Tanya Sama Pokok
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.
Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.
Tanya Sama Pokok Versi Saintifik
Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Dey, pokok mana boleh cakaplah!
Tapi kalau dia boleh jawab pon,
Dia bergoyang sebab angin,
Yang merupakan pergerakan sekumpulan gas,
Secara skala besar.
Kalau nak tanya langit apa sebab hujan,
Bukan ada guna pon sebab samalah langit tak boleh bercakap, biol!
Tapi kejadian hujan adalah disebabkan proses kondensasi,
Wap-wap air yang tersejat dari permukaan bumi,
Bila sampai tempat sejuk, wap-wap air tu bertukar menjadi air semula.
Tengok dalam air bukan nampak bayang-bayang la pandai,
Tu refleksi, cahaya dari tubuh badan kita yang dipantulkan oleh permukaan air,
Bayang-bayang disebabkan oleh objek legap yang menyerap cahaya matahari,
Cahaya yang lalu yang tidak diserap tulah yang membentuk bayang-bayang!
Susah betul cakap dengan orang kolot ni...
Tanya Sama Pokok Versi Sains Sosial
Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Walaupun pokok tak boleh nak jawab secara literal,
Tapi rasanya tu metafora je tu,
Nak maksudkan setiap perkara yang berlaku tu ada sebab musababnya.
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit, tanyalah awan,
Di sini kita nampak sikap langit yang tidak betanggungjawab,
Terus menghalakan si penanya kepada awan,
Tapi mungkin juga menggambarkan sikap rendah diri langit,
Yang merasakan awan lebih tahu daripada dirinya.
Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Mungkin awan nak kata sesiapa pon boleh berubah,
Kalau kena pada tempat dan keadaannya,
Sama ada perubahan yang baik atau pon tidak.
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.
Di sini jelas konsep air yang tenang jangan disangka akan tenang selamanya,
Kerana bila ada faktor-faktor eksternal,
Pasti ketenangan itu akan diganggu-gugat.
Tanya Sama Pokok Versi Tauhid Zindani
Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok, Allah yang goncang,
Semua perkara, Dia yang merancang,
Kita hanya hamba, yang lemah tempang.
"Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
[al-Insaan, 76:30]
"...dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar."
[al-Anfal, 8:17]
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit itu kuasa Tuhan,
Tuhan pemilik alam setiap kejadian,
Sepertimana firmanNya di dalam al-Quran:
"Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab angin itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran."
[al-A'raf, 7:57]
Awan nanti kata, aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Semuanya itu ketetapan Allah,
Aku hambaNya yang menurut perintah!
"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira."
[ar-Rum, 30:48]
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang,
Campak satu batu bayang pun hilang,
Dengan izin Allah sudah semestinya,
Dialah pentadbir alam seluruhNya.
“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali dia sendiri, dan dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfudz).”
[al-An'am, 6:59]
Allah bagi mata, telinga dan hati yang sama kepada semua orang. Tetapi terpulang kepada kita untuk melihat alam ciptaanNya ini menurut kaca mata hawa nafsu dan ego kita, atau melalui kaca mata Islam dan dakwah & tarbiyyah yang sungguh kool dan bergaya.
Pilihan di tangan kita. Aman.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Meraka itulah orang-orang yang lalai."
[al-A'raf, 7:179]
-gabbana-
Bulan Mei adalah bulan yang sungguh gila dan kelam-kelibut...
22 Caci Maki Puji Muji:
salam ziarah :)
subhanallah, artikel ni memang best, menyedarkan kita kepada kuasa Tuhan yang tak pernah ada cacat celanya.
syukur kita masih diberi peluang hidup di bumi ini, dengan izin-Nya.
jazakallah jiddan 4 a very good article from u, encik gabbana.
this is nice (=
masyaAllah,senang hati membaca post neh!hihi
Salam~
cool giler tau Inche Gabbana.
hahaha :)
Allah maha Besar. Subhanallah :)
salam,
suke2...insyaAllah nnti nak share dlm bulatan gembira la ~~~
btw....bulan MEI sy pon giler2 gak.... n perancang Allah tu yg terbaek la!!!
"kebetulan"
hujung mgg ni pengisian nikmat allah versi tauhid zindani dengan adik2
time tgh pening2 carik ilham utk extra info,post ni datang bergolek.
alhmdllh
jzkk atas perkongsian, n as usual, mohon dikongsi dengan yg lain ^^
like! nanti kalau saya terdengar lagu ni, mesti saya akan teringat post inche gabbana yg ini. terima kasih atas ingatan :)
Jazakallah!
Don't you think it's really cool that although He can do whatever He wills, Allah allows us the opportunity to understand the mechanisms behind His creations (such as the rain, the gravity, the planetary systems and many, many more) so that we can learn from them and make full use of them? :)
setiap kali usrah kalo nak bentangkan tauhid zindani mmg payah.. sbb mcm xfeel.. mcm mane ye encik gabanna?
sy sgt setuju ayat yg terakhir tue... ke mmg may ini bulan ujian?
zulaikha: subhanallah, best ke..? segala puji bagiNya.
saya bwat cincai boncai je. benarlah Allah tu lebih Mengetahui dan Bijaksana..! ;)
enonimus I: Alhamdulillah.. saya senang hati apabila ada org senang hati membacanya! Hehehe.. ^^
jzkk!
mbsms: tak tau tak tau... xp
ezan idma: yezzzaaa, tepat sekali di situ..! juga maha bijaksana, maha penyantun, maha mengetahui, maha pengasih, bla bla bla... all in all, Allah memang maha best! ;)
SN: Uish, seswai ke ni nak share dalam bulatan gembira..? hohoho.. moga bermanfaat, biidznillah..
btol btol. pape pon yg terjadi, iAllah tu yg terbaik ntok kita. tawakkal a'lallah! ;)
lampu suluh: hihihi.. memang hadiah kebetulan ntok anda.
moga bermanfaat dan dipermudahkan urusan, biidznillah..
N: lagu apa pon kalau dgr dgn 'telinga' hati yg basah, boleh nampak pengajaran dari aspek D&T.
ok lagu dangdut, black metal sume tu susah la sket.. ^__^" hohoho..
zulkifli: yes, absolutely..! only those who are foolish enough will think that all these happen coincidentally, naturally! pffftt..!!
yet, there are so many fools out there..!
may allah protect us from being ignorant and arrogant of His countless blessings. Amin.
enonimus: jgnla bentang tauhid zindani..! hohoho.. tauhid zindani ni sbg bahan rujukan/tambahan je (pada pendapat saya) ntok menguatkan hujah..
tgk keadaan dan anak2 bulatan gembira jugak. kalau kering sgt dan terlalu boring, then kena bawak benda lain la pulak. ok..? ;)
enonimus III: setiap bulan pon ujian sebenarnya. kita je kot, yg rasa ujian pada bulan ni berat sket berbanding org lain.
org lain mungkin rasa bulan julai, atau bulan mac etc etc.
terpulang pada kita sebenarnya. hohoho..
salam wbt.
tidakkah pkataan 'biol' itu sdikit kasar utk dgunakn oleh seorg akh?
wallahualam
salam.
jazakallahu khoir atas penulisan yang baik dan membina.
Allahu yusahhil alaik.
fatabiqul khoirat.
Post a Comment