9 December 2010

Kalaulah Aku Berkalau-Kalau, Mesti Kalau Dikalau-Kalau

Eh. Peliknya tajuk post hari ini. En? Tak kisahlah pelik ke tak pelik, asalkan mesej sampai. Wahahaha.. ;)

Anda suka berkalau-kalau? As in... 

"Ish kalaulah aku belajar elok-elok dulu, kompem dah dapat sekoleship tu.."

atau

"Kenapalah aku tak couple ngan dia dulu tu. Kalau tak mesti dah jadi bini aku..."

atau pon

"Kalaulah aku tak drive macam orang gila dulu, mesti adik aku hidup lagi sekarang ni.. Wuwuwu.. TT__TT"

tak pon 

"Kalau aku bagi sedekah ni kat dia ni, mesti dia pergi beli dadah.."

Mesti pernah kan..? Tipulah kalau anda kata anda tidak pernah berkalau-kalau.

Saya paling suka berkalau apabila saya rasa sesuatu outcome tu boleh jadi lebih baik sekiranya saya saya buat itu dan itu atau tidak buat itu dan ini. Contoh yang paling klasik sudah tentunya keputusan peperiksaan. 

Dan ketika inilah Mesin Masa Doraemon menjadi watak utama dalam krisis hidup saya itu. Alangkah seronoknya dan bestnya kalau saya boleh kembali ke masa lalu dan mengubah perkara-perkara yang saya tidak ingini daripada berlaku! Kalau lagi. 

Tetapi anda tahu tak yang sifat berkalau-kalau ini adalah suatu sifat atau perangai yang bukan sahaja tidak senonoh, malah boleh membahayakan aqidah anda..? Betul tu, aqidah anda dalam bahaya sekiranya anda berasal daripada spesies yang suka berkalau-kalau ini.

Wah, Inche gabbana ni, suka hati dia je. Pandai-pandai pulak dia nak keluar fatwa..!

Tidak, walaupun saya memang seorang yang pandai, bijak dan bergaya (Hohohoho.. ^^"), namun dalam hal ini, saya tidak memandai-mandai. Apatah lagi untuk mengisukan fatwa. Tidak beranilah!

Ish kalaulah aku berkalau-kalau, nanti kalau aku terkalau, kalaulah dikalau-kalau! o__O [Kredit Gambar]

Hakikatnya, sifat berkalau-kalau ini mengundang kepada terjejasnya iman kita kepada kekuasaan Allah dan qada' dan qadar itu sendiri. Bukankah rukun iman yang pertama dan terakhir merujuk kepada keyakinan kita kepada Allah, juga kepada perancanganNya serta pelaksanaan kepada perancanganNya itu..?

Yalah, kalau kita sibuk nak berkalau itu dan ini, "Kalaulah aku tak lempang dia dulu...", "Kalaulah aku pergi beli roti canai dulu tadi...", "Kalaulah aku cepat sikit je tadi...", "Kalaulah aku ini dan itu...", apa maknanya semua itu? Bukankah bermaksud kita tidak yakin dengan ketentuan Allah..? Nau'dzubillah... *geleng-geleng kepala*

Lebih teruk lagi apabila kita berkalau-kalau ni, maknanya kita su'udzan dengan Allah. Kita berprasangka buruk dengan Allah. Ya Allah.. 

Bahaya woo kalau hati kita mula disemaikan dengan keraguan terhadap Allah ni. Yela, memanglah kita tak maksudkannya. Tapi kalau dah jadi satu kebiasaan, apabila kita sudah terlalu gemar berkalau-kalau, dikhuatiri keraguan kita terhadap kekuasaan dan kebijaksanaan Allah akan mula meresap ke dalam hati kita.

Sebab tu Nabi SAW ada bersabda:

"...Jika terjadi sesuatu kepadamu, jangan katakan, 'Kalau aku berbuat, maka terjadi ini dan itu.' Tapi katakan, 'Allah telah menakdirkan. Apa sahaja yang dia kehendaki, maka Dia kerjakan.' Kerana kata 'kalau' itu membuka ruang kepada amal Syaitan."
(Hadith Sahih riwayat Imam Muslim)

Memang Inche syaitonirojim ni sentiasa je menanti-nanti peluang untuk membisikkan keraguan ke dalam hati kita. Sebab berputik daripada keraguanlah, Inche syaitan akan menyuntik pula keyakinan; keyakinan yang Allah tidak berkuasa, keyakinan yang Allah tidak mengetahui apa yang terbaik untuk kita, keyakinan yang usaha dan doa kita sia-sia sahaja.. Astaghfirullahal adzim.. Dan apabila Inche syaitan sudah berjaya menyemai keyakinan di dalam hati kita yang Allah bukanlah Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, maka Inche syaitan sudah berjaya menyesatkan kita. Nau'dzubillahi min zalik.

Di dalam Surah al-Baqarah, ayat 216, Allah berfirman:

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Apabila kita berkalau-kalau ni, apa yang selalunya terlintas di dalam kepala hotak kita..? Mesti kita fikir, kalaulah aku buat ini dan itu, mesti dah jadi macam ini dan itu. En? En? Kita rasa kita sebenarnya boleh membetulkan atau memperbaiki keadaan seandainya kita mengambil sesuatu tindakan itu. Ha, itulah yang saya katakan kita tidak yakin dengan perancangan Allah.

Hakikatnya, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Sebab apa..? Sebab Dia yang menciptakan kitalah! Aish. Samalah macam mak kita. Dia yang melahirkan, menyusukan dan membesarkan kita. Of koz la ada benda yang dia lebih tahu pasal kita daripada diri kita sendiri. So apatah lagi Allah, tuhan yang menciptakan kita dan memiliki hati, jiwa dan ruh kita. 

So kalau kita end up dapat exam results yang tak brapa nak best, memanglah sebab kita tak belajar, kita lalai, banyak main dan sebagainya. Tapi at that point of time, itulah yang terbaik untuk kita. Sebab apa..? Sebab Allah yang cakap. Kita mungkin ingat yang keputusan hampagas tahap ayam itu adalah sesuatu yang buruk kita, tetapi rupa-rupanya ada hikmah dan rahmat yang menyorok di celah-celah batu di tepi rumah itu. Eh.

Kalau kita end up kawen dengan si Temah anak Pak Boyan, instead of Wardina Safiah, maka kita kena bersyukur sebabnya itu adalah ketentuan Allah. Tak perlu nak berkalau-kalau lagi. Terima dan berterima kasih. Lebih baik berkahwin daripada hidup membujang sampai ke tua bukan..?

Tetapi, jangan salah faham. Ini tidak bermakna anda perlu menerima bulat-bulat sesuatu outcome itu tanpa perlu berusaha. Jangan jadi bodoh. Jangan jadi seperti orang-orang berfahaman Jabbariyyah. Ketentuan dan takdir Allah itu sesuai dengan sunnatullah di mana kita perlu berusaha, berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu. Rasa-rasanya kalau anda duduk di rumah melangut goyang kaki tak buat apa, possible ke nasi goreng ayam padprik cili api sambal petai turun daripada langit, elok-elok je berbungkus dalam bekas polisterin yang diletak di dalam plastik merah? Ish. 

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."
(Ar-Raad, 13:11)

Maka apabila sesuatu musibah atau perkara-perkara yang kurang enak berlaku kepada kita, menjadi tanggungjawab dan tugas kita sebenarnya untuk mencari hikmah yang tersembunyi. Satunya, yelah, untuk menyedapkan hati. Keduanya, orang yang rugi dan bodoh adalah orang yang tidak belajar daripada kesilapan dan kegagalannya. 

Dah tu, kalau kita fail exam sebab dulu asyik main awek je, dok fly sebab nak main Dota, takkan lepas ni kita nak buat benda yang sama? Atau kita eksiden sebab mabuk minum air kencing syaitonirojim dan menyebabkan kematian nenek kepada jiran sebelah rumah anda, so lepas ni nak minum lagi? Atau kita setiap hujung bulan dok kais pagi makan pagi kais petang makan petang sebab awal-awal bulan lagi dah dok perabih duit gaji, tak reti-reti lagi nak berjimat..?

Dan ketiganya, untuk mendidik diri kita menjadi hambaNya yang taqarrub denganNya, yang sentiasa bersyukur dan rendah hati dan yang sentiasa berazam untuk menjadi hambaNya yang lebih baik, soleh dan bertaqwa sehari-hari. Sementelah kita ini adalah hambaNya yang hina, yang begitu banyak berhutang dengan rahmat dan kasih-sayangNya yang melimpah ruah. Dan pastinya untuk mengukuhkan keyakinan kita kepada Allah, tuhan yang satu dan Esa. Kerana itulah batu asas kepada keimanan kita kepadaNya; keyakinan dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi bahawa segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan dan kebijaksanaanNya.

Jangan berputus-asa dengan rahmat Allah. Never! Yakinlah dengan ketentuanNya..! [Kredit Gambar]

Kata Saidina 'Ali r.a.:

"Orang yang hari ininya lebih teruk daripada hari semalam, maka dia adalah orang yang bodoh.
Orang yang hari ininya sama seperti harinya semalam, dia adalah orang yang rugi.
Sedangkan orang yang hari ininya lebih baik daripada semalam, maka dialah orang yang beruntung." 

Bangunlah selepas jatuh. Teruskan melangkah. Dan sekiranya anda jatuh sekali lagi, jangan sekali-kali berputus asa. Bangun, sapu pasir dan habuk pada badan anda, dan teruskan lagi melangkah. After all, failure is the best teacher for success eh..? ;)

-gabbana- 

17 Caci Maki Puji Muji:

N 09/12/2010, 11:20  

iche gabbana terima kasih kerana mengingatkan saya sekali lagi berkenaan 'kalau-kalau' ni melalui entri anda :)

mr.helianthus 09/12/2010, 12:09  

saya periksa final sem esok...moga entri ini menjadi pembina semangat...sbb baru je td terpikir "kalaulah exam lg seminggu pon dah cukup baik" psl byk lg tak revise ni hah...(pastu ada ms plak baca blog org..mmg kontradik)

Inche gabbana 09/12/2010, 12:39  

N: eh? saya pernah mengingatkan anda pasal kalau-kalau ke seblom ni..? hehe..

sama-sama. moga bermanfaat biidznillah... ;)

Inche gabbana 09/12/2010, 12:40  

helianthus: hahaha. alhamdulillah. kalau btol post ni bg smangat, saya tumpang gembira. ^^

dah dah, syuh! g stadi..! all the best yea..? ;)

zameer.zaihan 09/12/2010, 14:26  

Failure is the real success after all :)

afiqah 09/12/2010, 18:28  

if is a game of satan..

i got that from novel versus by hlovate...

thanks for the reminder :D

i'm glad that i found your blog :)

Mohammad Aiman 09/12/2010, 21:29  

thanks..
wah, peringatan yagn sering dilupakan.. :)

Anonymous 10/12/2010, 07:24  

Saya sudah dimaksudkan untuk posting tentang sesuatu seperti ini di halaman web saya dan anda memberi saya ide. Cheers.

chittysarah 10/12/2010, 08:24  

berterima kasih sangat ngan entry nie..
n thanks la datang kat blogku,
law eh,dapt gak tau info menarik nie
thanks~~

lallala~~

clarky 10/12/2010, 09:49  

kalaulah aku tak jumpa ex bofren, mesti laptop aku tak hilang dulu.

kalaulah aku tak kenal bofren sang ni mesti aku tak gila macam skang nih.

kalau kalau kalau au au aaww!

Inche gabbana 10/12/2010, 10:54  

zameer: eh..? *garu kepala*

tengok keadaan gak kowt... hihihi.. ;)

Inche gabbana 10/12/2010, 10:55  

afiqah: btol btol btol (gaya upin ipin) hohoho..

sgt bertepatan ngan hadith yg saya sebutkan tu. mekaseh ye! ^^

Inche gabbana 10/12/2010, 10:55  

aiman: barakallahu fik.. moga bermanffat biddznillah.. ;)

Inche gabbana 10/12/2010, 10:55  

enonimus: cheers..! hihihi.. ^^

Inche gabbana 10/12/2010, 10:56  

chittysarah: sama-sama kasih diterima. eh.

mekaseh juga kerana sudi buat lawatan balas. ;)

Inche gabbana 10/12/2010, 10:56  

clarky: hahahaha..

err... anda sihat ke..? nak panadol..? ;p

Unknown 12/07/2013, 08:01  

while blogwalking, jumpa blog inche gabbana.. alhamdulillah, dapat peringatan semula di pagi hari ni.. tq :)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP