Cerita Ini Sangat Seram. Betul Saya Tak Bohong.
Saya memberi amaran kepada anda awal-awal lagi. Kalau anda tidak cukup umur, atau perempuan yang sedang mengandung, atau anda tidak kuat semangat, atau anda ada sejarah penyakit darah tinggi atau kolestrol tersumbat, atau juga anda mudah melatah, sila jangan baca post ini. Betul, saya minta tolong ni. Kalau anda sayangkan nyawa anda dan keluarga anda, tolong tolong, fikir baik-baik sebelum anda membaca perenggan yang seterusnya.
Baik, bagi anda yang telah membuat keputusan untuk meneruskan bacaan, ingat, anda tidak boleh lagi berpatah balik. Sedang anda membaca perkataan ini, ya, perkataan ini, anda sebenarnya sudah membuat keputusan yang bakal merobah perjalanan hidup anda.
Anda sudah bersedia menghadapinya?
Baiklah, ini adalah keputusan anda. Saya tidak akan menjamin anda sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada anda. Anda seriyes ni..?
Begini. Ini adalah kisah benar. Malah yang menjadikannya lebih signifikan adalah kerana ia berlaku kepada diri saya sendiri. Dan yang menjadikannya lebih signifikan daripada itu adalah kerana ia berlaku kepada saya pada petang tadi. Ya, petang tadi pada hari ini, dua puluh satu hari bulan sepuluh dua ribu sepuluh. Sila ingat tarikh keramat itu.
*tarik nafas*
Saya sebenarnya masih teragak-agak sama ada patut atau tidak untuk saya meneruskan cerita ini. Kerana cerita ini betul-betul seram. Sadis dan mengerikan. Betul saya tak bohong. Kenapa saya perlu membohongi anda semua...?
Ok, saya telah membuat keputusan. Saya akan teruskan.
Petang tadi, saya singgah di KLCC untuk bertemu dengan sahabat baik saya, Inche Nyamouq. Saya membawa bersama saya dua buah beg; satu beg silang yang dibeli secara atas talian tidak lama dahulu dan satu lagi beg pakaian yang agak besar, juga dibeli atas talian tetapi agak lama dahulu. Kedua-duanya berwarna coklat, cuma kecoklatan beg silang itu lebih terserlah dan glamor. Haruslah.
Selepas menunggu untuk beberapa ketika, saya mengambil keputusan untuk mengekol sahaja Inche Nyamouq kerana dia masih tidak kunjung tiba. Rupa-rupanya dia masih di opis. Sedikit hampas. Maka kami berjanji untuk bertemu di tempat lain dalam masa yang terdekat kerana ada hal yang perlu saya uruskan.
Ketika tiba di tempat kejadian, saya meletakkan beg silang saya terlebih dahulu. Kemudian barulah saya meletakkan beg pakaian saya di tempat yang sama. Ketika inilah kejadian yang penuh misteri dan ngeri itu mengambil tempatnya. Juga sungguh bersejarah.
Saya perasan beg pakaian saya itu dicemari dengan bendasing yang berwarna putih. Pelik. Agak banyak pula tu. Walaupun pada mula-mulanya saya teragak-agak, saya mengambil keputusan untuk memberanikan diri; lantas saya mencalit bendasing itu untuk memastikan apakah yang telah mencemari beg pakaian kesayangan saya itu.
Melekit. Basah. Sudah...
Saya mengambil langkah yang lebih berani dengan mendekatkan jari jemari saya yang mencalit bendasing putih itu ke hidung saya. Baunya, tidak terlalu kuat tetapi sedikit tengik dan pahit (Boleh ke describe bau pahit..? Suka hatilah..). Hati saya mula berdegup pada kadar 150 degupan seminit. Ada sesuatu yang tidak kena di sini.
Dan kini tibalah saat yang paling kritikal dan seram dalam cerita ini. Ketika saya sedang menikmati bau-bauan bendasing itu, saya terperasan ada sesuatu yang agak pelik pada lengan tangan kiri saya. Rupa-rupanya bendasing yang sama turut mencemari lengan kanan saya. Dan kali ini pencemaran pada tangan kiri itu telah memberi jawapan apakah sebenarnya bendasing putih yang penuh misteri itu...
Ya, anda menekanya dengan tepat sekali.
Tinja Inche Burung.
TT__TT
Sungguh ngeri bukan..? Tipulah kalau anda cakap ia tidak ngeri atau seram. Cuba kena pada diri anda sendiri. Baru anda tahu betapa menakutkan peristiwa itu.
Meremang bulu roma! Wahahahaha..
-gabbana-
Masih keliru dan dihantui dengan seribu satu persoalan. Daripada manakah datangnya tinja Inche Burung itu? Sungguh magik.
19 Caci Maki Puji Muji:
ceh aku ingat hantu macam kena kat aku dolu2..haha
tu sapa pulak ajar bahasa MENGEKOL tu..nangis cg umaimah!!
wahahaha... cikgu org pertama yg terkena..! amcm..?? saspens kan..?? hihihi.. ;p
ala cikgu. saya dah grad, dah kerja. takkan nak guna bm skema lagi kot..? (eh tapi jgn pot kat cikgu umai. nnt nangis lak dia.. hehehe..)
kita tengok sapa lagi yg kena..! wahahaha...
sungguh mesra inche burung bagi tinja dia. nasib baik keputihan sahaja. cuba bayangkan jika ada sedikit kehijaun! memang salutelah uols. tapi yang pasti beg coklat anda bukan jenama gucci mahupun gabban. BHAHAHAHA. *joking*
maksud saya dolce and gabbana!
sekian
eh adam, benda ni pun mau citer dalam blog ka? aiyoh, dah takde keje lagi besar/penting kah kamu di malaysia sana? *zasss dan sentap tahap moksya la kan* hehehehe
sebenarnya inche hamdan, ada juga hijau2 tu. tapi saya tak sanggup nak cerita. takut anda semua nanti terkena sawan dan jatuh berguling-guling apabila membacanya!
hihihi..
oh walaupun beg saya tu bukan berjenama D&G, tapi mereka berjenama.... hehehe.. ^^
waqi..!! kata nak kol...?? mungkir janji betullah..! haih... =(
lagi bgs tulis blog ni qi, daripada duduk tak bwat ape! en..? ;)
Kalau ada foto lebih ngeri ni
Kalau ada foto lebih ngeri ni
mati2 orang ingat serbuk dadah.. haha
sebab tu la saya tak letak foto. saya risau ramai yg akan menyaman saya nanti akibat cerita yang terlalu ngeri dan menakutkan...
dadah...??? wahahaha.. tinggi sgt imaginasi ko tu aiman! sorry la menghampakan kau! hehe.. ;p
eyh hellowwwww!!!!!!
mungkin ko yg cakap nak call aku bagai nak rak kan. haiyoh haritu aku call pon ala2 segan ngan bapak ko kan adam???? aku punya la tunggu ko call da seminggu ni, tup2 aku plk yg salah =.=' heeeeee~~
hidup ni tak perlu terlalu realiti sangat. perlu ada magik juga! ya, tahi burung itu berjaya membawa sedikit magis dalam kehidupan inche gabbana. bukan semua orang berpeluang menerima kehadiran tahi burung secara misteri :)
hantu burung rupanya..aduss
eh brader, ko lupa ke ko yg cakap nak call aku..? ko cakap, ko akan merajuk kalau aku tak bagi ko call aku...?
hah hah hah..? dah igt..? ;p
N! Saya sgt suka pada komen anda..! Anda menjadikan tinja burung pon nampak cantik dan wangi! hehehe..
hahaha.. jgn marah nnt kena jual..! ^^
suka uwat tekejut..
Post a Comment