Donut Yang Manis, Falafel Yang Berlemak
[Kredit] |
Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, pemilik sekalian alam semesta kerana dengan inayah dan kasih-sayangNya, saya diijinkan untuk bertemu dengan anda semua sekali lagi di dalam siri 'Donut & Falafel.'
InshaAllah siri kali ini adalah siri terakhir selepas dua siri siri dakwah fardhiyyah (DF) yang telah saya kongsikan dengan anda semua sebelum ini. Arakian di dalam siri ini, saya akan cuba sebaiknya untuk membuat kesimpulan dan memberikan kata-kata manis ala-ala menanam tebu di pinggir bibir sebagai penutup. Wahahaha.
Untuk anda yang mungkin sedikit kehilangan (baca: Lost) dengan apa yang direpekkan saya ini, bolehlah rujuk kepada dua siri DF sebelum ini:
Sebelum saya memulakan perkongsian siri yang terakhir ini, bagaimana, sudahkah anda beramal dengan perkongsian dan pencerahan saya yang sebelum ini? Apa maklum balas yang anda terima? Adakah anda mendapat perkongsian saya itu bermanfaat dan praktikal untuk diamalkan?
Sekiranya ya, alhamdulillah, saya kembalikan pujian dan penghargaan anda itu kepada Allah; Dia sahaja yang berhak ke atasnya. Sekiranya tidak, apa lagi yang anda mahukan hah...?? Eh.
Pandang kiri, pandang kanan. Betulkan kolar dan buat-buat seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Baiklah.
Seperti di dalam siri yang sebelum ini, telah saya kongsikan tips-tips untuk menDF dua kumpulan manusia yang dekat dengan diri kita, iaitu keluarga dan sahabat handai. Dan seperti yang telah saya janjikan, kali ini saya akan berkongsikan pula panduan untuk menDF rakan-rakan sekerja dan masyarakat awam di luar sana.
Anda sudah bersedia dengan buku nota dan pensil goncang yang cukup ubatnya? Mari!
Rakan Sekerja
Teringin juga nak tahu tips-tips mendf abam-abam jantan tentera ni. Err. [Kredit] |
Tips yang bakal saya kongsikan ini mungkin tidak relevan untuk sesetengah daripada anda, kerana ia sebenarnya amat bergantung kepada jenis pekerjaan anda.
Sekiranya anda merupakan seorang pelatih singa di sebuah sarkas atau seorang pembunuh bersiri, ada kemungkinan tips-tips ini tidak boleh digunapakai. Erk.
Sekali lagi saya ingin menekankan bahawa kunci pada DF yang benar-benar berkesan adalah sentuhan hati. Cuma mungkin pendekatan untuk rakan-rakan sekerja adalah sedikit berbeza kerana anda tidak punya talian kekeluargaan dengan mereka dan anda pula tidak mengganggap mereka sebagai sahabat handai anda (Baca: Konon profesional). Namun begitu, tempat kerja merupakan takungan mad'u yang amat subur sekali, memandangkan kebanyakan daripada kita menghabiskan sebahagian besar daripada masa kita di tempat kerja.
Rahsia untuk menDF rakan-rakan sekerja adalah dengan meningkatkan tsiqah (kepercayaan) mereka kepada anda. Hal ini mungkin boleh dilakukan dengan langkah-langkah yang berikut:
- Sentiasa datang awal ke kantor, bagi menunjukkan anda bukan sahaja seorang yang menetapi masa, malah mendahului masa
- Itqan (amanah dan bersungguh-sungguh) dalam menyiapkan kerja yang diberi. Bukan sahaja kerja-kerja yang anda lakukan dihantar tepat/awal pada masanya, malah ia juga berkualiti tinggi. Silap haribulan, Inche Bos Besar anda pon menyertai bulatan gembira juga kerana terlalu kagum dengan prestasi kerja yang anda tunjukkan. Wah!
- Menjadi imam solat fardhu di surau kantor. Anda yang sememangnya sudah kacak bergaya dengan tali leher dan cufflink anda itu, ehem, pasti membuatkan makcik-makcik kantor cair dan berhajat menjadikan anak menantunya. Eh. Sila jaga niat ya!
- Menjadi pusat rujukan kepada permasalahan agama dalam kalangan rakan-rakan sekerja. Pengalaman saya, memang sekali-sekala akan ada borak-borak agama yang membincangkan soal hukum fikah (ini tajuk peberet), isu semasa dan sebagainya. Ketika inilah anda wajar mengambil peluang dan mencelah untuk melontarkan pandangan anda yang bernas itu.
- Ramah dan mesra dengan semua orang, hatta dengan makcik pembuat air dan abang pengemop lantai, tanpa melanggar batas-batas syarak yang ditetapkan. Percayalah, orang akan sangat hormat dengan sikap sebegini.
- Menjaga akhlak anda dengan se-tiptop mungkin, baik dari segi pemakaian, cara percakapan, kekemasan meja dan sebagainya. *Paaannnggg* Aduhhh rasa macam sedang melempang diri sendiri!
- Sekali-sekala apabila ada masa lapang, apa salahnya buka mushaf anda dan tilawah dan tadabburlah di meja kerja anda itu. Pedulikan mata-mata yang terjojol keluar atau mulut-mulut yang ternganga melihatkan perbuatan anda itu.
- Menampal poster-poster Islamik berupa hadith-hadith pilihan, 10 sifat tarbiyah, maratib amal dan sebagainya, pada dinding kubikel anda (sekiranya ada)
- Membelanja rakan sekerja makan tengah hari berupa nasi beriani ayam madu atau nasi kerabu daigin bakar atau nasi campur ikan bakar Jalan Tanglin. Ohoi!
- Sentiasa bersedia menjadi telinga kepada mana-mana rakan sekerja yang ingin berkongsi masalah dan meminta pandangan kita, meskipon kita bukanlah pakar psikiatri yang bertauliah
- Walaupon hujung minggu kita penuh dengan konferens riang dan program-program tarbiyah dan dakwah, cubalah sebaiknya memenuhi jemputan rakan sekerja ke majlis-majlis keramaian yang dianjurkannya seperti majlis aqiqah anak sulung, majlis sambutan hari lahir anak bongsu dan majlis perkahwinan bini nombor dua. Eh Eh.
- Menjadi AJK surau kantor (sekiranya ada) di mana anda boleh menggunakan peluang ini untuk mencadangkan pelaksaan program-program tarbiyah dan memberi tazkirah pembasah jiwa usai waktu solat
Jujurnya, menDF rakan sekerja bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Apatah lagi kebanyakan daripada mereka sudah mempunyai pelbagai komitmen dan tanggungjawab sebelum mereka berkenelan dengan tarbiyah dan dakwah lagi.
Saya sendiri mengambil masa hampir dua tahun sebelum berjaya meyakinkan seorang rakan sekerja yang juga kini merupakan sahabat baik saya, untuk menyertai bulatan gembira. Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya milikNya.
Pokoknya, kena banyak bersabar dan terus-menerus berusaha untuk menyantuni rakan-rakan sekerja anda itu. Selagi mana anda bergelar seorang dai'e, anda adalah dai'e pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda berada. Ayuh sebarkan chenta di kantor kita!
Masyarakat Awam
Masyarakat Awam
Hai adik beriman, boleh berkenalan? [Kredit] |
Jujur, saya bukanlah orang yang paling baik untuk memberikan tips bagaimana mahu menDF orang-orang awam di luar sana. Namun suka atau tidak, setiap masa kita berinteraksi dengan masyarakat di luar sana dan kita punya amanah untuk menyebarkan chenta pada mereka ini juga.
Di dalam buku 'Bagaimana Menyentuh Hati' tulisan Abbas as-Sisiy, dikisahkan bagaimana pernah suatu ketika beliau sengaja memijak kasut seorang pemuda di dalam tren semata-mata kerana mahu memulakan perbualan dengannya. Sungguh mengangkatkan sebelah kening bukan? Kau mampu...?
Saya belum lagi mampu. Nanges.
Namun apa yang sering saya lakukan adalah memerhatikan para syabab (pemuda yang bersemangat hidung kembang kempis) di masjid atau surau yang sering saya kunjungi dan kemudian berangan-angan alangkah indah dan seronoknya sekiranya saya dapat membulatangembirakan mereka ini. Syok sendiri.
Berikut saya kongsikan beberapa tips yang saya kira, praktikal untuk kita sama-sama lakukan untuk menDF masyarakat awam di luar sana:
(Nota: Saya memasukkan jiran tetangga di dalam kategori ini)
- Sekali-sekala menghantar ayam ros merah atau ikan kerapu tiga rasa yang anda masak itu kepada jiran-jiran yang berkenaan, percuma dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Selitkan nota yang tertulis, "Kalau berminat untuk menyertai bulatan gembira, jangan ragu-ragu untuk menghubungi 1800-BULATAN-OSEM." Jangan lupa emotikon senyum kenyit mata itu!
- Buat-buat tanya arah jalan atau apa-apa sahaja soalan rawak yang relevan kepada syabab yang telah anda kenal pasti untuk memulakan perbualan
- Pergi kepada individu yang berpotensi menjadi mad'u anda itu dan berkata, "Eh anda ni bukan yang berlakon dalam iklam biskut cap Pingpong tu ke?"
- Berlari-lari anak dari jauh lagi sambil menunjukkan muka yang penuh keterujaan dan kebahagiaan lantas memeluk kuat bakal mad'u anda dan berkata, "Allah Mat (atau Minah untuk akhawat) lama betul kita tak jumpaaa! Mana kau pergi selama niii...???" Namun pipi anda kena cukup tebal untuk melakukan aksi ini. Heh.
- Solat di dalam surau/masjid yang sering dikunjungi mad'u yang berpotensi. Pastikan anda duduk dan bersolat berdekatan dengannya. Bila tiba masa yang sesuai, cuit bahunya dan katakan, "Abang selalu nampak anda di sini. Belajar mana?" dan aturkan suatu pertemuan di kedai mamak dengannya.
- Beli hadiah dan balutnya dengan cantik, dan beri kepada mad'u yang berpotensi apabila anda bertemu dengannya. Apabila dia membuat muka pelik atau tidak percaya, katakan padanya dengan penuh yakin, "Ya, saya tidak kenal anda dan anda pon tidak kenal saya. Tetapi entah mengapa, saya merasakan hati kita telah tertaut keranaNya dan oleh sebab itu, saya ingin menunjukkan penghargaan saya dengan memberikan anda hadiah ini." Ok skema. Sama ada dia akan mengalirkan air mata penuh keterharuan (10-18% kebarangkalian) atau dia akan kembalikan semula anda hadiah itu dan lari laju-laju (64-89% kebarangkalian). Eheh.
- Sebarkan salam, sepertimana hadith Nabi SAW:
“Kalian tidak akan
masuk sorga sampai kalian beriman, dan tidak akan sempurna iman kalian
hingga kalian saling menchentai. Mahukah aku tunjukkan kalian pada sesuatu
yang jika kalian lakukan kalian akan saling menchentai? Sebarkanlah
salam di antara kalian.”
[Hadith Riwayat Muslim]
Selain tips (5) dan (7), yang lain-lain itu sungguh memerlukan keberanian tahap gaban atau sekurang-kurangnya, Suria Perkasa Hitam. Eheh.
Baiklah.
Sebagai konklusi, suka untuk saya ingatkan diri saya dan anda semua, bahawa hadaf (objektif) utama DF adalah untuk merompak hati-hati manusia di luar sana dan diserahkan kepada Allah semata. Dengan bahasa yang lebih mudah dan praktikalnya, hadaf DF adalah untuk membulatangembirakan mad'u-mad'u berpotensi yang telah anda kenal pasti.
Oleh sebab itu, ruh DF adalah berbeza sekali dengan dakwah ammah (dakwah umum), di mana anda berDF dengan harapan dan matlamat untuk membawa bersama-sama subjek dakwah itu ke dalam gerabak tarbiyah dan dakwah yang sedang anda naiki. Anda tidak mungkin akan senang duduk dan berpuas hati selagi mana anda tidak mencapai objektif anda itu.
Oleh sebab itu, ruh DF adalah berbeza sekali dengan dakwah ammah (dakwah umum), di mana anda berDF dengan harapan dan matlamat untuk membawa bersama-sama subjek dakwah itu ke dalam gerabak tarbiyah dan dakwah yang sedang anda naiki. Anda tidak mungkin akan senang duduk dan berpuas hati selagi mana anda tidak mencapai objektif anda itu.
Kelazatan dan kenikmatan berDF ini hanya dapat dirasakan oleh anda yang bersungguh-sungguh dan ikhlas melakukannya sahaja. Terlalu banyak pengalaman dan ilmu yang akan diperolehi, yang tidak mungkin akan didapati di mana-mana kuliah atau bilik darjah. Anda yang pernah melakukannya sahaja tahu betapa sukarnya mahu memulakan DF ini, dan anda juga tahu sekali anda memulakannya, anda tidak mungkin dapat berhenti daripada melakukannya. Senyum.
Apa-apa pon, sematkan di dalam hati dan yakini tanpa ragu-ragu lagi bahawasanya DF ini adalah hanya sebahagia usaha kita dalam melaksanakan tanggungjawab Syahadatul Haq kita. Setinggi dan sebesar mana pon harapan kita agar subjek dakwah yang kita kenal pasti - sama ada ahli keluarga, sahabat handai, rakan sekerja atau masyarakat awam di luar sana - untuk bersama-sama bergabung dengan kita, akhirnya hidayah itu milik Allah jua.
"Sungguh engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki., dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
[al-Qasas, 28:56]
Tarik nafas.
Saya kira cukuplah setakat ini perkongsian saya tentang dakwah fardhiyyah. Ya, saya tahu dan saya akui, perkongsian saya ini mungkin tidak sampai 1% pon daripada ruh dan kefahaman DF yang sebenar. Namun besar harapan saya agar perkongsian yang marhaen ini dapatlah memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada anda semua, espeseli kepada anda yang baharu mahu berjina-jinak dengan konspirasi tarbiyah ini. Wahahaha.
Wahai Allah! Saksikanlah! Saksikanlah yang aku telah sampaikan!
Selamat menyentuh hati-hati di luar sana. Selamat menyebarkan chenta!
-gabbana-
11 Caci Maki Puji Muji:
Assalamualaikum..Inche IG sy nk jgk cuba mkn donut dgn falafel..tp sy agak pendiam..adakah jln nya yer??
-man from nowhere-
Salam pak gabbana.
Mau nanya, g mana sih mau ajak rakan di kantor tok msuk menyertai usroh saya ya pak? Kerna dia sudah punya usroh tp sjk kblgn ini dia bilang sama saya dia kaget nk ikut usroh saya atau folo usroh nya yg dulu..katanya dia xbp enak ikut pengajian usrohnya itu pak.
Kami rapat.Cumanya xtahu g mana mau bilang pd dia & ajak dia lalu meyakinkan dia usroh saya enak.
Takmau kdgrn ajakan saya seperti memaksa dia.
Pada saya ini peluang besar pak. Eh. ya pd saya.
Mhn beri komentar dn saranan.
TKasih.
Salam encik. Sy ingin bertanya mengenai episod DF encik yg sebelum ni.
Lebih kurg beginilah yg encik bgtau "Kalau nak dia (mad'u) bercerita, kita kena terlebih dulu buka cerita kita"
Kataknla (dlm klgn perempuan), dia ada kata " Tadi ada masalah ngn kwn sikit tadi. Tu yg sedih tu"
Terharu la sikit sbb dia bgtau benda ni. Tp bila saya tanya lebih lanjut, dia taknak cerita.
Patutkah sy bukak cerita lama mengenai pengalaman saya berkawan [dgn niat nk 'muayasyah']. Tp mestilah kalau bercerita, unsur unsur makan daging(mengumpat) mesti wujud. Bukankah ia tak baik utk penghadaman(Akhlak) mad'u? Yg patutnya saya menyumbat dia dgn akhlak2 yg baik.
Atau patutkah sy biar tak tau dan takyah tanya lagi pasal tu langsung?
Aduhh. Adik adik junior di sekolah lama byk yg saya lihat berpotensi. Dan mereka punya azam utk berubah. Suasana sekolah yg tak berapa islami sgt tak membantu.
*Inginkan pencerahan*
-sister baru naik gerabak-
-sister suam suam kuku dlm gerabak-
-Sister jahil-
Jzkk
Syukran antas perkongsian
Assalamualaikum Inche Gabbana. Jazakallah atas perkongsian yg membuka mata ttg df pada latest post inche.
Cuma ana nk tanya sedikit ttg perenggan ni.
Setinggi dan sebesar mana pon harapan kita agar subjek dakwah yang kita kenal pasti - sama ada ahli keluarga, sahabat handai, rakan sekerja atau masyarakat awam di luar sana - untuk bersama-sama berINDIBAT (bergabung) dengan kita, akhirnya hidayah itu milik Allah jua.
Ana sekadar nak clarify perkataan indibat di situ.
Indibat tu maksudnya disiplin kan? Ke bagaimana?
Aseef..ana masih setahun jagung dlm dnt ini.
Apapun jazakallah khayr atas tips yg mantop.
-sebenarnya ana berfikir berkali2 utk pm di sini...tapi ana risau memang ada kesilapan pada post tersebut atau mungkin kelemahan ana sendiri yg masih banyak benda utk dipelajari.
Enonimus 12:25: Pendiam atau pemalu?
IAllah banyak caranya untuk menDF ni; tak semestinya perlu bercakap sahaja. Gunakan kelebihan-kelebihan yang ada pada anda untuk menDF. Mungkin anda pandai memasak? Atau pandai gelecek bola?
IAllah ada jalannya. Anda hanya perlu bersungguh-sungguh mencarinya. Moga Allah permudahkan!
Enonimus 13:44: Err cubalah ajak dulu, sertai beberapa liqa untuk bagi dia rasa selesa.
Pada masa yang sama, teruskan menjalinkan hubungan hati yang mantap dengannya. Jangan paksa. Kalau boleh biar sampai tahap dia yang berkata,
"Abammm! Bolehkah saya menyertai bulatan gembira anda yang osemness ituuu!" :D
Allahu yusahhil!
p/s: Anda ni memang betul-betul dari indonesia atau gimana? Musykil.
Sister baru baik gerabak: Bila kata kita nak open tu, tak semestinya kita kena cerita benda yang similar dengan apa yang dia nak cerita.
Ceritalah pasal benda lain. Pasal kucing anda ke. Pasal hobi anda mengumpul setem. Atau pasal benda2 tentang diri anda yang jarang diketahui oleh orang lain.
Poinnya adalah untuk merasakan dia selesa dengan anda, apabila anda sendiri yang open degannya.
Elakkan daripada bercerita perkara-perkara yang boleh memburukkan orang lain. Tak pasal-pasal ada hobi baru mengumpul dosa kering. Uhuk.
Jangan push untuk dis berkongsi. Biarkan ia berlakus ecara natural. Anda sebagai murabbiah, kena banyakkan bersabar dan terus sentuh hati dia.
Moga Allah redha dengan usaha-usaha anda itu!
Jasmin: Anda benar. Saya dah tukar dah. Jzkk.
Rasanya perkataan yang betul adalah tajammuk. Tapi saya biarkan 'bergabung' je tanpa perkataan Arabnya.
Jzkk sekali lagi.
Sungguh mendf mcm stalking depan2
U know her weekly schedule..feveret thgs..buy her a rose..be there when she needs u..do surprise events n so on
Salam. Ukhti. Sekadar mahu berkongsi pendapat, mgkin ukhti boleh ceritakn pengalamn ukhti itu.tapi merahsiakn pelakunya. Dan juga tidak menyatakn itu adalah pengalaman ukhti. Byk gunakn istilah 'tahu tak, ana ad seorg kwn yg..." mksdkn diri ukhti adalah seorg kenalan ukhti yg telah lma terpisah... hrp membntu.. :)
Post a Comment