20 May 2011

Sakit Itu Bagus Untuk Orang Yang Banyak Dosa Seperti Saya

Anda pernah sakit gigi..? Secara lebih spesifiknya, sakit gusi. Atau kalau nak lagi spesifik, gusi yang bengkak dan berdarah. Pernah..?

Ok, kalau anda tidak pernah, boleh izinkan saya untuk tumbuk muka di bahagian pipi anda supaya anda sama-sama dapat berkongsi penderitaan ini..? Hohoho..

Kepada anda yang pernah merasainya, anda pasti faham dan tahu hazab yang sedang saya lalui. Syabas..! Anda memang cukup memahami lantas hal itu membuatkan anda cukup bergaya..! Wah!

Sila jangan tertipu dengan gaya penulisan saya yang mungkin tampak ceria, comel dan kachak. Hakikatnya, saya sedang menderita sekarang ini. Menderita dalam diam. Atau bak kata omputih, Silence of the Lamb. Eh.


[Kredit]

Malam semalam ketika sedang enak dibuai mimpi, saya terjaga pada jam 1.47 pagi dek Inche (atau Puan; saya masih belum dapat menentukan jantina gusi saya dengan sahih lagi tepat) Gusi yang tiba-tiba mengejutkan saya. Tidak lama selepas itu baharulah saya sedar bahawasanya Inche Gusi sedang menderita kesakitan. Sakitnya mencucuk-cucuk, berdenyut-denyut. Saya lebih rela mengalami mimpi ngeri daripada terpaksa menanggung kesakitan ini.

Maka saya gagahkan diri, bangun untuk memakan ubat pembunuh kesakitan. Memandangkan ubat itu mengambil sedikit masa sebelum menjadi efektif, arakian saya terpaksa membuang masa, menggaru kepada dan berjalan mundar-mandir bagi mengurangkan kesakitan. Akhirnya, alhamdulillah, kurang lebih jam tiga pagi, saya dapat jua melelapkan mata.

Saya bangun daripada tidur dengan suatu kejutan; saya tidak dapat menutup mulut dengan baik dek bengkakan pada Inche Gusi semakin membesar. Takdela melopong macam orang yang sedang syok tidur di dalam LRT setiap pagi itu, bukan. Tapi saya tidak dapat merapatkan barisan gigi atas dan barisan gigi bawah. 

Saya mengambil keputusan untuk pergi juga bekerja kerana ketika itu dirasakan saya mampu melakukannya. Tetapi sebaik tiba di opis, saya menjadi amat tidak bermaya. Nak makan oat pon tak mampu. Bukan tak selera tapi Inche Gusi melarang sebarang bentuk pepejal masuk ke dalam mulut (Ya! Walaupon oat yang tampak tidak marabahaya langsung itu!). Lantas, atas nasihat beberapa orang sekerja, saya memutuskan untuk mengambil cuti sakit sahaja.   

Perjalanan pulang ke rumah dari opis dirasakan begitu lama. Inche Gusi menyebabkan saya menjadi tidak keruan. Kepala yang tidak gatal entah berapa kali digaru. Anda tahu tak, nak telan air liur saya terpaksa berfikir dua tiga kali dek kesakitan yang ditanggung setiap kali saya menelan..?? 

Sup segera Vono menjadi menu sarapan pagi. Sup cendawan Campbell bersama sekeping roti  disapu marjerin, dicarik-carik dan direndam di dalam sup pula jamuan tengah hari. Itu pun saya terpaksa menolak tepi ketulan cendawan yang ada. Dan bubur nasi kosong menjadi hidangan makan malam. Kalau bukan kerana untuk makan ubat, nescaya saya tidak akan menjamah apa-apa sepanjang hari. Terima kasih banyak-banyak ya Inche Gusi..!

Namun saya tetap yakin dengan perancanganNya. Ini satu tarbiyyah, saya tahu. Kesakitan ini benar-benar menguji kesabaran dan ketahanan saya. Dan ada ketikanya (Banyak ketika sebenarnya.. Hohoho..) saya gagal dalam ujian ini. Dan yang lebih menyedihkan, ketika dalam kesakitan, sepatutnya ia mendekatkan lagi diri ini dengan si Pemberi dan si Pencipta sakit. Tetapi saya pula, memilih untuk melakukan perkara-perkara yang mencampak diri jauh daripadaNya... Eh, kenapa tiba-tiba mulut saya rasa masin ni..?

Allahu Allah...

Lantas terus membayangkan ujian dan dugaan yang dihadapi oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Sakit gusi tu toksah sebutlah. Entah-entah tiada dalam senarai pon..! Mereka disakiti saban hari dan kita tidak bercakap tentang seksaan cubit perut sampai lebam atau ketuk ketampi sehingga cramp paha. Tidak. Seksaan yang mereka hadapi.. Allah.. Terasa malunya diri ini untuk menyebutnya. 

Saya rasalah, kalaulah saya hidup di zaman baginda SAW, entah-entah saya bukan tergolong di kalangan para sahabatnya. Yalah, sakit gusi pon dah tak tahan dah, inikan pula pelbagai bentuk mehnah dan ujian yang lain..! Eh kenapa bertambah masin ye rasa mulut saya ni...??

Allahu Allah..

Apa-apa jalan, saya berharap ini tandanya Allah sayang kepada saya kerana Dia mahu memberi peluang kepada saya untuk membersihkan dan menyucikan segala tok nenek dosa-dosa yang sudah bertimbun-timbun ini. Dan semoga sakit yang saya alami ini akan menjadikan saya lebih dekat kepadaNya, biidznillah...

Doakan yang terbaik untuk saya, which means apa-apa sahaja yang terjadi kepada saya, saya sabar dan redha kerana pastinya itu yang terbaik untuk saya..! Ok saya dah mula melalut.

Selamat malam dan salaam a'laikum. Senyum kenyit mata sambil menahan sakit.

-gabbana-

Inche Gusi menjadikan saya moody tak tentu hala... Sungguh tak kool dan bergaya.

19 Caci Maki Puji Muji:

Liyana 20/05/2011, 06:02  

hm macam ada inflame, dah jumpa dentist?

meowwmania 20/05/2011, 08:32  

kesiannya..

wish u the best for speedy recovery :)

Anonymous 20/05/2011, 09:18  

Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh berkata: Aku menziarahi Rasulullah sewaktu Baginda sakit. Aku mengatakan, “Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam yg kuat!” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Demamku adalah dua kali (kuatnya) drp kamu..” Aku bertanya lagi, “Adakah krn engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar.. Tiada seorang Muslim yg ditimpa kesakitan – w/pun hanya luka yg disebabkan tertusuk duri – melainkan Allah akan menghapuskan dosa2 nya disebabkan kesakitan itu, dan dosanya gugur spt gugurnya dedaun dr sepohon pokok..”

wallahualam..

pray to Allah inche, moga diberi kekuatan..

syafakallah..

peace

Anonymous 20/05/2011, 19:34  

eh?
sakit gusi x leh nelan ek?ke x leh kunyah?
sori soklan bodoh petala kelapan.

Anonymous 20/05/2011, 19:57  

Rasulullah SAW bersabda yang bermasud:

"Barangsiapa yang dikehendaki Allah menjadi baik, nescaya ditimpakan musibah (ujian) kepadanya "
(Hadith Riwayat Bukhari)

N 20/05/2011, 20:49  

diharap bersabar dan mudah-mudahan sembuh seperti sediakala :)

arissa myana 20/05/2011, 23:21  

liyana: mcm biasa dgr inflamasi tu :)

inche G: a hungry man, is an angry man ----> smoga dpt makan supaya x tukar jdi incredible haq :p

smoga dpt menikmati nikmat sakit untuk (inshaALLAH) terus menikmati nimat sihat nanti ;)

syafakallah ^^

Payung kecil 21/05/2011, 00:50  

Syafakillah :)
orang kate sakit gigi/gusi ni sakit kedua paling sakit lepas bersalin..
wallahualam

Liyana 21/05/2011, 07:40  

arissa myana: yela, bengkak sampai tak boleh rapatkan rahang atas dengan bawah, macam pericoronitis je, inflame sebab wisdom tooth. :)

Inche gabbana 23/05/2011, 10:40  

liyana: dah. dia soh cabut je wisdom tooth tu. :O

Inche gabbana 23/05/2011, 10:41  

meowwmania: mekaseh. tho smpai sekarang blom lagi pulih sepenuhnya.. =S

Inche gabbana 23/05/2011, 10:41  

enonimus I: jzzk. sgt2 membantu.. ;)

Inche gabbana 23/05/2011, 10:42  

enonimus II: haha.. takpe takpe, tak tau kena tanya la en..? ^^

haah, sakit gila bila nak telan air liur. tp bila telan air atau makanan ok sket.

Inche gabbana 23/05/2011, 10:43  

enonimus III: masya-Allah... subhanallah..! =') jzkk atas perkongsian..

Inche gabbana 23/05/2011, 10:43  

N: Insha-Allah. Mekaseh N!

Inche gabbana 23/05/2011, 10:44  

arissa myana: hahaha. bagusla ntok saya, boleh kurangkan berat badan..! hehehe.. (tp mmg btol pon, ada kwn ckp dah kurus.. hohoho)

Insha-Allah...

Inche gabbana 23/05/2011, 10:44  

payung kecil: pnah dgr jugak, tp cam tak caya je. huhu..

pape pon jzkk!

Inche gabbana 23/05/2011, 10:45  

liyana sekali lagi: oooo itu ke nama dia. tapi pelik, sbb by right dah abes dah tumbuh wisdom tooth saya.

aih mengada-ngada btol adik kecik sorang nih.. -____-"

Anonymous 24/02/2013, 16:11  

inche
saya ad copy dan (myb akn dkeluarkn dlm bntuk risalh )salah satu artikel inche..rsenya tajuk akhi syg 2012
mohon dihalalkan sgl
*uhuk

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP