26 March 2011

Eh? Aku Tak Kachak Ke..??


Respon yang saya terima selepas menulis 'Kenapa Tak Ramai Ikhwah Yang Ensem' memang amat, err, apa overwhelming dalam Bahasa Melayu eh..? Kiranya, amat mengejutkan dan saya tidak menyangkakan yang artikel itu bakal menarik minat begitu ramai orang ke belog ini.

Sehingga ke saat ini, artikel itu telah dibaca seramai tujuh ratus lebih orang dan lebih daripada seratus orang yang mengelaiknya di Mukabuku. Dan buat pertama kalinya bilangan pengunjung ke belog ini meningkat dengan jumlah yang sangat mendadak.

Mungkin bagi anda ini adalah tiada apa-apa dan hanya ibarat memakan kerepek pisang rangup sahaja. Tetapi bagi saya, itu adalah suatu rekod, apatah lagi artikel tersebut ditulis pada hari Isnin yang lepas.

Hanya kerana sebuah artikel yang mempersoalkan mengapa di kalangan ikhwah tidak ramai yang berwajah feewwwittt boleh jadi modellah..! 

Melihat kepada komen-komen yang diterima, saya terpanggil untuk menjelaskan beberapa isu dan perkara. Agak obviyes yang ramai di antara anda yang salah faham dengan artikel tersebut dan tidak nampak apa yang cuba saya sampaikan sebenarnya. Maafkan saya, mungkin bahasa saya yang kurang jelas maksudnya. 

Izinkan saya untuk memberi sedikit penjelasan. Begini. Saya amat faham dan setuju dengan pandangan sebahagian besar daripada anda yang mengatakan bahawa takrifan kacak, ensem dan segala tok nenek perkataan yang sewaktu dengannya, adalah sangat subjektif dan terpulang kepada citarasa dan pandangan masing-masing.

Saya juga amat bersetuju yang walau esem macam mana sekali pon seseorang jejaka itu, tapi kalau hati tak elok, perangai buruk dan akhlak busuk dibandingkan dengan seorang jejaka lain yang wajahnya rongak tetapi kaya dengan sifat-sifat mahmudah, akhlak mulia dan berbudi pekerti, anak dara Mak Cik Temah Johnson pasti akan jatuh hati pada jejaka yang kedua.

Eh. Eh.

Tetapi itu bukanlah point saya menulis artikel tersebut. Point saya sebenarnya amat mudah dan luruskedepan (Baca: Starightforward), yakni MENGAPA DI KALANGAN IKHWAH TIDAK RAMAI YANG KACHAK BERGAYA...? Dan saya menggunakan definisi kacak, atau ensem, atau tampan di sini menggunakan definisi yang diterima ramai dan mengikuti trend semasa, iaitu tinggi lampai, muka jambu *uhuk uhuk*, hidung mancung seludang, rambut ikal mayang dan sebagainya. Kiranya kalau sekali tengok memang hati kita akan terus terdetik, Eh sungguh kachak la mamat ini! 

Entah mengapa, anda yang membacanya tidak dapat point yang cuba saya sampaikan. Kemungkinan besar cara penulisan saya gagal menyampaikan hujah-hujah dengan baik lantas mengelirukan anda semua. Dengan itu sila mafkan saya sekian terima kasih. Wah!

Tetapi begitulah, saya memandang isu ini daripada satu aspek sahaja. Dan memang itu tujuan saya menulisnya. Saya bertanya dan kemudiannya datang dengan satu teori yang menjelaskan mengapa agaknya di kalangan ikhwah di Malaysia ini, tidak ramai yang berwajah hampir sempurna.

Makanya sekiranya isu ini dilihat daripada aspek yang lain, pastinya saya akan datang dengan teori dan kesimpulan yang lain pula. Permasalahan yang saya timbulkan amat mudah dan teori yang saya datangkan juga amat mudah difahami. Bukan begitu? Betul atau salah, sila tolak tepi buat-buat tak tahu lalala.Wahahaha..

Dengan kata lain yang amat mudah, mengapa insan-insan seperti, err, [sila isikan nama-nama yang anda rasakan ensem dan kacak bergaya tetapi mereka bukan ikhwah, kerana sekiranya mengikut definisi saya, pasti mereka tidak lepas ujian kehenseman itu! Wahaha..] tidak bersama di dalam gerakan dakwah? Dan mereka memilih untuk berlakon contohnya, atau bekerja di sektor-sektor yang akan memanfaatkan rupa paras mereka dengan seoptimumnya. Mengapa..?

Kerana menurut teori yang saya kemukakan, ujian atau cabaran yang menimpa mereka dek wajah mereka yang kacak itu lebih besar daripada mereka yang tidaklah seensem mana. Makanya, melihat kepada masyarakat dasawarsa (Walaweh!) ini yang sungguh materialistik dan mementingkan penampilan dan penjagaan imej, sudah pastinya ramai yang akan jatuh ke dalam perangkap taghut ini. Mereka tidak sanggup bermujahadah dan melawan nafsu yang menunggu masa untuk meletup di dada, dek tidak tertahan melihatkan 'ganjaran' yang sedang menunggu mereka, terima kasih kepada wajah mereka yang tampan dan menggoda.

Tetapi bukan semua begitu. Kerana ada sahaja mereka ini yang menjadi ikhwah, alhamdulillah. Cumanya, seperti yang saya katakan, kemungkinan untuk mereka ini jatuh tersungkur adalah lebih besar kerana ujian yang mereka hadapi adalah lebih getir. Analoginya begini. Anda pernah menonton rancagan Istana Takeshi? Bukanlah lebih getir dan hebat ujian yang dikenakan ke atas pemain, semakin ramai pemain yang kantoi? Ha, begitulah kurang lebih. Tetapi dalam ramai-ramai pemain itu, ada juga yang berjaya mengharungi segala bentuk ujian, bukan? Senyum kenyit mata.

Perhatian! Suka untuk saya tekankan sekali lagi yang saya melihat isu ini daripada satu aspek sahaja. Maka kesimpulan yang saya berikan hasil daripada pemerhatian ini kemungkinan besarnya adalah bias dan tidak tepat. 

Fuh. Bagaimana..? Sekarang anda sudah faham dengan apa yang cuba saya sampaikan..? Saya harap anda semua jelas dan tidak perlu lagi untuk kita panjangkan isu ini. Kerana sebenarnya tidak ada manfaat pon dan saya rasa tidak menambahkan iman pon. Salah siapa kerana menimbulkan perkara ini? Sudah tentunya seratus peratus salah Inche gabbana.

Batu besar tujuh puluh lapan kilogram jatuh menghempap kepala sambil berpeluh besar. 

Arakian silalah berbesar hati dan berakhlak mulia untuk maafkan saya ya..? Wahahaha.. Terima kasih anda semua!

Apa-apa pon, saya amatlah bersetuju dan tiada bantahan langsung bahawasanya Allah tidak melihat kepada rupa paras kita, tetapi kepada keimanan, ketaqwaan dan amalan kita, bertepatan dengan sabda Nabi SAW; 

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu  dan harta benda kamu  akan tetapi Allah melihat kepada hati perut kamu  dan amalan kamu."
[Hadith Riwayat Muslim, no: 4651]

Begitulah. Dan oh! Jangan lupa..! Sehodoh atau seburuk mana pon kita (seperti Inche gabbana ini.. *air mata hampir mengalir*), di syurga nanti semuanya menjadi tampan muda bergaya dan kachak ensem Super Saiya..! Setiap daripada ahli syurga akan memilik wajah dan tubuh badan yang sempurna, sesuai dengan taraf mereka selaku hamba-hamba Allah yang dimuliakanNya..!


Teringin banget nak masuk syurga sebab nak jumpa Nabi SAW dan para sahabat r.a. yang kacak-kacak belaka..! Fulamaweh! [Kredit Gambar]

Jadi jangan khuatir sekiranya anda rasakan anda tidak ensem di dunia ini. Bekerjalah untuk Allah sesungguh-sungguhnya, kerana anda yang kacak dan ensem di syurga nanti adalah jjjaaaaauuuuuhhhh lebih bermakna daripada dunia dan seluruh isinya. 

Jom sama-sama kita berusaha tahap mega giga gaban untuk menjadi ensem dan kacak bergaya di jannahNya nanti..! Ayuh..!

Sambil buat tangan bentuk 'peace.'

-gabbana-

Peluh besar mengalir laju apabila setelah artikel ini ditulis, tidak kurang ramainya ikhwah yang merasakan diri mereka ensem dan kacak. Ya giliran anda pula untuk muntah hijau, kerana saya telah pun melalukannya.


14 Caci Maki Puji Muji:

Bashir IbnDzul 26/03/2011, 22:47  

assalaamu'alaikum,

heh ~ pasni kene ade ikhwah masuk industri model dan lakonan untuk DF mamat2 kacak yang belum diusrahkan..

boleh ke?

IM mesir pun menguasai hampir semua kelab atau persatuan di Mesir, kecuali kelab tarian gelek je. (menguasai maksudnya ada ikhwah yang melibatkan diri dalam kelab tu dan mempunyai 'suara' di dalam kelab atau persatuan tersebut)

Mohammad Aiman 27/03/2011, 03:20  

a'ah ek.. naik sampai 200 lebih followers.. terbaik lah..
dah dapat tips untuk naikkan folower.. haha.
buat post yang kontroversi haha..

ape2 pun, sy paham maksud inche gabbana untuk artikel sebelum ini =)
langsung tak fikir ape2. haha..
bermakna saya ini orang yang sangat memahami inche gabbana la ye? wah! haha..


ini ade sikit video pasal cantik subjektif haha..
http://www.youtube.com/watch?v=j8N4BLv0-fc

SN 27/03/2011, 07:15  

salam....

x sangke ade sambungan post pasal ikhwah tu...

btw.....
Alhamdulillah..sy dah paham ape yg inche nak bg tau dah post yg lepas~~

Inche gabbana 27/03/2011, 22:46  

kahfi8: -____-" errr... saya rasa anda salah faham di sini.

dan kena tgk juga waqi' di Mesir ketika zaman tu camne dan IM tu sendiri camne. kita mampu ke nak buat mcm diorang tu..? hhmm...

pape pon terima kasih atas pandangan/cadangan! walaupom saya tak brapa nak sure sama ada seriyes atau bergurau.. hohoho..

Inche gabbana 27/03/2011, 22:47  

aiman: eh? kontroversi ke..? waktu tulis tu, takde pon niat nak tulis something yg kontroversi. rsanya para pembaca yg jadikan artikel tu sensasi! heh..

dan kalau kontroversi tapi takde pengajaran dan isi, tak guna jugak eh..? ;)

ok mekasih ntok link tu! nnt saya tgk iAllah.. ^^

Inche gabbana 27/03/2011, 22:48  

SN: terpanggil untuk buat sambungan, sbb melihatkan respon dan komen para pembaca.

alhamdulillah, semoga bermanfaat.. ;)

Bashir IbnDzul 29/03/2011, 00:09  

inche gabbana : memang, mungkin ikhwah malaysia masih tak mampu. waqi' mesir mungkin tak sama sehingga mereka mampu sebegitu.

ana faham entry ni, just bagi 'idea giler2' sket.. ^^

Inche gabbana 29/03/2011, 09:14  

kahfi8: fffuuuhhh.. lega. igtkan anda seriyes... hehehe..

Bashir IbnDzul 29/03/2011, 14:36  

nak tackle satu fakulti atau kolej kediaman pun berhempas pulas, inikan pula mahu pergi ke kelab dan persatuan seperti itu (model dan sebagainya).

inshaAllah, jika lahirnya Pakcik Hassan atau KH Rahmat versi ikhwah Malaysia..!

Inche gabbana 30/03/2011, 07:44  

kahfi8: Hihihhi.. tau pon! Jom kita sama2 tingkatkan usaha dan kapasiti kita jom..! ;)

uhm uhm, mengapa KITA sendiri tidak tanamkan azam yang kitalah yg akan menjadi the next pakcik hassan @ k.h. rahmat abdullah..?? ;D

allahu musta'an!

Bashir IbnDzul 31/03/2011, 17:37  

kita cuma mampu menjadi seperti bermula dari masa belia mereka sahaja.

sedangkan, pakcik Hassan dan KH Rahmat bermula dari sebelum itu..

jadi bolehlah strategizekan untuk anak-anak kita.. susun milestone2 tertentu utk mereka capai.. ^^

Inche gabbana 01/04/2011, 14:42  

kahfi8: tp jgn lupa, para sahabat nabi, ramai je yg gengster dan tidak berakhlak sebelum memeluk Islam, tp berubah 180 darjah selepas Islam.

moralnya? tiada apa yg mustahil..! XD

jom jom jjjoooommmm....!

Tetamusinggahje 25/08/2011, 23:54  

Rasa cam dah lambat ntk komen sebab post ni pun dah lame. Tapi ntahnape, nak jugak komen :D

Saya sangat setuju dengan teori inche gabbana. Walaupun saya ni tidak canteque, tapi..bolela nak kate sweet *uhuk-uhuk*...(tolong jgn muntah hijau, sebab itu amat mengelikan)..banyak juga cabaran yg mendatang. Lebih2 lagi yg melibatkan hati & perasan. Malah, banyak jugak 'tawaran' bercouple. Astagfirullah...

Seperkara yg membuatkn saya kuat ntk melawan & menolak segala tawaran, kerana teringat kata2 inche G..
"Saya amat yakin sekiranya mereka berjaya melepasi ujian ini, ganjaran yang menanti mereka juga amat besar dan lumayan"

Teruskan menulis inche gabbana. Semoga ni menjadi saham di sana ;)

Anonymous 02/01/2012, 17:36  

Alhamdulillah.suami sy mmg hensem tambah pula soleh. popular di kolej, menjadi imam, pengerusi persatuan dan lengkaplah segala pakej yg ada.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP