16 January 2008

Muqadimah: Mengapa aku menulis?

Sebelum aku berkata-kata dengan lebih panjang lebar, adalah lebih mulia dan elok rasanya, sekiranya aku memulakan coretan ini dengan lafaz suci "Bismillahirrahmanirrahim" dan memberi salam kepada semua, kepada yang mempunyai masa untuk membaca tulisan ini.


Hhmmm... Mengapa aku menulis...? Mengapa kini? Mengapa tidak lebih awal, ketika era 'blogging' seakan-akan menjadi kegilaan semua? Adakah aku terpengaruh dengan arus semasa, melihat rakan sebaya seangkatan usia mewarkahkan segala isi dan perasaan dalam alam serba maya ini? Mungkin. Atau adakah aku berasa rendah diri, inferior melihat begitu ramai pemikir muda mahupun tua yang semakin berani menyuarakan pendapat tulus mereka? Mungkin juga. Cuma mungkin.


Sekiranya saat ini, minit ini dan jam ini aku menanyakan soalan yang sama pada diriku sendiri, nescaya hati yang lebih mengetahui segala-galanya akan berkata "ntah." Ntah. Aku sendiri kurang mengerti mengapa akhirnya, setelah berkali-kali memiciskan orang lain yang berkecimpung dalam era blog ini, setelah berkali-kali berjanji pada diri bahawa aku tidak akan terjebak, pada saat ini, tangan aku tidah berhenti-henti menekan kekunci, menulis dalam blog ini. Haih...


Aku mengaku, betapa pengaruh blog sebenarnya lebih besar dan kuat daripada yang aku sangkai. Betapa Fouad al-Farhan, seorang blogger di Arab Saudi dipenjara akibat keberaniannya mengkritik anarkis negara emas hitam itu. "I suggest we address the public figures in the Kingdom as saints. They are Saudis like us, but whoever criticises them is sent to prison," antara kata-katanya yang terbukti benar buat dirinya sendiri. Betapa Raja Petra Kamaruddin, juga seorang blogger, telah ditahan berkali-kali oleh pihak polis Malaysia atas dakwaan mencetuskan huru hara akibat penulisannya. Atau betapa Abdel Karim Suleiman, seorang Mesir yang merasakan haknya sebagai seorang rakyat negara benua Afrika itu ditindas akibat pemerintahan ala diktator Presiden Hosni Mubarak, juga dihumban ke dalam penjara, terima kasih kepada kritikan pedasnya yang juga ditulis dalam blog miliknya. Maka bukankah hebat blog itu, sehinggakan mampu menggangu gugat kestabilan sesebuah negara...? Adakah kerana ini aku menulis blog? Kerana pengaruhnya? Mungkin.


Sejarah telah membuktikan, betapa sebuah penulisan bukan sahaja boleh mengkucar-kacirkan pihak berkuasa, malah lebih daripada itu, menggegarkan dunia. Hitler dengan Mein Kampf (My Struggle) nya telah 'berjaya' melenyapkan jutaan nyawa tidak berdosa. Atau mungkin tulisan Karl Marx yang lebih menggoncang jiwa? Das Kapital hasil pemikiran Marx bertahun lamanya telah melahirkan sebuah ideologi yang cukup berbahaya kepada ketamadunan manusia. Di saat Komunisme menemui ajalnya di akhir 1989, jutaan nyawa tidak berdosa terkulai layu di tangan pejuang idealistik fahaman itu. Terima kasih Marx! Atau mungkin kita mahu melihat kepada contoh yang lebih positif. Ada, sudah tentu ada! Betapa besarnya pengaruh karya agung al-Ghazali, Ihya U'lumuddin, sehinggakan para cendekiawan Kristian dan Yahudi sendiri mengiktiraf kehebatan tulisannya itu. Betapa karyanya itu telah berjaya menangkis cubaan cubaan serong pihak tertentu untuk mempengaruhi umat Islam dengan falsafah-falsafah Yunani dan Hellenistik. Bagaimana pula dengan tulisan Raden Adjeng Kartini? Seorang wanita Jawa yang menulis sebagai suatu bentuk penentangan ke atas pemerintahan Belanda...??


Ya, benar. Tiada yang benar melainkan sebenar-benarnya. Betapa sesungguhnya penulisan mahupun tulisan, mempunyai pengaruh yang cukup hebat. Cukup untuk melahirkan seorang idealis. Cukup untuk menghasilkan pemimpin dunia. Cukup untuk merobah nasib sesebuah bangsa. Cukup hebat.


Aaahhh!! Omongan kosong! Atau telah biasa didengari? Hahaha.. Padah menulis lewat. Idea basi. Kaku. Biarkan, aku menulis bukan untuk perhatian, bukan untuk kebanggaan dan bukan juga untuk pujian.


Jadi.... Mengapa aku menulis...? Ntah.

-gabbana-

10 Caci Maki Puji Muji:

Qasrus Syuhada 28/05/2012, 17:51  

Post pertama yang cukup unik..Mengapa anda menulis..ntah..:D
Tetapi saya yakin sekarang Inche Gabbana sudah menemui tujuan anda menulis..Sangat osem..Semoga Allah memberkati dan meredhai segala penulisan anda yg cukup bergaya ini! Semoga terus berkarya. Ramai yang menyokong anda!

Anonymous 01/12/2012, 14:45  

assalamualaik

hobi baru.nk mula mmbaca setiap post dr inche gabbana bermula dr post ini

sekarang

jaga2 >,<

Anonymous 18/12/2012, 13:44  

Br shj mula mmbc blog anda.slps bc crt maggi,inquiri utk mennggeledah post2 anda dr awl.sggh osem!

Noraini Anuar 12/01/2013, 13:59  

osemmmm!!!... rasa nk geledah lagi penulisan2 gabbana.

Anonymous 30/03/2013, 11:50  

Assalamualaikum inche gabbana, penulisan anda memang sempoi tahap gaban! eh. anyway gonna geledah2 your blog start dr sini.

Anonymous 18/04/2013, 16:44  

subhanAllah..sEyEs cara tulisan en gabbana msa mula2 start ni bErbza sgt ngn yg skng..haha..lucu pla rsa
skang da pr0 da kan..huhu..
tEruskan..kami sntiasa mEnd0akan..
TABIK!

Unknown 18/05/2013, 04:27  

baru mula nak geledah post inche gabbana juga XD

Anonymous 23/11/2013, 18:14  

years ago,he was a boy...
wal an,huwa akhun...:)
tetapi apapun dia tetap seorang manusia dan lelaki.

Anonymous 19/12/2013, 14:16  

subhanallah...

Anonymous 11/06/2016, 14:27  

Revolusi gaya penulisan seorang Gabbana. *hiks hiks*

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP