Uswah

31 March 2011

Ingkar

Who loves me..?? Allah...! [Kredit Gambar]
 
Bangun pagi gosok gigi,
Tak pernah nak ucap Alhamdulillah,
Terima kasih Allah sebab bagi,
Aku untuk hidup sehari lagi.

Pergi kerja naik keretapi,
Tak pernah nak ucap Bismillah,
Dengan nama Allah aku mulai,
Nikmat berkenderaan setiap hari.

Makan pagi mengisi perut,
Tak pernah nak ucap Subhanallah,
Maha Suci Allah tidak kedekut,
Kurniaan datang tidak berdengkot.

Balik rumah jumpa anak bini,
Tak pernah nak ucap Allahu Akbar,
Allah Maha Besar yang memberi,
Kasih dan sayang tersemat di hati.

Ketika solat hati melayang,
Ke mana Nabi, Ke mana Allah,
Tidak pula Allah meradang,
Tarik balik nikmat tersayang.

Ya Allah! Ingkarnya hambaMu ini!
Sedangkan Kau ciptakan aku,
Tidak lain untuk mengabdikan diri,
Dari awal sehingga mati!

Ya Allah! Hinanya hambaMu ini!
Sedangkan Kau jadikan aku,
Untuk mentadbir alam dan bumi,
Tunduk patuh kepada Ilahi!

Ampunkan aku Ya Allah Ya Rabbi,
Dosaku bertimbun nodaku membukit!
Matikan aku senang diredhai,
Moga bertemuMu di syurga abadi.

-gabbana-

Peluh Berpeluh-peluh

Sigh.. [Kredit Gambar]

Bukan, ini bukan entry tentang kesihatan. Dan bukan, ini bukan entry tentang cara-cara bersukan yang paling afdhal untuk merembeskan peluh secara berjemaah.

Ini adalah entry untuk menceritakan keadaan saya selepas menulis 'Sila Tepuk Dada, Tanya Iman!'

Secara jujurnya, selepas peristiwa itu, saya kurang bersemangat untuk menulis belog lagi. Mengapa..? Kerana saya rasakan diri saya hipokrit. =(

Selasa malam dan malam semalam, setiap kali melalui selekoh memasuki jalan kawasan perumahan saya selepas pulang dari kerja, jauh di sudut hati saya berharap agar pasangan tersebut tiada bermadu asmara di tempat kejadian. Risau sekiranya saya tewas sekali lagi dengan ujian itu. Dan setiap kali itu juga memang mereka tiada di tempat kejadian.

Lega. Pada masa yang sama, perasaan yang menghambat saya pada malam Isnin yang lepas terus-menerus menghantui saya. Saya pon tidak pasti sama ada saya patut berasa gembira atau sedih dan kechiwa, kerana tidak lagi diberi peluang untuk bermuhajadah diri.  

Uhmm.. Memang sah dan sahih la betapa lemahnya diri dan iman yang ada di hati.

Seorang rakan baik yang membaca belog ini mengsms saya dan berkata,

"...cntik nye tarbiyah Allah untuk ko [Inche gabbana] skurang2nya ko bkesempatan utk muhasabah hati n diri. Dia xnak ko rasa selesa sgt kot kan hihi~"

Allah. Bergegar hati membaca mesej itu. Sebagaimana dalam post 'Kebetulan? Bahasa Argentinakah Itu?', benarlah, tiada kebetulan di dalam hidup ini. Pastinya ada mesej yang Allah mahu sampaikan kepada saya. Dan pastinya Allah mahu saya belajar sesuatu daripada peristiwa itu..!

"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[al-Baqarah, 2:216]

Terima kasih ya Allah..!

-gabbana-

Eceli banyak je benda yang saya nak nukilkan. Tapi.. Entahlah. Takde semangat dan kekuatan lagi.

Jangan khuatir. Insha-Allah selagi nyawa dikandung badan, saya akan terus menulis selagi mana penulisan saya dapat memberi manfaat kepada anda yang membacanya. Doakan saya ya..! ;)

29 March 2011

Sila Tepuk Dada, Tanya Iman..!

Baru sahaja pulang daripada makan malam bersama Inche Papa dan Puan Mama. Uhm uhm. Sehingga kini masih dihantui dengan perasaan bersalah yang teramat paling sangat.

Tadi sebelum pulang, sempat dahulu melangsaikan hutang kempunan durian yang telah sekian lama dipendam. Akhirnya setelah bertangguh buat beberapa ketika sehinggakan gerai durian belakang rumah pon dah gulung tikar, alhamdulillah dua biji durian berjaya dikorbankan. Walaupon lima puluh empat ringgit Malaysia terbang mengucapkan "Assalamu a'laikum saya minta diri dulu ya!" sambil membuat muka sedih di depan mata. Itulah akibatnya tinggal di kota metropolitan penuh bergaya; harga durian dua biji pon lagi mahal daripada beras dua puluh kilo.

Ok ok, ini bukan tujuan sebenar saya menulis post ini. Haih, selalu sahaja mudah melalut tersimpang daripada jalan yang lurus. Kini saya mahu kembali ke pangkal jalan. Hihihi.. 

Tadi ketika makan malam, juga ketika makan durian yang sumpah begitu hazaaabbbb lazatnya *koff koff*, sudah bersemangat untuk menghapdet belog ini. Macam-macam cerita dan bahan sudah terbayang di kepala. Terfikir untuk menulis tentang kejadian tiada air semalam; malah sudah pun menulis tajuk post tersebut pada petang tadi. Dan terfikir juga untuk menulis tentang suatu kenyataan yang ditampal di papan kenyataan masjid tempat saya bersolat di kawasan perumahan; kenyataan yang saya rasakan sedikit pelik dan ekstrem.

Tetapi berlaku suatu kejadian yang betul-betul menggugah jiwa dan keimanan saya. Uhm uhm. Ketika beberapa meter sahaja untuk sampai ke rumah, kelihatannya sepasang kekasih sedang bermadu asmara di kerusi-kerusi awam yang disediakan oleh kami di kawasan kejiranan ini di dalam kegelapan malam yang asyik. Tampaknya mereka masih terlalu amat muda; masih belajar di sekolah menengah tekaan saya.

Tangan si uda memeluk erat bahu si dara. Aduhai. Pasangan ini adalah pasangan yang sama saya dan Inche Papa kantoikan pada malam semalam. Secara jujurnya, saya tidak merasakan apa-apa sangat, malah boleh berseloroh dengan Inche Papa dengan mengatakan "Eh, orang yang sama macam semalam tu Pa.." sehinggalah Puan Mama mengeluarkan kenyataan zaaasss berapi tahap Mahadewa Kaiou..

"Eyy.. Apa ni..?? Mana boleh macam ni..! Sapa tu..??"

Mungkin bagi anda kenyataan Puan Mama itu tiada apa yang istimewanya. Tapi pada saya, kenyataan tersebut amat menghiris jiwa, menusuk dalam sehingga ke kalbu kelapan. Mengapa? Kerana saya boleh tidak merasakan apa-apa apabila melihat kelakuan pasangan tersebut. Tunduk, air mata mengalir keinsafan.

(Sebelum kereta Inche Papa masuk ke dalam rumah, seorang pak cik memakai serban dan jubah melintasi kami menaiki motor. Errr...)

Sejak itu sehingga ke saat ini, perasaan bersalah menguasai diri. Berbelah bahagi sama ada saya patut menegur atau menasihati mereka. Jauh di sudut hati, saya benar-benar mahu melakukan sesuatu. Tetapi entah, saya pon tak pasti jin manakah yang menghalang saya daripada melakukannya.

Saya berazam sekiranya saya melihat lagi pasangan yang sama pada keesokan hari, saya pasti akan menegur mereka. Tetapi mengapa esok..?? Mengapa tidak hari ini..?? Mengapa tidak sekarang...?! Sekiranya selepas ini mereka tiada lagi di situ, tidak lagi bercanda di sana, bolehkah mereka persoalkan saya di akhirat nanti...??? 

Hey anda Inche gabbana! Mengapa anda hanya melihat sahaja kami bercanda-manda, membiarkan kami bergelumang dengan dosa dan noda, tanpa mahu berbuat apa-apa...???
La hawla wala quwwata illa billah.. Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah... 

(Selepas menulis perenggan sebelum ini, saya terus rasa tak sedap hati dan keluar rumah untuk melihat sama ada pasangan tersebut masih di sana.

Ya! Mereka masih bercengkerama di bawah bulan purnama..! Inilah masanya untuk saya menebus kembali rasa bersalah tadi..!

Dan.. Dan... Sekali lagi saya hanya mampu memerhatikan dari jauh.....)

TTT___TTT

Selepas bersolat bersama Puan Mama, saya katakan kepada Puan Mama yang saya berasa tidak sedap hati dengan pasangan tersebut. Puan Mama mencadangkan agar saya pergi kepada mereka dan bertanya kepada mereka secara baik, anda ni dari mana? Tau tak apa yang anda buat ni tak elok..?

Walaweh Puan Mama! Anda memang terbaik...!! Suka!

Saya terus keluar rumah sekali lagi. Hati sedikit berharap yang mereka sudah meninggalkan tempat itu. Dan.. Dan.. Uhm uhm. Mereka sudah tiada..! Ya Allah... Tak tahu nak rasa gembira atau marah atau sedih atau keliru atau atau... 

Tetapi ada sebuah kereta Kancil yang mencurigakan di kawasan tempat kejadian. Enjinnya terpasang tetapi tiada tanda-tanda yang mereka mahu meninggalkan kawasan tersebut. Adakah pasangan tadi di dalam kereta tersebut..? Ketika mereka sedang asyik bercengkerama, tidak perasan pula yang kereta tersebut ada di situ. Dan terasa juga seperti mahu mengintai-intai siapakah yang ada di dalam kereta tersebut.

Tetapi...... Sekali lagi saya hanya mampu memerhatikan dari jauh. Lama juga saya perhatikan kereta tersebut. Akhirnya saya pasrah dan masuk ke dalam rumah semula.

Air mata sujud pembebasan mengalir laju tanpa henti.

Ya Allah........

Hinanya diri ini Ya Allah.. Lemahnya iman diri ini...!

Saya terus naik dan bertilawah untuk menenangkan hati. Tidak berjaya. Hati saya begitu kacau dan berkecamuk. Terasa diri begitu hina, marhaen dan lemah.

Tarbiyyah yang kononnya saya lalui selama ini nampaknya gagal membina hati dai'e yang kental dalam jiwa saya. Ya Allah.. Saya gagal. Saya GAGAL...!!

Akhirnya, sebelum tidur, sekali lagi saya keluar rumah untuk menjenguk-jenguk. Dan saya bertekad sekiranya kereta Kancil tadi masih ada di situ, saya akan pergi dan berbuat sesuatu. Tiada. Tiada lagi kereta Kancil di situ.

Pagi ini saya bangun dengan perasaan bersalah menyelubungi diri. Dan sehingga ke saat ini, perasaan bersalah, hina, tak mampu dan apa-apalah yang seangkatan dengannya masih kuat menghantui jiwa ini. Malah terasa amat berat  untuk menghabiskan artikel ni.

Uhm uhm. Mungkin saya tidak layak lagi untuk menulis, kerana tulisan-tulisan saya tidak menggambarkan siapakah diri saya yang sebenar. Ya Allah....

“Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah diubah dengan tangannya, jika tidak berupaya hendaklah diubah dengan lisannya, dan jika tidak berupaya juga hendaklah diubah dengan hatinya dan yang sedemikian itu selemah-lemah iman.” 
[Hadis riwayat Muslim]


Lemahnya iman aku Ya Allah.. Rupa-rupanya iman yang ada di dada selama ini hanyalah selemah-lemah iman...! Itu pon kalau ada...! Aku malu Ya Allah..! Aku malu....!!!

Saya dah tepuk dada saya dan tanya iman saya. Jawapannya? Iman saya teramatlah super duper lemah... Air mata tidak tertahan.

Para pembaca, sila doakan agar Allah kurniakan saya kekuatan sekiranya perkara yang sama berulang pada malam ini. Maksiat mesti dicegah..! Jahiliyyah mesti ditegah..! Taghut mesti digugah...!

Allahu Akbar..! Allahu Musta'an..!

-gabbana-

Yang amat kechiwa dan sedih dengan diri sendiri.....

26 March 2011

Eh? Aku Tak Kachak Ke..??


Respon yang saya terima selepas menulis 'Kenapa Tak Ramai Ikhwah Yang Ensem' memang amat, err, apa overwhelming dalam Bahasa Melayu eh..? Kiranya, amat mengejutkan dan saya tidak menyangkakan yang artikel itu bakal menarik minat begitu ramai orang ke belog ini.

Sehingga ke saat ini, artikel itu telah dibaca seramai tujuh ratus lebih orang dan lebih daripada seratus orang yang mengelaiknya di Mukabuku. Dan buat pertama kalinya bilangan pengunjung ke belog ini meningkat dengan jumlah yang sangat mendadak.

Mungkin bagi anda ini adalah tiada apa-apa dan hanya ibarat memakan kerepek pisang rangup sahaja. Tetapi bagi saya, itu adalah suatu rekod, apatah lagi artikel tersebut ditulis pada hari Isnin yang lepas.

Hanya kerana sebuah artikel yang mempersoalkan mengapa di kalangan ikhwah tidak ramai yang berwajah feewwwittt boleh jadi modellah..! 

Melihat kepada komen-komen yang diterima, saya terpanggil untuk menjelaskan beberapa isu dan perkara. Agak obviyes yang ramai di antara anda yang salah faham dengan artikel tersebut dan tidak nampak apa yang cuba saya sampaikan sebenarnya. Maafkan saya, mungkin bahasa saya yang kurang jelas maksudnya. 

Izinkan saya untuk memberi sedikit penjelasan. Begini. Saya amat faham dan setuju dengan pandangan sebahagian besar daripada anda yang mengatakan bahawa takrifan kacak, ensem dan segala tok nenek perkataan yang sewaktu dengannya, adalah sangat subjektif dan terpulang kepada citarasa dan pandangan masing-masing.

Saya juga amat bersetuju yang walau esem macam mana sekali pon seseorang jejaka itu, tapi kalau hati tak elok, perangai buruk dan akhlak busuk dibandingkan dengan seorang jejaka lain yang wajahnya rongak tetapi kaya dengan sifat-sifat mahmudah, akhlak mulia dan berbudi pekerti, anak dara Mak Cik Temah Johnson pasti akan jatuh hati pada jejaka yang kedua.

Eh. Eh.

Tetapi itu bukanlah point saya menulis artikel tersebut. Point saya sebenarnya amat mudah dan luruskedepan (Baca: Starightforward), yakni MENGAPA DI KALANGAN IKHWAH TIDAK RAMAI YANG KACHAK BERGAYA...? Dan saya menggunakan definisi kacak, atau ensem, atau tampan di sini menggunakan definisi yang diterima ramai dan mengikuti trend semasa, iaitu tinggi lampai, muka jambu *uhuk uhuk*, hidung mancung seludang, rambut ikal mayang dan sebagainya. Kiranya kalau sekali tengok memang hati kita akan terus terdetik, Eh sungguh kachak la mamat ini! 

Entah mengapa, anda yang membacanya tidak dapat point yang cuba saya sampaikan. Kemungkinan besar cara penulisan saya gagal menyampaikan hujah-hujah dengan baik lantas mengelirukan anda semua. Dengan itu sila mafkan saya sekian terima kasih. Wah!

Tetapi begitulah, saya memandang isu ini daripada satu aspek sahaja. Dan memang itu tujuan saya menulisnya. Saya bertanya dan kemudiannya datang dengan satu teori yang menjelaskan mengapa agaknya di kalangan ikhwah di Malaysia ini, tidak ramai yang berwajah hampir sempurna.

Makanya sekiranya isu ini dilihat daripada aspek yang lain, pastinya saya akan datang dengan teori dan kesimpulan yang lain pula. Permasalahan yang saya timbulkan amat mudah dan teori yang saya datangkan juga amat mudah difahami. Bukan begitu? Betul atau salah, sila tolak tepi buat-buat tak tahu lalala.Wahahaha..

Dengan kata lain yang amat mudah, mengapa insan-insan seperti, err, [sila isikan nama-nama yang anda rasakan ensem dan kacak bergaya tetapi mereka bukan ikhwah, kerana sekiranya mengikut definisi saya, pasti mereka tidak lepas ujian kehenseman itu! Wahaha..] tidak bersama di dalam gerakan dakwah? Dan mereka memilih untuk berlakon contohnya, atau bekerja di sektor-sektor yang akan memanfaatkan rupa paras mereka dengan seoptimumnya. Mengapa..?

Kerana menurut teori yang saya kemukakan, ujian atau cabaran yang menimpa mereka dek wajah mereka yang kacak itu lebih besar daripada mereka yang tidaklah seensem mana. Makanya, melihat kepada masyarakat dasawarsa (Walaweh!) ini yang sungguh materialistik dan mementingkan penampilan dan penjagaan imej, sudah pastinya ramai yang akan jatuh ke dalam perangkap taghut ini. Mereka tidak sanggup bermujahadah dan melawan nafsu yang menunggu masa untuk meletup di dada, dek tidak tertahan melihatkan 'ganjaran' yang sedang menunggu mereka, terima kasih kepada wajah mereka yang tampan dan menggoda.

Tetapi bukan semua begitu. Kerana ada sahaja mereka ini yang menjadi ikhwah, alhamdulillah. Cumanya, seperti yang saya katakan, kemungkinan untuk mereka ini jatuh tersungkur adalah lebih besar kerana ujian yang mereka hadapi adalah lebih getir. Analoginya begini. Anda pernah menonton rancagan Istana Takeshi? Bukanlah lebih getir dan hebat ujian yang dikenakan ke atas pemain, semakin ramai pemain yang kantoi? Ha, begitulah kurang lebih. Tetapi dalam ramai-ramai pemain itu, ada juga yang berjaya mengharungi segala bentuk ujian, bukan? Senyum kenyit mata.

Perhatian! Suka untuk saya tekankan sekali lagi yang saya melihat isu ini daripada satu aspek sahaja. Maka kesimpulan yang saya berikan hasil daripada pemerhatian ini kemungkinan besarnya adalah bias dan tidak tepat. 

Fuh. Bagaimana..? Sekarang anda sudah faham dengan apa yang cuba saya sampaikan..? Saya harap anda semua jelas dan tidak perlu lagi untuk kita panjangkan isu ini. Kerana sebenarnya tidak ada manfaat pon dan saya rasa tidak menambahkan iman pon. Salah siapa kerana menimbulkan perkara ini? Sudah tentunya seratus peratus salah Inche gabbana.

Batu besar tujuh puluh lapan kilogram jatuh menghempap kepala sambil berpeluh besar. 

Arakian silalah berbesar hati dan berakhlak mulia untuk maafkan saya ya..? Wahahaha.. Terima kasih anda semua!

Apa-apa pon, saya amatlah bersetuju dan tiada bantahan langsung bahawasanya Allah tidak melihat kepada rupa paras kita, tetapi kepada keimanan, ketaqwaan dan amalan kita, bertepatan dengan sabda Nabi SAW; 

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu  dan harta benda kamu  akan tetapi Allah melihat kepada hati perut kamu  dan amalan kamu."
[Hadith Riwayat Muslim, no: 4651]

Begitulah. Dan oh! Jangan lupa..! Sehodoh atau seburuk mana pon kita (seperti Inche gabbana ini.. *air mata hampir mengalir*), di syurga nanti semuanya menjadi tampan muda bergaya dan kachak ensem Super Saiya..! Setiap daripada ahli syurga akan memilik wajah dan tubuh badan yang sempurna, sesuai dengan taraf mereka selaku hamba-hamba Allah yang dimuliakanNya..!


Teringin banget nak masuk syurga sebab nak jumpa Nabi SAW dan para sahabat r.a. yang kacak-kacak belaka..! Fulamaweh! [Kredit Gambar]

Jadi jangan khuatir sekiranya anda rasakan anda tidak ensem di dunia ini. Bekerjalah untuk Allah sesungguh-sungguhnya, kerana anda yang kacak dan ensem di syurga nanti adalah jjjaaaaauuuuuhhhh lebih bermakna daripada dunia dan seluruh isinya. 

Jom sama-sama kita berusaha tahap mega giga gaban untuk menjadi ensem dan kacak bergaya di jannahNya nanti..! Ayuh..!

Sambil buat tangan bentuk 'peace.'

-gabbana-

Peluh besar mengalir laju apabila setelah artikel ini ditulis, tidak kurang ramainya ikhwah yang merasakan diri mereka ensem dan kacak. Ya giliran anda pula untuk muntah hijau, kerana saya telah pun melalukannya.


24 March 2011

Kebetulan..? Bahasa Argentinakah Itu?

[Artikel ini ditulis khas buat Saudara 'Bukan Enonimus.' Moga segala persoalan yang mengusut minda dapat dirungkaikan. ;)] 

"Fulamaweh, kebetulan time aku lalu, semua traffic light hijau! Terbaekkk ah.."

"Ya Allah Sarah..! Lamanya kita tak berjumpa...! Kebetulan la pulak kita bertemu kat sini..!"

"Boss, kebetulan pulak hari ni isteri saya demam la. So saya tak dapat nak join meeting tu.."

"Aiseh, hujan la pulak. Kebetulan hari ni aku teringat nak bawak baju hujan. Seb baik.."

Uhm. Uhm.

Kebetulan..? Coincident..? Ada ke konsep tu dalam hidup kita sebenarnya eh..?

Tiada. Fulsetop.

-gabbana-













Eh eh, belum habis lagi..! Wahahaha.. Seronok kan dapat usik orang camni..? Jelir lidah sambil buat muka comel.

Ok, kembali kepada tema asal post ini ditulis; ada ke konsep kebetulan di dalam hidup ni?

Jawapan mudahnya tiada. Fulsetop ok tengs bai. Tapi takkanlah Inche gabbana nak bagi anda semua terpinga-pinga dan garu kepala yang tak gatal tu kan..? Jangan risau, saya tidaklah sezalim itu..!


Baiklah. Begini. Jawapannya terletak pada aspek yang terpenting dalam keIslaman seseorang itu; aqidah. Sekiranya aqidah kita benar-benar sejahtera, pastinya kita tahu yang konsep kebetulan itu salah dan mengelirukan.

Di dalam al-Quran, terdapat begitu banyak firman Allah SWT yang menyatakan bahawa Dia adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui, Maha Halus dan Maha Bijaksana. Setiap perbendaharaan di dunia ini adalah di bawah kekuasaanNya yang Maha Esa. Setiap perkara yang terjadi adalah di bawah pengetahuanNya dan yang lebih utama, perancanganNya.

"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)."
[al-An'am, 6:59]

Takkanlah Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui itu membiarkan sesuatu itu berlaku tanpa izin dan pengetahuanNya..? Takkanlah kebetulan sahaja lampu isyarat tiba-tiba semuanya hijau ketika kita sudah lewat untuk ke tempat kerja? Takkanlah kebetulan kawan kita teringat untuk membayar hutangnya yang sudah lama tertunggak ketika kita sedang betul-betul sengkek? Takkanlah kebetulan pensyarah kita mengambil cuti sakit tatkala kita gagal menyiapkan esainmen yang telah diberikan..? Walaweh.

"Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
[al-Insaan, 76:30]

"Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."
[al-Hadid, 57:22]
 
Pernah tak anda terfikir mengapa ayat Quran ada 6,236 ayat dan bukannya 6,150 ke, 6,432 ke...? (Perhatian. Al-Quran ada 6,666 ayat adalah suatu dongengan semata. Kalau tak percaya boleh amik kalkulator dan hitung sendiri. Wah!)

Pernah tak anda terfikir mengapa sehari ada dua puluh empat jam, tepat-tepat dua puluh empat jam. Mengapa tak dua puluh empat jam lima belas minit empat puluh satu saat..?

Pernah tak terfikir mengapa ada negara yang selalu ditimpa bencana dan ada negara yang aman sepanjang masa? Eh mengapa Malaysia tiada musim sejuk sekali sekala teringin juga untuk buat orang salji gemuk-gemuk itu!

Mengapa..? Mengapa..? Dan mengapa agaknya...?

"Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmuNya benar-benar meliputi segala sesuatu."
[at-Talaq, 65:12]

Pernah tak terlintas di hati kita yang mengapa aku dilahirkan dalam keluarga sebegini dan sebegitu? Mengapa orang lain senang dan aku susah? Aduhai malangnya nasibku. Pernah tak?

Pernah tak terdetik di dalam hati kita yang kita keliru, tidak faham dengan apa-apa yang berlaku kepada kita. Amat sukar untuk kita mencari hikmah di sebaliknya. Pernah tak..?

Pernah tak hati kita tergetus mengatakan yang kalaulah aku begini, jika aku begitu, sekiranya aku macam ni dan if only aku macam tu? Pernah tak..?

"Dia mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmuNya."
[Thaha, 20:110]
 
Ketahuilah, tidak ada kebetulan pada setiap titisan hujan yang turun. Tidak ada kebetulan anda dilahirkan sebagai seorang Melayu Muslim di Malaysia. Bukan kebetulan anda dilahirkan sebagai seorang lelaki. Bukan kebetulan anda ke sekolah asrama yang semuanya kanak-kanak perempuan. Tiada kebetulan pada pagi ini anda ke mamak belakang rumah untuk menikmati roti canai walaupon anda tidak merancangnya. Malah tiada kebetulan pada setiap kelipan mata anda, setiap saat dan ketika..! Walaweh..!

Terbaru, adik-adik yang baru mengambil keputusan SPM, mungkin ada yang kecewa dengan keputusan yang diperoleh. Dirasakan usaha 148% telah diberikan sewaktu peperiksaan dahulu. Air zam-zam dah minum, kismis minda dah makan, air penerang hati Ustaz Fuh Kiri Fuh kanan dah minum.. Berjaga malam semata-mata untuk menelaah pelajaran. Semua soala-soalan latihan dan peperiksaan terdahulu telah dibuat. Kiranya anda rasakan anda sudah cukup bersedia. Tetapi mengapa keputusan masih tidak seperti yang dijangkakan..??

Adik-adik saya, ketahuilah;

"Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakkal."
[at-Taubah, 9:51]

Betul betul. Saya amat faham. Amat senang untuk orang seperti saya berkata-kata, kerana berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Cewah nak berseloka sastera prosa klasik pula Inche gabbana ni! Bak kata omputih, easier said than done. Nak cakap senang la kan, nak buat, nak menanggungnya..? Susah susah.

Tapi itulah mujahadah namanya. Dan pastinya Allah meletakkan ujian itu sesuai dengan kemampuan dan kekuatan yang ada pada anda. Nak katanya, anda sebenarnya terpilih oleh Allah untuk menghadapi ujian tersebut kerana Dia tahu anda mampu menghadapinya...! 

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
[al-Baqarah, 2:286]

(Ha ni satu lagi kes. Orang selalu salah faham dan salah konsep dengan ayat ni. Selalu guna alasan 'La yukallifullahu nafsan illa wusa'ha..' untuk memberi ekskius yang dia tak mampu nak tanggung sesuatu beban atau tugasan sebab Allah tu tak kejam so tak akan bebankan seseorang tu..! Hadoilamak. Bukan camtu la abang oii..!)

Apa-apa jalan, kembali kepada tema perbincangan kita yang tiada konsep kebetulan mahupun koinsiden di dalam kehidupan ini. Bagaimana..? Anda sudah mampu menghadamnya..?

Eh tapi awas..! Sila jangan salah konsep dan silap faham atau tidak saya akan cubit perut anda yang buncit itu..! Wahahaha..

Anda tidak bolehlah berkata atau berfahaman begini pula:

"Kalau macam tu, oklah aku berzina sebab tiada kebetulan dan pastinya itu yang terbaik untuk aku!"

Pengsan.

"La, kalau macam tu tak payahlah berusaha nak kerja belajar sume. Susah-susah nak buat apa..? Dah kalau semua tu berlaku dengan izin Allah, mestilah Allah nak aku hidup susah macam ni! Alhamdulillah.."

Pitam.

"Eh kalau macam tu Allah tu zalim la kan..? Sebab dia biarkan je orang Islam tu dilanyak dan ditindas oleh orang-orang kafir..? Dah la pulak, orang-orang kafir ni kaya, maju dan suskses..! How now brown cow..??"

Sawan mulut berbuih.

Eh eh! Jangan jadi jabbariyah tahu..?? Takdir Allah itu tidak menyalahi fitrah manusia yang perlu berusaha dan ada kuasa untuk menentukan hala tuju hidupnya!

Kita wajib berusaha untuk mencari sesuap nasi, tetapi seandainya berlaku sesuatu di pertengahan jalan, itu maknanya Allah tidak mengizinkan! Contohnya, kita sudah mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk menjadi seorang pemandu yang berhemah di jalan raya, tetapi sekiranya kita ditakdirkan juga untuk kemalangan, nak buat macam mana..??

Mesej untuk anda bawa balik ke rumah; tiada konsep kebetulan di dalam hidup ini. Semuanya yang berlaku di sekeliling kita adalah di bawah perancangan Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Mengapa ia berlaku? Mengapa begini dan begitu? Allahu ta'ala a'lam. Jangan pening-peningkan kepala hotak kita untuk memikirkan sesuatu yang tidak menambahkan amal mahupun iman. (Eh tetapi sekiranya perlu untuk kita fikir untuk memantopkan aqidah kita, maka wajib untuk kita faham sefaham-fahamnya tahu..??)

Dan Allah itu tidak zalim, tidak pernah zalim dan tidak akan berlaku zalim dengan kita. Setiap yang berlaku itu BUKAN KEBETULAN dan Insha-Allah, itulah yang terbaik untuk kita..! Yakinlah..!

"Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri."
[Yunus, 10:44]  

Teruskan berusaha dan bermujahadah! Kerana sekiranya kita yakin tiadanya konsep kebetulan di dalam hidup ini dan semua yang berlaku itu ada sebab musababnya (dan lebih penting, setiap perkara yang berlaku itu adalah yang terbaik untuk kita), kita pasti akan mengetuai hidup yang gembira (Baca: Lead a happy life)..! Hidup kita akan lebih bermakna dan penuh dengan keriangan..! Wahahaha.. Eh.
Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja bersungguh-sungguh menuju Tuhamu, maka pasti kamu akan menemuiNya.
 [al-Inshiqaq, 84:6]
[Kredit Gambar]

Nah, Allah telah pun memberikan tips-tipsnya secara percuma bagaimana mahu berjaya dengan cemerlangnya di dalam hidup ini. Apa yang kita tunggu lagi...??

Ingat! Tiada kebetulan di dalam hidup ini tahu...?? Senyum sambil kenyit mata belah kiri.

-gabbana-

Secara jujurnya saya amat takut dan tidak gemar menulis tentang qada' dan qadar (atau takdir Allah) kerana isu ini boleh jadi amat kompleks dan mengelirukan, espeseli untuk mereka yang mungkin masih baru untuk belajar (Saya pon masih setahun jagung juga, takdelah lama mana belajar pon.. Hohoho..). Tapi tidak mengapalah, saya harap perkongsian ini akan memberi manfaat kepada anda yang membacanya, biidznillah. Kalau ada apa-apa yang tidak jelas dan kurang faham, jangan segan-segan untuk bertanya ya..?? ;)

Untuk rujukan dan bacaan lanjut, boleh baca di sini. Allahu a'lam... 


22 March 2011

When Dirty Becomes Disgusting

 Brethrens! Lets rise and strive for a better Malaysia! [Credit]

I've never thought Malaysian politics can go this low. I was clearly wrong. Today, I have completely lost my interest, not to mention respect in Malaysian politics. 

Let us all be silent for a minute, to mourn the day the Malaysian politics reach its lowest point. Whatever hope left for a better future has been crushed and destroyed, almost instantaneously. Today, is the darkest day for all of us, Malaysians.

 ***

"I was informed that the person looked a lot like me except that he has larger stomach." - Datuk Seri Anwar Ibrahim

"There are speculations that the police are behind this. We do not know if the said video clip is genuine or not. I have not seen it.. 

Those who are involved in the video clip, either they are involved or not and what justice, should come forward and be answerable. Otherwise, the public will question their credibility or if they fit to offer themselves as leaders." - Home Minister, Datuk Seri Hishammuddin

“I would like to confirm what Hishammuddin said that the police are not involved in the recording of the alleged sex video,”  - Prime Minister 1Malaysia, Dato' Sri Najib Razak

"This is a humiliating, excessive and politically-motivated attack against my character and reputation and my family." - Datuk Seri Anwar Ibrahim

“Have they seen the video to say that it was doctored? I’m sure they haven’t seen it. I’m sure no one, except the holder of the tape and the few pressmen have seen the contents of the video. 

Nevertheless, PKR claims it was doctored. It is their instinct (to make such an allegation). It is their typical SOP (Standard Operating Procedure).” - Datuk Zaid Ibrahim

“Anything that involves Barisan MPs is a fact, but anything that concerns them is a conspiracy.” - Minister in Prime Minister's Department, Datuk Seri nazri Aziz

“It was only made available to the media this morning. The Opposition seems to be very defensive about this. Maybe there is something to it, but I don’t want to speculate.” - Rembau MP and UMNO Youth Wing's Leader, Khairy Jamaluddin

“It is an evil political conspiracy. It is an attack against my character and my family. This is something we have endured the last 13 years...

...I categorically deny it,” - Datuk Seri Anwar Ibrahim

***

Let us all pray for a better Malaysia. Let us all work for a cleaner, better and matured Malaysia.

The choice is in our hands. Whether we like it or not, we ARE the agent of change.

"Verily never will Allah change the condition of a people until they change it themselves (with their own souls)."
[ar-Ra'ad, 13:11] 

And what would happen to us if we decide to keep it silent and do nothing about it?

"Indeed, we will bring down on the people of this city punishment from the sky because they have been defiantly disobedient."
[al-Ankabut, 29:34]

'Nuff said.

-gabbana-

We seriously need a REVOLUTION people...!

21 March 2011

Kenapa Tak Ramai Ikhwah Yang Ensem?

(Nota satu: Artikel ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang pernah dan sedang menyertai bulatan gembira. Tetapi kepada anda yang berdegil untuk membacanya, ok jah. Cuma jangan paksa saya untuk memberikan penjelasan lanjut. Hohoho..

Nota dua: Artikel ini mungkin sedikit kontroversi. Pastikan anda baca sehingga habis dan hadam poin-poin yang cuba saya sampaikan sebelum anda mula mencaci-maki memuji-muji. Wah!)
[Kredit Gambar]

Saya tak tahu dengan akhawat, tapi anda perasan tak di kalangan ikhwah yang menyertai gerombolan dakwah ni, sedikit sahaja yang ensem, kacak dan bergaya..? Bukan, saya bukan sedang bercakap tentang ensem perangai atau ensem budi bicara. Tetapi ensem dalam erti kata yang sebenar; ensem rupa paras dan tubuh badan.

Mungkin anda mahu memberi izin laluan dan berkata pula yang ensem tu subjektif, bergantung kepada citarasa dan pandangan masing-masing. Mungkin ada juga yang akan menempelak dan mengatakan yang tak penting ensem rupa paras, yang penting hati ensem dan akhlak bergaya. Kan..?

Tapi tu bukan poin saya di sini. Poin saya, kenapa tak ramai di kalangan para dua't lelaki yang boleh dikategorikan sebagai ensem? Ensem dalam definisi yang konservatif dan arus perdana. Maknanya, kulitnya bersih dan licin, tiada jerawat, ada lesung pipit, hidung seludang mancung, bibir merah, rambut kena dengan bentuk muka, muka yang simetri, dagu lekuk, tubuh badan yang cantik... Dan seterusnya. Kiranya pakej penuh la..! Sempurna!

Kebanyakan ikhwah yang saya jumpa, biasa-biasa sahaja. Yang tak ensem pon ramai. Yang betul-betul ensem, kacak dan bergaya.. Err. Rasanya tiada. Yang rupanya boleh tahan dan sedap dipandang mata, mungkin boleh dikira dengan tangan campur jari-jari kaki yang ada. 

Hish Inche gabbana ni, anda mendengus. Jangan merepek boleh tak..? Allah tidak melihat pada rupa paras! Bukan siapa yang lebih canteque dan ensem yang akan melangkah masuk ke syurga, tetapi mereka yang diredhai Allah..! Pffftt..!

Sabar, sabar, jangan cepat melompat. Saya setuju dengan poin itu, yang yang menentukan keredhaan Allah ke atas kita bukanlah rupa paras, harta, pangkat, keturunan, anak-beranak dan siapa kita di dunia ni. Saya setuju sangat dan tiada bantahan mahupun izin laluan.

Tapi anda, anda masih tidak dapat menangkap maksud saya manulis artikel ini bukan..? Adakah orang yang ensem dan canteque tidak mahu masuk syurga seperti kita semua..? (Eh, seolah-olah saya membuat kesimpulan semua yang membaca belog ini tidak ensem dan canteque..! Wahahaha.. xp) Pastinya mereka juga menginginkan keredhaan Allah yang hakiki bukan..?

Jadi kembali kepada persoalan saya yang utama; mengapa tidak ramai di kalangan mereka yang dikurniakan Allah dengan wajah yang hampir sempurna menyertai pasukan dakwah ini..? Atau dengan kata mudahnya, mengapa tak ramai ikhwah yang kacak bergaya..? Hoh. 

Saya tiada jawapan yang pasti. Tetapi saya ada satu teori dan saya menjangkakan yang teori ini bakal menimbulkan kontroversi yang panas lagi sensasi. Anda bersedia..?

Begini. Pada pandangan dan pemerhatian peribadi saya, mereka yang kacak, ensem dan tampan ini, ujian yang mereka lalui adalah lebih getir dan besar. Hanya dengan rupa paras mereka yang hampir sempurna itu, mereka telah pun diuji oleh Allah dengan pelbagai bentuk ujian dari pelbagai arah. Maka kebarangkalian untuk mereka tewas kepada ujian-ujian tersebut adalah lebih tinggi daripada lelaki-lelaki yang tidaklah sekacak mereka.



Apakah bentuk ujian-ujian tersebut..? Baaaannyaaaakk. Antaranya, apabila mereka memiliki rupa paras yang menawan, menarik tertarik kau memang debomm!, pastinya ramai anak-anak gadis yang memuja mereka, yang merelakan diri mereka untuk 'dikapelkan' atau yang lebih ekstrem lagi, menyerahkan tubuh badan mereka untuk diratah secara percuma dek tertawan dengan rupa paras si jejaka yang ditawan. Arakian bagi lelaki yang tidak cukup kuat imannya, ini adalah promosi jualan runtuh yang amat sukar untuk mereka tolak mahupun pandang dengan sebelah mata.

Antara ujian lain termasuklah tawaran-tawaran berlakon, sama ada di dalam filem atau drama, atau pon dalam iklan-iklan komersial yang lain. Lagi ensem diri seorang lelaki itu, maka lagi hebatlah tawaran yang diterimanya. Kemudian mulalah cucukan-cucukan syaitonirojim yang maha hebatnya, dan ini termasuklah berlakon bersama perempuan menggiurkan yang bukan mahramnya, membuka aurat sini sana tanpa batasan dan memakai aksesori-aksesori yang diharamkan bagi seorang lelaki. Dapat pulak tawaran berlakon dengan firma antarabangsa. Ala, setakat berbogel sekali-sekala, takkan sanggup nak tolak wang dan harta berjuta ringgit dan wanita cantik sekeliling pinggang..?? Fulamaweh. 

Salman Khan, Sharukh Khan dan Aamir Khan. Pelakon 'Muslim' yang gah di arena Bollywood. Mereka amat kacak bukan..?? [Kredit Gambar]

Belum lagi dikira ujian hati. Anda rasalah, apa agaknya yang lelaki-lelaki ensem dan kacak ini rasa setiap kali mereka dipuji dan dipuja atas kecantikan rupa paras mereka? Hatta lelaki yang kuat iman sekali pon boleh jadi akan tewas dengan pujian-pujian yang datang bertalu-talu, lebih-lebih lagi sekiranya pujian tersebut datangnya daripada makluk bernama hawa. Cair cair. Kalau hati pon dah susah nak jaga, apatah lagi anggota badan yang lain kan..? Uhm uhm.

Makanya, tidak hairanlah sekiranya ramai di kalangan jejaka-jejaka kacak yang memilih kehidupan berhuha-huha, penuh dengan noda dan maksiat kerana tewasnya mereka dengan pelbagai jenis ujian yang melanda. Ya, mereka lahir dengan rupa paras sedemikian rupa dan bukan mereka yang meminta untuk lahir ke dunia dengan rupa yang menawan dan tampan (walaupun saya sangat yakin yang mereka suka dan gembira dilahirkan sedemikian rupa); itulah ujian buat mereka. Saya amat yakin sekiranya mereka berjaya melepasi ujian ini, ganjaran yang menanti mereka juga amat besar dan lumayan.

Mujahadah mereka untuk berhadapan dengan ujian-ujian ini lebih besar dan hebat daripada lelaki-lelaki yang biasa-biasa sahaja dan tidak berketerampilan menarik seperti mereka. Tidak ramai yang sanggup untuk terus bermujahadah kerana terpaksa mengorbankan perlbagai kepentingan diri dan nafsu di hati. Maka ramai antara mereka yang memilih jalan yang lebih mudah dan kelihatannya seronok dan menguntungkan; kehidupan dunia yang indah dan mengasyikkan, tetapi malangnya penuh dengan dosa dan noda. Astaghfirullahal adzim..

Maka tidak hairanlah, Nabi Yusuf a.s., salah seorang daripada Nabi dan Rasul yang ditugaskan untuk menyampaikan risalah Allah dan terkenal dengan rupa parasnya yang hampir sempurna berdoa untuk dijauhkan daripada godaan-godaan dunia yang menggugah keimanannya:

"Yusuf berkata: 'Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh.'"
[Yusuf, 12:33]

Sebab itulah saya amat kagum apabila melihat adanya ikhwah yang berupa paras cantik dan menarik, kerana saya tahu bukan mudah untuk mereka terus berada di atas jalan dakwah dan tarbiyyah. Benar, banyak lagi bentuk ujian lain yang menimpa seseorang manusia itu; seorang akh yang tidak semat rupa parasnya mungkin ditimpa dengan pelbagai jenis ujian lain yang juga mencabar (rupa paras yang tidak cantik itu juga sebenarnya satu bentuk ujian). Tetapi pada pendapat saya, ujian yang dihadapi oleh seorang lelaki yang ensem dan kacak bergaya adalah lebih besar dan menyusahkan, kerana cabaran-cabaran yang datang bersama dengannya adalah lebih dekat dengan hati dan nafsunya. Bukankah begitu..?

Menelusuri sirah para sahabat Nabi SAW, anda akan mendapati ramai antara mereka yang kacak, ensem dan tampan rupa parasnya. Dan sebelum Islam masuk dan mengetuk pintu hati mereka, merekalah pujaan wanita-wanita di zaman itu. Merekalah Justin Bieber, Brad Pitt dan James Franco di era itu. Nama-nama seperti Mus'ab, Hamzah, Saad bin Abi Waqas dan Zubair al-Awwam meniti di bibir-bibir anak-anak gadis Mekah. Hatta Nabi Muhammad SAW sendiri adalah seorang yang amat kacak dan ensem orangnya. Namun selepas Islam menjadi cara dan tujuan hidup mereka, pengorbanan untuk mereka meninggalkan jahiliyyah yang lampau adalah amat besar kerana mereka tahu hanya dengan rupa paras yang cantik, mereka tidak mungkin dapat membeli tiket ke sorga.

Kerana itu jugalah saya amat suka merenung dan mahu bertaaruf dengan ikhwah yang kacak dan tampan (Err...), kerana saya tahu perjalanan mereka untuk berada di atas jalan dakwah dan tarbiyyah bukanlah jalan yang mudah dan dihamparkan dengan karpet merah. Uh tidak bermakna saya meminggirkan ikhwah yang kurang kacak dan ensem tahu..?? Bunyinya seperti amat salah dan sesuatu, tetapi jagan khuatir, saya tahu batas-batasnya. *koff koff*

Begitulah. Kini anda tahu mengapa saya katakan tidak ramai ikhwah yang ensem dan tampan bukan..? Et lis di Malaysialah. Ni Arab sana nun mungkin ramai jah yang kacak bergaya. Senyum sedikit nakal. Atau mungkin juga saya belum berkesempatan bertemu dengan ikhwah yang ensem dan bergaya. Hihihi..

Oh ini teori saya sahaja tahu..? Ada kemungkinan teori ini sesat baghat dan tidak ada asas-asasnya. Tetapi ini berdasarkan pemerhatian saya yang lemah ini dan tidak dapat tidak, saya sering memikirkannya. Agak pelik mengapa lelaki-lelaki yang ensem kebanyakan berada di dada-dada akhbar dan majalah hiburan, juga di kelab-kelab malam serta iklan-iklan komersial, tetapi amat kurang yang berada bersama gerombolan dakwah dan tarbiyyah.

Mujurlah Inche gabbana tidak ensem orangnya. Cuma kool dan bergaya sahaja..! Wahahaha.. (Baiklah! Sila muntah hijau sekarang juga..!) 

Peluh berpeluh-peluh.

-gabbana-

Kebetulan ketika sedang menulis artikel ini, terbaca tentang kisah seorang sahabat Nabi SAW yang hodoh di sini. Uhm.. Tiada konsep kebetulan kan..? :O

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP