Menjadi Manusia Lebih Daripada Luar Biasa... Dan Bergaya Juga!
[Kredit] |
Saya pasti ramai antara anda di luar sana, espeseli yang begitu gigih lagi komited mengikuti bulatan gembira pernah membaca sebuah artikel yang bertajuk 'Manusia Luar Biasa.' Betul bukan..? Sekurang-kurangnya untuk saya, tidak pernah lagi mana-mana bulatan gembira yang saya bawa, saya tidak bawakan artikel ini. Moga Allah merahmati si penulis hingga ke sorga!
Artikelnya ringkas sahaja, kurang lebih dua mukasurat begitu. Cukup bersahaja, diselitkan dengan lawak jenaka yang sinis dan mengoyak jiwa. Tetapi saya cukup terkesan dengan isi-isi dan hujah utamanya.
Tiada jalan tengah antara haq dan batil. Apa konklusinya? Kena jadi manusia yang luar biasa! Kerana hanya manusia yang luar biasa yang dapat mengharungi liku-liku dan mehnah tribulasi kehidupan ini.
Apabila difikir-fikirkan, ada kebenarannya. Kita tiada pilihan melainkan kita mesti menjadi manusia luar biasa.
Apabila kita selusuri seerah Nubuwwah dan para sahabat, kita akan dapati, sahabat-sahabat besar yang nama mereka sampai kepada kita, semuanya adalah manusia yang luar biasa. (Pernahkah anda terfikir, sahabat Nabi pastilah ada ribuan jumlahnya. Tetapi mengapa hanya puluhan, kalau tidak ratusan nama yang dicatatkan di dalam lembar sejarah..? Hhhmm...)
Sepuluh orang sahabat yang dijanjikan masuk sorga misalnya; setiap orang daripada mereka mempunyai karakteristik dan keperibadian yang luar biasa sifatnya. Kita ambil contoh 'Umar al-Khattab r.a.. Bagaimana seorang manusia yang sangat bengis, zalim dan yakuza di zamannya itu, boleh berubah seratus sembilan puluh tujuh darjah menjadi seorang manusia Super Saiya peringkat kelapan. Dan perubahannya dari seorang kafir tegar kepada mukmin sejati bukanlah perubahan yang biasa-biasa. Ia memerlukan kesabaran, pengorbanan, ketabahan, istiqamah dan yang lebih utama, keikhlasan yang semua ini sekiranya dirumuskan bersama, akan terhasillah resipi untuk menghasilkan kek cokolat keju berkrim lazat. Eh.
Kita lihat pula seorang lagi sahabat, Khubaib al-'Ady r.a., seorang sahabat yang dilapah hidup-hidup untuk memaksannya meninggalkan Islam, agamanya yang terchenta. Apabila ditanya adakah beliau mahu supaya Rasulullah SAW menggantikan tempatnya, apa jawapannya?
"Aku tidak akan rela duduk-duduk bersenang-senang dengan anak dan isteriku, sedangkan Rasulullah menderita, walau dengan sebilah duri!"
Allahu Akbar! Itulah keluarbiasaan yang sejati! Mana mungkin, seorang manusia, yang tiada hubungan darah mahupun kaum kerabat, sanggup mengorbankan jiwanya sebegitu untuk seorang manusia yang lain, kalau bukan kerana rasa kasih dan chenta yang luar biasa..?? Kalau bukan kerana keyakinan pada risalah Ilahi dan keimana pada cahaya Rabbani yang luar biasa...??
(Akhirnya Khubaib syahid di tiang salib, dihunjam dan dihunus dengan tombak dan pedang. Khubaib, moga kita bertemu di sorgaNya nanti..!)
Baru dua sahabat yang saya nyatakan di sini. Sedangkan ada ratusan malah ribuan lagi nama-nama osemnessss baik di kalangan para sahabat, tabi' tabiin mahupon salafus soleh yang membuktikan kepada kita bahawa jalan ke sorga itu kuncinya terletak pada keluarbiasaan diri dan amalan kita! Nama-nama seperti Abu Bakr as-Siddiq, Uthman al-Affan, 'Ali bin Abi Talib, Abu Ubaidah al-Jarrah, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqas, Zubayr al-Awwam, Bilal bin Rabah, Mus'ab bin 'Umair, Sumayyah, Safiyyah binti Abu Talib, 'Aishah binti Abu Bakr, Khadijah, Uwais al-Qarni, Hassan al-Basri, Rabiatul Adawiyah, Imam Syafi'e, Imam Ahmad, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Sultan Muhammad al-Fatih, Salahuddin al-Ayyubi, Saifuddin Qutuz, Nuruddin al-Zinki, Musa bin Nusayr, Tariq bin Ziyad, Imam Hassan al- Banna, Sayed Qutb... Allah. Kalau ikutkan hati ini, mahu sahaja ditaip semua nama-nama yang hebat lagi agung dalam lembaran sejarah!
Apakah persamaan mereka semua ini..? Dua perkataan. Luar. Biasa.
Alah Inche gabbana ni. Mereka tu memang dah ditakdirkan untuk jadi hebat. Ada je orang-orang yang tak hebat tapi boleh masuk sorga. Tak perlu pon jadi luar biasa.
Eh..? Siapa..?
Tu, yang kisah pelacur beri minum pada anjing tu. Kan ke dia masuk sorga..? Pelacur kot..? Tak pon kisah lelaki yang dah bunuh 99 nyawa, kemudian dia bunuh pula mangsa yang ke-100. Akhirnya dia masuk sorga juga kan..?
Ahahaha. Gotcha! Di situlah yang anda tersilap. Luar biasanya seseorang itu bukan terletak pada siapa dirinya, tetapi apa amalannya! Apa anda ingat senang ke nak beri minum air pada seekor anjing yang sedang kehausan di tengah-tengah padang pasir yang terik lagi memeritkan? Itu suatu tindakan yang luar biasa! Anda ingat mudah ke untuk bertaubat dan bersungguh-sungguh mencari keampunanNya, setelah meragut 100 nyawa...?? Itu juga suatu perbuatan yang luar biasa!
Ingat! Luar biasanya seseorang itu terletak pada amalannya, dan bukannya siapa dirinya! Luar biasanya Mus'ab bin 'Umair bukan kerana dia hensem bergaya atau anak orang kaya. Tetapi kerana dia sanggup meninggalkan dunia untuk mengejar sorga! Hebatnya Abu Bakr sehingga menjadi sahabat karib Nabi SAW bukanlah kerana dia seorang yang dihormati atau punya harta yang berguni, tetapi kesetiaan dan kasih sayangnya pada Nabi yang tidak berbelah-bahagi!
Maka saya melihat, hidup di zaman moden yang penuh pancaroba lagi cabaran ini, kita perlu menjadi lebih lagi daripada luar biasa. Dengan serangan-serangan pemikiran dari pelbagai arah, dengan kekeliruan fikrah dan kefahaman sesama muslim, dengan peperangan saudara yang tiada kesudahannya, dengan penindasan bertalu-talu dari pihak kuffar, dengan orang Islam sendiri yang menimbulkan fitnah pada ad-deen ini.. Cabaran untuk terus bertahan adalah cukup besar dan memenatkan.
Tidak hairanlah ramai orang yang memilih untuk menjadi baik seorang-seorang sahaja. Biasa-biasa. Pergi solat berjemaah di masjid, puasa sunat sekali-sekala, baca Quran bila dirasakan perlu, baik dengan jiran, tutup aurat, sedekah dan bayar zakat. Cukuplah! Kerana rupa-rupanya untuk menjadi lebih daripada itu, untuk buat dakwah, untuk ikut bulatan gembira, untuk menjadi asing di dasawarsa ini memerlukan keluarbiasaan yang lebih daripada biasa! Garu kepala.
Tetapi.. Tetapi.. Sorga itu mahal harganya. Sangat mahal. Dan pastilah ia hanya akan dijual pada harga yang sesuai dengan nilainya yang sebenar. Dan apakah harga sorga itu..? Kesusahan. Penderitaan. Ujian. Jihad. Jiwa dan harta. Mampukah kita menjual semua itu sekiranya kita mahu menjadi biasa-biasa sahaja..?
Mampukah kita pergi ke bulatan gembira puluhan batu jauhnya kalau pemikiran kita biasa-biasa sahaja..? Boleh bertahankah kita di atas jalan dakwah ini sekiranya amalan kita sehari-hari biasa-biasa sahaja..? Tak kecut perutkah kita sekiranya suatu hari nanti kita benar-benar diperlukan di medan jihad qital dan selama ini kita hanyalah insan yang biasa-biasa...??
Maafkan saya, nak ke bilik tukar baju sebentar. Habis basah kuyup dah.
Ehem.
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: "Jalan ke sorga itu dibentangi dengan perkara yang tidak disukai, manakala jalan ke neraka dibentangi dengan syahwat."
[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]
Angan-angan kita cukup besar, mahu masuk syorga tingkat ketujuh. Impian kita cukup hebat, mahu melihat wajah Allah yang penuh dengan kechentaan. Dan cita-cita kita cukup agung, mahu bersama Nabi SAW dan para sahabat, duduk-duduk bergembira berbual mesra di taman-taman sorga.
Tetapi diri kita ini biasa-biasa sahaja. Amalan kita biasa-biasa. Pemikiran kita biasa-biasa. Layakkah kita memegang anak kunci yang akan membuka pintu sorga nanti..?
-gabbana-
Sebut pasal luar biasa, Alhamdulillah, semalam berkesempatan mendengar pengisian daripada Brother Lim Jooi Soon. Sungguh, cukup luar biasa orangnya! Terasa begitu naif dan hina apabila dibandingkan dengan dirinya itu; bagaimana seseorang yang benar-benar menghargai harga hidayah Allah telah membuktikan yang luar biasa itu terletak pada amalannya, dan bukan siapa dirinya! Allahu Akbar wa lillahil hamd!
11 Caci Maki Puji Muji:
serius. ini sangat terasa.
coz this few weeks i just made up my mind to be orang biasa-biasa.
mm. tp kn . cmne eh nk ckp.
mcm b4 this kte msk bulata gmbira, kelas tu, daurah ni. kirenye ilmu mcm brtmbh, xbole buat ni xbole buat tu.
tp kalo kwn kte, family kte wat salah, tak pulak tegur.
kalu tgk Abdullah Ibn Masuud, wpon die x bkn org kaya, hensem , tinggi , hebat, die still bc quran kt kaaabah siap kene blasah.
kte?
ntah.
rs mcm mmg da x lyk pun nk g sn.
thats why, kte rs mcm for now nk jd bese2 je.
ntahla
T_T
aduh.terkene.terpana.terasa dibuatnya. mantap syeikh! saye suke :)
tak pernah baca artiekl tu.
mohon disharekan ?
aik.
macam mana boleh dengar talk BROTEHR lIM?
HE WAS IN INTEC YESTERDAY.
*bru baca habehs..eheh
Nak article luar biasa..
OOhh, hr tu pun sy dengar talk dr Lim Jooi Soon .. Best
salam...kat mana bleh dpt artikle 'manusia luar biasa'?
xtra-o ppl gives ordinary folks like me reason to believe God is All-Mighty..syukran to those chosen ones frm past to present of being such inspiration to live my life with no regrets.
intec buddy: sy ada hikmat gerakan ilmu sejenak. eheh.
talk Lim Jooi Soon yg sy dgr adalah pd khamis malam jumaat. ;)
kepada semua yg mencari-cari di mana boleh mendapatkan artikel 'Manusia Luar Biasa', ia boleh didapatkan di laman sesawang dakwah.info - laman sesawang yg sgt baik dalam mencari bahan2 tarbiyah dan fikrah. ;)
menjadi luar biasa kerna kita tahu n yakin Dia sdg melihat. serasa2 di hati seperti: kita slalu minta the best dari Allah. bila pulak saya nak bagi Allah the best yg sy ada?
alInsyiqaq, 84: 6
Wahai manusia! Sssngghnya km telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka km akn menemuiNya.
Post a Comment