Pendaftaran Alumni Ikhwah Dibuka Sekarang!
Anda sudah bosan dengan bulatan gembira anda..?? Anda rasa terkongkong dengan Inche Murabbi dan Puan Murabbiah yang anda sering itu ini begitu begini..?? Dan rasa tidak bebas kerana dipaksa untuk menghadiri konfereng riang, sedangkan anda sudah merancang untuk pergi bermain boling dan panjat Bukit Broga bersama rakan-rakan sekolej...??
KINI ANDA TIDAK PERLU KHUATIR DAN GARU KEPALA LAGI...!!
Kelab Alumni Ikhwah dan Akhawat kini sudah dibuka secara rasminya untuk pendaftaran! Ya, telinga anda tidak pekak dan mata anda tidak rabun! Kelab Alumni Ikhwah dan Akhawat kini dibuka untuk anda mendaftar! Apa yang anda tunggu lagi...?? Inilah yang telah anda nanti-nantikan sejak sekian lama...!
Kami sedang mencari anda yang berpontensi lagi berwibawa untuk memeriahkan dan meramaikan lagi keahlian kelab kami! Percayalah, anda tidak akan menyesal dengan menyertai kelab yang dinobatkan sebagai Kelab Paling Inovatif dan Kreatif Tahun 2007 Peringkat Kubang Pasu ini! Dan lebih utama daripada itu, dengan menyertai keahlian kami, anda tidak lagi keseorangan! Bukankah tidak ada sesuatu yang lebih kool daripada itu...??
Sekiranya anda mempunyai salah satu, salah dua atau kesemuanya ciri-ciri berikut:
- Sudah bosan dan tidak tertahan dengan bulatan gembira yang menyusahkan itu, dibuat setiap minggu tatkala anda sedang berhempas-pulas mahu belajar kerana hekzem yang sudah begitu hampir;
- Terasa dipaksa dan dikongkong kerana diminta untuk menghadiri konferens riang et lis sekali sebulan di hujung minggu, walhal ketika itulah anda mahu berlibur berseronok-seronok bersama rakan taulan;
- Jelik dan menyampah dengan Inche Murabbi atau Puan Murabbiah anda yang tampak plastik (Baca: Fake) dalam mengambil berat tentang hal anda, malah sibuk-sibuk nak tahu keadaan diri anda sepanjang masa. Aaahh rimas!;
- Tidak punya masa untuk ke sana ke mari melakukan aktiviti-aktiviti dakwah dan tarbiyah kerana ada banyak lagi benda penting yang perlu anda lakukan; dan
- Terasa duit anda banyak dibazirkan kerana selain daripada terpaksa dibelanjakan untuk membeli bermacam-macam aparatus seperti al-Quran, buku-buku agama dan sebagainya, juga duit pengangkutan untuk ke konferens riang yang berbatu jauhnya.
Andalah orang yang kami cari! (Sambil membuat gaya dua jari dari mata ke mata)
Namun demi memastikan hanya anda yang benar-benar layak untuk menjadi ahli kelab yang sungguh elit dan berprestij ini, anda perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang berikut:
- Pemuda-pemudi berumur antara tujuh belas (17) ke tiga puluh lima (35) tahun. Memandangkan para pemuda adalah aset dan aspek penting dalam apa-apa persatuan sekalipon, maka kelab ini juga membutuhkan para pemuda yang genteng lagi bersemangat.
- Pernah mengikuti bulatan gembira dan konferens riang. Hanya mereka yang pernah melalui dua wasilah ini yang benar-benar faham akan keperitannya.
- Tidak setuju bahawa dakwah itu wajib. Abes tu, apa guna hantar ribuan pelajar saban tahun ke Timur Tengah tu...?? Nak ambil gambar piramid dan singa Sphinx sahajakah?
- Mahu baik-baik seorang diri sahaja; tidak perlulah susah payah mengajak orang lain untuk baik sama-sama. Kubur nanti lain-lain kan..?
- Tidak boleh menerima hakikat bahawa Islam itu perlu ditegakkan supaya menjadi satu sistem yang memerintah seluruh alam. Ini tidak demokratik; ini autokratik! Gila kuasa!
- Anda yakin ada sebab mengapa Allah ciptakan anda untuk tinggal di dunia ini. Segala nikmat yang Allah beri, kenalah hargai dan nikmati! Takkan masa yang ada semuanya untuk dakwah dan tarbiyah, dakwah dan tarbiyah...??
- Percaya dan yang hidayah itu milik Allah. Makanya, buatlah dakwah macam mana pon, akhirnya Allah juga yang bagi hidayah kan..? Jadi buat apa nak susah-payah..?
Sekiranya anda memiliki kesemua ciri-ciri yang disebut di atas, anda terlalu amat layak untuk menjadi ahli seumur hidup kelab kami secara percuma, tanpa perlu membayar yuran tahunan sebanyak Ringgit Malaysia (RM) Tujuh Puluh Lima Ringgit Tunai.
Untuk waktu terhad sahaja, lima belas orang yang pertama mendaftar sebagai ahli akan mendapat diskaun keahlian tiga puluh tiga (33) persen dan juga buku nota Kelab Alumni Ikhwah/Akhawat bersama pensel kayu tiga batang secara percuma. Ini.. Ini.. Ini sungguh bergaya!
Kepada anda yang benar-benar seriyes (kami tidak akan melayan sebarang gurauan kasar atua cubaan untuk wakenabeb) dan berminat untuk mempunyai masa hadapan yang lebih cerah, bolehlah emailkan butir-butir peribadi anda kepada alumniikhwahakhawat@futur.com atau sms 'Nama' 'No. Kad Pengenalan' 'Alamat Surat Menyurat' 'Sebab Mengapa Anda Berminat Untuk Menyertai Kelab Ini' (Tidak lebih dua puluh (20) patah perkataan) dan hantarkan kepada 12345 (caj RM9.39 akan dikenakan untuk setiap sms yang dihantar). Selain itu, anda juga boleh menghubungi terus talian bebas dan panas kami di 1800-AKUINGINBEBAS-0939. Panggilan anda akan dirakam untuk tujuan kajian dan eksperimen di masa hadapan.
Jadi apa yang anda tunggu lagi tu..? Jangan ragu-ragu lagi! Tinggalkan bulatan gembira, konferens riang dan entah apa-apa lagi yang menyusahkan anda itu dan sertai kami dengan segera! Percayalah, anda tidak akan menyesal di dunia ini! Kami sedang menanti-nanti anda dengan tangan yang terbuka, senyuman yang melebar!
Jom daftar!
-gabbana-
Allah berfirman dalam al-Quran:
"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya..."
[al-Qasas, 28:56]
Allah juga menyatakan:
"Jika kamu tidak berangkat, nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya sedikit pon. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
[at-taubah, 9:39]
Juga...
"Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum; Dia menchentainya dan mereka pon menchentaiNya, dan bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikpa keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (pemberianNya), Maha Mengetahui."
[al-Maidah, 5:54]
Moga Allah menguatkan hati-hati kita di atas jalan ini...
Allahumma ya muqallibal qulub! Tsabbit qalbi 'ala deenik!
17 Caci Maki Puji Muji:
salam,
sebelum bace, dah agak dah topik ape.
didoakan agar kelab alumni ni pupus dek ketandusan ahli, ameen ya Rabb~
maaf,tak minat nk join. :P
im still strong, insya Allah.
thnks 4 this post, mmg perli abis ar.hahaha
salam
terbaikklah post nih!
tercabar sggh mbacanya~ jzkk utk peringatan.
*oh,saya xmahu mendaftar~ :D
Talk to the hand. Eh?
hengat serius.
tapi bila sms pun rm 9.39,botak kepala...
lawok le.
perghhh..
provocating
yet reflecting.
bye
life's a ride
be wise livin or fool dyin.
perghh..rm9:39+0939..surah 9 ayat 39 memang pelempang haibat..=)
salam...
tetiba rasa nk tulis plak, ak sekarang merupakan kelab alumni...cuba bygkan dlm batch ak hanya ada 21 ikhwan, dan cuma 2 org je yg ikut bulatan gumbira...mule mmg poyo lah ikut bulatan gumbira,ble dh lama rasa mcm tk "cool" plak...apa tk nye,bulatan gumbira ak mesti nak wat mlm minggu..padahal mlm tue lah,nk hangout dgn member yg laen.diorg mesti perli ak kawkaw nyer...sejak msk clinical year sampai skrg ak dh tk ikot bulatan gumbira...dh 3thn,skrg rasa rindu plak,huhuhu...
Somehow i feel inche gabbana telah mengiyakan dan ada juga mentriggerkan beberapa perkara yg telah bermain dan mungkin akan bermain dalam hati saya. Ya saya memang mahu tsabat. Dan saya harap saya akan kekal di sini. Miga hati kita lebih kuat dr bisikan dan pukulan syaitan. Aminnnn
pergh
masyaAllah
alhamdulillah
terbaik! jzkk
Ya Allah, kurniakan inche a*** skill, long-lasting punya, utk membakar2 orang ramai
kat atas in pon inche a*** jugak kan? huhu.. boleh dibaca gaya bahasa anda ;P
Moga tidak akan sesekali pun wujud kelab ini.
pergh... kalau lah kelab camnie wujud.. tertanyer - tanyer pelah aktiviti bulanan kelab nie
yeahhh! cara nii yang perlu unuk n=g orang sedar.
Bikin panas
JAZAKALLAH
Post a Comment