19 October 2010

Oyy Makcik! Tolong Sikit Boleh Tak..??


Ok saya bagi amaran awal-awal di sini. Kalau anda adalah seorang perempuan yang berfahaman feminism dan amat sensitip dengan sebarang kritikan terhadap kaum Hawa, saya rasa baik anda jangan baca post ini atau saya khuatir anda akan diserang penyakit darah tinggi. Tidak sesuai juga untuk bacaan anda yang berumur 18 tahun ke bawah.

Begini.

Pagi tadi bos besar syarikat di tempat saya bekerja telah memanggil semua pekerja yang ada untuk berkumpul di tingkat 26 bagi menjelaskan tentang isu rancangan pembelian saham-saham PLUS daripada pemegang-pemegang saham minoriti. Ok itu isu yang berlainan dan saya malas untuk membebel panjang tentangnya.

Setibanya saya tiba di tempat perhimpunan, saya sedikit terkejut kerana kami semua terpaksa berdiri sahaja kerana tiada kerusi atau sofa empuk yang disediakan (adakah saya telah menyeberangi garisan di sini..?). Tak apalah, saya masih muda dan sepatutnya ada kekuatan yang cukup untuk berdiri selama 2 jam seperti yang disebut dalam email yang dihantar kepada semua pekerja. T_T Saya bukan apa, hanya kasihankan mereka yang telah tua dan ibu-ibu yang mengandung.

Sedang saya berdiri dan mencari-cari kalau-kalau ada rakan-rakan sebangunan yang boleh berdiri sekali bersama saya, seorang makcik yang berbadan agak besar lalu berhampiran saya. Saya terus terkedu.

Bukan kerana saiz badannya, tetapi caranya berpakaian. Saya beritahu awal-awal di sini yang saya tiada masalah langsung dengan orang-orang bersaiz XXXL. Tapi ya, saya memang ada masalah besar dengan orang yang berpakaian tak kena tempat. Fashion suicide. Memang membunuh diri.

Masalahnya, kalau hanya diri sendiri yang terbunuh tidak apa juga. Ini orang lain turut menjadi mangsa apabila melihatnya.

Anda tahu apa pakaian yang dikenakan oleh makcik itu? Makcik itu memakai tudung, tapi baju yang dipakainya aaaaaaamaaaaatlah jarang. Sehingga boleh dilihat pakaian dalamnya. Maaf, tapi itu fakta. Kain yang dipakainya juga ketat. Alahai, hilang selera makan sebulan.

Saya pulak yang tolong rasa malu untuk makcik itu!
 Saya memang cukup pantang nenek moyang dengan kaum hawa yang memakai tudung, tapi tidak sempurna cara pakaiannya. Betul, inisiatif mereka sudah cukup bagus jika hendak dibandingkan dengan wanita-wanita yang langsung tidak memakai tudung (Sekali lagi maaf seandainya ada antara anda yang terasa). Namun itu tidak memberi cek kosong pada mereka untuk mengambil ringan aspek pemakaian yang lain.

Pantang melihat perempuan bertudung tapi lurah dendam di dada tetap kelihatan.

Pantang melihat perempuan bertudung tapi lurah dendam di punggung tetap kelihatan.

Pantang melihat perempuan bertudung tapi baju dan seluar/kain cukup ketat, mengalahkan pembalut nangka.

Aaaarrrggghhhhh...! Anda membuat saya tensen tahu tak...??

Tolong jangan jatuhkan maruah perempuan-perempuan bertudung yang lain! Lebih baik buka sahaja tudung tu...! Et lis ramai perempuan yang tidak bertudung tetapi cara pemakaian mereka jauh lebih sopan daripada golongan ini! (Ok, saya bukannya menghalalkan yang haram. Sila jangan salah faham.)

Dan perempuan-perempuan di luar sana, anda tahu tak yang kaum Adam ini amat mudah teransang..?? Hanya dengan melihat sahaja, nafsu mereka akan mencanak-canak..?? Dari mata turun ke ... -___-"... !!! Sebab itulah industri porno ditujukan khas buat kaum lelaki! Sebab itulah kes rogol lebih banyak terjadi pada kaum wanita dan bukannya sebaliknya! Anda tahu tak fakta ini..??

Maaf, tapi bagi mereka yang menafikan fakta bahawa cara berpakaian mempengaruhi emosi dan jiwa perogol, anda tidak berpijak di bumi nyata. 

Pernah ke anda, kaum wanita, yang melihat lelaki memakai baju yang ketat, atau berseluar pendek, atau bersinglet memaparkan bulu ketiak mereka, teransang kerana itu..?? Jika ya, anda sesuatu yang tidak kena pada medula oblongata anda. 

Fuh. Memang saya sedang emo. Memang saya marah. Saya pun pelik sebenarnya, dalam wanita zaman moden ini yang sibuk memperjuangkan nasib mereka, pada masa yang sama ramai antara mereka yang sebenarnya sedang ligat melelong tubuh badan mereka, sama ada secara sedar atau tidak. Kasihan, murah rupanya tag harga bagi diri mereka ini. Tapi jangan silap faham. Saya tidak generalised di sini. Hanya kepada sesiapa yang makan cili dan terasa.

Memang tak boleh belah!

-gabbana-

12 Caci Maki Puji Muji:

The President 19/10/2010, 14:47  

dont be mad my brother..just let the anger turn into love as from that love,new motivation will spark within us to guide every Muslims...one might say we did da'e for the bless,but bless itself is another mercy and love that god had rewards us...so with love as well,we'll go and spread islam,to non elese but our brothers and sisters(including non-muslims)..bcos we love them all,we love islam,we love god.....

dont be mad my brother..she is just another friends of ours that actually need guidances...^^

Inche gabbana 19/10/2010, 14:49  

TT_TT Terima kasih...

IMANSHAH 19/10/2010, 16:31  

kasihan makcik itu...suaminya tidak menegur..

tapi kelihatan juga isteri2 pemimpin negara yang rambut mengerbang dengan wajah tegang...kesihan, suaminya tidak menegur..

umur makcik2 sepatutnya sudah tahu bagaimana untuk meletakkan diri pada tempat sepatutnya..Wallahua'lam

Inche gabbana 19/10/2010, 17:21  

hahaha.. ooopppsss! sensitip tu! hehehe..

itulah, apabila Islam tidak meresap betul2 ke dalam hati dan cara dan gaya barat yg dipuja-puja.

itulah Malaysia, 1Malaysia..! ;)

N 20/10/2010, 10:24  

ye, memang tak boleh blah!

tapi, terpaksa bersikap baik sangka. mungkin mak cik tu tak mengetahui :)

Inche gabbana 20/10/2010, 11:06  

itulah, betul juga tu.. kasihan juga tiada org yg mahu menegurnya. termasuklah diri ini. oh sungguh lemah iman saya.. TT__TT

mr.helianthus 02/01/2011, 15:29  

tidak ditambah lagi dgn fesyen tudung yg ntah hape...bonggol unta lah, bonggol jalan lah, segala bonggol pon ada...adeh.

Inche gabbana 02/01/2011, 20:12  

helianthus: hahaha.. tula.. ^__^" org berpesen dan tutup aurat untuk medapat perhatian dan pujian, bukannya kerana Allah lagi.

zaaasss. TT__TT

celi 06/01/2011, 00:28  

same la ngan sy wahai en gabbana..
sy ditegur oleh seorang pensyarah wanita islam secara sinis depan org lain dan dirampas kad matrix kerana berambut panjang dan rambut tidak menunjukkan ciri2 akauntan @ profesionalism(hehe..akur dgn teguran itu krn mmg sy yg pilih utk ber'personaliti' begitu thou tahu it goes against uitm rules)
at d same time,pensyarah itu pula bertudung sambil memakai blouse jarang dan bertiub di dlm(ala2 mcm style baju kurung seksi yg ramai wanita2 pakai sekarang ni).....
sy tidak menegur kerana khuatir die akan melenting pula konon2 sy hendak membalas..huhu..

Inche gabbana 06/01/2011, 12:03  

celi: o___O itulah realiti macaparda ini (eh btol ke..?). hohoho..

mmg konpius gak ngan keadaan umat/masyarakat zaman moden nih. mcm2 perangai ada..!

so apa solusinya..? kembalilah kepada quran & sunnah.. :)

cheers.

Inche gabbana 06/01/2011, 12:04  

celi: lupa nak cakap. ni kes ketam mengajar anaknya berjalan btollah ni.. ^__^"

Anonymous 11/12/2013, 23:47  

Saya pun rasa malu setiap kali lihat kaum hawa saya sendiri memakai pakaian yang x sopan tpi bertudung...
Pernah sekali saya tanya kawan saya, kenapa tak nak pakai tudung, dia jawab ''sebab kebykan perempuan yg pakai tudung zmn sekarang hipoKRIT'' *OUCH* maruah sebagai perempuan yg bertudung tercalar wei.. aiyoooo...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP