Mengapa Anda Perlu Peduli Dengan PRU13
[Kredit] |
Ya, satu lagi artikel berbaur politik daripada Inche gabbana. Dalam penulisan kali ini, saya akan cuba sebaik-baiknya untuk tidak kelihatan menyokong mana-mana parti, apatah lagi menjatuhkan dan memperlekehkan mana-mana pihak. Cuba.
Kehangatan PRU13 semakin terasa. Di mana-mana sahaja, bendera-bendera parti yang bertanding digantung; baik di pokok, tiang lampu, atap rumah dan kubah masjid. Eh. Poster muka-muka Yang Berhormat dan yang-nak-jadi Yang Berhormat juga ada di merata, sampai nak muak melihatnya. Jangan terkejut andai suatu hari nanti anda beli nasi lemak bungkus dan anda akan dihiburkan dengan wajah Lim Kit Siang. Wahahaha.
Ramai pemerhati politik bersetuju yang PRU13 bakal menjadi pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah poltik negara. Setelah memenangi semua pilihanraya sejak ia mula diperkenalkan di negara ini, Parti Perikatan (Baca: Barisan Nasional) kini buat pertama kalinya akan berhadapan dengan lawan yang benar-benar akan membuatkan mereka mengalirkan peluh besar.
Kedua-dua belah pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat punya kekuatan dan kelemahan masing-masing. Malah manifesto yang dibentangkan mereka juga hampir serupa kulit dan isinya. Kajiselidik yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya mendapati, kedua-dua belah pihak bersaing dengan amat sengit, walaupon Pakatan Rakyat mendahului kaji selidik itu daripada segi manifesto yang lebih menambat hati rakyat. Kaji selidik tersebut juga mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih digemari untuk menjadi Perdana Menteri berbanding dengan Dato' Sri Najib Tun Razak.
Meski kaji selidik itu tidak boleh dianggap sebagai mewakili keseluruhan sentimen rakyat Malaysia, sementelah bilangan respondennya yang tidak begitu ramai (1,407 bakal pengundi), namun suka atau tidak, setuju atau tidak, ia tetap menggambarkan perubahan citarasa dan kehendak rakyat, terutamanya kaum Cina dan golongan muda.
Suatu lagi kajian yang telah dibuat oleh Institut Politik Shcmolitik Inche gaban (Wakakaka..) pula mendapati, kebanyakan anak muda yang tinggal di bandar dan pinggiran bandar menyokong aspirasi pihak Pakatan Rakyat. Manakala golongan tua, terutamanya yang tinggal di kampung-kampung dan kawasan luar bandar, kebanyakannya masih tegar dan setia menyokong perjuangan Barisan Nasional.
Di sebalik kehangatan dan kerancakan PRU13 ini, rupa-rupanya masih ada segelintir golongan yang tidak mahu ambil tahu, tidak ambil peduli dan tidak mengambil berat tentang proses demokrasi lima tahun sekali ini. Moto mereka: Ada aku kisah..??
Pelbagai alasan yang mereka berikan untuk tidak terlibat atau sekurang-kurangnya ambil tahu tentang PRU13 ini, Sekiranya dikumpulkan segala tok nenek hujah dan alasan mereka ini, sudah pasti dapat menandingi ketebalan manifesto dan janji-janji kedua-dua Barisan Nasional dan Pakaran Rakyat. Eheh.
"Buat apa nak politik. Politik ala barat.. Haram!"
"Alaaah. Undilah sesapa pon. Yang menang nanti, sama jugak. Kita rakyat marhaen ni, bukan dapat apa-apa keuntungan ponnn.."
"Politik tu kotor! Jijik! Busuk! Errgghh aku tak mahulah terlibat dengan benda-benda macam tu!"
"Sama aje kerajaan dengan pembangkang. Dua-dua pon tak boleh nak percaya. Dah nama pon politik.."
"Politik..? Ha..? Kicap manis buatan Kepulauan Galapagos ke tu..?"
Err.. Garu kepala. Ini hanyalah segelintir alasan dan hujah yang sering didengari oleh golongan 'Ada Aku Kisah?' ini. Namun sebahagian besar daripada mereka ini sebenarnya masih duduk di atas pagar; tidak pasti dan jelas dengan pendirian politik mereka sendiri. Er, tak sakit ke bang, duk atas pagar tu..? Tajam woh! Koff koff.
Di dalam penulisan kali ini, saya ingin mengajak anda semua berfikir secara lebih matang dan berwibawa, mengapa kita sebenarnya perlu ambil peduli dengan PRU13. Mengapa sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat dan layak untuk mengundi, kita wajar menggunakan kuasa yang ada pada tangan kita ini dengan sebaiknya.
Baiklah. Anda sudah bersedia..?
1) Rakyat adalah raja
Rakyatlah yang memegang kuasa sebenar dalam sesebuah negara. Mana mungkin, beberapa kerat pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat, boleh pula berkuasa penuh tak ingat dunia, berbuat suka hati kepada rakyat jelata..? Sedangkan kita yang memilih mereka ini..?
Arakian kita wajar menggunakan kuasa yang ada pada rakyat ini dengan sebaiknya. Pilihlah bakal pemimpin yang jujur, ikhlas dan berintegriti untuk menjadi hamba kepada kita semua, yang dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Er soalan! Wujud ke pemimpin sebegitu di zaman ini..?
2) Negara ini bukan hak milik atok sesiapa
Ya, Malaysia adalah negara kita, tempat tumpahnya darah dan daging kita dan tempat kita bakal dimamah oleh ulat dan serangga suatu hari nanti. Gulp. Maka oleh sebab ia milik kita semua dan bukan golongan tertentu apatah lagi opah mana-mana figur atau individu, kitalah yang sewajarnya menentukan halatuju negara ini.
Oleh sebab kita tidak punya banyak pilihan, terikat dengan perlembagaan negara yang sudah ditetapkan, suka atau tidak, pilihan raya adalah satu-satunya cara untuk menentukan halatuju negara ini secara lebih adil dan saksama.
3) Anda mahu perubahan, maka anda perlu ubah!
Jangan dok pandai bising di kedai mamak atau jadi pahlawan papan kekunci sahaja. Jika anda benar-benar merasakan anda mahukan perubahan, atau merasakan betapa selama ini suara anda tidak didengari, maka undi anda adalah jawapannya. Benar, integiriti dan kewibawaan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia masih boleh dipersoalkan. Namun, itu bukan alasan untuk anda tidak pergi mengundi.
Kata orang tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Undi anda yang satu itu, apabila dikumpulkan dengan mereka yang punya pemikiran yang sama, pastilah akan menjadi signifikan dan relevan. Setiap undi akan dikira!
4) Tak cakna ummah, maka anda bukan sebahagian daripadanya!
Nabi SAW ada bersabda:
“Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka.”
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
Ok, saya bukan mahu salah gunakan dalil untuk kepentingan diri sendiri. Itu adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan wajar dikenakan hukuman cubit perut sampai lebam!
Pokoknya, sekiranya kita benar-benar merasakan betapa ada banyak kepincangan pada sistem yang sedia ada, masih ramai rakyat di luar sana yang dizalimi sehingga ada yang terpaksa makan siput babi, masih ramai yang dianiaya sehingga yang kaya bertambah kaya dan yang miskin semakin papa, maka inilah masanya untuk anda mengubah segala-galanya.
Islam tidak tertegak di muka bumi ini dengan sendirinya, tahu..?
5) Politik itu kotor lagi najis..?
Ramai yang memberi alasan, sebab utama mengapa mereka tidak mahu terlibat dalam politik adalah kerana sifatnya yang jijik, kotor lagi najis. Silap haribulan, dah boleh dikategorikan sebagai salah satu najis yang wajib disucikan. Wahahahaha.
Masalahnya anda, yang membusukkan dan memburukkan sistem itu bukanlah sesiapa tetapi kita sendiri. Ahli-ahli politk yang tamak, korup dan tidak amanah itulah yang menjadikan politik tampak kotor dan jijik. Maka kitalah yang wajib membersihkannya.
Benar, politik memberi ruang dan platform untuk ramai orang menyalahgunakannya. Tapi hey, ia juga membuka pintu yang sama untuk kita mensucikannya, bukan..? Senyum.
6) Jangan banyak songeh, boleh..?
Ada juga yang mengatakan, haram untuk umat Islam terlibat dalam politik kerana ia berasal dari Barat dan banyak unsur-unsur syubhah di dalamnya. Aik, tengok wayang dan karaoke sampai ke Subuh itu boleh pula ya...?
Batuk.
Anda, memanglah idealnya kita mahu kembali kepada sistem khilafah, di mana pemimpin tertinggi dipilih oleh ahli syura yang tsiqah lagi amanah. Tapi tolong jadi lebih realistik dan berpijak di bumi yang nyata boleh tak..?
Walaupon sistem demokrasi yang ada masih banyak kepincangan dan kebobrokannya, tapi itu sahaja pilihan yang kita ada buat masa ini untuk membawa dan melaksanakan perubahan.
Eh, Syaikh Yusuf al-Qardhawi dan ramai lagi 'alim ulama' muktabar sudah pon mengeluarkan pendapat mereka tentang kewajipan umat Islam terlibat dalam politik (siasah). Bagaimana..?
7) Anda zalim sekiranya tidak mengundi
Bak kata Ustaz Syed Abdul Kadir al-Joofre, buang najis pada tubuh badan pon dah jadi kewajipan. Apatalah lagi dalam memilih pemimpin yang bakal menentukan masa depan negara.
Shrettt. Eh seluar sapa yang koyak tu..?
Sekiranya anda memilih untuk berdiam diri, tidak menggunakan hak anda sebagai pengundi, anda sebenarnya zalim; zalim pada diri sendiri, zalim pada orang lain dan zalim pada negara yang terchenta!
Ini adalah sebahagian daripada jihad kita dalam membawa perubahan. Jangan tertinggal atau sengaja melarikan diri daripada medan jihad ini!
8) Ok anda seriyes loser kalau tak terlibat dengan PRU13
Anda tidak mahu jadi sebahagian daripada sejarahkah..? Saya percaya dan yakin, PRU13 bakal melakar sejarah baharu untuk negara Malaysia yang terchenta. Percayalah, anda tidak mahu terlepas peluang menjadi sebahagian daripadanya.
Sekiranya anda sengaja menyembunyikan diri, tidak ambil tahu, tidak mahu cakna, suatu hari nanti, apabila anak anda memegang buku sejarah Malaysia dan bertanyakan soalan kepada anda, "Papa papa, dulu apa peranan papa dalam PRU13..? Papa pergi mencula tak..?" Apa anda nak jawab..?
Kehkehkeh.
Ok cukuplah lapan dalil kenapa anda perlu terlibat dan ambil cakna dengan PRU13. Amboi dah boleh buat tajuk buku ni. Ahah. Hujah-hujah ini tidak disusun mengikut kepentingan atau prioriti. Mana yang saya terfikir dahulu, itulah yang saya tuliskan. Dan ini hanyalah pendapat peribadi saya yang marhaen ini. Anda berhak untuk tidak bersetuju. Cuma janganlah terpekik terlolong, sambil berlari laju keliling kampung macam orang gila meroyan! Buruk tahu..??
Tidak, anda tidak perlu pon menunjukkan sokongan anda kepada mana-mana parti. Tidak perlu pon menukar gambar profail anda di MukaBuku atau mula menulis status-status atau kicauan berbaur politik. Semua itu tidak perlu, untuk menunjukkan yang anda peduli atau cakna.
Cukuplah sekadar anda ambil tahu dengan perkembangan terbaru. Cukuplah dengan anda sentiasa terhapdet dengan fakta-fakta dan bukannya auta. Dan cukuplah anda jelas dengan pilihan anda, apabila tiba hari mengundi nanti.
Ini kalilah!
-gabbana-
Tak tahulah berguna atau tidak penulisan ini. Harapnya ia bermanfaat, terutamanya anda yang masih di atas pagar!
Oh, jangan lupa solat istikharah sebelum mengundi! Janganlah cari kain sejadah nak buat istikharah, hanya bila nak nikah! Senyum nampak gigi.

19 Caci Maki Puji Muji:
dushh tertusuk. ana xdpt mngundi, xdaftar lg..ada kt ujung dunia..sobsob..mmpu berdoa yg baik2 saje tuk malaysia terchenta!
ini kali-lah! *senyum*
semoga kemenangan buat yang mahu menegakkan keadilan dan kesejahteraan sejagat serta memperkasakan ummah islam dgn erti kata sebenarnya bukan ilusi tapi realiti
ada satu lagi golongan... golongan yang mengatakan demokrasi ni haram kerana menjadikan majoriti ahli parlimen sebagai penentu hukum.. dan bukannya Quran dan sunah..
komen sikit berkenaan golongan ni.. blur otak nak pangkah hujah berkenaan khilafah2 mereka ni...
inche.nak menyoal.
apa hukum jka kami para pelajar atau mahasiswa menceritakan keburukan pemerintah sesama sendiri.ada org kte boleh bile salur kat pihak berkuasa je.tapi kalau mcm tu smpi bila org nak tau kekorupan yg berlaku.
mohon jwpn.=)
inche gabbana, walaupun inche gabbana cuba utk sperti neutral & x mnyokong mana2 parti dlm penulisan, sesiapa yg terbaca pun akn terhidu inche gabbana berada dipihak mana.krana sy telah mencuba menyampaikan dgn cara apa yg inche gabbana tlah sampaikan dlm penulisan di atas, tp ada sesetengah pihak yg dpt menghidu & men'condemn' sy akhirnya. hmmm. anyway, sy juga mnyokong pndpt inche gabbana. I like it! 5 Mei will determine our future generation. :) semoga generasi masa depan lebih bersikap terbuka utk bercakap tentang politik.
of course. Ini kalilah! ^^
Hanya pemimpin2 berkaliber je ptt ade di parlimen!UBAH!:)
heyya...
setuju solid dgn inche Gabbana....
#biar apa org kata, janji kita ada pegangan utk tegakkan Islam...bukan mudah tahu~~
Salam I.G.
1.Your rendition will undoubtly
shape the future course,marginal
or not.You'll be accountable.
2.Don't change just for the sake of
changing. Better the devil you
know than the DEVILS you don't.
All are devils...(Quote: ..)
3.Don't formulate your judgement
just based on your perception.
Open up your mind and heart. If
something is proven before your
very eyes, why sacrifice for some
unknown entity.
4.Any party,any body has its fault,
why not improve on what's exstng,
rather than create something out
of nothing.
5.Rome wasn't built in one day.
'You're once a loser= jahilliyah.
If nobody's wiling to assist you,
you'll be in darkness forever.
6.It's better we transform than
reform ..the foundation's already
there.Take the challenge to
improve on it.
7.Your parents have done a lot for
you.Would you discard them,the
way your chldren'll do to you
later?...in spite of their fault?
They had been doing their best,
based on their available rsources
and means/minds.
You see, it's anyone's opinion.
Would you blame the village folks
for holding on to their opinion,
statng tht they're the ignorance?
Yeahh,I've changed my perception,
3 times(min). Now I'm sure...
Ubah itu mudah tp nak laksanakan itu payah.kuat kew smngat diri 2 utk hdapi perubhn yg blum pasti teguhnya?mgkin kuatkan tp org lain bgaimana? Kita xblh jd zalim dgn mmberi tuba pd yg lainkn.Jgnlh sngja butakn mata dgn pndngn yg kabur dalam terang.xmanis rasanya merasa derita slpas adanya merdeka kn?
Salam Inche Gabbana. Sy pernah ada atas pagar, dan masih atas pagar. Malah, skng ni, sy makin suka panjat pagar tinggi2.
Wanna know the reason?
Sbb dua2 pihak, (baik dr pemimpin mahu penyokong) kurang menunjukkan qudwah yg baik (bukan semua).
Dengan caciannya, makiannya dan taksub terhadap parti, buatkan sy lagi rasa menyampah.
Lagi2 sekiranya kata2 tersebut kluar dr golongan yg dipanggil 'daei'. Seolah2 'daei di dalam usrah, bukan daei di medan politik'.
Maaf klu komen ni menyinggung sesiapa. Tapi memanglah sy harap kita sedar bahawa kita punya qudwah tidak hanya perlu baik di dlm usrah.
For Anonymous 07:22, Allah bagi akal, hati, mata dan pendengaran. Gunakanlah sebaik-baiknya untuk berfikir. Our country future depends on rakyat. And i think kamu rakyat jg kan.
Jika qudwah yg kamu persoalkan, jgn hanya melihat. Jgn hanya duduk di atas pagar. Turun lah dan lakukan anjakan paradigma. Jika kamu hanya memanjat pgr dan semakin tinggi. Terjatuhnya kamu dgn kechiwa lagi sakit. Tapi tiada perubahan. U got 2 penyakit. Mengharap terlampau tinggi dan tiada perubahan.
Moral of the value: action louder than speak, kamu lah yg harus melakukan anjakan paradigma tersebut jika itu yg kamu mahukan. Tunjukkan qudwah politik yg terbaik. Jgn hanya menunggu dan terus duduk atas pagar. Tak ada jalan penyelesaian langsung.
tp brdasarkn petikn dia atas tu....mcm mnsyirikkn Allah sbb mnyatakn rakyat punyai kuasa sdangkn yg hanya ad kuasa adlh Allah S.W.T n jika rakyat punyai kuasa mcm mne lau pemimpin itu mmg benar tp rakyat smua mmbncinya? maka xtrpilih la pemimpin tu btol x? lau die trpilih pn mngkin satu hari nnt die akn jatuh blik sbb kuasa d tangan rakyat, n para ulama' mnyatakan boleh berPOLITIK tp berpolitik cara islam mksudnya dgn mjlis syura bkn demokrasi, yg kt cni cme PAS sje yg amalkn syura tp yg lain x tp PAS msih berpihak pd yg tdak mngikut mjlis syura, mcm mne ni?
Nabi SAW ada bersabda:
“Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka.”
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]
jd dgn cara dakwah seluruh alam shj yg dpt mengubah sgalanya, ziarah rumah ke rumah, dari mata ke mata, hati ke hati, pergi stiap celah2 pelusuk kwsn n dunia utk cri ummat utk brdakwah membesarkn kalimah hak ykni kalimah "LA ILLA HA ILLALLAH" utk mndapatkn hakikat yg ad pd para sahabat ykni "ikrammuslimin' memuliakn saudaranya tnpa menuntut hak balik n pandang kebaikannya tutup kburuknnya n pndang kburukn dri, skrng ni dlm demokrasi yg ad cme pndang kburukn org tp tutup kburukn dri...jd cra sy peduli pd saudara sy adlh dgn mnjauhkn mereka dri trjebak lembah ftnah ni ykni DEMONCRAZY...sy xkata awk salah tp ini sbgai kefahaman yg sy dpt dri kjian seumur hidup sy yg Allah beri pd sy, mngkin pendapat yg saudara beri itu betul n pendapat sy ni slah jd harap maaf jika sy trsalah sila beri tunjuk ajar kpd sy yg lemah ilmu n iman n yg daif serta jahil dri saudara yg punyai ilmu n iman yg bijaksana lbih tnggi dri sy ni
sangat bermanfaat :) ini kalilah gabbana !
Salam anonymous 7.57.
Sy anonymous 7.22.
Terima kasih atas teguran.
Mohon didoakan sy berani utk turun dr pagar dan berada di pihak yg benar. ;)
14.10....0000!
What ini kali are you talking abt? NEVER!
23.05 says,
Why does the writng layout/format turns out to be like that? I didn't do it purposely!Err,sorry...
It's the Devine intervention. right?
Memanglah Allah berkuasa. Bukan rakyat. In this context, it refers to the power of people to change politically by the izin of Allah.
Not the power to create or to take the ruh etc as the power of Allah.
Rakyat has the power in politics and economy etc BUT ALLAH HAS THE MUTLAQ POWER.
Apa mentality tuduh syirik pulak!
It''s about the people's power to change the polity call landscape to a right path.
Not to change the world into psychopath!
Allah Hu Akbar!
Post a Comment