Sila Tepuk Dada, Tanya Iman..!
Baru sahaja pulang daripada makan malam bersama Inche Papa dan Puan Mama. Uhm uhm. Sehingga kini masih dihantui dengan perasaan bersalah yang teramat paling sangat.
Tadi sebelum pulang, sempat dahulu melangsaikan hutang kempunan durian yang telah sekian lama dipendam. Akhirnya setelah bertangguh buat beberapa ketika sehinggakan gerai durian belakang rumah pon dah gulung tikar, alhamdulillah dua biji durian berjaya dikorbankan. Walaupon lima puluh empat ringgit Malaysia terbang mengucapkan "Assalamu a'laikum saya minta diri dulu ya!" sambil membuat muka sedih di depan mata. Itulah akibatnya tinggal di kota metropolitan penuh bergaya; harga durian dua biji pon lagi mahal daripada beras dua puluh kilo.
Ok ok, ini bukan tujuan sebenar saya menulis post ini. Haih, selalu sahaja mudah melalut tersimpang daripada jalan yang lurus. Kini saya mahu kembali ke pangkal jalan. Hihihi..
Tadi ketika makan malam, juga ketika makan durian yang sumpah begitu hazaaabbbb lazatnya *koff koff*, sudah bersemangat untuk menghapdet belog ini. Macam-macam cerita dan bahan sudah terbayang di kepala. Terfikir untuk menulis tentang kejadian tiada air semalam; malah sudah pun menulis tajuk post tersebut pada petang tadi. Dan terfikir juga untuk menulis tentang suatu kenyataan yang ditampal di papan kenyataan masjid tempat saya bersolat di kawasan perumahan; kenyataan yang saya rasakan sedikit pelik dan ekstrem.
Tadi ketika makan malam, juga ketika makan durian yang sumpah begitu hazaaabbbb lazatnya *koff koff*, sudah bersemangat untuk menghapdet belog ini. Macam-macam cerita dan bahan sudah terbayang di kepala. Terfikir untuk menulis tentang kejadian tiada air semalam; malah sudah pun menulis tajuk post tersebut pada petang tadi. Dan terfikir juga untuk menulis tentang suatu kenyataan yang ditampal di papan kenyataan masjid tempat saya bersolat di kawasan perumahan; kenyataan yang saya rasakan sedikit pelik dan ekstrem.
Tetapi berlaku suatu kejadian yang betul-betul menggugah jiwa dan keimanan saya. Uhm uhm. Ketika beberapa meter sahaja untuk sampai ke rumah, kelihatannya sepasang kekasih sedang bermadu asmara di kerusi-kerusi awam yang disediakan oleh kami di kawasan kejiranan ini di dalam kegelapan malam yang asyik. Tampaknya mereka masih terlalu amat muda; masih belajar di sekolah menengah tekaan saya.
Tangan si uda memeluk erat bahu si dara. Aduhai. Pasangan ini adalah pasangan yang sama saya dan Inche Papa kantoikan pada malam semalam. Secara jujurnya, saya tidak merasakan apa-apa sangat, malah boleh berseloroh dengan Inche Papa dengan mengatakan "Eh, orang yang sama macam semalam tu Pa.." sehinggalah Puan Mama mengeluarkan kenyataan zaaasss berapi tahap Mahadewa Kaiou..
"Eyy.. Apa ni..?? Mana boleh macam ni..! Sapa tu..??"
Mungkin bagi anda kenyataan Puan Mama itu tiada apa yang istimewanya. Tapi pada saya, kenyataan tersebut amat menghiris jiwa, menusuk dalam sehingga ke kalbu kelapan. Mengapa? Kerana saya boleh tidak merasakan apa-apa apabila melihat kelakuan pasangan tersebut. Tunduk, air mata mengalir keinsafan.
(Sebelum kereta Inche Papa masuk ke dalam rumah, seorang pak cik memakai serban dan jubah melintasi kami menaiki motor. Errr...)
Sejak itu sehingga ke saat ini, perasaan bersalah menguasai diri. Berbelah bahagi sama ada saya patut menegur atau menasihati mereka. Jauh di sudut hati, saya benar-benar mahu melakukan sesuatu. Tetapi entah, saya pon tak pasti jin manakah yang menghalang saya daripada melakukannya.
Saya berazam sekiranya saya melihat lagi pasangan yang sama pada keesokan hari, saya pasti akan menegur mereka. Tetapi mengapa esok..?? Mengapa tidak hari ini..?? Mengapa tidak sekarang...?! Sekiranya selepas ini mereka tiada lagi di situ, tidak lagi bercanda di sana, bolehkah mereka persoalkan saya di akhirat nanti...???
Hey anda Inche gabbana! Mengapa anda hanya melihat sahaja kami bercanda-manda, membiarkan kami bergelumang dengan dosa dan noda, tanpa mahu berbuat apa-apa...???
La hawla wala quwwata illa billah.. Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah...
(Selepas menulis perenggan sebelum ini, saya terus rasa tak sedap hati dan keluar rumah untuk melihat sama ada pasangan tersebut masih di sana.
Ya! Mereka masih bercengkerama di bawah bulan purnama..! Inilah masanya untuk saya menebus kembali rasa bersalah tadi..!
Ya! Mereka masih bercengkerama di bawah bulan purnama..! Inilah masanya untuk saya menebus kembali rasa bersalah tadi..!
Dan.. Dan... Sekali lagi saya hanya mampu memerhatikan dari jauh.....)
TTT___TTT
Selepas bersolat bersama Puan Mama, saya katakan kepada Puan Mama yang saya berasa tidak sedap hati dengan pasangan tersebut. Puan Mama mencadangkan agar saya pergi kepada mereka dan bertanya kepada mereka secara baik, anda ni dari mana? Tau tak apa yang anda buat ni tak elok..?
Selepas bersolat bersama Puan Mama, saya katakan kepada Puan Mama yang saya berasa tidak sedap hati dengan pasangan tersebut. Puan Mama mencadangkan agar saya pergi kepada mereka dan bertanya kepada mereka secara baik, anda ni dari mana? Tau tak apa yang anda buat ni tak elok..?
Walaweh Puan Mama! Anda memang terbaik...!! Suka!
Saya terus keluar rumah sekali lagi. Hati sedikit berharap yang mereka sudah meninggalkan tempat itu. Dan.. Dan.. Uhm uhm. Mereka sudah tiada..! Ya Allah... Tak tahu nak rasa gembira atau marah atau sedih atau keliru atau atau...
Tetapi ada sebuah kereta Kancil yang mencurigakan di kawasan tempat kejadian. Enjinnya terpasang tetapi tiada tanda-tanda yang mereka mahu meninggalkan kawasan tersebut. Adakah pasangan tadi di dalam kereta tersebut..? Ketika mereka sedang asyik bercengkerama, tidak perasan pula yang kereta tersebut ada di situ. Dan terasa juga seperti mahu mengintai-intai siapakah yang ada di dalam kereta tersebut.
Tetapi...... Sekali lagi saya hanya mampu memerhatikan dari jauh. Lama juga saya perhatikan kereta tersebut. Akhirnya saya pasrah dan masuk ke dalam rumah semula.
Air mata sujud pembebasan mengalir laju tanpa henti.
Saya terus naik dan bertilawah untuk menenangkan hati. Tidak berjaya. Hati saya begitu kacau dan berkecamuk. Terasa diri begitu hina, marhaen dan lemah.
Tarbiyyah yang kononnya saya lalui selama ini nampaknya gagal membina hati dai'e yang kental dalam jiwa saya. Ya Allah.. Saya gagal. Saya GAGAL...!!
Akhirnya, sebelum tidur, sekali lagi saya keluar rumah untuk menjenguk-jenguk. Dan saya bertekad sekiranya kereta Kancil tadi masih ada di situ, saya akan pergi dan berbuat sesuatu. Tiada. Tiada lagi kereta Kancil di situ.
Pagi ini saya bangun dengan perasaan bersalah menyelubungi diri. Dan sehingga ke saat ini, perasaan bersalah, hina, tak mampu dan apa-apalah yang seangkatan dengannya masih kuat menghantui jiwa ini. Malah terasa amat berat untuk menghabiskan artikel ni.
Uhm uhm. Mungkin saya tidak layak lagi untuk menulis, kerana tulisan-tulisan saya tidak menggambarkan siapakah diri saya yang sebenar. Ya Allah....
Uhm uhm. Mungkin saya tidak layak lagi untuk menulis, kerana tulisan-tulisan saya tidak menggambarkan siapakah diri saya yang sebenar. Ya Allah....
“Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah diubah dengan tangannya, jika tidak berupaya hendaklah diubah dengan lisannya, dan jika tidak berupaya juga hendaklah diubah dengan hatinya dan yang sedemikian itu selemah-lemah iman.”
[Hadis riwayat Muslim]
Lemahnya iman aku Ya Allah.. Rupa-rupanya iman yang ada di dada selama ini hanyalah selemah-lemah iman...! Itu pon kalau ada...! Aku malu Ya Allah..! Aku malu....!!!
Saya dah tepuk dada saya dan tanya iman saya. Jawapannya? Iman saya teramatlah super duper lemah... Air mata tidak tertahan.
Para pembaca, sila doakan agar Allah kurniakan saya kekuatan sekiranya perkara yang sama berulang pada malam ini. Maksiat mesti dicegah..! Jahiliyyah mesti ditegah..! Taghut mesti digugah...!
Allahu Akbar..! Allahu Musta'an..!
-gabbana-
Yang amat kechiwa dan sedih dengan diri sendiri.....
25 Caci Maki Puji Muji:
ya. saya mendoakan iman inche gabbana seperti super saiya seperti inche gabbana selalu perkatakan.
Urm..*terdiam sebentar*
Sejujurnya saya keliru kenapa inche gabbana tidak meneruskan niat untuk menegur mereka..tapi mungkin inche gabbana lebih mengetahui kenapa..
Tapi jangan la sedih sbb bile inche gabbana tulis artikel ni pun,benda ni dah kasi kesedaran pada orang lain juga.Kalau sesiapa yang hati die tergerak nak menegur orng yang buat maksiat lepas bce entry inche gabbana kali ni,insyaAllah besar pahala tu.
inche gabbana~ sy juga mmpunyai mslh yg same...mintak semua doakan untuk dberi kekuatan olehNya dalam usaha untuk menegur pasangan2 tersebut...huuuu
post ni mmg wat saya fikir balik..sama je inche gabbana.sy bru prsn saya pn camtu.
lepas ni kena sama2 berubah.mgkin blh wat post how to overcome this problem.n tips & ayat2 utk cara2 menegur bila ada masalah mcm ni.
ur mom blh bg idea kot;)
oh, sebab ini ke yg menyebabkan keluarnya status di facebook baru2 ni..?
kalau saya spt inche Gabbana, saya pun tiada kekuatan utk menegur
TT__TT
salam incek gabbana,
sebenarnya tulisan ini betul-betul menyentuh perasaan saya.
buat anda, jangan terlalu bersedih ya, bukan mudah kan untuk menjadi seperti assyahid HAB dan allyarham KR rahmat (sang murabbi). boleh membanteras maksiat menggunakan tangan sendiri
kita mungkin masih bertatih. dan itulah tarbiyah, belajar dari masa ke masa. sekarang, anda merasa kecewa, mungkin ini akan jadi pemangkin untuk selepas2 ini. sekurang2nya anda sedar sekarang..
semangat! Allah dan sahabat2 lain bersama anda! semoga semua ini tak melunturkan semangat anda. tapi terus tingkatkan diri. insyaALLAH
bila berasa sedih dgn diri sendiri, kecewa menyelubungi, saya selalu mngingatkan jiwa bahawa ia telah sgt jauh dgn Tuhannya sendiri, tafakur sesaat lebih mahal dari ibadat kosong seumur hidup..
=)
salam...
"...Di antaramu ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu ada orang yang menghendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka untuk menguji kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu. Dan Allah mempunyai karunia (yang dilimpahkan) atas orang-orang yang beriman."
(Ali Imraan 3:152)
^^
artikel yang menarik.
yg drasakan oleh semua org yg tdk maksum,ttpi blm tentu dsuarakan...
tarbiyah dan dakwah sewajarnya seiring,ttpi tdk ramai yg mampu berbuat demikian.tarbiyah yg ddapatkan hanya utk diri dan org terdekat,ttpi tdk mampu disebarkan kpd yg lain2,lebih parah lg ada yg menyimpan tarbiyah utk dirinya sendiri sahaja-as u pointd out,tergantung kepada kekuatan iman.
tetapi point yg lebih menarik perhatian sy d situ adalah 'Kerana saya boleh tidak merasakan apa-apa apabila melihat kelakuan pasangan tersebut'.
penyakit ini lah yg lebih menakutkan dari yg pertama,apabila sudah tidak mampu membezakan antara yg haq dan yg bathil,apatah lg yg syubhah.apabila way of life dpengaruhi dgn elemen2 maksiat,sehingga memandang dunia dr kacamata barat,sehingga yg buruk kelihatan cantik,sehingga maksiat menjadi 'x de pape la..cool laa...'
betapa daifnya manusia,yg mengikuti tarbiyah saja sering dtimpa penyakit ini,apatah lg yg islam d I/C saja...
tahniah kepada inche yg berjaya membezakan yg haq dan bathil,n brusaha mencegah dgn hati.smoga allah menguatkan lg iman kita sepanjang menelusuri jalanNya.adapun kata2 ini semua ditujukan kepada diri sendiri,yg hidup dalam 2 alam.
enonimus I: =') jzkk. ameeen ya robbal a'lamin.
payung kecil: sampai skang pon masih menjadi misteri buat diri saya.. =(
iAllah. mekaseh atas kata2 yg memberi semangat tu... ;)
enonimus: ameen. IAllah. jom kita sama2 kuatkan semangat! kalau bukan KITA yg nak amar ma'ruf dan nahi mungkar, sapa lagi x...? =)
itachi: lega juga bila tahu bukan sy sorang je yg mengalami masalah camtu. no offense tho.. ;)
iAllah. jom kita sama2 fikirkan solusinya! ^^
sherlock holmes: haah, sebab tu lah. uhm, mana tahu lagi. anda belom lagi menghadapi situasi camtu.
siapa tahu sekiranya anda berada di tempat saya, anda akan lebih berani untuk bertindak berbanding saya..? ;)
enonimus III: Tak tau nak cakap apa. terima kasih byk2. ;) dan saya benar2 memaksudkannya..
pemburu syurga: jzkk akhi. peringatan yg sgt berguna... ;)
arissa myana: =') jazakillah ukhti....
pocong: *terkedu* tak tahu nak cakap apa...
*tunduk keinsafan, air mata mengalir laju*
jzkk....
stiap dai'e tu ada musim2 futurnya, there comes kepentingan berjemaah, utk menguatkan kader2 dakwah ni dari terus futur sendirian..
looking at the bright side, syukurlah hati masih sensitif bila dijentik-Nya dan masih dikelilingi org yg 'sedar' utk buat kita sedar.. dgn ujian kali ni, perasanlah yg Allah masih syg
tarbiyyah ni kan mmg sekolah.
kalau baby yg tgh bljr tatih rasa down cmni everytime jatuh, smpai bila takkan jalan kan.
bangun balik, overcome the problem, dptla naik grade baru. tapi lepas tu be prepared utk ujian lain plak dtg. jatuh lg. down lg. tp takpe, bgn balik, overcome the problem utk naik grade seterusnye plak.
wahaha ckp cm keling. moga mesej sampai dan moga sy yg plg igt, kerana mata ini plg dkt dgn apa yg sy tulis ni.
Mar: Setuju setiap dai'e ada musim futurnya. tp bg setiap dai'e, futurnya berbeza. lagi qawiyy seorang dai'e tu, lagi halus dan merbahaya kefuturannya itu.
dalam kes saya, terang tang tang la jahiliyyah tu dtg menyerang. nampak sgt la sy ni tak qawiyy lgsung.. TT__TT
uhm uhm btol btol. alhamdulillah.. ;)
enonimus: uh oh, menarik analogi anda tu. btol btol. mmg tabiat dakwah ni penuh dgn ranjau dan duri.
sama ada kita mahu belajar dan cari jalan bagaimana nak elak duri, atau kita terus menerus nak kena cucuk dgn duri dan ranjau yg sama..!
terima kasih! ^^
salamu alaykum..
sy baru je start bace blog ni... mmm, tetibe ter-addicted plak..ntah la pesal..
tp nk bg 1 idea cane nk approach mereka2 yg camni esp bebudak skolah.. ni naqibah sy penah bwt la..
kalo terjmp lg org2 yg sdg berdua2an ni, pi approach mrk sambil bawa makanan (e.g spegeti, kek yg nyam2, kfc, pizza).. manusia ni kalo bab2 makan mesti xleh tolak ye..
then mula2 tny dulu mrk umur bape? da kahwin blum? pastu ajak makan then kenal2 la dgn mrk tu..
last skali, ajak la mrk dtg lg, blh rase makanan lain plak..kalo mrk dtg bagus la.. lama2 mrk akan mula terikat then baru awak tegur dgn berhikmah..
ni slh satu cara nk DF..
sekadar berkongsi sbb da penah buat and alhamdulillah berjaya ..hehe..sgt suka (tp sume ye dari Allah)
gigih berlari: menarik sgt idea tu..!!
tp sy rasa yg beza antara lelaki dan perempuan, perempuan ni kurang segan sket eh kalau nak buat benda2 camtu..?
laki ni.. ego mungkin..?
tp iAllah saya akan cuba mujahadah. belum cuba belum tahu, kan..?? ;)
jzkk ataa perkongsian yg sgt bermanfaat..!
ada air mata mengalir di sini..
terima kasih akh.
ini juga yang saya rasa pada beberapa waktu,,mmungkin kelelahan iman..doakan ana juga!
Post a Comment