23 April 2012

Mahu Menjadi Tinja..? Eeewwwww!

[Kredit]

"Barangsiapa yang tidak menyumbang apa-apa kebaikan kepada dunia, dia hanyalah lebihan kepada dunia."
- Mustafa Sadiq ar-Rifai'e -

Itu kata-kata seorang fuqaha'. Kata-kata yang ringkas, pendek dan padat, tapi cukup berkuasa dan berbisa.

Anda selalu makan bukan..? Apa jadi kepada bahan-bahan makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh badan..? Gulp.

Menjadi bahan buangan. Mengapa? Kerana ia tidak menyumbang apa-apa kebaikan kepada tubuh badan kita. Ia hanya penyedap rasa dan pemuas nafsu; tidak lebih daripada itu. Hakikatnya fisiologi tubuh badan tidak memerlukannya. Maka jadilah ia bahan buangan yang tidak berguna. Bahasa kasarnya, jadilah ia bahan kumuh atau tinja yang busuk lagi menjijikkan.

Kita bagaimana..?

Bagaimanakah keberadaan kita di dunia ini? Selama XY tahun kita hidup di dunia ini, sudah berapa banyak kebaikan yang kita sumbangkan? Sudah berapa banyak kebajikan yang kita wariskan? Sudah berapa banyak jasa-jasa kehormatan yang kita curahkan dan tinggalkan..?

Atau..

Kita ini hanyalah penyangak di dunia yang fana ini..? Kita hanyalah malaun yang banyak buat kacau dan onar? Kita hanyalah pengemis yang lebih banyak meminta daripada memberi..??  

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi.' Mereka berkata, 'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?' Dia berfirman, 'Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'"
[al-Baqarah, 2:30]

Kita diciptakan khusus untuk menjadi khalifah kepada seluruh alam ini. Walaupon para malaikat pernah suatu ketika skeptikal dengan hakikat ini, namun Allah lebih Maha Mengetahui. Sanggupkah kita mengecewakan kepercayaan yang telah Allah letakkan pada pundak kita ini..? Mahukah kita ditertawakan oleh para malaikat, kerana membenarkan sangkaan dan firasat mereka suatu ketika dahulu..?

Air mata berjujuran.

Tangan-tangan kita; adakah digunakan untuk merosakkan alam ciptaan Allah yang sempurna ini atau dimanfaatkan untuk merawat ummah yang sedang sakit tenat? Tubuh badan kita; adakah digunakan untuk tunduk pada syaitonirojim dan hawa nafsu serakah atau dimanfaatkan sebaiknya untuk melindungi dan mempertahankan kemuliaan ad-deen ini? Dan hati-hati kita; bagaimana kita boleh sengaja membiarkannya dikotori dan diselaputi dengan bintil-bintil hitam dosa dan noda, sedangkan ia sewajarnya dimanfaatkan untuk memahami hakikat penciptaan alam ini..?? 

Kita tidak punya apa-apa. Kita bukan siapa-siapa. Kita hanyalah hambaNya yang lemah lagi hina.

Tetapi kita yang tidak punya apa-apa dan bukan siapa-siapa inilah yang telah diberikan kepercayaan olehNya untuk mentadbir alam ini dengan sebaiknya. Kitalah yang perlu menegakkan ad-deen ini menjadi manhaj dan sistem yang terpercaya untuk seluruh alam buana. Dan kita jugalah yang bertanggungjawab untuk saling mengingatkan yang telah lupa dan menarik naik yang telah tersungkur, untuk kembali taat dan tunduk kepada Allah, Tuhan dan Raja kita yang satu itu! 

Anda yang lena, bangunlah! Anda yang leka, sedarlah! Anda yang banyak memberikan alasan, ketahuilah! 

Jadilah manusia yang berguna kepada dunia. Jadilah insan yang bermanfaat kepada insan-insan yang lain. Jadilah hamba yang taat dan patut kepadaNya.

Kerana seandainya sepanjang hayat kita tidak mewariskan apa-apa kebaikan kepada dunia ini, ketahuilah, kita ini tidak lebih daripada bahan kumuh dan tinja yang tiada gunanya!

Eeewwww...?

-gabbana-

Alhamdulillah, akhirnya diizinkan olehNya untuk menukilkan sesuatu pada belog terchenta ini, selepas lima hari ditinggalkan berhabuk dan sunyi sepi. Minggu lepas merupakan minggu yang sumpah memenatkan, penuh dengan pelbagai aktiviti dan program. Tapi kepenatan yang cukup berharga dan membuahkan sejuta senyuman. Insha-Allah jika diizinkanNya, akan saya kongsikan sedikit sebanyak pengalaman saya yang marhaen ini. Doa-doakan. Senyum.

17 Caci Maki Puji Muji:

Jihad_Annur 23/04/2012, 15:46  

Allahuakbar...best sgt2...entry dlm JOM! Dakwah itu mudah pun mmg terbaik punya...:)

Anonymous 23/04/2012, 16:09  

Thanks for sharing Inche Gabbana :)

najwa 23/04/2012, 16:44  

ape maksud tinja? x pernah tahu :(

Fai Nardir 23/04/2012, 16:55  

terima kasih atas peringat ini... lumrah manusia ni perlu selalu diingatkan kpd kebenaran... alhamdulillah ada sahabat seperti kamu yg sentiasa mengingatkan tentang kebaikan ;)

rehanmuhd 23/04/2012, 18:18  

sama-samalah kita muhasabah diri..
terima kasih inche gabanna

Anonymous 23/04/2012, 18:33  

en gabbana!!!

sy tahu perkataan tinja tu cukup sopan..tp, ewwwwwwwwwwwwwww... tlglah jgn letak kat tajuk kalau nak citer pun...

terasa seperti memberi bunga dibaling..... sila sambung sendiri..

En iLHAM 23/04/2012, 20:21  

Subhanallah

Ingatan yang sungguh mendalam dan bermakna. menyucuk sungguh dalam hati dan sanubari. memang menyedarkan terus dari lena yang panjang

terima kasih banyak-banyak

Anonymous 23/04/2012, 21:05  

entry kali ni saya baca skip2.
sebab air mata dh keluar dulu.

tinggal 7 hari lagi saya stay kt tempat keje saya YANG SUMPAH SOSIAL DAN MENYEDIHKAN ni.
pernah banyak kali ikrar kat diri sendiri yang saya nk cuba ubah makcik2 dan akak2 YANG BERPENDIDIKAN ni utk sembahyang.
dan saya dah cuba janji dgn diri sendiri utk nasihat seorang sahabat kt sini,yang sangat2 saya sayang, utk jadi isteri yang solehah,dengan mjaga batas2 pgaulan dia dgn laki2 kt sini.

sumpah! saya nak sgt buat camtu sebab dua bulan saya bekerja,alhamdulillah saya boleh rapat dgn diorang dan saya sangat2 sayang diorg!

tapi now saya decide nk berhenti sbb saya rasa saya x mampu walaupun baru mulakan sedikit langkah.
rasa macam hampeh sangat2!
kadang2 tu malu nk ngaji kt sini sebab saya macam nak baik sorg2 je!
sangat sedih dgt diri sendiri sebab x tunaikan haq Allah.
langsung x nak berusaha sebar syahadatul haq..

Allah...

annur 23/04/2012, 21:55  

mari menjadi manusia yang bermanfaat utk org lain juga walaupun hanya membuang duri di jalan :)

Anonymous 23/04/2012, 22:39  

engat tinja=ninja tadi

Inspector Saahab 23/04/2012, 22:50  

ok.
saya dapat msg itu

Anonymous 24/04/2012, 00:26  

Assalamu'alaykum...pendakwah 24/7
pada saya yang dhoif ini, di mana sahaja dia berada dia melakukan da'wah. Di mana sahaja kaki dia berpijak, siapa sahaja di sebelah.

Jika di tempat kerja, peluang berda'wah lagi osem.Masakan tidak, mahu kah kita di gantikan dengan golongan yang tidak sepatutnya, dan menyampaikan yang tidak sepatutnya?

Dimana kita, yang masih sekolah, sekalipun seorang pekerja, kita masih boleh melakukannya. Mungkin terasa terikat atau ada limitasi, tetapi bukan kita yang menguruskannya?

Kita minta pada ALlah agar jalan ini tetap menjadi pilihan kita, dengan iman yang amiq

orgkuantang 24/04/2012, 00:57  

salam..IG ni ada kuase magic ke ?your post this time is very on time la. =) jazakallah for inspiring me yg baru nak mengorak langkah ni n menyedarkan saya hidup saya bukan tuk saya sorang.. =')

Liyana 24/04/2012, 07:17  

apasal rasa macam habuk masuk mate ni?

Hanum 24/04/2012, 14:54  

bukan mudah mencari syurga yg kekal abadi,namun setiap lgkh menuju ke arah itu terasa penuh makna....

love..sakura.

Syamil 26/04/2012, 08:15  

Salam alayk..nk tanya
Kat mana boleh dpatkan mjalah jom! ??
Tngah mencari ni..nk bc pngisian inche gabbana yg insyaAllah sumpah osem!! Hehe

Inche gabbana 27/04/2012, 14:32  

ibn aziz: cuba try tgk kat majalahjom.blogspot.com atau FB page mereka, majalah jom.

moga membantu. ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP