24 April 2013

Mencari Chenta Abadi

[Kredit]

Ramai daripada kita yang pernah jatuh chenta. Ramai daripada kita yang pernah merasakan betapa nikmatnya chenta. Dan ramai daripada kita yang tahu betapa berkuasanya perasaan yang dinamakan chenta itu.

Ada yang menjumpai chenta daripada perhubungan sesama manusia. Itu klise.

Ada yang jatuh chenta pada kucheng bulat-bulat gemok yang suka berlari laju masuk ke dalam kotak. Itu Maru.

Ada yang berchenta dengan kerjayanya, sanggup pulang lewat semata-mata suka dan tidak lelah bekerja. Itu dahsyat.

Ada yang menchentai buku, setiap masa buku di tangan, dibaca setiap masa dan ketika, hatta ketika sedang berjalan dan bermain Zero Point. Itu nerd. Eh. 

Ada juga yang jatuh chenta berguling-guling dengan selebriti atau artis pojaan hati, hingga sanggup tak makan tak tidur tak mandi kerana sudah angau dengan si bintang popular. Itu gila. 

Pokoknya, chenta itu boleh dicari di mana-mana. Dan lebih selalu daripada kadangkala, kita akan berjumpa chenta pada masa dan tempat yang tidak disangka-sangka. 

Mungkin di pasar raya. Mungkin di kaki lima. Mungkin di taman bunga. Mungkin di dalam kereta. Mungkin juga di sejadah chenta. 

Sejak zaman berzaman, manusia sudah berusaha mencari, mengorek dan merungkaikan rahsia chenta yang penuh misteri. Apakah chenta itu sebenarnya? Bagaimana mahu mengekalkannya? Bagaimana mahu menjadikannya lebih membara? Apakah rahsia chenta sejati yang abadi? 

Namun sehingga kini, tiada siapa yang bisa memberi satu formula pasti bagaimana mahu memperoleh chenta hakiki yang sejati lagi abadi. Ewah. 

Yang pasti, chenta itu terbit dari hati. Ia adalah sebuah perasaan tulus dan ikhlas, yang datangnya dari sudut hati yang paling dalam. Chenta bukannya suka. Chenta bukannya perasaan basi-basa yang saja-saja. Chenta bukan juga suatu perasaan yang biasa-biasa. Ia benar-benar luar biasa. Ia sangat berkuasa.

Barangsiapa yang pernah merasakan penangan chenta, dia tahu betapa sakitnya rindu dendam ditampar oleh chenta itu. Siapa yang pernah tersungkur dek chenta, dia tahu betapa sukarnya untuk bangkit kembali. Dan siapa yang pernah berenang merentas lautan api dan mendaki langit yang tinggi semata-mata kerana mahu meraikan chenta, dia tahu betapa luluhnya hati apabila chenta ini tidak kesampaian.

Ya, itulah chenta. Suatu kata yang cukup berbisa. Berkuasa. 

Sebagai seorang muslim, apatah lagi seorang muslim yang mahu menjadi dai'e mukmin, perkataan chenta itu perlu dilihat daripada kacamata Islami yang sumpah bergaya. Memandangkan setiap orang dikurniakan Allah dengan perasaan chenta ini dan para dua't juga tidak dapat lari daripadanya, persoalan yang lebih utama kini adalah bagaimana kita dapat memanfaatkannya sebaiknya, dalam mencari, mengejar dan memburu redha Allah yang hakiki. 

Suatu hari. 'Umar al-Khattab datang berjumpa dengan Rasulullah SAW. Katanya, "Ya Rasulullah, aku menchentai dirimu melebihi segala sesuatu melainkan diriku sendiri."

Maka Rasulullah SAW menjawabnya, "Tidak hai 'Umar! Sehinggalah aku dichentaimu lebih daripada dirimu sendiri!"

'Umar terdiam sejenak. Terkedu. Lantas beliau memberi maklum balas, "Demi Allah! Mulai sekarang, dirimu lebih aku chentai daripada diriku sendiri!" 

Rasulullah SAW dan 'Umar telah mengajar kita makna chenta dalam erti katanya yang paling mulia. Chenta itu bukan untuk diri sendiri. Chenta itu bukan untuk memuaskan nafsu yang tidak bertepi. Chenta juga bukan kerana mahu meniru babak-babak dalam filem 'Istanbul Aku Datang!' Eh.

Tetapi chenta adalah satu pengorbanan. Chenta adalah satu manifestasi kepada kesediaan kita untuk melepaskan kehendak dan kemahuan diri sendiri. Chenta adalah satu ilustrasi kepada suatu perasaan mahu diterima.

Maka belajarlah menchentai sebelum dichentai. Belajarlah untuk menghargai sebelum dihargai. Belajarlah menyayangi sebelum disayangi. 

Dan tidak ada chenta yang lebih agung, yang lebih hakiki, yang lebih abadi, daripada chenta kepada Allah yang satu. Kerana chenta itu berasal dariNya. Dialah yang menyemai benih-benih chenta dalam setiap jiwa manusia. Dialah yang memegang hati-hati manusia sehingga menumbuhkan rasa chenta.

Wahai, bukankah Dia yang paling layak untuk dichentai sebelum sesuatu yang lain..? 


"Dari Anas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: 'Tiga sifat, barangsiapa mempunyai sifat-sifat yang berikut akan merasai kemanisan iman: Pertama, mereka yang mencintai Allah SWT dan Rasul SAW lebih dari segala sesuatu. Kedua, tidak mencintai seseorang kepada seseorang yang lain kecuali kerana Allah SWT. Ketiga, seseorang yang membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api.'"

[Hadith Riwayat Bukhari]


Nah, anda mahu merasakan betapa manisnya chenta? Betapa lazatnya iman? Betapa nikmanya mereka yang meletakkan chentaNya pada Allah antara berharap dan takut..? 

Chentailah Allah dan ar-Rasul melebihi segala sesuatu. Kemudian chentailah saudara dan sahabat anda keranaNya. Akhirnya, sungguh-sungguh tinggalkan segala jahiliyyah, maksiat dan kekejian yang berkarat dalam diri, sepertimana anda mendambakan sorga dan membenci neraka.

Di situlah letaknya harga chenta; menchentai sebelum dichentai. Kerana chenta bukan untuk dimiliki. Dan hanya selepas itu, anda akan dapat merasakan betapa manisnya chenta. Yang abadi. Hakiki. 

Ayuh raikan chenta! Senyum. 

-gabbana-

Sabaq noh, tunggu sambungan Zilal. Hari-hari baca pon tak baguihh jugak. Kekeke.. 

11 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 24/04/2013, 15:20  

thumbs up!!

Hopeless 24/04/2013, 15:23  

sayangnya, cinta zaman sekarang macam tiada nilainya -_- nafsu lebih berkuasa daripada cinta...

adeq 24/04/2013, 15:32  

chenta itu pengorbanan. ah, peritnya. moga menimbulkan kemanisan walau dibalas tuba. kena kuatkan SABAR. Ameen. aku sayang kamu ukhtiku (tiba2).

Unknown 24/04/2013, 15:36  

Bila dah cinta semua bahagia..tapi lagi bahagia bila terkena dengan bait-bait nota cinta illahi..senyum meleret hingga ke telinga ditambah dengan tangisan kerana sesal dosa yang pernah dilakukan..

t.kasih..



Anonymous 24/04/2013, 15:41  

x buleh tunggu lama2 . nak tau apa yg jadi next dlm cerita zilal tu . i'm dying to know ....

Anonymous 24/04/2013, 15:50  

bagus entry ni.. boleh memuhasabah diri setakat mana cinta kepada NYa dan Rasulullah. mampukah melepaskan segalanya dan berkorban untuk cinta?. nak mencintai dan istqamah u di jalan dakwah pun sangat susah.. tikam laju2

Anonymous 24/04/2013, 16:08  

Susahnya nk jaga hati. #Ttbe hujan lebat ats kepala

Anonymous 25/04/2013, 04:00  

Chenta itu memerlukan pengorbanan... tapi pengorbanan yg bagaimana?

# fikir dgn akal, filter dgn hati ^_^

Anonymous 09/05/2013, 17:03  

Terima kasih inche gabbana for this entry. This entry really made my day. I always have problems with my group members kerana semuanya adalah mat sallehs. Sangat susah untuk saya bergaul dan communicate dengan mereka kerana mereka tend to ignore apa yang saya cakap, cut in the middle masa saya tengah bercakap and etc etc. I did everything to please them but nothing seems to work. Senang cakap they don't like me as I'm not like them (in terms of pakaian saya bertudung litup and dari segi sosial sangat la berbeza). But I did try my best to be part of them. Bukan nak jadi macam mereka. Tapi untuk berkawan. Itu je. Tapi itu pun susah. And today is the climax. I had enough of that kind of treatment. Saya tersangat la stress so saya ke musolla and perform solah to relieve the stress. Saya menangis dan mengadu kepada Allah. Tertanya- tanya kenapa Allah campak kan saya ke bumi kangaroo ni keseorangan. Tak de ramai kawan. Dalam batch pun ad seorang je melayu dari malaysia. Selepas solat hati tiba2 terasa nak buka blog ni (saya bukan seorang pembaca blog tegar) dan entah macam mana randomly terbuka entry ni. Ya Allah terasa sangat bila baca. Selama ni saya hanya mencari keredhaan manusia supaya disukai oleh mereka. Supaya diterima oleh mereka. Sedangkan saya terlupa sepatutnya kepada Allah la sepatutnya saya mencari cinta tu kerana Allah pencipta manusia dan pemilik hati mereka. Tiba2 terasa sangat kerdil dihadapanNya. Alhamdulillah entry ini membuka mata saya dan insyaAllah selepas ni saya akan cuba memburu cintaNya dahulu sebelum mencari cinta manusiawi.

Anonymous 02/10/2013, 01:07  

Mcm mana nak rasa cinta pd Allah dan rasul?

Sy da sungguh2 buat utk jd baik dan taat.
Tp cinta tu blm dtg lg.

Bila kita cintakn seseorg, rindu mudah dtg bukan? Dan rindu tu amat2 menekan kuat
bukan begitu?

Tp sy blm pernah rasa mcm tu lg.

Apa yg kurang?
Boleh tolong?
Bagi nasihat mungkin..?

Anonymous 23/02/2014, 01:25  

chenta...

chenta manusia, its a gift fr. Allah...i'll wait it, no regret...

chenta meow mOOlatt, its give me smile...dunia adik bulus oyen...

chenta sejadah...im crying...
cukupkah aku beri chenta ini kepadaMu??...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP