Peluh Berpeluh-peluh
Sigh.. [Kredit Gambar] |
Bukan, ini bukan entry tentang kesihatan. Dan bukan, ini bukan entry tentang cara-cara bersukan yang paling afdhal untuk merembeskan peluh secara berjemaah.
Ini adalah entry untuk menceritakan keadaan saya selepas menulis 'Sila Tepuk Dada, Tanya Iman!'
Secara jujurnya, selepas peristiwa itu, saya kurang bersemangat untuk menulis belog lagi. Mengapa..? Kerana saya rasakan diri saya hipokrit. =(
Selasa malam dan malam semalam, setiap kali melalui selekoh memasuki jalan kawasan perumahan saya selepas pulang dari kerja, jauh di sudut hati saya berharap agar pasangan tersebut tiada bermadu asmara di tempat kejadian. Risau sekiranya saya tewas sekali lagi dengan ujian itu. Dan setiap kali itu juga memang mereka tiada di tempat kejadian.
Selasa malam dan malam semalam, setiap kali melalui selekoh memasuki jalan kawasan perumahan saya selepas pulang dari kerja, jauh di sudut hati saya berharap agar pasangan tersebut tiada bermadu asmara di tempat kejadian. Risau sekiranya saya tewas sekali lagi dengan ujian itu. Dan setiap kali itu juga memang mereka tiada di tempat kejadian.
Lega. Pada masa yang sama, perasaan yang menghambat saya pada malam Isnin yang lepas terus-menerus menghantui saya. Saya pon tidak pasti sama ada saya patut berasa gembira atau sedih dan kechiwa, kerana tidak lagi diberi peluang untuk bermuhajadah diri.
Uhmm.. Memang sah dan sahih la betapa lemahnya diri dan iman yang ada di hati.
Seorang rakan baik yang membaca belog ini mengsms saya dan berkata,
"...cntik nye tarbiyah Allah untuk ko [Inche gabbana] skurang2nya ko bkesempatan utk muhasabah hati n diri. Dia xnak ko rasa selesa sgt kot kan hihi~"
Allah. Bergegar hati membaca mesej itu. Sebagaimana dalam post 'Kebetulan? Bahasa Argentinakah Itu?', benarlah, tiada kebetulan di dalam hidup ini. Pastinya ada mesej yang Allah mahu sampaikan kepada saya. Dan pastinya Allah mahu saya belajar sesuatu daripada peristiwa itu..!
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[al-Baqarah, 2:216]
Terima kasih ya Allah..!
-gabbana-
Eceli banyak je benda yang saya nak nukilkan. Tapi.. Entahlah. Takde semangat dan kekuatan lagi.
Jangan khuatir. Insha-Allah selagi nyawa dikandung badan, saya akan terus menulis selagi mana penulisan saya dapat memberi manfaat kepada anda yang membacanya. Doakan saya ya..! ;)
Jangan khuatir. Insha-Allah selagi nyawa dikandung badan, saya akan terus menulis selagi mana penulisan saya dapat memberi manfaat kepada anda yang membacanya. Doakan saya ya..! ;)
6 Caci Maki Puji Muji:
hwaiting2 XD
same here,brader.pon rasa hipokrit,hidup dalam 2 alam.alam tarbiyah,n alam gila2 penuh lagha.2 personaliti yg berbeza.
in life,ada jatuh bangun terguling terlentang,tp life goes on.no use crying over spilt milk.yg penting keep moving 4ward.smbil trus berdoa n berharap.sy pon tgh cari jalan kluar dr kehidupan amfibia ini.sama2 la kte berusaha,keep up bro!!
salaam,
huhu ~ kita mungkin dalam kasut yang sama (translate dari BI)
macam 'segan' atau 'malu' nak tegur org buat maksiat. tak tau la sebab takut kena marah ke, atau sebab takut orang kate 'apehal alim sangat ni?'
btw, nak tanya, apa yg tertulis kat papan kenyataan masjid tu? kat entry 'sila tepuk dada tanya iman' tu.
novelgurl: ??? :O
pocong: TT__TT eh saya suka la ngan anda ni. sefikrah. hohoho..
tp mcm yg anda cakap. pape pon kita kena berusaha, jiddiyyah untuk keluar daripada alam lagha dan jahiliyyah ni kan...??
ayuh!! ;)
kafhi8: uhm uhm, btol btol.. kita risau sgt ngan reaksi org, ngan apa yg org fikir pasal kita.
tp pernah ke kita kisah pasal apa yg allah fikir ttg kita..?? TT__TT
moga menjadi muhasabh iAllah..
p/s: apa yg ditulis..? tunggguuuu.... xp
Post a Comment