14 April 2011

Erti Persahabatan Yang Hoyeaahhh!



Ramai orang yang ada kawan. Tak ramai orang yang ada sahabat. Lagi sedikit yang ada sahabat sebenar. Dan jarang-jarang yang ada sahabat yang hoyeaahhh!

Siapa dia sahabat yang hoyeahh..? 

Seorang kawan apabila melihat kita dalam kesedihan, akan bertanya "Kau ok ke..?" dan fulsetop. Tak mau tanya banyak-banyak nanti leceh kena terlibat sama dalam pergelutan emosi.

Seorang sahabat apabila melihat kita dalam kesedihan, akan bersungguh menunjukkan yang dia peduli dan mahu membantu kita merawat kesedihan kita tu. Tetapi kalau selepas dua tiga hari kita masih di dalam mood yang sama, dia mungkin sudah hilang upaya untuk membantu.

Seorang sahabat sebenar apabila melihat kita dalam kesedihan, akan turut sama berkongsi kesedihan kita, turut merasakan penderitaan yang sedang kita alami. Dia akan sebaiknya berusaha untuk meleraikan belenggu kesedihan itu daripada jiwa kita. Selagi kita tidak ceria semula, selagi itu dia tidak akan berputus-asa!

Manakala seorang sahabat yang hoyeaahhh! apabila melihat kita dalam kesedihan, pertamanya dia akan mencari punca kepada kesedihan kita itu. Keduanya dia akan cuba sesungguhnya membantu kita melepaskan diri daripada kesedihan itu, dan kalau dia tak mampu, akan ajak sahabat hoyeaahhh yang lain untuk membantu sama. Dan ketiganya, dia akan menghalakan kita kepada Allah, kerana hanya kebergantungan yang hakiki kepada Allah sahajalah yang mampu menghilangkan segala kesedihan di jiwa.

Siapa dia sahabat yang hoyeaahhh ni..?

Seorang kawan apabila melihat kita melakukan maksiat, dia akan membiarkan sahaja. Taknak la 'friendship' tu terjejas katanya.

Seorang sahabat apabila melihat kita melakukan maksiat, dia akan cuba untuk mencegahnya. Sama ada menegur atau menghantar sms. Paling koman dia akan benci dalam hati.

Seorang sahabat sebenar apabila melihat kita melakukan maksiat, dia akan mencari masa untuk bercakap dengan kita, pillow-talk dengan tujuan untuk menasihati kita. Dan dia akan berusaha untuk menasihati kita dengan sebaiknya kerana dia tidak sanggup melihat kita terluka dengan tegurannya.

Seorang sahabat yang hoyeaaahhh! pula, apabila melihat kita melakukan maksiat, akan melakukan apa sahaja yang terdaya untuk mencegahnya. Tak kiralah jaga hati ke tak, dia tak peduli. Asalkan kita dicegah daripada melaku dosa dan noda. Kerana dia tidak sanggup melihat kita jatuh ke dalam jurang neraka. 

Siapa dia sahabat yang hoyeaahhh itu..?

Seorang kawan apabila menyaksikan kita berada di atas jalan yang benar, bersungguh-sungguh mahu berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik, jauh di sudut hatinya akan berkata, "Baguslah" tapi boleh jadi dia mahu turut serta atau tidak.

Seorang sahabat apabila menyaksikan kita berada di atas jalan yang benar, bersungguh-sungguh mahu berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik, dia sama ada akan memberikan sokongan, dorongan dan akan membantu kita untuk berubah, atau sekiranya dia tidak sehaluan dengan kita, kemungkinan dia akan membantah malah menghalang kita untuk berubah. Jika yang pertama itu, persahabatan akan bertambah erat. Yang kedua itu, mungkin akan merungkaikan tali persahabatan yang telah dibina.

Seorang sahabat sebenar apabila menyaksikan kita berada di atas jalan sebenar, bersungguh-sungguh mahu berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik, dia sama ada berasa terlalu amat gembira dengan perubahan kita dan akan membantu sebaiknya untuk memastikan kita kekal dengan momentum itu, atau dia akan berasa pelik dan mengajak kita berbincang dahulu tentang keputusan kita itu. Apa-apa pun mereka tidak akan menghalang kita daripada berubah, kerana mereka tahu perubahan kita itu adalah yang terbaik untuk kita. 

Walhal seorang sahabat yang hoyeaahhh! apabila menyaksikan kita berada di atas jalan yang sebenar, bersungguh-sungguh mahu berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik, akan berasa terlalu amat cemburu dan mahu bersama-sama kita mengejar dan merebut kebaikan yang ada dengan sesungguhnya. Moto mereka: fastabiqul khairat!

Siapa dia sahabat hoyeaahhhh..?

Seorang kawan apabila melihat kita di dalam kegembiraan, akan bertanya punca kegembiraan kita itu dan sekiranya dirasakan relevan, akan turut berkongsi kegembiraan itu sambil menekan butang 'Like' di MukaBuku.

Seorang sahabat apabila melihat kita di dalam kegembiraan, akan turut berkongsi kegembiraan itu dan akan menyebarkannya pada yang lain. Boleh jadi dia cemburu dengan kegembiraan kita, tapi tidaklah berniat untuk berlaku hasad terhadap kita.

Seorang sahabat sebenar apabila melihat kita di dalam kegembiraan, akan berasa sejujurnya gembira malah kadang-kadang lebih gembira daripada kita. Tidak berasa cemburu malah bersyukur yang kita dikurniakan dengan kegembiraan itu.

Sedangkan seorang sahabat yang hoyeaahhh!, dialah punca kegembiraan kita itu.


Katakan 'Hoyeaahhh!' sekiranya anda seorang sahabat yang hoyeaahhh! Senyum sambil buat isyarat peace. [Kredit Gambar
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya:

  1. Pemimpin yand adil
  2. Pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; 
  3. Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 
  4. Dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;
  5. Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; 
  6. Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; 
  7. Dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” 
[Hadith Riwayat Muslim]

Seorang kawan hanyalah teman bergembira di dunia.

Seorang sahabat adalah seorang teman ketika susah dan senang.

Seorang sahabat sebenar adalah seorang teman sejati yang akan sentiasa bersama kita di dalam apa jua keadaan.

Sedangkan seorang sahabat yang hoyeaahhh!, adalah seorang insan mulia yang amat mahu memimpin tangan kita ke sorgaNya. 

Jadi, sahabat jenis manakah yang kita mahu..?

Dan seorang sahabat jenis apakah kita ini..?

-gabbana-

26 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 14/04/2011, 12:18  

Hoyeaahhh! like kat mukabuku..hahha

Zulkifli 14/04/2011, 16:27  

Ini contoh-contoh sahabat Hoyeaahhh! (have to refer a few times to the article to make sure i got the spelling right :P) yang saya terfikir.

Umar al-Khattab yang sentiasa cuba untuk mengatasi Abu Bakar dalam amalan walaupun kebiasaannya tidak berjaya. Sangat comel. Pengajaran: Fastabiqul khairat!

Sahabat karib (i forgot his name) Ka'ab bin Malik yang sangat rindu untuk bertegur sapa dengannya ketika beliau dipulaukan tetapi sebab arahan Allah dan Rasul sedaya-upaya menahan keinginan. Pengajaran: Persahabatan yang berteraskan cinta kepada Allah dan Rasul, bukan semata-mata cinta makhluk.

Salman al-Farisi yang sanggup memberikan harta yang telah dikumpulnya untuk meminang seorang gadis kepada saudara Ansarnya apabila gadis itu lebih suka akan saudaranya itu. Pengajaran: Persahabatan yang lebih besar daripada cinta kepada seorang wanita.(Very gentleman-like and cool)

P.S.: That hadith applies to our female counterparts too, right?

SN 14/04/2011, 18:48  

salam,

wahhh...suke nyer..!!

the question now..sy ni sahabat yg hoyeaahhh! kpd sahabat2 sy ke??

mode: try the best utk jd sahabat yg hoyeaah!!

pocong 14/04/2011, 21:09  

sahabat.nice topic.self reflecting.

kawan mmg banyak,tp sahabat yg tonggang terbalik bersama adalah sgt sikit.even in this warm field of tarbiyah,i sumtime feel alone,like i dun belong(quote ntah lagu ke kata2 sapa ntah).tp reflecting on my own self,perhaps kte pon x buka ruang utk org lain,n x berikan yg terbaik utk org lain,n x bother utk doakan ikatan hati dgn org lain...

i guess sblm mengharapkan sahabat,kte sendiri kne jd sahabat baik kpd org lain,dan sebaik2 sahabat adlh yg mengingatkan utk kembali kpd allah.

bg kami gol amfibia,setelah berhuha2 dgn penuh lagha,lps tu g tarbiyah pulak,ohoho,ble la nk kuar dr cengkerang jahiliah ni?

persahabatan agung yg mengalahkan lagenda percintaan romeo juliet mahupun lela majenun adalah persahabatan abu bakar-rasulullah.
-mempercayai baginda sepenuh hati dengan menjadi pemeluk islam pertama walau tahu akan menghadapi pelbagai mehnah n tribulasi
-menemani baginda berhijrah in a lo~ng journey padahal boleh je dia g sendiri,lagi senang,kurang ancaman
-menahan sakit disengat kala jengking
-menikahkan anak dara beliau dgn rasulullah
-menyaht seruan2 rasulullah tanpa berbelah bagi,meninggalkan hanya allah dan rasul utk keluarganya
-n banyakssss lagi
seindah2 persahabatan in history

n not to forget,persahabatan d alam maya penuh misteri pon indah jugak.harharhar.
fren lillah

Inche gabbana 15/04/2011, 15:33  

novelgurl: yeaaaahhh...! xp

Inche gabbana 15/04/2011, 15:34  

zulkifli: woah..! kisah yg salman al-farisi tu sy tak penah dgr lagi..! mmg ada eh..?

eh anda patut menulis belog tahu..? Anda juga berbakat..! ;)

oh haha.. mestilah..! allah tu kan Maha adil..? ^^

Inche gabbana 15/04/2011, 15:38  

SN: IAllah.. sy pon nak jugak bersungguh-sungguh jadi seorang sahabat yg hoyeaahhh! ;)

Inche gabbana 15/04/2011, 15:47  

pocong: TT__TT sgt tersentap dgn komen anda yg ini:

"perhaps kte pon x buka ruang utk org lain,n x berikan yg terbaik utk org lain,n x bother utk doakan ikatan hati dgn org lain..."

hohoho.. iAllah suatu hari nnt akan keluar juga. cuma jgn berputus-asa dan pengharapan yg total kepada allah! ;)

ya, saya juga sudah mula merasakan kemanisan ukhuwwah di alam maya ini!

hoyeaahhh...! xD

Zulkifli 15/04/2011, 17:14  

Oh, I read the story about Salman al-Farisi in Salim A. Fillah's (kenal?) book, Jalan Cinta Para Pejuang.

pocong tukang semak 15/04/2011, 17:50  

ohoh...baru jer dpt buku jalan cinta para pejuang,seem so cool n bergaya.my nex reading list.

x pe,inc zul,x yah susah2 buke blog,kte berblog jer d cni.buat jer cam rumah sendiri ek*muka tebal*

hehe.peace inc gab.err...klo nk sekeh pending dlu ek...

Zulkifli 15/04/2011, 22:17  

yeah! mari menumpang kepopularitian Encik Gabbana. (tetapi kalau Encik Pocong tulis blog, insyaAllah saya akan baca :))

Inche gabbana 16/04/2011, 08:34  

pernah dgr buku dan penulis tu. tp x pernah baca lagi. best ke..?

hahahaha.. tak kesah pon. asalkan kita semua sama2 dapat manfat dari belog ni, dan tanamkan azam ntok ke sorgaNya, biidznillah.. ;)

p/s: uish pocong, seriyes anda dah hutang sekehan kepala byk dah ni...! xp

Zulkifli 16/04/2011, 08:46  

Best! He's a blogger too. Ikhwah dari Indonesia, InsyaAllah. Check this out.
http://salim-a-fillah.blog.friendster.com/

pocong datang lagiiiiiiiii 16/04/2011, 09:54  

inc gab- siyes bes,lg bes dr komik dragon ball!!^^bersahaja n sweet!lagi geng dia yg sama producer;solikhin abu izzuddin,yg ni pon bes.klo die perli tu macam dsekeh2 jer rasanya.antara quote yg plg bes"dmana smangat anda?membina kader atau membini?"sumpah lawak bro...
hutang sekeh??aish,lebam2 la sy d pdg mahsyar nnt.harharhar
btw kesah x kesah,mmg x blh kesah,kami dh selesa sgt camping d cni.Pis!!

inc zul-jom,tumpang glemer beliau.dia dh bagi grin lite ok la tu.btw,so far x de plan nk blogging.leceh sgt T_T
uish salim ade blog ek?tq,tq.nanti nk menyemak dsitu jugak^^

Inche gabbana 17/04/2011, 14:31  

zulkifli: ok IAllah nnt i'll have a look. thanx for sharing! ^^

Inche gabbana 17/04/2011, 14:33  

pocong: hahahah.. ok kalau camtu mmg wajib ah sy tgk/baca nnt..!

kat padang mahsyar takde masa la nak disekeh/menyekeh. sume org sibok ngan urusan memasing. TT__TT

sila sila mmg tak kisah pon. tak tumpang glemer sy pon sbb:

1) sy tak glemer pon
2) belog ni bukan hak saya pon. idea2 sy menulis sumenya dtg dari Allah jugak...

cheers!

theonewhospiltthekopi 21/04/2011, 01:44  

tertunggu2 dan mencari shbt yang hoyeahhhh itu dr dulu...smpai skrg kuciwa...

sampai terlupa utk menjadi shbt yang hoyeahhhhh itu terlebih dahulu...
huuu...

Inche gabbana 21/04/2011, 12:03  

theonewhospilthekopi: langkah itu bermula dari kita dahulu. jgn mengharapkan sesuatu kalau kita sendiri tidak berusaha ke arahnya! ;) (ar-ra'ad, 13:11)

p/s: tak boleh letak nama pjg lagi ke..? -___-" and bukan spilt the bean ke..? hohoho..

theonewhospiltthekopi 21/04/2011, 18:36  

yup...sgt btol... hmm ramai dr kita yg slalu terslh konsep ttg tu termasuk ana sendiri dulu...
dan bende ni plg akn terlihat bila kita duduk serumah "mengharapkan" rumah islam itu terbina dgn sendirinya...

well..blaja dr kesilapan kan

alah inche gabbana ni..bukannye anda menulis seketul2 nama sy tuh... anda kopipes jek kan? huhu...

khuza hasan 23/09/2011, 15:50  

mahu mendi sahabat yg ho0o0oyeah jugak lah..
^^

shamyheart 26/12/2012, 20:45  

saya sudah ada seorang dua sahabat sebenar pun dah cukup rasa bertuah. Kalau dapat sahabat oyeah, lagilah bersyukur.
*persahabatan itu indah. Fillah abadan abada

haryzkhairuddin 26/12/2012, 21:20  

walaupun seringkali kita mencari2 sahabat2 hoyeah! dari orang2 di sekeliling kita, tapi sebenarnya.. apapun bermula dari diri sendiri dulu.

be a person with the right attitude and the right people will come into our life.

rumahku syurgaku 26/12/2012, 22:34  

salam tahniah semua..anda memang sahabat Hoyeaaahhhh!!

ENCIK MUSAB 27/12/2012, 02:58  

saya nak jadi sahabat HOYEAAAHHHHH

Anonymous 27/12/2012, 05:38  

cara penceritaan yang sangat signikan dengan diri. bersesuaian dan sangat bertepatan sehingga boleh dijadikan iktibar. nais one! thanks for this sharing!

Anonymous 27/12/2012, 16:31  

like3... nak mintak izin kopi pasta kat blog sy... bleh?

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP