24 May 2011

Peluh Besar Menitik-Nitik

Semalam saya ke Bahagian Sumber Manusia opis saya untuk menguruskan sesuatu. Saya terus berjumpa dengan Puan A kerana memang dia yang bertanggungjawab menguruskan perkara yang hendak saya uruskan tu. Eh sedikit berbelit ayat di situ.

Ketika saya menyerahkan borang yang perlu saya isi kepadanya, dia senyum tersipu-sipu. Saya menjadi sedikit pelik. Kemudian dia bertanya kepada saya, 

"Dah dapat dah email akak tu..?"

Email yang mana ni..? Oh, email yang pasal cuti tu kot! 

"Haah, dapat dah."

Dia tersenyum-senyum lagi. Saya menjadi bertambah pelik. Saya mahu mengatakan sesuatu apabila dia membuat isyarat senyap dengan meletakkan jari telunjuknya di bibir. Dia tersenyum-senyum lagi, kali ini dengan tawa kecil. Err.... Email pasal cuti je pon, apa yang nak dirahsiakan sangat ni..?

Kemudian saya beredar pergi kerana urusan sudah selesai. Tapi masih berasa amat pelik dengan kejadian yang berlaku, lantas menggaru kepala saya yang tidak gatal itu. Setibanya saya di meja kerja saya, saya terus membuka email pejabat dan mendapati ada satu email yang belum dibaca yang dihantar oleh Puan A. Eh, bila masa pulak ada email ni..?

Tajuk email: Personal. Gulp. Ini cukup sesuatu. Saya lantas mengklik email tersebut untuk membacanya.

"Hi [Inche gabbana]. Sorry ye, I nak tanya benda personal sikit je. U dah ada steady gf ker? Coz one of my friend had a crush on you. Hehehe..."

Peluh berpeluh-peluh, walaupon tatkala penghawa dingin dipasang pada suhu Kutub Selatan.  


Woah. Saya mencubit-cubit pipi dan perut saya. Kemudian saya menampar-nampar pula pipi saya bagi memastikan saya tidak bermimpi ngeri. Tidak cukup dengan itu, saya menghentak-hentak pula kepala saya ke meja dan kemudiannya menjerit sekuat hati sehingga seluruh opis boleh mendengar jeritan nyaring saya.

Err.

Ok semua tu tak berlaku pon. Saja nak bagi gempaq sikit. Wahahaha.. Tapi memang betullah macam tak percaya dapat email tu. Dan saya tak reply pon. Sebab tak tahu nak reply apa. Antara reply yang terfikir untuk ditulis:

a) Err.. Biar betul kak..? Dia salah orang kot..? Lagi pon 'had' kan..? So kira past tense la kan..? Skang ni dah tak la kot...? Hehehe..

b) Saya takde steady gf ni kak. Tapi hati saya dah dimiliki. Senyum. [Dalam hati cakap "Dah dimiliki oleh Allah, Rasul, dakwah dan hadek-hadek bulatan gembira. Hihihi.."]

c) Uish kak, mana boleh gf-bf ni. Haram..! Bagitau je dia, saya tak berminat.

d) Err.. Sorry kak, saya gay la. Tak layan pompuan. 

Amacam..? Bergaya bukan..? Hohoho.. Secara peribadinya saya paling suka reply (b) sebab (a) macam sengal sikit dan (c) agak kasar di situ. Dan (d), *koff koff* perlu ke saya komen..? Wahahaha.. Entah. Tapi saya memang tak bercadang nak reply la. Cuma, lepas ni kalau ada urusan di Bahagian Sumber Manusia, sudah pasti saya akan berasa pelik, awkward dan tersipu-sipu malu. Weird moment.

Tapi kan, memang cabaran di tempat kerja ni lain. Dulu, sebelum mula bekerja, macam-macam yang sudah didengari. Tapi not until dah rasa sendiri persekitaran dan pengalaman bekerja ni, kita betul-betul boleh faham dan tahu apakah sebenarnya cabaran yang ada di tempat kerja yang boleh mengganggu-gugat core business kita yang sepatutnya yakni dakwah dan tarbiyyah. 

Ada seorang ustaz ni pernah berkata:

"Saya tak akan respek anda selagi mana anda tidak melalui dua jenis dugaan; dugaan bekerja dan dugaan perkahwinan. Kalau masih komited selepas melalui dua-dua dugaan ni, ha, barulah saya tabik spring pada anda!"

Kurang lebih lah. 

Cabaran di tempat kerja, memang halus dan amat marabahaya. Kita akan dipancing dan dicucuk dengan fatamorgana kenaikan pangkat, kenaikan gaji, bonus, pujian bos, pujian pelanggan, pujian rakan sekerja dan sebagainya. Dah kalau hari-hari dan setiap masa dicucuk, dicucuk dan dicucuk lagi, tak mustahillah sesiapa sahaja pon boleh termakan umpan. Once dah tercucuk kail, memang dah tak boleh lari mana dah. 

Belum kira lagi kerja seperti saya ni, yang terlalu amat selalu berjumpa dengan pegawai-pegawai bank yang sanggup menjils-jils (kalau tak faham sila buat-buat faham sekian terima kasih) anda semata-mata untuk mendapatkan projek. Belum lagi dikira pegawai bank berjantina perempuan yang pakaiannya, Masha-Allah, la hawla wala quwwata illa billah. Belum juga dikira soal ikhtilat, bersalaman dengan yang bukan muhrim, melewatkan solat disebabkan mesyuarat, rakan sekerja yang tidak solat dan .... Senarai dosa dan noda di tempat kerja ini terlalu panjang untuk dikatalogkan.

Tik. Tik. Eh, kenapa basah baju saya ni...?

Tidak hairan lah sekiranya ada ikhwah dan akhawat yang tewas, lumpuh dan mengalah dek tidak tertahan dengan mehnah dan dugaan di tempat kerja. Kerana cabaran dan dugaan di tempat kerja sememangnya cukup mengalirkan peluh besar sehari-hari..!


Cabaran di alam pekerjaan memang sungguh menensikan. [Kredit]

Saya kira, itulah caranya Allah menguji para pejuang agamaNya di zaman moden ini. Cara Allah menapis para dua't supaya yang tertinggal hanyalah mereka yang benar-benar serius dalam menjual harta dan nyawanya untuk Islam semata-mata. Yalah, untuk memenangkan dan memperjuangkan agama ini, pastinya Allah akan mempersiapkan tentera-tenteranya dengan persiapan yang benar-benar membina jiwa dan ruh bukan..? Pastinya Allah mahu tentera-tenteranya adalah di kalangan mereka yang benar-benar kuat semangatnya dan mapan jiwanya, tidak gentar menghadapi apa bentuk cabaran dan ujian sekali pon, bukan..?

Tatkala kita gagal menghadiri bulatan gembira kita dek kerja yang bertimbun-timbun, adakah tarbiyyah atau kerjaya yang lebih utama kepada kita ketika itu..?

Ketika kita lambat bersolat dek mesyuarat yang berjela-jela panjangnya, adakah Allah atau memuaskan hati pelanggan atau bos yang lebih utama ketika itu..?

Semasa kita sanggup mengorbankan integriti dan maruah diri dengan bercampur mesra lelaki perempuan atau mengunjungi tempat-tempat yang haram/syubhah semata-mata untuk menjalinkan hubungan erat dengan pelabur atau pelanggan, adakah keredhaan Allah atau kenaikan pangkat yang lebih utama ketika itu..?

Kita sering melaung-laungkan, mencanang-canangkan yang Allah itu ghayah kita, Rasul itu qudwah kita, al-Quran itu perlembagaan kita, jihad itu jalan kita dan mati di jalan Allah itu cita-cita tertinggi kita. Tetapi hakikatnya...? Ptuuuiiihhh. Terasa macam nak ludah pada diri sendiri. Astaghfirullahal adzim....

Semakin basah pulak baju saya ni.

Anda bekerja untuk apa..? Untuk duit? Untuk cabarannya? Untuk keseronokan bekerja? Mengapa tidak untuk Allah..? Kalau saya, at the moment, saya bekerja untuk menghabiskan bond selama lima tahun itu. Hohoho..

Firman Allah di dalam Surah ali-Imraan:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)."
[ali-Imraan, 3:14]

Kesukaan dan keterujaan kita kepada dunia dan seisinya adalah fitrah. Allah campakkan perasaan sedemikian ke dalam hati kita sebagai ujian dan halangan yang perlu dilalui manusia. Kerana hanya mereka yang berjaya melepasinya sahaja, yang tidak meletakkan segala tok nenek hiasan dunia ini di dalam hati mereka, berjaya membuktikan kechentaan dan pengorbanan mereka kepada Allah.

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?"
[ali-Imraan, 3:142]

Ujian perkahwinan..? Saya tidak berani dan tidak berhak untuk mengomen, kerana saya tiada pengalaman. Tetapi daripada apa yang saya dengar, memang amat mencabar keimanan. Kerana itu saya gusar dan gundah apabila berbicara soal perkahwinan. Ya, telinga ini sudah mahu bernanah diasak dengan soalan satu perpuluhan lapan juta itu. Hakikatnya, saya amat takut saya akan tewas tersungkur dengan ujian perkahwinan.

Apa-apa pon, saya amat bersyukur kerana sehingga ke saat ini, saya masih bersemangat dan teruja untuk berbulatan gembira, berkonferens riang dan melakukan aktiviti-aktiviti core business saya yang lain. Saya tidak mengatakan yang saya sudah berjaya melepasi ujian kerjaya, tidak. Sekiranya anda membuat andaian yang saya bermaksud sedemikian rupa, sila ketuk kepala anda sekuat hati sehingga otak anda kembali ke posisinya yang asal. Wihihihi..

Tidak. Tetapi saya amat bersyukur dan gembira, entah mengapa, Allah masih izinkan saya untuk bertatih di atas jalan ini. Sebagai seorang hambaNya yang marhaen, hina dan penuh dengan dosa dan noda, saya berasa amat malu kerana masih dibenarkannya untuk menabur bakti yang sedikit cuma di atas jalan ini. Semoga ini menjadi motivasi kepada saya untuk bekerja dengan lebih kuat dan bersungguh lagi. Semoga Dia menerima segala amalan saya, biidznillah.

Sekadar berkongsi doa yang saya selalu amalkan:

"Ya Allah, menangkanlah agamaMu ini, dan jadikanlah aku di kalangan hambaMu yang memenangkan agamaMu. Matikanlah aku dalam keadaan memenangkan agamaMu. Matikanlah aku dalam keadaan kau redha kepadaKu dan matikanlah aku ketika mati itu baik untukku."

Ameen, ya robbal a'lamin.

Dan sekiranya suatu hari nanti Dia izinkan saya untuk menaiki satu lagi anak tangga amal, saya berdoa agar Dia akan kurniakan saya dengan kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi mehnah dan ujian yang bakal tiba bersamanya. Memikirkannya sahaja hati sudah berdebar-debar. Semoga saya tergolong di kalangan hamba-hambaNya yang tsabat dan istiqamah di atas jalan juang ini, biidznillahi ta'ala. 

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Rabb kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita."
[al-Ahqaf, 46:13]

-gabbana- 

29 Caci Maki Puji Muji:

en gabbana's steady gf 24/05/2011, 12:45  

bukan kita dah janji nak kawen ke?

Merentas Horizon 24/05/2011, 13:52  

semoga encik gabana bertabah hati meneruskan hari hari di tempat kerja.

core business vs side business. setuju, bila dah kerja ni betul² mencabar..

~Investor~ 24/05/2011, 14:04  

reply yang (d) yg x tahan tu...statement makan diri tu..hehe..anyway,satu perkongsian yg menarik =)
kes aku pulak, akak2 cleaner sikit pon x pandang aku...petah lagi gadis2 sumber manusia..haha..

Zulkifli 24/05/2011, 14:07  

Sangat suka dengan penulisan kali ini!!! Jazakallah :D

Allah menapis dari kalangan Bani Israel yang ingin memerangi Jalut dengan banyak tapisan seperti pelantikan Talut sebagai raja, tidak boleh minum air dari sungai kecuali sedikit dan bilangan tentera Jalut yang sangat besar untu mendapatkan Qaedah Sulbah pada zaman itu.
Boleh jadi Allah menguji kita dengan kerjaya, perkahwinan dan lain-lain keindahan dunia untuk menilai siapa antara kita yang layak menjadi QS zaman ini.
Semoga Allah golongkan kita dalam golongan yang istiqamah sehingga akhir nyawa. :I

Inche A-je 24/05/2011, 15:19  

salam

la.. apasal bila nampak tajuk email, tak mark as spam je? wahahaha!! kan dah mandi peluh tak pasal-pasal.

at least, ko emit aura normal di kalangan manusia. jangan jadi mcm aku dulu. dah awal² org label gay, wahahahaha!!! (peluh besar)

tabah ye? bila anda diuji itu tanda..? ^^

Anonymous 24/05/2011, 17:47  

jzkk atas perkongsian. sungguh mengzass
mcamana dgn ikhtilat dlm profession? keperluan bermanis muka dan melunakkan suara (plus senda gurau yg x terlalu over) dengan bos atau colleague atau pelanggan, atau naik kereta berdua dengan driver atau colleague (plus akan duduk d tepi driver due to respect) semasa urusan kerja, dan banyak lagi.
wajarkah ikhtilat diambil ringan atas dasar professionalisme?
maaf,soalan aneh
tq

Anonymous 24/05/2011, 22:29  

semoga terus tabah atas ujian Allah :D

Anonymous 25/05/2011, 00:38  

jwpn (d) tu menarik..hehe...maaf..Apapun, ujian besar tu...jgn terpedaya...smoga terus tsabat! insyaAllah...

Anonymous 25/05/2011, 07:05  

selamat bermujahadah..

Tanda Allah sayang kat Inche tu..



peace

ABC 25/05/2011, 08:03  

in this situation,rasenye inche gabbana understand most, but is it really wise untuk biarkan persoalan tak terjawab?
is it not better to settle it once and for all?
make them understand of who u really are, and ur stand in such situation.sebab di situ ade orang mengharap, dan kasihan dia tak memahami konsep hubungan lawan jenis yang inche gabbana anuti.

Inche gabbana 25/05/2011, 12:10  

my steady gf??? errr... *pandang kiri, pandang kanan* *berjalan pergi buat tak tahu*

aman.

Inche gabbana 25/05/2011, 12:11  

merentas horizon: terima kasih, selamat kepada anda juga.

ni tarbiyyah ntok kita juga. moga kita tak jatuh tersungkur futur. hohoho..

Inche gabbana 25/05/2011, 12:12  

investor: hehehe.. kecoh satu opis nnt kalau guna reply yg (d) tu. kikiki..

xpe, tak penting pon makcik cleaner ke, boss besar ke, nak pandang kita. yg penting allah pandang dan syg pada kita.. ;)

Inche gabbana 25/05/2011, 12:13  

zulkifli: woah, menarik komen anda tu.

tp malu la kan kalau kita tewas dgn ujian2 yg sy kira tak seberapa la nak compara ngan ujian yg dilalui oleh salafus soleh zaman dahulu kala...?

haih... =S

Inche gabbana 25/05/2011, 12:14  

Inche A-je: leh, dah tajuk camtu, sapa yg tak curious kan..?

Erk. @___@ anda dilabel sbg gay...? woah. ada gaya ke...? xp

iAllah. harapnya saya tak tertewas la ngan ujian2 ni, semoga Allah bertambah syg. hohoho..

Inche gabbana 25/05/2011, 12:16  

enonimus I: Uhm, tak aneh pon, in fact menarik persoalan anda tu.

sy tak tahu nak jawab mcm mana. cumanya, kalau dharurah yg mendesak, boleh la kot..? masalahnya, camne kita define dharurah tu kan..? selalunya kita akan merukhsahkan dharurah tu, atas kepentingan nafsu dan ego. huhuh..

plus, kita tak boleh tipu hati kita kan..? kita sendiri boleh tahu apa yg kita buat betol atau salah. hhhmmm...

terima kasih atas cetusan minda yg provokasi. saya rasa amat menarik untuk diexplore lagi tu.

Inche gabbana 25/05/2011, 12:16  

enonimus II: IAllah, doa2kan. terima kasih.

Inche gabbana 25/05/2011, 12:17  

enonimus III: memang. agak tempted nak guna jwpn tu! hehehe..

mekaseh. sgt menghargai doa dan sokongan. ;)

Inche gabbana 25/05/2011, 12:17  

enonimus IV: =') harapnya btollah tu. jzkk.

Inche gabbana 25/05/2011, 12:19  

ABC: uhm btol btol. in fact rakan sekerja sy pon soh sy reply je email tu.

tp entah, somehow sy tak rasa benda tu menyelesaikn masalah. plus, kena faham cara masyarakat awam berfikir camne. kalau saya salah jwb nnt, apa pulak implikasinya..?

so sy amik langkah selamat, berdiam diri je. huhuh.. ke tak..?

pape pon, mekaseh atas pandangan.

Anonymous 25/05/2011, 13:46  

salam..haha..at last!!!kantoi name disitu...anyway..doa la banyak2 moga segalanya dipermudahkan baik ditempat kerja..mahupun di mana2...

mylittlepencil 26/05/2011, 12:47  

Assalamualaikum.

Entri yang menarik. Berpeluh juga ana membacanya.
Sungguh, bila kita berada dalam tarbiyyah dan dakwah ini, sudut pandang kita akan sesuatu perkara akan berbeza kan. Orang lain fikir kahwin ni senang, tp bg kita perkahwinan itu adalah sebuah hayatul amal.

pernah dengar seorang sister share dengan saya, katanya ada empat siku dalam dakwah ini.

-lepas grad
-kerja
-kahwin
-dpt anak

Memang kena sentiasa bersiap sedia untuk menempuh siku2 dakwah ni, sebab inilah yang akan menjadi titik ujian kita bergelar seorang daie.

jangan sampai kita jatuh tersungkur dan kita terus futur. malah, kita hiasi lagi kefuturan tu. nauzubillah.

semakin lama dalam jalan ini, mengajar kita sesuatu untuk lebih mengerti akan tarbiyyah kehidupan.

bila berhadapan dgn masyarakat, terkadang kita perlu mengikut rentak mereka, tp pastikan rentak kita sbg seorang daie itu tidak hilang.

jadikan muharrik yang laju.
jadilah daie yang professional.
jadilah QS yang bernilai.

sekian.

( maaf, komen yang panjang)

mr AZZ 26/05/2011, 18:06  

best post kali ini..mmg byk cabaran d mana2 xkire la time blaja, keje, kawin etc.moge kite trus thabat dlm jln ni.

mmg saje nk kantoikn name ke dlm post kali ni??he3.

btw bahas ppm bm star gi final dis year..bleh la support adik2 ye. =)

Inche gabbana 26/05/2011, 21:36  

enonimus V: err... nama apa ni..? *koff koff buat2 tak tau koff koff* xp

iAllah. tp sekali sekala bersusah-payah apa salahnya kan..? melatih diri untuk bermujahadah.. ;)

Inche gabbana 26/05/2011, 21:43  

mylittlepencil: well said. sy tak tau nak komen apa dah.

takut sgt kalau kita jatuh tersungkur dan futur. hidayah tu milik allah after all. so sementara masih dapat rasa secebis nikmat hidayah ni, baiklah kita manfaatkannya sebaik-baiknya...

jzkk atas peringatan.

Inche gabbana 26/05/2011, 21:46  

mr AZZ: yep yep. cabaran mmg di mana2. maybe ada cabararan bukan caban tu di mata org lain, tp kita yg menanggungnya, kita tahulah betapa perit dan beratnya cabaran tu.

tp pada masa yg sama, allah tidak membebani seseorang tu dgn bebanan yg tak mampu ditanggungnya bukan..? ;)

haha.. seriyes tak perasan benda tu. selepas baca komen anda baru menggelabah nak tukar.. ;p

haah, dah tau ptg tadi dah, cikgu bahas sndiri yg sms. iAllah akan pergi sapot kalau free.. ^^

Anonymous 21/10/2011, 00:15  

duduk disebelah driver, untuk menjaga hati, perkara ni pernah dibincangkan dlm usrah saya, memandangkan ada seorg ukhti ni bekerja sbg jurutera dan kerap out station hanya dgn driver sahaja, hasil dari perbincangan, ukhti ni di galakkan lebih untuk duduk belakang shj, krn sesungguhnya redha allah tu lebih utama, n feedback dr ukhti tu, driver yg bawak dia lebih hormat dia, n driver pon makin paham dgn dia n each topik perbualan driver dgn sister tu pon byk dah menjurus kpd islamic, alhamdullilah. moga keberadaan kita di mana sahaja membantu dalam pekembangan islam. pakaian yg paling indah ialah pakaian dakwah yg dipakai siang dan mlm. allahuakbar.

org melaka 18/04/2012, 10:57  

salam...

untunglah ade org minat..kekeke :P

5 tahun je bond? pergh best la telekom ni letak 8 tahun..blaja local je pun -___-

Anonymous 25/06/2012, 23:37  

LOL kena usha!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP