24 April 2012

Puan Bos Besar, Izinkan Saya Untuk Mengejar Pelangi..?

[Kredit]

Ramai orang memilih untuk menjadi biasa-biasa.

Ramai juga orang yang memilih untuk menjadi bawah daripada biasa.

Tetapi tidak ramai yang memilih mahu menjadi insan luar biasa. Alhamdulillah, dengan panduan inayah dan hidayahNya, saya telah mengambil keputusan untuk menjadi golongan yang tidak ramai itu. Bukan setakat luar biasa, malah ekstra luar biasa

Nota kecil: Mengambil keputusan tahu..? Belum lagi jadi luar biasa. Doa-doakan. 

Minggu lepas, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah memberikan saya peluang yang saya kira, sebagai peluang keplatinuman sekali sepanjang hayat. Berkat hidayah dan ilham yang dikurnikanNya kepada saya, saya telah berpeluang mengikuti rombongan Super Saiya, Otromen Haibat dan Inkredibel Hak ke Kuantan bagi mengendalikan sebuah program yang tidak asing lagi marcapada ini yakni Ini Sungguh Kool

Pada mulanya, jujurnya saya agak berat hati mahu menyertai program ini. Manakan tidak, program yang dikendalikan di tengah-tengah minggu (Baca: Weekdays) ini memerlukan saya untuk mengambil cuti tahunan sebanyak tiga hari, daripada baki cuti yang tidaklah banyak mana pon. Bagi seorang dai'e (Insha-Allah) yang bekerja opis macam saya ni, cuti tahunan adalah sesuatu yang amat berharga sekali. Banyaknya cuti diambil bagi membolehkan kami mempercumakan diri untuk pergi bercuti dan bergumbira hey hey hey bersama famili terchenta sambil riang gembira bersantai di tepi pantai dan membeli-belah hoyeh hoyeh!

Err. Peluh kecil.

Ulang kembali. Banyaknya cuti diambil bagi membolehkan kami menyertai program-program dakwah dan tarbiyah yang dianjurkan untuk para pelajar Institut Pengajian tinggi, baik dalam atau luar negara. Memandangkan mereka masih tidak bekerja maka banyaknya program yang dianjurkan adalah pada hari-hari bekerja. Dan memandangkan juga sekarang ini baru bulan April dan banyaknya program yang akan dikendalikan adalah pada pertengahan tahun nanti, mengambil cuti tahunan sebanyak TIGA hari pada bulan APRIL adalah sesuatu yang boleh tahan signifikannya. Belum lagi dikira cuti-cuti yang terpaksa diambil untuk program-program di minit terakhir atau untuk hal-hal kecemasan. Ohoi.

Tetapi entah kenapa, saya pujuk diri saya dan meyakinkan diri saya yang ini adalah yang terbaik untuk saya. Malah saya siap berdialog dengan diri sendiri lagi:

"Ish baik kau amik je peluang ni! Masa dia nak datang ni lah kau pulun habis-habisan! Siapa tahu, lepas ni dah takde peluang yang sama lagi..?" 

Siapa kata ikut hati mati..? Kadang-kadang ikut hati boleh tahan kool jugalah. Ahah!

Sayugia saya pon bertekad untuk menyertai program ini. Dan wallahi, saya tidak mungkin menyesal dengan keputusan yang satu ini. Senyum lebar-lebar sampai lenguh mulut.

Bukanlah di ruang ini saya mahu menceritakan tentang perjalanan program atau pengalaman menarik bersama hadek-hadek peserta atau keseronokan melihat mereka berlari-lari pantas kerana takut ditangkap ketika bermain osom gergasi hatta pengalaman menjadi fasi. Eh. Tetapi saya ingin kongsikan suatu perasaan dan semangat baru yang saya perolehi sepanjang mengikuti rombongan nomad mencari redha Ilahi itu.

Anda tahu, selepas mengikuti program tersebut, saya bagai dirasuk oleh jin mata sepet berbulu tebal; tiba-tiba saya bersemangat mahu buat dakwah sepenuh masa! Ya saya tahu, kita ini memang pon pendakwah setiap masa dan ketika. Tetapi maksud saya, saya mahu mendedikasikan keseluruhan hidup saya untuk buat dakwah dan tarbiyah sahaja! Eh, anda fahamkah ini..??

Maksudnya, saya tidak mahu dikongkong oleh kerja makan gaji ini! Saya mahu mempunyai ruang dan peluang untuk ke mana--mana dan bila-bila yang saya suka untuk berdakwah dan mentarbiyah! Saya boleh berbulatan gembira bersama hadek-hadek terchenta bila-bila masa yang saya suka, boleh memberi pengisian di sini sana dan boleh pula menziarah ikhwah mahupon asatizah tanpa perlu menunggu matahari terbenam atau hujung minggu menjelang! Sumpah osem bukan...??

Tidak pernah lagi saya merasakan perasaan sebegini rupa. Dahulunya, saya kira sudah cukup saya melakukan aktiviti-aktiviti dakwah dan tarbiyah di waktu malam atau hujung minggu sahaja. Itu pon saya kira sudah cukup Suria Perkasa Hitam!

Saya silap. Saya silap..!

Rupa-rupanya selama ini saya banyak bermain-main. Rupa-rupanya selama ini saya hanya memasang angan-angan kosong. Dan rupa-rupanya selama ini saya tidak seriyes dengan tugas syahadatul haq ini!

Eh, ada orang tumbuk bawangkah di sini..?

Saya main-main.

Saya berangan-angan.

Saya tak ambil pusing! 

"Belum tibakah waktunya bagi ORANG-ORANG YANG BERIMAN, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik." 
[al-Hadid, 57:16]

Gedebuk guni beras empat puluh kilo menghempap kepala. 

Tiba-tiba kembang-kempis hidung saya mahu meletak jawatan dan benar-benar mahu mendambakan diri ini kepada dakwah dan tarbiyah. Saya merasakan yang selama ini saya banyak membuang masa. Saya merasakan yang selama ini saya belum benar-benar beriltizam dan tajarrud dengan perjuangan menegakkan manhaj Allah yang haq ini! 

Iya iya, pasti ada yang akan mengatakan nanti, "Ish Inche gabbana. Memanglah anda merasakan begitu! Kerana anda masih belum menjadikan dakwah dan tarbiyah sebagai nadi, nafas dan darah dalam hidup anda! Jadi doktor yang super sibuk itu pon boleh buat dakwah, inikan pula macai terhormat macam anda tu..?? Pigidaaah!" 

Saya faham hujahan anda itu. Tetapi percayalah, bekerjaya dan buat dakwah dan tarbiyah pada masa yang sama, tidak akan sama dengan buat dakwah dan tarbiyah sepenuh masa dan ketika. Dua puluh empat tujuh, tujuh hari seminggu, tiga ratus enam puluh lima hari setahun! Ia tidak sama!

Dan bayangkan perasaan haibat sebegitu saya dapat hanya dalam tiga hari berprogram, bagaimana kalau hari-hari saya dedikasikan untuk mentarbiyah manusia dan membina masyarakat...? Walaweh! Perasaannya pasti akan membuatkan mata saya bersinar-sinar setiap masa dan ketika! 

Ok mungkin saya terlalu eksaited (anda boleh tahu dengan banyaknya tanda seru yang saya gunakan). Dan mungkin tidak relevan pon untuk kebanyakan anda di luar sana. Mungkin ramai di antara anda sudah pon merasai perasaan ini; perasaan hidung kembang kepis penuh semangat dan mata terkedip-kedip penuh keterujaan. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada anda semua!

Tetapi perasaan sebegini jarang-jarang sekali saya alami. Dan saya amat-amat menghargai perasaan dan emosi sebegini. Ibaratnya duduk di obesi tak makan nasi sebulan tiba-tiba ada orang datang dan masakkan nasi kerabu solok lada dan daging bakar! Wahai! Err. Saya amat laparkan dan dahagakan perasaan sebegini. Tiba-tiba ada orang datang dan suapkan terus ke dalam mulut saya; mahu tak teruja dibuatnya...??

Dan saya amat khuatir dan takut sekali sekiranya perasaan ini akan pergi meninggalkan saya, sekiranya saya membiarkannya sahaja duduk-duduk rilek isap okok dulu di dalam hati saya ini, tanpa memanfaatkannya sebaik mungkin. Saya tak nak hati saya jadi hitam dan keras dek keegoan dan kemalasan saya memuntijkan perasaan dan semangat baru ini! 

Ya, mungkin saya belum lagi diberi kekuatan untuk menghantar surat peletakan jawatan kepada Puan Bos Besar. Mungkin serangan-serangan dunia seperti hutang-piutang dan pandangan serta persepsi keluarga dan masyarakat menyebabkan saya terpaksa berfikir dua tiga empat kali sebelum mengambil keputusan. Dan mungkin juga dengan meletak jawatan dan menumpukan sepenuh masa kepada dakwah dan tarbiyah bukanlah keputusan yang terbaik di masa ini dalam keadaan sekarang ini. Mungkin.

Tapi pastinya, semangat dan perasaan eksotik yang amat jarang dirasakan ini menjadikan saya lebih yakin dan bersungguh untuk terus istiqamah di atas jalan ini, Insha-Allah. Ia menyebabkan saya bermuhasabah kembali sejauh mana yang telah saya lalui dan pergi di atas jalan ini. Dan disebabkan ia juga, saya berazam untuk menjadi insan berjiwa hamba yang jauh lebih baik daripada yang sebelum ini!

Maaf sekiranya anda merasakan saya ekstrem. Saya tidak salahkan anda sekiranya anda tidak dapat memahami keterujaan dan perasaan saya ketika ini. Saya tidak akan berkecil hati sekiranya anda pesimis dengan paradigma baru saya ini, dan merasakan ia hanya bakal menjadi yet another case of warm-warm chicken shit.

Tetapi yang pasti, saya amat-amat menghargai perasaan dan semangat ini. 

Terima kasih ya Allah, kerana buat kesekian kalinya, Kau izinkan hambaMu yang lemah dan marhaen ini merasakan betapa manis dan nikmatnya berada bersama gerabak dakwah ini. Terima kasih kerana di kalangan hamba-hambaMu yang taat lagi soleh, buat kesekian kalinya Kau benarkan mak cik hidayah untuk mengetuk pintu hati diri yang penuh dengan dosa dan noda ini. Untuk semua nikmat dan kasih-sayangMu ini, terima kasih ya Allah! Senyum sambil menitik air mata jantan.

Puan Bos Besar, izinkan saya untuk berdakwah dan mentarbiyah dengan bersungguh-sungguh. Kerana saya mahu mengejar pelangi yang mungkin akan hilang bila-bila masa sahaja lagi! Bolehkah.. ?

-gabbana-

Alhamdulillah, selepas ke Kuantan, Allah izinkan pula untuk saya berkongsi sedikit pengalaman di Kuala Pilah bersama ikhwah dan hadek-hadek tersayang pada hujung minggunya. Dan Insha-Allah, kalau tiada aral, hujung minggu ini dan sepanjang minggu hadapan, saya akan berpergian untuk menambahkan lagi saham-saham sorga saya yang sudah mula defisit ini. 

Moga saya dapat kekalkan momentum ini hingga ke penghujungnya, biidznillahi ta'ala..

23 Caci Maki Puji Muji:

Tinsyaz 24/04/2012, 17:30  

salam.. wahwah.. inche gabbana memang osem lah.. cerita dengan penuh eksaited sampai yang membaca ni pun turut teruja sekali.. :)

Anonymous 24/04/2012, 18:08  

mungkin belum sampai lagi masanya awlawiyatnya untuk inche gabbana. kerja tu juga ibadah kan? ;) hasil gaji itu jugak boleh jadi saham akhirat bila diinfaq. insya allah, moga Allah panjangkan umur inche gabbana untuk sampai pada pelangi. doakan saya juga. pelangi yang terlalu jauh~

daunkesom 24/04/2012, 18:36  

inche gabana,,,it's so true.
kdg2 perasaan asyik ditarbiyah dan mentarbiyah serta melakukan kerja2 dakwah menjadikan ingin menjadi fulltimer daie tanpa memikirkan urusan study,exam,dan lain2,n somehow rase nk brhenti blaja pun ade.huuu..tp ,yg sedeynye perasaan xcitednye dakwah itu hnye sekejap sekejap shj...knp ye inche gabana?mcm mane nk mengekalkan momentum jihad yg 100% tanpa dibelenggu perasaan takut fail exam ,mama marah active sgt dgn program tarbiyyah.mcm mane ye inche?

Anonymous 24/04/2012, 18:36  

kalau x nak makan gsji,mungkin inche boleh buat bisnes lain.. contoh macam bukak kiosk kecil kat mall..nanti ada pekerja yang uruskan..
mungkin..?
sbb x makan gaji kan.. =)

yui 24/04/2012, 19:15  

good luck.. allah bless you

Anonymous 24/04/2012, 21:58  

bole ke kalu sy juga nak resign jadi student u skrg? nk duduk dlm dnt blaja ilmu agama, talaqqi dlm masjid dll...full timer muslim yg bljr n mgajar?

ch. 24/04/2012, 22:49  

salam wbt.
sangat suka ini pos! Like!
tapi, xpayah mintak izin kat Puan Bos lah inche gabbana! bukan Puan Bos pun yang pegang masa pelangi itu muncul. Malah, dia tak bertanggungjawab pun atas keterujaan inche nak berlari-berlari anak mengejar pelangi itu.
redah aje! kejor yop kejor..!

moga Allah redha.

mira 24/04/2012, 23:27  

wow, memang hebat punya semangat untuk menjadi da'ie, saya pun pernah jugak berangan, sama la mcm yg org lain rasakan, sampai rasa tak minat nk study course sendiri, tapi rasa cam x bersyukur pulak, so saya teruskan la graduate dulu then nak fokus betul2, moga Allah permudahkan, tapi kalau awak nk letak jawatan, cuba la buat bisnes pulak nanti, sebab umat Islam pun perlu maju dari segi ekonomi jugak, boleh guna harta ke jalan Allah, saham untuk akhirat, or boleh sumbangkan untuk perbesarkan lagi dakwah? :), bak kata org kat atas2 ni komen, bekerja pun ibadah kan,:)

Unknown 24/04/2012, 23:36  

Bila naik pesawat Puan Bos Besar, Inche Gabbana hanya nampak pelangi tu.

Tak nak cuba bina pesawat sendiri? Bawak semua orang dalam tu terbang ke pelangi.

siti nurhaliza tiruan 25/04/2012, 00:15  

pelangi dtg dan pergi
perasaan osem dtg dan pergi
siti tetap setia membaca blog ini

Hello kitty 25/04/2012, 02:04  

Inche gabbana mau bepergian ke mana? We will missing your entry...Kalau ada kelapangan, tulisla lg entry...

Anonymous 25/04/2012, 03:26  

Bismillahirrahmanirrahim..

Ana sekali2 tidak mahu semangat en gabbana luntur.malah menyokong 100% semangat tuk jd pendakwah sepenuh masa *impian ana juga dulu dikala belajar.terasa bagai mahu berhenti menggapai ijazah kedoktoran..kerna terlalu byk risalah belum diserap dan ditumpahkan kembali"

Alhamdulillah..menjadi fulltimer mmg seronok dan rasa sgt bahagia yg teramat. *berbunga2 hati* ..rasa sgt memberi sepenuh tenaga utk Allah..tp, ana igt juga kata2 ikhwan di dalam buku jalan dakwah di bwh tajuk aslih nafsak(klu x silap), "agar kamu juga hebat dalam bidang2 profesional".. Hebat dlm kerjaya dan hebat dalam berdkwh..

Tuh lihat shj pakcik makcik yg telah lama dalam dkwh..jadikan mrka qudwah..mereka bekerja dan berdkwh.sama haybat..sama dahsyat.. T_T

Mau jadi fulltimer tanpa kerja, mau suap nasi diperut dgn apa? Mahu isi minyak kereta ke tmpt usrah dan daurah bagaimana?mahu beli tiket bagaimana? Takkan nak jemaah suap sepenuhnya?

*sile jd kaya dgn cepat spy anda dpt membeli tiket flite dan blh kemana shj dgn segera, lg best ada jet pejuang sdri*

Pndgn ana, sile mintak resign dgn puan bos besar jika anda ada perniagaan sdri atau apa kerja sdri yg mhasilkan wang poket anda (jgn lupa pada "sunduquna juyubuna" - poket kami tabung kami)..tp jika menulis dlm JOM suda memenuhkan poket anda, ana mnyokong anda menjadi fulltimer.

Selamat menjadi spt uthman b affan..abdulrahman b auf..
Yg haybat dakwahnya..kaya raya, berkepuk2 infaqnya..melancarkan dakwah rasul dan para sahabat..

Ke arah bekerja sendiri ~ mmg pkck hasan ab juga menggalakkan untuk bekerja sendiri tanpa ada bos yg memegang remote control mengawal diri kita..

Sekian.pendapat ana..yg bc post ni 2x lalu saje.eksited nak jd fulltimer pon tibe2 membuak2.tp.....hm.maaf andai en gabanna x kata pon nk stop keje n nk pegi ke sana ke mari tuk dkwh..(tgk saja uqy, u.Al yg kehulur kehilir tp...punya masa tuk bekerja juga..dan bljr smp dpt phd! Osem!)

Dakwah d tmpt kerja juga osem bukan? Lebih teruji.nak2 lg bekerja di sektor awam kerajaan..hoho..
* mndgr recording dan membaca bahan fikrah ketika bekerja juga satu perasaan yg osem..memberi tzkrh di tmpt kerja juga osem..menjadi qudwah di keliling masyarakat yg pelik juge osem..mampu menjadikan mereka rabtul am juga osem..oh..sekian shj bebelan ana.*

Tatau lah.menjadi fulltimer juga bagusss sbnrnya..tp, sila bersyura bersama naqib dan jemaah serta syuyukh2 dlu ya~ itu yg terbaik dan penuh keberkatan inshaAllah..istikharahlah dan istisyarah lah..

Silekan en gabbana..silekan..terus bersemangat dan penuhi semangat anda!!
Kita hidup dengan dakwah, dan biar dakwah itu hidup dengan kita..

Wallahua'lam..maafkan ana insan kerdil hina dina ini atas pdpt yg biasa2 shj.kerna ana sdri belum mmpu mnjdi insan luar biasa.*ke arah itu inshaAllah*

Boleh tgk kat utube Qudwah seorang kader dakwah sejati - Rahmat Abdullah

Anonymous 25/04/2012, 09:45  

Semoga ALlah memelihara hamasahmu

Semoga disertai iman yang amiq terhadapnya

94:7
Jangan berhenti mengejarnya,namun jangan tersungkur di pertengahan jalan

Berfikiran panjang dalam istikharah bukan bermaksud merasakan lemah, tetapi mencari kemampuan dan kekuatan diri
Bi'izniLlah

puan bos besar 25/04/2012, 21:39  

hidup ini bagaikan hi-tea..

mira 25/04/2012, 22:47  

saya setuju dengan ananymous, saya pun pernah terfikir nak buat mcm awak, tiba2 saya terbaca satu artikel yg menyedarkan saya, kita juga punya tanggungjawab terhadap fardhu kifayah umat Islam, ekonomi kita perlu pegang, supaya kelak kita tak menjadi umat yang meminta-minta selari dengan pesanan Rasulullah sendiri, bagus niat untuk berdakwah tu, tapi lebih bagus kalau seimbangkan kedua2nya, n sekarang ni pun, umat Islam bergantung ekonomi pada kuasa bukan Islam, kita pun sepatutnya pegang tu semua dan seperti zaman Rasulullah dulu, biar dunia ni kita genggam di tangan, akhirat kita simpan kemas di hati. :) Assalamualaikum

u.n.i.c 25/04/2012, 22:54  

salam IG

sy rasa mcm anda kesuntukan masa..mcm anda nak habiskan sisa masa yg ada dgn dakwah sebelum anda pergi ke ????

anda masih muda dan perjalanan masih panjang semoga dapat buat keputusan yg realistik ye IG..gud luck.

ps: pelangi itu jauh..

#iknowhoU're ^^ 26/04/2012, 00:54  

salam akh.
hbat post nta kali ni sheikh.. ana suke dgn semangat nta .. em, kalau ana, ana x mampu..bru nak mlangkah seperti kanak bru brtatih,...mgkin lbh truk lagi..:(.. tapi post nta bg ana semngat bru..syukran sheikh..

cme persoalan ana yg jahil ni timbul, bila nta menulis sbegini, ad rse sedikit riak x? sb kalau ana, jujur..ana akn ad riak sikit..hhehe..juz my humble question..tapi kalau x de..msti IG ni dah hmpir mnjadi super saiya..hebat!tahniah.. sekadar pertanyaan je.. bukan nak sangka buruk.. btw, blog nta mmberi lngkah bru buat ana!

Anonymous 26/04/2012, 01:18  

Allahhummayassir walatuassir..teruskan usahamu wahai inche gabbana..saya juga inginkan semangat spt anda itu..

sayyidah nafeesa 26/04/2012, 16:04  

salam'alaik Inche Gabbana..
tertarik dgn artikel ini, memungkinkan sy menyinggah utk sekadar memberi cadangan..

Inche Gabbana boleh melakukan full time tarbiyah dgn membuka bisnes sndiri.. bukankah bisnes itu 9/10 drpd punca rezeki? tertarik dgn kata2 seorg ikhwah ini "bisnes adalah medan terbaik utk mentarbiyah diri" (duduk, pandang ats, jari tekan dahi)..

dan bisnes yg bersesuaian adalah dgn membuka sykt training sndri..yg 2, insya Allah Inche Gabbana boleh brdkwah 7 days a week, 24 hours per day.. dn y penting dpt rasa mebebaskan perasaan drpd mjd 'hamba' pd manusia, (esp mkn gaji).. Mari totally jd 'hamba Allah'.. (sekadar cdgn)..- maaf ats ayat yg 'erm'..

redlitedistrictW**** 27/04/2012, 00:57  

super saiya pasti dasyat..

iTTeW saYe... 28/04/2012, 23:20  

~ ganbatte ne inchek gabana.. sy yg membaca pun super saiya exsited skali ni.. muga ALLAh juga membuka ruang utk saya insya allah.. masa skang yg ado.. sy gunakan guna sedikit2 utk cuba mentarbiyah my students..muga mereka dpt terima.. pendekatan pendidikan sejajaran dengan ilmu islam..insya allah sama2 kita berjuang.. sy doakan inchek gabana dipermudahkan urusan & ditetapkan menjadi daei yg dpt mentarbiyah dlm bulatan gembira yg SUPER OSEM~

Anonymous 29/04/2012, 20:13  

masha Allah,terus terlintas kisah Abu Darda.yang keislamannya mungkin terlewat sedikit dari sahabat-sahabat lain,ibarat bunga semangkuk kembang x jadi.tapi saat mak cik hidayah mengetuk pintu hatinya,Abu Drda beregegas mendalami ilmu,memisahkan hidup dengan dunia,meninggalkan perniagaan kerana tidak mahu tergolong dalam kalangan org yang dilalaikan dr mengingati tuhan gara-gara urusan dunia.Hidupnya hanya berpaksikan syahadah,nak dihantar bekerja pun mestilah untuk tujuan dakwah,bukan setakat cari gaji semata-mata

semoga Allah thabatkan hati inche gabbana

jangan pernah lupa doakan ikhwah dan akhowat seluruh dunia,moga kami juga peroleh rasa ini,dan membuahka amal dari rasa yang termiliki

Anonymous 01/02/2013, 18:57  

salam inche gabbana.asif.this comment is maybe too late for this entry as i just read it 5mins ago.this is my naqib said to us(anakbuah) as we' re budak aliran sains agama.
'org2 join usrah ni org hebat2.especially members of ikhwan muslimin.many of them are in high standard professions eg engineer,doctor so on.for example fathi yakan.but its not an obstacle for 'em to be very dedicated in dakwah.'
maybe iG boleh korek rahasia diorang sume how they made themself like that.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP