31 March 2014

Donut Yang Manis, Falafel Yang Berlemak

[Kredit]

Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, pemilik sekalian alam semesta kerana dengan inayah dan kasih-sayangNya, saya diijinkan untuk bertemu dengan anda semua sekali lagi di dalam siri 'Donut & Falafel.'

InshaAllah siri kali ini adalah siri terakhir selepas dua siri siri dakwah fardhiyyah (DF) yang telah saya kongsikan dengan anda semua sebelum ini. Arakian di dalam siri ini, saya akan cuba sebaiknya untuk membuat kesimpulan dan memberikan kata-kata manis ala-ala menanam tebu di pinggir bibir sebagai penutup. Wahahaha. 

Untuk anda yang mungkin sedikit kehilangan (baca: Lost) dengan apa yang direpekkan saya ini, bolehlah rujuk kepada dua siri DF sebelum ini:


Sebelum saya memulakan perkongsian siri yang terakhir ini, bagaimana, sudahkah anda beramal dengan perkongsian dan pencerahan saya yang sebelum ini? Apa maklum balas yang anda terima? Adakah anda mendapat perkongsian saya itu bermanfaat dan praktikal untuk diamalkan?

Sekiranya ya, alhamdulillah, saya kembalikan pujian dan penghargaan anda itu kepada Allah; Dia sahaja yang berhak ke atasnya. Sekiranya tidak, apa lagi yang anda mahukan hah...?? Eh.

Pandang kiri, pandang kanan. Betulkan kolar dan buat-buat seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Baiklah. 

Seperti di dalam siri yang sebelum ini, telah saya kongsikan tips-tips untuk menDF dua kumpulan manusia yang dekat dengan diri kita, iaitu keluarga dan sahabat handai. Dan seperti yang telah saya janjikan, kali ini saya akan berkongsikan pula panduan untuk menDF rakan-rakan sekerja dan masyarakat awam di luar sana.

Anda sudah bersedia dengan buku nota dan pensil goncang yang cukup ubatnya? Mari!

Rakan Sekerja

Teringin juga nak tahu tips-tips mendf abam-abam jantan tentera ni. Err. [Kredit]

Tips yang bakal saya kongsikan ini mungkin tidak relevan untuk sesetengah daripada anda, kerana ia sebenarnya amat bergantung kepada jenis pekerjaan anda. 

Sekiranya anda merupakan seorang pelatih singa di sebuah sarkas atau seorang pembunuh bersiri, ada kemungkinan tips-tips ini tidak boleh digunapakai. Erk.

Sekali lagi saya ingin menekankan bahawa kunci pada DF yang benar-benar berkesan adalah sentuhan hati. Cuma mungkin pendekatan untuk rakan-rakan sekerja adalah sedikit berbeza kerana anda tidak punya talian kekeluargaan dengan mereka dan anda pula tidak mengganggap mereka sebagai sahabat handai anda (Baca: Konon profesional). Namun begitu, tempat kerja merupakan takungan mad'u yang amat subur sekali, memandangkan kebanyakan daripada kita menghabiskan sebahagian besar daripada masa kita di tempat kerja. 

Rahsia untuk menDF rakan-rakan sekerja adalah dengan meningkatkan tsiqah (kepercayaan) mereka kepada anda. Hal ini mungkin boleh dilakukan dengan langkah-langkah yang berikut:

  1. Sentiasa datang awal ke kantor, bagi menunjukkan anda bukan sahaja seorang yang menetapi masa, malah mendahului masa
  2. Itqan (amanah dan bersungguh-sungguh) dalam menyiapkan kerja yang diberi. Bukan sahaja kerja-kerja yang anda lakukan dihantar tepat/awal pada masanya, malah ia juga berkualiti tinggi. Silap haribulan, Inche Bos Besar anda pon menyertai bulatan gembira juga kerana terlalu kagum dengan prestasi kerja yang anda tunjukkan. Wah!
  3. Menjadi imam solat fardhu di surau kantor. Anda yang sememangnya sudah kacak bergaya dengan tali leher dan cufflink anda itu, ehem, pasti membuatkan makcik-makcik kantor cair dan berhajat menjadikan anak menantunya. Eh. Sila jaga niat ya!
  4. Menjadi pusat rujukan kepada permasalahan agama dalam kalangan rakan-rakan sekerja. Pengalaman saya, memang sekali-sekala akan ada borak-borak agama yang membincangkan soal hukum fikah (ini tajuk peberet), isu semasa dan sebagainya. Ketika inilah anda wajar mengambil peluang dan mencelah untuk melontarkan pandangan anda yang bernas itu.
  5. Ramah dan mesra dengan semua orang, hatta dengan makcik pembuat air dan abang pengemop lantai, tanpa melanggar batas-batas syarak yang ditetapkan. Percayalah, orang akan sangat hormat dengan sikap sebegini.
  6. Menjaga akhlak anda dengan se-tiptop mungkin, baik dari segi pemakaian, cara percakapan, kekemasan meja dan sebagainya. *Paaannnggg* Aduhhh rasa macam sedang melempang diri sendiri!
  7. Sekali-sekala apabila ada masa lapang, apa salahnya buka mushaf anda dan tilawah dan tadabburlah di meja kerja anda itu. Pedulikan mata-mata yang terjojol keluar atau mulut-mulut yang ternganga melihatkan perbuatan anda itu.
  8. Menampal poster-poster Islamik berupa hadith-hadith pilihan, 10 sifat tarbiyah, maratib amal dan sebagainya, pada dinding kubikel anda (sekiranya ada)
  9. Membelanja rakan sekerja makan tengah hari berupa nasi beriani ayam madu atau nasi kerabu daigin bakar atau nasi campur ikan bakar Jalan Tanglin. Ohoi!
  10. Sentiasa bersedia menjadi telinga kepada mana-mana rakan sekerja yang ingin berkongsi masalah dan meminta pandangan kita, meskipon kita bukanlah pakar psikiatri yang bertauliah
  11. Walaupon hujung minggu kita penuh dengan konferens riang dan program-program tarbiyah dan dakwah, cubalah sebaiknya memenuhi jemputan rakan sekerja ke majlis-majlis keramaian yang dianjurkannya seperti majlis aqiqah anak sulung, majlis sambutan hari lahir anak bongsu dan majlis perkahwinan bini nombor dua. Eh Eh.
  12. Menjadi AJK surau kantor (sekiranya ada) di mana anda boleh menggunakan peluang ini untuk mencadangkan pelaksaan program-program tarbiyah dan memberi tazkirah pembasah jiwa usai waktu solat
Jujurnya, menDF rakan sekerja bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Apatah lagi kebanyakan daripada mereka sudah mempunyai pelbagai komitmen dan tanggungjawab sebelum mereka berkenelan dengan tarbiyah dan dakwah lagi.
Saya sendiri mengambil masa hampir dua tahun sebelum berjaya meyakinkan seorang rakan sekerja yang juga kini merupakan sahabat baik saya, untuk menyertai bulatan gembira. Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milikNya. 
Pokoknya, kena banyak bersabar dan terus-menerus berusaha untuk menyantuni rakan-rakan sekerja anda itu. Selagi mana anda bergelar seorang dai'e, anda adalah dai'e pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda berada. Ayuh sebarkan chenta di kantor kita!

Masyarakat Awam

Hai adik beriman, boleh berkenalan? [Kredit]

Jujur, saya bukanlah orang yang paling baik untuk memberikan tips bagaimana mahu menDF orang-orang awam di luar sana. Namun suka atau tidak, setiap masa kita berinteraksi dengan masyarakat di luar sana dan kita punya amanah untuk menyebarkan chenta pada mereka ini juga.

Di dalam buku 'Bagaimana Menyentuh Hati' tulisan Abbas as-Sisiy, dikisahkan bagaimana pernah suatu ketika beliau sengaja memijak kasut seorang pemuda di dalam tren semata-mata kerana mahu memulakan perbualan dengannya. Sungguh mengangkatkan sebelah kening bukan? Kau mampu...?

Saya belum lagi mampu. Nanges.

Namun apa yang sering saya lakukan adalah memerhatikan para syabab (pemuda yang bersemangat hidung kembang kempis) di masjid atau surau yang sering saya kunjungi dan kemudian berangan-angan alangkah indah dan seronoknya sekiranya saya dapat membulatangembirakan mereka ini. Syok sendiri.   

Berikut saya kongsikan beberapa tips yang saya kira, praktikal untuk kita sama-sama lakukan untuk menDF masyarakat awam di luar sana:

(Nota: Saya memasukkan jiran tetangga di dalam kategori ini)
  1. Sekali-sekala menghantar ayam ros merah atau ikan kerapu tiga rasa yang anda masak itu kepada jiran-jiran yang berkenaan, percuma dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Selitkan nota yang tertulis, "Kalau berminat untuk menyertai bulatan gembira, jangan ragu-ragu untuk menghubungi 1800-BULATAN-OSEM." Jangan lupa emotikon senyum kenyit mata itu!
  2. Buat-buat tanya arah jalan atau apa-apa sahaja soalan rawak yang relevan kepada syabab yang telah anda kenal pasti untuk memulakan perbualan
  3. Pergi kepada individu yang berpotensi menjadi mad'u anda itu dan berkata, "Eh anda ni bukan yang berlakon dalam iklam biskut cap Pingpong tu ke?"
  4. Berlari-lari anak dari jauh lagi sambil menunjukkan muka yang penuh keterujaan dan kebahagiaan lantas memeluk kuat bakal mad'u anda dan berkata, "Allah Mat (atau Minah untuk akhawat) lama betul kita tak jumpaaa! Mana kau pergi selama niii...???" Namun pipi anda kena cukup tebal untuk melakukan aksi ini. Heh.
  5. Solat di dalam surau/masjid yang sering dikunjungi mad'u yang berpotensi. Pastikan anda duduk dan bersolat berdekatan dengannya. Bila tiba masa yang sesuai, cuit bahunya dan katakan, "Abang selalu nampak anda di sini. Belajar mana?" dan aturkan suatu pertemuan di kedai mamak dengannya. 
  6. Beli hadiah dan balutnya dengan cantik, dan beri kepada mad'u yang berpotensi apabila anda bertemu dengannya. Apabila dia membuat muka pelik atau tidak percaya, katakan padanya dengan penuh yakin, "Ya, saya tidak kenal anda dan anda pon tidak kenal saya. Tetapi entah mengapa, saya merasakan hati kita telah tertaut keranaNya dan oleh sebab itu, saya ingin menunjukkan penghargaan saya dengan memberikan anda hadiah ini." Ok skema. Sama ada dia akan mengalirkan air mata penuh keterharuan (10-18% kebarangkalian) atau dia akan kembalikan semula anda hadiah itu dan lari laju-laju (64-89% kebarangkalian). Eheh. 
  7. Sebarkan salam, sepertimana hadith Nabi SAW:
“Kalian tidak akan masuk sorga sampai kalian beriman, dan tidak akan sempurna iman kalian hingga kalian saling menchentai. Mahukah aku tunjukkan kalian pada sesuatu yang jika kalian lakukan kalian akan saling menchentai? Sebarkanlah salam di antara kalian.
[Hadith Riwayat Muslim]

Selain tips (5) dan (7), yang lain-lain itu sungguh memerlukan keberanian tahap gaban atau sekurang-kurangnya, Suria Perkasa Hitam. Eheh.

Baiklah. 

Sebagai konklusi, suka untuk saya ingatkan diri saya dan anda semua, bahawa hadaf (objektif) utama DF adalah untuk merompak hati-hati manusia di luar sana dan diserahkan kepada Allah semata. Dengan bahasa yang lebih mudah dan praktikalnya, hadaf DF adalah untuk membulatangembirakan mad'u-mad'u berpotensi yang telah anda kenal pasti.

Oleh sebab itu, ruh DF adalah berbeza sekali dengan dakwah ammah (dakwah umum), di mana anda berDF dengan harapan dan matlamat untuk membawa bersama-sama subjek dakwah itu ke dalam gerabak tarbiyah dan dakwah yang sedang anda naiki. Anda tidak mungkin akan senang duduk dan berpuas hati selagi mana anda tidak mencapai objektif anda itu.

Kelazatan dan kenikmatan berDF ini hanya dapat dirasakan oleh anda yang bersungguh-sungguh dan ikhlas melakukannya sahaja. Terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang akan diperolehi, yang tidak mungkin akan didapati di mana-mana kuliah atau bilik darjah. Anda yang pernah melakukannya sahaja tahu betapa sukarnya mahu memulakan DF ini, dan anda juga tahu sekali anda memulakannya, anda tidak mungkin dapat berhenti daripada melakukannya. Senyum.

Apa-apa pon, sematkan di dalam hati dan yakini tanpa ragu-ragu lagi bahawasanya DF ini adalah hanya sebahagia usaha kita dalam melaksanakan tanggungjawab Syahadatul Haq kita. Setinggi dan sebesar mana pon harapan kita agar subjek dakwah yang kita kenal pasti - sama ada ahli keluarga, sahabat handai, rakan sekerja atau masyarakat awam di luar sana - untuk bersama-sama bergabung dengan kita, akhirnya hidayah itu milik Allah jua. 
"Sungguh engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki., dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
[al-Qasas, 28:56]

Tarik nafas.

Saya kira cukuplah setakat ini perkongsian saya tentang dakwah fardhiyyah. Ya, saya tahu dan saya akui, perkongsian saya ini mungkin tidak sampai 1% pon daripada ruh dan kefahaman DF yang sebenar. Namun besar harapan saya agar perkongsian yang marhaen ini dapatlah memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada anda semua, espeseli kepada anda yang baharu mahu berjina-jinak dengan konspirasi tarbiyah ini. Wahahaha.

Wahai Allah! Saksikanlah! Saksikanlah yang aku telah sampaikan!

Selamat menyentuh hati-hati di luar sana. Selamat menyebarkan chenta!

-gabbana- 

28 March 2014

Jannah Drive-Thru

[Credit]

"Yes, can I please have a bucket of marjan, two plates of mann and salwa, then a bowl of aanaba. And for my drinks, I'll have the salsabil water, with a mix of kafuur. That would do. Thanks!"

Woah.

How I wish going to jannah is that easy; just order what you want, as what you will usually do when you drive-thru fast food restaurant (McDonald's and Starbucks not included).

But in reality, going to jannah ain't gonna be easy. We will need to pay for a very high price to be admitted to jannah. 

As narrated by Abu Hurairah r.a.:

"The (Hell) Fire is surrounded by all kinds of desires and passions, while Paradise is surrounded by all kinds of disliked undesirable things."

[Sahih al-Bukhari]

That's the price we'll have to pay to go to jannah; all kinds of disliked and undesirable things.

Gulp. 

And that would include something like standing firm on your imaan, struggling to ward off the rusts of jahiliyyah, being ridiculed by people around you for being different and encountering trials and tribulations that would shake your faith to its core. 

"Aliif lam miim. Do the people think that they will be left to say, 'We believe' and they will not be tried?

But We have certainly tried those before them, and Allah will surely make evident those who are truthful, and He will surely make evident the liars."
[al-Ankabut, 29:1-3]

Aiyaya yaya!

The secret to be admitted to jannah, must lie in the manhaj (system) that Allah has provided to all human being. This manhaj is called Islam. Islam is perfect and complete (syamil wa kamil) simply because it was drafted by the Grand Lord Himself. Nothing should be added to it nor nothing should be taken away. 

When we recite "Ihdinas siratal mustaqim" - show us the straight path - at least seventeen times per day (though I'm sure most of you recite it much more than that), what we really mean is we ask Allah to guide us and grant us strength to embrace Islam. The true Islam and not the modified version of Islam.

As we cannot pick and choose to enter into jannah, the same goes with Islam; we cannot pick and choose which elements in Islam that we would like to practise.

I call this 'Happy Meal Islam.' 

Do you remember the time when you were still a chubby cute little kid, you went to your favourite fast food restaurant - McDonald's* - with your mum; what did you order? I bet you went for Happy Meal right?

*At time when we didn't boycott McDonald's just yet 

You either chose Set A because you liked beef burger with a racing car toy, or you opted for Set D because you didn't really feel like eating; you just wanted to get hold on the chubby alien toy. 

But no, Islam is not like that. Islam cannot be like that.

"Ahhh I want to pray and pay my zakah, but can I commit zina?"

"Don't worry. I'll fast during Ramadhan. I'll perform my hajj when the time comes. And I'll read Quran. But hey, what is life without partying and drinking?"

"Islam is... Syahadah, salah, saum, zakah and hajj. Not forgetting forgery, interest and fornication. Woohooo!"


Fall from chair.

Allah says in the Quran:

"O you who have believed, enter into Islam completely [and perfectly] and do not follow the footsteps of Satan. Indeed, he is to you a clear enemy."
[al-Baqarah, 2:208] 

Kaffaah. Completely. Holistically. Without leaving even the smallest detail. Even if we don't like it. Even if we find it very hard to follow. 

Why?

Because the price to jannah is expensive. Everyone deserves jannah, yes, but not everyone can afford to enter it.

Only those who are willing to endure the sufferings and hardships as a believer - the price of jannah - will get the ticket to enter jannah.

[To the righteous it will be said], "O reassured soul, return to your Lord, well-pleased and pleasing [to Him], and enter among My [righteous] servants and enter My Paradise."
[al-Fajr, 89:27-30] 

Ninja chopping onions. 

"I'm  sorry sir. We don't sell jannah in bits and pieces like that. You have to enter jannah first, then you can pick and choose whatever you want."

Sparkling smile.

-gabbana- 

25 March 2014

Dari Mesir Ke Lautan Hindi, Dengan Chenta

Allah Allah. T.T [Kredit]

Rasanya tidak perlulah saya berceloteh panjang.

Umum mengetahui, semalam merupakan hari yang cukup mendung dan menyedihkan buat rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam di seluruh dunia.

Berita pertama yang cukup mengejutkan, hampir-hampir membuatkan saya terkena serangan jantung semalam adalah hukuman mati yang dikenakan ke atas 529 orang penyokong Presiden Muhammad Mursi (Baca: Ikhwan) oleh mahkamah di Mesir. Hukuman semberono dan tidak masuk akal yang dijatuhkan oleh hakim dikutuk oleh bukan setakat umat Islam malah masyarakat antarabangsa yang melihatnya sebagai suatu keputusan penuh kegilaan.

Tapi macam biasalah. Tidak lebih dari sekadar mengutuk. Itu sahaja. Aduhai. 

Entah mengapa, berita ini cukup-cukup mengesankan saya.

Sedih. Geram. Marah. Tidak percaya. Rasa seperti mahu berlari-lari laju dan membaling pasu bunga sehingga pecah hey! Eh. 

Perbicaraan yang paling jijik dan keji dalam sejarah ketamadunan manusia moden. [Kredit]

Satu-satunya perkara yang bisa menenangkan jiwa saya yang benar-benar tidak tenteram apabila mendengar berita itu adalah betapa beruntungnya 529 ikhwan itu; andai mereka ikhlas dan faham dengan perjuangan mereka itu, andai mereka berjuang menentang pemerintah yang zalim adalah semata-mata melaksanakan perintah Allah demi mencari keredhaan Allah, hukuman mati ke atas mereka itu adalah pemberian tiket percuma ke sorga. 

Ya, andai mereka benar-benar dihukum mati oleh kerajaan Mesir yang bacul, pengecut dan dayus itu, inshaAllah, syahid buat mereka semua. SYAHID!

Maka tercapai-capailah cita-cita yang mereka impikan selama ini. Termakbullah doa dan slogan mereka selama ini. Tertunailah impian mereka yang tertinggi di atas jalan ini!
 
Allahu ghayatuna!
Ar-Rasul qudwatuna!
Al-Quran dusturuna!
Al-Jihad sabiluna!
Al-Mautu fi sabilillah, asma amanina!

Mati di jalan Allah itu adalah cita-cita tertinggi kami! Allahu akbar, walillahil hamd!

Bergembiralah wahai ikhwan! Bergembiralah, kerana kalian telah ketemu dengan chenta teragung, di atas jalan perjuangan ini! Dan laknat Allah ke atas penguasa-penguasa yang zalim dan kejam, bersama-sama dengan anjing-anjing mereka!

Nanges.

Kemudian kita dikejutkan pula dengan berita pengesahan bahawa destinasi terakhir pesawat MH370 adalah di tengah-tengah Lautan Hindi. Ya benar, meski Dato' Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab membuat pengumuman rasmi itu menggunakan perkataan yang sedikit lembut, bahawa "Perjalanan pesawat MH370 telah berakhir di Lautan Hindi," saya kira, kita semua cukup matang dan rasional untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh beliau. 

Meski pahit. Meski perit. Meski sakit. Namun ia tetap perlu ditelan.

Setelah lebih 17 hari proses mencari dan menyelamat digerakkan yang melibatkan pelbagai pihak dari pelbagai negara, akhirnya kita menemukan sesuatu. Akhirnya pihak keluarga krew dan para penumpang pesawat MH370 tidak perlu menunggu-nunggu lagi dalam penuh keterseksaan dan pengharapan, menanti-nanti berita tentang orang yang tersayang. 

Maafkan saya jika kata-kata ini akan menyinggung mana-mana pihak, namun sekurang-kurangnya, mengetahui pengakhiran nasib pesawat MH370 itu jauh lebih melegakan daripada terus ternanti-nanti berita yang tidak kunjung tiba.

"Tuhan lebih sayangkan ayah... Tuhan lebih sayangkan mereka semua..."

Begitulah kicauan anak perempuan kepada Edward Nari, ketua pramugara pesawat MH370 yang cukup meremukkan hati sesiapa sahaja yang membacanya. 

Namun saya kira ada benarnya pada kata-kata Maira Elizabeth Nari itu. Bahawa Allah lebih sayangkan ayahnya dan Allah lebih sayangkan semua mangsa yang terlibat di dalam peristiwa yang akan meninggalkan titik hitam buat selamanya dalam sejarah penerbangan negara. 

Dan Allah juga sayangkan kita semua. Kerana daripada apa yang berlaku, kita telah belajar sesuatu yang amat-amat berharga.

Itulah, betapa hebat dan besarnya kita, betapa kaya dan banyaknya harta yang kita ada, betapa canggih dan modennya teknologi yang kita punya, akhirnya kita hanyalah hambaNya yang lemah, yang tidak punya daya upaya, yang tidak punya apa-apa. 

Akhirnya kita terpaksa akur, bahawa yang memiliki segala sesuatu di seluruh cakerawala ini, yang berkuasa ke atas setiap sesuatu di seluruh alam buana ini, adalah Dia, Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Perkasa. 

Semuanya ini hanya mengingatkan kita kepada sepotong ayat chentaNya yang sangat-sangat berkuasa dan menggugah jiwa:

"...Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya..."
[al-Mulk, 67:2]

Ya, MH370 telah menyatukan kita semua. ='] [Kredit]

Buat ahli keluarga dan kenalan kepada krew dan para penumpang pesawat MH370, doa saya untuk anda semua, agar diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi dugaan yang maha hebat ini. 

Mudah untuk saya mengatakannya. Pantas untuk saya melafazkannya. Remeh untuk saya mengungkapkannya.

Namun perlu untuk saya kongsikan ini: Yakinlah dengan perancangan Yang Maha Kuasa, kerana hanya sahaja Dia yang Mengetahui, apakah hikmah di sebalik semua ini. Bersabarlah. Teguhkan hati kalian. Yakinlah, Allah akan menggantikan kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik.

Moga mereka yang pergi menghadapNya juga pergi sebagai seorang syahid, biidznillah. Sama-sama kita doakan mereka berbahagia di sana. 

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas juga buat semua yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MH370. Saya sebagai rakyat Malaysia amat berbangga dengan kesungguhan dan pengorbanan yang telah kalian tunjukkan. Hanya Allah sahaja yang bisa membalas jasa baik kalian! 

Kepada anda semua yang beragama Islam, ayuh kita bangkit! Hukuman mati terhadap 529 ikhwan di Mesir itu hanya memberikan kita satu konklusi sahaja!

Betapa kita sudah tidak punya masa untuk beralasan! Kita sudah tidak punya masa untuk bermalas-malasan! Dunia ini sudah nazak sakitnya, sudah menghampiri sakaratul mautnya!
 
Kitalah! Kitalah pemuda pemudi Islam harapan agama dan manusia, untuk menyelamatkan dunia itu! Ayuh bangkit, kita gegarkan dunia, kita gugah alam buana, dengan menyebarluaskan kuasa chentaNya! 

Dalam satu hari sahaja telah begitu banyak yang kita belajar.

Dari Mesir ke Lautan Hindi, sungguh kita hidup dengan chenta. Chenta sesama kita. Chenta pada ketentuanNya. Dan chenta pada kasih-sayangNya.

Senyum. Air mata mengalir perlahan.

-gabbana- 
 

24 March 2014

Panduan Marhaen Buat Hadek-Hadek Lepasan SPM

[Kredit]

[Nota: Siri Donut & Falafel dihentikan buat sementara waktu, kerana stok tepung dan gula yang kehabisan untuk membuat doh baru. Eheh.]

Saya menjangkakan minggu ini dan minggu-minggu berikutnya adalah masa-masa yang cukup getir dan menyibukkan buat hadek-hadek yang baharu sahaja mengambil keputusan SPM beberapa hari lalu, terutamanya buat mereka yang mendapat keputusan warna terbang.

Sudah tentu antara soalan-soalan yang bermain di kepala sekarang ini termasuklah:

Nak ambil bidang pengajian apa? Nak pilih biasiswa mana? Nak pergi ke kolej/institut pengajian mana? Nak ambil program apa? 

Maka saya terpanggil untuk memberikan perkongsian ini, dengan harapan dapatlah ia sedikit sebanyak memberikan pencerahan dan panduan kepada hadek-hadek sekalian dalam membuat keputusan yang paling tepat demi masa hadapan yang lebih cerah dan terjamin. Ada macam bunyi iklan insurans pendidikan tak? Wahahaha.

Sebelum itu, wajar saya kira untuk saya berkongsikan dahulu pengalaman peribadi saya sewaktu baharu sahaja mendapat keputusan SPM dahulu. Seperti kebanyakan remaja berusia lapan belas tahun ketika itu, saya tidak tahu dan tidak pula ambil pusing apakah bidang yang paling baik dan sesuai dengan minat dan karakter diri saya. 

Yang saya tahu saya mahu terbang ke luar negara. Tidak kisahlah bidang apa pon, yang penting saya dapat main salji dan melancong ke luar negara. Alahai. 

Apatah lagi ketika di zaman saya, tidak banyak ceramah-ceramah kerjaya yang diadakan, tidak seperti pada hari ini. Hadek-hadek di zaman ini saya kira jauh lebih beruntung dan bernasib baik.

Hendak dijadikan cerita, ketika itu, sedang hangat diperkatakan tentang bioteknologi. Di masa itu, Perdana Menteri Malaysia adalah Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) yang berperanan besar melonjakkan bidang bioteknologi sebaris dengan bidang-bidang lain di Malaysia ini. 

Entah bagaimana, saya adalah antara manusia yang terpengaruh dengan agenda memperkasakan bioteknologi itu. Walhal sebelum itu berkobar-kobar saya mahu menjadi seorang Tuan Duktur! Sayugia sekonyong-konyong saya pon dengan penuh keyakinan, berbekalkan sijil yang boleh tahan cemerlang itu, membuat permohonan biasiswa MARA dalam bidang bioteknologi. 

Selain itu, saya juga membuat permohonan biasiswa yang lain seperti Bank Negara Malaysia, Petronas, PNB dan lain-lain lagi (bukan dalam bidang bioteknologi). Yalah, objektif utamanya asalkan terbang kan?

Antara tempoh membuat permohonan dan dipanggil untuk sesi temuduga, baharulah saya berbincang dengan seriyes dengan Inche Papa tentang prospek masa hadapan saya. Tidak fasal-fasal saya dimarahinya kerana membuat keputusan semberono tanpa berbincang dahulu dengannya. 

Timbullah rasa sedikit penyesalan dalam diri. Dan tidak semena-mena timbul pula rasa tidak minat pada bidang bioteknologi. Pulak dah! 

Maka apabila dipanggil untuk temuduga biasiswa MARA, saya dengan penuh keyakinan tahap Action Kamen, memberitahu panel penemuduga bahawa saya mahu menukar permohonan saya dari bidang bioteknologi kepada bidang perakaunan. Saya keluar dari bilik temuduga itu tersipu-sipu tapi yakin bahawa permintaan saya itu akan dipenuhi. 

Ketika surat tawaran biasiswa MARA tiba di rumah, saya telah ditawarkan bidang bioteknologi di bawah program AUSMAT (Australian Matriculation). Kuang kuang kuang. Apabila saya menghubungi pihak MARA dan bertanyakan mengapa permohonan saya untuk bidang perakaunan ditolak, mereka memberi alasan bahawa mereka kekal dengan permohonan asal saya. Adeh.

Dipendekkan cerita, saya dipanggil pula untuk temuduga biasiswa sebuah syarikat korporat berkaitan kerajaan. Dan alhamdulillah, saya berjaya mendapatkan biasiswa syarikat tersebut di dalam bidang ekonomi. Untuk menambahkan perisa pada masakan, ketika itu saya sudah pon memulakan program AUSMAT saya di sebuah kolej persediaan selama seminggu lamanya. Terpaksalah saya ke pejabat MARA untuk membatalkan biasiswa saya dengan mereka. Mujur juga saya belum lagi menandatangani apa-apa kontrak lagi. Maka hai hai ekonomi dan bai bai bioteknologi! Wah!

Pandang kiri, pandang kanan. Lari laju-laju. 

Ada beberapa pengajaran besar yang boleh saya kongsikan dengan hadek-hadek lepasan SPM daripada kisah hidup saya yang boleh tahan tragis itu. InshaAllah ibrah yang ingin saya kongsikan ini diharapkan bukan sahaja berguna untuk anda yang bercita-cita untuk belajar ke luar negara, tetapi boleh juga dimanfaatkan untuk hadek-hadek yang akan menyambung pelajaran dalam negara nanti.

Ada beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan sama ada anda ingin menjadi tuan duktur, inche injiniur, puan peguam, cik akauntan atau ostajah pilihan:

MINAT

Kalau dah minat, kerja apa pon berkat! InshaAllah. ;) [Kredit]

Pada pendapat saya yang marhaen ini, minat adalah faktor terbesar dan terpenting yang perlu diambil seriyes sebelum membuat keputusan yang bakal merobah hidup anda buat selamanya. Ironinya, jarang sekali saya dengar, ada orang yang memilih sesuatu bidang atau kerjaya disebabkan oleh minat dan semangat. 

Minat akan menjadikan anda termotivasi dan penuh bertenaga mengejar cita-cita anda. Minat juga akan membuatkan anda bersungguh-sungguh merealisasikan impian yang telah tanam sejak sekian lama. Dan jarang sekali seseorang itu akan menyesal apabila memilih kerjaya atau profesion berdasarkan minatnya.

Jika anda berminat untuk menjadi seorang jurutera kapal terbang meski anda seorang perempuan, mengapa tidak? Andai anda punya impian untuk menjadi seorang pereka kasut walau anda seorang lelaki jantan gagah lari berani, mengapa tidak? Sekiranya anda sangat bersemangat mahu menjadi seorang pelatih dolfin profesional, err, mengapa tidak...?

Mungkin berguna juga sekiranya anda punya ruang dan peluang untuk mengambil beberapa siri ujian psikologi yang dapat mengenalpasti minat dan karakter anda dengan lebih tepat dan jitu. Dengan cara ini, dapatlah ia membantu anda mengenal potensi diri yang sebenar, lantas memilih bidang yang bertepatan dengan kelebihan anda itu.

Sekiranya faktor-faktor lain tidak menghalang keputusan anda, maka jadikan minat sebagai panduan dalam melakar masa hadapan anda. InshaAllah sekiranya anda ikhlas mengejarnya, anda akan dapat yang anda mahukan dan anda akan sangat berpuas hati dengannya.

HARAPAN/KEHENDAK PUAN MAMA DAN INCHE PAPA

Adududu mak oo mak, janganlah nanges semata-mata saya tak diterima bekerja sebagai penganalisis di Google! Eh. [Kredit]

Hal ini tidak boleh dipandang enteng, espeseli dalam masyarakat Malaysia yang saya kira masih lagi konservatif dan konvensional. 

Kadangkala mak dan ayah anda sudah punya impian untuk kita sejak anda menggelungsur keluar dari rahim mak kita lagi. Mungkin mereka mahu melihat anda menjadi seorang tuan duktur yang berjaya. Mungkin mereka mahu melihat anda menjadi seorang artikek yang terkenal di seluruh dunia. Atau mungkin mereka mahu melihat anda menjadi seorang juruterbang yang meluncur laju di langit biru (Walaupon saya mengesyaki kini tidak ramai ibu bapa yang mahu anaknya menjadi juruterbang. Hohoho.)

Takkanlah anda mahu senang-senang melihat punah berkecai dan hancur berderai impian mak ayah anda kan..? 

Anda cukup bertuah andai minat anda selari dengan kehendak dan impian mak ayah. Sekiranya tidak, cubalah bawa berbincang dengan baik dan penuh harmoni dengan mereka. InshaAllah, sekiranya anda ikhlas dan bersungguh-sungguh menjelaskan kepada mereka, mengapa anda merasakan minat dan impian anda itu berbaloi untuk dikejar, besar kemungkinan kedua orang tua anda boleh menerima hasrat anda itu.

PROSPEK KERJAYA
Ke mana kerjaya kita akan bawa kita nanti...? [Kredit]

Perlu diakui, Malaysia bukanlah seperti negara-negara maju yang lain, yang punya prospek kerjaya yang lebih meluas dan bervariasi. 

Saya masih ingat, pernah suatu ketika dahulu, saya sangat teruja untuk menjadi Imagineer, yakni jurutera yang merekabentuk permainan dan tunggangan di taman tema. Malangnya, pekerjaan tersebut seolah-olahnya tidak wujud di Malaysia ini. Adoi. 

Kerana itu penting juga untuk anda menghadiri ceramah-ceramah kerjaya, yang akan memberikan anda pendedahan yang lebih meluas dan praktikal tentang sektor kerjaya di Malaysia ini. Jujurnya, cikgu-cikgi anda berkemungkinan besar tidak mampu untuk memberikan pencerahan terbaik tentang keadaan pasaran buruh semasa. Amacam? Ada gaya seperti seorang ahli ekonomi tak..? Wahahaha.

Pandang awan sambil tersenyum nakal.

Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya yang sedikit ini, sekarang ini berlaku lambakan doktor dan jurutera (bukan semua jenis jurutera) dek terlalu ramai para pelajar yang dibasuh otak mereka untuk memilih kerjaya ini. Kononnya kedua-dua kerjaya ini punya prospek masa hadapan yang paling cerah, secerah suria yang menyinar terik di siang hari. Eh. 

Benar, rejeki itu Allah yang tetapkan untuk kita. Tetapi bagi saya, bukanlah sesuatu yang bijak andai kita membuat suatu pilihan yang sangat penting di dalam hidup kita tanpa merancang dengan baik dan melihat gambarannya yang lebih besar. 

Ketiga-tiga faktor di atas saya kira merupakan tiga faktor utama yang dapat memandu anda dalam membuat keputusan. Andai anda dapat menyeimbangkan ketiga-tiga faktor ini, saya yakin anda dapat membuat keputusan yang bukan sahaja bijak dan praktikal, tetapi memberikan anda kepuasan yang maksima.

Namun begitu, ijinkan untuk saya menambah satu lagi faktor yang saya kira, sebenarnya paling utama dan terpenting berbanding ketiga-tiga faktor di atas:

KEPENTINGAN UNTUK TARBIYAH DAN DAKWAH

Allahu ghayatuna! [Kredit]

Ha, tersembur kau baca tarbiyah dan dakwah. Wahahaha.

Alhamdulillah, setelah berkecimpung dalam konspirasi menggegarkan dunia ini, saya dapati, antara ujian terbesar yang dihadapi oleh ikhwah dan akhawat adalah ujian kerjaya. Sedihnya, tidak kurang yang gugur (Baca: Futur) dek tidak tertahan lagi dihambat dan diserang oleh ujian kerjaya bertubi-tubi.

Oleh sebab itu, teramatlah super saiya penting, sebelum anda membuat keputusan profesion apakah yang bakal anda pilih nanti, anda mengambil kira kesannya kepada tarbiyah dan dakwah. Saya tahu, kemungkinan besar hadek-hadek lepasan SPM yang membaca post ini, belum lagi terlibat dengan gerabak tarbiyah dan dakwah. Jika ada sekalipon, mungkinlah tidak seseriyes mana kerana pada usia semuda itu, apa sahaja yang seriyes dalam dunia ini melainkan mahu berseronok-seronok dan berhuha-huha sahaja? Eh.

Mohon sentap sebentar.

Namun jika ada dalam kalangan hadek-hadek yang sudah insaf, sedar dan faham betapa tujuan hidup kita di dunia ini bukan hanya kerja, berkeluarga, makan dan tidur, maka tidak boleh tidak, keputusan anda nanti pastinya akan memberi kesan pada kerja-kerja tarbiyah dan dakwah anda. 

Bakal profesion anda nanti sebaiknya bukan sahaja memberikan anda ruang dan masa untuk mentarbiyah dan berdakwah, malah memberikan anda kelebihan dan kekuatan tambahan untuk memaksimakan lagi kemuntijan (Baca: Keefisienan) kerja-kerja menjerat dan menangkap orang-orang di luar sana ke dalam kandang 'ubudiah dan khilafah. Wah! 

Arakian berdasarkan pemerhatian dan muayasyah saya bersama dengan ikhwah yang sudah bekerjaya (dan juga berdasarkan pengalaman saya sendiri), saya mendapati ada beberapa kerjaya yang menepati ciri-ciri ini. Antaranya:

  • Pensyarah
  • Guru sekolah (tapi ini pon semacam merbahaya juga)
  • Bisnes sendiri
  • Pensyarah
  • Bisnes sendiri...
 Ya saya tahu, saya tahu. Pilihannya tidak banyak. Tetapi itulah...

Peluh kecil.

Saya pasti akan ada komen-komen dan maklum balas yang tidak bersetuju dengan pandangan saya ini. Malah saya sudah boleh menjangkakan reaksi-reaksi yang bakal timbul nanti:

"Alah Inche gabbana ni. Dia tahu apa! jadi tuan dan puan duktur pon boleh berdakwah apa! Sambil merawat pesakit, sambil-sambil tu sebarkanlah chenta!"

"Ceh. Inilah dia, pemikiran kolot! Jumud! Walhal jadi apa-apa pon boleh mentarbiyah, boleh berdakwah. Yang penting mujahadah kena haibat lah!"

"Entah apa-apa la Angel Pakai Bata ni. Kalau ye pon nak bagi tips dan bimbingan, biarlah dengan fakta. Ini tidak, lebihnya auta! Alahai kasihan."

Hehe. Terpulanglah. Lain kali sebelum baca post ni, baca dahulu tajuknya dengan teliti. Sudah saya katakan, ini adalah panduang yang marhaen bukan?

Untuk rekod, pandangan dan pendapat saya ini, meski bukanlah qat'ie (tetap, tidak boleh diubah), namun ia adalah berdasarkan pemerhatian dan pergaulan saya dengan ramai ikhwah dan akhawat (err pergaulan dengan akhawat adalah secara tidak langsung). Sekiranya anda berbual mesra dan menyelami hati ikhwah dan akhawat yang sudah bekerjaya, dan bersungguh-sungguh pula melaksanakan tugas syahadatul haq mereka, saya yakin mereka boleh bersetuju dengan pendapat saya ini. 

Fuh.

Selain daripada empat faktor di atas, ijinkan juga saya untuk menyenaraikan beberapa perkara secara ringkas yang JANGAN dibuat dalam menentukan dan membuat keputusan yang bakal mempengaruhi masa hadapan anda ini:

  • JANGAN ikut-ikut kawan
  • JANGAN pilih sesuatu bidang atau program semata-mata kerana mahu terbang ke luar negara - "Kenapa kau nak pergi Korea..?" "Err.. Err.. Sebab aku nak jumpa Kim Hyung Joong je sebenarnya." Tersembur.
  • JANGAN buat sesuatu pilihan kerana hanya itu sahaja pilihan yang anda ada (Baca: last resort) - Ramai yang memilih untuk menjadi polis, tentera dan juga guru disebabkan faktor ini. Akhirnya, lihatlah apa yang terjadi pada sektor keselamatan dan pendidikan negara..?
  • JANGAN buat pilihan dalam keadaan yang tertekan dan terpicit. Eh.
  • JANGAN baling dadu atau lontar syiling untuk membuat keputusan. Itu gila.
Amboi banyaknya jangan. 

Ehem.

Perlu juga untuk saya membuat sedikit diskelemer di sini; bahawa pemerhatian dan pengalaman saya ini tidaklah lengkap dan holistik, dalam erti kata saya tidaklah berkesempatan bergaul dengan pelbai jenis orang dengan pelbagai jenis kerjaya dan menyelami sendiri pengalaman sebenar mereka ini. Makanya saya perlu mengaku bahawa tulisan saya ini tidaklah sempurna dan banyak cacat celanya. 

Apa-apa pon, perbanyakkan perbincangan dan pembacaan anda sebelum anda membuat keputusan biasiswa apa yang akan anda pilih atau bidang apa  yang akan anda ceburi. Percayalah, perkara terakhir yang mahu anda hadapi adalah perasaan menyesal tak sudah dengan keputusan yang pernah anda buat suatu ketika dahulu.

Banyak masa, tenaga, harta dan emosi akan dibazirkan, apabila anda mendapati tahun-tahun yang telah anda habiskan adalah untuk sesuatu yang tidak memberi apa-apa erti. 

Sudah ada beberapa orang rakan yang saya kenali, yang kini bekerja dengan profesion yang berlainan sekali dengan apa yang dipelajari sewaktu di universiti dahulu. Semuanya gara-gara kechiwa, tidak tahan dan terkejut dengan realiti sebenar dunia kerjaya yang boleh jadi kejam dan tidak berperikekerjaan. Aduhai. 

Dan sudah tentu, perbanyakkan doa dan istikharah, minta panduan dan bimbingan daripadaNya. Mintalah agar Dia tunjukkan jalan dan bantu anda sepertimana yang Dia mahukan, dan bukannya sepertimana yang anda mahu dan inginkan.

Yakinlah, bahawa Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk anda. Percayalah dan rasa tenanglah dengan perancanganNya untuk anda. InshaAllah, apabila anda sudah melakukan semua ini, mengambil kira semua faktor-faktor yang perlu anda pertimbangkan, lantas berasa tenang dan yakin dengannya, saya yakin Allah ada bersama-sama dengan anda! Bismillah, jalan!

Oh ya, suatu hari nanti, apabila anda sudah menjadi seseorang yang sukses, dalam erti kata kerjaya dan tarbiyah dan dakwah inshaAllah, setelah mengaplikasikan sebaiknya tips-tips yang saya bagi ini, jangan lupa cari saya dan belanja saya segelas teh tarik besar kaw-kaw tahu? 

Wahai!
 
-gabbana- 

Saya tidak bertanggungjawab sama sekali sekiranya masa hadapan anda punah dan ranah dek kerana menggunakan tips dan panduan saya seperti di atas bulat-bulat. Jangan saman saya. Jangan simbah asid pada kereta saya andai berlaku perkara-perkara yang tidak diingini nanti. Wahahaha.

Sebagai seorang mu'min, kita wajib percaya dan beriman dengan ketentuanNya. Dan inshaAllah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. 

Selamat mengejar pelangi wahai hadek-hadekku! Senyum. 

Nota tapak kaki: Saya siap menulis post ini sebelum mengetahui berita tentang hukuman mati terhadap 529 ikhwan di Mesir. Alangkah hancurnya dan robeknya hati. Allahu Allah.

Terasa seperti tidak sesuai pula untuk mengepost artikel ini tatkala ummah sedang bersedih dan menangesi keputusan mahkamah tentera Mesir yang penuh kegilaan itu. Namun saya kira, hidup perlu diteruskan. Perjuangan perlu dihidupkan.

Moga Allah kurniakan mereka semua dengan jannahNya yang tertinggi. Moga Allah izinkan kita untuk menyertai mereka nanti! Allahul musta'an!

#doauntukMesir #doauntukIkhwan #doauntukummah #doauntukeadilan

22 March 2014

Siapa Yang Makan Donut dan Falafel Saya?

[Kredit]

Ha, bagaimana perasaan bermu-a-ya-syah dengan hadek-hadek bulatan gembira anda? Cukup nikmat dan menyegarkan bukan..?

Adakah ini anda merasakan anda sudah cukup mengenali mad'u anda itu? Op op, belum lagi! Jangan lupa, muayasyah adalah proses yang berterusan; hanya akan berhenti apabila anda atau si mad'u anda itu sudah tidak bernyawa lagi! 

Err.

Pandang atas, tangan di dada.

Baiklah, seperti yang dijanjikan, kali ini saya akan berkongsi pula dengan anda bagaimanakah caranya untuk berdakwah fardhiyyah (DF) kepada pelbagai jenis orang di luar sana. Memandangkan di luar sana ada berbilion jenis manusia, ijinkan saya membahagikan mereka kepada empat golongan yang terbesar:

  1. Ahli keluarga
  2. Sahabat handai
  3. Rakan sekerja
  4. Manusia awam (Baca: Random)
 
Seperti yang pernah dibincangkan sebelum ini (rujuk artikel 'Donut dan Falafel: Muayasyah), apabila kita berbicara tentang DF, kita tidak boleh lari daripada memfokuskan pada hati. Malah dalam 7 marhalah DF, 2 anak tangga yang pertama adalah sangat berkait dengan hati.
 
Sayugia saya akan lebih banyak berkongsikan tentang metod dan kaedah untuk menyentuh lantas membuka pintu-pintu hati empat golongan seperti di atas.
 
Ehem. Baiklah. Anda telah bersedia dengan semangkuk popkon panas perisa karamel dan segelas minuman berkarbonat jenama yang tidak diboikot? Marilah! 
 
Ahli Keluarga
Dalam banyak-banyak golongan yang disenaraikan, saya kira ahli keluargalah yang paling sukar sekali untuk didakwahkan. Mengapa? Kerana merekalah orang yang paling dekat dan rapat dengan kita. Ironi bukan?
 
Namun perlu diingatkan bahawa antara perintah dakwah yang terawal yang diturunkan kepada ar-Rasul SAW adalah untuk baginda menyampaikan risalah Islam kepada ahli-ahli keluarganya. Tidak boleh tidak, suka atau tidak, kita wajib menyampaikan kebenaran kepada mereka ini, terutamanya buat anda yang mempunyai latar belakang keluarga yang, err *garu-garu kepala*, pegangan agamanya tidaklah sekuat mana. 
 
Di sinilah DF amat berguna sekali. Kerana di peringkat awalan DF, anda tidak perlu langsung pon menyebut tentang tanggungjawab menaati perintah Allah, urgensi mengikut sunnar Rasulullah SAW, apatah lagi mengajak mereka berbulatan gembira dan menyertai kumpulan ODOJ anda. Eh. Fokus utamanya adalah untuk merapatkan hubungan dengan mereka lantas merompak hati-hati mereka ini. Wah!
 
Untuk ahli-ahli keluarga, terutamanya Puan Mama dan Inche Papa, senjata yang paling berkesan untuk menyentuh hati-hati mereka adalah dengan anda menunjukkan akhlak terbaik yang menyejukkan perut ibu yang mengandungkan anda. Juga dengan melakukan perkara-perkara yang boleh sahaja membuatkan ayah anda sakit jantung melihatnya kerana terlalu kagum dan tidak terpercaya. Eheh.
 
Antaranya:
 
  1. Mengimamkan solat Puan Mama anda sekali-sekala
  2. Menyediakan teh o' panas kaw-kaw sebaik sahaja Inche Papa pulang bekerja
  3. Puan Mak dan Inche Bapak letih dan penat baru pulang dari bekerja, tengok-tengok dah terhidang nasi beriyani dan kambing golek di atas meja makan
  4. Membantu Puan Ibu menyidai pakaian di jemuran, mengangkatnya apabila telah kering lantas melipatnya dengan penuh bergaya
  5. Menemani Inche Ayah sarapan pagi di kedai mamak dan berborak-borak mesra dengannya
  6. Membantu Cik Adik Perempuan menyiapkan kerja sekolahnya
  7. Menghantar dan mengambil Inche Adik Lelaki ke dan dari sekolah, dan singgah membeli pisang goreng rangup sebungkus dalam perjalanan pulang ke rumah
  8. Membaca Quran terjemahan dengan suara mendayu-dayu di ruang tamu
  9. Menyapu halaman rumah dan menyiram pokok bunga orkid milik Inche Daddy
  10. Membawa seisi ahli keluarga berjalan-jalan d hujung minggu ke taman bunga atau Taman Tamadun Islam
 
Perbuatan-perbuatan ini akan meninggalkan kesan yang amat mendalam terutamanya buat anda yang suatu ketika dahulu tidak dapat dibezakan antara jin hutan atau serigala jadian. Percayalah, silap haribulan, mengalir air mata Puan Mama dan Inche Papa anda bercucuran meliaht perubahan akhlak anda yang sungguh menggugah jiwa itu.

Bagaimana pula dengan kami yang ahli-ahli keluarga kami sudah sedia baik dan alim Inche gabbana? 

Sama sahaja. Ingat tak fokus kita adalah pada hati? Maka buatlah apa sahaja asalkan anda dapat menawan dan menjerat hati-hati mereka ini!

Boleh kan? Senyum.
 
 
Sahabat handai 
Ha yang ini pon sukar juga dan kadangkala membuatkan kita tergaru-garu hidung memikirkan bagaimanakah caranya untuk menarik mereka ini kepada Islam. 

Sekali lagi kata kuncinya adalah hati. Anda perlu berusaha mencari-cari titik-titik kelemahan mereka ini (Baca: Tapak kaki Achilles) mereka ini agar dapatlah anda memanipulasikan mereka sebaiknya.

Ok ayat di atas sedikit keji bunyinya. 

Untuk rakan-rakan yang tidak punya latar belakang agama dan baharu sahaja mahu berjinak-jinak untuk berhijrah, tidak perlulah terlalu drastik dengan terus mengajak mereka menyertai bulatan gembira, apatah lagi pergi berjihad di Palestin. Erk. 
 
"Alhamdulillah! Kalau kau nak jadi baik maknanya kau dah bersedia untuk syahid di di Syria la kaaannn...??"
 
Boleh jadi itulah perbualan terakhir anda dengan rakan anda itu kerana nama anda terus dipadamnya dari waksepnya. Peluh kecil. 
 
Perkara-perkara kecil seperti memberikannya hadiah ketika hari lahirnya, bertanyakan khabar, menziarahinya apabila dia sakit, membelanjanya makan sekali-sekala, berminat untuk mengetahui tentang latar belakang keluarganya dan sebagainya, meski tampak remeh, boleh menyentuh hatinya pada sudut yang paling dalam.
 
Untuk rakan-rakan yang sudah mula menunjukkan minat dengan agama dan ada asas agama yang boleh tahan hebatlah juga, mungkin anda boleh mula sembang-sembang ringan tentang masalah umat, hukum-hukum fiqh yang sering diperdebatkan, ceramah-ceramah ostad ostajah selebriti yang diminatinya dan yang seumpama dengannya, untuk mengetahui serba-sedikit kefahamannya tentang Islam. 
 
Dari situ anda boleh mengagak dan merancang sama ada sesuai atau tidak untuk mengajaknya berbulatan gembira. Sekiranya belum bersedia, ambil masa lagi untuk bertaaruf dan bermuayasyah dengannya. 

Bersabarlah dalam menyantuni sahabat handai anda ini. Terutamanya apabila anda dahulu sangat kamceng dengannya dah selalulah buat kerja-kerja nakal bersama-sama. Pastilah akan mengambil sedikit masa untuk dia menyesuaikan dirinya dengan anda yang baharu itu.

Kes benar, ada seorang al-akh ini menunggu sehingga setahun lamanya, tidak pernah kenal erti penat lelah dan berputus-asa menDF dan menyantuni sahabat-sahabatnya, sebelum mengajak mereka berbulatan gembira. Apa kesannya? Apabila tiba masanya mereka diajak, tanpa ragu-ragu dan tanpa banyak songeh, mereka terus menerima ajakan al-akh itu. Subhanallah! Itulah hebat dan berkuasanya DF! 

Untuk bacaan tambahan, boleh rujuk artikel 'Erti Persahabatan Yang Hoyeaahhh!'

Oh, saya nampak ada yang sudah mual dan juling mata membaca artikel ini. Wahahaha. Saya kira, elok saya berhenti di sini dahulu. Khuatir andai saya meneruskannya lagi, ada pula yang pitam dan mulut berbuih nanti. 

InshaAllah saya akan sambung cara-cara untuk menDF rakan-rakan sekerja dan manusia awam di siri Donut dan Falafel yang akan datang. Dan inshaAllah juga, saya akan membuat kesimpulan tentang DF ini di dalam siri yang terakhir tersebut.

Sehingga itu, renung-renungkan dan selamat beramal!

Senyum nampak gigi.

-gabbana-
 
Hujung minggu yang sungguh menggemokkan. Peluh besar.
 

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP