kenapa...
lepas setengah tahun baru terkeluar soalan tu, n ada antara alasan yg dberikan adlh x reti baca quran, x sure lafal bacaan betul or salah, leading to malas...
saya rasa terkesima, it was partially my own fault,why hadnt i realized sooner...what had i done in the past 6 mth??
alhmdllh,dgn izin allah, kami kini berbulatan iqra dengan riang rianya, dsamping kelas fardhu ain.dan mereka sangat semangat,sanggupkorbankan masa rehat,lanjut kelas lepas kerja, walaupun usia sdh d pertengahan abad.
dalam beramal jamaie, kadang2 kte masih bersifat selektif.masih ada golongan2 yg blm tersentuh, dan tiada initiation sentuhan dari kte sndr,mgkn ddasari sikap pesimis yg menebal.
hanya sekadar bekongsi kisah zaman kebebalan
wallahu 'alam

toblerone 23/05/2011, 18:37  

jgn tensen awk.. masyarakat Malaysia belum biasa lagi..
mngkin org2 yang faham n bersemangat mcm awk la yang kene start bawa perubahan ni.. :) teruskan berusaha

b4r1n4 23/05/2011, 20:57  

teori skeptikal saya - masing² mahu mengelak menjadi imam.


..sedangkan solat berjemaah pun
saf renggang, bila kita nak rapat dia pulak buat macam tak selesa.*


canner tuh..?



*kisah benar.

adik pakai kikilala 23/05/2011, 21:34  

waa.sgt suka!arigato gozaimas atas pengisian yang maveles wuu!harus meneguhkan pendirian utk solat secara berpasukan.semoga diteguhkan Dia :)

zaman Rasulullah dulu,orang munafik je kan yang lari dari solat berjemaah waktu subuh? (sila perbetulkan statement ini jika salah)

Zulkifli 24/05/2011, 13:48  

Beri mereka peluang, Encik Gabbana. Mereka belum faham sebagaimana anda faham. Jom kita bersangka baik sambil terus mengajak mereka solat berjemaah. :D

Well said on the issue of jemaah.
Apabila kita sudah ada kefahaman bahawa kita wajib mengisi minyak ke dalam kereta-kereta semua manusia, kita perlu memilih stesen minyak mana untuk berkerja, tidak kisahlah Petronas, Shell atau Caltex, asalkan kita boleh berkerja dengan efektif. (eh, faham kah?
Kalau tidak, kefahaman itu tidak akan membuahkan hasil.

Jazakallah! :)

Inche gabbana 24/05/2011, 17:32  

[Dr Nu@r]: anda tidak keseorangan di dalam kegeraman anda itu. Hohoho..

tapi btolla cakap zulkifli, ramai lg yg tak faham kenapa mereka kna solat jemaah sume tu. so tanggungjawab kitalah kan ntok memahamkan mereka..? ;)

apa lagi..?? JOM..!! ^^

Inche gabbana 24/05/2011, 17:33  

ezan idma: yezza! tau takpe. tapi jgn buat2 tau je, kena buat btol2..!! ;D

Inche gabbana 24/05/2011, 17:33  

almari kayu: subhanallah... mcm best gile kot pengalaman anda tu...! Wow!! seriyes kagum...!

cmne nak jadi Super Saiya mcm anda ni..?? Sila kongsi sekian terima kasih!

Inche gabbana 24/05/2011, 17:34  

toblerone: huhuhu.. TT__TT IAllah. ameen ameen ya robbal a'lamin. mekasih ntok semangat dan doa.

Inche gabbana 24/05/2011, 17:35  

bar[garis pjg]ne: hahaha.. penah jadi kat saya juge. masalahnya, kenapa nak elak jadi imam..? sbb takut nak kena baca doa..? bukan payah baca doa pon. sendiri2 je..

tak faham tak faham..

Inche gabbana 24/05/2011, 17:36  

adik pakai kikilala: sama2. tp jgnlah time solat je bersemangat nak berpasukan dgn gigih. time dakwah sume tu jgn lupa tahu..??

haah, kalau tak silap saya juga. sbb org munafik sgt berat nak bgn pagi. hohoho..

Inche gabbana 24/05/2011, 17:41  

zulkifli: TT__TT mekaseh atas teguran.

haha.. faham je analogi tu. tp once dah sedar kepentingan minyak dan sedar kepentingan nak kena jaga enjin kereta, mestilah nak pilih minyak cap yg terbaik kan..? anda faham tak analogi ni..? ;) hihihi..

Zulkifli 24/05/2011, 18:59  

Faham2. Haha. Saya agak berpuas hati dengan jenama yang saya pilih ini, insyaAllah.
But one thing about jemaah, once we are in it, we are a part of it, so the quality of the jemaah is actually our responsibility.
Sudahkah Encik Gabbana memilih jemaah? Mungkinkah kita telah memilih yang sama? :P

almari kayu 24/05/2011, 19:19  

sekiranya super saiya bererti mus'ab dan thufail,saya bahkan jauh dr itu.
saya hanya sebatang logam yang baru ingin menbentuk diri,yang baru mahu bergerak setelah begitu lama ditarbiyah.
i vowed to god dat i want to make up to my wasted years.simply dgn niat itu, waktu pening2 pikir strategi nak 'bukak cawangan' d t4 kerja,buk,allah yang hantar seorang dari mereka menyerah diri kepada sy, dan orang itu yg pergi promote kpd kawan2 lain.
meaning 2 say, semua tu rancangan allah,sy tukang laksanakan saja.
[61:14]
u can do d same, i believe.asalkan nak bukak hati kepada mereka tanpa bezakan taraf,establish hubungan baik ngan colleague,inferiors, berprinsip 'ballighu 'anni walau aayah', n tawakkal kpd allah. d rest is under allah's will.bukankah hidayah itu d tanganNya?
kadang2 kita hanya mampu memikat seorang, tetapi seorang ni yang akan pikatkan orang lain utk kte,especially klo kte org baru dan muda in comparison.as in, saya ni mmg x de keistimewaan langsung,semua allah yang bantu.
ekceli,ini sebuah kisah kelambanan(period of half a year).akibat sikap pesimis dan selektif.yg hebat smua sy kembalikan kpd Dia.

Inche gabbana 26/05/2011, 21:51  

zulkifli: alhamdulillah, saya pon berpuas hati dgn jenama saya.

sgt2 setuju. kitalah jemaah tu, so baik buruk jemaah bergantung pada kita.

i think that goes w/o saying, kalau tak takkanlah anda istiqamah membaca belog ini bukan...? x)

Inche gabbana 26/05/2011, 21:53  

almari kayu: alah anda ni, merendah diri sgtlah..! mmg la semua tu dari allah, tp islam tu bukan agam ajaib tahu..?

kalau tiada org yg mahu memeperjuangkannya, menajdkannya tampak hebat dan membelanya, maka Islam akan kekal lembam dan statikla..!

memandangkan sekarang ni anda sudah 'terjerat', anda kena all-out la kan..? hihihi..

selamat maju jaya! doa saya ntok anda. doakan saya juga..! ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP