20 October 2010

Angel Wears Gucci


Akhirnya. 

Sempena menyambut post yang ke-200, saya akan menceritakan kepada anda sejarah penubuhan gagasan Angel Wears Gucci ini. Bagaimana? Mengujakan bukan? Wahahaha.. (Terbayangkan Action Kamen yang sedang ketawa besar...)

Tetapi sebelum itu, saya agak hairan sebenarnya. Seingat saya, tidak lebih daripada sepuluh orang (mungkin juga lima) yang pernah bertanya kepada saya, sama ada muka ke muka atau secara maya, mengapakah saya menamakan blog ini dengan Angel Wears Gucci? Atau mengapa saya menggunakan nama samaran gabbana? Tidak cukup kontroversi dan sensasikah nama blog ini? Bagaimana pula dengan identiti pemiliknya? Oh sungguh hairan.

Saya sedar saya bukanlah seorang penulis atau Inche Blogger yang popular yang menjadi pojaan hatiku atau menjadi jeritan anak-anak gadis seperti Maher Zain lagaknya. Oh tidak sama sekali. Terjahan kritikan dan caci maki puji muji bagi setiap post pun jarang-jarang melebihi sepuluh. Jumlah pengikut tegar dan pelawat unik juga tidak seramai blog-blog hebat yang lain. Saya hanyalah seorang penulis blogger yang hina di alam yang fana ini...  *mode insaf*

Baiklah. Hikayat Angel Wears Gucci bermula begini.. Semuanya bermula apabila seorang rakan baik mencadangkan agar saya mula merancang untuk membuat sesuatu yang besar dan signifikan, kerana dia melihat ada potensi yang besar pada saya (ok tetiba rasa malu sekejap. boleh pinjam kain pelikat anda untuk saya tutup muka..?). Maka setelah berfikir dan berfikir, saya memutuskan untuk menterjemahkan cadangannya itu melalui penulisan. Saya memang suka menulis dan sudah tiba masanya saya menulis dengan serius. Dan saya rasakan dengan menulislah saya dapat menterjemahkan pemikiran saya dengan lebih terang dan benderang (Selain bercakap! Oh!). Itu penghujung Disember 2007, dan akhirnya, post pertama saya, Muqaddimah: Mengapa Aku Menulis diterbitkan pada Januari 2008.

Sedikit kajian tempatan
Jika anda merupakan salah seorang kipas susah mati blog ini, atau paling kurang selalu mengikuti perkembangan penulisan dalam blog ini, akan dapati gaya penulisan saya telah banyak berubah.

Saya ingat lagi di peringkat awal blog ini, saya mengambil pendekatan untuk menulis secara penuh professional dan skema. Wahahaha.. *menutup muka dengan dua telapak tangan sambil berlari-lari anak kerana berasa segan*

Banyak juga artikel ditulis dalam bahasa omputeh. Tidak ketinggalan puisi-puisi romantis yang pasti akan menaikkan bulu roma anda yang membacanya.

Kini pendekatan lebih santai dan sempoi digunakan. Gabungan antara formal dan sempoi juga kadangkala digunapakai. Bahasa Melayu digunakan sebagai medium utama tetapi ditulis dalam mode gila-gila. Kadang-kadang kalau ada selera, saya tulis juga artikel berbahasa omputeh. Kali terakhir saya menulis artikel dengan bahasa Inggeris yang agak tunggang terbalik adalah pada 7 Oktober yang lalu bertajuk The Most Powerful Women On Earth. Kini saya dapat merasakan yang masa hadapan bahasa Inggeris agak suram dan kelam. TT__TT Sudah lama juga saya tidak menghasilkan karya berbentuk puitis. Bagus juga kerana saya pasti A. Samad Said pasti akan terkena sawan berbuih mulut sekiranya diberi peluang membaca karya-karya saya selama ini.


Saya juga mengambil pendekatan cuba untuk menulis apa-apa isu yang dirasakan menarik dan pom pom pom, tidak kiralah ia berkaitan dengan isu politik, ekonomi, agama, isu semasa, kain batik Mak Cik Bedah yang dirompak daripada ampaiannya, kucing Parsi Pak Abu yang dicukur bersih bulunya; apa-apalah asalkan ia sensasi dan berharga. Pada masa yang sama, saya amat menjaga kualiti blog ini dan tahu batas-batasnya. Saya tidak akan sewenang-wenangnya meletakkan gambar-gambar yang tidak semenggah mahupun menggunakan perkataan yang sekiranya Pak Kiyai Abu Samah membacanya, pasti pengsan dan tidak akan bangun-bangun lagi. Bukankah saya pemuda Melayu yang bersopan santun dan beradab ketimuran di akhirnya..? Wahahaha.. ;D

Sehingga kini, sekiranya diberi peluang, saya amat gemar menulis cerita-cerita pendek. Antara peberet saya termasuklah fx-570MS Untuk Ana, Cikgu Zara, Kuli dan siri Akhi (eh boleh ke nak suka artikel tulisan diri sendiri..? Hihihi..). Menyiapkan satu-satu karya sebenarnya sangatlah hazab penatnya. Namun membaca semula karya yang ditulis membuatkan saya benar-benar teruja, gembira dan rasa seperti nak makan Ais Krim baskin Robbins perisa Jamoca Almond ketika itu juga!

Dolce & Gabbana
Ok sudah tiba masa untuk saya membuat pengakuan. Pengakuan berani mati. Saya berani kerat jari kalau anda tidak tergelak, atau et lis tersenyum sinis selepas membaca pengakuan ini.

Saya memilih untuk menggunakan nama samaran Dolce & Gabbana pada mulanya, dengan saya memilih nama gabbana (oh bunyinya lebih glamor! itu sahaja..) dan rakan baik saya tadi Dolce. Saya yang mencadangkan agar blog yang bakal ditubuhkan nanti akan diuruskan oleh kami berdua; masing-masing akan menyumbang artikel mengikut kesukaan dan selera masing-masing.

Mengapa Dolce & Gabbana? Oh saya belum menjawab soalan itukah? Baiklah. *tarik nafas* *lepas nafas yang ditarik tadi* *tarik nafas sekali lagi..* Kedua-dua kami amat meminati fesyen (ketika itulah!) dan saya sendiri boleh dikatakan 'agak' metro (oh malunya!). Dan Dolce & Gabbana terus menerpa ke dalam kepala otak saya apabila saya mula-mula mencari nama samaran untuk menulis. Sungguh sempurna bukan..? Kedua-dua mereka merupakan sahabat karib dan sama-sama bekerja dalam industri fesyen bertaraf antarabangsa. Dan D&G sendiri merupakan jenama yang mempunyai begitu ramai kipas susah mati di seluruh dunia. Jadi menggunakan nama Dolce & Gabbana semacam amat sesuai untuk melancarkan blog kami nanti.

 

Tapi jangan risau. Saya tidak itu. Ala itu.... Ish, kena sebut jugakah? Haih... Baiklah. Saya tidak GAY. Sekali lagi, saya bukanlah seorang yang homosek.

(Nau'dzubillah... Tak tergambar akibatnya kalau tidak diterima Rasulullah SAW sebagai umatnya di akhirat nanti..! TT__TT)

Ke mana menghilangnya Dolce?
Memang sejak awal lagi Dolce jarang menyumbang artikel. Entahlah, saya pun tidak tahu mengapa sebab saya pun tidak pernah bertanya kepadanya secara serius. Lagi pun, cadangan awal untuk menubuhkan blog ini dan dikongsi dua adalah cadangan saya semata-mata, tanpa meminta pandangan daripadanya. Maka Dolce tidak boleh disalahkan. Keseluruhannya, artikel Dolce dalam blog ini tidak melebihi tiga artikel.

Sekarang ini saya menulis secara solo. Saya pun tidak pasti sama ada Dolce masih membaca blog ini. Oh tetapi hubungan kami masih baik-baik sahaja. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.. Eh eh, tak relevankah..?

Angel Wears Gucci?
Sekiranya anda sudah membaca hingga ke perenggan ini, anda mungkin sudah dapat mengagak daripada manakah saya mendapat idea untuk menamakan blog ini dengan Angel Wears Gucci. Ya betul. Betullah tu. 

Devil Wears Prada. Anda pernah dengar frasa itu bukan..? Tipulah, pasti pernah, et lis sekali seumur hidup. Sesuai dengan minat saya dan Dolce pada fesyen dan ketika itu pula buku/filem Devil Wears Prada amat popular, saya mendapat ilham untuk memberi nama 'Angel Wears Gucci' untuk blog ini. Kontra yang agak jelas sekali untuk Devil/Angel dan dua jenama fesyen yang menjadi kegilaan baik jejans mahupun betins - Prada/Gucci, menjadikan pilihan untuk menamakan blog ini dengan Angel Wears Gucci sungguh berani dan magikal. Macam sangat bergaya bukan? Oh katakan sahajalah.

Buku 'The Devil Wears Prada' yang menjadi inspirasi untuk menamakan blog ini
Tapi mengapa saya perlu mencuri idea orang lain dan mengadaptasikannya mengikut selera diri sendiri? Saya tidak mempunyai jawapannya. Pernah juga terfikir untuk menukar nama blog dan mendedahkan identiti diri saya, tapi saya rasa lebih selesa untuk kekal begini sahaja. Tambahan pula, kipas-kipas susah mati saya di luar sana pasti akan membenci saya seumur hidup sekiranya saya mengambil keputusan untuk menukar nama blog ini. Wahahahaha sungguh perasan bukan..?

Alhamdulillah, selepas berkecimpung dengan tarbiyyah dan lebih kenal dengan Islam, saya mempunyai alasan yang agak kuat untuk mengekalkan nama Angel Wears Gucci. Begini. Kalau Devil (syaitan, jahiliyyah, taghut dan sebagainya) mempunyai jentera dan jenama yang gah dan hebat (diterjemahkan dengan Prada), maka kader-kader dakwah (Angel = kebaikan) yang kerjanya membina manusia dan mengajak manusia kembali kepada Allah, perlulah juga sama hebat dengan musuh-musuh Islam. Malah sewajibnya lebih hebat lagi.

Sila jangan salah faham. Hebat di sini bukan bermakna perlu memakai pakaian yang mahal dan berjenama atau berkereta besar atau berumah banglo 3 tingkat dilengkapi dengan pokok-pokok palma dan kolam renang infiniti. Bukan begitu. Walaupun kehebatan itu diwakili dengan perkataan Gucci, namun silap jika anda memahaminya secara literalnya sahaja.

Umat Islam, terutamanya mereka yang bersungguh-sungguh mahu menegakkan agama Allah ini kembali di tempatnya yang hak, perlulah mempersiap diri dan jentera dakwah untuk menghadapi musuh-musuh yang sememangnya jauh lebih hebat dan kuat pada masa ini. Umat Islam perlu menjadi qudwah kepada bangsa yang lain dalam segala aspek kehidupan sehari-hari; baik politik, ekonomi, sosial, pendidikan, cara memasak, hiburan, teknologi, penulisan, cara menjahit manik pada seluar Jeans, segala-galanya. Hatta cara nak, errr, berak sekali pun (wahahaha, maaf sebab menggunakan perkataan taboo ini!) sepatutnya umat Islam menjadi contoh pada yang lain. Bukankah Islam itu rahmat al-Alamin? 

Tapi lihatlah sekeliling anda! Di mana Islam pada hari ini? Jangankan Gucci, Padini pun belum tentu. Entah-entah Cap Gajah Duduk pun tak dapat. Umat Islamlah yang paling miskin. Umat Islamlah yang paling mundur dan sering berperang sesama sendiri. Penyakit yang pelik-pelik juga seolah-olah amat suka menjangkiti umat Islam. Jika di Malaysia ini, umat Islamlah yang paling ramai menjadi vendor anak. Terlalu banyak sehingga boleh dibuang, dilambung dan dipijak anak-anak itu. Patung Barbie pun tidak sehina itu. 

Umat Islam ditertawakan di seluruh dunia. Sekiranya ada berlaku keganasan di mana-mana tempat sekalipun, pasti umat Islam yang dikaitkan terlebih dahulu, sebelum yang lain. Rasuah berleluasa, seolah-olah ia merupakan norma dalam kehidupan. Riba', judi dan arak, wah, itu perkara biasa. Tidak cool dan berstatuslah kalau tidak melibatkan diri dengan itu semua. Tidak hairanlah di laman-laman sesawang sosial seperti Mukabuku dan Ruang Saya, anak-anak muda yang beragama 'Islam' tidak malu lagi untuk menayangkan diri mereka yang tidak berpakaian, bergembira meneguk air kencing syaitan dan entah apa-apa lagi yang mereka lakukan.

Belum kira lagi video-video dan gambar-gambar bahalol, bongok dan bengap anak-anak muda yang tersebar luas di internet, melakukan perbuatan yang astaghfirullah, tidak sanggup untuk saya sebut di sini. Hatta binatang pun jauh lebih terhormat dan mulia daripada golongan ini.

Dan itu baru di Malaysia. Sedangkan umat Islam di dunia kurang lebih 1.5 billion ramainya. Jadi anda boleh bayangkan skala masalah umat di peringkat antarabangsa pastinya lebih besar dan mengerikan.

Tidak hairanlah umat Islam diinjak, dipijak dan diludah tanpa segan silu dan adab sopan. Islam sudah hilang ruhnya, tidah lagi gah dan hebat seperti dulu. Di zaman ini, Islam bukan lagi Gucci di mata masyarakat dunia, tetapi tidak lebih daripada suatu ideologi yang begitu banyak ragam dan masalah; mungkin tidak ubah seperti Gucci tiruan yang dijual oleh pak-pak itam di jalanan Rome!

Harapan Angel Wears Gucci
Atas semangat untuk mengembalikan kegemilangan Islam itulah, saya mengekalkan nama blog ini. Ya bunyinya seperti tidak logik; nama blog ini sahaja kedengaran sangat kebaratan dan keduniawian bukan..? Hahaha.. Terpulang pada anda untuk menafsirkannya. Tetapi harapan saya, setelah membaca post ini, anda lebih faham mengapa saya memilih untuk mengekalkan nama blog ini. 

Saya juga harap anda tidak mudah prejudis dan pesimis setiap kali membaca artikel-artikel yang saya tulis. Saya tahu kadang-kadang gaya penulisan saya boleh jadi amat liberal atau provokatif. Cukup anti konvensional. Tetapi saya memang sengaja berbuat begitu, kerana saya yakin dengan cara itu mesej yang cuba saya sampaikan lebih mudah untuk dipaku di dalam kepala otak anda. 

Inilah saya. Inilah Angel Wears Gucci. Mungkin kadangkala ia lucu, mungkin kadangkala ia terlalu serius. Mungkin juga kadangkala ia kompleks, memeningkan kepala anda yang membacanya. Tapi mungkin juga ia menjadi pilihan anda untuk melepaskan ketensenan yang berlubuk di kepala. Apa-apa pun, Angel Wears Gucci akan tetap mempunyai identiti sendiri yang unik dan lain daripada lain. Harapannya Angel Wears Gucci akan terus berani, menghasilkan artikel-artikel yang lain daripada biasa dan terus menghiburkan anda yang membacanya. 

Inche gabbana akan terus menulis selagi hayat dikandung badan! Menulis untuk memberi!

Sehingga kini setiap kali saya menulis sesuatu artikel, saya akan cuba sebaiknya memasukkan unsur-unsur dakwah dan tarbiyyah, sama ada secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyian. Sama ada berkesan atau pun tidak, terpulang kepada anda yang membacanya. Saya yakin dan percaya, ini hanyalah salah satu daripada usaha saya bagi menyempurnakan tugas Syahadatul Haq saya!

Dan of koz, harapan saya yang utama, semoga anda semua (ya andalah!) akan terus setia dengan Angel Wears Gucci ini dan terus mendapat manfaat daripada penulisan saya. Moga ia menjadi salah satu pelaburan saya dalam Amanah Saham Syurga di akhirat kelak!

Inilah harapan saya. Inilah harapan Inche gabbana. 

Terus mendoakan saya ya!

-gabbana- 

p/s: Siapa dia Inche gabbana yang sebenarnya...? Biarlah rahsia... ;)

39 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 20/10/2010, 08:25  

insyaALLAH saya akan mengikuti perkembangan belog ini selagi ianya memberi kebaikan.

teruskan menulis dengan berunsurkan tarbiyah!

Inche gabbana 20/10/2010, 08:42  

woah, cepatnya anda komen...!

IAllah.. terus doakan blog ini dan penulisnya ya..! ;)

N 20/10/2010, 10:27  

mungkin inche gabbana adalah seorang selebriti tersohor hollywood yg fasih berbahasa melayu. jadi, terpaksa dirahsiakan identitinya takut2 terjadi kontroversi yg tak diingini :D

apa2 hal pun terima kasih utk entri2 yg dipost :)

IMANSHAH 20/10/2010, 10:40  

moga anta berjaya menjadi penulis belog yang hebat..walau hanya seorang yang bisa berubah melalui penulisan anda, anda sudah berjaya.berdakwah melalui medium yang sangat very the teknologi ini...

saya tahu sapa anda, walau kita tak dapat bersama dengan lebih lama (2 tahun kotz)..tapi saya juga mengagumi anda...tak salahkan yg tua belajar dari yang muda..

teruskan menulis

Mohammad Aiman 20/10/2010, 10:54  

good luck!
^_^

http://aiman-pena.blogspot.com

Inche gabbana 20/10/2010, 11:07  

wah N! wahahaha.. mcm mana anda tahu..?? saya sudah cuba merahsiakannya sebaik mungkin tahu..?? ;p

sama-sama N. terima kasih juga kerana terus setia bersama AWG! ;)

Inche gabbana 20/10/2010, 11:09  

oh cikgu, anda membuat saya rasa seperti hendak menangis.. *pinjam sapu tangan nak lap mata*

terima kasih cikgu. somehow saya rasa kita lebih rapat dan lebih mengenali di alam maya bukan..? (wahahaha.. malunya cakap begini!)

p/s: kantoi curi tulang membaca belog di waktu persekolahan! wahahaha.. *larriiiiii*

Inche gabbana 20/10/2010, 11:09  

terima kasih aiman! all the best untuk anda juga..! ;)

Anonymous 20/10/2010, 19:49  

teruskan usaha anda inche gabbana! semoga melalui medium yang santai lagi bersahaja juga tak membosankan ini anda akan dapat me"laso" ramai lagi orang2 di luar sana yang mungkin sedang tercari-cari pencerahan diri.
daie perlu kreatif kan? semoga terus lillah

Nazri Awang 20/10/2010, 21:44  

hahaha..memang lawak dan best lah baca penulisan encik nih. Sarat dengan pengajaran tapi bahasanya sempoi sekali. Selalu-selalulah update ye Gabbana, hari-hari pun takpe. Tak jemu aku nak baca.

IMANSHAH 20/10/2010, 21:56  

gabbana..hari ini saya sudah kena warning da...

Anonymous 21/10/2010, 02:23  

InsyaALLAH...sy akn buka page blog ni hari2...

dah setahun rapenyer dok bace angelwearsgucci nih...

dah bole masok geng kipas susah mati rase nyer~~ hehe

selamat post2 yg bermanfaat!!

p/s: walaupon dah lame bace bolg ni..baru skrg rajen tulis komen~~

~SN~

Inche gabbana 21/10/2010, 15:31  

inche/puan anonymous, terima kasih byk2. doakan saya agar dapat menjadi seorang koboi yg unggul supaya dapat melaso lebih ramai org, sama ada dgn blog ini atau pun di mana2..! ;D

teruskan membaca blog ini ya..?

Inche gabbana 21/10/2010, 15:32  

woah inche nazri, betulkah ni..? *cubit pipi*

terima kasih terima kasih atas sokongan itu. sgt2 menghargainya.. ;)

Inche gabbana 21/10/2010, 15:33  

wahahahaha cikgu! sayalah matpot itu...!! wahahahaha.. ;p

p/s: harapnya tak menghilangkan semangat untuk terus menulis! I enjoy reading ur blog very the much..! ^^

Inche gabbana 21/10/2010, 15:34  

SN!! Woah, saya mmg menunggu-nunggu komen daripada anda..! hehe.. tula, saya pon perasan yg lately mmg anda byk mengomen. terima kasih SN! ;)

woah, dah setahun..?? betul ke..?? maksudnya anda juga pernah melalui zaman2 saya malas tahap super-saiya dalam menghapdet blog inilah..? hehehe..

terima kasih SN sebab terus setia dan tak berputus asa ngan blog ini! sgt sgt sgt sgt sgt menghargainya..! woohooo..! ;p

Inche gabbana 21/10/2010, 15:36  

untuk semua:

terima kasih tidak terhingga kerana terus setia dan sudi membaca blog yg tak seberapa ni! anda mungkin tidak merasakan apa2, tetapi percayalah, saya amat menghargainya..! ;)

doakan agar Allah terus berikan semangat dan kekuatan pada inche gabbana untuk menulis! ^^

Anonymous 04/01/2011, 22:19  

moga Allah berkati usaha enta sheikh gabbana

penulisan yang menarik dan tak kering gusi membacanya seperti memang berada di dalam kolam renang

Inche gabbana 06/01/2011, 12:02  

jzkk akh/ukt. moga bermanfaat biidznillah..

hahaha.. jgn sampai lemas sudeh.. hehe.. ;)

MyIlham.com 12/06/2011, 17:12  

salam

sy singgah membaca di sini. dan sy harap anda akan teruskan dakwah cara unik ini kepada masyarakat maya. blogging satu ibadah. semoga istiqamah.

cik nazi 01/08/2011, 17:06  

ok. blog ni serius cool gile. buat anak2 muda mahu join D&T dgn lebih semangat. sile teruskan menulis. moge diberi kesihatan yang baik, dan teruskan kerja dakwah anda....

Anonymous 27/12/2011, 10:02  

ok..sumpah anda memang gojes tahap gaban....dakwah simple tapi pnuh signifiken...ahhhaaaahhh trus mara kedepan...:)

Azureenahmed 04/02/2012, 20:03  

saya baru tahu akan kewujudan blog ni. tahun lepas.maybe. bia DIA yg saya syg bukakan hati untuk jalan yg lebih baik.alhamdulillah.apa pun, teruskan menulis. yg penting,kita bukan tengok siapa yg menyampaikan tapi apa yg disampaikan.may Allah bless.

akiraqeela 02/03/2012, 10:17  

jadi, kira nya penulis blog ini adelah lelaki? :O

#curious

Billie Fadhly Armstrong 01/06/2012, 15:54  

Baru lepas post untuk tanya Inche Gabbana tentang perihal asal usul blog dan salasilahnya.
Tiba2 jumpa pulak article khas ni yang begitu panjang lebar.
Hahaha!
Tapi pasal Devil Wears Prada tu
memang dah agak dari awal dah.
Tak sangka lak wujud makhluk Allah yang kreatif seperti Inche Gabbana.
Mabrook!Osem!Sutebel untuk mereka yang mencari ke'Humor'an dalam berdakwah.

Teka teki 07/06/2012, 15:21  

Kenapa kuning? Maafkan saya kerana tak minat warna kuning. Btw, well done. Sokongan terhadap Inche Gabbana sedang diusahakan oleh empunya diri ini.

p/s:Nabi suka hijau.

Anonymous 06/09/2012, 18:49  

Wahaha..inche!:D
Alhamdulillah,kalo dolu2 duk sibuk dgr sana angel pakai gucci cni AWG..dgr jela..bace blom lg..muehehehe
Nk d jdikan cerita sy tny la pak cik google stu soaln..p cik google ckp sila bace d cni -.- uhuk2
Dah abes bace,oh mcm best je jawapan yg dberi.. :D kire dh jatuh jati gedebuk gedebuk xbule kutip lps tu.wahahaa
Kesimpulanya setelah berjela jela cerita,Alhamdulillah alhamdulillah Allah temukan sy dgn penulisan inche :D :))

Anonymous 06/09/2012, 18:51  

*hati -.-" biasalah salah tekan.mueheh

Anonymous 01/01/2013, 21:10  

betullah...xpernah terpikir,sape gabbana ni..agak2nya,bila ye nk dedahkan identiti...rasa nk kenal juga pemilik tulisan ni...hehe.. =)

wfhsln 03/03/2013, 23:03  

"pandanglah pada apa yang dicakapnya"

:) teruskan berdakwah

Anonymous 18/04/2013, 12:21  

Subhanallah..sguh 0sEm..
sEm0ga Allah sntiasa mmbri pErt0l0ngan untuk usaha akhi ini..
k0nfEm xkan pEna lpa untuk d lawati bEl0gnya..huhu in sha Allah

salam ukhuwah dri sbh

Unknown 19/05/2013, 00:55  

inche gabbana! fighting, fighting! >___<

nurul 26/07/2013, 12:23  

membaca tulisan penuh baru dapat menilai pemikiran seseorang..

nurul 29/07/2013, 00:23  

Sampai bila rahsia ye..u remind me of HLOVATE..until now is a mystery..being anonymous pun best jugak..more freedom..but because it's a secret hence not that freedom...cannot tell this, cannot tell that..so secretive..uhhu

Anonymous 02/11/2013, 20:36  

Saya jadi sangat suka dengan blog ni....biarpun lewat menjadi peminat di sini. Inche gabanna ni lelaki rupanya. Ingatkan perempuan

Unknown 19/04/2014, 16:17  

saya tetap nak tahu siapa IG hahahah... bertahun2 sudah megikuti blog ini...

Anonymous 24/07/2014, 11:34  

salam inche gabbana
sy seboleh2nya takmo jadi kipas susah nak mati blog ni tapi gaya penulisan inche amat menambatkan hati....teruskan berdakwah! Moga dirahmati Allah selalu

SAM

Anonymous 25/10/2014, 19:17  

Biar terbang tunduk menyembah bumi walau hidup di bintang tinggi . Kan ? We're respect u as u used to be a good leader at our school. -LVI'16

Unknown 19/12/2014, 07:37  
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP