Jangan Dengar Syaitonirojim, Jangan Cakap Syaitonirojim, Jangan Lihat Syaitonirojim!
"Tiada jalan untuk mengalahkan dan menguasai orang-orang Islam melalui jalan perang. Agama mereka mendorong mereka untuk melawan, berjihad, mengorbankan jiwa... Kita mesti mengambil jalan lain; iaitu dengan mengubah pemikiran Islam dan menjinakkan orang-orang Islam melalui serangan pemikiran. Para ilmuwan dan cendekiawan Eropah haru mengkaji tamadun Islam dan mencipta senjata untuk merosakkan pemikiran orang-orang Islam." - Wasiat Raja Louis IX, Raja Perancis yang pernah memimpin salah satu daripada beberapa siri Perang Salib
"Selagi mereka (umat
Islam) berpegang dengan Kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu, pisahkan mereka daripada Kitab ini." - William Ewart Gladstone, Perdana Menteri Britain abad ke-19, di Parlimen British sambil memegang al-Quran pada tahun 1888
"...Sesungguhnya
peranan Kristianisasi yang menyebabkan Negara-negara Krsitian mengutus
kamu untuk melaksanakannya di Negara-negara Muhammad (Negara umat Islam)
bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian.
Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya.
Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama
Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang
mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam
kehidupannya. Dengan aktiviti kamu yang sebegini, maka kamu telah
membentuk tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam. Kamu
telah mempersiapkan ramai orang bijak pandai dalam kerajaan –kerajaan
Islam bagi menyanggupi perjalanan di atas jalan yang telah kamu
rintiskannya, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam.
Sesungguhnya
kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang
dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat
terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta
berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun. Apabila ia
mengumpul wang, maka ianya untuk (melayani) kehendak hawa nafsunya dan
ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Ia memperelokkan setiap benda
demi memuaskan nafsunya.
Wahai
para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka
sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.” - Samuel Zweimer, Ketua Missionari di sebuah Konferens Riang Missionaris, Baitulmaqdis
“Sesungguhnya kesatuan Islam sedang
tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perkiraan kita bahawa,
orang yang tidur boleh jadi akan bangkit.” - Arnold J. Toynbee di dalam bukunya, 'Islam, Barat dan Masa Hadapan.'
Dan kita masih mahu berdiam diri...?
-gabbana-
Kebanyakan kuot-kuot di atas diperoleh di sini. Jazakallahu khairan diucapkan.
3 Caci Maki Puji Muji:
Allah..kuatkan lah agama islam di hati kami,.kuatkanlah anggota badan kami untuk mentaatiMu dalm apa jua keadaan..:)
Kamu telah mempersiapkan ramai orang bijak pandai dalam kerajaan –kerajaan Islam bagi menyanggupi perjalanan di atas jalan yang telah kamu rintiskannya, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam.
berlaku di Malaysia, yeaaha kita merdeka! apabila bijak pandai didikan barat diberi tampuk pemerintahan
i just wana sing in the rain.
Post a Comment