8 March 2012

Kerbau Tetap Kerbau, Babi Masih Babi

[Kredit]

Sedikit terkejut apabila ramai yang bertanyakan tentang apakah maksud tersirat di sebalik kisah 'Pak Lebai, Kerbau dan Babi' yang saya nukilkan sebelum ini. Saya sangkakan, pastilah anda semua mudah untuk menangkapnya, kerana saya rasakan cerita itu agak lurus ke hadapan. Atau mungkin anda semua yang bijak pandai ni, memikirkannya dengan terlalu kritis dan kreatif, sehingga tidak nampak bapak gajah di depan mata..? Wahahaha.. 

Mudahnya, dah nama pon analogi, pastilah ada pelbagai interpretasi yang boleh dibuat. Malah agak menarik membaca beberapa tekaan untuk cuba menghuraikan analogi ini di bahagian komen. Terpulanglah, saya berikan kebebasan kepada anda untuk mentafsirkannya sesuka-suki hati, asalkan jangan sesat bagaht sudahlah. Hihihi.. Namun izinkan saya untuk berkongsikan hajat sebenar artikel tersebut ditulis; apakah poin-poin utama lagi berharga yang ingin saya sampaikan kepada anda semua.

Begini. 

Pengajaran atau ibrah daripada kisah tersebut boleh dilihat melalui dua perspektif yang berbeza. Saya namakan perspektif Angel dan perspektif Devil. Daripada namanya sudah boleh anda teka, bahawa analogi ini boleh digunakan untuk menyampaikan pengajaran yang baik, juga pada masa yang sama, boleh juga digunakan sebagai analogi untuk menggambarkan sesuatu yang, err, syaitonirojim. Ahah. Tetapi kedua-duanya membawa tema yang sama - the power of persuasion. Mari kita mulakan dengan Angel terlebih dahulu.

Angel

Sebagai seorang dai'e, banyak yang boleh kita ambil daripada kisah yang, err, agak merepek tersebut. Hohoho.. Tetapi satu perkara yang ingin saya tekankan adalah sejauh mana kesungguhan kita dalam melaksanakan tugasan Syahadatul Haq kita.   

Di dalam cerita Pak Lebai, Kerbau dan Babi, telah diceritakan bagaimana Encik Robert Bustamam Ogio dan konco-konconya begitu konsisten dan bersungguh dalam meyakinkan Pak Lebai Hamid Sameon Bakalele yang Ja bukanlah seekor kerbau, tetapi seekor babi. Walaupon ia secara jelas adalah auta, namun akhirnya Pak Lebai berjaya juga diyakini dek keistiqamahan dan persistennya Encik Robert dan rakan-rakan berusaha mempengaruhi pemikiran Pak Lebai.

Bagaimana dengan kita wahai para dua't sekalian? Adakah kita sesungguh dan sehebat itu dalam mempengaruhi mad'u dan sasaran dakwah kita? Ok sebelum anda salah faham dan mula menimbulkan fitnah dan tohmah, of koslah kita tidak menyebarkan auta kepada orang di sekeliling kita. Bukan kerbau yang ditipu menjadi babi poin saya di sini. Maknanya, bukanlah kita cuba menyebarkan dakyah dan meyakinkannya pula kepada orang ramai.

Poinnya adalah kesungguhan dan konsistennya kita dalam usaha-usaha menyebarkan risalah Allah. Bayangkan, sasaran dakwah kita yang sudah dibesarkan dalam suasana yang cukup liberal, ikatannya pada jahiliyyah pula cukup utuh dan kuat, ditambah pula dengan biah di sekeliling  yang langsung tidak menggalakkan ke arah kebaikan... Adakah cukup sekadar kita mengajak dan mengingatkan sekali-sekala, bila-bila yang kita suka? Adakah cukup meyakinkan apabila kita hanya mencuba satu dua taktik, dan kemudiannya terus berputus-asa dengan alasan sasaran dakwah kita degil dan keras hati orangnya? Aduhai.

Sudahkah kita mencuba semua kiat dan teknik yang ada dalam 'memerangkap' sasaran dakwah kita, sehingga menyebabkan mereka benar-benar tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut butir-butir perjuangan kita? Sudahkah kita bersungguh-sungguh, siang dan malam, mendekati mad'u kita, mengenal hati budinya dan bersabar dengan karenahnya, bagi memastikan dia benar-benar percaya dan yakin dengan kita? Atau kita sudah berputus-asa? Atau kita sudah lemah tidak bermaya? Atau kita sudah hilang semangat, hilang keyakinan pada perjuangan yang kita bawa..?

Kena buat sampai tahap camni nak yakinkan hadek-hadek kita! Wahahaha.. [Kredit]

Contohilah semangat Nabi Nuh a.s. dalam hal ini; bagaimana siang dan malam tidak henti-henti dia menyampaikan mesej-mesej dakwah kepada kaumnya, tanpa sebarang prejudis mahu pon kenal erti putus-asa!

 "Dia (Nuh) berkata, 'Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam, tetapi seruanku itu tidak menambah (iman) mereka,justeru mereka lari (dari kebenaran).

Dan sesungguhnya, aku setiap kali menyeru mereka (untuk beriman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anakjarinya ke telinganya dan menutup bajunya (ke wajahnya) dan mereka tetap (mengingakari) dan sangat menyombongkan diri.

Lalu sesungguhnya akumenyeru mereka dengan cara terang-terangan. Kemudian aku menyeru mereka secara terbuka dan diam-diam..'"
[Nuh, 71:5-9]


Err.. Pernah sepanjang kita terjebak dalam arena dakwah dan tarbiyah ni mengalami sesuatu yang serupa? Pernah sasaran dakwah kita tutup telinga apabila mereka diajak ke konferens riang? Ada di kalangan mereka yang membaling batu kepada kita apabila diajak berbulatan gembira? Sudahkah kita cuba cara halus? Sudahkah kita cuba cara terang-terangan dan terbuka..? Pendek kata, sudahkah kita bersungguh-sungguh tahap Super Saiya bergabung dengan Gaban dalam melaksanakan tugas Syahadatul haq kita..??? 

Tunduk malu, air mata menitis tikk tikk tikkk.

Di dalam kisah Pak Lebai, Kerbau dan Babi, kita melihat bagaimana Pak Lebai Hamid Sameon Bakalele akhirnya berjaya diyakinkan tentang sesuatu yang pada mulanya difikirkan mustahil untuk berlaku. Tetapi dek persisten dan konsistennya Encik Robert Bustamam Ogio dan rakan-rakannya meyakinkan Pak Lebai, mereka akhirnya berjaya mencapai misi mereka.

Bayangkan, kalau setiap hari anda menyatakan kepada mad'u anda yang dakwah itu wajib, dakwah itu wajib dan dakwah itu wajib. Kemudian sahabat-sahabat hoyeeaahhh anda juga mengatakan benda yang sama; dakwah itu wajib, dakwah itu wajib dan dakwah itu wajib. Kalaulah anda dan rakan-rakan anda istiqamah dengan mesej yang satu ini, dan semua orang di sekitarnya bercakap dengan nada dan bahasa yang sama.. Percayalah, selain daripada telinga mereka yang akan berdarah, pastinya akhirnya mereka akan tersungkur, sujud pembebasan, menyerah diri dengan sukarelanya kepada anda. Wahahaha..

Kesimpulannya..? Istiqamah dan lakukannya secara berjemaah. Konpem berkesan! Senyum kenyit mata.

Devil

Selain itu, kisah ini juga mengingatkan kita tentang usaha-usaha terancang dan tersusun musuh-musuh Islam untuk menyesatkan kita daripada pegangan kita. Cara yang mereka gunakan tidak lagi secara terang-terangan, tetapi secara halus yang terbukti amat berkesan. Inilah yang katakan sebagai Ghazwul Fikr, yakni serangan pemikiran. 

Bagaimana sejak bertahun-tahun lamanya, anak-anak muda terutamanya disogokkan dengan hiburan melampau-lampau, cara hidup bebas, gaya hidup hedonistik, benci dan meluatnya mereka pada al-Quran dan as-Sunnah serta jauhnya mereka daripada cahaya kebenaran. Dan semuanya ini dilakukan secara halus; menyerang pemikiran-pemikiran anak-anak muda yang menjadi tulang belakang dan harapan kepada agama, bangsa dan negara. Dan mereka berjaya. Sungguh berjaya sehinggakan sebahagian besar daripada kita sekarang berkiblatkan barat dan bertuhankan nafsu. Semuanya gara-gara saban hari kita dimomokkan dengan pemahaman bahawanya kerbau itu babi.

Tetapi bukan serangan pemikiran itu yang mahu saya sentuh dengan panjang lebar di sini. Mungkin lain kali. 

Serangan pemikiran yang ingin saya kongsikan di sini adalah serangan pemikiran yang menggoncangkan keyakinan para dua't dengan apa yang telah diyakini dan dipegangnya selama ini. Sehinggakan mereka mula ragu-ragu dengan apa yang mereka bawakan dan perjuangkan. Kemuncaknya adalah apabila mereka meninggalkan terus gerabak dakwah ini, kerana tidak lagi percaya dan yakin dengan destinasi yang ditujui.

Saya pernah pon menyaksikan hal yang sedemikian, melanda ikhwah yang disayangi. Bukan sekali, bukan juga dua kali. Sedihnya, berkali-kali. Betapa hancurnya hati ini apabila melihatkan ramai ikhwah berpusu-pusu mendaftar menjadi ahli Alumni Ikhwah. Berdarah telinga apabila mendengar kisah-kisah di pelbagai tempat dan negara, di mana assolah dakwah tidak lagi dijadikan pegangan dan matlamat utama. Semuanya gara-gara serangan-serangan yang dihunjam kepada mereka, dan akhirnya mereka tewas lantas lari meninggalkan medan jihad ini. Aduhai mak minah sayang.

Bayangkan situasi ini. Selama ini anda berpegang teguh, penuh kepercayaan dan mata bersinar-sinar dengan kefahaman bahawa bulatan gembira itu adalah nuklues, asas kepada pembentukan individu-individu Muslim. Bulatan gembira adalah platform dan wasail yang paling efektif dan berkesan untuk melaksanakan tarbiyah yang berterusan. Anda yakin dan anda amalkannya dengan sepenuh jiwa dan raga. 

Tup tup, muncul sekelompok manusia yang mendakwa bulatan gembira tidak lagi relevan, bulatan gembira cara lama, oh kalau orang besar berjawatan tinggi tidak perlu berbulatan gembira; mana ada ada? Dan entah tok nenek apa lagi serangan yang seangkatan dengannya. Dan bukan seorang yang berkata-kata sebegitu. Bukan juga dua atau pon tiga. Tetapi berorang-orang. Mereka konsisten dan persisten dengan seruan-seruan mereka itu.

Itu baru soal bulatan gembira. Belum lagi permasalahan yang lebih besar dan utama.

Ke mana halatuju dakwah kita? Apakah cara dan teknik yang paling berkesan untuk merawat penyakit umat? Apa fokus dalam dakwah kita? Selepas balik obesi nak beramal di mana? Nak buat dakwah mesti begini, nak tarbiyah mesti sebegitu. Dan bermacam-macam lagi isu-isu yang sering dijadikan sasaran dan serangan.

Tatkala itu, adakah anda akan masih berpegang pada keyakinan dan prinsip anda yang lalu? Atau anda membiarkan iman anda lemah, goyah dan sedia untuk menganut fahaman baru yang dimomokkan ke dalam pemikiran kita?

Ketika itu, adakah akan terus memegang tali yang mengikat Ja di belakang; pegang dengan erat, genggam dengan penuh keyakinan dan tidak mungkin anda akan melepaskannya? Atau anda akan memilih untuk menjadi seperti Pak Lebai Hamid Sameon Bakalele, yang lari meninggalkan haiwan peliharaan kesayangan chenta hatinya itu, hanya gara-gara bisikan-bisikan dan seruan-seruan yang tidak berlandaskan fakta itu..? 

Kadang-kadang saya seperti tidak terpercaya, bagaimana sesetengah orang amat mudah percaya dengan dakyah-dakyah yang didengari mereka. Sering juga saya garu kepala, apabila ada ikhwah yang berubah terus pandangan, kefahaman dan cara bekerja, hanya kerana sok sek sok sek dan cakap-cakap yang mereka dengari. Adoyai, hasil tarbiyah dua tiga tahun, dihancurkan dan jatuh menyembah bumi dalam sekelip mata hanya dengan seruan-seruan jahat ini? Kamon la brader. Janganlah terlalu mudah menyerah!  

Hebatnya serangan dan bisikan mereka ini sehingga boleh mengaburi mata kita! Gasp. [Kredit]

Periksa dan siasatlah dahulu segala benda yang anda dengar. Kaji dan buatlah penyelidikan terlebih dahulu pada apa yang disogokkan pada anda. Sekiranya yang anda raba dan pegang itu terbukti babi, maka lepaskanlah tali yang mengikat dan segeralah lari menyelamatkan diri. Tetapi setelah diperiksa, dibelai dan dipegang, dipukul dan yang terkeluar adalah kuakan seekor kerbau, maka teruslah genggam erat tali di tangan. Jangan sesekali anda melepaskannya pergi. Sekali anda lepaskan, belum tentu anda dapat memegangnya lagi! 

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (di masa jahiliyyah) bermusuhan, allu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk."
[ali-Imraan, 3:103]

Yakinlah, seandainya sejak hari pertama lagi asas perjuangan anda dipenuhi dengan hawa nafsu demi kepentingan diri, dikotori dengan niat yang salah dan awal-awal lagi risalah yang anda bawa sudah pon dicorakkan dengan ego, rasa takabbur, angkuh dan meninggi diri, pasti amat mudah untuk anda terjelepok, tersungkur jatuh. 

Tetapi sekiranya anda benar-benar ikhlas dengan perjuangan ini, tiada yang lain anda inginkan melainkan kebenaran dan anda beriltizam sejak hari pertama yang anda akan bermati-matian untuk perjuangan ini, ketahuilah, pasti Allah akan memandu dan membimbing anda. Pasti anda tidak akan silap dan sesat dalam membuat keputusan, walau sehebat mana sekalipon serangan pemikiran yang menghujani anda. Kerana cahaya rabbani akan menyinarkan mata hati anda dan menyingkap hijap yang menutupi jiwa sehingga tiada yang lain yang akan anda saksikan melaikan kebenaran semata-mata.

Pasti anda tidak akan silap. Kerana kerbau akan kekal kerbau, babi akan kekal babi.

-gabbana-

Harap anda berpuas hati dengan penjelasan ini. Ya, mungkin berbeza dengan apa yang anda jangkakan, tapi inilah yang ingin saya kongsikan.

Dua lagi artikel yang saya rekemen yang mempunyai tema yang hampir sama adalah:

>> Menjadi Super Saiya Pasti Dapat Menewaskan Raja Raksasa Syaitan Pikor
>> Krisis Tegar Milenia Ini 

Masih tidak berpuas hati..? Pergi terjun gaung sekarang juga! Ahah!

3 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 08/03/2012, 17:53  

moga kita istiqamah dalam jalan ini..dan diterima amal2 sbg amal yg soleh

cipansakti 10/03/2012, 08:54  

terima kasih inche angel!

semoga Allah merahmatimu! T___T

orang yang masih lagi bergembira dengan 'manga' 11/03/2012, 00:07  

inche gabbana bagaimanakah seandainya saya yang baru nak tumbuh jambul dalam perkara ini nak konsistenkan kemahuan untuk terikut dalam perkara ini? saya tak mahula berubah dan hapuskan perlakuan saya seperti gemar berpantun. kerana jika tidak, pasti kebosanan kerana dulu kita suka pantun, tapi terhalang. dan bagaimana pula, untuk saya senang dengan orang yang mendekati saya, kerana saya bole mengalami masalah hati jika dia dekat dengan saya, pada saya dia itu kurang hikmahnya - lantaran saya orang yang suka pantun. untuk menyatakan permasalahan saya dibimbangi dia kecewa..tapi zahirnya, kawan2 saya juga agak takut.takut dengannya, juga kepikiran akan apa yang berlaku nanti..

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP